PENGHARGAAN
Terlebih dahulu kami bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat kami
menyiapkan laporan projek bertajuk PEMBASUH BERAS AUTOMATIK ‘AUTOMATIC
RICE CLEANER’ dengan jayanya.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada penyelia projek Pn. Erni Juliana Binti Ab
Aziz yang bertungkus lumus memberi tunjuk ajar serta bimbingan tanpa mengenal penat
lelah kepada kami dalam menyiapkan laporan projek ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini ditujukan kepada pengarah,pensyarah dan
sahabat-sahabat seperjuangan diatas jasa kalian yang sentiasa memberi sokongan dan
dorongan untuk terus berjaya.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan atas pengorbanan dan sokongan kedua
ibu bapa kami yang mendoakan serta memberikan kesempatan masa dan ruang untuk
kami menyiapkan projek ini dengan penuh kesabaran. Sesungguhnya jasa kalian tidak
akan dilupakan.
Semoga kajian yang telah dijalankan ini mendapat keberkatan dari tuhan.
Sekian,
i
ABSTRAK
Pembinaan rekacipta ini bertujuan untuk memperbaharui dan mempermodenkan cara
pembasuhan beras bagi kuantiti yang banyak menggunakan motor arus terus. Objektif
projek ialah untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku di kalangan peniaga yang
tidak cukup pekerja untuk membasuh beras dalam kuantiti yang banyak. Ia boleh
membasuh beras sehingga bersih. Penghasilan projek ini juga melibatkan kerja-kerja
berkaitan dengan elektrik dan elektronik. Untuk mengawal ketetapan masa, pemasa
telah digunakan untuk projek ini. Selain daripada pemasa, peranti elektronik seperti suis
dan lampu pandu juga digunakan. Pembinaan mesin pembasuh beras automatik ini,
berjaya kerana mesin ini akan memudahkan pengguna atau peniaga untuk membuat
pembasuhan beras mereka dengan cepat. Secara tidak langsung ia akan memberi
semangat kepada pengusaha atau peniaga untuk meneruskan kerjaya mereka tanpa
memikirkan masalah basuhan beras.
ii
ABSTRACT
The design of this invention is intended to renew and modernize the way of rice washing
for a large quantity using a direct current motor. The objective of the project is to solve
the problems that occur among traders who are not enough workers to wash rice in large
quantities. It can wash rice thoroughly. The production of this project also involves
electrical and electronic related work. To control the timing, the timer has been used for
this project. Apart from the timer, electronic devices such as switches and pilot lights are
also used. The construction of this automatic rice washing machine succeeds because
this machine will enable consumers or traders to make their rice washing fast. Indirectly
it will encourage entrepreneurs or traders to continue their careers without thinking about
the problem of rice washing.
iii
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
MUKA DALAM PROJEK i
PENGAKUAN PENULIS ii
PERAKUAN PENYELIA PROJEK iii
PERAKUAN PEGAWAI PENGESAHAN LUAR (PPL) iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Kajian 1
1.3 Penyataan Masalah 2
1.4 Tujuan Projek 3
1.5 Objektif Projek 3
1.6 Kepentingan Projek 3
1.7 Skop Kajian 4
4
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
2.2 Konsep Rekabentuk 5
2.3 Kaedah Rekabentuk 6
2.4 Kajian-Kajian Dari Sumber-Sumber Tertentu 6
7
2.4.1 Kajian Kes 1 7
2.4.2 Kajian Kes 2 7
iv
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 8
9
3.2 Carta Alir Perlaksanaan Projek 10
11
3.3 Carta Gant 11
12
3.4 Melakar Litar Priojek 13
13
3.4.1 Litar Utama 14
14
3.4.2 Litar Kawalan 15
15
3.4.3 Kendalian Projek 16
16
I. Gambarrajah blok projek 17
17
II. Litar 17
18
3.5 Penyediaan Bahan Dan Peralatan 18
18
3.6 Fungsi Komponen Dan Bahan 19
19
I. Motor 240V AC 20
21
II. Motor pengisar 240V AC 23
24
III. Timer (JEN AH3-1) 25
25
IV. Tapak pemasa 26
V. Skru kayu
VI. Hos getah
VII. Kabel 2.5mm
VIII. Tali sawat
IX. Kapasitor
X. Lampu pandu
XI. Suis
3.7 Merekabentuk Dan Membina Model Projek
3.7.1 Membina Model Projek
3.8 Anggaran Kos
3.9 Keselamatan
3.10 Melakukan Pengujian
3.10.1 Ujian Keterusan
3.10.2 Ujian Rintangan Penebatan
v
BAB 4 PENEMUAN DAN ANALISIS
4.1 Pengenalan
4.2 Kendalian Dan Keputusan Litar 27
4.3 Data Pengujian 27
28
4.3.1 Ujian Keterusan 28
4.3.2 Ujian Rintangan Penebatan 29
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan 30
5.3 Cadangan 30
5.4 Kesimpulan 31
31
RUJUKAN 32
LAMPIRAN 33
vi
NO JADUAL SENARAI JADUAL HALAMAN
Jadual 3.1 PERKARA 10
Jadual 3.2 14
Jadual 3.3 Carta Gantt Projek 23
Jadual 4.1 Senarai Bahan Dan Peralatan 28
Jaudal 4.2 Anggaran Kos 29
Ujian Keterusan
Ujian Rintangan Penebatan
vii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH PERKARA HALAMAN
Rajah 3.1 CartaAlir Proses Pembuatan 9
Rajah 3.2 Litar Utama 11
Rajah 3.3 Litar Kawalan 12
Rajah 3.4 Gambarajah Blok Projek 13
Rajah 3.5 Litar Projek Yang Lengkap 14
Rajah 3.6 Motor 240V AC 15
Rajah 3.7 Motor pengisar 240V AC 16
Rajah 3.8 Timer (JEN AH3-1) 16
Rajah 3.9 Tapak pemasa 17
Rajah 3.10 Skru kayu 17
Rajah 3.11 Hos getah 17
Rajah 3.12 Kabel 2.5mm 18
Rajah 3.13 Tali sawat 18
Rajah 3.14 Kapasitor 18
Rajah 3.15 Lampu pandu 19
Rajah 3.16 Suis 19
Rajah 3.17 Lakaran Projek 20
Rajah 3.18 Penandaan Papan Lapis Untuk Dipotong 21
Rajah 3.19 Memotong papan lapis menggunakan Jigsaw 21
Rajah 3.20 Mencantumkan Papan Lapis menggunkan skru 21
Rajah 3.21 Membentuk Rangka Projek Setelah Memotong 22
Rajah 3.22 Memasang Jaring AntiKarat 22
Rajah 3.23 Model Yang Telah Siap 22
Rajah 3.24 Meter Pelbagai 25
Rajah 3.25 Megger Tester 26
viii
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN PERKARA HALAMAN
Lampiran 1 Peralatan Yang Digunakan 33
Lampiran 2 Hasil Projek 35
ix
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENGENALAN
Projek tahun akhir (PTA) ini merupakan ilham yang tercetus berdasarkan
masalah yang wujud di kalangan masyarakat moden pada masa kini. Idea
merekabentuk mesin pembasuh beras automatik ini adalah jalan penyelesaian yang
produktif dan bersesuaian dengan kehendak masyarakat moden masa kini.
Kehidupan masyarakat moden pada masa kini begitu berbeza jika dibandingkan
pada dua puluh tahun yang lalu. Kebanyakan golongan usahawan pada masa kini
terpaksa mengeluarkan modal yang banyak. Jadi tidak keterlaluan jika dikatakan di
sini, golongan ini sentiasa menanti kehadiran teknologi baru yang mampu
memudahkan urusan seharian mereka. Oleh kerana kesibukkan menguruskan
kerjaya masing-masing, golongan usahawan ini memiliki ruang masa yang begitu
terhad sehingga tidak sempat melawat pekerja mereka. Setelah penat menguruskan
kerja di pejabat, mereka perlu menguruskan hal masalah yang timbul di tempat
kerja. Pada waktu inilah mereka perlu mengerah tenaga mereka untuk membantu
pekerja mereka, sekiranya diperlukan. Jadi, bagaimanakah untuk memastikan beras
sudah dibasuh sekiranya pekerja masing-masing sibuk menguruskan hal mereka?
Satu persoalan yang dikemukakan di atas tadi merupakan pencetus idea kepada
projek tahun akhir ini. Merekabentuk mesin pembasuh beras automatik yang
diciptakan untuk mencuci beras tanpa sebarang tenaga manusia yang diperlukan
dan ianya menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya. Mesin ini berkonsepkan
mudah digunakan.
Kaedah ini sebenarnya menghadkan aktiviti harian masyarakat setempat
terutamanya yang membabitkan soal pengurusan makanan. Faktor ini menjadi
pendorong utama kajian mengenai cara membasuh beras yang lebih efektif dibuat
selain faktor-faktor sampingan yang lain. Selain memudahkan masyarakat, sistem
1
ini dikenalpasti dapat mencuci beras mengikut proses yang telah ditetapkan. Setiap
masalah dapat diatasi secara praktikal (rekabentuk sistem pembasuh beras
automatik dalam bentuk Wardrobe tanpa perlu melalui proses pembasuhan yang
menyulitkan. Projek ini direkabentuk sebagai suatu sistem yang dapat
menyelesaikan masalah pembasuhan beras secara menyeluruh tanpa memerlukan
tenaga manusia kerana ianya merupakan sebuah mesin.
Mesin ‘Automatic Rice Cleaner’ ialah sebuah mesin pembasuh beras
automatik yang dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga elektrik. Projek ini
menggunakan sistem KAWALAN MOTOR “MOTOR CONTROL” untuk menjalankan
arahan yang diperlukan secara automatik. Sistem kawalan mesin pembasuh beras
automatik akan mencuci beras secara automatik apabila tiba masa yang ditetapkan
menggunakan “TIMER”. Seterusnya, LAMPU PANDU akan menyala menandakan
mesin tersebut berhenti berkendali mengikut masa yang telah ditetapkan. Mesin ini
dapat membantu usahawan atau peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan
makanan sepenuhnya dan juga dapat membantu golongan yang kurang bernasib
baik atau golongan orang kurang upaya (OKU) untuk melaksanakan aktiviti harian
seperti orang lain. Kami memilih mesin ini kerana mesin ini masih tiada lagi di jual
dalam pasaran industri tempatan.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian mendapati bahawa Negara Malaysia mempunyai peluang pekerjaan
yang sangat luas dan semakin hari semakin bertambah. Di zaman serba canggih
ini, penggunaan mesin yang sangat berleluasa membataskan masyarakat untuk
mendapatkan peluang pekerjaan kerana pada zaman kini sesebuah syarikat akan
bergantung kepada mesin semata-mata. Bagi pengusaha yang menjalankan
perniagaan restoran atau kedai makan dan sebagainya, didapati bahawa masalah
utama yang dapat dikesan ialah kurang pekerja mahir. Hal ini menyebabkan,
Usahawan tersebut terpaksa membayar gaji lebih kepada pekerja yang sedia ada.
Oleh itu, kami mengambil inisiatif melalui perkembangan masa ke semasa untuk
membantu pengusaha-pengusaha ini. Maka tercetus la idea untuk menghasilkan
mesin ‘Automatic Rice Cleaner’ yang bertujuan untuk meringankan beban
pengusaha-pengusaha di luar sana.
2
1.3 PENYATAAN MASALAH
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, terdapat beberapa masalah yang
dialami oleh masyarakat kita pada hari ini dalam menguruskan kehidupan seharian.
Terutamanya masalah yang dialami oleh peniaga-peniaga. Masalah yang dihadapi
adalah seperti :
1) Basuhan beras secara manual memakan masa yang lama.
2) Kapasiti beras yang dapat dibasuh sangat terhad.
3) Pembaziran air yang berlebihan.
4) Pekerja perlukan tenaga yang banyak untuk membasuh beras dalam
kuantiti yang besar.
5) Pembasuhan secara manual tidak akan bersih secara menyeluruh.
1.4 TUJUAN PROJEK
Antara tujuan mesin pembasuh beras automatik ‘Automatic Rice Cleaner’ ini dicipta
ialah dapat:
1) Memudahkan peniaga atau pengusaha untuk mencuci beras dalam
kuantiti yang besar.
2) Dapat mengelakkan pembaziran tenaga manusia untuk bersihkan beras.
3) Dapat menjimatkan masa dan dalam masa yang sama dapat
melaksanakan tugas yang lain.
4) Dapat menjimatkan penggunaan air yang mana sebelum ini
pembasuhan beras secara manual memerlukan penggunaan air yang
sangat banyak sehingga berlakunya pembaziran.
1.5 OBJEKTIF PROJEK
Sebagai langkah penyelesaian kepada masalah-masalah yang telah
dinyatakan, satu sistem pembasuh beras direkabentuk dan antara objektif projek
‘Automatic rice cleaner’ ini adalah untuk :
1) Memudahkan pengusaha, peniaga atau pekerja untuk mencuci atau
membersihkan beras dengan mudah, cepat dan bersih.
2) Dapat menjimatkan masa.
3) Dapat membasuh beras dalam kapasiti yang banyak.
4) Dapat membasuh beras 99% bersih secara menyeluruh.
3
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Dengan adanya mesin ini, maka ia dapat membantu peniaga dan
pengusaha makanan menjalankan perniagaan dengan lebih efektif dan cepat. Ia
juga bermanafaat untuk beberapa kegunaan lain pada masa hadapan dan boleh
digunakan oleh semua pengusaha yang menjalankan perniagaan yang melibatkan
perniagaan nasi. Dengan adanya mesin basuhan beras automatik ini, ia boleh
menarik minat masyarakat yang tidak mempunyai pekerjaan supaya menceburi
kerjaya sebagai pengusaha makanan yang berjaya.
1.7 SKOP PROJEK
Bagi melaksanakan projek ini, beberapa skop projek telah ditetapkan bagi
tujuan kelancaran perjalanan projek agar tidak terkeluar dari garis panduan. Bagi
mendapatkan hasil pembasuhan yang memuaskan, dimana beras akan dibasug
tanpa sebarang masalah, beberapa garis panduan yang ditetapkan perlu diikuti
seperti berikut:-
1) Tumpuan projek ini dicipta untuk pengusaha makanan iaitu kantin, hotel,
Dewan makan asrama, Restoran, Cafe, penyediaan Catering dan
Hospital
2) Sesuai untuk basuhan beras sahaja.
3) Had maksimum kuantiti beras yang boleh dibasuh adalah 15 kg (untuk
mesin yang sebenar) untuk sekali basuhan.
4
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Kajian Literatur ini dibuat untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan
projek yang dibangunkan. Kajian ini, lebih tertumpu kepada projek-projek yang telah
dilakukan sama ada yang dibuat secara langsung ataupun hanya berdasarkan
pemerhatian. Kajian terperinci dalam segala aspek adalah penting untuk
memastikan setiap proses dapat dijalankan dengan baik dan sempurna agar hasil
yang diperolehi memenuhi kriteria yang ditetepkan. Kemajuan sains dan teknologi
pada masa kini tiada had dan sempadannya. Manusia telah cuba untuk mencipta
pelbagai barangan atau peralatan untuk memudahkan kehidupan seharian mereka.
Ke mana sahaja kita berada, kita dapat melihat pelbagai jenis barangan elektrik
yang digunakan untuk memenuhi keperluan manusia.
Sebelum membangunkan sebuah projek, banyak aspek yang perlu diambil
kira dan dikaji dengan teliti untuk memastikan sesuatu projek itu dapat dibina
dengan baik dan sempurna. Aspek yang perlu diberi perhatian ialah mendapatkan
sumber rujukan dan maklumat. Beberapa kaedah untuk mendapatkan sumber
maklumat yang dijalankan termasuklah dari sumber buku rujukan, pemerhatian,
perbincangan, sumber- sumber dari internet dan kajian pasaran agar maklumat
yang diperolehi akan menjadi panduan yang berguna untuk membangunkan projek
tersebut.
5
2.2 KONSEP REKABENTUK
Konsep rekabentuk yang digunakan mestilah berpandukan produk yang
sedia ada atau yang ada persamaan. Hosking (1981) menjelaskan rekabentuk ialah
proses yang menggunakan elemen kejuruteraan, matematik,dan prinsip saintifik
dalam usaha untuk menghasilkan perancangan yang mungkin membawa
penyelesaian serta menyumbang kepada keperluan teknikal.
2.3 KAEDAH REKABENTUK
Proses merekabentuk terbahagi kepada empat (4) langkah seperti berikut:-
1. Mengenalpasti masalah yang perlu diselesaikan.
2. Memahami masalah tersebut.
3. Mengemukakan cadangan yang bersesuaian untuk menyelesaikan
masalah.
4. Memilih cadangan yang baik.
Terdapat enam (6) langkah yang perlu diberi penekanan pada setiap rekabentuk
sebelum suatu ciptaan:-
1. Mengenalpasti masalah yang wujud.
2. Membentuk kajian terhadap masalah yang wujud dan diterjemahkan dalam
bentuk yang mudah difahami.
3. Sesuai dengan masalah yang sedia ada.
4. Menganalisis rekabentuk agar dapat memenuhi keperluan untuk
melaksanakannya.
5. Pemilihan dan pemerhatian.
6. Melaksanakan penyelesaian yang dipilih.
Berdasarkan kepada teori diatas, nyatalah rekabentuk bukan hanya terdiri
daripada pelan sahaja tetapi merupakan gabungan kemahiran dan ilmu
pengetahuan yang perlu ada pada perekabentuk tersebut.
6
2.4 KAJIAN-KAJIAN DARI SUMBER-SUMBER TERTENTU
Kajian ini dilakukan berdasarkan sistem yang mempunyai hubungkait atau
mempunyai persamaan dengan projek yang dibangunkan. Kaedah yang digunakan
dapat memberi gambaran untuk menentukan halatuju projek.
2.4.1 KAJIAN KES 1
Menurut laporan BERITA (MalaysiaKini) yang diiterbitkan pada 30 Mac 2010, 4:31
petang | Dikemaskini 30 Mac 2010, 4:45 petang. Banyak tenaga kerja mahir
Malaysia meninggalkan negara untuk mencari peluang lebih baik di negara lain dan
menurut anggaran Kementerian Sumber Manusia pada 2008 - kira-kira 350,000
dewasa Malaysia bekerja di luar negara, lebih separuh daripadanya lulusan institusi
pengajian tinggi.
2.4.2 KAJIAN KES 2
Menurut laporan BERITA (Nasional) yang disiarkan pada Selasa, 9 Mei 2017 |
9:07pm “MALAYSIA MASIH KURANG PEKERJA BERKEMAHIRAN TINGGI”
PETALING JAYA: Jumlah pekerja berkemahiran tinggi di negara ini lebih rendah
berbanding pekerja sederhana mahir yang mendominasi aliran sektor pekerjaan
bagi tahun 2016, sekali gus dilihat tidak seimbang dengan kehendak pasaran
pekerjaan semasa tempatan. Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia
Berhad, Shareen Shariza Abdul Ghani, berkata jumlah rakyat Malaysia
berkemahiran tinggi, masih rendah sedangkan negara memerlukan lebih ramai
rakyat tempatan yang berkemahiran tinggi.
7
BAB 3
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Metodologi kajian boleh didefinisikan sebagai suatu kaedah dalam mencari
maklumat dan kajian bahan atau sumber dalam usaha untuk mewujudkan fakta-
fakta dan mencapai kesimpulan baru. Tujuan utama metodologi kajian ini dijalankan
adalah kaedah untuk mendapatkan jawapan dalam permasalahan kajian dengan
lebih terperinci. Selain itu, kajian akan lebih mudah diselesaikan apabila kaedah
yang digunakan lebih strategik dalam menangani isu-isu yang dihadapi. Di samping
itu, metodologi juga merupakan satu prosedur sistematik yang menggabungkan
penyesuaian pendekatan kajian serta analisis data yang sealiran dengan peraturan
tersendiri bagi memastikan prestasi, penyelidikan dicapai dengan baik dan
sempurna.
Bab ini menerangkan kaedah dan perancangan perlaksaan projek
‘Automatic Rice Cleaner’. Dalam menghasilkan reka bentuk projek ini, beberapa
perkara perlu dipertimbangkan dalam pemilihan dan penyediaan bahan, konsep
reka bentuk, pembinaan litar skematik dan analisis data pengukuran.
Projek ‘Automatic Rice Cleaner’ direka khas bagi golongan pengusaha yang
menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan dan mereka yang mempunyai
masalah kekurangan pekerja mahir.
8
3.2 CARTA ALIR PERLAKSANAAN PROJEK
Keseluruhan proses yang terlibat dalam pembangunan projek ‘Automatic
Rice Cleaner’ dijelaskan melalui carta alir berikut:-
MULA
MERANCANG PEMBINAAN TIDAK
PROJEK MEMENUHI
MENYEDIAKAN BAHAN
DAN PERALATAN
MEREKA BENTUK PROJEK
MEMBINA LITAR PROJEK
MELAKUKAN PENGUJIAN
HASIL
PENGUJIAN
LITAR
MEMENUHI
TAMAT
Rajah 3.1: Carta Alir Perlaksaan Projek
9
3.3 CARTA GANTT
Jadual 3.1 : Carta Gantt P
BIL PERKARA JAN FEB
1234123
PEMILIHAN PROJEK
1 Mengkaji objektif dan skop
Lakaran awal reka bentuk projek
Penilaian reka bentuk lakaran
2 PEMILIHAN REKA BENTUK SEBENAR
melakar rekabentuk menggunakan (word)
3 PEMILIHAN BAHAN DAN JENIS PROSES YANG DIGUNAKAN
MENGANALISA PROJEK TERHADAP BEBAN YANG DIGUNAKAN
4
PENGIRAAN KOS BAHAN DAN PENGUJIAN ALATAN
5
PROSES PEMBUATAN
6 Pemotongan papan lapis
Pemasangan bahan projek
Membuat pendawaian pada projek
7 PENYELESAIAN AKHIR TERHADAP PROJEK
8 Mengemaskini kelemahan yang terdapat pada projek
PEMBENTANGAN HASIL KERJA
9 Penyelia Projek (PP)
Pengawai Pengesah Luaran (PPL)
PERANCANGAN
PERLAKSANAAN
Projek Pembasuh Beras Automatik
BULAN / MINGGU 2018
MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT
4 1 2 3 4 1 2 3 41 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
10
3.4 PENYEDIAAN BAHAN DAN PERALATAN
Bagi melaksanakan sesuatu projek, penyediaan bahan dan alatan projek
merupakan langkah utama yang perlu diambil berat dalam memastikan keperluan
dan kerja-kerja dapat dijalankan dengan lancar. Sesuatu projek tidak akan
sempurna sekiranya bahan yang dikehendaki tidak tersedia. Kerja penyediaan
bahan merangkumi bekalan yang digunakan dan jumlah voltan yang digunakan.
Jadual 3.2 menunjukkan senarai bahan dan peralatan yang digunakan dalam projek
ini.
Jadual 3.2 : Senarai Bahan Dan Peralatan UNIT
Secukupnya
BIL PERALATAN/BAHAN/KOMPONEN Secukupnya
1. Kabel 2.5 mm
2. Skru kayu 2
3. Timer (Omron H3CR-H8L) 1
4. Motor pengisar 240V AC 1
5. Motor 240V AC 1
6. Bekas air 1
7. Penapis dan jaring 2 meter
8. Hos getah Secukupnya
9. Toolbox 1
10. Gegaji kayu 10x
11. Papan lapis 1
12. Hot glue gun 4
13. Ensel 2
14. Pemegang pintu Secukupnya
15. Aluminium
11
ANGGARAN KOS
Di dalam sesuatu kerja mereka bentuk dan mencipta suatu ciptaan baru, kos
memainkan peranan yang penting agar sesuatu projek yang telah dirancang tidak
mengalami kerugian. Oleh sebab itu kawalan pembelian bahan dan peralatan perlu
dinilai supaya barang yang dibeli itu setimpal dengan nilai ringgit yang telah
dikeluarkan. Jadual 3.3 menunjukkan kos keseluruhan perbelanjaan untuk
pembelian bahan dan peralatan projek.
Jadual 3.3 : Anggaran kos.
BIL PERKARA UNIT KUANTITI HARGA JUMLAH
(RM) RM
1 Motor pengisar 240V/AC 1 1
1 1 RM10.00 RM10.00
2 Motor 240V/AC RM 30.00 RM30.00
RM30.00
Timer 1 1 RM30.00
3 (omron H3CR-H8L) RM10.00
1 1 RM10.00
dan tapak RM3.00
Plywood 1 Secukupnya RM3.00 RM10.00
4 (bahan untuk bina model RM3.00
mesin pembasuh beras) RM5.00
RM2.00
5 Skru kayu RM7.00
RM50.00
6 Kabel 1.5 dan Kabel 2.5 1 Secukupnya RM10.00
(3 meter) RM160.00
7 Suis 1 hala 1 1 RM3.00
8 Penapis dan jaring anti 1 secukupnya RM5.00
karat.
9 Bekas air 1 1 RM2.00
10 Wallpaper 1 Secukupnya RM7.00
11 Anggaran lain-lain bahan -- -
dan peralatan
JUMLAH
Kos keseluruhan projek ini adalah RM160.00 dapatan daripada jumlah kos
projek dalam jadual 3.3, kos perbelanjaan yang telah dilakukan terhadap kerja
pemasangan projek ini tidak terlalu mahal dan keterlaluan. Ia memadai dengan
harga bahan dan peralatan yang digunakan.
12
3.5 FUNGSI KOMPONEN & BAHAN
Rajah 3.6 : Motor 240V AC
Motor ini digunakan untuk menggerakkan bekas yang berisi beras. Ini kerana motor
ini boleh menampung berat beras tersebut.
Rajah 3.7: Motor pengisar 240V AC
Motor ini digunakan untuk menggerakkan batang bilah yang berfungsi sebagai
penggaul beras. Motor ini berada di bahagian atas penutup bekas.
13
Rajah 3.8 : Timer (JEN AH3-1)
Timer digunakan untuk tetapkan masa pada mesin pembasuh beras automatik ini
selama 40 saat. Selepas 40 saat mesin tersebut akan berhenti secara automatik.
Terdapat 8 sambungan pada timer. Sambungan ini mempunyai fungsi yang
berlainan iaitu :
1) Kaki 2 dan 7 adalah untuk disambung pada bekalan masukan.
2) Kaki 8 dan 5 untuk NC (Nomally Close)
3) Kaki 8 dan 6 untuk NO (Nomally Open)
Rajah 3.9 : Tapak timer
Untuk menempatkan timer yang akan digunakan untuk projek ini.
14
Rajah 3.10 : Skru kayu
Skru digunakan untuk melengkapkan projek tahun akhir ini, bagi mencamtumkan
plywood untuk menjadi sesuatu bentuk.
Rajah 3.11 : Hos getah
Hos getah ini dugunakan untuk menyalurkan air masuk dan keluar dari mesin
pembasuh beras ini.
Rajah 3.12 : Kabel 2.5mm (hijau, merah, hitam)
Kabel penyambung digunakan untuk membuat penyambungan diantara satu
komponen ke komponen yang lain mengikutfun jenis kabel.
15
Rajah 3.13: Tali sawat
Berfungsi untuk menggerakkan motor elektrik dengan roda spin yang mana motor
elektrik akan dihidupkan lalu tali sawat itu menggerakkan roda spin.
Rajah 3.14: Kapasitor
Untuk menggerakkan motor. Berfungsi sebagai penyimpan daya listrik sementara
sebelum diteruskan ke motor.
Rajah 3.15 : Lampu pandu
Lampu pandu ini digunakan untuk menyatakan bahawa mesin sedang beroperasi
dan selesai beroperasi.
16
Rajah 3.16 : Suis
Suis ini digunakan untuk menghidupkan motor mesin pembasuh beras automatik ini.
3.7 MEREKA BENTUK DAN MEMBINA MODEL PROJEK
Ini adalah hasil lakaran yang dapat kami sediakan sebagai platfom utama
sebelum memulakan langkah seterusnya iaitu pembikinan projek sebenar. Idea bagi
lakaran rangka model mesin pembasuh beras automatik ini adalah hasil daripada
kajian tentang akan pemasalahan yang berlaku. Model pembasuh beras automatik
ini merupakan rangka yang diperbuat daripada palstik dan kayu yang berfungsi
untuk membasuh beras. Mesin ini dikawal oleh motor 240V/AC. Di samping itu,
masa akan disetkan selama 2 minit (untuk demo) dan motor berputar dan akan
berhenti setelah 2 minit (waktu yang dipilih).
Rajah 3.17 : Lakaran Projek
17
3.7.1 MEMBINA MODEL PROJEK
Berikut ialah gambar-gambar model mesin pembasuh beras automatik yang sedang
dibina:
Rajah 3.18 : Penandaan papan lapis untuk dipotong
Rajah 3.19 : Memotong papan lapis menggunakan jigsaw.
Rajah 3.20 : Mencantumkan papan lapis menggunakan skru kayu.
18
Rajah 3.21: Membentuk rangka projek setelah siap memotong.
Rajah 3.22 : Memasang jaring atau dawai anti karat pada penapis untuk
menghalang butir-butir beras tercicir.
Rajah 3.23 : Model yang telah siap
19
3.5 MELAKAR LITAR PROJEK
3.5.1 Litar Utama
INPUT AC 240V
M1
Rajah 3.2 : Lita
M2
ar Utama Projek
20
Litar Ka
T1 NO T1 N
INPUT AC 240V LAMPU
PANDU
T1 (MERAH) T2
Rajah 3.3 : Litar Ka
awalan
NC T2 NO
M1 M2 LAMPU
awalan Projek PANDU
(HIJAU)
21
3.5.2 Kendalian Litar Projek
1) Sebelum suis di ON, pemasa (T1) dan pemasa (T2) perlu ditetapkan masa
terlebih dahulu.
2) Setkan pemasa (T1) kepada 40 saat dan pemasa (T2) kepada 10 saat.
3) Kemudian masukkan 500 gram beras ke dalam bekas jaring dan masukkan
air melebihi paras beras.
4) ON kan suis litar motor dimana motor (M1) akan memusingkan bekas beras
dibahagian bawah. Disamping itu, motor (M2) yang menggaul beras
disebelah atas akan berfungsi dengan serentak.
5) Kedua-dua motor M1 dan M2 akan berputar membasuh beras sehingga
benar-benar bersih mengikut masa yang telah ditetapkan.
6) Selepas 40 saat, lampu pandu akan menyala menandakan pembasuhan
telah selesai.
7) Setelah itu, air basuhan akan dibuang secara manual menggunakan hos air.
8) Akhir sekali, selepas beras ditoskan, ia akan dipindahkan kedalam bekas
yang bersih.
Input • Pemasa 1
• Pemasa 2
• Kapasitor
Proses • Motor 1 (kawal
bekas besar)
• Motor 2 (kawal
bilah)
Output • Lampu pandu
Rajah 3.4 : Gambarajah blok projek
22
Rajah 3.5 : Litar projek yang lengkap
3.9 KESELAMATAN
Keselamatan merupakan aspek penting dalam menjamin keselamatan pengguna
dan produk. Pereka harus memenuhi syarat-syarat keselamatan sebelum mencipta
sesuatu alat atau mesin dengan meneliti garis panduan oleh badan standard seperti
International Standard Organization (ISO), Malaysian Standard (MS) dan juga
badan pengesahan tempatan (SIRIM).
Di dalam apa jua kerja yang dilakukan langkah keselamatan adalah perkara
paling penting yang perlu diamalkan oleh setiap individu yang melakukan sesuatu
pekerjaan. Ini adalah kerana punca kemalangan boleh berlaku bila-bila masa dan
wujud dari pelbagai faktor. Antaranya ialah:-
1. Individu
Pekerja mestilah memakai PPE (Personal Protective Equipment) yang
sesuai dengan kerja yang dilakukan.
23
2. Keadaan mesin
Apabila sesuatu mesin tidak diselenggara dengan betul, risiko kemalangan
juga sering timbul seperti renjatan elektrik, kecederaan fizikal dan lain-lain.
Oleh yang demikian, sebelum melakukan setiap kerja perlulah memastikan
keadaan mesin yang hendak digunakan berada pada keadaan yang baik.
3. Persekitaran tempat kerja
Persekitaran juga menjadi faktor kepada penyumbang kepada
kemalangan.Antaranya seperti kewasan kerja yang tidak teratur dan tidak
terurus.
3.10 MELAKUKAN PENGUJIAN
Dalam bab ini, pengkaji akan menguji tahap ketahanan mesin Pembasuh Beras
Automatik “ Automatic Rice Cleaner” ini. Tujuan pengujian ini dijalankan adalah
untuk memastikan keselamatan pemasangan telah terlaksana mengikut peraturan
IEE agar berfungsi dengan betul serta selamat digunakan.
Antara pengujian yang dijalankan adalah ujian keterusan dan ujian
penebatan. Dan antara alatan pengujian yang digunakan adalah pena uji dan meter
pelbagai.
3.10.1 Ujian Keterusan
Tujuan ujian keterusan dijalankan adalah untuk memastikan setiap pengalir
mempunyai keterusan sepanjang litar. Ujian keterusan juga dibuat ke atas semua
komponen yang digunakan dalam menghasilkan projek ini. Ini adalah untuk
memastikan komponen yang digunakan berfungsi dengan baik. Komponen dan
peralatan yang di uji adalah motor elektrik, kapasitor dan buzer yang digunakan
dalam projek ini. Alat yang digunakan bagi pengujian ini ialah meter pelbagai (Ω ).
24
Rajah 3.24: Meter Pelbagai
3.10.2 Ujian Rintangan Penebatan
Manakala ujian rintangan penebatan adalah untuk memastikan tiada kebocoran
antara pengalir dan bumi, tidak berlaku litar pintas antara pengalir hidup dan neutral
dan menguji ketahanan penebatan sebelum disambungkan kepada bekalan. Alat
penguji yang digunakan dalam pengujian ini adalah Insulation Tester Metre (Meter
Penguji Penebatan).
Rajah 3.25: Megger Tester
25
BAB 4
PENEMUAN DAN ANALISIS
4.1 PENGENALAN
Penemuan dan analisis projek merupakan projek dari segi teori atau penulisan
berhubung fungsi dan kegunaan litar serta kendalian litar yang berkaitan dengan
projek. Dalam bab ini menerangkan juga hasil atau keputusan projek ini.
4.2 KENDALIAN DAN KEPUTUSAN LITAR
Pembasuh beras automatik ini menggunakan litar kawalan. Litar kawalan ini
mempunyai dua bahagian, iaitu bahagian litar utama dan litar kawalan. Litar utama
berfungsi untuk membawa arus positif dan negatif untuk menggerakkan motor 240V
AC. Kemudian litar kawalan pula berfungsi untuk mengawal sistem kendalian yang
telah ditetapkan supaya litar berfungsi dengan betul.
26
4.3 Data Pengujian
Berikut adalah data pengujian yang telah dijalankan.
Jadual 4.1 : Ujian Keterusan
Komponen Bacaan Piawai (Ω ) Bacaan Ujian (Ω )
Motor
Suis 0 0.14
0 0.2
0.25
0.2
0.15
Bacaan Piawai (MΩ)
0.1 Bacaan Ujian (MΩ)
0.05
0 Suis
Motor
Rajah 4.1 : Graf Perbandingan Ujian Keterusan
27
Jadual 4.2 : Ujian Rintangan Penebatan
Komponen Bacaan Piawai Bacaan Ujian (MΩ )
Motor (MΩ ) 275 MΩ
∞
300 Bacaan Piawai (MΩ)
250 Bacaan Ujian (MΩ)
200
150
100
50
0
Motor
Rajah 4.2 : Graf Perbandingan Ujian Rintangan Penebatan
28
BAB 5
PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan tentang kelebihan dan standard yang digunakan,
cadangan projek dan kesimpulan tentang projek Pembasuh Beras Automatik
(AUTOMATIC RICE CLEANER). Bab ini akan membincangkan dengan lebih teliti
berkaitan dengan hasil projek yang telah dilakukan. Hasil dapatan yang diperolehi
mendapati bahawa projek ini telah berjaya dihasilkan dan dapat digunakan oleh
pengguna apabila mesin yang dicipta memiliki beberapa kelebihan berbanding
dengan kaedah basuhan beras yang sebelumnya iaitu membasuh beras secara
manual.
5.2 PERBINCANGAN
Hasil dapatan yang diperolehi daripada kajian menunjukkan para pelajar dan
pensyarah di KVSAS amat teruja dan berpuas hati dengan terhasilnya mesin
pembasuh beras automatik ini. Hasil temubual secara lisan dengan beberapa orang
pelajar dan pensyarah, mereka menyatakan bahawa mesin pembasuh beras ini
amat mudah digunakan pada setiap masa dan amat sesuai digunakan pada semua
tempat (yang mempunyai bekalan elektrik).
Selain itu, mereka juga menyatakan bahawa mesin ini akan dapat
menjimatkan air berbanding kaedah yang digunakan sebelumnya iaitu basuhan
secara manual. Hal ini kerana,basuhan beras menggunakan mesin hanya dibasuh
satu kali sahaja.
29
Seterusnya, mereka turut menyatakan bahawa projek ini dapat membasuh
beras dalam kuantiti yang banyak sekiranya mesin ini direalisasikan pada masa
akan datang dengan mesin yang lebih cekap atau yang lebih besar.
5.3 CADANGAN
Mengikut skop kajian mesin pembasuh beras automatik (AUTOMATIC RICE
CLEANER) ini boleh ditambahbaik pada masa akan datang dengan
menambahbaikkan pemprosesan mesin ini berfungsi serta menggunakan peralatan
atau bahan yang lebih baik, sesuai dan canggih berbanding yang sedia ada untuk
kegunaan jangka masa yang panjang.
5.4 KESIMPULAN
Pembinaan Mesin Pembasuh Beras Automatik (AUTOMATIC RICE CLEANER) ini
berjaya kerana mesin ini akan memudahkan pengguna membuat pembasuhan
beras mereka dengan cepat. Secara tidak langsung ia akan memberi semangat
kepada pengusaha untuk meneruskan kerjaya mereka tanpa memikirkan masalah
untuk membasuh beras.
Besar harapan kami agar projek ini dapat diwujudkan untuk kegunaan
semua orang. Projek ini dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan
mengikut perancangan dan telah mencapai matlamat dan objektif yang dikehendaki.
Segala perancangan dan langkah-langkah kerja dibuat dengan terperinci
dan direkodkan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan sebelum, semasa dan
selepas proses pembuatan projek ini dilakukan.
Secara keseluruhannya objektif penghasilan pembasuh beras automatik
(AUTOMATIC RICE CLEANER) ini berfungsi dengan baik, dan mampu untuk
membasuh beras dalam kuantiti yang besar atau banyak (untuk mesin yang
sebenar).
30
RUJUKAN
Pengurusan Akademik, BPTV (2017), Garis Panduan Projek Tahun Akhir (PTA)
http://bukuLaporanProjekTahunAkhir.pdf.com
http://kejuteraanelektronik.blogspot.my
http://tarmiziamran.blogspot.my/2010/09/contoh-laporan-akhir-projek.html?m=1
https://www.slideshare.net/mobile/rifdut/modul-caramenggunakan-volt-meter-dc
https://www.slideshare.net/mobile/rash_electronic/buat-pengujian-keatas-
komponen-elektronik
https://www.google.com/amp/id.m.wikihow.com/Menggunakan-Voltmeter?amp=1
https://www.slideshare.net/mobile/rifdut/modul-cara-menggunakan-volt-meter-dc
31
LAMPIRAN 1: PERALATAN YANG DIGUNAKAN.
jigsaw
Pemutar skru cordless
32
Cutter & wiring cutter
Pita pengukur
33
LAMPIRAN 2 : HASIL PROJEK
Pandangan hadapan projek
Pandangan sisi projek
Pandangan belakang projek
34