The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Oleh NUR AFRINA AQILAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM30622 Nur Afrina Aqilah Binti Mohd Azam, 2024-02-26 19:16:48

BUKU LOG BSMM

Oleh NUR AFRINA AQILAH

TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI


RANCANGAN LATIHAN KOKURIKULUM


Tarikh / Hari 17 April 2024 (Rabu) Masa ( 1:30 p.m - 2:30 p.m ) Kumpulan sasaran Tahap 2 (tahun 4, 5 & 6 ) Jenis Kokurikulum Bulan Sabit Merah Malaysia Tajuk Rawatan luka Fokus Merawat luka menggunakan antiseptik Objektif Latihan Psikomotor Melakukan rawatan luka dengan betul Kognitif Menerangkan secara lisan setiap langkah rawatan luka dengan betul Afektif Menerapkan nilai kerjasama, tolong-menolong, bertanggungjawab dan hormat-menghormati semasa aktiviti dijalankan. Pengetahuan Sedia ada Murid pernah mengalami kecederaan Murid pernah menggunakan antiseptik pada bahagian luka Nilai Tolong-menolong, kerjasama, bertanggungjawab, hormat-menghormati Alatan / bahan Projektor LCD, komputer riba, slaid, buku panduan BBSM, peti kecemasan


KOMPONEN / MASA AKTIVITI KETERANGAN PENGELOLAAN/ GAMBAR RAJAH Pendahuluan ( 10 minit ) Kehadiran Pengenalan luka Guru bertanya kepada murid jika mereka pernah mengalami luka pada bahagian anggota badan. 1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran. 2. Guru menunjukkan gambar jenis-jenis luka kepada murid. 3. Bahan bantu Mengajar Projektor LCD Komputer riba Slaid ‘gambar luka’ Strategi pengajaran Berpusatkan murid Kaedah pelaksanaan: Soal jawab Kemahiran berfikir : Menganalisis


Langkah 1 ( 15 minit ) Langkahlangkah rawatan luka SOAL JAWAB DENGAN MURID S1: Adakah murid faham penerangan yang dijelaskan ? Jwpn : ya, tidak Guru menerangkan rawatan yang digunakan kepada murid. 1. Murid mencatat nota yang diberikan dalam buku nota mereka. 2. Guru bertanya kepada murid mengenai rawatan luka 3. Guru memberikan penerangan dengan mengadakan sesi soal jawab untuk mewujudkan komunikasi dua hala 4. Langkah rawatan luka Tinggikan bahagian luka melebihi aras jantung dan kurangkan pergerakan pada bahagian luka. 1. Meletakkan tekanan pada luka dengan menggunakan kain steril atau gauze, mengekalkan tekanan sehingga pendarahan berhenti. 2. Sekiranya pendarahan tidak berhenti selepas 15 minit, letakkan tekanan yang kuat pada salah satu titik di antara luka dan jantung dan lepaskan sebaik sahaja pendarahan berhenti. 3. Bahan bantu mengajar : Buku BSMM Peti kecemasan Slaid ‘ rawata luka Strategi pengajaran Berpusatkan guru Berpusatkan bahan Kaedah pengajaran Soal jawab


Selepas pendarahan berhenti, ikat luka dengan pembalut yang ketat dan letakkan pek ais dengan tekanan selama 10 minit. 4. Langkah 2 ( 15 minit ) Melakukan demonstrasi : Rawatan luka S1 : Apakah langkah yang perlu diambil perhatian sebelum memulakan rawatan ? Jwpn : Alihkan mangsa ditempat yang lapang, tanya keadaan mangsa Guru memilih tiga orang murid secara rawak dalam kalangan murid untuk dijadikan sebagai mangsa yang mendapat luka pada tangan, kaki serta terkena gigitan haiwan. 1. Guru melakukan demonstrasi rawatan luka ke atas murid tersebut. 2. Murid lain akan memerhatikan cara rawatan dilakukan oleh guru sambil menyalin nota. 3. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan rawatan luka. 4. Bahan bantu mengajar Buku BSMM Peti kecemasan Strategi pengajaran Berpusatkan bahan Kaedah pengajaran Soal jawab Demonstrasi Langkah 3 ( 20 minit ) Aktiviti simulasi Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli 1. Enam stesen disediakan untuk kumpulan-kumpulan tersebut. 2. Ketua kumpulan dilantik dan perlu mencabut kertas 3. Strategi pengajaran : Berpusatkan murid Berpusatkan bahan


Kaedah pengajaran Simulasi Perbincangan bergulung yang mengandungi situasi kecederaan luka Seorang ahli dalam setiap kumpulan perlu menjadi mangsa cedera Dua kumpulan akan memilih satu situasi yang sama dan terdapat 3 situasi yang berbeza. Murid diminta untuk menggunakan rawatan luka bersesuaian mengikut situasi yang diberikan Setiap kumpulan diberi tempoh selama 2 minit dan aktiviti dijalankan secara serentak Setelah selesai, sesi gellery walk dijalankan Ketua kumpulan akan menjelaskan langkah rawatan 2 ahli yang lain di setiap kumpulan akan bergerak ke stesen yang lain dan diberi tempoh 3 minit untuk setiap stesen 4. 5. 6. Guru membuat penilaian terhadap setiap kumpulan Pertandingan dibuat mengikut kumpulan yang memilih situasi yang sama. 8.


Penutup ( 3 minit ) Rumusan Murid diminta untuk menulis refleksi diri secara ringkas berkaitan pembelajaran mengenai rawatan luka 1. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan rawatan luka 2. Guru membuat kesimpulan tentang rawatan luka secara keseluruhan 3.


Cara perlantikan jawatankuasa PELANTIKAN JAWATANKUASA UNIT Sesuatu perlantikan jawatankuasa persatuan agak berbeza di antara satu sama lain Dipilih dalam mesyuarat agung Dilantik dengan kuasa pihak tertentu Semua ahli berhak sepenuhnya mencalon, memilih dan melantik sesiapa sahaja daripada kalangan ahli menjadi jawatankuasa. Pencalonan, pemilihan dan perlantikan itu dilakukan dalam sesuatu mesyuarat agung. Jawatankuasa dilantik oleh pemimpin atau pihak yang berkuasa melalui perbincangan atau ujian tertentu. Contohnya, pelajar yang mencapai tahap kebolehan tertinggi berbanding pelajar lain akan dilantik sebagai ketua platon bagi kadet polis.


PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG Rekrut anggota dengan kriteria yang sesuai dengan misi dan nilai-nilai BSM. Sediakan latihan dan pembangunan bagi anggota untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Pengurusan Sumber Manusia .Pastikan persediaan peralatan dan bekalan mencukupi untuk menyokong aktiviti-aktiviti kecemasan atau bantuan kemanusiaan. Rancang sistem pengurusan stok yang efisien untuk mengelakkan kekurangan atau pembaziran. Logistik dan Pengurusan Stok Rancang bajet tahunan yang mencukupi untuk memastikan kelangsungan operasi dan aktiviti badan. Pantau dan laporan kewangan secara berkala untuk memastikan penggunaan dana yang berkesan. Pembiayaan dan Kewangan


PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG Kenal pasti dan nilai risiko yang mungkin dihadapi oleh badan beruniform. Rancang strategi untuk mengurangkan dan mengurus risiko tersebut. Pengurusan Risiko Tetapkan saluran komunikasi yang efektif di antara semua peringkat dalam organisasi. Adakan mesyuarat berkala untuk membincangkan isu-isu semasa dan merancang strategi masa depan. komunikasi dan koordinasi Tetapkan struktur organisasi yang jelas dan hierarki yang membantu dalam pengambilan keputusan dan pelaksanaan tugas. Tentukan tugas dan tanggungjawab setiap unit atau jabatan dalam badan beruniform. struktur organisasi


BAB 2 : SEJARAH PENDIDIKAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH


SEJARAH PENUBUHAN BSMM DI DUNIA Sekitar Jun 1959, Henry menyaksikan Perang Solferino ketika beliau dalam perjalanan ke Algeria, Afrika. Peperangan yang berlanjutan selama 16 jam itu mengakibatkan kawasan peperangan itu dipenuhi dengan 40,000 askar yang terkorban dan juga cedera. Beliau telah bertindak membantu mangsa-mangsa yang tercedera dengan membawa mereka ke sebuah gereja yang berdekatan. Henry memikirkan bahawa kesengsaraan yang dilalui mangsamangsa Perang Solferino perlulah diberikan perhatian. Oleh itu, beliau telah menulis beberapa naskhah bukunya menggunakan wang saku sendiri untuk diedarkan kepada ketuaketua negara Eropah bagi menyedarkan mereka penderitaan mangsa peperangan tidak kira tentera, musuh ataupun orang awam yang tidak terlibat. Antara inisiatif Jean Henry adalah dengan membantu tentera yang cedera dan sakit, memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada mangsa peperangan, menjadikan rumah dan gereja berdekatan sebagai hospital sementara, meminta pertolongan penduduk setempat untuk memberi bantuan awal tidak kira agama dan negara, akhir sekali menggunakan kempen dan slogan ‘kitakan bersaudara’. Antara dua cadangan yang dikemukakan oleh Jean Henry adalah membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa dan mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera daripada mana-mana pasukan hendalaklah dibantu.


1948 1950-1952 1961 1962 1963 1965 1975 Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu cawangan Palang MerahBritish Ditubuhkan di Pulau Pinang (1950), Perak, Terengganu dan Selangor (1951), Melaka, Johor dan Pahang (1952) 1 Mei 1961, Rang undang-undang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) telah dibacakan di aprlimen 16 April 1962, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu ( Perbadanan) Akta 1961 (No.4 tahun 1962) telah berkuatkuasa 4 Julai 1963 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menerima pengikhtirafan dengan rasmi sebagai satu Persekutuan Palang Merah. Selaras dengan penubuhan Malaysia, parlimen telah meluluskan Akta Persatuan Palang Merah (Akta No. 47 tahun 1965) 21 Ogos nama Palang Merah tukar kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975


SEJARAH PENUBUHAN BSMM DI MALAYSIA Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Selepas 9 tahun penubuhannya, persatuan ini akhirnya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan juga mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Sejarah penubuhan PBSM bermula apabila tertubuhnya cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak sekitar tahun 1948. Seterusnya, kegiatan PBSM mula diluaskan di negeri-negeri lain di Malaysia melalui penubuhan cawangan-cawangan PBSM. Negeri Pulau Pinang menjadi negeri terawal di Semenanjung Malaysia yang mempunyai cawangan PBSM iaitu pada tahun 1950. Setelah kemerdekaan dicapai pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan ini seterusnya menerima pengiktirafan daripada Persatuan PalangMerah Antarabangsa pada tanggal 4 Julai 1963 lalu menjadi ahli badanantarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Susulan penggabungan Semenanjung TanahMelayu, Sabah dan Sarawak, Akta Persatuan Palang Merah di Malaysia(Penswastaan) telah digubal pada 17 September 1963. Akta 1965 telah bertindakmenggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangan Persatuan PalangMerah di Sabah dan Sarawak di bawah Persatuan Palang Merah Malaysia. Ianya dibentangkan di Parlimen dan seterusnya digazetkan pada tarikh 5 September 1975. Sejarah penubuhan PBSM diteruskan dengan penukaran nama Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Persatuan Bulan Sabit Malaysia sejajar dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.


KEPENTINGAN PENUBUHAN BSMM BSMM adalah suatu pertubuhan yang terbuka tanpa beza-membezanya agama, bangsa atau politik kepada semua orang di Malaysia untuk melakukan segala hal yang ditakrifkan oleh pertubuhan atau majlisnya berfaedah untuk mencapai tujuan-tujuan tersebut. Dalam masa aman atau perang, ahli BSMM akan menjalankan usaha memperbaiki taraf kesihatan, mencegah penyakit dan meringankan penderitaan di seluruh dunia. Dalam masa perang pula, BSMM mestilah memberi bantuan sukarela kepada orang cedera sama ada daripada angkatan tentera atau pihak yang menderita akibat peperangan. Selain itu, Bsmm juga mestilah menjalankan segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu persatuan kebangsaan oleh tiap tiap negara yang telah menjadi suatu pihak kepada konvesyen tersebut mengesan perkembangan dan penguasaan ahli-ahli secara menyeluruh dalam aspek-aspek pengetahuan, intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan matlamat falsafah Pendidikan Negara.


PRINSIP-PRINSIP ASAS BSMM Kemanusiaan Sukarela Ketunggalan Kesaksamaan Keberkecualian Kebebasan Kesejagatan


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN Struktur dan organisasi peringkat antarabangsa Senator (Senat BSMM) Majlis kebangsan Jk Eksekutif Kebangsan JK cawangan JK Cabang Unit Pasukan Bantuan Sukarela Pasukan kumpulan kebajikan Belia & kanak-kanak


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) % (ICRC) ICRC (International Committee of The Red Cross ). Komponen yang prihatin pada pembangunan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa. Ditubuh pada 1863. Ditubuh oleh 5 warganegara swiss. Organisasi Swiss- bebas dan bersendirian. Tugas: Membantu orang yang cedera. Diberi status pemerhati oleh Perhimpunan Agung PBB pada 16 Oktober 1990. Peranan JAPM: Pemaju Konvensyen Kemanusiaan Antarabangsa Menjaga prinsip-prinsip asas Palang Merah. Mengiktirafkan penubuhan persatuan, Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Kebangsaan. Agensi pengesanan pusat. Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlaku peperangan, perang saudara/ rusuhan.


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) PERHIMPUNAN AGUNG Menentukan dasar umum yang harus diikuti oleh persatuan kebangsaan MAJLIS EKSEKUTIF Berindak atas segala keputusan yang dibuat oleh perhimpunan agung SURUHANJAYA STATUT 5 suruhanjaya iaitu kewangan, belia, bantuan bencana, pembangunan, kesihatan SEKRETARIAT Mempraktikkan segala keputusan yang dibuat oleh badan pemerintahan di Ibu pejabat Geneva


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN Persatuanpersatuan palang Merah / Bulan Sabit Merah Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa awam dan persatuan-persatuan. Kebangsaan menjalankan tugasnya. Memberi bantuan kepada manga bencana alam, Pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan. Melantik anggota-anggota pertolongan cemas. Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan. Membantu orang-orang tawanan perang, menghantar perutusan orang awam.


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN Struktur dan organisasi pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Penaung BSMM (Seri Paduka Baginda Yang Dipetuan Agong) Presiden BSMM (YAB Perdana Menteri) Timbalan Presiden BSMM (YAB Timbalan Perdana Menteri) Naib Presiden BSMM Menteri pembangunan Wanita, Keluarga & masyarakat Menteri Pendidikan Tinggi Menteri Kesihatan Menteri Luar Negeri Menteri Belia & sukan


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN Struktur dan organisasi pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Senat BSMM Majlis Kebangsaan Sekreteriat Kebangsaan Sekreteriat cawangan Sekreteriat cabang Lembaga Eksekutif Kebangsaan Cawangan Cabang Unit-Unit Pasukan Bantuan Sukarela Paukan Bantuan Sukarela Belia kanak-kanak Daerah Daerah kecil


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN Struktur dan organisasi pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) -SENAT BSMM- -MAJLIS KEBANGSAANPelantikan : ditentukan atas bicara Majlis Kebangsaan dan dilantik dalam kalangan ahli BSMM. Tidak mempunyai kuasa eksekutif Badan Tertinggi Mempunyai 25 Senator pada suatu masa. Peranan : Meningkatkan imej dan matlamat persatuan sejajar dengan prinsip-prinsip pergerakan. Badan yang membuat polisi Mesyuarat diadakan 3 kali setahun dan memerlukan 1/3 kehadiran ahli untuk membuat korum Dianggotai oleh : i) Pengerusi kebangsaan ii) Timbalan pengerusi kebangsaan iii) 4 orang Naib Pengerusi Kebangsaan iv) 8 orang ahli yang dipilih v) 2 orang wakil setiap cawangan vi) Kementerian vii) Setiausaha Agung.


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN Struktur dan organisasi pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang ( Negeri) Cabang ( Daerah) Pengerusi Kebangsaan Kesemua jawatan dalam struktur organisasi tersebut berada di ibu pejabat Kebangsaan (IPK) Kuala Lumpur . Bsmm terdapat 15 cawangan di Malaysia Setiap cawangan terdiri daripada beberapa cawangan : i) Daerah ii) Daerah kecil : Merupakan suatu institusi Kini telah dinaik taraf kepada cabang. Menjalankan aktiviti di peringkat cabang Terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, jantina, agama dan politik. Komposisi keahlian: i) kanak-kanak ii) Ahli-ahli belia iii) Pasukan Bantuan Sukarela iv) Ahli seumur Hidup


UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA) Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) ialah satu set peraturan yang bertujuan untuk mengehadkan kesan konflik bersenjata ke atas manusia dan objek-objek-objek awam. UUKA juga dikenali sebagai undang-undang peperangan atau undang-undang konflik bersenjata. UUKA melindungi manusia dalam kategori-kategori tertentu dan mengehadkan kaedah dan cara berperang. UUKA melindungi orang yang tidak terlibat atau yang sudah tidak lagi terlibat dalam pertempuran seperti orang awam, golongan yang tercedera, mereka yang sakit, tawanan perang, tahanantahanan lain, mangsa kapal karam dan anggotaanggota tentera perkhidmatan perubatan dan keagamaan. UUKA melindungi objek-objek awam seperti hospital, ambulans dan harta kebudayaan yang penting, termasuk rumah ibadat, karya seni dan monumen bersejarah. Apakah itu UUKA?


UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA) Perjanjian-perjanjian Antarabangsa Dalam UUKA Konvensyen 1954 mengenai Perlindungan Harta benda Warisan dalam situasi konflik Bersenjata serta kedua-dua protokolnya Konvensyen Senjata Biologi 1972 Konvensyen Senjata Konvensional 1980 dan kelima-lima protokolnya Konvensyen Senjata kimia 1993 Konvensyen Ottawa 1997 mengenai periuk api Protokol 2006 mengenai saki baki bahan letupan selepas perang


PEMBANGUNAN KONVESYEN - KONVESYEN GENEVA KONVENSYEN GENEVA PERTAMA 1864 Melindungi mereka yang tidak terlibat dalam peperangan di daratan Dihormati dan dilindungi tanpa diskriminasi jantina, bangsa,kewarganegaraan, agama,fahaman politik dan aspek-aspek lain. Tidak boleh dibunuh, dimusnah, diseksa atau untuk tujuan eksperimen biologikal. Menerima rawatan yang mengcukupi Dilindungi daripada dirompak dan jangkitan penyakit. KONVENSYEN GENEVA KEDUA 1907 Melindungi askar-askar yang cedera dan sakit ketika di atas kapal atau di laut. Mewajibkan pihak yang terlibat dalam peperangan mencari, mengumpul dan merawat pesakit. Pegawai agama, perubatan dan hospital yang berkhidmat di atas kapal perang harus dihormati dan dilindungi. Kapal hospital tidak boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan.


PEMBANGUNAN KONVESYEN - KONVESYEN GENEVA KONVENSYEN GENEVA KETIGA 1929 Tahanan perang mesti dilayan dengan baik, disediakan tempat kediaman yang sempurna dan menerima bekalan pakaian yang mencukupi serta rawatan yang KONVENSYEN GENEVA KEEMPAT 1949 Melindungi orang awam yang berada dalam lingkungan konflik bersenjata dan pengganas Keselamatan, penghormatan, hak-hak keluarga, kelaziman agama, gaya hidup dan adat resam orang awam mesti dihormati Orang awam tidak bolch dibuang negeri atau dikurung - kecuali ketika perintah berkurung atas keselamatan mercka.


PROTOKOL-PROTOKOL TAMBAHAN PROTOKOL TAMBAHAN 1 - 1977 MELUNASKAN PERLINDUNGAN KEPADA PENDUDUK AWAM, ASKAR-ASKAR DAN PEKERJA-PEKERJA PERUBATAN AWAM DALAM KONFLIK BERSENJATA ANTARABANGSA melarang serangan berbuta tuli yang dilakukan kepada penduduk awam dan pemusnahan sumber makanan, air dan bahan-bahan yang lain untuk hidup. Empangan-empangan, benteng-benteng, stesen pemancaran nuklear, objek-objek bersejarah dan tempat bersembahyang tidak boleh diserang. Perlindungan khas diberikan kepada wanita, kanak-kanak dan pegawai perubatan awam dan had perlindungan kepada wartawan dispesifikasikan. Dilarang mengerah kanak-kanak di bawah umur 15 tahun untuk tujuan angkatan tentera. Penggunaan senjata api yang boleh menyebabkan kecederaan yang melampau dan penderitaan yang tidak perlu serta kemusnahan alam sekitar yang berpanjangan adalah dilarang. Penggunaan salah satu emblem (lambang) yang disahkan dalam Konvensyen Geneva untuk menipu pihak musuh atau menggunakan corak penipuan yang lain dikenali sebagai jenayah perang.


PROTOKOL-PROTOKOL TAMBAHAN PROTOKOL TAMBAHAN 2 - 1977 MENGHURAIKAN PERLINDUNGAN DIBERIKAN KEPADA MANGA YANG TERTANGKAP DALAM KONFLIK BERSENJATA DALAMAN YANG BERISIKO TINGGI SEPERTI PERANG SAUDARA - TIDAK TERMASUK RUSUHAN, DEMONSTRASI ATAU KEGANASAN • Individu yang ditahan semasa konflik bersenjata mesti dilayan dengan baik seperti yang disyaratkan dalam Konvensyen Geneva. • Individu yang tidak terlibat secara langsung atau berhenti terlibat dalam permusuhan patut diberikan penghormatan. Protokol Il melarang keganasan atas kehidupan, kesihatan fizikal atau mental seseorang individu. Kanak-kanak mesti dipindahkan ke tempat yang selamat jika perlu dan disatukan semula dengan ahli keluarganya. • Serangan tidak boleh dibuat atas penduduk awam dan objekobjek yang mustahak bagi penduduk untuk terus hidup seperti tanaman sistem pembuangan atau sumber minuman air, objekobjek bersejarah dan tempat bersembahyang. • Ia menambahkan perlindungan kepada mereka yang cedera, sakit dan yang terkaram serta pegawai-pegawai perubatan dan ahli-ahli agama.


Negara-negara yang terlibat dalam konflik bersenjata perlu menghormati sifat awam dan perikemanusiaan TANGGUNGJAWAB NEGARA-NEGARA Meluaskan peranan serta sumbangan wanita dalam operasi lapangan PBB dan pemerhati tentera, polis awam dan personal hak manusia Menghormati sepenuhnya undang-undang antarabangsa mengenai hak-hak dan perlindungan wanita serta gadis terutamanya kewajipan yang dikaitkan dengan mereka di bawah konvensyen Geneva (1949) Menambahkan sokongan sukarela kewangan, teknikal dan logistik bagi usaha latihan yang peka jantina.


menghentikan inpuniti dan mendakwa di mahkhamah mereka yang bertanggungjawab bagi penghapusan bangsa genosid. TANGGUNGJAWAB NEGARA-NEGARA Menganggotai PBB supaya memastikan perwakilan wanita dipertingkatkan di semua peringkat Mengesa setiausaha agung melantik lebih banyak wanita sebagai wakil dan utusan khas untuk menjadi penghantar bagi pihaknya. Melahirkan kesanggupan untuk mencantumkan perspektif jantina ke dalam operasi menjaga keamanan dan mengesa setiausaha agung supaya memastikan di mana sesuai.


KONVENSYEN-KONVENSYEN HAGUE OBJEKTIF Perbincangan berkaitan undangundang antarabangsa Perlindungan kepada objek-objek balai seni dan tugu peringatan Perlindungan mangsa-mangsa perang dari senjata Tandangani persetujuan dan persafahaman perjanjiang antarabangsa


KONVENSYEN-KONVENSYEN HAGUE KONVENSYEN HAGUE 1899 & 1907 Adalah undang-undang peperangan Memberi hak dan menerangkan cara tugas pihak yang berperang dalam menjalankan operasi ketenteraan Berkenaan tentang hak perlindungan kemanusiaan bagi mereka yang terbabit dalam peperangan. Sebanyak 50 buah negara telah menyertai mesyuarat keamanan ini di Hague pada tahun 1899 dan 1907. Mesyuarat tersebut telah berlancar dari 18 Mei dan ditandatangai pada 29 Julai 1899 Perjanjian tersebut berkuatkuasa dari 4 September 1900/


KONVENSYEN-KONVENSYEN HAGUE Persidangan Keamanan Pertama 1899 Persidangan kedua mengenai peperangan laut dan darat pada 1907 Konvensyen Hague Terdapat 4 bahagian perjanjian dan 3 sumpahan persefahaman ditandatangani Kebanyakan kandungan persidangan 1899 digantikan dengan undang-undang lebih lengkap 1907


KONVENSYEN-KONVENSYEN HAGUE Hal-hal antarabangsa yang menjadi isu-isu pertikaikan di Benua Pasifik Undang-undang dan amalan kebiasaan berkenaan dengan peperangan darat Penambahan syarat peperangan di lautan Melarang penggunaan bom


Pacific Settlement of International Disputes Ditandatangani pada 29 Julai 1899 Dikuatkuasakan pada 4 September 1900 Bertujuan mengekalkan keamanan antara negara Jika terdapat pertelingkahan hendaklah ditandatangani secara rundingan sebelum mengangkat senjata. KONVENSYEN-KONVENSYEN HAGUE Ditandatangani pada 29 Julai 1899 Dikuatkuasakan pada 4 September 1900 Diilhamkan semasa persidangan Bruddels 1874 Pihak yang bertelagah perlu menghormati undang-undang dan cara-cara peperangan darat Undang-undang, hak dan tugas peperangan perlu dipatuhi oleh semua pihak Mereka berhak dilayan sebagai tahanan perang.


Undang-undang peperangan adalah adaptasi peperangan maritim (22 Ogos 1864) Prinsip Konvensyen Geneva : Penyesuaian peperangan di laut Kemudahan perubatan ( kapal hospital tentera) KONVENSYEN-KONVENSYEN HAGUE Antara Persetujuan -persetujuan adalah Contracting Power telah bersetuju untuk menyekat pembebasan gas beracun Kewujudan deklarasi tersebut terikat kepada contracting power dalam kes peperangan antara dua atau lebih pihak yang terlibat Deklarasi harus disahkan segera dan pengesahan seharusnya dimulakan di Hague dengan cara menulis notid kepada Kerajaan Netherland.


LAMBANG / EMBLEM Lambang ini untuk mengenalpasti perlindungan bagi mereka yang tercedera di perang dan perawat yang merawat mereka. Membolehkan persatuan menggunakan palang merah dan bulan sabit merah bersama-sama Lambang untuk kenalpasti bangunan, barang dan kenderaan Lambang ini sebagai lambang perlindungan


LAMBANG / EMBLEM Lambang palang merah (1963 - sekarang) Lambang bulan sabit Merah (1929 - sekarang) Lambang Singa Merah dan matahari (1929 - 1980) Lambang Kristal Merah (2005 - sekarang)


PENGENALAN / INDIKATIF & PERLINDUNGAN DENGAN PENGGUNAAN LAMBANG DAN SIGNIFIKANNYA Pengenalan lambang Kegunaan tanda penyampai sebagai sesuatu maksud dari segi undangundang bukanlah sesuatu yang biasa Kegunaan lambang palang merah / bulan sabit merah : Kegunaan yang asal adalah untuk perlindungan yang lebih digunakan semasa peperangan atau konflik 1. Kegunaan yang lebih baru adalah untuk pengenalan yang lebih digunakan semasa aman. 2.


Tanda perlindungan Tanda Pengenalan Sewaktu konflik Perkhidmatan perubatan dan kakitangan agama angkatan tentera Kakitangan perubatan, unit perubatan dan pengangkutan persatuan kebangsaan Dengan kebenaran kerajaan, hospital awam, unit perubatan awam dan lain-lain badan khidmat sukarela, kemudahan perubatan kakitangan dan pengangkutan perubatan awam Persatuan Kebangsaan IFRC ICRC Sewaktu aman Perkhidmatan perubatan dan kakitangan agama angkatan tentera Kemudahan perubatan dan pengangkutan persatuan kebangsaan Badan, individu dan objek yang berkaitan dengan persatuan kebangsaan ICRC dan IFRC Ambulan dan pusat rawatan kecemasan percuma yang mendapat kelulusan persatuan kebangsaan PENGENALAN / INDIKATIF & PERLINDUNGAN DENGAN PENGGUNAAN LAMBANG DAN SIGNIFIKANNYA


UNDANG-UNDANG ASAS KONVENSYEN A) PERLINDUNGAN MANGSA PERANG Melindungi kombatan yang tercedera dan sakit, kakitangan yang merawat mereka, bangunan tempat mereka berlindung dan peralatan yang digunakan untuk manfaat mereka. Juga mengawal selia penggunaan lambang palang merah dan bulan sabit meran Memperluas perlindungan kepada kombatankombatan yang karam dan mengawal selia keadaan di mana mereka boleh dibantu Melindungi anggota-anggota angkatan tentera yang telah ditawan. Memperuntukkan peraturan tentang layanan terhadap mereka seta hak-hak dan kewajipan kuasa yang menahan Menyatakan peraturan-peraturan tentang perlindungan populasi orang awam, terutamanya layanan terhadap orang awam di wilayah diduduki, mereka yang dilucutkan kebebasan dan pendudukan secara am


Memperluas perlindungan kepada orang awam dan mengehadkan cara dan kaedah peperangan Mengandungi jaminan-jaminan asas untuk orang yang tidak terlibat dalam pertempuran ketika konflik bersenjata bukan antarabangsa, menyatakan peraturan-peraturan tentang perlindungan orang awam dan objek-objek seta pemasangan-pemasangan yang penting untuk kemandirian mereka Menghendaki negara-negara pihak untuk mengambil semua langkah munasabah bagi memastikan bahawa anggota-anggota angkatan tentera mereka yang belum mencapai umur 18 tahun tidak terlibat dalam permusuhan Memperuntukkan lambang baharu, lazimnya dikenali sebagai kristal merah, untuk digunakan di samping palang merah dan bulan sabit merah sebagai lambang perlindungan UNDANG-UNDANG ASAS KONVENSYEN


Click to View FlipBook Version