The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farah010103, 2021-12-14 03:18:02

ISU ISU AKIDAH DALAM ISLAM

ISU ISU AKIDAH DALAM ISLAM

ISU – ISU AQIDAH
DALAM ISLAM

MPU23012
PENGAJIAN ISLAM

ISU – ISU AQIDAH DALAM ISLAM

JABATAN PERDANGANGAN
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

SESI DISEMBER 2020/2021

NAMA PENSYARAH : PUAN NORZIRA BINTI AHMAD NO. PENDAFTARAN
NO NAMA 18DAT20F2002
1. NUR IDAYU BINTI MOHD ZAWAWI 18DAT20F2008
2. FARAH NATASYA BINTI AHMAD YUSRI 18DAT20F2022
3. NURKHAIRINA BINTI AHMAD TARMIZI

ISI KANDUNGAN 4
5
PENGENALAN 6
ISU MUNAFIK 7
ISU KAFIR 8
ISU MUSYRIK 9
ISU KEFAHAMAN LIBERAL 10
ISU UJIAN IMAN 11
PENUTUP
SUMBER RUJUKAN

4

PENGENALAN

Sebagai pengetahuan anda, e-book ini menceritakan isu isu akidah dalam islam.
Akidah ialah sebuah asas – asas kepercayaan yang mejadi punca keimanan
seseorang individu atau masyarakat terhadap islam sebagai agama yang diwahyukan
oleh Allah SWT menerusi Nabi Muhammad SAW kepada seluruh umat Islam. Akidah
islam juga menjelaskan tentang kesempurnaan Islam sebagai pedoman hidup yang
sebenar-benarnya bagi seluruh manusaia dan tidak ada kepercayaan yang lain dan
lebih benar selain Islam.Sebagai panduan hidup yang lengkap yang diwahyukan Allah
SWT, Islam menjelaskan tatacara kehidupan yang sebenar dalam segenap segi dan
aspek kehidupan manusia. Justeru, Islam dikenali sebagai nidzam al-hayat atau cara
hidup yang membawa manusia kepada kesejahteraan hidup sekiranya diamalkan
secara sepenuhnya. Tiada keraguaan terhadap Islam memandangkan Islam ialah
agama Allah SWT. Dengan ini, keyakinan yang tinggi manusia terhadap asas- asas
kepercayaan merupakan prasyarat keutuhan akidah sebagai satu struktur budaya.
Begitu juga sebaliknya, keyakinan yang lemah terhadap asas-asas kepercayaan ini
secara tidak langsungkan melemahkan akidah.

Seterusnya saya ingin merakaman segulung penghargaan kepada pensyarah saya,
Puan Norzira Binti Ahmad yang telah membimbing serta mengajar kami tentang ilmu –
imlu ilmiah. Tidak lupa juga kepada rakan –rakan saya yang telah berkerjasama dalam
menyiapkan tugasan – tugasan yang diberikan ini dengan baik.

ISU MUNAFIK

Pengertian munafik dari segi Bahasa ialah orang yang menyembunyikan. Manakala dari

segi syarak(agama) pula ialah bermaksud orang yang menyembunyikan kekafirannya,

tetapi menyatakan keimanannya.Yakni, lidah mereka menyatakan beriman sedangkan

hatinya mengingkari akan perintah Allah.

Antara isu orang munafik:

MEREKA ADALAH PEMBOHONG

Mereka suka memesongkan dan meminda hukum Allah SWT. Mereka tidak mahu hadir

dalam majlis nabi kerana sombong dan terlalu ingin menunjukkan permusuhan seperti

Yahudi Bani Khaibar.

Sementara golongan suka mendengar cerita bohong ialah orang Yahudi Bani Quraizah

yang datang menemui Baginda, mereka mengubah serta meminda hukum Allah SWT

dalam kitab Taurat serta menggantikannya dengan hukum lain.Ibnu Abbas berkata, hukum

yang mereka pinda ialah hukum hudud yang telah ditetapkan dalam kitab Taurat. Mereka

meminda rejam dan menggantikannya dengan hukuman sebat serta menghitamkan

muka.Mereka berkata kepada pengikut mereka, jika disampaikan kepada kamu hukum

dalam Taurat seperti yang dipinda ini, bolehlah kami terima. Tetapi sebaliknya, jika

disampaikan kepada kamu hukum asal dalam kitab Taurat, maka jangan sekali-kali kamu

menerima hukum itu.

2. HATI MEREKA BERPENYAKIT

Gerakan hati akan mendengar daripada pandangan akal dan nafsu akan membuat

keputusan yang akan menentukan segala keputusan, sama ada membenarkan iman

bertapak terhadap Allah atau sebaliknya.

Antaranya hati yang sejahtera, hati yang sakit dan hati yang mati. Hati yang sejahtera

adalah hati yang sentiasa memilih kebaikan dan keredaan Allah SWT, manakala

kecenderungan kepada kejahatan dan kemurkaan Allah SWT.Namun, hati yang tidak dapat

diubati lagi adalah hati yang keras dan mati kerana ia sudah dimatikan oleh Allah SWT

disebabkan ia tertutup oleh kesesatan dan tidak bersedia menerima perintah Allah SWT.

Dengan demikian jelaslah bahawa iman ucapan lidah sahaja tidak ada gunanya,bahkan 5
menjerumuskan ke neraka yang paling bawah sekali.

ISU KAFIR

Pengertian kafir ialah orang membantah terhadap Allah SWT dan Rasulnya dengan hati,lidah dan
perbuatan.Maka ia adalah lawan kepada orang beriman atau orang yang tertutup hatinya untuk
menerima agama Allah. Antara isu orang yang kafir ialah :

1) RASA AGAMA YANG ADA DI DALAM RUHANINYA TIDAK DIKEMBANGKAN.

Menurut Al-Quran, rasa beragama sudah tertanam pada rohani manusia semenjak di alam arwah iaitu
sebelum roh manusia itu ditiupkan ke dalam jasmaninya. Menurut Prof.C.G.Young, beliau berkata
manusia dilahirkan sudah membawa rasa agama, hanya beliau yang mengatakan alam ini yang
memberikannya, sehingga beliau mengistilahkannya dengan “Naturaliter Religiosa.” pakar jiwa
mengatakan bahawa dalam jiwa manusia ada enam rasa iaitu rasa intelek, rasa Susila, rasa seni, rasa
harga diri, rasa agama dan rasa sosial. Jadi salah satunya ialah rasa beragama. Dari huraian tersebut,
jelaslah bahawa di dalam ruhani manusia itu sudah ada rasa agama, baik menurut keterangan agama
mahupun menurut keterangan ilmu. Pada mulanya setiap rasa yang ada dalam jiwa manusia itu
hanyalah merupakan satu potensi sahaja. Berkembang atau tidak, terpulang pada usaha untuk
membinanya.sebagai contoh rasa intelek, jika ia tidak dikembangkan manusia itu akan menjadi bodoh.
Sebaliknya jika ia dipupuk dan dikembang dengan sebaik-baiknya manusia pasti akan menjadi pintar.
Maka demikianlah pula dalam soal agama. Bila ia dikembangkan dengan baik, jadilah manusia itu
seorang beragama yang baik. Begitu pula sebaliknya, tanpa dikembangkan jadilah manusia itu seorang
tidak Bergama atau kafir.

2) PENYELEWENGAN PROSES SEJARAH

Setelah membuat kajian terhadap bangsa-bangsa priomintifdi dunia, antara lainnya termasuklah suku

bangsa Negritos di kepulauan Filipina, suku-suku bangsa Mikronesia dan Polynesia, suku bangsa Arunta

di Australia dan sebagainya. Profesor Wilhelm Schmidt membuat kesimpulan iaitu kepercayaan suku-

suku bangsa primitive itu dalam bentuk aslinya adalah kepercayaan Monotheisme(bertuhan satu) dan

berasal dari wahyu. Menurut Al-Quran, manusia pertama adalah Nabi Adam AS dan baginda menerima

agama secara terus dari Allah SWT. Dan agama semua Nabi-Nabi adalah Islam. Agama yang diakui oleh

Allah hanyalah agama Islam. Jadi dapatlah kita fahami di sini bahawa diantara penyebabnya yang 6
manusia boleh menjadi kafir ialah kerana proses penyelewengan sejarah.

ISU
MUSYRIK

Musyrik bererti orang yang mempersekutukan Tuhan dengan sesuatu, kepercayaannya

disebut syirik. Syirik iadalah lawan daripada tauhid. Tauhid bererti mengEsakan Tuhan dalam
zat, sifat dan af’alnya(perbuatan). Kepercayaan Islam adalah kepercayaan tauhid. Antara isu
orang melakukan syirik ialah :

1) MENURUT ANGGAPAN MEREKA TUHAN-TUHAN YANG SELAIN ALLAH ITU ADALAH
LEBIH DEKAT KEPADA ALLAH : Dalam kehidupan manusia sehari-hari, memang sering
terjadi, bahawa permohonan kita kepada seseorang akan lebih berhasil kalua kita
mempunyai orang-orang perantaraan yang lebih dekat kepada orang yang kita minta
pertolongan itu. Pengalaman ini pulalah yang mereka terapkan terhadap Allah. Tergambar di
sini bahawa orang-orang yang memakai cara ini(beranggapan seperti ini) menyamakan Allah
dengan manusia. Tentulah ini satu bentuk syirik. Sebab Allah SWT itu, tidak ada sesuatu pun
yang sama dengan-Nya.

2 ) PENGARUH ALAM : Alam ini mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap jiwa
manusia. Baik kerana memberi manfaat yang besar, mahupun kerana mendatangkan ketakutan
yang hebat kepada mereka, seperti matahari, bulan, binatang-binatang, lautan besar yang
mendahsyatkan dan sebagainya sehingga mereka menjadi tunduk menghambakan diri kepada
benda-benda besar yang dahsyat itu yang akhirnya mereka anggap dan percayai sebagai
Tuhan.

3) SIFAT-SIFAT TUHAN DIANGGAPNYA JISIM : Manusia menganggap Tuhan itu sebagai

sesuatu yang mempunyai jisim juga. Seperti agama Hindu yang berkepercayaan bahawa sifat

Tuhan yang menciptakan itu berbentuk suatu Tuhan yang dinamakannya Brahma, sifat Tuhan

yang memelihara dinamakannya Wisynu dan sifat Tuhan yang menghancurkan dinamakannya

Syiwa, sehinggalah terjadi tiga Tuhan yang berbeza di antara satu dengan lainnya.

7

ISU FAHAMAN LIBERAL

Liberalisme bermaksud bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang
demokratik ataupun makna lainnya bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan
terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).

IAU : ISU ISLAM LIBERAL

Mempunyai satu fahaman sesat yang datang dari sifat tidak yakin, rendah diri dan
menganggugkan pemikiran Barat oleh orang islam seperti pemakaian yang bebas dan
pemikiran yang boleh melakukan apa apa sahaja walaupun bukan muhrim.
Disamping, Islam itu sendiri sudah liberal dimana manusia bebas dari penindasan,
kezaliman dan penghinaan sesame mausia, Manusia juga memiliki taraf terebukaan dalam
peradaban manusia selagi mana hal tersebut tidak sampai ke arah menyekutukan Allah.

Liberal ini datagnya dari Barat hasil daripada terciptanya Zaman Renaussance(
Kebangkitan ) di Eropah, Antara sifat fahaman liberalisme ialah :
• Kebebasan individu tanpa sekatan
• Mempunyai gagasan pemikiran yang individu lagi penting dari masyarakat.
Bagi pemikiran Islam Liberal :
• Kebebasan akal tanpa batasan, perasaan syak dan ragu terhadap agama islam.
• Meletakkan akal lagi tinggi dari wahyu
• Agama hendaklah ditundukkan Kepada realiti

8

ISU UJIAN IMAN

Iman itu tidaklah cukup dengan ucapan lidah sahaja. Ia merupakan kesatuan dari akuan hati,
ucapan lidah dan amalan anggota. Amalan anggota inilah merupakan bukti dari benarnya akuan
hati dan ucapan lidah itu. Antara isu-isu ujian iman ialah setiap orang yang menyatakan beriman
pasti akan diuji oleh Allah tentang imannya itu. Selain itu, ujian tersebut kadang-kadang begitu
berat dan hebat sehingga Rasul sendiri dan orang-orang beriman yang besertanya sampai
berkata : bilakah datangnya pertolongan Allah itu.? Seterusnya, ujian tersebut bermacam-
macam bentuknya, di antaranya berupa kesusahan dan kecelakaan. Di samping itu, gunanya
ujian ialah untuk mengetahui siapakah yang benar-benar beriman dan siapa pula yang dusta.

Kita telahpun menemukan bukti yang dihuraikan bahawa iman dan amal soleh itulah yang
telah menjadikan umat Islam terdahulu mencapai kebahagiaan hidup dan menjadi pelopor bagi
kemajuan umat Islam di dalam segala lapangan kehidupan. Para Rasul telah mengingatkan kita
Kembali akan perjanjian ketuhanan kita, mereka telah memberitahu kepada kita segala aturan
Allah yang harus kita pakai atau kita laksanakan dan mereka telah memberikan teladannya
kepada kita. Kita ingati, kita mengerti dan kita teladani atau tidak.

Aturan Allah SWT yang harus kita laksanakan itu sekarang sudah terkumpul dalam apa yang
dinamakan kitab suci. Bagi kita orang-orang beriman yang berlaku(diterimapakai) sekarang
adalah kitab Al-Quran. Dalam Al-Quran ini telah dicantumkan Allah segala pokok-pokok aturan
perlaksanaan perjanjian ketuhanan itu. Kalau manusia mengikuti aturan Al-Quran itu pasti
mereka akan berbahagia, terhindar dari segala macam kegelapan hidup(umpama kemiskinan,
kebodohan dan sebagainya) dan terpimpin ke jalan Allah yang lurus.

Sesungguhnya nur itu telah datang kepada kita dari Allah. Dengannya Allah memimpin orang

yang mengikuti keredhaanNya ke jalan kebahagiaan, dan mengeluarkan mereka dari pada

kegelapan kepada cahaya terang-benderang dengan izinNya dan memimpin mereka ke jalan

yang lurus. 9

KESIMPULAN

Kesimpulannya,akidah adalah merupakan isu yang penting dalam
keimanan seseorang muslim.Ia menjadi titik permulaan kepada keimanan
kepada Allah dan rasul-Nya.Akidah merupakan perkara asas dalam
islam.Jika akidah terpesong maka runtuhlah pegangan Islam seseorang
itu.Sesungguhnya Allah swt menurunkan wahyu kepada Rasulullah SAW
dengan memberi fokus dan penumpuan sepenuhnya terhadap persoalan
akidah supaya setiap muslim agar akidahnya selamat dan hidup mereka
sejahtera di dunia dan di akhirat.Akidah yang lemah boleh
mengakibatkan seseorang itu mudah terjebak dengan perbuatan-
perbuatan yang boleh merosakkan akidah seseorang muslim seperti
munafik,musyrik dan khurafat.
Jika seseorang itu tidak memilki akidah yang baik dan mudah terjebak
mereka akan menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan.
Kehidupan mereka juga mudah terdedah kepada perbuatan yang
dimurkai oleh Allah swt.
Oleh itu,mempelajari ilmu akidah ini amatlah penting dalam kehidupan
seseorang muslim supaya kita terhindar daripada ajaran-ajaran sesat
yang boleh merosakkan akidah seseorang itu.Hal ini kita hendaklah
memantapkan lagi akidah supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan
amalan-amalan yang boleh merosakkan akidah dan menghindari diri
daripada mendatangkan dosa.

10

SUMBER RUJUKAN

Ini adalah antara-antara sumber rujukan yang kami perolehi untuk menyiapkan e-book ini :

RUJUKAN BUKU
PERTAMA

RUJUKAN BUKU KEDUA

11


Click to View FlipBook Version