BEKALAN KUASA
KAWALAN MOTOR MUDAH ALIH
(PORTABLE MOTOR CONTROL
SUPPLY)
Oleh
NURAIN BINTI ABD RAZAK
NABILLAH HUDA BINTI MOHD RAZALI
NUR AMIZA BINTI ARIFIN
Laporan Projek Yang Dikemukan Kepada
Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah Bagi Memenuhi Sebahagian Daripada
Keperluan Diploma Teknologi Elektrik
PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK
2020
PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada Penyelia Projek kami,
Pn Erni Juliana Binti Ab Aziz yang telah banyak memberi bimbingan dan nasihat kepada
kami untuk menyiapkan projek Bekalan Kuasa Kawalan Motor Mudah Alih ‘Portable
Motor Control Supply’ ini dengan penuh kesabaran.
Tidak lupa juga kepada pengarah, pensyarah dan sahabat-sahabat seperjuangan yang
banyak memberi sokongan dan dorongan yang kuat sepanjang kajian ini dijalankan,
secara langsung atau tidak dalam memberikan idea-idea dan cadangan. Segala tunjuk
ajar, nasihat dan panduan tidak akan kami lupakan.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan atas pengorbanan dan sokongan kedua ibu
bapa kami yang mendoakan, serta memberikan kesempatan masa dan ruang untuk kami
menyiapkan projek ini dengan penuh kesabaran. Sesungguhnya, jasa kalian tidak akan
kami lupakan.
Semoga kajian yang telah dijalankan ini mendapat keberkatan dari Tuhan.
Sekian.
i
ABSTRAK
Pembinaan rekacipta ini bertujuan untuk memperbaharui dan mempermodenkan
mengendalikan Bekalan Kawalan Motor Mudah Alih ‘Portable Motor Control Supply’.
Dengan menggunakan sistem kendalian Forward Reverse, Star Delta Dan Juga Direct
On-line. Objektif projek ini ialah untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku di
kalangan pensyarah dan juga pelajar yang sukar untuk membuat amali di bengkel
sewaktu pembelajaran yang berkaitan dengan kawalan motor. Penghasilan projek ini
juga melibatkan kerja-kerja yang berkaitan dengan elektrik dan elektronik. Untuk
mengawal ketetapan masa, pemasa telah digunakan untuk projek ini. Selain daripada
pemasa, peranti elektronik seperti punat tekan dan lampu pandu juga digunakan.
Pembinaan kawalan motor mudah alih ini, berjaya kerana projek ini akan lebih
memudahkan pengajaran bagi pensyarah dan pembelajaran bagi pelajar. Secara tidak
langsung, ia juga akan memberi impak yang besar terutamanya pelajar, untuk
meneruskan modul bagi tajuk kawalan motor dengan lebih jelas.
ii
ABSTRACT
The construction of this invention aims to innovate and modernize the operation of
Portable Motor Control Supply. By using forward reverse control system, star delta and
also direct on-line. The objective of this project is to solve the problems that occur among
lecturers as well as students who find it difficult to do practical in the workshop during
learning related to motor control. The production of this project also involves works
related to electricity and electronics. To control the timing, a timer has been used for this
project. Apart from timers, electronic devices such as push buttons and headlights are
also used. The construction of this mobile motor control, is successful because this
project will further facilitate teaching for lecturers and learning for students. Indirectly, it
will also have a big impact especially on students, to continue the module for the topic of
motor control more clearly.
iii
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
MUKA DALAM LAPORAN PROJEK i
PENGAKUAN PENULIS ii
PERAKUAN PENYELIA PROJEK (PP) iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB 1 PENGENALAN 1
BAB 2 1.1 Pengenalan 2
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Penyataan Masalah 3
1.4 Tujuan Projek 3
1.5 Objektif Projek 3
1.6 Kepentingan Kajian 4
1.7 Skop Projek
5
KAJIAN LITERATUR 5
2.1 Pengenalan 6
2.2 Konsep Rekabentuk
2.3 Kaedah Rekabentuk iv
PERKARA Kajian Kes Dari Sumber-Sumber Tertentu HALAMAN
2.4 2.4.1 Kajian Kes 1
2.4.2 Kajian Kes 2 6
7
7
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 8
3.2 Carta Alir Perlaksanaan Projek 9
3.3 Carta Gantt 10
3.4 Penyediaan Bahan Dan Peralatan 11
3.5 Anggaran Kos 12
3.6 Fungsi Komponen Dan Bahan 13
3.7 Merekabentuk Dan Membina Model Projek 17
3.7.1 Membina Model Projek 18
3.8 Melakar Litar Projek 22
3.8.1 Litar Utama Dan Litar Kawalan Direct On-line (DOL)22
3.8.2 Litar Utama Dan Litar Kawalan Star Delta 24
3.8.3 Litar Utama Dan Litar Kawalan Forward Reverse 26
3.9 Keselamatan 28
3.10 Melakukan Pengujian 29
3.10.1 Ujian Keterusan 29
3.10.2 Ujian Rintangan Penebatan 30
BAB 4 DAPATAN DAN ANALISIS
4.1 Pengenalan
4.2 Data Pengujian 31
31
4.2.1 Ujian Keterusan Dan 31
Ujian Rintangan Penebatan 1 Fasa
32
4.2.2 Ujian Keterusan Dan Ujian Rintangan
Penebatan 3 Fasa
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan 33
33
v
PERKARA Cadangan HALAMAN
Kesimpulan 34
5.3 34
5.4
36
RUJUKAN 37
LAMPIRAN
vi
NO JADUAL SENARAI JADUAL HALAMAN
Jadual 3.1 PERKARA 10
Jadual 3.2 11
Jadual 3.3 Carta Gantt Projek 12
Jadual 4.1 Senarai Bahan Dan Peralatan 31
Jadual 4.2 Anggaran Kos 31
Jadual 4.3 Ujian Keterusan (1 Fasa) 32
Jadual 4.4 Ujian Rintangan Penebatan (1 Fasa) 32
Ujian Keterusan (3 Fasa)
Ujian Rintangan Penebatan (3 Fasa)
vii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH PERKARA HALAMAN
Rajah 3.1 Carta Alir Perlaksanaan Projek 9
Rajah 3.2 Motor 240V 13
Rajah 3.3 Motor 415V 13
Rajah 3.4 Kabel 1.0mm dan 2.5mm 14
Rajah 3.5 Gergaji Kayu 14
Rajah 3.6 Tapak Lampu Pandu 14
Rajah 3.7 Tapak Timer 15
Rajah 3.8 Push Button ON 15
Rajah 3.9 Push Button OFF 15
Rajah 3.10 Lampu Pandu 16
Rajah 3.11 Contactor 16
Rajah 3.12 Miniature Circuit Breaker (MCB) 16
Rajah 3.13 Timer 17
Rajah 3.14 Lakaran Projek 18
Rajah 3.15 Penandaan papan untuk dipotong 18
Rajah 3.16 Memotong papan menggunakan jigsaw 19
Rajah 3.17 Menggilap papan menggunakan cat kayu 19
Rajah 3.18 Membuat pendawaian ke atas KFA 20
Rajah 3.19 Mencantumkan KFA pada meja menggunakan 20
menggunakan skru besi
Rajah 3.20 Membuat pendawaian litar Direct On-line (DOL) 21
Rajah 3.21 Model yang telah siap bagi satu fasa 21
Rajah 3.22 Model yang telah siap bagi tiga fasa 22
Rajah 3.23 Litar Utama Direct On-Line (DOL) 22
Rajah 3.24 Litar Kawalan Direct On-Line (DOL) 23
Rajah 3.25 Pendawaian Litar Kawalan Direct On-Line (DOL) 24
Rajah 3.26 Litar Utama Star Delta 24
Rajah 3.27 Litar Kawalan Star Delta 25
Rajah 3.28 Pendawaian Litar Kawalan Star Delta 26
Rajah 3.29 Litar Utama Forward Reverse 26
viii
Rajah 3.30 Litar Kawalan Forward Reverse 27
Rajah 3.31 Pendawaian Litar Kawalan Forward Reverse 28
Rajah 3.32 Meter Pelbagai 30
Rajah 3.33 Megger Meter 30
ix
NO. LAMPIRAN SENARAI LAMPIRAN HALAMAN
Lampiran 1 PERKARA 37
Lampiran 2 39
Peralatan Yang Diguanakan
Hasil Projek
x
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENGENALAN
Pada tahun akhir pengajian kami di Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, pelajar
diwajibkan untuk membuat satu projek yang mendatangkan faedah kepada individu
tertentu. Projek tahun akhir (PTA) ini adalah merupakan ilham yang tercetus berdasarkan
masalah yang wujud di dalam bengkel elektrik. Idea merekabentuk kendalian motor
mudah alih ini adalah jalan penyelesaian yang inovatif dan bersesuaian dengan
kehendak pelajar dan pensyarah di dalam bengkel elektrik. Aktiviti pembelajaran untuk
amali pada masa kini begitu berbeza jika dibandingkan pada tahun yang lalu.
Kebanyakkan pensyarah terpaksa mengajar melalui bahan pengajar seperti kertas dan
gambar. Malah, bukan itu sahaja pelajar juga terpaksa memahami secara ilusi. Jadi, tidak
dinafikan bahawa golongan ini sentiasa memerlukan dan menanti akan kehadiran
teknologi baru yang mampu memudahkan aktiviti amali dikendalikan. Oleh itu, projek
yang kami hasilkan ini adalah satu projek yang boleh memberikan manfaat kepada
bengkel lebih-lebih lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut masalah yang sering berlaku dalam bengkel ini, kami telah pun mencari
satu jalan altenatif untuk merekabentuk satu projek yang dapat menepati aspek yang
diperlukan. Projek tersebut itu ialah sebuah projek yang dinamakan ‘Bekalan Kuasa
Kawalan Motor Mudah Alih’. Projek ini mempunyai satu fasa dan tiga fasa yang boleh
dikendalikan. Projek ini juga, disediakan dengan bekalan yang mudah tanpa perlu
mencari bekalan atau menyambungkan bekalan yang jauh. Projek ini juga telah
menyediakan tempat untuk meletakkan motor supaya mudah untuk membuat pengujian.
Malah bukan itu sahaja, kami juga telah merekabentuk tempat dimana dapat meletakkan
1
peralatan sewaktu membuat pengujian. Sebagai contoh, test pen, cable ties, skru, meter
pelbagai dan sebagainya.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian mendapati bahawa kendalian motor mudah alih amat berguna kepada pensyarah
dan pelajar di bengkel elektrik. Dengan kendalian motor mudah alih ini, mampu
meningkatkan potensi pelajar dalam mengendalikan atau menjalankan projek amali.
Selain itu, kendalian motor mudah alih ini juga dapat menjimatkan masa dan ruang untuk
memudahkan pelajar mengendalikannya. Oleh itu, kami mengambil inisiatif melalui
perkembangan semasa ke semasa untuk membantu pensyarah mengendalikan amali
seterusnya membantu pelajar-pelajar memahami projek amali yang dilakukan dengan
lebih terperinci. Maka dengan ini, tercetuslah sebuah idea untuk menghasilkan projek
‘Bekalan Kuasa Kawalan Motor Mudah Alih’ yang bertujuan untuk meringankan beban
dan manjimatkan tenaga pengajar dalam mengendalikan pembelajaran sewaktu amali.
1.3 PENYATAAN MASALAH
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, terdapat beberapa masalah yang dialami oleh
pensyarah dan pelajar untuk sesi pengajaran dan pembelajaran sewaktu menjalankan
amali. Masalah yang dihadapi adalah seperti:
1) Pensyarah terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyediakan bahan
dan peralatan untuk menguji amali pelajar.
2) Pelajar perlu mengangkat kerja amali untuk diuji bersama pensyarah.
3) Memerlukan ruang yang besar semasa menguji amali kawalan motor.
4) Menyukarkan pensyarah untuk menunjukcara kendalian motor sebelum
menjalankan amali.
2
1.4 TUJUAN PROJEK
Antara tujuan projek Bekalan Kuasa Kawalan Motor Mudah Alih ‘Portable Motor Control
Supply’ ini dicipta ialah dapat:
1) Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi pensyarah dan pelajar.
2) Dapat mengelakkan pembaziran tenaga pensyarah dan pelajar untuk
mengangkat projek yang ingin diuji.
3) Dapat menjimatkan ruang untuk membuat pengujian.
1.5 OBJEKTIF PROJEK
Sebagai langkah penyelesaian kepada masalah-masalah yang telah dinyatakan, satu
projek kendalian motor mudah alih telah dicipta dan antara objektif projek ini adalah
untuk:
1) Membuat sambungan bekalan masukan ke panel kawalan motor.
2) Membuat sambungan litar kawalan motor star dan delta, forward reverse dan
direct on-line.
3) Memastikan pemasangan motor dan sambungan bekalan masukan berfungsi
dengan sempurna.
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Dengan adanya projek ini, maka ia dapat membantu pensyarah untuk mengajar secara
amali bersama pelajar. Hal ini juga dapat membantu pelajar untuk memahami tentang
kendalian dan kawalan motor dengan lebih terperinci. Oleh itu, projek ini juga boleh
dikendalikan secara mudah dan menjimatkan ruang semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Dengan adanya projek ini, ia boleh bergerak dengan mudah dan
mempunyai bekalan yang telah disediakan. Malah bukan itu sahaja, ia juga dapat
menjimatkan masa semasa proses pengajara dan pembelajaran.
3
1.7 SKOP PROJEK
Bagi melaksanakan projek ini, skop projek ini telah ditetapkan bagi tujuan kelancaran
projek yang dilaksanakan agar menepati objektif projek. Antara skop projek yang kami
tetapkan adalah:
1) Tumpuan projek ini dihasilkan adalah untuk kegunaan pensyarah dan pelajar
semasa menjalankan amali di dalam bengkel.
2) Untuk kegunaan bengkel elektrik Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah.
3) Projek ini boleh digunakan di dalam pembelajaran kursus ETE2013, ETE3042
dan DEA1313 bagi tajuk yang berkaitan dengan motor kawalan.
4
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Kajian literatur ini dibuat untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan projek
yang telah direka. Kajian ini, lebih tertumpu kepada projek-projek yang telah dilakukan
sama ada yang dibuat secara langsung ataupun hanya berdasarkan pemerhatian. Kajian
terperinci dalam keseluruhan aspek adalah diutamakan untuk memastikan setiap proses
dapat dijalankan dengan baik dan sempurna agar mengikut kriteria yang dikehendaki.
Kami cuba untuk mencipta satu peralatan yang dapat memudahkan sesi pengajaran dan
pembelajaran pensyarah dan pelajar.
Sebelum merialisasikan sebuah projek, banyak aspek yang perlu diambil kira dan
dikaji dengan teliti untuk memastikan sesuatu projek itu dapat dibina dengan kualiti yang
baik dan sempurna. Antara aspek yang perlu diberi perhatian ialah mendapatkan sumber
rujukan dan maklumat. Terdapat beberapa kaedah untuk mendapatkan sumber
maklumat yang dijalankan termasuklah dari sumber buku rujukan, pemerhatian,
perbincangan, sumber-sumber dari internet dan kajian pasaran agar maklumat yang
diperolehi akan menjadi panduan yang berguna untuk merialisasikan projek tersebut.
2.2 KONSEP REKABENTUK
Konsep rekabentuk yang digunakan mestilah berpandukan produk yang sedia kala atau
yang ada persamaan. Hosking (1981) menjelaskan rekabentuk ialah proses yang
menggunakan elemen kejuruteraan, matematik dan prinsip saintifik dalam usaha untuk
5
menghasilkan perancangan yang mungkin membawa penyelesaian serta menyumbang
kepada keperluan teknikal.
2.3 KAEDAH REKABENTUK
Proses merekabentuk terbahagi kepada empat (4) langkah seperti berikut:
1. Mengenalpasti masalah yang perlu diselesaikan.
2. Memahami masalah tersebut.
3. Mengemukakan cadangan yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah.
4. Memilih cadangan yang baik.
Terdapat enam (6) langkah yang perlu diberi penekanan pada setiap rekabentuk
sebelum suatu ciptaan:
1. Mengenalpasti masalah yang wujud.
2. Membentuk kajian terhadap masalah yang wujud dan diterjemahkan dalam
bentuk yang mudah difahami
3. Sesuai dengan masalah yang sedia ada.
4. Menganalisis rekabentuk agar dapat memenuhi kepeperluan untuk
melaksanakannya.
5. Pemilihan dan pemerhatian.
6. Melaksanakan penyelesaian yang dipilih.
Berdasarkan kepada teori diatas, rekabentuk bukan hanya terdiri daripada pelan
sahaja tetapi merupakan gabungan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang perlu ada
pada perekabentuk tersebut.
2.4 KAJIAN KES DARI SUMBER TERTENTU
Kajian ini dilakukan berdasarkan sistem yang mempunyai hubungkait atau mempunyai
persamaan dengan projek yang dibangunkan. Kaedah yang digunakan dapat memberi
gambaran untuk menentukan halatuju projek.
6
2.4.1 Kajian Kes 1
Bekalan kuasa ialah suatu peranti elektrik yang membekalkan kuasa elektrik kepada
peralatan beban elektrik. Fungsi utama bekalan kuasa adalah untuk menukar arus eletrik
suatu sumber mengikut voltan, arus dan frekuensi untuk menghidupkan muatan, malah
ia turut dikenali sebagai ‘penukar kuasa eletrik’. Sesetengah bekalan kuasa adalah
peranti bersendirian yang tidak kelihatan, sementara yang lainnya terbina dalam peranti
lebih besar bersama muatan mereka. Contoh yang kedua terdapat pada komputer meja
dan peranti eletronik pengguna.
Kesemua pembekal kuasa memiliki input kuasa yang menerima tenaga dari punca kuasa
(misalnya peranti simpanan seperti bateri atau sel bahan api, penjana elektrik dan
sebagainya), dan keluaran kuasa yang menghantar arus pada beban. Dalam
kebanyakan bekalan kuasa input dan output kuasa kuasa terdiri daripada penyambung
eletrik atau sambungan litar terdawai keras, sungguhpun sesetengah bekalan kuasa
menggunakan pemindahan kuasa tanpa wayar menggantikan sambungan galvanik bagi
input atau output kuasa. Sesetengah bekalan kuasa juga memiliki input atau output jenis
lain untuk fungsi seperti kawalan dan pemantauan luaran.
Wikipidea
2.4.2 Kajian Kes 2
Dalam bidang kejuruteraan elektrik, bekalan elektrik fasa tunggal atau bekalan elektrik
satu fasa merujuk kepada sistem pengagihan bekalan elektrik arus ulang-alik dengan
menggunakan satu sistem di mana voltan bekalan berubah secara seragam. Sistem
pengagihan fasa tunggal digunakan apabila sebahagian besar beban terdiri daripada litar
pencahayaan dan pemanasan, dengan kurang penggunaan motor elektrik. Bekalan fasa
tunggal yang dihubungkan ke motor elektrik arus ulang-alik tidak menghasilkan medan
magnet berputar; litar pemula tambahan diperlukan bagi tujuan ini. Oleh itu, motor elektrik
fasa tunggal yang mempunyai kadaran melebihi 10 atau 20 kW jarang didapati.
Wikipidea
7
BAB 3
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Metodologi kajian boleh didefinisikan sebagai satu kaedah dalam mencari maklumat dan
kajian bahan atau sumber dalam usaha untuk mewujudkan fakta-fakta dan mencapai
kesimpulan yang baru. Tujuan utama metodologi kajian ini dijalankan adalah kaedah
untuk mendapat penyelesaian dalam permasalahan kajian dengan lebih jelas. Selain itu,
kaedah dapat memudahkan untuk menyelesaikan apabila kaedah ini lebih strategik
dalam menangani isu-isu yang dihadapi. Di samping itu, metodologi juga merupakan satu
prosedur sistematik yang menggabungkan penyesuaian pendekatan kajian serta analisis
data yang sealiran dengan peraturan tersendiri bagi memastikan prestasi, penyelidikan
dapat dicapai dengan baik dan sempurna.
Bab ini menerangkan tentang kaedah dan perancangan perlaksanaan projek
‘Bekalan Kuasa Kawalan Motor Mudah Alih’. Dalam menghasilkan reka bentuk projek ini,
beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan dan penyediaan bahan,
konsep reka bentuk, pembinaan litar skematik dan analisis data pengukuran. Projek
‘Bekalan Kawalan Motor Mudah Alih’ direka khas sebagai bahan pengajaran untuk
pensyarah dan direka khas bagi memudahkan pelajaran untuk pelajar.
8
3.2 CARTA ALIR PERLAKSANAAN PROJEK
Keseluruhan proses yang terlibat dalam pembangunan projek ‘Bekalan Kuasa Kawalan
Motor Mudah Alih’ dijelaskan melalui carta alir berikut:
MULA
PEMILIHAN PROJEK
PENYEDIAAN BAHAN DAN TIDAK
PERALATAN MEMENUHI
MEREKA BENTUK DAN MEMBINA 9
PROJEK
MELAKAR DAN MENDAWAI
LITAR
MELAKUKAN PENGUJIAN
HASIL
PENGUJIAN
LITAR
MEMENUHI
TAMAT
Rajah 3.1: Carta Alir Perlaksanaan Projek
3.3 CARTA GANTT
Jadual 3.1: Carta Gantt Projek Perlaksanaa
BIL PERKARA JAN 2020 FEB 2020 MAC 2020 APRIL
1 Taklimat Projek Tahun Akhir 1 2 3 4 1 23 4 1 2 3 4 1 2
2 Penubuhan Ahli Kumpulan
3 Perbincangan Idea Projek
4 Pemilihan Tajuk Projek
5 Pemilihan Bahan Dan
Peralatan
6 Merekabentuk Projek
7 Melakar Litar Skematik
8 Penyediaan Bahan Dan
Peralatan
9 Mendawai Litar
10 Pengujian Litar
Penulisan Laporan
11 Bab 1 – Bab 5
Pembentangan Hasil Kerja
Penyelia Projek
12 Panel Penilai
PETUNJUK: PERANCANGAN
an Projek Bekalan Kuasa Kawalan Motor Mudah Alih
MINGGU
L 2020 MEI 2020 JUN 2020 JULAI 2020 OGOS 2020 JAN 2021 FEB 2021
34 1 234 1 234 1234 1 234 1 23 4 12 3 4
PERLAKSANAAN
10
3.4 PENYEDIAAN BAHAN DAN PERALATAN
Bagi melaksanakan sesuatu projek, penyediaan bahan dan alatan projek merupakan
langkah utama yang perlu diambil berat dalam memastikan keperluan dan kerja-kerja
dapat dijalankan dengan lancar. Sesuatu projek tidak akan sempurna sekiranya bahan
yang dikehendaki tidak tersedia. Kerja penyediaan bahan merangkumi bekalan yang
digunakan dan jumlah voltan yang digunakan. Jadual 3.2 menunjukkan senarai bahan
dan peralatan yang digunakan dalam projek ini.
Jadual 3.2: Senarai Bahan Dan Peralatan
BIL PERALATAN BAHAN/KOMPONEN UNIT
1 Motor 1 Fasa 1
2 Motor 3 Fasa 1
3 Kabel 1.0mm dan Kabel 2.5mm Secukupnya
4 Skru Kayu Secukupnya
5 Sesiku L 1
6 Gergaji Kayu 1
7 Playar Gabung 1
8 Playar Muncung Tirus 1
9 Test Pen 1
10 Pemutar Skru Philips 1
11 Pemutar Skru Flat 1
12 Cabel Ties Secukupnya
13 Tapak Lampu 3
14 Tapak Timer 1
15 Push Button On 3
16 Push Button Stop 2
17 Tapak Push Button 3
18 Lampu Pandu (R,Y, G) 5
19 Contactor 5
20 Connector 5
21 Miniature Circuit Breaker (MCB) Set 2
22 Timer 1
11
3.5 ANGGARAN KOS
Di dalam sesuatu kerja mereka bentuk dan mencipta suatu ciptaan baru, kos memainkan
peranan yang penting agar sesuatu projek yang telah dirancang tidak mengalami
kerugian. Oleh sebab itu, kawalan pembelian bahan dan peralatan perlu dinilai supaya
barang yang dibeli itu setimpal dengan nilai ringgit yang telah dikeluarkan. Jadual 3.3
menunjukkan kos keseluruhan perbelanjaan untuk pembelian bahan dan peralatan
projek.
Jadual 3.3: Anggaran Kos
BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT HARGA
1 Motor 1 Fasa 1 (RM) (RM)
2 Motor 3 Fasa 328.00
3 Miniature Circuit Breaker (MCB) 320.00 567.00
4 Contactor 70.00
5 Timer 1 567.00 173.94
6 Cabel Ties (3X10mm) 12.00
7 Lampu Pandu (R, Y, G) 2 35.00 6.00
8 Tapak Timer 6.00
9 Tapak Lampu Pandu 5 34.78 6.00
10 Push Button Stop 10.00
11 Push Button On 1 12.00 2.00
12 Tapak Push Button 2.00
13 Connector Secukupnya 6.00 6.00
14 Kabel 1.0mm (R,Y, B) 9.00
15 Kabel 2.5mm (R,Y, B) 5 1.20 128.00
16 Papan Plywood 140.00
17 Skru 1 6.00 60.00
Jumlah 13.00
3 3.33
1,508.94
2 1.00
3 0.70
3 2.00
5 1.80
Secukupnya 128.00
Secukupnya 140.00
2 30.00
Secukupnya 13.00
1,508.94
12
Kos keseluruhan projek ini adalah RM1,508.94 dapatan daripada jumlah kos
projek dalam jadual 3.3, kos perbelanjaan yang telah dilakukan terhadap kerja
pemasangan projek ini tidak terlalu mahal dan keterlaluan. Ia memadai dengan harga
bahandan peralatan yang digunakan.
3.6 FUNGSI BAHAN DAN PERALATAN
Rajah 3.2: Motor 240V
Motor 1 fasa digunakan untuk membuat pengujian projek kawalan motor mudah alih. Ini
kerana motor 1 fasa boleh menampung beban sebanyak 240V sahaja.
Rajah 3.3: Motor 415V
Motor 3 fasa digunakan untuk membuat pengujian projek kawalan motor mudah alih. Ini
kerana motor 3 fasa boleh menampung beban sebanyak 415V dan lebih.
13
Rajah 3.4: Kabel 1.0mm dan 2.5mm
Kabel penyambung digunakan untuk membuat penyambungan diantara satu komponen
ke komponen yang lain mengikut jenis kabel.
Rajah 3.5: Gergaji Kayu
Gergaji kayu ini digunakan untuk memotong playwood dan membelah kayu dengan jalur
searah. Ini membolehkan kami mendapatkan bentuk yang diinginkan.
Rajah 3.6: Tapak Lampu Pandu
Tapak lampu pandu digunakan untuk meletakkan lampu tersebut agar kelihatan kemas.
14
Rajah 3.7: Tapak Timer
Untuk menempatkan timer yang akan digunakan untuk projek kawalan.
Rajah 3.8: Push Button ON
Push button ON digunakan untuk menyambung dan memutuskan aliran arus di dalam
litar.
Rajah 3.9: Push Button OFF
Push button OFF digunakan untuk menyambung dan memutuskan aliran arus di dalam
litar.
15
Rajah 3.10: Lampu Pandu
Lampu pandu ini digunakan untuk menyatakan bahawa mesin sedang beroperasi dan
selesai beroperasi.
Rajah 3.11: Contactor
Contactor digunakan untuk mengerakkan sebuah motor.
Rajah 3.12: Miniature Circuit Breaker (MCB)
Miniature circuit breaker (MCB) digunakan untuk mengawal arus masuk dan keluar.
Selain itu menghadkan arus.
16
Rajah 3.13: Timer
Timer digunakan untuk tetapkan masa pada projek kawalan selama 10 saat. Selepas 10
saat projek kawalan tersebut akan berhenti secara automatik. Terdapat 8 sambungan
pada timer. Sambungan ini mempunyai fungsi yang berlainan iaitu;
1) Kaki 2 dan 7 adalah untuk disambung pada bekalan masukan.
2) Kaki 8 dan 5 untuk NC (Normally Close).
3) Kaki 8 dan 6 untuk NO (Normally Open).
3.7 MEREKA BENTUK DAN MEMBINA PROJEK
Ini adalah rekabentuk projek yang dapat kami sediakan sebagai platform utama sebelum
memulakan langkah seterusnya iaitu pembikinan projek sebebnar. Idea bagi lakaran
rangka model bekalan kawalan motor mudah alih ini adalah hasil daripada kajian tentang
akan pemasalahan yang berlaku. Model bekalan kawalan motor mudah alih ini
merupakan rangka yang diperbuat daripada besi dan kayu yang berfungsi untuk
meletakkan papan kawalan motor dan juga untuk membuat pengujian. Projek ini
mempunyai satu fasa (240V) dan juga tiga fasa (415V). Di samping itu, kami juga
membuat pendawaian satu fasa direct on-line (DOL) dan pendawaian tiga fasa star delta
(demostrasi). Seterusnya, motor juga turut disediakan bagi kendalian litar tersebut. Hal
ini kerana, bagi memastikan bekalan yang disediakan berfungsi dalam keadaan yang
baik.
17
Meletakkan Tempat
pemutar skru dan Meletakkan Papan
alatan yang ingin
digunakan semasa Litar Kawalan
menguji litar Kotak Pengagihan
Motor 1 Fasa dan 3 Penggulung kabel
Fasa
Rajah 3.14: Lakaran Projek
3.7.1 MEMBINA MODEL PROJEK
Berikut adalah gambar-gambar model bekalan kawalan motor mudah alih yang sedang
dibina.
Rajah 3.15: Penandaan papan untuk dipotong
18
Rajah 3.16: Memotong papan menggunakan jigsaw
Rajah 3.17: Menggilap papan menggunakan cat kayu
19
Rajah 3.18: Membuat pendawaian ke atas KFA
Rajah 3.19: Mencantumkan kotak pengagihan pada meja menggunakan skru besi
20
Rajah 3.20: Membuat pendawaian litar Direct On-line, Forward Reverse dan Star Delta
Rajah 3.21: Model yang telah siap bagi satu fasa
21
Rajah 3.22: Model yang telah siap bagi tiga fasa
3.8 MELAKAR LITAR PROJEK
3.8.1 Litar Utama Dan Litar Kawalan Direct On-line (DOL)
Rajah 3.23 : Litar utama DOL
22
Rajah 3.24 : Litar kawalan DOL
Prinsip kendalian;
1) Apabila punat tekan hidup ditekan, arus akan mengalir masuk litar kawalan
penghidup talian terus.
2) Arus ini akan mengalir melalui gegelung, seterusnya gegelung ini akan
menghasilkan medan magnet/bertenaga.
3) Medan magnet ini akan menarik semua sesentuh tambahannya Contactor C1 dari
keadaan terbuka kepada keaadaan tertutup. (OFF-ON)
4) Apabila sesentuh tambahan ini menjadi tertutup ia akan membenarkan arus
dalam talian fasa melaluinya terus motor seterusnya ke talian neutral dan motor
terus berputar.
5) Apabila punat tekan hidup dilepaskan, motor masih lagi berputar kerana gegelung
masih menghasilakan medan magnet kerana adanya sesentuh tambahan yang
selari dengan punat tekan hidup.
6) Sesentuh tambahan ini, membenarkan arus talian melalui litar kawalan ini
walaupun punat tekan hidup dilepaskan.
7) Apabila punat tekan henti dilepaskan, arus tidak dapat memasuki litar kawalan
dan litar utama terutama gegelung seterusnya tidak dapat menghasilakan medan
magnet.
8) Ini akan menyebabkan motor tidak berputar kerana sesentuh tambahan pada
talian telah menjadi seperti asal iaitu sentiasa terbuka.
23
9) Motor juga berhenti berputar sekiranya beban lampau. Semasa beban lampau
arus meningkat dan menyebabkan suis beban lampau terbuka. Ini akan
menyebabkan seluruh litar tidak berfungsi.
10) Kadaran peratus arus hendaklah disetkan pada beban lampau iaitu 125%
daripada arus kendali motor.
11) Punat tekan hidup dan punat tekan henti boleh dipasang seberapa banyak yang
boleh tetapi hendaklah mengikut konsepnya.
• Punat tekan hidup – dipasang selari diantara satu sama lain.
• Punat tekan henti – dipasang sesiri diantara satu sama lain.
Rajah 3.25 : Pendawaian Litar Kawalan Direct On-Line (DOL)
3.8.2 Litar Utama Dan Litar Kawalan Star Delta
Rajah 3.26 : Litar utama Star Delta
24
Rajah 3.27 : Litar kawalan Star Delta
Prinsip kendalian
1) Apabila punat tekan hidup ditekan, Contactor C1 dan C3 akan hidup, pada masa
yang sama coil timer mendapat bekalan melalui N/C Contactor C2.
2) Pada masa ini motor akan beroperasi dalam sambungan Star (Bintang), melalui
litar utama yang telah disambungkan pada motor.
3) Apabila cukup masa yang dilaraskan pada timer (75 % kelajuan motor), Contactor
C3 akan terputus bekalan, serentak dengan itu Contactor C1 dan C2 akan hidup
dan lampu penunjuk Run bernyala.
4) Pada masa ini motor akan beroperasi dalam sambungan Delta, dan terus kekal
higgalah motor diberhentikan operasinya.
5) Apabila punat tekan henti ditekan, bekalan akan terputus, semua gelung
contactor serta sesentuh utama dan tambahan akan terputus bekalan. Motor
akan turut berhenti dari beroperasi, kerana litar utama yang telah disambungkan,
juga terputus bekalan.
6) Dalam keadaan ini lampu penunjuk Stop akan bernyala.
7) Apabila berlaku beban lampau, Thermal Over Load akan bertindak memutuskan
bekalan kepada litar kawalan menyebabkan motor akan berhenti dari beroperasi
dan dalam keadaan ini lampu penunjuk trip akan bernyala.
25
8) Untuk menghidupkan semula motor tersebut, reset button pada Thermal Over
Load perlu ditekan terlebih dahulu (lampu penunjuk Stop akan bernyala) sebelum
motor dihidupkan semula.
Rajah 3.28 : Pendawaian Litar Kawalan Star Delta
3.8.3 Litar Utama Dan Litar Kawalan Forward Reverse
Rajah 3.29 : Litar utama Forward Reverse
26
Rajah 3.30 : Litar kawalan Forward Reverse
Prinsip kendalian
1) Apabila bekalan dimasukkan, arus akan melalui MCB dan seterusnya melalui
punat tekan henti.
2) Apabila punat tekan hidup untuk mara ditekan, sesentuh tambahan sedia buka
mara akan tertutup dan sesentuh tambahan sedia tutup songsang akan terbuka.
3) Ini akan menyebabkan gegelung M bertenaga dan bersambung ke neutral lalu
lampu hijau akan menyala.
4) Apabila punat tekan henti ditekan semula, penyentuh mara tidak akan berkendali.
5) Kemudian punat tekan hidup bagi songsang pula ditekan. Sesentuh tambahan
sedia buka songsang akan tertutup dan sesentuh tambahan sedia tutup bagi
mara akan terbuka.
6) Ini akan menyebabkan gegelung S bertenaga dan bersambung ke neutral lalu
lampu kuning akan menyala.
7) Apabila berlaku beban lampau, lampu merah akan menyala.
27
Rajah 3.31: Pendawaian Litar Kawalan Forward Reverse
3.9 KESELAMATAN
Kesalamatan merupakan aspek penting dalam menjamin keselamatan pengguna dan
produk. Pereka harus memenuhi syarat-syarat keselamatan sebelum mencipta sesuatu
alat atau mesin dengan meneliti garis panduan oleh badan standard seperti International
Standard Organization (ISO), Malaysia Standard (MS) dan juga badan pengesahan
tempatan (SIRIM).
Di dalam apa jua kerja yang dilakukan, langkah keselamatan adalah perkara
paling penting yang perlu diamalkan oleh setiap individu yang melakukan sesuatu
pekerjaan. Ini adalah kerana punca kemalangan boleh berlaku bila-bila masa dan wujud
dari pelbagai faktor. Antaranya ialah :-
1) Individu
Pekerja mestilah memakai PPE (Personal Protective Equipment) yang sesuai dengan
kerja yang dilakukan.
28
2) Keadaan Aman
Apabila sesuatu mesin tidak diselenggara dengan betul, risiko kemalangan juga sering
timbul seperti renjatan elektrik, kecederaan fizikal dan lain-lain. Oleh yang demikian,
sebelum melakukan setiap kerja perlulah memastikan keadaan mesin yang hendak
digunakan berada dalam keadaan yang baik.
3) Persekitaran Tempat Kerja
Persekitaran juga menjadi faktor kepada penyumbang kepada kemalangan. Antaranya
seperti kawasan kerja yang tidak teratur dan tidak terurus.
3.10 MELAKUKAN PENGUJIAN
Dalam bab ini pengkaji akan menguji kefungsian litar dan bekalan masuk yang ada pada
projek Bekalan Kuasa Kawalan Motor Mudah Alih ‘Portable Motor Control Supply’ ini.
Tujuan pengujian ini dijalankan adalah untuk memastikan keselamatan pendawaian telah
terlaksana mengikut peraturan IEE agar berfungsi dengan baik serta selamat digunakan.
3.10.1 Ujian Keterusan
Tujuan ujian keterusan dijalankan adalah untuk memastikan setiap pengalir mempunyai
keterusan sepanjang litar. Ujian keterusan juga dibuat ke atas semua komponen yang
digunakan dalam menghasilkan projek ini. Sebagai contoh, MCB dan ELCB. Ini adalah
untuk memastikan komponen yang digunakan berfungsi dengan baik. Komponen dan
peralatan yang di uji adalah motor elektrik, kapasitor yang ada pada motor dan
pendawaian yang telah dibuat dalam projek ini. Alat yang digunakan bagi pengujian ini
ialah meter pelbagai (Ω).
29
Rajah 3.32: Meter Pelbagai
3.10.2 Ujian Rintangan Penebatan
Manakala ujian rintangan penebatan adalah untuk memastikan tiada kebocoran antara
pengalir dan bumi. Tidak berlaku litar pintas antara pengalir hidup dan neutral dan
menguji ketahanan penebatan sebelum disambungkan kepada bekalan. Alat pengujian
yang digunakan dalam pengujian ini adalah meter penguji penebatan (Insulation Tester
Meter).
Rajah 3.33 : Megger Meter
30
BAB 4
DAPATAN DAN ANALISIS
4.1 PENGENALAN
Penemuan dan analisis projek merupakan projek dari segi teori atau penulisan
berhubung fungsi dan kegunaan litar serta kendalian litar yang berkaitan dengan projek.
Dalam bab ini menerangkan juga hasil atau keputusan projek ini.
4.2 DATA PENGUJIAN
Berikut adalah data pengujian yang telah dijalankan yang terbahagi kepada dua iaitu 1
fasa dan 3 fasa.
4.2.1 Ujian Keterusan Dan Ujian Rintangan Penebatan 1 Fasa
Fasa Jadual 4.1: Ujian Keterusan
L–L Bacaan Ujian (Ω)
N–N 0Ω
E–E 0Ω
0Ω
Jadual 4.2: Ujian Rintangan Penebatan
Fasa Bacaan Ujian (MΩ)
L–N 200 MΩ
N–E 200 MΩ
L–E 200
31
4.2.2 Ujian Keterusan Dan Ujian Rintangan Penebatan 3 Fasa
Fasa Jadual 4.3: Ujian Keterusan
R–R Bacaan Ujian (Ω)
Y–Y 0Ω
B–B 0Ω
E–E 0Ω
0Ω
Jaudal 4.4: Ujian Rintangan Penebatan
Fasa Bacaan Ujian (MΩ)
R–Y 200 MΩ
Y–B 200 MΩ
B–R 200 MΩ
N–R 200 MΩ
N–Y 200 MΩ
N–B 200 MΩ
N–E 200 MΩ
E–R 200 MΩ
E–Y 200 MΩ
E–B 200 MΩ
32
BAB 5
PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan tentang kelebihan dan standard yang digunakan,
cadangan projek dan kesimpulan tentang projek Bekalan Kuasa Kawalan Motor Mudah
Alih ‘Portable Motor Control Supply’. Bab ini akan membincangkan dengan lebih teliti
berkaitan dengan hasil projek yang telah dilakukan. Hasil dapatan yang diperolehi
mendapati bahawa projek ini telah berjaya dihasilkan dan dapat digunakan oleh
pensyarah dan pelajar bengkel teknologi elektrik apabila projek yang dicipta memiliki
beberapa kelebihan berbanding dengan kaedah yang digunakan sebelumnya secara
manual perlu di sediakan satu persatu apabila ingin membuat pengujian ke atas litar.
5.2 PERBINCANGAN
Hasil dapatan yang diperolehi daripada kajian menunjukkan para pelajar dan pensyarah
di bengkel teknologi elektrik amat teruja dan berpuas hati dengan hasilnya Bekalan
Kuasa Kawalan Motor Mudah Alih ‘Portable Motor Control Supply’ ini. Hasil temu bual
secara lisan dan beberapa orang pelajar dan pensyarah, mereka mengatakan bahawa
projek Bekalan Kuasa Kawalan Motor Mudah Alih ‘Portable Motor Control Supply’ amat
mudah digunakan sewaktu membuat pengujian yang memerlukan bekalan dan juga
sesuai digunakan untuk pembelajaran tajuk yang berkaitan tentang motor. Selain itu,
mereka juga mengatakan bahawa projek ini dapat menjimatkan ruang dan memudahkan
pengujian berbanding kaedah yang digunakan sebelumnya iaitu secara manual perlu di
sediakan satu persatu apabila ingin membuat pengujian ke atas litar.
33
5.3 CADANGAN
Sesuatu kerja pemasangan Elektrik yang baik perlu merangkumi aspek-aspek
keselamatan dan keselesaan kepada pengguna, praktikal, berkesan dan mengikut
peraturan-peraturan yang berkuatkuasa. Faktor keselamatan tidak boleh dikompromi
kerana ianya boleh melibatkan kehilangan nyawa kerana kebanyakan pengguna tidak
mengetahui bahaya elektrik.
Mengikut skop kajian, projek Bekalan Kuasa Kawalan Motor Mudah Alih ‘Portable
Motor Control Supply’ ini boleh ditambahbaik pada masa akan dating. Cadangan kami
untuk tambahbaik projek ini dari segi rekabentuk, rekabentu asal projek kami adalah
diperbuat daripada besi dan kayu akan ditambahbaik kepada besi. Selain itu, projek ini
boleh digunakan untuk semua amali yang memerlukan bekalan kuasa. Seterusnya,
bahagian gulungan kabel (roller cable) boleh ditambahbaik dari manual kepada
automatik iaitu dengan menggunakan butang untuk melepaskan kabel dan menarik
kembali kabel supaya ia kelihatan lebih kemas dan tersusun.
Oleh sebab itu, dengan adanya tambahbaik projek ini, ia akan lebih berinovasi
dan lebih banyak penggunaannya. Kami berharap, dengan adanya projek ini, proses
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa
pensyarah.
5.4 KESIMPULAN
Pembinaan projek Bekalan Kuasa Kawalan Motor Mudah Alih ‘Portable Motor Control
Supply’ ini Berjaya kerana projek ini akan memudahkan pensyarah dan pelajar untuk
membuat pengujian dengan mudah. Secara tidak langsung, ia akan menjimatkan masa
kepada pelajar dan pensyarah. Sebagai contoh, pensyarah tidak mengambil masa yang
lama untuk menilai kendalian motor yang dihasilkan oleh pelajar.
Besar harapan kami agar projek ini dapat diwujudkan untuk kegunaan semua
bengkel-bengkel kemahiran yang terdapat di Malaysia, terutamanya bagi kursus
teknologi elektrik. Projek ini dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan mengikut
perancangan dan telah mencapai matlamat dan objektif yang dikehendaki.
34
Segala perancangan dan langkah-langkah kerja dibuat dengan terperinci dan
direkodkan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan sebelum, semasa dan selepas proses
pembuatan projek ini dilakukan.
Secara keseluruhannya, objektif penghasilan Bekalan Kawalan Motor Mudah Alih
‘Portable Motor Control Supply’ ini berfungsi dengan baik, dan mampu mengendalikan
litar dengan lebih mudah.
35