The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ernijulianaabaziz, 2021-07-23 08:32:31

SAMPLE LAPORAN OJT 1

SAMPLE LAPORAN OJT 1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

On-The Job Training (OJT) merupakan antara syarat-syarat yang telah
diperuntukkan ke atas setiap pelajar di seluruh Kolej Vokasional di Malaysia
khususnya di Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah (KVSAS) bagi
penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia Teknologi Elektrik. Pelajar akan
menjalani On-The Job Training (OJT) Semester Akhir sama ada dalam awam
ataupun swasta pada Semester 8 iaitu tempoh selama 6 bulan bagi mendapatkan
pendedahan awal dan membiasakan diri dengan dunia pekerjaan yang sebenar.

Sepanjang pelajar menjalani Latihan Industri, pelajar akan berada di
bawah pengawasan penyelia yang telah dilantik oleh Unit Perhubungan dan
Latihan Industri (UPLI) Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah . Sepanjang
semasa pelajar menjalani On-The Job Training (OJT) ini, pelajar akan
berhadapan dengan pelbagai pengalaman yang belum ditempuhi. Oleh itu,
pelajar perlu menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menjalani OJT ini
sehingga tamat tempoh yang telah ditetapkan selama menjalani Latihan Industri,

1

pelajar akan dapat membina keyakinan diri menjadi lebih berani dan tabah dalam
menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di samping dapat menimba
pengetahuan dan juga pengalaman. Pelajar boleh merujuk dan pengalaman
tersebut sebagai satu panduan apabila pelajar melangkah ke alam pekerjaan
sebenar kelak.

Justeru On-The Job Training (OJT) dapat memberi manfaat kepada
pelatih untuk mengamalkan ilmu-ilmu yang dapat diperolehi untuk dijadikan
sebagai satu pengalaman jika di alam pekerjaan yang sebenar dan membentuk
personaliti diri yang baik. Dengan adanya penerangan dari Unit Perhubungan
dan Latihan Industri (UPLI) dapat menjalani OJT dengan baik dan lancar, dan
dapat menyiapkan laporan untuk dijadikan sebagai rujukan tentang tugas yang
dilaksanakan.

Hasil daripada On-The Job Training (OJT) ini, Kolej Vokasional Sultan
Ahmad Shah (KVSAS) kelak dapat melahirkan para graduan yang berkualiti bagi
melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi atau terus melangkah ke
alam pekerjaan seiring dengan matlamat kerajaan untuk menghasilkan anak
didik yang lebih bermutu dan berkualiti disamping melahirkan tenaga kerja
separuh mahir yang amat diperlukan oleh kakitangan pekerjaan di sektor awam
mahupun swasta.

2

1.2 Objecktif On-The Job Training (OJT)

On-The Job Training (OJT) ini adalah bertujuan bagi membolehkan para pelajar
mempraktikkan apa telah dipelajarinya secara teori mahupun amali sepanjang
berada di Kolej Vokasional dan mengaplikasikan secara praktikal semasa
menjalani OJT.
Objektif On-The Job Training ini adalah bertujuan :-

1) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat
kerja.

2) Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat.
3) Mengamalkan kerja berpasukan.
4) Meningkatkan tahap profesionalisme dan beretika dalam memenuhi

dasar-dasar, prosedur dan kaedah-kaedah di dalam organisasi
5) Menerangkan tugas-tugas yang diberikan dalam tempoh OJT mengikut

format yang ditetapkan.
6) Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teoryang telah

dipelajari.

1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

1) Mendokumentasikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelatih
sepanjang tempoh latihan berjalan.

2) Mendedahkan dan menerangkan lebih lanjut dengan terperinci tentang
apa yang dapat di pelajari semasa menjalani Latihan Industri.

3

3) Untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pelatih itu sendiri dan pelajar-
pelajar yang lain.

4) Melatih pelatih supaya mematuhi peraturan dan garis panduan yang
telah ditetapkan semasa membuat laporan.

5) Merupakan salah satu syarat wajib yang dikenakan kepada pelatih yang
telah menjalani latihan industri.

1.4 Kepentingan On-The Job Training (OJT) Kepada Pelajar

Menjalani On-The Job Training (OJT) merupakan syarat wajib bagi setiap pelajar
Kolej Vokasional . Ia wajib disempurnakan oleh pelajar yang mengikuti kursus
Diploma. Ketika menjalani On-The Job Training (OJT) selama 6 bulan, pelajar
bukan sahaja didedahkan kepada alam pekerjaan tetapi juga dapat
mempraktikan segala teori dan amali yang dipelajari di Kolej Vokasional .
Semasa di Kolej Vokasional , pelajar didedahkan secara am dan amali tetapi
dengan menjalani OJT ini juga pelajar dapat mendedahkan para pelajar tentang
suasana alam pekerjaan yang sebenar .

On-The Job Training (OJT) juga mendewasakan para pelajar yang bakal
bergelar sebagai pekerja. OJT sebagai pendedahan awal kepada para pelajar
untuk bersikap lebih matang. Ia memberikan impak mendalam dalam memupuk
semangat kerjasama dalam pasukan dan mendidik pelajar yang bakal menjejaki
alam pekerjaan supaya menghormati antara satu sama lain terutama pekerja
yang lebih senior atau pegawai yang berpangkat tinggi.

4

Selama 6 bulan menjalani OJT, banyak pengalaman, pengetahuan dan
pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan yang
diperolehi telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi
menghadapi kehidupan yang kian mencabar sekarang. Praktikal adalah
pelengkap kepada ilmu atau teori yang dipelajari. Ini jelas dengan konsep ilmu
dan amal, di mana ilmu yang dipelajari tanpa mengamalkannya akan hilang dan
tidak akan memberi apa - apa kesan. Begitulah jika kita beramal tanpa ilmu sudah
tentu akan wujud masalah dari segi pegangan dan pendirian yang sentiasa
berubah - ubah.

Kesimpulan yang saya dapat melalui On-The Job Training (OJT) ini ialah
saya menerima banyak pendedahan dalam dunia perniagaan ini. Saya
merakamkan jutaan terima kasih kepada juga pihak Kolej Vokasional Sultan
Ahmad Shah yang memberi peluang kepada pelajar - pelajarnya mencari
pengalaman sendiri dengan mengadakan On-The Job Training (OJT)

5

BAB 2
LATAR BELAKANG ORGANISASI
2.1 LOGO ORGANISASI

Rajah 2 : Logo Organisasi Syarikat
2.2 PENGENALAN ORGANISASI
Maneuver Technologies Sdn Bhd, no pendaftaran syarikat 1158643-T
didaftarkan pada 10 September 2O15 dengan modal kerja sebanyak
RM200,000, beroperasi A-17, Tingkat 2, Jalan Seri Damai Perdana 2, Batu 6,
Jalan Kuantan Gambang, 25150 Kuantan Pahang Darul Makmur.

6

Perkembangan pasaran semasa yang sangat mencabar dengan ekosistem IR
4.0, Man-Tech hadir untuk turut bersaing dengan menawarkan perkhidmatan
yang berkualiti dan pengurusan kerja yang tersusun. Bagi memastikan kejayaan
di dalam persaingan global yang kompetitif, Man-Tech membariskan barisan
pengurusan yang professional, berpengalaman dan mampu memanfaatkan
teknologi terkini di dalam melengkapakan kerja-kerja yang diperolehi sejajar
dengan hasrat kerajaan di dalam Dasar Keusahawanan Nasional (DKN).

Bagi memenuhi keperluan undang-undang syarikat dan percukaian serta
mematuhi peraturan Bank Negara Malaysia (BNM), syarikat telah berdaftar
dengan Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Tenaga (ST), Bahagian
Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), Lembaga Pembangunan
lndustri Pembinaan (CIDB) serta telah mendapat status Syarikat Bumiputra.

2.3 Visi/Misi Organisasi

VISI – ‘Untuk menjadi sebuah syarikat kejuruteraan yang professional, dinamik
serta berdaya saing menerusi pasukan kerja yang mantap dan teguh’

MISI - Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, pantas, dan fleksibel bagi
mencapai tahap kepuasan pengguna.

TAGLINE – “Your Vision, Our Future”

7

2.4 MAKLUMAT PERNIAGAAN

No Pendaftaran Syarikat 1158643-T
Tarikh Diperbadankan 10 September 2015
Modal Dibenarkan RM400,000.00
Modal Berbayar RM200,000.00
Alamat Pejabat Urusan A-17, Tingkat 2, Jalan Seri Damai Perdana 2,
Jalan Kuantan Gambang,
Telefon, Faksimili Dan Email 25150 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Setiausaha Syarikat Tel: - +609-5361110 (O)
BHD. +6013-9231419 (M)
Faks: - +609-5361110
Perbekalan dan Kontraktor Email: - [email protected]
kejuruteraan elektrik, AAP MANAGEMENT CONSULTANTS SDN
penyelenggaraan industri.
Pengarah Urusan (Company No. 1034472-W)
Pengurus Operasi A1, Ground Floor, Jalan Biz Park Utama,
Kuantan Biz Park, Kemunting, 25100 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel: - +609-5150511, Fax - +609-5136110
Berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Kontraktor perkhidmatan
mekanikal dan

Wan Ahmad Ammar b Mohamad
Wan Ahmad Ibrahim b Wan Mohamad

BANK RHB Berhad, Cawangan Malay Town, Jalan
Putra Square, Kuantan.
A/C No: 2060 1200 1458 21

8

2.5 PERKHIDMATAN ORGANISASI

Di bawah MAN-TECH pelbagai projek pembekalan serta perkhidmatan dan
aktiviti berkaitan telah berjaya disempurnakan pada tahun 2015. MAN-TECH
memulakan operasi secara sambilan sejak dari awal tahun 2015. Kini, sejak
ditubuhkan secara rasmi pada 10 September 2015 MAN-TECH telah berjaya
melaksanakan projek-projek berikut:

2.5 CARTA ORGANISASI SYARIKAT

Rajah 2.4 : Carta Organisasi Syarikat

9

BAB 3

RINGKASAN MINGGUAN

Berikut adalah ringkasan aktiviti mingguan yang telah saya lakukan
sepanjang menjalani latihan industri ( OJT ) di MANUEVER TECHNOLOGIES
SDN BHD.

MINGGU TARIKH AKTIVITI

1 6/1/2020– 10/1/2020 • Melapor diri di MANUEVER
TECHNOLOGIES SDN BHD Bersama
manager syarikat En Wan Ahmad ‘Ammar
Bin Mohammad serta suai kenal bersama
staff-staff dan penyelia saya En Mohd
Hasyim Bin Ibrahim.

• Menghadiri mesyuarat untuk mengenal
pasti organisasi yang ditugaskan untuk
membahagikan kerja.

• Pergi ke tapak binaan untuk melakukan
pendawaian tersembunyi seperti melakukan
kerja-kerja membelah dinding, memecah
batu menggunakan drill dan membuat
penanaman paip pvc.

10

MINGGU TARIKH AKTIVITI

2 13/1/2020-19/1/2020 • Membuat pendawaian soket keluar 13amp
untuk penapis air coway.

• Membuat kerja-kerja fabrikasi terhadap A
Frame.

• Mengirding bekas kimpal pada grill dan
menyapukan gam silicone pada grill
tersebut.

• Mengikat coil alternator CMS ROBIAH dan
meletakkan fiber pada celah coil tersebut.

• Menyapukan varnis pada coil alternator
CMS ROBIAH.

3 13/1/2020-13/1/2020 • Maintenance aircond
• Membersihkan compressor dan penghawa
dingin
• Menambah gas penghawa dingin

4 14/1/2020- 20/1/2020 • Membuat pendawaian tersembunyi di Bukit
Sekilau

• Menarik wayar mengikut circuit yang
ditetapkan

• Menarik wire didalam siling
• Menggunakan puller wire bagi memudahkan

lagi menarik wire
• Membuat pendawaian soket dan lampu bilik

utama, bilik 1, bilik 2 bilik 3 dan bilik 4.
• Membuat pendawaian lampu tandas.
• Membuat pendawaian lampu pendaflour

bilik air 2.

11

• Membuat pendawaian suis pemanas air
bilik air 2.

• Membuat pendawaian soket di dapur.
• Membuat pendawaian lampu di ruang tamu.

5 21/1/2020-24/1/2020 • Memasang paip pvc di Kg Tiram
• Mengikut pelan yang ditetapkan
• Memastikan paip dipotong mengikut ukuran
yang tepat bagi mengelakkan pembaziran
paip pvc.
• Membuat paip di bilik utama, bilik 1, bilik 2
bilik 3 dan bilik 4.
• Membuat paip lampu tandas.
• Membuat paip soket di dapur.
• Membuat paip lampu di ruang tamu.

6 27/1/2020-31/1/2020 Cuti Tahun Baru Cina

7 3/2/2020-7/2/2020 • Membuat senarai barang pendawaian

perumahan di pelindung jaya yang hendak

dibeli di Focus Electrical Malaysian.

• Memastikan paip dipotong mengikut ukuran

yang tepat bagi mengelakkan pembaziran paip

pvc.

• Membuat paip di bilik utama, bilik 1, bilik 2

bilik 3, bilik 4 dan bilik 5

• Membuat paip lampu tandas.

• Membuat paip soket di dapur.

• Membuat paip lampu di ruang tamu.

12

MINGGU TARIKH AKTIVITI

8 10/2/2020-15/2/2020 • Membuat maintenance di Masjid al-Munir Kg
Selamat

• Menukar lampu lama kepada lampu led yang
baru

• Menggunakan staging untuk menukar lampu
kerja terlalu tinggi.

• Membuat pendawaian soket baru
• Menukar lampu spotlight yang baru

9 17/2/2020-21/2/2020 • Membuat pemasangan lampu downlight dan
soket di Kg Tiram

• Memasang lampu downlight di bilik utama,
bilik 1, bilik 2 bilik 3 dan bilik 4.

• Memasang lampu downlight di dalam tandas.
• Memasang soket di dapur.
• Memasang lampu downlight dan soket di

ruang tamu

10 24/2/2020-17/3/2020 • Membuat maintenance di kilang Jalan Gebeng
FGV Transport.

• Memasang dan menukar paip Pvc dan
Trunking yang lama ke yang baru.

• Menukar lampu led lama ke yang baru
• Menukar kipas siling
• Membuat pendawaian baru
• Menggunakan staging di tempat yg tinggi

seperti di bawah pam minyak kilang itu.
• Membuat pendawaian baru di bahagian

tempat menukar tayar lori .

13

• Membuat pendawaian baru di bahagian
tempat welding lori kerana selalu trip.

• Membuat pendawaian baru di tempat cat lori.
Jadual 1 : Jadual ringkasan mingguan semasa menjalani latihan industri

di syarikat MANUEVER TECHNOLOGIES SDN BHD

14

BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 PENGENALAN
Laporan teknikal ini adalah bab untuk menerangkan secara terperinci

tentang kerja-kerja yang dilakukan semasa Latihan Industri di MANUEVER
TECHNOLOGIES SDN BHD. Melalui Latihan Industri ini, dapat menimba ilmu
yang baru seperti mana di buat adalah menggunakan cara untuk membuat
kerja dengan lebih jelas, tepat serta format yang betul. Kerja-kerja yang
dilakukan tersebut ialah bahagian elektrikal dan mekanikal teknikal yang
telah ditetapkan oleh pengurus syarikat iaitu Wan Ahmad ‘Ammar Bin
Mohamad.

4.2 LAPORAN TEKNIKAL
4.2.1 Membuat Kerja-Kerja Pendawaian Tersembunyi

1) Pemasangan Pendawaian Tersembunyi
Pendawaian elektrik boleh dilakukan sama ada secara permukaan atau
tersembunyi. Pendawaian tersembunyi biasanya dilakukan ketika kaperingkat
pembinaanpbangunan. Dalam sistem ini, kabel atau pembuluh dipasang di

15

dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel
yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-aksesori. Dimana kita
boleh tengok sistem ini? Contoh paling mudah ialah di rumah kita sendiri (rumah
batu). Kita boleh nampak kotak soket, kotak suis, lampu dan juga kipas dekat
dinding atau siling, tetapi kita tak nampak sebarang kabel diluar dinding dan
siling. Inilah dinamakan sistem pendawaian tersembunyi untuk tujuan
kekemasan dan memberi perlindungan kepada kabel untuk tempoh yang lebih
lama.
Jenis Pendawaian Tersembunyi

Rajah 4.1 : Pendawaian Tersembunyi menggunakan pembuluh

Rajah 4.2 : Pendawaian Tersembunyi menggunakan kabel bertebat

16

Kaedah pemasangan kabel
• Pendawaian tersembunyi boleh dibuat samada semasa bangunan sedang
dibangunkan atau bangunan sudah siap.
• Jika bangunan itu telah siap, proses memecah dinding konkrit untuk
menebuk alur hendaklah dilakukan mengikut saiz dan ukuran kondiut
serta ketebalan kabel yang hendak ditanam
• Jika bangunan itu sedang dalam pembinaan, kondiut atau kabel
hendaklah diletakkan sebelum dinding di lepa (plaster). Ini memudahkan
dan melancarkan kerja-kerja pendawaian dilakukan.
• Saiz lurah akan ditandakan terlebih dahulu pada dinding atau lantai.
Bahagian yang ditanda itu kemudiannya akan dipotong dengan
menggunakan mesin pencanai dan dibuang atau dipecahkan dengan
menggunakan tukul dan pahat

17

• Bagi kedalaman lurah dinding untuk memasukkan kondiut berukuran saiz
25mm kedalamannya ialah 40mm dan bagi kondiut berukuran 19mm
kedalaman lurah dinding ialah 30mm.

• Bagi kedalaman lurah dinding untuk menanam kabel biasanya berukuran
antara 12mm hingga 20mm juga mengikut ketebalan kabel yang hendak
ditanam.

• Kabel boleh dibentangkan terus pada lurah dan diklip pada bahagian batu
supaya tidak terkeluar daripada laluannya ketika kerja-kerja melepa
dilakukan.

• Ketika menebuk lurah, elakkan membina laluan kabel di tempat-tempat
berikut untuk mengelakkan kerosakan kabel:
a) Ruang untuk menggantung gambar, jam dan hiasan rumah
b) Di atas bahagian tingkap dan pintu
c) Tiang sokongan

Rajah 4.3 : Pendawaian Tersembunyi yang telah siap dipasang

18

Kebaikan pendawaian tersembunyi:
• Pendawaian jenis ini lebih kemas / cantik.
• Selamat kerana tidak terdedah kepada kerosakan mekanikal, bahan kimia
dan haba.
• Tahan lama

Kelemahan pendawaian jenis ini:
• Apabila ada kerosakan sukar untuk diperbaiki
• Memerlukan kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan kabel
• Punca kerosakan sukar dikesan
• Kebarangkalian terkena paku akibat ketukan pengguna.

Ciri-ciri pemilihan sistem tersembunyi
• Bekalan voltan jenis 1 atau 3 fasa;
• Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu dan simen;
• Memerlukan suasana bangunan yang kemas dan cantik;
• Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan;
• Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak;
• Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama;
• Kadar kuasa beban yang dipasang kecil

Jenis-Jenis Kabel
Jenis kabel yang digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem
permukaan bergantung kepada kaedah pendawaian dan perlindungan
mekanikal yang dibuat:

• Pendawaian tersembunyi menggunakan pembuluh : kabel PVK
• Pendawaian tersembunyi tanpa pembuluh : kabel PVK/PVK

19

Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan Pendawaian Tersembunyi
Rajah di bawah menunjukkan gambar foto langkah-langkah untuk melakukan
pemasangan pendawaian tersembunyi yang akan membantu anda memahami
bagaimana membuat pendawaian tersembunyi nanti.

Rajah 4.4 : Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan pendawaian
tersembunyi

20

Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Tersembunyi
Bagi memastikan penghasilan kerja-kerja pendawaian yang baik, kemas dan
selamat,amalan-amalan kerja berikut mestilah dilakukan:

• Semua kabel pemasangan hendaklah dicengkam dengan timah seberapa
tegang yang boleh

• Sambungan kabel hanya boleh dilakukan di tamatan alat tambah.
• Laluan pemasangan kabel mestilah dirancangkan terlebih dahulu bagi

mengelakkan litar daripada bertindih.
• Punca-punca bagi kabel hidup, neutral dan suis mestilah ditandakan

terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pemasangan kabel dijalankan.
• Semua pemasangan kabel atau alat tambah mestilah mengikut peraturan

IEE/STM yang telah ditetapkan.

Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk membuat Pendawaian
Tersembunyi Semasa melakukan kerja pendawaian, peralatan asas yang
diperlukan adalah sama bagi semua jenis pendawaian seperti pemotong kabel,
playar, tukul, pemutar skru dan pena penguji. Walaupun begitu terdapat
peralatan khusus yang diperlukan bergantung kepada jenis pendawaian yang
hendak dilakukan. Dalam kerja pendawaian tersembunyi ini peralatan yang anda
gunakan perlulah dalam keadaan yang baik dan boleh berfungis sepenuhnya.
Bagi mesin dan peralatan elektrik yang digunakan perlulah dipastikan peralatan
tersebut menepati spesifikasi keselamatan yang diperlukan bagi mengelakkan
sebarangan kemalangan yang berpunca dari penggunaan peralatan yang tidak
menepati piawai.

21

Setelah selesai melakukan pendawaian peralatan yang anda gunakan mestilah
disusun dengan kemas dan diletakan ke tempat asal berdasarkan 5S. Begitu juga
juga baki bahan yang digunakan seperti kabel, dan klip timah mestilah disimpan
semula. Amalkan sikap jimat cermat dan menjaga kebersihan.
Rajah di bawah menunjukkan peralatan dan kegunaan peralatan untuk membuat
lurah bagi laluan kabel dalam melakukan pendawaian tersembunyi.

Rajah 4.5 : Peralatan dan kegunaan peralatan untuk membuat lurah

22

Teknik Melepa Alur Pendawaian Tersembunyi
Setelah lurah laluan kabel disediakan, anda perlu masukkan kabel atau paip
dalam lurah tersebut bergantung kepada kaedah yang hendak anda gunakan.
Setelah itu anda perlu menutup kabel dan lurah tersebut dengan menggunakan
mortar. Ini bertujuan untuk menutup semua lurah-lurah yang dibuat dengan
menggunakan lepaan mortar. Dalam melaksanakan kerja melepa alur
pendawaian tersembunyi, pengetahuan dan ketelitian semasa membancuh
adalah penting untuk menjamin kekuatan serta mutu hasil kerja yang diperlukan.
Lepaan simen terdiri daripada campuran simen pasir dan air bagi menghasilkan
mortar. Nisbah bancuhan antara simen dan pasir yang digunakan adalah 1: 3,
iaitu nisbah 1 untuk simen dan nisbah 3 untuk pasir.

23

Rajah 4.6 : Peralatan dan kegunaannya bagi kerja melepa lurah laluan kabel

Pengujian Pendawaian
Setiap pendawaian yang telah siap perlu dilakukan pengujian bagi memastikan
semua pemasangan litar adalah dalam keadaan baik dan selamat untuk
digunakan. Pengujian yang perlu dilakukan adalah:

1. Ujian keterusan
2. Ujian rintangan penebatan
3. Ujian kekutuban
4. Ujian rintangan elektrod bumi
5. Ujian peranti arus baki

24

Ujian Keterusan
Terdapat 3 ujian keterusan litar akhir yang utama

1. Ujian keterusan pengalir pelindung
2. Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang
3. Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral
Semua pengujian yang dinyatakan di atas perlu dilakukan pada semua
pendawaian yang telah siap melainkan ujian keterusan pengalir litar gelang.
Ujian ini hanya perlu dilakukan pada pada litar soket alir keluar litar gelang
sahaja.

Ujian Keterusan Pengalir Litar Gelang
Ujian ini dilakukan untuk memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan
disepanjang litar gelang..Alat pengujian yang digunakan ialah – Meter Pelbagai
(Julat Ohm) atau Meter Ohm. Kaedah Ujian Keterusan pengalir litar gelang
dilakukan seperti berikut:

1. Tanggalkan kedua-dua punca pengalir hidup dari PLM , pengalir
neutral dari terminal neutral dan pengalir bumi dari terminal bumi di
kotak fius agihan.

2. Sambungkan prob penguji seperti rajah xxx ( contoh yang diberi antara
punca E-E).

3. Ulang tatacara bagi punca (L-L) dan (N-N).
4. Nilai bacaan meter bagi keterusan yang baik hendaklah kurang

daripada 1 ohm.

25

Rajah 4.7 : Kaedah pengujian keterusan pengalir litar gelang

26

BAB 5

DAPATAN & CADANGAN

5.1 PENGENALAN

Dalam menjalani latihan industri di syarikat MANUEVER TECHNOLOGIES
SDN BHD ini, saya dapat menimba pelbagai ilmu dan mempelajari cara
untuk menguruskan kerja dengan lebih spesifik. Seterusnya, dapat juga
untuk mendisiplikan supaya menjadi pekerja yang cemerlang dan gemilang.

5.2 DAPATAN & CADANGAN
➢ Antara perkara-perkara serta kerja-kerja yang boleh dikatakan
mengenai syarikat ini ialah sistem pengurusan yang cekap dan
bersistematik dalam melakukan semua kerja. Syarikat ini mempunyai
beberapa kakitangan sahaja untuk menyiapkan semua projek, walau
bagaimanapun mereka telah bekerjasama dalam melakukan projek
dan menyiapkan kerja yang banyak dalam tempoh yang diberikan.
Walaupun, kekurangan kakitangan, mereka amat bersistematik untuk
mengaturkan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek untuk
disiapkan dalam tempoh yang singkat dan terpaksa menyiapkan kerja

27

yang banyak dalam satu masa. Cadangan untuk syarikat ini adalah,
sekiranya kakitangan di tambah untuk dijadikan sebagai kerja tetap
amat digalakkan kerana dapat membatu untuk menyiapkan kerja-kerja
yang tertangguh. Kakitangan yang ramai yang meringankan beban
semua pihak dan produktiviti syarikat akan berkembangan dengan
maju, lebih hebat dan mantap.
➢ Seterusnya dari segi pengangkutan pihak kakitangan syarikat sering
menangguhkan kerja akibat kekurangan pengangkutan untuk
mengangkut barang atau kakitangan yang melakukan kerja di luar
kawasan. Sekiranya syarikat membuat penambahan pengangkutan
seperti lori atau kereta pancuan 4 roda dengan lebih banyak amat
digalakkan kerana dapat membantu untuk memudahkan kakitangan
bergerak untuk mengakut barang dan melakukan kerja dengan lebih
cepat.
➢ Akhirsekali, pihak syarikat perlu menyediakan alat perkakasan
dengan lengkap untuk setiap pasukan. Hal ini amat digalakkan kerana
memberi kemudahan kepada kakitangan yang bekerja di luar
kawasan. Sebagai contoh jika satu pasukan berada di pantai timur
maka tidak perlulah pasukan di selatan perlu menghantar alat
pekakasan melalui pos serta boleh menjimatkan masa dan kerja tidak
tertangguh. Saya harap dengan cadangan ini syarikat MANUEVER
TECHNOLOGIES SDN BHD akan lebih maju bersaing dengan negara
luar.

28

➢ Mengamalkan budaya kerja yang cemerlang.
Organisasi yang mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dapat
membantu meningkatkan kualiti organisasi terbabit. MANEUVER
TECHNOLOGIES SDN BHD seharusnya mengaplikasikan budaya kerja
yang cemerlang bagi melahirkan kakitangan yang mahir dalam tugas yang
dilakukan. Setiap kakitangan mestilah sentiasa menepati masa datang ke
tempat kerja bagi mengelakkan sebarang penagguhan kerja yang diminta
oleh pihak pengguna. Urusan yang dilakukan dengan cepat dan tepat
dapat meyakinkan lagi minat pengguna untuk mendapat servis daripada
pihak syarikat ini. Ini sekaligus dapat membantu menjaga nama baik
syarikat dan dapat melonjakkan nama baiknya.

Hubungan yang erat dan mesra juga perlu diwujudkan antara semua
kakitangan bagi mewujudkan suasana kerja yang lebih ceria dan lebih
menyenangkan. Mereka juga perlu memberikan perkhidmatan yang
cemerlang kepada pengguna walaupun penat dengan segala urusan yang
mereka lakukan.

Perkhidmatan yang kurang menyenangkan boleh menjejaskan hubungan
antara pengguna dan kakitangan.Setiap urusan juga perlu disegerakan
dan mengamalkan sikap bertolak ansur dan bekerjasama dengan
pelanggan. Setiap kakitangan juga perlu berpegang kepada polisi syarikat
untuk meningkatkan mutu kerja dan bertanggungjawab bagi memastikan
keperluan setiap pengguna disempurnakan. Berpegang kepada prinsip
polisi syarikat juga merupakan satu langkah bijak kerana ia merupakan

29

satu garis panduan untuk sesebuah organisasi mengetahui kekuatan,
kelemahan, ancaman dan peluang yang ada dalam organisasi tersebut.
Setiap pandangan dan kritikan yang membina daripada pelanggan dapat
diperbaiki kelemahan yang wujud dalam MANUEVER TECHNOLOGIES
SDN BHD

30

BAB 6

KESIMPULAN

6.1 KESIMPULAN

Latihan industri yang menjadi syarat sah untuk meluluskan pelajar
untuk mendapat Diploma Vokasional Malaysia dan Diploma Kemahiran
Malaysia, sesungguhnya adalah sesuatu yang amat baik bagi melahirkan
graduan-graduan yang berkualiti dan terlatih dalam bidang tertentu. Dalam
menjalani latihan industri selama 2 bulan 17 hari ini mendapat gambaran
yang sebenar tentang tanggungjawab yang dibekal mereka pikul semasa
menempuhi alam pekerjaan yang sebenar.

Perkara yang diharapkan dengan melalui latihan industri ini dapat
pelajar akan dapat menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan,
teknik,teknik yang betul serta pengalaman yang tidak pernah digambarkan
oleh pelajar tentang kerja-kerja elektrikal dalam meneruskan pengajian
mereka dan menjadikan mereka seorang yang Berjaya dan berkaliber dalam
bidang yang diceburi.

31

Pelajar yang berdisplin serta mempunyai semangat jati diri yang
kuat amat diperlukan untuk menghadapi latihan industri ini kerana banyak
cabaran yang terpaksa pelajar tempuhi terutama sekali apabila bertemu
dengan orang atasan untuk melakukan tugas yang diberi. Pelbagai ragam
manusia yang perlu ditempuhi sertiap hari yang inginkan perkhimatan yang
cekap dan sentiasa bersedia. MANUEVER TECHNOLOGIES SDN BHD
merupakan syarikat yang sama menekankan ketepatan masa,mampu
memberikan hasil kerja yang berkualiti dan mementingkan para pelatih dan
warga pekerja.

Latihan industri di firma seperti ini merupakan satu pengalaman yang
cukup bermakna kerana setiap perkara yang baru dan dipelajari merupakan
kesinambungan kepada apa-apa yang telah dipelajari ketika di vokasional
dahulu. Contohnya, kerja-kerja yang dilakukan adalah berkaitan pendawaian
tersembunyi dan kondiut gi . Yang mana sebelum ini pendekatan di vokasional
hanya sekadar yang perlu sahaja. Di syarikat ini, dapat belajar sesuatu
yang baru bersesuaian dengan alam pekerjaan yang akan ditempuhi nanti,
berharap agar dapat mempelajari dengan lebih mendalam lagi berkaitan
dengan kerja-kerja penyelenggaraannya pendawaian. Latihan industri ini juga
dapat membantu dalam membuat persediaan dari segi fizikal dan mental
untuk menempuhi alam pekerjaan kelak.

Selama menjalani Latihan Industri, banyak pengalaman, pengetahuan
dan pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan yang
diperolehi telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi

32

menghadapi kehidupan yang kian mencabar sekarang. Praktikal adalah
pelengkap kepada ilmu atau teori yang dipelajari. Ini jelas dengan konsep ilmu
dan amal, di mana ilmu yang dipelajari tanpa mengamalkannya akan hilang dan
tidak akan memberi apa - apa kesan. Begitulah jika kita beramal tanpa ilmu sudah
tentu akan wujud masalah dari segi pegangan dan pendirian yang sentiasa
berubah - ubah. Sepanjang saya menjalani latihan industri, terdapat banyak
perubahan daripada sudut pembelajaran, persekitaran dan pergaulan sesama
rakan sekerja. Ia secara langsung dapat meningkatkan dedikasi dan bersikap
rasional terhadap diri saya sendiri.

Walaubagaimanapun masih wujud beberapa kelemahan yang dapat
diperbaiki pada masa hadapan. Oleh itu dapat saya simpulkan bahawa program
On-The Job Training (OJT) banyak memberi manfaat kepada para pelajar
walaupun terdapat kelemahan kecil yang sedikit sebanyak mencacatkan
keadaan, supaya kelemahan ini dapat di perbaiki pada masa hadapan.

Kesimpulan yang saya dapat melalui On-The Job Training (OJT) ini ialah
saya menerima banyak pendedahan dalam dunia perniagaan ini. Saya
merakamkan jutaan terima kasih kepada juga pihak Kolej Vokasional Sultan
Ahmad Shah yang memberi peluang kepada pelajar - pelajarnya mencari
pengalaman sendiri dengan mengadakan Latihan Industri.

33

RUJUKAN
https://www.slideshare.net/wakemran/sistem-pendawaian-tersembunyi
http://norsamida.blogspot.com/2010/11/sistem-pendawaian-konduit.html
https://www.scribd.com/doc/46985594/Sistem-Pendawaian-Konduit
https://www.slideshare.net/kennyofic/trunking-31929043
https://sites.google.com/site/kursuspendawaiandomestik/nota-
kursus/unit-2

34

LAMPIRAN 1
Pendawaian Tersembunyi

Rajah 6.1 : Membelah dinding bagi kerja pendawaian

Rajah 6.2 : Hacking dinding bagi kerja pendawaian

35

Rajah 6.3 : Pemasangan kondiut PVC

36

LAMPIRAN 2
Cara Membentuk Trunking

37


Click to View FlipBook Version