PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 KSSM ~~~~ MU’ALLIMAH RADZIAH BINTI YUSOFF
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 KSSM ~~~~ MU’ALLIMAH RADZIAH BINTI YUSOFF
Bab 6: Akhlak Islamiyah
Dalam bab ini, anda akan dapat merumuskan kepentingan tawaduk dalam kehidupan seharian, memahami konsep mujahadah, kepentingan penjagaan alam sekitar serta
mengenalpasti serta menjauhkan diri daripada terjerumus dalam sifat mazmumah
6.1 Tawaduk Menzahirkan Kesucian Jiwa
Dalam subtopik ini, anda akan dapat merumuskan erti tawaduk serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian agar menjadi insan yang bertaqwa serta mencapai kebahagiaan
dunia dan akhirat.
Maksud Tawaduk
Sikap kerendahan hati kepada Allah SWT dan sesama manusia.
Maksud dan Dalil Naqli Sifat Tawadu'
1. Abu Hurairah RA meriwayatkanvbahawa Rasulullah SAW bersabda:
(Riwayat Muslim)
Maksud:Dan tidaklah seseorang merendahkan diri kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan mengangkatkan darjatnya.
2. 'Iyyadh bin Hamar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
(Riwayat Muslim)
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 KSSM ~~~~ MU’ALLIMAH RADZIAH BINTI YUSOFF
Maksud :\
Sesungguhnya Allah SWT telah mewahyukan kepadaku agar bersifat tawaduk. Janganlah seseorang antara kamu bersifat sombong dan berbuat zalim kepada yang
lain.
Contoh Sifat Tawaduk yang Diamalkan oleh Rasulullah SAW
Contoh 1 : Tawaduk dalam Pergaulan
Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawaduk ketika bergaul, terutama dengan kanak-kanak. Walaupun mempunyai kedudukan yang mulia, baginda tidak
sombong dengan kedudukannya. Sebaliknya baginda menghormati dan menyayangi kanak-kanak. Baginda sentiasa bersikap lemah lembut dan
menunjukkan kasih sayang terhadap mereka. Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW selalu menyantuni kanak-kanak dengan
mendahulukan ucapan salam ketika bertemu dan membelai rambut mereka dengan perasaan kasih sayang.
(Riwayah Bukhari)
Contoh 2 : Tawaduk dalam Kehidupan Rumah Tangga
Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawaduk ketika bersama-sama dengan keluarga. Baginda bersama-sama membantu isteri melayani keluarga dan
menguruskan rumahtangga. 'Urwah bin Zubair RA berkata : Seseorang bertanya kepada Saidatina Aisyah RA , "Adakah Rasulullah SAW bekerja di dalam
rumah baginda? Lalu Saidatina Aisyah menjawab, " Rasulullah menampal selipar, menjahit pakaian dan melaksanakan tanggungjawab dalam rumahtangga
sepertimana yang dilakukan oleh orang lain.
Contoh 3 : Tawaduk Ketika Makan dan Minum
Rasulullah menunjukkan sifat tawaduk ketika makan dan minum. Baginda tidak pernah mencela makanan yang disediakan untuk baginda. Jika baginda
menyukai makanan tersebut, baginda akan memakannya. Apabila baginda tidak menyukainya, baginda meninggalkannnya. Baginda tidak menzahirkan
perasaannya, sebaliknya hanya berdiam.
Hikmah Tawaduk
1. Membentuk insan yang bertaqwa kerana sentiasa mengamalkan sifat mahmudah.
2. Dikasihi masyarakat kerana tidak bersifat sombong.
3. Membentuk keluarga yang harmoni kerana saling menghormati antara satu sama lain.
4. Mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah.
5. Membudayakan sifat merendah diri demi kepentingan Islam.
6. Membentuk insan yang bertaqwa kerana sentiasa mengamalkan sifat mahmudah.
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 KSSM ~~~~ MU’ALLIMAH RADZIAH BINTI YUSOFF
6.2 Istiqamah Jalan Menuju Mujahadah
Dalam subtopik ini, anda akan dapat merumuskan kepentingan sifat istiqamah pada diri serta dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian secara istiqamah dan beradab.
Maksud Istiqamah
Ketaatan yang berterusan dalam melaksanakan suruhan Allah SWT dan menjauhi laranganNya.
Dalil Naqli Sifat Istiqamah
1. Allah SWT berfirman dalam Surah Hud, Ayat 112:
Maksud :
Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu...
2. Sufian bin Abdullah RA meriwayatkan bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah SAW :
Maksud :
" Wahai Rasulullah SAW katakanlah kepadaku satu perkataan yang berkaitan tentang Islam yang aku tidak perlu bertanya kepada orang lain. Baginda berkata: "
Ucapkanlah : Aku beriman dengan Allah SWT, kemudia beristiqamahlah kamu."
Cara Memiliki Sifat Istiqamah
1. Sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu agar berterusan mengamalkan sifat mahmudah.
2. Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah SWT agar dapat melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya secara berterusan.
3. Sentiasa membaca dan mengambil iktibar daripada kisah para rasul yang istiqamah melakukan kebaikan.
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 KSSM ~~~~ MU’ALLIMAH RADZIAH BINTI YUSOFF
4. Sentiasa muhasabah diri agar ikhlas dan sabar dalam setiap tindakan.
5. Sentiasa mempelajari ilmu dengan istiqamah supaya menjadi amalan dalam kehidupan.
6. Sentiasa berkawan dengan rakan yang berdisiplin dalam melakukan kebaikan.
Contoh Sifat Istiqamah yang Diamalkan oleh Rasulullah SAW
Contoh 1 : Istiqamah dalam Ibadah
Rasulullah SAW istiqamah dalam beribadah kepada Allah SWT. Baginda tidak jemu memohon keampunan daripada Allah SWT walaupun baginda seorang
yang maksum.
Abu Hurairah RA mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Demi Allah SWT, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat
kepada Allah SWT lebih dari 70 kali etiap hari".
Contoh 2 : Istiqamah dalam Berdakwah
Rasulullah tetap berdakwah menyebarkan agama islam walaupun menghadapi pelbagai ancaman dan kesusahan. Sifat istiqamah Rasulullah SAW dalam
berdakwah terserlah melalui ketegasan baginda yang tidak akan meninggalkan usaha berdakwah walaupun digantikan dengan kesenangan dunia.
(Nurul Yakin Fi Sirah Sayyidil Mursalin)
Hikmah Istiqamah
1. Menzahirkan individu yang berakhlak mulia kerana melaksanakan kebaikan secara berterusan.
2. Membentuk insan yang teguh pemberian dalam mempertahankan kebenaran.
3. Memperkukuh jati diri dengan sifat sabar dan tidak berputus asa untuk berjaya.
4. Memupuk sikap sanggup berkorban harta dan nyawa demi mempertahankan islam
5. Membangunkan ekonomi kerana komitmen semua pihak untuk memajukan negara.
6. Melahirkan sifat kebersamaan dalam masyarakat kerana sentiasa menjaga kepentingan bersama.
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 KSSM ~~~~ MU’ALLIMAH RADZIAH BINTI YUSOFF
6.3 Alam Sekitar Penenang Minda
Dalam subtopik ini, anda akan merumuskan kepentingan menjaga alam sekitar dari sudut pandangan islam serta mengalkannya dalam kehidupan secara istiqamah dan beradab.
Dalil Naqli Tuntutan Adab Menjaga Alam Sekitar
1. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hajj, Ayat 64 :
Maksud :
Segala yand ada di langit dan di bumi ialah kepunyaanNya. Dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
2. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 11-12 :
Maksud :
Dan apabila dikatakan kepada mereka, janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab, sesungguhnya kami orang yang hanya
membuat kebaikan". Ketahuilah ! bahawa sesungguhnya mereka itulah orang yang sebenarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
Adab Menjaga Alam Sekitar
1. Sentiasa mengekalkan ekosistem kehidupan flora dan fauna agar tidak terancam dan pupus.
2. Sentiasa memelihara dan memulihara alam sekitar dengan tidak melakukan sebarang kerosakan seperti penanaman semula pokok bakau.
3. Sentiasa berusaha mengekalkan keceriaan dan kebersihan alam sekitar seperti bergotong-royong membersihkan kawasan rumah dan asrama.
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 KSSM ~~~~ MU’ALLIMAH RADZIAH BINTI YUSOFF
4. Sentiasa menjaga kelestarian alam seperti menjaga kebersihan sungai.
5. Sentiasa mengamalkan cara hidup yang mesra alam seperti amalan kitar semula.
6. Sentiasa berhemah dan tidak membazir menggunakan sumber air.
Hikmah Adab Menjaga Alam Sekitar
1. Melahirkan insan yang mencintai alam sekitar kerana menyedari tanggungjawab yang diamanahkan
2. Melapangkan fikiran dan menenangkan jiwa kerana melihat keindahan alam.
3. Menikmati persekitaran yang bersih dan bebas daripada wabak penyakit kerana pembudayaan cinta akan alam sekitar.
4. Melestarikan alam sekitar yang indah untuk dimanfaatkan kepada generasi akan datang.
5. Meningkatkan pendapatan kerana melaksanakan aktiviti eko-pelancongan.
6. Melahirkan insan yang mencintai alam sekitar kerana menyedari tanggungjawab yang diamanahkan.
6.4 Sifat Mazmumah Meracuni Hati
Dalam bab ini, anda akan memahami dan merumuskan sifat-sifat mazmumah yang wajar dihindari agar dapat membentuk peribadi muslim yang sempurna.
Maksud Mazmumah
Sifat dan tingkah laku keji yang berlawanan dengan syarak
1. Riak
Maksud : Melakukan amalan untuk dilihat dan dipuji oleh orang lain
Dalil Larangan Sifat Riak
1. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ma'un :
Maksud :
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 KSSM ~~~~ MU’ALLIMAH RADZIAH BINTI YUSOFF
Maka kecelakaan yang besar bagi orang yang solat, (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya. Juga bagi orang yang berkeadaan riak
(dalam ibadah dan bawaannya).
2. Mahmud bin Labid meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda :
Maksud :
Sesungguhnya yang amat aku takuti ke atas kamu ialah syirik kecil. Para sahabat bertanya : "Apakah syirik kecil Ya Rasulullah? Baginda menjawab : "iaitu riak..."
2. 'Ujub
Maksud : Berasa bangga dengan amalan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri.
Dalil Larangan Sifat 'Ujub
1. Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah, Ayat 25 :
Maksud :
...Iaitu ketika kamu berasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai. Maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun...
2. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
(Riwayah Muslim)
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 KSSM ~~~~ MU’ALLIMAH RADZIAH BINTI YUSOFF
Maksud :
Pada suatu ketika seorang lelaki berjalan dengan pakaian yang membanggakan dirinya serta rambutnya disikat rapi dan berlagak sombong ketika berjalan. Lalu
Allah SWT membenamkannya ke dalam bumi. Maka dia terus menerus meluncur kedalam bumi sehinggalah hari kiamat.
3. Hasad
Maksud : Perasaan dengki melihat kelebihan yang ada pada seseorang dan berharap supaya kelebihan tersebut hilang daripadanya.
Dalil Larangan Sifat Hasad
1. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Falak, Ayat 5 :
Maksud :
Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.
2. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
(Riwayat Abu Daud)
Maksud :
Hendaklah kamu menjauhi sifat hasad (dengki), sesungguhnya hasad (dengki) itu menghapuskan kebaikan seperti api membakar kayu api.
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 KSSM ~~~~ MU’ALLIMAH RADZIAH BINTI YUSOFF
Cara Meninggalkan Sifat Mazmumah
1. Sentiasa mengamalkan sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah.
2. Sentiasa muhasabah diri supaya terhindar dari sifat mazmumah.
3. Sentiasa mengawal keinginan nafsu yang suka akan kemegahan dunia seperti harta, pangkat dan jawatan.
4. Sentiasa berzikir kepada Allah SWT untuk menyucikan jiwa seperti beristighfar dan bertasbih.
5. Mencontohi akhlak mulia para rasul dan sahabat dalam kehidupan.
6. Sentiasa bersahabat dengan rakan yang berakhlak mulia agar sentiasa itiqamah melakukan sifat mahmudah
Hikmah Meninggalkan Sifat Mazmumah
1. Membentuk akhlak yang mulia kerana menghindarkan diri daripada larangan Allah SWT.
2. Mendidik jiwa supaya sentiasa tunduk kepada kekuasaan Allah SWT.
3. Memperkukuh jati diri muslim dengan mengamalkan sifat mahmudah
4. Mendapat ketenangan hidup kerana menjaga hubungan sesama manusia.
5. Memartabatkan imej islam sebagai contoh terbaik dalam membangunkan modal insan.