The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MANUAL PENGURUSAN SMK TUNKU BESAR BURHANUDDIN TAHUN 2024/2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROSLINDA BINTI SHARUDIN Moe, 2024-02-26 05:54:42

PANDUAN PENGURUSAN SMKTBB 2024/2025

BUKU MANUAL PENGURUSAN SMK TUNKU BESAR BURHANUDDIN TAHUN 2024/2025

Keywords: manual,tbb

0


1 1.0 ISI KANDUNGAN Bil. Kandungan Muka Surat 1 Kandungan 1-2 2 Pembuka Kata Pemanis Bicara dari Tuan Pengetua 3 3 Profil Sekolah 2024/2025 (Maklumat Sekolah) 4 4 Kemudahan Sekolah 5-6 5 Pentadbir Sekolah 7 6 Visi, Misi, Slogan Sekolah dan Piagam Sekolah 8 7 Surat Aku Janji 9 8 Ikrar Intergriti Perkhidmatan Awam/ Ikrar Perkhidmatan Awam/ Ikrar Rukun Negara 10 9 Tatasusila Profesion Perguruan (Peraturan - Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, Surat Pekeliling Ikhtisas) 11-12 10 Surat Pekeliling Ikhtisas 13-37 11 Penggal Persekolahan, Kalendar Akademik Dan Cuti Am Perayaan 2024/2025 39-41 12 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2024/2025 42 13 Jadual Masa Persekolahan 43 14 Pelan Susun Letak Kedudukan Bilik Darjah dan Bilik-Bilik Khas 2024/2025 44 15 Pelan dan Susun Letak Bangunan SMK Tunku Besar Burhanuddin 45 16 Senarai Nama Guru SMK Tunku Besar Burhanuddin 2024/2025 46 17 Senarai Kakitangan Kumpulan Pelaksana SMK Tunku Besar Burhanuddin 2024/2025 47 18 Takwim SMK Tunku Besar Burhanuddin 2024/2025 48-63 19 Carta Organisasi Induk SMK Tunku Besar Burhanuddin 2024/2025 64 20 Pelan Pembangunan Kecemerlangan Sekolah 65 21 Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran 2024/2025 66-79 22 Jawatankuasa Program Rasmi Sekolah 2024/2025 79-84 23 Jadual Bertugas Guru-guru 2024/2025 85-88 24 Carta Organisasi Unit Kurikulum 2024/2025 89 25 Fokus Unit Kurikulum 2024/2025 90 26 Pakej Mata Pelajaran SMKTBB 2024/2025 91-92 27 Jawatankuasa dan Bidang Tugas Unit Kurikulum 2024/2025 93-100 28 Garis Panduan Pengurusan Ujian dan Peperiksaan 101-104 29 Gred Pemarkahan Ujian/ Peperiksaan 105 30 Takwim Ujian dan Peperiksaan 2024/2025 106 31 Senarai Nama Guru Pengawas SPM 2024/2025 106


2 32 Carta Organisasi Unit Hal Ehwal Murid 2024/2025 107 33 Fokus Unit Hal Ehwal Murid 2024/2025 108 34 Jawatan dan Bidang Tugas Unit Hal Ehwal Murid 2024/2025 109-118 35 Senarai Guru Kelas, Mentor dan Penyelaras Tingkatan 2024/2025 119 36 Senarai Tugas Guru Kelas 119-120 37 Senarai Ibu/ Bapa Angkat Dorm ASPURA dan ASPURI 2024/2025 121 38 Jadual Bertugas Warden 2024/2025 122-123 39 Jadual Outing Harian & Pulang Bermalam 124-125 40 Carta Organisasi Unit Kokurikulum 2024/2025 126 41 Fokus Unit Kokurikulum 2024/2025 127 42 Jawatan dan Bidang Tugas Unit Kokurikulum 2024/2025 128-135 43 Takwim Aktiviti Kokurikulum 2024/2025 136-141 44 Maklumat Guru SMK Tunku Besar Burhanuddin 2024/2025 142-143 45 Agihan Tugas Guru 2024/2025 144-152


3 2.0 PEMBUKA KATA PEMANIS BICARA DARI TUAN PENGETUA Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk memikul amanah sebagai pendidik, bekerja menabur bakti serta terus menyumbang tenaga dan idea untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan di SMK Tunku Besar Burhanuddin (SMKTBB) bagi sesi persekolahan 2024/2025 ini. Sekalung tahniah kepada warga guru yang masih berkhidmat di SMKTBB bagi tahun ini. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Buku Manual Pengurusan SMKTBB bagi tahun 2024 kerana telah berjaya menyempurnakan buku ini dengan baik sekali. Sesungguhnya, buku manual pengurusan ini sangat penting sebagai garis panduan dan rujukan berterusan kepada guru-guru dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih efisien, efektif dan berfokus meliputi bidang Kepimpinan, pengurusan Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Tahun ini, kita memberi fokus kepada membudayakan pendigitalan sekolah selaras dengan hasrat KPM. Pemerkasaan penggunaan teknologi secara inovatif, kreatif dan beretika dalam pengajaran dan pembelajaran, pengurusan murid dalam kurikulum, Hal ehwal murid dan kokurikulum. Kita berharap agar dapat melahirkan generasi fasih dan celik digital dalam kalangan guru, murid dan pemimpin sekolah. Pendigitalan ini yang telah bermula tahun lepas dan akan diperkasakan lagi pada tahun ini dengan memberi tumpuan memperbaiki infrastruktur dan memperkemas ekosistem digital TBB ini. Usaha ini bagi meningkatkan pendigitalan sekolah dan memerlukan kerjasama erat antara tenaga pengajar dan pelajar bagi memberikan impak positif dalam iklim digital sekolah. Kita sebagai warga pendidik juga perlu sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi mendepani segala cabaran mendatang. Dalam hal ini, warga SMKTBB perlu bekerja sebagai satu pasukan bermula dari peringkat panitia masing-masing sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh individu seharusnya dikongsi dan dimanfaatkan semaksimun mungkin untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Secara tidak langsung , hal ini akan dapat membentuk warga SMKTBB yang berketerampilan , professional, berkualiti dan beretika. Saya yakin dan percaya bahawa SMKTBB, sebagai salah sebuah sekolah harian berasrama mampu menyediakan landskap pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk insan kamil yang berkualiti. Selain itu, saya juga melihat bahawa SMKTBB dapat menjadi wadah terbaik untuk melahirkan insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu dan keunggulan sahsiah yang akhirnya menjadi khalifah yang dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara. Selamat menjalankan tugas dengan dedikasi sepanjang tahun 2024. Sekian, terima kasih. (AHMAD HAPIAN BIN PILUS) Pengetua. SMK Tunku Besar Burhanuddin.


4 3.0 PROFIL SEKOLAH MAKLUMAT SEKOLAH 2.1 Nama Sekolah : SMK Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti, Negeri Sembilan. (Dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Seri Menanti dan ditubuhkan pada 1956) 2.2 Singkatan nama : SMKTBB 2.3 Kod sekolah : NEE 1086 2.4 Nombor telefon dan faksimili : 06-4979005 (Telefon) dan 06-4970418 (Faksimili) 2.5 Alamat e-mel : [email protected] 2.6 Status Sekolah : Sekolah Harian Luar Bandar 2.7 Nombor Pusat Peperiksaan : ND 003 2.8 Pejabat Pendidikan Daerah : Kuala Pilah 2.9 Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) : Seri Menanti 2.10 Kawasan Parlimen : Kuala Pilah 2.11 Jarak sekolah ke PPD Kuala Pilah : 16 km 2.12 Jarak sekolah ke JPNS : 36 km 2.14 Keluasan Tanah : 9.17 Ekar / 3.71 Hektar


5 4.0 KEMUDAHAN SEKOLAH Bil. Jenis Kemudahan Kuantiti BLOK PENTADBIRAN / SEKOLAH 8 1. Bilik Darjah 22 2. Makmal : a) Biologi b) Fizik c) Kimia d) Sains e) Komputer f) Pusat Akses 222211 3. Bengkel : a) Bilik Ekonomi Rumahtangga (ERT) b) Kemahiran Hidup c) Reka bentuk Teknologi d) Pendidikan Seni 2511 4. Bilik Khas : a) Pusat Sumber / Perpustakaan b) Bilik Gerakan c) Bilik Tayang d) Bilik Solat (Musolla) e) Muzik f) SPBT g) Pengawas/Disiplin h) Stor Sekolah i) Bilik Cetak j) Bilik Matematik k) Bilik Perniagaan l) Bilik Robotik m) Bilik Rawatan n) Pusat Akses 11111111112111 5. Bangunan Khusus : a) Dewan Sekolah b) Surau c) Pondok Pengawal d) Koperasi e) Kiosk Protune 11211 6. Bilik Pentadbiran : a) Pejabat Am b) Pejabat Pengetua c) Pejabat GPK (Pentadbiran) d) Pejabat GPK (HEM) e) Pejabat GPK (Kokurikulum) f) GKMP g) Bimbingan dan Kaunseling h) Bilik Guru i) Bilik PPKI 111111121 7. Tandas 10 BLOK ASRAMA 5 7. Kamar : a) Dorm Puteri (Blok A, B dan C) b) Dorm Putera (Blok A dan B) c) Rumah Warden 14 102 9. Bilik Pentadbiran : a) Pejabat Penyelia Asrama b) Bilik Rawatan Kesihatan / Pesakit c) Bilik Gerakan Asrama d) Bilik Bimbingan dan Kaunseling 1211


6 e) Perpustakaan f) Stor Sukan 1 1 10. Bilik Khas : a) Stor Asrama Puteri b) Stor Asrama Putera c) Bilik Prep Puteri d) Bilik Prep Putera e) Pantri f) Bilik Warden g) Bilik Tetamu 1 1 2 4 3 2 2 11. Bilik Mandi 43 12. Tandas 46 13. Bilik Basuhan 5


7 5.0 PENTADBIR SEKOLAH JAWATAN NAMA GURU EMAIL NO. TEL Pengetua Ahmad Hapian bin Pilus [email protected] 011-13114765 PK Pentadbiran Selamah binti Pilus [email protected] [email protected] 017-3945835 PK Hal Ehwal Murid Normawati binti Zakariah [email protected] [email protected] 013-3745789 PK Kokurikulum Muhamadan bin Mahmud [email protected] 013-6202201 Guru Kanan Mata Pelajaran BIDANG NAMA GURU EMAIL NO. TEL Bahasa Abd Razak bin Ramli [email protected] [email protected] 012-3514462 Sains & Matematik Abdullah bin Omar [email protected] 019-6963543 Kemanusiaan Zanariah binti Abu Zahar [email protected] [email protected] 013-3070894 Teknik & Vokasional Norzlin binti Yacob [email protected] [email protected] 019-2242578 Senarai Nama Guru Bimbingan & Kaunseling BIL NAMA GURU EMAIL NO. TEL 1 Norzita binti Kamaruddin [email protected] 017-3794790 2 Wan Hardiah binti Wan Makhtar [email protected] 017-5826095


8 6.0 VISI DAN MISI PERNYATAAN VISI SEKOLAH HARIAN LUAR BANDAR PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA PERNYATAAN MISI SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMI MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA SLOGAN SEKOLAH DATANG DENGAN HARAPAN PULANG PULANG DENGAN KEJAYAAN DISIPLIN UTAMA AKADEMIK PERTAMA HIDUP MENANG MATI SYURGA SMKTBB NAMAMU DI ATAS PIAGAM PELANGGAN Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin dengan penuh tanggungjawab terhadap bangsa dan negara berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan melalui : KECEMERLANGAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN Mewujudkan gaya kepemimpinan dan pengurusan yang berteraskan kepada Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) melalui : • Membina iklim pengurusan sekolah yang telus, bersih, cekap dan amanah. • Mengamalkan semangat kepemimpinan berteraskan keimanan, ketakwaan dan musyawarah. • Bekerjasama dengan PIBG dan masyarakat luar bagi mewujudkan semangat tolong-menolong dan melahirkan budaya kerjasama. • Memastikan kemantapan organisasi melalui pengamalan sikap tegas,toleransi dan bijaksana. KECEMERLANGAN KURIKULUM Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkualiti bagi melahirkan murid-murid yang mendapat kelulusan 100% lulus dalam peperiksaan SPM, dan 100% melepasi tahap minima dalam PT3. Matlamat ini mampu dicapai melalui: • Penerapan elemen KBAT dalam pembelajaran dan pengajaran yang terancang, inovatif, kreatif dan berkesan. • Pemantapan amalan profesionalisme keguruan. • Penggunaan ICT secara optimum dalam proses pembelajaran dan pengajaran. • Pembangunan sumber manusia menerusi latihan (Continous Profesionalisme Development), bimbingan dan pemantauan yang berterusan. KECEMERLANGAN KOKURIKULUM Menyediakan ruang untuk murid melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan melatih murid menjadi pemimpin yang berwibawa agar mampu memperkembangkan bakat dan potensi mereka sama ada di peringkat daerah,negeri dan Negara melalui : • Perancangan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang kemas dan tersusun. • Kerjasama dan khidmat nasihat kepakaran daripada sektor awam dan swasta. • Penyediaan infrastruktur dan peralatan sukan yang mencukupi. • Gerak kerja luar sekolah bagi meningkatkan daya kepemimpinan dan pengalaman murid. KECEMERLANGAN SAHSIAH Melahirkan warga yang penyayang, berbudi bahasa, sopan santun, hormat-menghormati, bersatu-padu, memiliki nilai-nilai perkongsian bersama dan nilai-nilai murni yang luhur melalui: • Program bina insan yang berterusan. • Pembentukan akhlak berasaskan Rukun Iman dan Rukun Islam. • Menjadikan surau sebagai pusat pengembangan ilmu dan sahsiah • Mengeratkan ukhwah dalam kalangan murid.


9 7.0 SURAT AKUR JANJI SURAT AKU JANJI Saya ……………………………………………………………………………No.Kad Pengenalan: ……........................ Beralamat di ………............................………………………………………………………………………………….…. Dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, Pekeliling dan Surat Pekeliling serta peraturan dan arahan lain yang dikeluar dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari masa kesemasa sepanjang perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya : (i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan; (ii) akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab; (iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya; (iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awam saya; (v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai Pegawai Awam; (vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai Pegawai Awam bagi faedah diri saya sendiri; (vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama Perkhidmatan Awam; (viii) tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau pegawai lain berhubung dengan Perkhidmatan Awam; dan (ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah. (xi) menerima segala tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan. Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tattertib) 1993. .............................................................. …………………………………………………. (Tandatangan Pegawai) ( Jawatan Pegawai ) Di Hadapan: …………………………………… ( Tandatangan Ketua Jabatan) ………………………………………………………………………….. (Nama dan No.Kad Pengenalan Ketua Jabatan ( Tarikh) (Cop Rasmi Jabatan)


10 8.0 IKRAR 8.1 IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM Kami, pegawai awam Malayssia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membenteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut : • Pertama : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah; • Kedua : Menutup semua ruang dan peluang yang memdedahkan kepada amalan rasuah; • Ketiga : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan; • Keempat : Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah; • Kelima : Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan • Keenam : Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas. 8.2 IKRAR PERKHIDMATAN AWAM Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami: i. Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan; ii. Bekerja dengan penuh tanggungjawab; iii. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri; iv. Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan; v. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara; vi. Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan vii. Berpegang teguh kepada ajaran agama. 8.3 IKRAR RUKUN NEGARA MAKA KAMI, rakyat Malaysia Berikrar , akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami, Untuk mencapai cita-cita tersebut, Berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut; Kepercayaan kepada tuhan Kesetiaan kepada raja dan Negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan


11 9.0 TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA Kami, guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pelajaran ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu,yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan,masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman,dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya,maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya: 1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MURID 1.1 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid kami daripada hal-hal lain. 1.2 Bersikap adil terhadap setiap orangmurid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. 1.3 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuiya. 1.4 Membimbing atau mengajar seseorang murid dalam darjah sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 1.5 Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid. 1.6 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. 2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA 2.1 Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 2.2 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. 2.3 Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau keadaan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahui. 2.4 Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 2.5 Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa, murid. 2.6 Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan murid terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.


12 3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 3.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. 3.2 Memupuk dalam diri setiap murid sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orangorang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 3.3 Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warga negara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 3.4 Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 3.5 Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendikiawan masyarakat. 3.6 Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. 4. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN 4.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan murid atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seorang guru. 4.2 Tidak melibatkan diri di dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. 4.3 Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh, dan mengekalkannnya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4.4 Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan. 4.5 Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan profesion perguruan. 4.6 Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru. Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan rendah, menengah dan tinggi (termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan).


13 10.0 SURAT PEKELILING IKHTISAS KP(BS) 8591/Jld.XVII(7) 7 Jun 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 1985 mengenai Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran, yang telah disesuaikan dengan peraturan pakaian masa bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi bagi pegawai-pegawai awam seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 bertarikh 18 Februari 1985, yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. 4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan. Sekian. PEJABAT KETUA PENGARAHPENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIANPENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 7, BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALALUMPUR Tel : 03-2586900 Fax : 03-2535150 Laman Web :http://www.moe.gov.my


14 KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KP(BS)8591/Jld.VIII /(76) 22 Mei1997 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan, SURATPEKELILINGIKHTISAS BIL. 5/1997 : SekolahSebagaiKawasanLaranganMerokok Dimaklumkan bahawa suatu ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadikan bangunan dan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN MEROKOK mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993. 2. Berkuatkuasa pada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan, semua guru, kakitangan, ibu bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah. 3. Larangan ini meliputi keseluruhan premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan murid. Perkara 4.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1993 : Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-Sekolah adalah terbatal. Sekian, terimakasih. “BERKHIDMATUNTUKNEGARA” (DATUKMATNORDAIM) Ketua Pengarah PendidikanMalaysia


15 SPI Bil.10/2001: Semua Guru adalah Guru Disiplin KP(BS) 8591/Jld.XVII(10) 24 September 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan, SURATPEKELILINGIKHTISASBIL. 10/2001 : SemuaGuruAdalahGuruDisiplin Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-guru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh-temeh. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolahsekolah. 2. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di sebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan disiplinmurid. i. Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. 8/1968 mengenai Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan, ”..... tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat yang harus diserahkan kepada guru-gurubesar”. ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah, Peraturanperaturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan, ”Adalah seperti tuan termaklum, satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menamakan asas disiplin ke dalam hati sanubari muridmurid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja, bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan jangalah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang berat sahaja yang harus diakukan kepada guru besar untuk PEJABAT KETUA PENGARAHPENDIDIKANMALAYSIA KEMENTERIANPENDIDIKANMALAYSIA PARAS 7, BLOK J PUSAT BANDARDAMANSARA 50604 KUALALUMPUR Tel : 03-2586900 Fax : 03-2535150 Laman Web : http://www.moe.gov.my


16 mendapat keputusan”. 3. Oleh hal yang demikian adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukkan dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin yang tinggi. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan (preventive), didikan (educative), pembetulan (corrective), dan hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru hendaklah sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang, simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Sementara itu,kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua atau guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman tersebut. 4.Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan guru besar agar arahan ini dipatuhi. Sekian. Terimakasih. “BERKHIDMATUNTUKNEGARA” DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah PendidikanMalaysia


17 SPI Bil.5/1998: Akta Pendidikan 1996 & Peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre 50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900 Fax: 03-2535150 KP (BS) 8591/Jld. XIV (5) 25 Mac 1998 Semua Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1998: Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Pendidikan 1996 Adalah dimaklumkan bahawa Akta Pendidikan 1996 telah berkuatkuasa mulai daripada 31 Disember 1997. Dengan berkuatkuasanya Akta ini, maka Akta Pelajaran 1961 telah dimansuhkan pada tarikh yang sama. 2. Sehubungan dengan penguatkuasaan Akta Pendidikan 1996, maka beberapa Peraturan-peraturan baru telah digubal dan dikuatkuasakan mulai daripada I Januari 1998. Peraturan-peraturan tersebut adalah seperti berikut: 2.1 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah) 1997; 2.2 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik) 1997; 2.3 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan) (Maktab Pendidikan Guru) 1997; 2.4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kursus Pengajian dan Program Latihan) (Maktab Pendidikan Guru) 1997; 2.5 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kursus Pengajian dan Program Latihan Di Politeknik) 1997; 2.6 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997; 2.7 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997; 2.8 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997; 2.9 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) (Pindaan) 1998; dan 2.10 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendaftaran Institusi Pendidikan) 1997. 2 3. Peraturan-Peraturan di bawah Akta Pelajaran 1961 dan ordinan-ordinan sebelumnya yang tidak diliputi oleh peraturan-peraturan baru di bawah Akta Pendidikan 1996 adalah masih terpakai sehingga selesai disemak dan dimansuhkan. Pemansuhan


18 peraturan-peraturan yang lama ini dan penguatkuasaan peraturan-peraturan yang menggantikannya akan dimaklumkan kelak. 4. Semua Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian, Pejabat Pendidikan Daerah, institusi pendidikan dan sekolah adalah dinasihatkan untuk memperolehi Akta dan Peraturan-peraturan ini. 5. Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 seperti yang dinyatakan di atas boleh dipesan atau dibeli daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad ( MB). Alamat syarikat tersebut dan cawangan-cawangannya adalah seperti di lampirkan. 6. Kandungan Pekeliling ini hendaklah dimaklumkan oleh Bahagian/Jabatan Pendidikan Negeri kepada semua Pejabat Pendidikan Bahagian, Pejabat Pendidikan Daerah, institusi pendidikan dan sekolah. Sekian. Terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" DATUK MAT NOR DAIM Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia


19 SPi Bil 5/2016 : Panduan Keselamatan PJK & Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Sekolah.


20


21


22


23


24


25 SPi Bil 1/ 2019 : Polisi Keselamatan Siber Kementerian Pendidikan Malaysia


26


27


28


29 SPi Bil 3 Tahun 2020 : Penambahbaikan Garis Panduan DLP


30


31


32 SPi Bil 4 Tahun 2020 : Penguatkuasaan Pemakaian Kasut & Stoking Hitam atau Putih


33


34


35 SPi Bil 3 Tahun 2019 : SOP Penggunaan Kenderaan Sendiri oleh Guru


36


37


38 11.0 PENGGAL PERSEKOLAHAN, KALENDAR AKADEMIK DAN CUTI AM TAHUN 2024/2025 PENGGAL 1 Hari Persekolahan - 11.03.2024 sehingga 24.05.2024 (11 minggu) Cuti Penggal 1 - 25.05.2024 sehingga 02.06.2024 (1 minggu) PENGGAL 2 Hari Persekolahan - 03.06.2024 sehingga 13.09.2024 (15 minggu) Cuti Penggal 2 - 14.09.2024 sehingga 22.09.2024 (1 minggu) PENGGAL 3 Hari Persekolahan - 23.09.2024 sehingga 20.12.2024 (13 minggu) Cuti Penggal 3 - 21.12.2024 sehingga 29.12.2024 (1 minggu) Hari Persekolahan - 30.12.2024 sehingga 31.12.2024 (3 minggu) Cuti Akhir Tahun - 18.01.2025 sehingga 16.02.2025 (4 minggu) KELEPASAN AM HARI TARIKH MASEHI HIJRAH Hari Tahun Baru 2025 (N) Rabu 01 Januari 2025 1 Rejab 1446H Hari Keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Isnin 14 Januari 2025 14 Rejab 1446H Hari Thaipusam (N) Selasa 11 Februari 2025 12 Syaaban 1446H Tahun Baru Cina (N) Rabu & Khamis 29 & 30 Januari 2025 29 & 30 Rejab 1446H Hari Israk & Mikraj (N) Isnin 27 Januari 2025 27 Rejab 1446H Hari Pekerja (P) Rabu 01 Mei 2024 22 Syawal 1445H Hari Raya Puasa (P) Rabu & Khamis 10 & 11 April 2024 1 & 2 Syawal 1445H Hari Wesak (Buddha) (P) Rabu 22 Mei 2024 13 Zulkaedah 1445H Hari Keputeraan SPB Yang di-PertuanAgong (P) Isnin 3 Jun 2024 25 Zulkaedah 1445H Hari Raya Haji / Qurban (P) Isnin 17 Jun 2024 10 Zulhijjah 1445H Awal Muharram (MaalHijrah) (P) Ahad 7 Julai 2024 1 Muharram 1445H Hari Kebangsaan (P) Sabtu 31 Ogos 2024 26 Safar 1445H Hari Malaysia (P) Isnin 16 September 2024 12 Rabiul Awwal 1445H Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (P) Isnin 16 September 2024 12 Rabiul Awwal 1445H Hari Deepavali (*) (P) Khamis 31 Oktober 2024 28 Rabiul Akhir 1445H Hari Krismas (P) Rabu 25 Disember 2024 23 Jamalul Akhir 1445H


39


40


41


42 12.0 TARIKH PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM


4313.0 JADUAL MASA PERSEKOLAHAN SMK TUNKU BESAR BURHANU


3 UDDIN 2024/2025


44 14.0 PELAN SUSUN LETAK KEDUDUKAN BILIK – BILIK DARJAH MENGIKUT ARAS BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025 Pelan Kedudukan Bilik Tingkatan Blok J (Blok Makmal Sains) T a n g g a Stor 1 ARIF 1 Stor 1 ARIF 4 T a n g g a Aras 3 Stor Bilik Matematik Persediaan Makmal Makmal Fizik Aras 2 Stor Makmal Sn MA Persediaan Makmal Makmal Sn MR Aras 1 Bilik Rawatan Makmal Biologi Persediaan Makmal Makmal Kimia Aras bawah Pelan Kedudukan Bilik Tingkatan Blok K (Blok Bengkel KHB) T a n g g a Stor 1 ARIF 2 1 ARIF 3 T a n g g a Aras 3 Stor Bengkel KHB Bilik Masakan Bilik Jahitan Aras 2 Bilik SUP & Dokumentasi Bengkel RBT Bilik Robotik Aras 1 Bilik Pengawas Bengkel KH (Pertukangan) Aras bawah Pelan Kedudukan Bilik Tingkatan Blok L (Blok Pejabat & Bilik Guru) T a n g g a 3 ARIF 4 3 ARIF 3 3 ARIF 2 3 ARIF 1 T a n g g a Aras 3 Bilik Pendidikan Seni Visual Bilik Tayang Pusat Akses ICT Aras 2 Pejabat Pentadbiran Bilik Guru (P) Aras 1 Bilik Guru (L) Bilik Kaunseling Bilik GKMP Bilik Gerakan Aras bawah Pelan Kedudukan Bilik Tingkatan Blok M (Blok Kelas dan Musolla) T a n g g a 2 ARIF 4 2 ARIF 3 2 ARIF 2 2 ARIF 1 T a n g g a Aras 3 4 ARIF 4 4 ARIF 3 4 ARIF 2 4 ARIF 1 Aras 2 5 ARIF 3 5 ARIF 4 5 ARIF 1 5 ARIF 2 Aras 1 Bilik Arkib Fail Bilik Wudu’ Musolla Sekolah Bilik Muzik Aras bawah


415.0 PELAN DAN STRUKTUR BANGUNAN SEKOLAH STOR BARANG BILIK & STOR ASRAMA SUKAN


5


46 16.0 SENARAI GURU SMK TUNKU BESAR BURHANUDDIN 2024/2025 BIL NAMA GRED SSM JAWATAN 1. AHMAD HAPIAN BIN PILUS DG52 PGB - PENGETUA/GURU BESAR 2. SELAMAH BINTI PILUS DG52 PK1 - PENOLONG KANAN 3. NORMAWATI BINTI ZAKARIAH DG48 PK2 - PENOLONG KANAN HEM (WARDEN) 4. MUHAMADAN BIN MAHMUD DG48 PK3 - PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 5. ABD. RAZAK BIN RAMLI DG48 KB1 - KETUA BIDANG BAHASA 6. ABDULLAH BIN OMAR DG48 KBSM - KETUA BIDANG SAINS DAN MATEMATIK 7. NORZLIN BINTI YACOB DG48 KB3 - KETUA BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL 8. ZANARIAH BINTI ABU ZAHAR DG48 KB4 - KETUA BIDANG KEMANUSIAAN 9. NORZITA BINTI KAMARUDIN DG48 GKK - GURU KAUNSELING (SEPENUH MASA) 10. WAN HARDIAH BINTI WAN MAKHTAR DG41 GKK - GURU KAUNSELING (SEPENUH MASA) 11. NORA BINTI NAN DG52 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 12. RAMLI BIN ZAINUDIN DG52 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG (WARDEN) 13. ZAMILAH BINTI SULAIMAN DG52 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 14. AHMAD AZRI BIN IBRAHIM DG48 GPKIB - GURU PEND KHAS INTEGRASI (PEMBELAJARAN) (PENYELARAS PPKI) 15. AHMAD LIZA BIN MD ZIN DG48 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG (KETUA PEMIMPIN MURID) 16. AIDATUL SHIMA BINTI ISMAIL DG48 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 17. CHE GAYAH BINTI ABDULLAH DG48 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 18. DARA NURULHAYATI BINTI JOLEN DG48 GIT - GURU PENYELARAS BESTARI 19. FARHA BINTI ABDULLAH DG48 GPA - GURU PENOLONG AGAMA 20. ROSLINDA BINTI SHARUDIN DG48 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 21. SUHAIMI BIN ISHAK DG48 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 22. ALFADZLIA BINTI MOHD AZRIN DG48 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 23. MOHAMAD LESTARI BIN MOHD BAHARUM DG48 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG (KETUA GURU DISIPLIN) 24. RAJA NOOR AINI BINTI RAJA ABDULLAH DG48 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 25. AFIDA BINTI HAMSANI DG44 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 26. FAIZAH BINTI SAMAD DG44 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 27. HAMIZAH BINTI ABAS DG44 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 28. MOHD FAREEZ BIN ADNAN DG44 GPA - GURU PENOLONG AGAMA 29. MOHD ZAIN BIN MANAN DG44 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 30. NOOR FAIZAH BINTI RAMLY DG44 GPA - GURU PENOLONG AGAMA 31. NORAZLIN BINTI RAZAK DG44 GMA - GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA 32. NORFERZA BINTI MD ISA DG44 GDM - GURU PENGURUSAN DATA/MAKLUMAT 33. NORSAHARA BINTI WADIRAN DG44 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 34. NORWARNI BINTI ABDUL MANAP DG44 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 35. NURDIYANA SURAYA BINTI MOHD ZULKAFLI DG44 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 36. NUR IRDEENA QAISARAH GUNONG ABDULLAH DG44 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 37. NUR WAHIDA BT. AZIS DG44 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 38. NUR ZAHIRRA BINTI ABDUL RAZAK DG44 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 39. SITI HAWA BINTI AZIZ DG44 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 40. SITI SHAZWANA BINTI MOHAMAD KAMIL DG44 GPKIB - GURU PEND KHAS INTEGRASI (PEMBELAJARAN) 41. EMIRUL SUFI HAFIDZ BIN MD RAFAR DG41 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG (WARDEN) 42. KHUMAINI BINTI MAT ZULKRI DG41 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG (WARDEN) 43. MOHAMAD ADAM BIN AHMAD TAMIZI DG41 GPA - GURU PENOLONG AGAMA 44. MOHD ARSHAD BIN KHADIR @ DG41 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG


47 KRISHNASAMY 45. NOOR NISHA BINTI MOHAMED SAHRIF DG41 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 46. SITI HAJAR BINTI MOHD ROSLI DG41 GPKIB - GURU PEND KHAS INTEGRASI (PEMBELAJARAN) 47. SYIFA ADILAH BINTI SHAFIEE DG41 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG (WARDEN) 48. UMAR WAFI BIN GHAZALI DG41 GPA - GURU PENOLONG AGAMA (KETUA WARDEN) 49. NORSALBIAH BINTI MOHD SAID DG38 GAB - GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG 17.0 SENARAI KAKITANGAN KUMPULAN PELAKSANA SMK TUNKU BESAR BURHANUDDIN 2024/2025 BIL NAMA GRED SSM PENTADBIRAN 1. ROSLINA BINTI LOKMANNUL HAKIM N19 0025 - PEMBANTU TADBIR (P/O) 2. NORSHAFIQAH BINTI NORDIN N19 0024 - PENYELIA ASRAMA 3. NUR SYAFIRA BINTI MHD NAZER N19 0024 - PENYELIA ASRAMA 4. AZALINA BINTI ABDUL RAHMAN N19 0047 - PEMBANTU PENGURUSAN MURID (INTEGRASI) 5. NORLI BINTI AZHAR N19 0026 - PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PRASEKOLAH) 7. ABD JALIL BIN TALIB C22 (KUP) 0008 - PEMBANTU MAKMAL 8. MUKHTAZIR BIN MOHD PILUS C22 (KUP) 0008 - PEMBANTU MAKMAL 9. AZMAN BIN ABU HASSAN C22 (KUP) 0008 - PEMBANTU MAKMAL 10. MURNI BINTI MOHAMED C22 (KUP) 0008 - PEMBANTU MAKMAL 11. NOR AZA BINTI A. RAHMAN C19 0008 - PEMBANTU MAKMAL 12. MUHAMAD AZLI BIN HARUN FT19 0009 - JURUTEKNIK KOMPUTER 13. SUZILAWATIE BINTI RAZALI N11 0090 - PEMBANTU OPERASI 14. WAN MOHD REDZUAN BIN WAN ISMAIL N11 0090 - PEMBANTU OPERASI


Click to View FlipBook Version