The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ciri-ciri kepimpinan khulafa ar-rasyidin yang empat

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctmashitah07, 2023-03-13 04:24:11

CIRI-CIRI KEPIMPINAN KHULAFA AR-RASYIDIN

ciri-ciri kepimpinan khulafa ar-rasyidin yang empat

Keywords: ciri-ciri kepemimpinan khulafa ar-rasyidin

CIRI-CIRI KEPEMIMPINAN KHULAFA AR-RASYIDIN


KEPIMPINAN ABU BAKAR AS SIDDIQ Muhammad Syahmi


•Nama sebenar adalah Abdullah bin Abi Quhafah. • Lahir selepas 2 tahun kelahiran Rasulullah SAW. • Berketurunan Bani Tamim. • Orang pertama yang memeluk Islam. • Digelar As-Siddiq kerana mengakui kebenaran Rasulullah SAW dalam peristiwa Isra' & Mikraj. • Seorang yang jujur, berbudi pekerti yang baik, perangai yang terpuji. Biodata


CIRI-CIRI KEPIMPINAN TEGAS BERPANDANGAN JAUH SETIA KEPADA ARAHAN RASULULLAH MENGAMALKAN SYURA


BERPANDANGAN JAUH Beliau mengarah Zaid bin Sabits untuk mengetuai usaha menghimpunkan ayat Al-Quran yg terdapat di kepingan batu, kulit haiwan dan tulang kerana ramai penghafaz al-quran terkorban dalam peperangan Yamamah Beliau meneruskan tindakan Rasullullah untuk menghantar Usmah Bin Zaid sebagai panglima angkatan tentera Islam kepada kerajaan Ghassan kerana telah membunuh utusan Rasullullah SETIA KEPADA ARAHAN RASULLULLAH SAW


MENGAMALKAN SYURA Mengambil kira pandangan setiap sahabat untuk menentukan strategi bagi menentang tentera rom Strategi pembahagiaan kepada 4 kumpulan sehingga berjaya menawan negeri syam TEGAS Tegas memerangi golongan murtad, nabi palsu Tegas terhadap golongan yg enggan membayar zakat


SUMBANGAN


PENCAPAIAN MEMPERKENALKAN SISTEM GAJI KEPADA TENTERA Khalifah juga memperkenal bayaran gaji kepada pasukan tentera melalui wang ghanimah atau harta rampasan perang. Selain itu, diwujudkan juga undang-undang tanah seperti bayaran cukai al-kharaj atau cukai tanah dan jizyah atau cukai perlindungan terhadap orang kafir dan melindungi golongan Mawali iaitu orang bukan Arab yang beragama Islam.


PENCAPAIAN MEMBAHAGIKAN WILAYAH PENTADBIRAN Khalifah Abu Bakar turut memudahkan pentadbiran dengan membahagikan lagi Tanah Arab kepada 10 wilayah iaitu Mekah, Taif, Yaman, Zabid, Khalwan, al-Jund, Bahrin, Jarsh, Hadhramaut dan Nijran. Di samping itu, turut dilantik seorang amir ataupun ketua untuk mentadbir wilayah-wilayah tersebut. Amir yang juga bertindak sebagai gabenor akan merujuk serta melaporkan setiap perihal wilayah kepada khalifah, cara ini lebih memudakan pentadbiran dan pemantauan.


PENCAPAIAN MENYEBAR DAKWAH ISLAM Selepas memeluk Islam, Saidina Abu Bakar a.s sangat bersungguh dalam menyebarkan dakwah Islam, sama ada secara bersendirian mahupun secara tertutup. Beliau juga banyak membantu orang lain dalam aspek kewangan. Ramai yang menemuinya untuk meminta bantuan kerana beliau sangat terkenal dengan sikap dermawan. Dengan cara ini, beliau mengambil kesempatan untuk mengajak para sahabatnya mengenali dan memeluk Islam, seperti Usman bin Affan, Zubair bin Awwam, Talha bin Ubaidah, Abdurahman bin Auf dan Saad bin Abi Waqqas serta ramai lagi.


PENCAPAIAN MEMERANGI GOLONGAN MURTAD Semasa kewafatan Rasulullah SAW berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam lantaran muncul golongan yang mengakui diri mereka sebagai nabi yang baharu, serta ramai yang murtad serta tidak beriman dengan Allah SWT dan Rasulullah. Saidina Abu Bakar juga mengisytiharkan perang terhadap golongan yang digelar ‘ar- Riddah’ pada masa sama merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Musailamah al-Kazzab merupakan antara yang mengaku dirinya sebagai nabi serta mempunyai begitu ramai pengikut. Namun, mereka berjaya ditumpaskan oleh pasukan Khalid al-Walid dalam suatu pertempuran atas arahan khalifah.


PENCAPAIAN PENGUMPULAN ALQURAN Sumbangan terbesar Saidina Abu Bakar as-Siddiq adalah mengumpulkan semua naskah al-Quran. Usaha ini berikutan kemunculan golongan murtad dan nabi palsu serta pelbagai ajaran baru, beliau bimbang akan berlaku campur aduk dan kesesatan lalu segera mengarahkan Zaid bin Thabit mengumpulkan semua tulisan ayat al-Quran serta menyalinnya semula. Beliau sendiri menyimpan salinannya, selain diamanahkan kepada Saidina Umar bin al-Khattab, Hafsah (isteri kepada Nabi Muhammad) dan Saidina Uthman bin Affan. Sebagai pengiktirafan kepada jasanya itu, beliau digelar sebagai ‘Penyelamat Umat Islam’. Jasa beliau inilah yang menjadi rujukan dan panduan umat Islam sehingga hari ini.


Kepimpinan Khalifah Umar Al-Khattab Siti Mariana


Biodata Nama : Umar bin Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Rabah bin Abdullah bin Qarth bin Razah bin Adi bin Ka’bah bin Lu’ay bin Ghalib bin Fihr alAdawi al-Quraisy Dari keturunan Bani Adi Quraisy Dilahirkan di Makkah Al-Mukarramah Tempoh pemerintahan : 634-644 Masihi iaitu selama 1o tahun. Gelaran : Al-Faruq yang bermaksud orang yang membezakan hak dan batil


CIRI-CIRI KEPIMPINAN 01 02 03 04 Pemimpin yang adil Amanah Pemberani dan tegas Berfikiran terbuka


Pemimpin yang adil Seorang pemerintah yang adil dan bertanggungjawab terhadap keselamatan, keamanan dan kemakmuran rakyatnya. Beliau tidak memilih bulu dan mengetepikan soal status diri dan sesiapa yang didapati bersalah, tetap akan dihukum. Sebagai pemimpin yang adil, Khalifah Umar sentiasa menegakkan keadilan walaupun dengan kaum Yahudi. Beliau tidak terburu-buru dalam membuat keputusan dan tidak berat sebelah. Semua kaum diperlakukan sama mengikut hukum yang telah ditetapkan.


Amanah Saidina Umar terkenal sebagai seorang yang amanah dan berintegriti baik dalam kehidupannya sebagai seorang ketua keluarga mahupun sebagai pemimpin negara. Ketegasan beliau dalam menjaga dan menunaikan amanah pentadbiran dan pengurusan negara memang tiada tolok bandingnya Pernah suatu ketika, anaknya Abdullah membeli beberapa ekor unta yang kurus pada harga yang rendah. Kemudian unta-unta ini dihantar ke padang ragut milik negara untuk digemukkan. Apabila sampai tempohnya, Abdullah berjaya menjual unta-unta ini pada harga yang tinggi. Hal ini sampai ke pengetahuan Saidina Umar. Beliau telah mengarahkan keuntungan tadi dimasukkan ke dalam perbendaharaan negara kerana dengan alasan unta-unta tadi makan di padang ragut milik negara.


Saidina Umar dikenali sebagai seorang yang berani dan tegas tetapi mempunyai hati yang lembut. Sebelum memeluk Islam, beliau begitu kuat menentang Islam sehingga ditakuti oleh orang yang memeluk Islam. Namun apabila 'berani kerana benar' , beliau tidak lagi gentar mengisytiharkan dirinya memeluk Islam secara terbuka di khalayak ramai. Beliaulah yang menyebabkan umat Islam yang lain mendapat semangat baru untuk mengamalkan ajaran Islam secara terang-terangan sehingga mendapat gelaran al-Faruq. Pemberani dan tegas


“Masuknya Umar dalam Islam adalah pembukaan. Hijrahnya adalah kemenangan, kekuasaanya adalah rahmat. Sungguh kami menyedari diri kami sebelumnya tidak mampu melaksanakan solat di Kaabah sehingga Umar masuk Islam. Ketika masuk Islam, ia memerangi mereka dan membiarkan kami solat. (Ibnu Mas’ud diriwayatkan Al-Bukhari).


Berfikiran terbuka Menerima pendapat sahabatnya Abu Bakar As-Siddiq mengenai pembebasan tawanan perang Badar, iaitu mereka dikehendaki membayar wang tebusan atau mengajar anak-anak penduduk Madinah hingga pandai dan orang tua dibebaskan tanpa syarat. Menerima pendapat seorang perempuan yang mencadangkan supaya setiap orang boleh meletakkan mas kahwin mengikut kemahuan sendiri, asalkan tidak membebankan kaum lelaki. Beliau bersedia ditegur dan menerima pendapat orang lain walaupun daripada rakyat biasa.


SUMBANGAN


Task Name Task Name 04 Sumbangan 01 02 03 Membentuk Majlis Syura Mengasaskan Takwim Hijrah Memajukan bidang pertanian Memperbaharui undangundang pentadbiran tanah


Majlis Syura, iaitu lembaga atau majlis perundangan negara yang tertinggi telah ditubuhkan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab. Antara tanggungjawab majlis tersebut adalah menentukan polisi negara yang berkaitan dengan hubungan luar dan pemerintahan negara.Majlis Syura juga membincangkan masalah tentang politik, sosial dan keselamatan.Majlis Syura terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. Majlis Syura Tertinggi dianggotai oleh Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Thabit, Muadh bin Jabal dan Saad bin Abi Waqqas Membentuk Majlis Syura


Khalifah Umar bin al-Khattab berusaha meningkatkan hasil pertanian dengan membina tali air dan terusan. Contohnya, Empangan Abu Musa dan Terusan Amir alMukminin di Mesir.Terusan Amirul-Mukminin yang menghubungi Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambung Sungai Dijlah (Tigris dengan bandar Basrah). Tanah juga telah dikaji selidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu. Rakyat digalakkan untuk membuka tanahtanah baharu bagi memperbanyakkan hasilpertanian. Manakala tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat aktiviti pertanian di dalamnya. Memajukan bidang pertanian


Mengasaskan Takwim Hijrah Beliau menjadikan tahun Hijrah Rasulullah s.a.w ke Yathrib (Madinah) sebagai tarikh permulaan perkiraan kalendar bagi umat Islam.Pengenalan takwim Hijrah memudahkan catatan peristiwa-peristiwa selepasnya.Takwim ini memudahkan umat Islam mengingati sesuatu peristiwa dan membuat catatan mengenainya.


PENTADBIRAN TANAH Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:tanah sawafi-tanah tidak bertuan yang ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah yang dilantik daripada golongan ahl al-Ayyam, iaitu golongan peneroka (ahl al-fay). Tanah ini tidak boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam.Tanah dhimmah-tanah bertuan yang ditadbir oleh pemiliknya.


KKEEPPIIMMPPIINNAANN UUSSMMAANN AAFFFFAANN


• Nama penuh adalah Uthman Bin Affan Bin Abu Al-’As Bin Umaiyah. • Dari Keturunan Bani Umaiyah. Lahir pada 576M Iaitu 6 tahun selepas “Tahun Gajah” . • Lahir di Makkah Al-Mukarramah. • Menjadi Khalifah Ketiga daripada Khulafa’ Al-Rasyidin pada 644M Bersamaan 23 Hijrah selama 12 TAHUN. • Wafat pada : 18 Zulhijjah 35 Hijrah. • Sebab wafat kerana di bunuh oleh pemberontak ketika sedang membaca Al Quran. • Mendapat gelaran “Zu Nurain” ( Yang mempunyai dua cahaya kerana telah memperisterikan dua puteri Rasulullah SAW ). BIODATA


Tegas Ciri Ciri Inovatif Berfikiran terbuka prihatin


Beliautidaktundukkepada pemberontakyang mahu beliauletakjawatan Tegas Menyumbangkanharta dan kekayaanuntukpertahanan negara Membesarkan Masjid Nabawi untukkeperluan dan keselesaanumat Islam Menubuhkanangkatan tentera laut sehingga berjaya meluaskanEmpayar Islam Prihatin Inovatif Berfikiran terbuka Melonggarkansyarat penggunaanharta Baitulmal Membesarkan Masjid Nabawi untukkeperluan dan keselesaanumat Islam


SSUUMMBBAANNGGAANN


Kegemilanganpemerintahankhalifahuthman bermula dengan pembukaan danpenawanan wilayah-wilayah baruyangterletak di Antalia dan Asiakecil sebelah barat. Wilayahyanglain berjaya di tawan oleh Cyprus, Afghanistan, Samarkand, Tasykent, Khurasan, danTabrastan di sebelahTimur danTimur Laut, sementara Libya, algeria, Tunisia dan maghribiyang terletak di sebelah bahagian Utara Afrika turut ditawan oleh kaum muslimin. Dunia Islam sewaktupemerintahan Uthman, terbentangluas gagasannya, mencukupi bahagian Benua Asia dan Afrika, di antaranya wilayah-wilayah Uzbekistan, Persi, Iraq, Armenia, Azerbaijan, Turki, Syria Palestin, Jordan, Mesir, Yaman termasukkawsan-kawasan di teluk dansemenanjung Arab. seluruhkawasan dan wilayahituterhimpun dan bernaung dalam satugagasan danpanji-panjiyang berdaulat, sekaligus mengangkat islam danummahsebagai sebuahempayar dan kuasa baruyanglebih besar, dibandingkan denganempayarempayar Byzentyne danParsi. Berjaya meluaskan wilayah Islam Pentadbiran


Belaiu menubuhkan tentera laut bagi tujuan keselamatan danperluasan kuasa. Menubuhkan Tentera laut Ketenteraan Ekonomi Mempertingkatkan baitulmal Beliau mengukuhkan peranan Baitulmaluntukkegunaanumatpada waktuitu. Beliausangat menjaga kebajikanrakyatyang berada dalam kesusahan Beliau menggunakan baitulmaluntuk membiayaipembangunannegara seperti membeli senjatauntuk angkatantentera laut


pengumpulan dan pembukuan al quran Pendidikan Umat Islam di wilayah wilayahtelah mempelajari dan membaca Al-Quran menurutcara bacaanpara sahabat yang masyhur sepertikaedah bacaan Ubai bin Ka’ab, Zaid binThabit danlain-lain. Olehsebab itu, berlaku perbalahanyanghebat telah berlaku pada tahun 25 hijrah mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnyaperselisihan dari segi riwayatpembacaan AlQuran. Justeruitu, Saidina Uthmantelah membentuksatu jawatankuasapenulisan Al-Quranyang diketuai oleh Zaid binThabit. Ketika ahli-ahli jawatankuasa ini menjalankan tugas, beliau memberinasihat dan meletakkan panduan bahawa asas rujukan di dalam penulisan Al-Quran hendaklah berdasarkan bacaan Qurra’. Jika terdapat perbezaanpada bacaan mereka, makahendaklah ditulis mengikut bahasa orang Quraisykerana Al-Quranitu diturunkan menurut bahasa Quraisy. Sebuah mushaf itu dinamakansebagai mushafusmani.


KEPIMPINAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB SITI MASHITAH M


SIAPAKAH ALI BIN ABI THALIB? Beliau adalah sepupu dan juga menantu Rasulullah SAW. Ali bin Abi Thalib merupakan khalifah yang ke-4 selepas khalifah Uthman ibnu Affan dan beliau menjabat selama 4 hingga 5 tahun. Beliau adalah orang ke-2 yang memeluk agama Islam selepas Khadijah binti Khuwailid iaitu istri Rasulullah SAW. Memiliki sebuah julukan “Karamallahu Wajhah” yang bermaksud Allah memuliakan wajahnya kerana beliau selalu menjaga pandangannya dari hal-hal yang buruk. Beliau Termasuk ke dalam 10 sahabat yang dijamin masuk syurga. Pedang yang digunakan beliau bernama Zulfikar.


CIRI-CIRI KEPIMPINAN BERPANDANGAN JAUH BERILMU KHALIFAH ALI BIN ABI THALIB TEGAS BERANI


TEGAS BERPANDANGAN JAUH Menangguhkan hukuman QISAS bagi pembunuh Saidina Uthman kerana keadaan masih berada dalam keadaan huru hara TEGAS Memecat beberapa orang gabenor Muawiyah dan Abu Musa Ashaari


BERILMU Mahir dalam pebagai bidang pernah dilantik sebagai hakim di Yaman TBEEGRAASNI Menyertai hampir kesemua perang Sanggup menerima jawatan Khalifah walaupun tahu ia tanggungjawab yang besar


POLITIK 1 Berlaku kegoyahan bermula titik pertukaran polItik Negara kucar kacir, berebut kuasa Beliau berusaha bersungguh- sunguh Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam (demi mengekalkan keamanan negara Islam yang telah dibina olehNabi Muhammad SAW) Perang Shiffin Pihak musuh mengangkat mushaf, maka diadakan perundingan Membina markas di Parsi & Syiria Dilantik sebagai ketua misi dakwah di Hamdan, Iraq Khalifah tertinggi kerajaan Islam pada zaman khulafa'ar- Rasyidin Bermati- matian berusaha untuk menghentikan sebarang peperangan Mempertahankan negara serta keamanan rakyatnya SUMBANGAN


1 SOSIAL SUMBANGAN Membina markas parsi di sempadan Syria Menjadi tempat rujukan kepada rakyat mengenai hal agama dan perundangan Bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian rakyatINA ALI DALAM TAMADU EKONOMI Cukai jizyah kepada kafir zimmi Pembaharuan mata wang Islam kepada tulisan khat khoufi Pembukaan beberapa cawangan bank islam Peranan Baitulmal masih diteruskan


Click to View FlipBook Version