NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 : MU’ALLIMAH RADZIAH BINTI YUSOFF
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 : MU’ALLIMAH RADZIAH BINTI YUSOFF
Bab 5: Sirah dan Tamadun Islam
Dalam bab ini, anda akan dapat merumuskan pengertian Islam pada zaman Khalifah
Uthmaniyyah dan mengamalkan iktibar daripadanya secara beradab dan istiqamah.
5.1 Kerajaan Uthmaniyyah
Dalam subtopik ini, anda akan memahami Kerajaan Uthmaniyyah dari segi sejarah, khalifah,
faktor kegemilangan serta iktibar yang diperoleh.
Sejarah Kerajaan Huraian
Uthmaniyyah
1299M-1924M
Tempoh Pemerintahan Bersempena nama Uthman bin Ertughrul, iaitu pengass Kerajaan
Asal Nama Kerajaan
Uthmaniyyah
Pusat Pemerintahan Sogut (1299-1355) M
Bursa (1335-1363) M
Pemerintah Pertama Edirne (1363-1453) M
Kawasan Pemerintahan Istanbul (1453-1924) M
Bilangan Pemerintah
Sultan Uthman bin Ertughrul
Antara Pemerintah yang Meliputi sebahagian besar benua Asia, Eropah dan Afrika
Terkenal
37 orang
Pemerintah Terakhir Sultan Uthman bin Ertughrul
Sultan Murad I
Sultan Muhammad Al-Fatih
Sultan Sulaiman Al-Qanuni
Sultan Abdul Majid II
Ketokohan Sultan yang Huraian
Terkenal
Nama Penuh: Uthman bin Ertughrul
Uthman bin Ertughrul Tarikh Lahir: 656 H / 1258 M
Tarikh Mangkat: 726 H / 1326 M
Murad I bin Orhan Tempoh Pemerintahan: 27 tahun
Jawatan: Pemerintah pertama Kerajaan Uthmaniyyah
Sumbangan:
1. Menyatukan Wilayah Anatolia selatan setelah
ditinggalkan oleh Byzantine.
2. Mengisytiharkan kemerdekaan Anatolia daripada
Kerajaan Saljuk.
3. Mengasaskan Kerajaan Uthmaniyyah.
Nama Penuh: Murad I bin Orhan
Tarikh Lahir: 726 H / 1325 M
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 : MU’ALLIMAH RADZIAH BINTI YUSOFF
Tarikh Mangkat: 791 H / 1388 M
Tempoh Pemerintahan: 30 tahun
Jawatan: Pemerintah ke-3 Kerajaan Uthmaniyyah
Sumbangan:
1. Membentuk pasukan Janissary.
2. Memodenkan angkatan tentera laut.
3. Menjadikan Edirne sebagai ibu nagara.
Muhammad Al-Fatih bin Murad II Nama Penuh: Muhammad Al-Fatih bin Murad II
Tarikh Lahir: 833 H / 1429 M
Tarikh Mangkat: 886 H / 1481 M
Tempoh Pemerintahan: 31 Tahun
Jawatan: Pemerintah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah
Sumbangan:
1. Membuka Kota Constantinople pada tahun 857 H / 1453
M.
2. Menyatukan empayar di Utara Balkan bagi mengelakkan
serangan Hungary.
3. Mewaqafkan Aya Sofia sebagai masjid dan membina
Kompleks Al-Fatih.
Sulaiman Al-Qanuni bin Salim I Nama Penuh: Sulaiman Al-Qanuni bin Salim I
Tarikh Lahir: 900 H / 1494 M
Tarikh Mangkat: 974 H / 1566 M
Tempoh Pemerintahan: 48 tahun
Jawatan: Pemerintah ke-10 Kerajaan Uthmaniyyah
Sumbangan:
1. Membuka Belgrade.
2. Membuka Algeria dan Tunisia.
3. Menyusun Undang--undang yang dikenali sebagai
Kanunname.
4. Mengadakan hubungan diplomatik dengan Perancis yang
merupakan sebuah kuasa besar.
Faktor Huraian
Kegemilangan
Pemerintah berperanan dengan berkesan sebagai ketua tentera, ketua agama
Pentadbiran dan hakim tertinggi.
Pemerintah menyelaraskan pemerintahan dan keagamaan dibantu oleh
pegawai pentadbiran.
Penguasaan laluan di antara benua Eropah dengan benua Asia apabila
menguasai Selat Dardanelles dan Selat Bosporus.
Keilmuan Menjadikan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu sehingga mencapai
kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan, pembangunan,
falsafah, kesenian seni bina dan teknikal.
Menaik taraf dan membina institusi masjid seperti Masjid Kasbah di Algeria
untuk merancakkan aktiviti keagamaan.
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 : MU’ALLIMAH RADZIAH BINTI YUSOFF
Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada go;ongan yang
memer;ukan.
Sosial Mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.
Sistem waqaf yang sistematik meliputi aspek keperluan asas, pendidikan
dan kesihatan.
Ketenteraan Semangat jihad yang tinggi dalam kalangan tentera demi mempertahankan
agama dan negara.
Menjaga kebajikan tentera dengan menyelaras sistem kenaikan pangkat,
imbuhan dan kelengkapan senjata.
Faktor Kemerosotan
1. Teknologi ketenteraan yang ketinggalan berbanding dengan kuasa barat sehingga kalah
dalam peperangan.
2. Kemerosotan ekonomi dan beban hutang negara yang tinggi.
3. Gerakan yang menuntut kemerdekaan daripada wilayah-wilayah menyebabkan negara tidak
stabil.
4. Kelemahan sistem pendidikan menyebabkan kekurangan tenaga mahir untuk
membangunkan negara.
5. Persaingan politik dalaman istana dan perebutan dalam kalangan putera-putera raja untuk
mendapatkan kuasa
Iktibar daripada Pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah
1.Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa supaya urusan pentadbiran berjalan lancar
2.Kita hendaklah sentiasa memperbanyak penerokaan ilmu agar mampu bersaing di peringkat
antarabangsa.
3.Kita hendaklah sentiasa menghayati semangat cinta akan negara agar rela berkorban
mempertahankannya daripada man ni
4.Kita hendaklah seniiasa berpegang pada ajaran islam supaya hidup diberkati Allah SWT.
5.Kita hendaklah menolak campur tangan asing untuk menjaga kedaulatan negara.
5.2 Keunggulan Tokoh Islam
Dalam subtopik ini, anda akan dapat merumus keunggulan tokoh-tokoh Islam serta
mengamalkan iktibar daripadanya dalam kehidupan seharian
Nama-nama Tokoh Riwayat Hidup
Salahuddin Al-Ayyubi
Nama Penuh: Yusuf bin Ayub bin Syazi
Tarikh Lahir: 532 H
Tarikh Meninggal Dunia: 589 H
Jawatan: Pemerintah bagi Kerajaan Al-Ayyubiyyah
Ketinggian Akhlak:
1. Menghormati para ulama.
2. Berani mempetahankan agama
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 : MU’ALLIMAH RADZIAH BINTI YUSOFF
3. Prihatin terhadap kebajikan rakyat
Guru yang tersohor: Ali bin Al-Hassan bin Hibat Allah bin Asakir
Ad-Damsyiqi
Nama Penuh: Hasan bin Ahmad bin Abdul Rahman Muhammad
Al-Banna
Tarikh Lahir: 25 Sya'ban 1323 H / 14 Oktober 1906
Tarikh Meninggal Dunia: 1368 H / Februari 1949
Jawatan: Mursyidul 'Am Ikhwanul Muslimin
Ketinggian Akhlak:
Hasan Al-Banna 1. Memuliakan orang-orang yang wara' dan soleh.
2. Gigih menggerakkan usaha dakwah.
3. Berlapang dada apabila terdapat perbezaan pendapat.
Antara Guru yang Tersohor:
1. Ahmad bin Abdul Rahman Al-Banna
2. Syeikh Muhammad Zahran
Ahmad bin Ibrahim Nama Penuh: Ahmad bin Muhammad Ibrahim
Tarikh Lahir: 15 Mei 1916
Tarikh Meninggal Dunia: 17 April 1999
Gelaran: Professor Emeritus Tan Sri Doktor
Pekerjaan: Pensyarah Kuliah Undang-undang di Universiti Islam
Antarabangsa, Malaysia
Ketinggian Akhlak:
1. Suka menyebarkan ilmu.
2. Menjaga etika keadilan ketika mengendalikan kes perbicaraan.
Tahap Pendidikan:
1. Victoria Bridge School, Singapura.
2. Raffles Institution, Singapura.
3. Raffles College, Singapura.
4. University of Cambridge.
Nama Tokoh Sumbangan dalam Tamadun Islam
1. Ketenteraan:
Membebaskan Batul Maqdis daripada penguasaan Tentera Salib.
Salahuddin Al-Ayubi 2. Keilmuan:
Mengembalikan semula pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
dalam sistem pendidikan.
3. Pentadbiran:
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 : MU’ALLIMAH RADZIAH BINTI YUSOFF
Mengubah sebuah dewan di istana dengan menjadikan sebuah
hospital yang dinamakan Al-Bimaristan Al-Atiq
Sebuah gedung ubatan disediakan bagi membolehkan ubat
diagihkan mengikut gred yang ditetapkan kepada para pesakit.
1. Hasil Karya:
Muzakiratu Ad-Da'wati Wa Ad-Da'iah
Risalatu At-Ta'alim
Al-Ma'thurat
2. Organisasi:
Hasan Al-Banna Mengasaskan pertubuhan Ikhwanul Muslimin
3. Antara Murid yang Masyhur:
Said Qutub
Yusuf Al-Qaradawi
Hasan Al-Hudaybi
Mustafa bin Husni As-Siba'ie
1. Hasil Karya:
Buku-buku undang-undang keluarga Islam di Malaysia seperti
Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia dan Family Law in
Malaysia.
Pelopor jurnal hukum.
Menghasilkan Buku-buku Berkaitan dengan Undang-undang di
Malaysia:
Ahmad bin Ibrahim 1. Sistem Undang-undang Malaysia
2. Islamic law in Malaysia
2. Kehakiman:
Antaranya Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Syari'ah.
3. Perundangan:
Anggota panel pengasas Kuliah Undang-undang di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia.
Pengasas dan penggubal enakmen Undang-undang Islam (Hudud
dan Qisas) Kelantan pada tahun 1991
Iktibar daripada Keunggulan Tokoh
1. .Kita hendaklah mencontohi keunggulan tokoh dalam menuntut ilmu sebagai bukti
kecintaan terhadap ilmu.
2. Kita hendaklah bersifat cekal menyebarkan dakwah islamiyah agar masyarakat dapat
memahami Islam yang sebenar.
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 : MU’ALLIMAH RADZIAH BINTI YUSOFF
3. Kita hendaklah menyebarkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki agar dapat memberi
manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
4. Kita hendaklah berusaha untuk menjadi insan yang lebih berkualiti supaya dapat berbakti
kepada masyarakat dan negara.
5. Kita hendaklah bekerjasama dalam pembangunan negara supaya negara dihormati di
peringkat antarabangsa.