The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ernijulianaabaziz, 2021-07-23 08:40:28

SAMPLE LAPORAN OJT 3

SAMPLE LAPORAN OJT 3

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

OLEH
MUHAMMAD NAZMI BIN ZAINUDIN

(000912-14-0023)
TEMPAT

ACTION ELECTRIC SERVICES

Laporan Akhir Latihan Ini Dikemukakan Kepada Pensyarah Penilai Di Jabatan
Kejuruteraan Elektrik Bagi Menentukan Sebahagian Dan Syarat Penilaian Latihan

Industri dan Penganugerahan Diploma Kejuruteraan Elektrik.

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH KUALA ROMPIN
26800 ENDAU ROMPIN,PAHANG

JANUARI 2020 – MAC 2020 (KOHORT 2016)

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH KUALA ROMPIN PAHANG
SESI 2020

BIODATA PELAJAR

NAMA :MUHAMMAD NAZMI BIN ZAINUDIN

NO KAD PENGENALAN :000912-14-0023

PROGRAM :DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK

JABATAN :KEJUTERAAN ELEKTRIK

INSTITUSI :KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH

FIRMA LATIHAN : ACTION ELECTRIC SERVICES , NO. 305,

JALAN WAWASAN 3,TAMAN WAWASAN 86800,

MERSING,JOHOR

NAMA PENGURUS :MR CHU WENG HUAT

TEMPOH LATIHAN :06 JANUARI 2020 – 17 MAC 2020



PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak
pengurusan action electric service yang telah memberi saya peluang untuk
menjalani latihan industri selama 2 bulan lebih. Khasnya buat pekerja dan
Pengurus di syarikat ini telah menguruskan hal saya semasa menjalani latihan
industri di organisasi ini.

Segala pujian kepada semua kakitangan organisasi telah memberi tunjuk
ajar dan pengalaman yang baru dalam selok belok elektirk. Pengalaman ini
akan saya gunakan ketika melangkah ke alam pekerjaan pada masa akan
datang.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Unit Latian
Industri yang banyak membantu dari penyediaan sebelum dan selepas
menjalani latihan industri.

Tidak lupa juga kepada kedua ibubapa saya yang banyak memberi
dorongan dan sokongan untuk saya menyiapkan laporan latihan industri dan
menamatkan latihan industri selama 2 bulan lebih dengan jayanya.

Sekian.

i

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
PERAKUAN PELAJAR i
PENGHARGAAN ii
SENARAI KANDUNGAN iii
SENARAI RAJAH vi
SENARAI JADUAL vii
SENARAI LAMPIRAN viii

BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 2
1.2 Objektif Latihan Industri 3
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri 4
1.4 Kepentingan Latihan Industri 5
1.5 Skop Latihan Industri 6
1.6 Analisis dari saya 6
1.7 Kepentingan Latihan Industri 7
1.8 Peraturan Semasa Menjalani Latihan Industri 7
1.8.1 Peraturan sebelum ojt 8
1.8.2 Peraturan semasa ojt 8
1.8.3 Peraturan selepas tamat OJT

BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI 9
2.1 Pengenalan organisasi 10
2.2 Sejarah organisasi
ii

2.3 Ringkasan Syarikat Latihan Industri 11
2.4 Visi syarikat dan Misi syarikat 12
2.5 Objektif Syarikat 12

BAB 3 RINGKASAN MINGGUAN 13
3.1 Pengenalan 14
3.2 Laporan mingguan bulan januari 2020 15
3.3 Laporan mingguan bulan februari 2020 16
3.4 Laporan mingguan bulan mac 2020

BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL 17
4.1 Pengenalan 18
4.2 Kaedah membuat pendawaian 19
4.3 Membuat pendawaian di tapak binaan 22
4.4 Menyelenggara peralatan elektrik 24
4.5 Aktiviti mengangkat barang yang baru sampai di kedai

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN 27
5.1 Dapatan 28
5.2 Cadangan

BAB 6 KESIMPULAN 29

RUJUKAN 30
LAMPIRAN iii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH PERKARA HALAMAN
2.1
4.1 Peta Syarikat Electric Services 11
4.2
4.3 Hacker dinding untuk menanam paip. 20
4.4
4.5 Melempar simen pada paip yang sudah di tanam 21

Menyediakan peralatan 23

Mengeluarkan barang dari kotak 25

Menampal tanda harga pada barang yang baru 26

iv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA HALAMAN
4.1
4.2 Carta alir membuat kerja-kerja pendawaian 18
4.3
4.4 Carta alir Membuat pendawaian di Tapak Pembinaan 19

Carta alir menyelenggara peralatan elektrik 22

Carta mengankat barang baru sampai 24

v

SENARAI LAMPIRAN

NO. JADUAL PERKARA HALAMAN
1.1 Memasang paip pvc 31
1.2 Fitting kabel telefon 32
1.3 Menukar lampu yang rosak 33
1.4 Membuang perisai kabel 34
1.5 Membuat laluan paip pvc 35
1.6 Membuat laluan kabel bawah tanah 36
1.7 Mengeluarkan barang dari kotak 37

vi

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Pengenalan Latihan industri adalah satu keperluan wajib untuk
semua pelajar di peringkat diploma. Pelajar akan belajar bagaimana mereka
menjalankan tugas mereka dan mengetahui tentang pekerjaan yang lebih baik.
Ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dan memenuhi keperluan mereka
pasaran kerja pada tamat pengajian tidak lama lagi. Seperti yang kita tahu,
mendapatkan pengetahuan yang berkaitan dengan kemahiran yang diperlukan
untuk memasuki bidang kerjaya yang tinggi. Latihan adalah jangka pendek
dalam alam semula jadi dengan fokus utama pada mendapat beberapa latihan
kerja dan mengambil apa yang dipelajari di dalam kelas dan memperluas
kepada dunia sebenar. Pelatih umumnya mempunyai seorang penyelia yang
memberikan tugas-tugas tertentu dan menilai pelatih kerja keseluruhan.
Biasanya seorang pensyarah dari fakulti akan bekerja bersama-sama dengan
penyelia untuk memastikan bahawa pembelajaran yang perlu sedang berlaku.
Ramai pelajar kolej melakukan latihan untuk mendapatkan pengalaman yang

1

berkaitan dalam bidang kerjaya dan juga untuk mendapat pendedahan untuk
membangunkan minat yang tulus di lapangan.

Latihan adalah cara terbaik untuk mula membina mereka semua
sambungan penting yang tidak ternilai dalam membangunkan dan
mengekalkan rangkaian profesional yang kukuh untuk masa depan. Seksyen ini
pada dasarnya memberikan pandangan untuk Latihan Industri skop objektif dan
latihan dalam Kuantan port consortium sdn.bhd. Objektif latihan industri dan
skop latihan yang diterangkan dalam bab ini. Selain itu, bab ini juga
memberikan ringkasan lokasi syarikat, kedudukan adalah memberi, penyelia
syarikat, dan tugas utama telah diberikan.

1.2 Objektif Latihan Industri

Secara amnya, Latihan Industri merupakan satu latihan atau pembelajaran
yang amat penting kepada pelajar dalam mempraktikan segala ilmu yang telah
dipelajari sebelum diserapkan didalam pekerjaan yang sebenar. Oleh itu,
Latihan Industri mempunyai objektif yang tersendiri yang dapat diketahui iaitu :-

a) Membolehkan pelajar mengaitkan asas-asas yang telah dipelajari di kolej
vokasional dengan aspek-aspek praktikal yang lebih mendalam atau
sebaliknya.

b) Dapat mendedahkan pelajar kealam pekerjaan yang sebenar selepas
tamat pengajian.

c) Memupuk nilai kesabaran, usaha dan ketabahan kepada pelajar.

2

d) Mendedahkan para pelajar tentang kepentingan bidang kejuruteraan dan
teknologi dalam kehidupan seharian manusia dan boleh menyumbang
pada semua termasuk aspek ekonomi didalam Kerajaan atau Swasta.

e) Memupuk rasa minat dalam diri pelajar.
f) Dapat menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan

dalam diri pelajar supaya lebih dipercayai dan dihargai.
g) Dapat menanam semangat bekerjasama dan merapatkan lagi

silaturrahim antara sesama manusia.
h) Latihan Industri ini juga dapat member pelajar lebih bertanggungjawab

dalam mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dikawasan
pembinaan semasa menjalankan latihan dan persiapan sebelum
menceburi alam pekerjaan.
i) Memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan
dan sikap kepada bakal majikan.

1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

Selain daripada objektif Latihan Industri yang perlu diketahui, Objektif Laporan
perlu dititiberatkan kerana ia bermakna bagi pelajar dalam menghasilkan
Laporan Latihan Industri. Laporan Latihan Industri merupakan satu buku kerja
yang dicatatkan dalam segala bentuk kerja yang dilakukan semasa Latihan
Industri.Penulisan laporan harian ini diambilkira bagi penilaian modul latihan
industri.Markah untuk laporan harian adalah 20% daripada keseluruhan markah
latihan industri. Oleh itu pelajar diwajibkan menulis laporan harian setiap hari

3

dan mendapatkan tandatangan dan cop penyelia stiap dua minggu sekali untuk
pengesahan.
Laporan Latihan Industri penting kerana :-

a) Laporan ini dapat menjadi bukti kepada Latihan Industri yang telah diikuti
selama tempoh 2bulan lebih.

b) Pelajar dapat mendokumentasikan segala aktiviti yang telah dilakukan
sepanjang tempoh latihan dijalankan dan dapat membuat perbezaan
antara teori yang telah dipelajari dengan keadaan yang sebenar semasa
Latihan Industri.

c) Menilai kebolehan diri pelajar di alam pekerjaan untuk persediaan
menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian.

d) Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap
dunia kemahiran.

e) Menambahkan dan meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran
pelajar.

1.4 Kepentingan Latihan Industri

Latihan Industri merupakan satu pendedahan awal kepada kerja-kerja
sebenar dalam keadaan persekitaran yang biasanya banyak berbeza daripada
pembelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi atau swasta.Matlamat utama
memperkenalkan perkara ini adalah untuk member peluang kepada para
penuntut bagi menyesuaikan diri masing-masing dalam suasana persekitaran
yang baru dan mendapat banyak sumber ilmu yang belum pernah dipelajari

4

sebelum ini.Selain itu, pelajar juga dapat membuat perbandingan alam
pekerjaan yang sebenar.

Latihan Industri ini bukan sahaja memberi manfaat kepada semua
pelajar malah juga kepada sektor swasta dan kerajaan. Para pelajar diberi
peluang bekerja sambil belajar dan sentiasa terdedah kepada suasana kerja
yang sebenar, etika kerja serta mengamalkan nilai-nilai moral yang sopan.
Pelajar juga dapat meningkatkan keyakinan diri dan dapat berfikir secara
rasional. Bagi sektor swasta, mereka dapat menggunakan peluang ini untuk
menyumbang sedikit sebanyak kepada kerajaan dalam bentuk pendidikan dan
seterusnya dapat membantu melahirkan siswa dan siswazah yang berilmu,
bertauliah dan cekal seiring dengan wawasan kerajaan untuk membentuk
kearah Negara maju dan berindustri.

Latihan Industri ini juga dapat menggabungkan teori dengan kerja
praktikal yang sebenar dimana pelajar dapat menggunakan kesempatan ini
untuk mengaitkan dan memahaminya dengan mudah, lebih jelas dan
mendalam. Selain itu, pelajar dapat berkongsi dan mendapat maklumat yang
dikehendaki dengan lebih terperinci untuk menambah lagi pengetahuan
mereka.

Selain itu, pelajar dapat memahami ciri-ciri budaya kerja dan
mempraktikannya sebagai asas untuk masa depan nanti. Keraguan terhadap
keadaan kerja sebenar dapat dikikis dari pemikiran mereka sekiranya mereka
telah didedahkan secara berperingkat-peringkat dan akhirnya menjadi satu
kebiasaan kepada mereka. Walaupun pendedahan ini adalah singkat, ianya
mencukupi untuk memberi satu gambaran yang jelas terhadap kerja-kerja yang
akan dilakukan nanti.

5

Di samping itu, pelatih akan terdedah kepada masalah-masalah yang
berhubung dengan kerja yang dilakukan. Pendedahan ini seterusnya membawa
pelajar mempelajari bagaimana satu masalah dapat diselesaikan dengan cara
yang betul dan rasional.

Dengan tercapainya matlamat latihan industri ini, pelatih dapat
memanfaatkan peluang ini dengan cara yang betul dan tidak bercanggah
dengan objektif dalam latihan industri. Segala ilmu yang diperolehi dan
dipelajari sepanjang tempoh latihan industri

1.5 Skop Latihan Industri

Skop latihan untuk ini latihan industri bagi mencapai matlamat di atas:
1. Kecekapan teknikal dan kemahiran yang diperolehi sepanjang latihan
dengan melibatkan semua tugas yang diberikan
2. Menyediakan laporan mengenai bidang perindustrian aktiviti harian
dalam buku log yang sistematik untuk keupayaan pelajar berpendidikan.
3. Berkomunikasi secara berkesan dengan kakitangan, rakan-rakan dan
kakitangan lain untuk mendedikasikan diri dalam kehidupan bekerja
4. Mengamalkan etika profesional selaras dengan peraturan industri dan
peraturan untuk menunjukkan profesionalisme;
5. Menghasilkan laporan latihan industri untuk memenuhi keperluan Kolej.
6. Menyampaikan laporan secara lisan pengalaman berusaha untuk
meningkatkan kemahiran menyampaikan.

6

1.6 Analisis dari saya

Berdasarkan 10 minggu latihan industri di ACTION ELECTRIC
SERVCES ada banyak pengalaman dan perkara-perkara baru yang saya ada
melalui dan belajar, yang mendedahkan saya kepada dunia elektrik sebenar.
Saya telah diberi peluang untuk memerhatikan keadaan tapak dan kerja-kerja
dilaksanakan, yang melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan, sub-struktur dan
seni bina, kerja-kerja pengukuran, dengan panduan dari jurutera yang
berpengalaman dan berpengetahuan, kerani kerja-kerja, dan penyelia tapak.
Selain itu, saya juga telah diberi peluang untuk menghadiri mesyuarat teknikal
dan dalaman, dari segi mencari penyelesaian terbaik kepada masalah yang
berlaku.

1.7 Kepentingan Latihan Industri

Kepada pelajar, latihan industri merupakan satu cabang bidang ilmu
yang memberi peluang kepada seorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap
proses pembelajaran yang dilalui semasa sesi didalam bilik kuliah. Ia dapat
dilihat dari pelbagai perspektif, contohnya secara tidak langsung ia dapat
melipat gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat didalam diri
seorang pelajar itu sendiri disamping mendapat kemahiran dan pengetahuan
yang baru dalam sesuatu bidang kerja yang dilalui. Pengalaman dan
pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan seseorang pelajar itu
terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.

7

Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa
janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal
merealisasikan segala cita- cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian
masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan dijadikan suatu
pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak langsung ia dapat
memberi kesan kepada pelajar bahawa situasi di alam pekerjaan sebenarnya
tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika dalam sesi
pembelajaran.

Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan
pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini
tidak dinafikan kerana secara umum sesebuah firma amat mengutamakan
individu yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman
pekerja yang ada. Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut menawarkan
tempat untuk bekas pelatih setelah tamat pengajian kelak.

Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini sangat
besar. Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi
semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan
datang. Selain daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam
tempoh tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk
meningkatkan prestasi ketahap yang tinggi serta menjadikan diri sebagai
seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang kelak.

8

1.8 Peraturan Semasa Menjalani Latihan Industri

Semasa menjalani latihan industri atau OJT, para pelajar perlu mematuhi
peraturanperaturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej Vokasional dan
syarikat latihan. Antara peraturan yang telah ditetapkan adalah: -

1.8.1 Peraturan Sebelum Ojt
1) Mendaftar Kursus OJT di UPLI dengan menggunakan Borang
Pendaftaran Kursus. ( KVOJT/02)
2) Lulus modul Employability Skills dan Modul Insaniah
3) Menghadiri semua taklimat OJT
4) Memohon dan mendapat tempat OJT mengikut kesesuaian bidang
pengajian.
5) Membuat pembatalan secara rasmi dengan persetujuan UPLI bagi
pelajar yang mendapat lebih dari satu tempat OL.
6) Tidak menukar atau menolak tawaran OL tanpa kelulusan UPLI
7) Tidak memalsukan sebarang maklumat yang dihantar ke UPLI.

1.8.2 Peraturan Semasa Ojt
1) Mematuhi segala peraturan KV yang melaksanakna program
diploma dan peraturan OL.
2) Melapor diri di OL pada tarikh dan masa ditetapkan.
3) Menjalani latihan di OL berkenaan sehingga tarikh tamat latihan.
4) Tidak menukar tempat latihan tanpa kelulusan bertulis UPLI

9

5) Mengisi dan menghantar semua boring atau dokumen yang
berkaitan kepada UPLI dalam tempoh yang ditetapkan tanpa
sebarang pemalsuan. 6. Sentiasa memaklumkan maklumat
peribadi kepada pihak UPLI

6) Sentiasa menjaga kerahsiaan OL.
1.8.3 Peraturan Selepas Tamat OJT
Pelajar mesti mendaftar tamat OJT pada tarikh dan masa yang ditetapkan
dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut

1. Laporan Akhir OJT
2. Buku Log OJT.
3. Borang penilaian Prestasi oleh OL.
4. Surat pengesahan tamat latihan.

10

BAB 2
LATAR BELAKANG ORGANISASI
2.1 PENGENALAN ORGANISASI

Nama Organisasi : ACTION ELECTRIC SERVICES

Lokasi Organisasi : MERSING, JOHOR

Alamat : NO. 305, JALAN WAWASAN 3,
TAMAN WAWASAN 86800,
MERSING, JOHOR

Email : [email protected]

11

2.2 Sejarah organisasi

Syarikat Action Electric Service telah ditubuhkan pada 1 Januari 1989
di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 sebagai perniagaan milikan
tunggal. Syarikat Action Electric Service ini terletak di Taman Wawasan
Mersing Johor.

Syarikat Action Electric Service ini membuat pelbagai kerja berkaitan
dengan pendawaian elektrik. Syarikat ini membuat pendawaian dan
penyelenggaraan kerja-kerja elektrik domestic dan industri. Selain itu, syarikat
ini juga membuat pendawaian kabel bawah tanah juga. Seterusnya,
pemasangan lampu jalan awam juga turut membuatnya. Syarikat ini juga turut
membekal dan menjual pelbagai alat-alat elektrik termasuk kabel. Syarikat ini
juga membuat pemasangan cctv, auto gate system, alarm system (GADDX),
membuat pemasagan dan menjual smoke ditector and fire ditector dan akhir
sekali syarikat ini juga membuat kerja-kerja overhead.

Syarikat Action Electric services ini mula didaftarkan pada 02 Januari
1989 dan nombor pendaftaran perniagaan adalah JM0127702V. Bentuk
peniagaan ini adalah perkongsian. Perniagaan ini mempunyai 2 orang pemilik
iaitu Mr. Chu Weng Huat dan Ms. Tou Ee Lee. Syarikat ini berkelas C. Syarikat
ini juga mempunyai perakuan kekompetenan sebagai pendawai iaitu PW-T-4-B-
2038-1999 dan 3 Fasa dan Endorsan Pengujian.

12

2.3 Ringkasan Syarikat Latihan Industri
Latihan industri telah dilakukan di SYARIKAT ACTION ELECTRIC SERVICES
No.305, Jalan Wawasan3, Taman Wawasan 86800 Mersing, Johor.

Rajah 2.1 : Peta Syarikat Electric Services
Semasa latihan industri, pada hari pertama saya telah mengikut seorang
pekerja untuk membuat laluan paip pvc di Taman Bidara Endau .

13

2.4 Visi syarikat
➢ Melahirkan pekerja yang mempunyai potensi yang tinggi.
Misi syarikat
➢ Melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik.

2.5 Objektif Syarikat
➢ Sentiasa memberikan yang terbaik dalam melakasanakan tugas
➢ Sentiasa amanah didalam setiap kerja yang dilakukan.
➢ Membuat perkhidmatan berkualiti dengan menerapkan pelbagai jenis
teknik kemahiran yang efektif bagi mencapai tahap kepuasan syarikat
yang paling maxsimum
➢ Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku
agar kerja yang dilakukan bermutu dan mesti dipertingkatkan dari
semasa ke semasa
➢ Konsisten dalam menangani masalah yang belaku

14

BAB 3

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan

Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktiviti mingguan yang dilakukan
sepanjang menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang
ditulis didalam buku jurnal refleksi secara ringkas akan diterangkan dalam bab
yang meliputi tugas yang diberikan oleh penyelia. Setiap aktiviti atau tugas yang
dijalankan akan dicatat dalam buku loporan harian. Oleh itu bahagian ini akan
menjelaskan secara ringkas aktiviti-aktiviti dan tugas saya yang telah dijalankan
semasa menjalani latihan industri pada separuh semester iaitu 10 minggu.
Segala aktiviti yang dilakukan akan diterangkan dari minggu ke minggu supaya
dapat menyimpulkan kerja kerja yang telah dilakukan dalam seminggu
disamping akan memudahkan proses penyemakan. Hari kerja setiap minggu
tidak semestinya sama setiap minggu kerana terdapat cuti umum dan cuti yang
diumumkan oleh pihak syarikat. Dalam menjlani latihan industri, saya telah
didedahkan dengan banyak perkara baru. Selain mempraktikan apa yang telah
dipelajari di kolej, saya juga telah didedahkan dengan peraturan-peraturan dan
etika syarikat dan ianya perlu dipraktikan setiap kali saya berada di syarikat ini.

15

Saya diarahkan oleh boss ojt di kedai sahaja. Tetapi bukan setiap hari saya ojt
di kedai, jika boss mengarahkan saya membuat kerja contohnya di tapak
pembinaan, kolam udang, di kilang beras, saya tidak akan melepaskan peluang
tersebut kerana itu adalah pengalaman semasa saya ojt yang saya akan bawa
ke alam pekerjaan yang sebenar pada suatu hari nanti. Syarikat kami bekerja
dari jam 9:00 a.m sehingga 6:00 p.m. Kadang-kadang jika saya kerja di luar
lebih dari jam 6.00 petang kerana mempunyai banyak kerja dan itu dikira
sebagai overtime.

3.2 LAPORAN MINGGUAN BULAN JANUARI 2020

MINGGU 1
• Sesi perkenalkan diri di syarikat action electric services
• Mengenalpasti peralatan yang digunakan semasa mendawai
• Belajar cara membuat laluan untuk memasukkan paip pvc di dalam
dinding.

MINGGU 2
• Memasang dan menukar mentol yang rosak .
• Membuat laluan untuk mengisi paip pvc ke dalam dinding.
• Membuang perisai kable.

MINGGU 3
• Memotong dinding mengunakan grinder .
• Membuat laluan untuk mengisi paip pvc ke dalam dinding .

16

• Memotong kable bawah tanah menggunakan rope cutter.
• Cuti tahun baru cina.

MINGGU 4
• Membuat laluan paip pvc untuk mengisi paip pvc didalam dinding.
• Memotong besi menggunakan disc cutter.

3.3 LAPORAN MINGGUAN BULAN FEBRUARI 2020

MINGGU 5
• Memotong besi menggunakan disc cutter.
• Membuat laluan kabel bawah tanah .
• Membuang tanah untuk mengisi kabel bawah tanah .

MINGGU 6
• Menyusun barang yang baru sampai .
• Meletakkan tag harga pada barang yang baru sampai .
• Membuat laluan paip pvc untuk mengisi paip pvc didalam dinding.

MINGGU 7
• Meletakkan sedikit simen di paip pvc supaya tidak tertanggal dari
dinding.
• Melempar simen di kotak hitam 3x3 .
• Membuat laluan paip pvc di lantai.
• Menanam paip pvc di laluan yang sudah dibuat .

17

MINGGU 8
• Membuat laluan paip pvc untuk mengisi paip pvc didalam dinding.
• Menanam paip pvc .
• Membengkok paip pvc menggunakan spring.

3.4 LAPORAN MINGGUAN BULAN MAC 2020

MINGGU 9
• Membuat laluan kabel bawah tanah.
• Membuang tanah untuk mengisi kabel bawah tanah.
• Memasang kabel telefon.

MINGGU 10
• Membengkok paip pvc menggunakan spring.
• Menanam paip pvc .
• Meletakkan sedikit simen di paip pvc supaya tidak tertanggal dari
dinding.
• Meletakkan kabel tight pada kabel yang tidak tersusun supaya Nampak
lebih kemas.

18

BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 PENGENALAN
Bab ini menerangkan tentang prosedur dan skop kerja semasa

menjalankan kerja-kerja selama berada dalam latihan industri. Sepanjang
menjalankan praktikal di Syarikat Action Electric Services, saya diberi
pendedahan tentang membuat kerja dalam situasi pekerjaan yang sebenar.
Saya diberi tunjuk ajar oleh ramai pekerja di syarikat itu. Mereka lah yang selalu
memberi tunjuk ajak tentang membuat pendawaian dengan kemas dan pantas.

Setiap peralatan keselamatan yang digunakan hendaklah digunakan
dengan betul. Contoh peralatan yang digunakan ialah multimetre, mestilah
digunakan memeriksa jika ada kebocoran arus yang berlaku.

19

4.2 KAEDAH MEMBUAT PENDAWAIAN

Pada setiap pagi pengurus
memanggil pekerjanya dan
berbincang bagaimana dan cara

hendak melakukan kerja

Pergi ke tempat yang diarahkan
oleh pengurus

Semua peralatan hendaklah
diturunkan dari kenderaan

Mula membuat pendawaian
Pastikan selepas tamat

membuat kerja hendaklah
bersihkan tempat kerja dan
kemaskan semua peralatan

yang telah digunakan

Jadual 4.1 : Carta Alir Membuat Kerja-Kerja Pendawaian

1. Pada setiap pagi sebelum memulakan kerja, pengurus memanggil setiap
pekerjanya dan mengagihkan tugas kepada setiap pekerjanya.

2. Selepas menerima arahan tersebut saya da pekerja disitu menyiapkan
barang-barang yang hendak digunakan ketika membuat pendawaian.

3. Kemudian pergi ke tempat yang hendak membuat pendawaian yang
telah diarahkan oleh pengurus.

4. Bermula membuat kerja-kerja pendawaian.

20

4.3 MEMBUAT PENDAWAIAN DI TAPAK PEMBINAAN
Menurunkan semua
peralatan dan barang
Melihat plan semula
tempat pendawaian
Hacker dinding untuk
menanam paip
Kemudian menanam
paip
Melepar simen pada
paip yang sudah di
tanam
Start membuat
pendawaian
Setelah tamat
hendaklah
mengemaskan
peralatan yang telah
digunakan

Jadual 4.2 : Carta Alir Membuat Pendawaian Di Tapak Pembinaan

21

1. Hacker dinding untuk menanam paip.

Rajah 4.1 : Hacker Dinding Untuk Menanam Paip
2. Melempar simen pada paip yang sudah di tanam

Rajah 4.2 : Melempar Simen Pada Paip Yang Sudah Di Tanam
22

4.4 MENYELENGGARA PERALATAN ELEKTRIK
lihat jadual penyelenggaraan
Pergi ke tapak projek yang
berkaitan
Pastikan semua peralatan dan
punca bekalan dianggap hidup
Membuat pemeriksaan
menggunakan multimeter
Pemeriksaan semua bekalan
berjalan dengan lancar selepas
dihidupkan

Jadual 4.3 : Carta Alir Menyelenggara Peralatan Elektrik
1. Memeriksa peralatan elektrik di tempat pendawaian yang telah dibuat

Rajah 4.3 : Menyediakan Peralatan
2. Selepas membuat pemeriksaan hendaklah menguji peralatan elektrik

tersebut.
23

4.5 AKTIVITI MENGANGKAT BARANG YANG BARU SAMPAI DI KEDAI
Mengangkat barang masuk ke dalam
kedai
Mengeluarkan barang daripada kotak
Menampal tanda harga pada barang
tersebut

Mencari tempat kosong untuk
menyusun barang tersebut

Jadual 4.4 : Carta Mengankat Barang Baru Sampai
1. Mengeluarkan barang dari kotak

Rajah 4.4 : Mengeluarkan Barang Dari Kotak

24

2. Menampal tanda harga pada barang yang baru.
Rajah 4.5 : Menampal Tanda Harga Pada Barang Yang Baru

25

BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 DAPATAN

Semasa saya menjalani latihan insudtri di syarikat ini saya amat berpuas hati
dengan layanan yang diberi oleh majikan dan kakitangan kepada saya.
Walaupun syarikat ini merupakan salah satu syarikat yang maju akan tetapi,
pada pandangan saya terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki bagi
menjaga reputasi syarikat ini iaitu:

1. Sikap segelintir pekerja yang tidak menguatamakan keselamatan ketika
bertugas.

2. Sesuatu kerja tidak dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan
kerana mendapat masalah kekurangan peralatan atau sikap segelintir
pekerja yang datang lewat dan melakukan kerja sambil lewa.

3. Kekurangan tenaga kerja dalam menyebabkan sesuatu kerja tidak dapat
disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

26

5.2 CADANGAN
Sebagai mana yang telah diketahui, latihan adalah satu syarat bagi
penganugerah sijil diploma kepada pelajar kolej vokasional. Oleh itu, pelajar
seharusnya mengetahui selok belok kerja dan mempraktikan segala yang telah
dipelajari.

Walaubagaimanapun, disini saya ingin memberikan beberapa cadangan
yang wajar untuk meningkatkan mutu syarikat dan kemajuan syarikat.

1. Mengutamakan keselamatan haruslah ditanam dalam diri setiap pekerja
2. Penyelia seharusnya melahirkan pekerja yang berdisiplin tinggi
3. Langkah menyimbangkan pekerja sambilan atau pelatih perlu di ambil

untuk menjimatkan masa dan meningkatkan mutu pengeluaran.

27

BAB 6

KESIMPULAN

6.1 PENGENALAN

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada pihak syarikat sekiranya
saya telah melakukan banyak kesilapan ketika menjalani latihan industri yang
tidak disenangi oleh pihak tuan. Saya ingin sekali berkhidmat di syarikat tuan
kerana saya amat menyenangi sikap toleransi, keprihatinan dan kemesraan
kakitangan. Tinggi harapan saya untuk berkhidmat di action electric services.

Hasil dari latihan industri ini dapat membantu pelajar untuk menyediakan
diri mereka ke dalam persekitaran kerja sebenar. Selain itu, pelajar dapat
menimba ilmu dan menggunakan pengetahuan yang dipelajari daripada kajian
sebelumnya kerana pelajar mempunyai kelebihan dalam bidang kemahiran.
Selain itu, pelajar juga dapat belajar bagaimana untuk menangani masalah
yang tidak dijangka, bekerja dalam satu pasukan dengan peralihan yang
berbeza, yang bekerja di shift, baik displin, yang mempunyai harga diri yang
baik, dan lebih baik dalam kemahiran komunikasi.

Program latihan ini juga membolehkan saya menyesuaikan diri dengan
rakan sekerja yang lain. Ia mengajar saya agar menitikberatkan ciri kerjasama
sepasukan tidak kira pihak atasan ataupun pekerja am. Namun demikian, sifat

28

ingin tahu amat penting dalam menambah pengetahuan dan pengalaman.
Tahap keyakinan saya juga telah meningkat dan kini saya lebih bersedia ke
alam pekerjaan yang sebenar.

29

RUJUKAN
1. Dewan Bahasa dan Pustaka
2. MD Sukri Yasin (2008) kejuruteraan elektrik
3. http://www.slideshare.net/amirulfahmi/contoh-laporan-latakhir

30

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1.1 : MEMASANG PAIP PVC

LAMPIRAN 1.2 : FITTING KABEL TELEFON
31

LAMPIRAN 1.3: MENUKAR LAMPU YANG ROSAK

LAMPIRAN 1.4 : MEMBUANG PERISAI KABEL

32

LAMPIRAN 1.5 : MEMBUAT LALUAN PAIP PVC

LAMPIRAN 1.6 : MEMBUAT LALUAN KABEL BAWAH TANAH
33

LAMPIRAN 1.7 : MENGELUARKAN BARANG DARI KOTAK
34


Click to View FlipBook Version