The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ernijulianaabaziz, 2021-08-31 22:44:05

SAMPLE 1 LAPORAN OJT KOHORT 2019

SAMPLE 1 LAPORAN OJT KOHORT 2019

LAPORAN AKHIR ON-THE JOB TRAINING
(OJT)

NABILLAH HUDA BINTI MOHD RAZALI
(K581FETE022)

2021

DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK
KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH

KUALA ROMPIN, PAHANG

i

PERAKUAN PELAJAR

Saya akui penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ……………………………………………
Nama Penulis : NABILLAH HUDA BINTI MOHD RAZALI
No. Pendaftaran : K581FETE022
Tarikh : 13 OGOS 2021

ii

PENGESAHAN LAPORAN AKHIR OJT

Saya akui bahawa saya telah membaca penulisan ini dan pada pandangan saya adalah
memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Diploma Vokasional
Malaysia.

Tandatangan : ……………………………………….....
Nama Pensyarah Penilai : PN ERNI JULIANA BINTI AB AZIZ
Tarikh : 13 OGOS 2021

iii

PENGHARGAAN

Bersyukur saya dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dengan ini saya Nabillah Huda Binti
Mohd Razali pelajar Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, Kuala Rompin Pahang yang
mengikuti kursus Diploma Teknologi Elektrik telah berjaya menamatkan sesi Latihan
Industri di Syarikat Minda Jaya Resources Sdn. Bhd. Di kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada seluruh kakitangan
Syarikat Minda Jaya Resources Sdn. Bhd terutamanya kepada En. Ama Bin Maruf selaku
pemangku pengurus yang sudi menerima saya sebagai pelajar praktikal disini dan telah
banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan berkongsi ilmu mengenai selok-belok kerja
dan tugas yang harus saya lakukan sepanjang saya menjalani latihan industri di syarikat
tersebut. Tanpa bantuan mereka, sudah pasti saya tidak dapat menjalani latihan industri
ini dengan jayanya seperti ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kolej
Vokasional Sultan Ahmad Shah, terutamanya kepada para pensyarah di Jabatan Teknologi
Elektrik khususnya kepada En Zulkarnain dan Latihan Industri kerana telah memberi
kelonggaran kepada saya untuk mencari sendiri tempat untuk melakukan latihan industri.
Begitu juga dengan nasihat dan tunjuk ajar dengan mengadakan sesi taklimat untuk
menjalani Latihan Industri dan kaedah penyediaan untuk menyiapkan sebuah buku
laporan Latihan Industri yang lengkap dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Akhir
sekali, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang membantu saya
sehingga terhasilnya laporan ini. Semoga Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.
Sekian.

iv

ABSTRAK

Laporan Akhir “On-The Job Training” ini disediakan bagi memenuhi syarat penilaian
Latihan Industri Kolej Vokasional selain bagi tujuan penganugerahan Diploma Teknologi
Elektrik. Pada dasarnya perkataan “On-The Job Training” (OJT) adalah merupakan
latihan industri yang diwujudkan bagi setiap pelajar program Diploma Teknologi Elektrik
yang menjalani pendidikan di Kolej Vokasional sebagai syarat sebelum tamat pengajian.
Tujuan OJT diwujudkan adalah untuk mendedahkan bakal graduan Kolej Vokasional
kepada situasi pekerjaan sebenar serta meningkatkan tahap kebolehpasaran bakal graduan.
Manakala, objektif OJT adalah diharapkan graduan yang akan dikeluarkan oleh Kolej
Vokasional masing-masing boleh mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang
diperolehi, mampu untuk berkomunikasi dengan berkesan dengan sesiapa sahaja tanpa
rasa gementar, boleh bekerja sebagai satu pasukan dan meningkatkan tahap
profesionalisme dan etika dalam setiap kerja yang dilakukan. Dalam laporan ini, akan
diterangkan dengan terperinci tentang pengenalan OJT, latar belakang organisasi,
ringkasan mingguan, laporan teknikal, dapatan dan cadangan, kesimpulan, rujukan dan
lampiran. Kesimpulan daripada laporan ini adalah dapat menimba pengalaman, terdedah
kepada dunia kerja yang sebenar, dapat mempelajari teknik komunikasi yang berkesan
dan boleh membina tahap profesionalisme dan beretika ketika bekerja.

v

ABSTRACT

This final report "On the Job Training" is presented to fulfil the Vocational College's
valuation criteria for industrial training as well as the issuance of a construction diploma
in technology electrical. In essence, "On the Job Training" (OJT) is an industrial training
programme designed for every student Diploma Technology Electrical who is required to
pass a Vocational College study before graduated. The goal of OJT is to expose
Vocational College graduates to real-world job scenarios in order to improve their
marketability. While the goal of OJT is for graduates issued by the Vocational College to
be able to apply their knowledge and abilities, speak fluently with anyone without feeling
frightened, work as a team, and enhance the level of professionalism and ethics in every
task they accomplish. The introduction of OJT, background organization, a weekly
summary, technical reports, findings and recommendations, conclusions, references, and
appendices will all be detailed in this report. The conclusion of this research is that while
working, can get experience, be exposed to the real world, learn good communication
techniques, and develop a degree of professionalism and ethics.

vi

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH
KUALA ROMPIN, PAHANG
TAHUN 2021

BIODATA PELAJAR

NAMA NABILLAH HUDA BINTI MOHD RAZALI
NO KAD PENGENALAN 010220-01-1756
KURSUS DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK
JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK & ELEKTRONIK
INSTITUSI KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH
ORGANISASI LATIHAN MINDA JAYA RESOURCES SDN. BHD
NAMA PENGURUS AMA BIN MARUF
TEMPOH LATIHAN 1 MAC 2021 – 13 OGOS 2021

vii

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

TAJUK LAPORAN i
PERAKUAN PELAJAR ii
PENGESAHAN LAPORAN AKHIR OJT iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
BIODATA vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 2
1.2 Objektif OJT 3
1.3 Kepentingan OJT 4
1.4 Objektif Laporan OJT 5
1.5 Kepentingan Laporan OJT 6
1.6 Skop Kerja OJT
viii

PERKARA HALAMAN

BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI 7
2.1 Pengenalan Organisasi 8
2.2 Latar Belakang Organisasi 10
2.3 Misi dan Visi Syarikat 10
2.4 Objektif Organisasi 11
2.5 Maklumat Organisasi 12
2.6 Aktiviti Organisasi 14
2.7 Waktu Bekerja 15
2.8 Carta Organisasi

BAB 3 RINGKASAN MINGGUAN
3.1 Pendahuluan
3.2 Laporan Ringkasan Tugas Mingguan 16
17
BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL
4.1 Pendahuluan 24
4.2 Penerangan Kerja-Kerja Sebenar Yang Dilakukan 25
25
4.2.1 Proses Installing a Compressor On
Base Pan 26
27
4.2.2 Proses Fix Tube
4.2.3 Proses Brazing ix

PERKARA HALAMAN

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN 28
5.1 Pendahuluan 28
5.2 Perbincangan 29
5.3 Cadangan
32
BAB 6 KESIMPULAN 33
6.1 Pendahuluan
6.2 Kesimpulan Keseluruhan 35
36
RUJUKAN
LAMPIRAN

x

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH PERKARA HALAMAN

Rajah 2.1 Logo Syarikat 7
Rajah 2.2
Rajah 2.3 Bangunan Minda Jaya Resources Sdn. Bhd 8

Rajah 2.4 Bangunan Panasonic Appliances 9

Rajah 4.1 Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY)
Rajah 4.2
Rajah 4.3 Carta Organisasi Panasonic Appliances 15
Rajah 4.4
Rajah 4.5 Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY)

Proses Installing a Compressor On Base Pan 25

Proses Fix Tube Dilakukan 26

Alatan Tangan Yang Digunakan 26

Sebelum Proses Brazing Dilakukan 27

Selepas Proses Brazing Dilakukan 27

xi

NO. JADUAL SENARAI JADUAL HALAMAN

Jadual 2.1 PERKARA 11
Jadual 2.2 14
Jadual 3.1 Jadual Maklumat Organisasi 17
Waktu Beroperasi
Jadual Laporan Ringkasan Tugas
Mingguan

xii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN PERKARA HALAMAN

Lampiran 1 Situasi Semasa Menjalani Latihan Industri 35
Lampiran 2 Sijil SSM Syarikat Minda Jaya Resources 37
Sdn. Bhd

xiii

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

On - The Job Training (OJT) merupakan antara syarat yang telah diperuntukkan ke atas
setiap pelajar di Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, Semester 4 Diploma bagi
penganugerahan Diploma Vokasional Malaysia Program Teknologi Elektrik. Para
pelajar akan menjalani On-The Job Training (OJT) atau lebih dikenali sebagai
‘praktikal’ selama 6 bulan di syarikat yang telah dipilih. Dalam tempoh itu pelajar mesti
mengikuti segala peraturan atau prosedur yang ditetapkan oleh syarikat tersebut,
contohnya kehadiran, disiplin, pemakaian dan lain-lain.

Latihan ini memberi pendedahan dan pengalaman awal kepada pelajar sebelum
memasuki alam pekerjaan setelah menamatkan pengajian. Mereka akan mengambil
aliran yang berkaitan dengan kursus mereka semasa menjalani praktikal, untuk
memastikan ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan pada masa akan datang.
Sepanjang tempoh latihan, pelajar dapat mempelajari dan mempraktikkan diri dengan
perkara yang baru berkaitan dengan kursus yang diambil di Kolej Vokasional Sultan
Ahmad Shah. Pelajar juga dibimbing oleh pekerja-pekerja yang berkemahiran dan

1

mempunyai pengalaman yang luas dimana dapat membimbing pelatih untuk menjadi
pekerja yang lebih produktif.

Di samping itu, pelajar diterapkan dengan etika kerja yang tinggi dan menjadikan
suasana kerja yang tenteram dan ceria. Pelajar juga dikehendaki untuk membuat laporan
harian berkaitan dengan aktiviti di tempat kerja. Mereka mesti menyerahkan buku
laporan harian tersebut dua kali seminggu kepada pegawai di syarikat itu untuk
diperiksa, dicop dan ditandatangani. Selain itu, pensyarah daripada kolej juga
menghubungi pelajar dari masa ke semasa untuk mengetahui perkembangan pelajar
seperti lawatan pensyarah ke tempat On-The Job Training (OJT), google meet, telegram,
whatsapp dan sebagainya. Pensyarah juga perlu menghubungi pegawai syarikat untuk
mengetahui perkembangan pelajarnya menjalani On-The Job Training (OJT).

Semasa menjalani On-The Job Training (OJT) ini, para pelajar dikehendaki
membuat catatan harian berkenaan dengan kerja yang dilakukan. Ini memudahkan
proses membuat buku log dan laporan setelah tamat latihan. Selain itu, pihak kolej juga
mewujudkan sistem pembahagian markah yang wajib diisi oleh majikan di tempat
latihan diadakan. Dengan adanya sistem ini, pelajar akan lebih tekun dan berusaha untuk
melakukan yang terbaik bagi memperolehi markah yang cemerlang semasa menjalani
On-The Job Training (OJT).

1.2 Objektif On-The Job Training (Ojt)

On-The Job Training (OJT) adalah merupakan satu latihan yang amat penting kepada
pelajar dalam memperaktikkan segala ilmu yang diperolehi sebelum menempuhi alam

2

sebenar pekerjaan. Oleh sebab itu, On-The Job Training (OJT) mempunyai objektif
tersendiri.
Berikut adalah objektif On-The Job Training (OJT):

i. Mengaplikasikan segala kemahiran yang dipelajari dan digunakan semasa
menjalani OJT.

ii. Membolehkan pelajar membina personaliti secara individual.
iii. Pelajar dapat memberikan pandangan dan idea yang bernas.
iv. Dapat mendidik pelajar agar dapat berkomunikasi secara efektif.
v. Memupuk rasa minat pada diri pelajar dalam industri pekerjaan.
vi. Dapat menanam semangat bekerjasama dan semangat berpasukan antara

pekerja-pekerja.
vii. Pelajar dapat bersiap sedia sebelum menempuhi alam sebenar pekerjaan.

1.3 Kepentingan On-The Job Training (OJT)

Pada era globalisasi ini, jumlah mahasiswa dan mahasiswi semakin meningkat. Ini akan
menyebabkan, para graduan muda terpaksa berusaha keras untuk mendapatkan
pekerjaan, kerana majikan pada abad ini mahukan graduan yang menepati kriteria-
kriteria tertentu dan berpengalaman dalam alam pekerjaan. Pengalaman pekerjaan yang
minima atau ketiadaan pengalaman adalah salah satu kekangan besar untuk
mendapatkan pekerjaan. Melalui On-The Job Training (OJT), pelajar akan merasakan
pengalaman bekerja dan didedahkan dengan suasana sebenar alam pekerjaan.
Berikut adalah kepentingan On-The Job Training (OJT):

3

i. Membolehkan pelajar menambah kemahiran dan pengetahuan teknikal.
ii. Membolehkan pelajar dapat mengembangkan pengetahuan secara meluas.
iii. Dapat mengadaptasi keadaan atau situasi di alam pekerjaan.
iv. Dapat memberi pelajar pencerahan dan pengalaman berkaitan alam pekerjaan

yang akan diceburi pada masa akan datang.
v. Dapat menambahkan keyakinan diri pelajar.
vi. Membolehkan pelajar untuk menunjukkan kebolehan mereka ketika

melaksanakan tugasan yang diberikan.
vii. Meningkatkan keupayaan pelajar untuk berinteraksi dan berkomunikasi

dengan pekerja-pekerja di dalam firma atau masyarakat.

1.4 Objektif Laporan On-The Job Training (OJT)

Selepas menjalani On-The Job Training (OJT), pelajar dikehendaki untuk menyediakan
sebuah laporan seperti mana yang ditetapkan oleh pihak Kolej Vokasional. Laporan On-
The Job Training (OJT) merupakan sebahagian dari syarat yang ditetapkan oleh pihak
Kolej Vokasional untuk lulus dalam On-The Job Training (OJT) tersebut. Laporan yang
disediakan hendaklah berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan semasa berada di
organisasi tersebut.
Berikut adalah objektif laporan On-The Job Training (OJT):

i. Sebagai dokumen rujukan semasa berada di alam pekerjaan.
ii. Sebagai dokumen penting yang akan di bawa bersama setiap kali menghadiri

sesi temuduga pekerjaan.

4

iii. Pelajar dapat di latih untuk menulis laporan dengan baik terutamanya dari
segi penulisan.

iv. Merupakan bukti bahawa On-The Job Training (OJT) telah dijalankan
dengan sempurna.

1.5 Kepentingan Laporan On–The Job Training (OJT)

On-The Job Training (OJT) adalah bertujuan memberikan peluang kepada para pelajar
untuk lebih memahami alam pekerjaan sebenar. Pelajar diberi peluang untuk
mempraktikkan ilmu yang diperoleh semasa sesi pembelanjaran iaitu teori kepada
praktikal. Teori dan praktikal merupakan dua perkara yang sama penting untuk
diadaptasikan. Para pelajar dapat berfikir di luar kotak bahawa teori tidak semestinya
sama dengan praktikal, dengan kata lain apa yang kita pelajari tidak semestinya sama
dengan situasi.
Antara kepentingan laporan On-The Job Training (OJT) ialah:

i. Pelajar dapat mempraktikkan suasana kerja yang sebenar.
ii. Pelajar dapat mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.
iii. Dapat mengetahui masalah-masalah yang timbul dan cara penyelesaian.
iv. Dapat menambahkan lagi pengalaman dalam bidang yang diceburi.
v. Dapat memperluaskan pergaulan dengan pekerja di organisasi.
vi. Melahirkan pekerja yang berkemahiran setelah pelajar melangkah ke alam

pekerjaan yang sebenar kelak.

5

Walau bagaimanapun, input yang diperoleh daripada latihan ini adalah sangat
besar. Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperoleh semasa
tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan di masa akan datang. Selain daripada itu,
segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut akan menjadi
pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi ke tahap yang
lebih tinggi serta menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi
dan cemerlang kelak.

1.6 Skop Kerja On–The Job Training (OJT)

Skop kerja semasa menjalani On-The Job Training (OJT) tidak ditetapkan oleh penyelia,
ini kerana semasa menjalani latihan industri pelajar banyak didedahkan dengan pelbagai
kemahiran dan tidak berfokus kepada satu kemahiran sahaja.
Antara skop kerja On-The Job Training (OJT) adalah seperti berikut:

i. Membuat komponen elektronik kipas dan vacuum.
ii. Memasang komponen barang tv.
iii. Memasang komponen aircond.

6

BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan Organisasi

MINDA JAYA RESOURCES

Rajah 2.1: Logo Syarikat
Minda Jaya Resources Sdn. Bhd terletak di Persiaran Jubli Perak, Pusat
Perdagangan Suri Puteri, Seksyen 20 di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Syarikat ini
pada mulanya terlibat dalam penyediaan pekerja tempatan yang mahir dan tidak mahir
secara sub-kontrak kepada pelbagai industri. Asas Minda Jaya Resources Sdn. Bhd

7

berdasarkan kepada kekuatan gabungan rakan-rakan dan kakitangan pengurusan yang
mempunyai pengalaman luas dalam berurusan dengan Sumber Manusia.

Pekerja yang diambil adalah pekerja tempatan dari pelbagai peringkat umur dan
kelayakan. Organisasi ini menjanjikan untuk membekalkan pekerja kecil, sederhana dan
besar mengikut keperluan syarikat atau kilang. Dengan pengalaman dan kakitangan yang
berkelayakan, organisasi ini berada disini untuk menangani operasi pekerja yang
ditempatkan di kilang masing-masing.

Di samping itu, Minda Jaya Resources Sdn. Bhd akan mengurus dan mengatur
kemudahan seperti tempat tinggal, pendahuluan, pengangkutan caruman KWSP dan
PERKESO untuk pekerja. Minda Jaya Resources Sdn. Bhd juga memberi usaha
pelanggan ke arah mencapai kepuasan pelanggan dengan memberikan perkhidmatan
yang berkualiti dan boleh dipercayai.

2.2 Latar Belakang Organisasi

Rajah 2.2: Bangunan Minda Jaya Resources Sdn. Bhd

8

Minda Jaya Resources Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan
merupakan sebuah agensi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Organisasi ini menyediakan dan menjalankan latihan kemahiran pra-pekerjaan untuk
memenuhi keperluan sektor perindustrian di Malaysia. Antara kilang yang ditempatkan
untuk pekerja dan internship adalah Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia
Sdn Bhd (PAPAMY).

Rajah 2.3: Bangunan Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd
(PAPAMY)

Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY) adalah
merupakan kilang yang pertama yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1972 untuk
membuat penghawa dingin. Pada masa kini, aktiviti di kilang itu adalah pembuatan
penghawa dingin bilik dan bahagian dalam komponen. PAPAMY menempati kawasan
seluas 200,000-meter persegi dan dilengkapi dengan kemudahan ultra moden dari jepun.

9

PAPAMY mewujudkan operasi bebas untuk menangani semua aspek dari reka
bentuk hingga pembuatan, kawalan, kualiti, pengedaran, melayani setiap aspek pasaran
dan fokus pada kepuasan pelanggan. PAPAMY juga percaya bahawa kilang yang
bersepadu sepenuhnya akan memainkan peranan utama dalam menyumbang kepada
ekonomi negara. Dengan pengalaman lebih dari 30 tahun, mengeksport ke lebih
daripada 120 negara di dunia ini.

PAPAMY dilengkapi dengan kemudahan teknologi canggih dan bertahan dengan
kemampuan luar biasa. Menyedari tanggungjawab sebagai perindustrian, PAPAMY
akan mengabdikan diri kepada kemajuan dan perkembangan masyarakat dan
kesejahteraan manusia melalui aktiviti perniagaan, sehingga meningkatkan kualiti hidup
diseluruh dunia.

2.3 Misi Dan Visi Syarikat

i. Misi Syarikat
Mewujudkan tenaga kerja yang berkemahiran dan berdaya saing.

ii. Visi Syarikat
Menjadi organisasi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang berdaya
saing.

10

2.4 Objektif Organisasi

Membantu kerajaan kearah penggunaan tenaga kerja rakyat tempatan yang optimum
melalui program latihan industri dan menyahut seruan kerajaan untuk mengurangkan
kebergantungan pekerja asing dalam sektor industri.

2.5 Maklumat Organisasi
Jadual 2.1: Jadual Maklumat Organisasi

NAMA MINDA JAYA RESOURCES
NO. PENDAFTARAN SA0169480-K
ALAMAT No 21, Jalan Singa D 20/D, Section 20
PENDAFTARAN 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tingkat 2, Unit 25B, Persiaran Jubli Perak
ALAMAT Pusat Perdagangan Suri Puteri, Seksyen 20 40300 Shah
PERNIAGAAN Alam, Selangor Darul Ehsan.
AMA BIN MARUF
PENGURUS +603-5545 0600
NO. TELEFON MALAYAN BANKING BERHAD 17
Jalan Singa C 20/C, Section 20 40300 Shah Alam, Selangor.
PENGURUS BANK 5-12277-80377-9 SP PCA
017544322
NO. AKAUN B3400035767K
NO. EPF
NO. SOKSO

11

2.6 Aktiviti Organisasi

i. Perkhidmatan Pengangkutan
Bas atau van disediakan sekiranya perlu mengangkut pekerja ke tempat kerja dan
pulang ke asrama masing-masing. Perkhidmatan pengangkutan tambahan juga
disediakan untuk pekerja yang dipanggil untuk melakukan kerja lebih masa.

ii. Penyeliaan Tenaga Manusia di Premis Kilang Majikan
Kami menyediakan penyelia untuk mengawasi pekerja di premis kilang
pelanggan untuk pergantian siang dan malam, untuk memastikan bahawa
pekerja mematuhi peraturan dan undang-undang majikan dan untuk
meyelesaikan masalah serta untuk memastikan bahawa pengaturan dibuat tepat
pada waktunya untuk pekerja lebih masa.

iii. Pentadbiran Gaji
Kakitangan Minda Jaya Resources Sdn. Bhd secara kolektif menangani hal-hal
pentadbiran gaji. Majikan tidak perlu memberi perhatian kepada pekerja individu
yang mengadu kesalahan dalam pengiraan atau perkitaian gaji kerja lembur
mereka.

iv. Laporan Bulanan kepada Pengurusan Majikan
Kami akan memikul tanggungjawab untuk mengumpulkan maklum balas dan
pertanyaan dari pekerja setiap minggu untuk memastikan pengurusan majikan
diberitahu atau keadaan pekerja serta masalah yang dihadapi. Ini akan
mengelakkan kemungkinan berlaku salah faham atau ketidakpuasan pekerja.

12

v. Kawalan Kehadiran Pekerja
Kehadiran bulanan dipantau oleh kakitangan Minda Jaya Resources Sdn. Bhd
setiap hari untuk memastikan bahawa kehadiran tidak terlepas dan pekerja
menepati masa untuk bekerja. Pengawalan disiplin yang ketat oleh kakitangan
kami akan memastikan bahawa pekerja yang diperlukan oleh pihak pengurusan
majikan untuk memastikan bahawa sasaran output tercapai.

2.7 Waktu Bekerja

Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY) ini beroperasi
mengikut shift iaitu pagi dan juga malam. Shift pagi bermula dari jam 07.30 pagi hingga
07.35 malam. Manakala, shift malam pula bermula dari jam 08.30 malam hingga 07.30
pagi yang beroperasi setiap hari kecuali pada hari sabtu dan ahad.

Jadual 2.2: Waktu Beroperasi

HARI JAM

AHAD PAGI MALAM
ISNIN OT OT
SELASA
RABU 07.30AM - 07.35PM 08.30PM - 07.30AM
KHAMIS 07.30AM - 07.35PM 08.30PM - 07.30AM
JUMAAT 07.30AM - 07.35PM 08.30PM - 07.30AM
SABTU 07.30AM - 07.35PM 08.30PM - 07.30AM
07.30AM - 07.35PM 08.30PM - 07.30AM

OT OT

13

2.8 Carta Organisasi

Rajah 2.4: Carta Organisasi Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn
Bhd (PAPAMY).
14

BAB 3

RINGKASAN MINGGUAN

3.1 Pendahuluan

Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktiviti mingguan yang dilakukan sepanjang
menjalani On-The Job Training (OJT). Berdasarkan aktiviti yang dilakukan, dan akan
dicatat dalam buku laporan setiap hari semasa bekerja.

Ringkasan laporan mingguan ini disediakan bertujuan untuk melihat hasil kerja
yang telah dilakukan sepanjang menjalani On-The Job Training (OJT) di Minda Jaya
Resources Sdn. Bhd. Hal ini kerana, setiap pekerja dan intership dibawah Minda Jaya
Resources Sdn. Bhd akan ditempatkan di Panasonic Appliances Air-Conditioning
Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY). On-The Job Training (OJT) ini merupakan satu peluang
bagi pelajar untuk mempelajari secara langsung tentang proses-proses kerja yang
dilakukan oleh Minda Jaya Resources Sdn. Bhd ini. Kesempatan ini adalah pengalaman
yang sesuai sebelum melangkah ke alam pekerjaan nanti.

15

3.2 Laporan Ringkasan Tugas Mingguan

Jumlah minggu sepanjang tempoh menjalani On-The Job Training (OJT) adalah
sebanyak 20 minggu. Pelbagai tugas telah dilakukan sepanjang tempoh On-The Job
Training (OJT). Namun begitu ada diantara tugas tersebut sama dan ada juga berlainan.
Huraian tugas atau kerja bagi setiap minggu sepanjang menjalani On-The Job Training
(OJT) akan diterangkan di subtopik seterusnya.

Jadual 3.1: Jadual Laporan Ringkasan Tugas Mingguan

TARIKH & MINGGU TUGAS

MINGGU 1 ▪ Melaporkan diri di pejabat Minda Jaya Resources.
(01 Mac 2021 - 06 Mac 2021) ▪ Mendengar taklimat ringkas berkenaan masa dan

waktu bekerja.
▪ Membuat dan melakukan swab test bagi

memastikan tidak bergejala.
▪ Menulis boring akuan.
▪ Taklimat berkenaan tentang penghawa dingin

(pengenalan).
▪ Penerangan mengenai proses flow for heat

exchanger.
▪ Penerangan mengenai plat pin pattern.
▪ Penerangan tentang key proses (fix, tube, brazing).

16

MINNGU 2 ▪ Penerangan tentang measured condenser,
(08 Mac 2021 - 13 Mac 2021) keselamatan dan department.

MINGGU 3 ▪ Pembahagian tempat atau department.
(15 Mac 2021 - 20 Mac 2021) ▪ Dimasukkan kepada line penempatan sementara.
▪ Menampal sticker pada outdoor aircond.
MINGGU 4 ▪ Penukaran line yang tetap.
(22 Mac 2021 - 27 Mac 2021) ▪ Memasang tube condenser.
▪ Fix tube condenser
MINGGU 5
(30 Mac 2021 - 04 April 2021) ▪ Fix tube condenser.

▪ Fix tube condenser.
▪ Fix tube condenser.
▪ Membuat tray outdoor aircond.
▪ Lawatan pensyarah ke tempat praktikal.
▪ Memasang band pada outdoor aircond.
▪ Memasang foam pada compressor.
▪ Memotong band pada cooper.

MINGGU 6 ▪ Membuat tray outdoor aircond (base pan).
(05 April 2021 - 10 April 2021)

MINGGU 7 ▪ Membuat tray outdoor aircond (base pan).
(12 April 2021 - 17 April 2021)

17

MINGGU 8 ▪ Memasang band pada outdoor aircond.
(19 April 2021 - 24 April 2021) ▪ Memasang foam pada compressor.
▪ Memotong band pada cooper.
MINGGU 9 ▪ Memasang band pada outdoor aircond.
(26 April 2021 - 30 April 2021) ▪ Memasang foam pada compressor.
▪ Memotong band pada cooper.
MINGGU 10 ▪ Memasang buttyltape.
(03 Mei 2021 - 08 Mei 2021) ▪ Memasang aksesori pada top plate.

MINGGU 11 ▪ Cuti Raya Puasa
(09 Mei 2021 – 16 mei 2021)
▪ Wiring condition.
MINGGU 12 ▪ V-coil complete condition.
(17 Mei 2021 - 21 Mei 2021) ▪ Brazing.
▪ Memasang butyl tape.
MINGGU 13 ▪ Memasang aksesori pada top plate.
(24 Mei 2021 - 29 Mei 2021) ▪ Mengetatkan flarenut.
▪ Mengikat condenser hair pin/cable tie.
MINGGU 14 ▪ Memasang EPT seal.
(31 Mei 2021 - 04 June 2021) ▪ Wiring condition.
▪ Fix tube condenser.
MINGGU 15 ▪ Training 5S.
(07 June 2021 - 12 June 2021) ▪ Standard Operation Procedure (SOP).
▪ Team work.

18

MINGGU 16 ▪ Mini beg.
(14 June 2021 - 19 June 2021) ▪ Company handbook.
▪ Sarnel coating.
MINGGU 17 ▪ Claim form.
(20 June 2021 - 25 June 2021) ▪ Customer complain tube.
▪ Packing SHT.
MINGGU 18 ▪ Appearance check.
(28 June 2021 - 02 Julai 2021) ▪ Limit sample NG.
▪ Die change line.
MINGGU 19 ▪ Mesin Keyence.
(3 Julai 2021 – 25 Julai 2021) ▪ Parallesium.
▪ Adjustment condition machine.
▪ Cara menggunakan mesin blasting.
▪ Claim form.
▪ Cara menggunakan micrometer.
▪ Cara menggunakan microscop.
▪ Cara memeriksa mutu produk.
▪ Cara menggunakan check sheet.
▪ Customer complain tube.
▪ Inspection bara.
▪ Data bara.
▪ Perintah Kawalan Pergerakan

Diperketatkan (PKPD)

19

MINGGU 20 ▪ Straightness check.
(26 Julai 2021 - 31 Julai 2021) ▪ Insert stator into tube.
▪ Recornfirm.
MINGGU 21 ▪ Excess burr.
(01 Ogos 2021 - 06 Ogos 2021) ▪ LCA numbering.
▪ Straightness check.
MINGGU 22 ▪ Quality.
(07 Ogos 2021 - 13 Ogos 2021) ▪ Document.
▪ Layer slide sheet.
▪ Stackheight.
▪ Production lot number.
▪ Protrusion at stator ease.
▪ Sample product.
▪ Process per day.
▪ Parking product.
▪ Parking delivery.
▪ Barnel coating.
▪ Barcode.

20

BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pendahuluan

Setelah menjalani On-The Job Training (OJT) yang bermula dari 3 Mac 2021 sehingga
13 Ogos 2021 di bawah Minda Jaya Resources Sdn. Bhd, banyak pengalaman dan
pengetahuan baru yang telah saya perolehi sepanjang saya menjalani On-The Job
Training (OJT) tersebut. Segala tunjuk ajar yang diberikan oleh kakitangan Minda Jaya
Resources Sdn. Bhd dan pekerja-pekerja di Panasonic Appliances Air-Conditioning
Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY) dapat saya manfaatkan apabila memasuki alam
pekerjaan kelak.

Segala kemahiran teknikal yang di pelajari di Kolej Vokasional Sultan Ahmad
Shah diaplikasi semasa menjalani On-The Job Training (OJT). Namun begitu, terdapat
juga kemahiran baru yang tidak diperolehi semasa di Kolej Vokasional di perolehi
semasa menjalani On-The Job Training (OJT) seperti penggunaan peralatan yang lebih
canggih. Huraian yang lebih terperinci berkaitan kemahiran teknikal akan diterangkan
dalam subtopik seterusnya.

21

4.2 Penerangan Kerja-Kerja Sebenar Yang Dilakukan
4.2.1 Proses Installing A Compressor On Base Pan
Ini adalah proses terawal yang dilakukan dalam pembuatan penghawa dingin. Base pan
hendaklah diletakkan di atas conveyor agar senang untuk meletakkan bushing.
Seterusnya, air sabun disapukan ke atas bushing tadi untuk meletakkan compressor
dengan kukuh dan memasang 3-way valve pada base pan sebelum diskru.

Rajah 4.1: Proses Installing a Compressor On Base Pan Dilakukan

22

4.2.2 Proses Fix Tube

Proses fix tube ini ialah proses dimana pemasang atau penyambung tiub pada condenser
yang telah dibengkokkan dan disambungkan pada bander machine dengan
mengunakkan alatan tangan seperti gandin getah dan juga alat membesarkan laluan tiub.
Setiap bentuk tiub yang dipasang adalah berlainan. Ini kerana, setiap tiub yang
disambungkan perlulah mengikut jenis model yang digunakan pada ketika itu.

Rajah 4.2: Proses Fix Tube Dilakukan

Rajah 4.3: Alatan Tangan Yang Digunakan

23

4.2.3 Proses Brazing

Proses brazing ialah proses yang dijalankan apabila proses fix tube selesai dilakukan.
Selain itu, hendaklah melakukan brazing terlebih dahulu pada penyambungan yang
dilakukan supaya tiub yang di sambungkan tadi tidak tercabut atau tertanggal. Proses
brazing ini hendaklah dilakukan dengan teliti supaya tidak berlaku kebocoran pada tiub
yang disambungkan.

Rajah 4.4: Sebelum Proses Brazing Dilakukan

Rajah 4.5: Selepas Proses Brazing Dilakukan

24

BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan

Segala pengalaman yang diperolehi semasa menjalani On-The Job Training (OJT) tidak
akan saya lupakan untuk selamanya. Pelbagai pengalaman baru yang bermakna
diperolehi sepanjang tempoh masa On-The Job Training (OJT). Pengalaman yang
diperolehi semasa On-The Job Training (OJT), dapat memberikan banyak ilmu baru,
dari segi ilmu pengetahuan yang sedia ada mahupun pengetahuan yang baru. Saya
sebagai pelajar On-The Job Training (OJT) Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah ingin
memberikan sedikit dapatan dan cadangan untuk Minda Jaya Resources Sdn. Bhd dan
Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY) supaya dapat
dibangunkan dengan lebih maju. Berkemungkinan juga, ia dapat memperbaiki dan
memberi kemudahan dan keselesaan bagi semua pihak serta boleh digunakan oleh pihak
pengurusan pada masa akan datang.

25

5.2 Perbincangan

Hasil laporan ini secara keseluruhannya memberi pengetahuan dan kemahiran yang
berguna khususnya dalam bidang teknologi elektrik dan elektronik. Sepanjang menjalani
latihan di Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY), saya
memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang amat berguna kepada
seorang pelajar yang akan melangkah masuk ke alam pekerjaan pada masa akan datang.
Ini merupakan salah satu kelebihan yang ada untuk pelajar Kolej Vokasional berbanding
pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lain. Dalam tempoh selama 20 minggu
ini, saya amat berpuas hati dengan kerjasama, keperihatinan serta tunjuk ajar yang
diberikan oleh kakitangan Minda Jaya Resources Sdn. Bhd tidak kira pangkat dan
kedudukan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dari minggu pertama hingga
minggu ke dua puluh telah banyak membantu saya dalam meningkatkan prestasi,
kemampuan dan mengenal pasti kelemahan yang ada di samping mengaplikasikan teori
dan amali yang dipelajari di dalam kelas.

5.3 Cadangan

Sebuah syarikat yang baik prestasinya adalah syarikat yang sentiasa menambahbaik
kesilapan yang sedia ada supaya mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama di
kemudian hari demi mencapai kepuasan pelanggan yang maksima. Oleh itu, terdapat
beberapa cadangan yang dapat saya usulkan supaya Minda Jaya Resources Sdn. Bhd
atau Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY) dapat
menambahbaik kesilapan sedia ada untuk masa hadapan.

26

Saya mencadangkan agar syarikat memainkan peranan penting dalam memberi
tunjuk ajar kepada pelajar tentang perkara yang bersesuaian dengan kursus yang
dipelajari. Justeru, pihak syarikat perlulah mendedahkan lebih banyak perkara yang
berkaitan dengan kerja-kerja yang dibuat supaya para pelajar mendapat lebih manfaat
dari program latihan industri yang diceburi. Pihak syarikat juga harus memberi peluang
kepada pelajar untuk mempelajari lebih mendalam lagi tentang sesuatu kerja yang
mereka buat ketika menjalani On-The Job Training (OJT).

Selain itu, pihak syarikat perlulah menitikberatkan tentang permasalahan pelajar
sepanjang menjalani On-The Job Training (OJT). Memandangkan pelajar masih baru di
alam pra-pekerjaan, maka bimbingan dan tunjuk ajar serta pemerhatian daripada pihak
syarikat amat diperlukan. Sekiranya tindakan ini tidak dapat dilaksanakan, para pelajar
menganggap pihak pengurusan syarikat tidak mengambil berat terhadap kerja yang
mereka telah laksanakan. Oleh sebab itu, setiap pelajar harus diperhatikan oleh
seseorang yang dilantik menjadi penyelia untuk menguruskan pelajar-pelajar yang
menjalani On-The Job Training (OJT). Penyelia tersebut bertanggungjawab untuk
membantu pelajar serta memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang 6 bulan
menjalani On-The Job Training (OJT) di syarikat tersebut.

Seterusnya, saya juga mencadangkan supaya penyelia pelajar yang menjalani
On-The Job Training (OJT) perlulah lebih peka tentang mengawasi pelajar tersebut
sepanjang tempoh mereka menjalani latihan di syarikat tersebut. Hal ini adalah supaya,
markah yang dinilai adalah lebih arif dan adil bagi pelajar dan dalam masa yang sama
penyelia dapat memberikan markah yang setimpal dengan kriteria kerja yang telah
dilakukan oleh pelajar tersebut.

27

Intihannya, itu sahaja yang dapat saya usulkan sebagai penambahbaikan terhadap
Minda Jaya Resources Sdn. Bhd dan Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia
Sdn Bhd (PAPAMY) supaya perancangan kerja lebih teratur dan sistematik. Tambahan
lagi, suasana positif dan kondusif bagi pekerja kilang memainkan peranan penting dalam
menjalani On-The Job Training (OJT).

28

BAB 6

KESIMPULAN

6.1 Pendahuluan

On-The Job Training (OJT)adalah satu perkara yang penting kerana ia dapat melatih
kemahiran yang telah dipelajari oleh pelajar sepanjang waktu pembelajaran dimana ia
dapat diaplikasikan dengan berkesan. On-The Job Training (OJT) ini juga merupakan
satu cabang untuk membina keyakinan diri para pelajar untuk menghadapi alam
pekerjaan sebenar pada masa akan datang. On-The Job Training (OJT) ini telah memberi
pendedahan yang sewajarnya tentang selok belok pekerjaan untuk menyiapkan diri para
pelajar dalam alam pekerjaan kelak. Di samping itu juga, ia dapat membolehkan saya
mengetahui segala kegunaan mata pelajaran dalam bidang teknologi elektrik dan
elektronik yang saya pelajari.

On-The Job Training (OJT) ini juga bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan
diri bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar tetapi, turut membantu memperbaiki cara
berkomunikasi dengan orang ramai. Kerjasama daripada kakitangan syarikat juga amat
diperlukan, agar pelajar dapat memperolehi sikap bekerjasama dan semangat berpasukan
sepanjang menjalani latihan. Saya merasa beruntung kerana berpeluang menjalani On-

29

The Job Training (OJT) ini. Hal ini kerana, untuk mendapatkan pekerjaan dimana-mana
syarikat kita mestilah mempunyai kemahiran dan pengalaman yang setara dengan
jawatan yang dipohon.

6.2 Kesimpulan Keseluruhan

Setelah menjalani On-The Job Training (OJT) yang bermula dari 3 Mac 2021 sehingga
13 Ogos 2021 di bawah Minda Jaya Resources Sdn. Bhd, banyak pengalaman dan
pengetahuan baru yang saya perolehi sepanjang saya menjalani On-The Job Training
(OJT) tersebut. Segala tunjuk ajar yang diberikan oleh kakitangan Minda Jaya Resources
Sdn. Bhd dan pekerja-pekerja di Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn
Bhd (PAPAMY) yang dapat saya manfaatkan apabila memasuki alam pekerjaan kelak.

Melalui On-The Job Training (OJT) ini juga, saya turut didedahkan dengan
suasana alam pekerjaan yang sebenar berbanding sebelum ini yang hanya mengetahui
dari sahabat handai dan saudara mara sahaja. Apabila menempuh dan melalui sendiri
suasana alam pekerjaan ini, saya dapat mencipta pengalaman dan sekaligus mempelajari
sesuatu yang baru serta dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari sepanjang
tempoh menjalani On-The Job Training (OJT) ini.

Sepanjang tempoh On-The Job Training (OJT) ini, teknik berkomunikasi dengan
orang ramai seperti pihak atasan, leader, block leader dan di kalangan pekerja sendiri
dapat saya pelajari dan secara tidak langsung ia dapat menambahkan lagi pengetahuan
saya bukan sahaja dari segi teknikal malahan dari segi membentuk keyakinan diri, sifat
amanah, bekerja dalam kumpulan dan bertanggungjawab dalam menjalani sesuatu tugas.
Dengan ini, saya berpendapat bahawa On-The Job Training (OJT) ini banyak memberi

30

peluang kepada saya untuk mengalami dan mempelajari sendiri sesuatu yang baru ketika
menjalani tempoh On-The Job Training (OJT).

Terima kasih kepada pihak Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, Minda Jaya
Resources Sdn. Bhd dan Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd
(PAPAMY) di atas kerjasama mengendalikan On-The Job Training (OJT) ini.
Sesungguhnya, On-The Job Training (OJT) ini banyak memberi faedah kepada para
pelajar untuk menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan sama ada dalam bidang
pekerjaan, mahupun pembelajaran.

31

RUJUKAN
Majlis Pengarah Pengetua Kolej Vokasional/SMT Kebangsaan d/a Kolej Vokasional
Port Dickson (2016). Buku Garis Panduan Perlaksanaan ‘On- The Job Training’.
Majlis Pengarah Pengetua Kolej Vokasional/SMT Kebangsaan d/a Kolej Vokasional
Port Dickson (2016). Buku Log ‘On- The Job Training’.
https://www.betterteam.com/production-worker-job-description
https://www.panasonic.com/global/corporate/profile/overview.html
https://papamy.panasonic.com.my/papamy/index.asp

32

LAMPIRAN
LAMPIRAN 1: Situasi Semasa Menjalani Latihan Industri

33

LAMPIRAN 2: Sijil SSM Syarikat Minda Jaya Resources Sdn. Bhd
34


Click to View FlipBook Version