The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurul3785, 2021-04-04 23:39:26

TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MUHAMMAD YASSIN

BUKU SKRAP SLB

TOKOH PEMIMPIN
JOHOR

YAB TAN SRI DATO’
HAJI MUHYIDDIN
BIN MUHAMMAD
HAJI YASSIN

Nama Peserta : Nur Amirah binti Mohamed Amin

Kelas : 5 Teamwork

Alamat e-mail : [email protected]

Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam

Alamat sekolah : Jalan Lim Lew Leong,Taman Tanah
Merah,83000 Batu Pahat, Johor

Gambar Peserta:

PENDAHULUAN:

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman. Saya bersyukur dan amat
berbesar hati kerana dengan izin-Nya, saya dapat menghasilkan buku skrap digital bertajuk Tokoh
Pemimpin Johor. Saya telah memilih seorang pemimpin yang berasal dari negeri Johor iaitu, YAB
Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin di mana beliau merupakan Perdana
Menteri Malaysia ke-8. Pelbagai kupasan dan huraian yang terperinci berkaitan dengan beliau telah
saya susun dan olah dalam buku skrap digital ini. Diucapkan berbanyak terima kasih kepada ibubapa
dan ahli keluarga saya, tidak dilupakan juga kepada guru Student Leaders Board (SLB) SK Tengku
Mariam, Batu Pahat, Johor , Cikgu Nurul Shahida Binti Daud, di atas bimbingan dan panduan
kepada saya dalam menghasilkan buku skrap digital ini. Saya berharap dapat berkongsi maklumat
dengan pembaca semua dan berharap agar kita memperoleh manfaat dari buku skrap digital ini.

BIODATA TOKOH PEMIMPIN:

Nama : Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin

Tarikh Lahir : 15 Mei 1947

Tempat Lahir: Muar, Johor Darul Takzim, Malaysia

Umur : 74 Tahun

Agama : Islam

Tinggi : 1.65 m

Isteri : Datin Noorainee Haji Abdul Rahman ( umur 71 tahun)

(Berkahwin sejak 22 September 1972)

Anak-anak : Fakhri Yassin (umur 45 tahun)

Nabilah (umur 43 tahun)

Najwa (umur 34 tahun)

Farhan Yassin (umur 28 tahun)

Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian Melayu (1970)

Alma mater : Universiti Malaya

Perkerjaan : Perdana Menteri
Ahli Parlimen
Ahli Dewan Negeri

Profesion : Ahli Politik

Dikenali kerana: Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8

Gaji : RM22,826.65 sebulan

Jawatankuasa: Jawatankuasa Pemilih

Portfolio : Jabatan Perdana Menteri Malaysia

Anugerah : Panglima Setia Mahkota (PSM) Persekutuan, SPMJ (Johor), SHMS (Kedah), SPSA
(Perak), SPMP (Perlis), SUNS (Negeri Sembilan), SPDK (Sabah), DUNM
(Melaka), DP,PNBS ( Sarawak), SMJ,PIS (II), BSI (Johor).

Keluarga : Bapa Muhyiddin iaitu Muhammad Yassin Muhammad, ialah seorang ulama
yang amat dikenali di Bandar Maharani, Muar.

Senarai ahli keluarga dan adik beradik:
1) Puan Hajjah Maznah Binti Haji Daud

- Mustapha, Ahmad , Muhammad, Haron, Abd Ghaffar, Abd Hamid, Adilah, Abd Rahman

2) Puan Hajjah Khadijah Binti Haji Kassim (Bonda)
- Norani, Abd Aziz , Ismail, Shaaran, Abdullah , Fadhillah, Rohana , Mahiaddin , Shahid,
Fatimah

3) Puan Hajjah Sapiah Binti Haji Abdullah
- Alaudin, Faridah, Aliah, Tahira, Ghaffor, Rashidin, Raeha, Mazfar, Raihan, Ajib, Khalilah,
Dorra, Horra, Haniah , Redza, Zaherah, Rahibah, Rabihah, Mohd Adi, Yasir, Nasir

4) Puan Hajjah Kintan Binti Haji Ibrahim
- Shaharuddin, Kamaruddin, Abd Hai, Salehuddin, Fadzillah, Baharuddin, Shahariah,
Badaruddin

Hobi : Membaca buku, bermain golf dan badminton

Majikan : Kerajaan Malaysia

Kampung Asal: Kampung Haji Mohd Yassin,

Batu 1 1 / 4 Jalan Bakri,

Bandar Maharani,

Pangkat Muar, Johor Darul Takzim.
: Yang Amat Berhormat(YAB) Tan Sri Dato’ Perdana Menteri Malaysia

Terma : 1 Mac 2020 - sehingga kini

PENDIDIKAN TOKOH :

Pendidikan Awal:
Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani, Muar dan Sekolah Kebangsaan
Ismail,Muar dan seterusnya ke Sekolah Tinggi Muar.

Pendidikan Tinggi:
YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Bin Haji Yassin telah menyambung pengajian di pertingkat tinnggi
di Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1968) hingga berjaya memperoleh Sarjana Muda (Kepujian)
dalam bidang Ekonomi dan Pengajian Melayu pada tahun 1971.

KERJAYA TOKOH:

Merangkumi Sektor Korporat dan Politik.
*1970 - Memulakan kerjaya awal sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Darul Ta`zim

(Bahagian Latihan dan Biasiswa)

*1971 - Menyertai UMNO. Dilantik Bendahari UMNO Muar -Pagoh

*1974 - Ketua Pemuda UMNO Pagoh / Setiausaha pemuda UMNO Johor
- Penolong Pegawai Daerah Muar
- Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad dan Sergam Berhad
- Pengarah Syarikat Equity Mal Johor) Sdn Bhd.

*1978 - Ahli Parlimen Pagoh

*1982 - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh

*1985 - Ahli Majlis Tertinggi UMNO

*1986 - Menteri Besar Johor ke-13

*1993 - Menang Naib Presiden UMNO

*1996 - Gagal pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO

*4 Mei 1995 - 14 Disember 1999 - Menteri Belia dan Sukan

*2000 - Menang semula pemilihan Naib Presiden UMNO (Undian ketiga tertiggi).

*15 Disember 1999 - 26 Mac 2004 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

*27 Mac 2004 - 18 Mac 2008 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

*19 Mac 2008 - 9 April 2009 - Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

*26 Mac 2009 - 26 Februari 2016 - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional

*26 Mac 2009 - 26 Februari 2016 - Timbalan Presiden UMNO

*10 April 2009 - 11 Ogos 2013 - Menteri Pendidikan

*2016 - Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO berikutan Isu 1 Malaysia
Development Berhad (1MDB)

*Jun 2016 - Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO

*September 2016 - Menjadi antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan
dilantik sebagai Presiden

*13 Julai 2017 - Dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam struktur Baharu Majlis Presiden
Pakatan Harapan

*22 Ogos 2017 - Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan Johor

*2018 - Dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri

*29 Februari 2020 - Diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan oleh YDP Agong Al-Sultan
Abdullah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah dan secara rasminya
menyandang tugas pada tanggal 1 Mac 2020.

SUMBANGAN TOKOH:

Sumbangan YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin kepada Malaysia adalah amat besar.
Perjuangan beliau dalam bidang politik dan menerajui pentadbiran negara Malaysia tidak dapat
disangkal lagi. Penglibatan beliau dalam bidang politik telah kita ketahui sejak tahun 1971 sehingga
kini. Manakala dari segi pentadbiran negara, pelbagai tugas telah beliau sandang dan kini beliau
menerajui negara dengan menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8, atas
perlatikan YDP Agong Al-Sultan Abdullah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah

Sebagaimana yang kita ketahui, tugas yang dipikul YAB adalah amat berat. Beliau menerajui
tampuk pemerintahan negara pada ketika dunia dilanda pandemik wabak COVID-19. Keadaan yang
amat sukar di mana pada awal penularan wabak ini, kehidupan sosial rakyat berubah secara serta
merta dan pergerakan amat terhad untuk membendung wabak ini. Ini telah menjejaskan pendapatan
rakyat dan ekonomi negara malah ekonomi dunia secara global.

Jika dilihat dari segi pengurusan kerajaan dalam menangani penularan COVID-19 dan kaedah
mengendalikan impak ekonomi ke atas rakyat Malaysia telah menunjukkan kewibawaan dan
keprihatinan YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin sebagai ketua kerajaan Malaysia. Ini telah
mendatangkan kelegaan besar kepada rakyat walaupun berada dalam keadaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020 sehingga kini. Pelbagai cara dan insentif telah ditawarkan agar
rakyat tidak terbeban sepenuhnya dan dapat meneruskan kehidupan yang mencabar dalam keadaan
penularan wabak ini. Pihat perbankan juga telah memberikan komitmen yang baik dengan
melaksanakan moratorium secara menyeluruh. Langkah yang menunjukkan beliau memahami sistem
ekonomi yang membawa kesan baik pada persekitaran pelbagai dimensi ekonomi dan sosial negara.

YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengangkat sumpah
jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 pada 1 Mac 2020. Hanya selepas 16 hari menerajui

pentedbiran negara, beliau mengambil langkah drastik mengisytiharkan PKP bagi mengekang
penularan COVID-19 dan 11 hari kemudian mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin
Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang menawarkan pelbagai bantuan kepada rakyat dan
pihak industri yang terkesan dengan COVID-19 termasuk Bantuan Prihatin Rakyat. Tidak salah dan
terlalu awal juga menurut Md Shukri, jika dilabelkan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Bapa
Kebajikan Rakyat, dek pelbagai bantuan diberikannya kepada rakyat bagi membantu mereka
menongkah arus kemelesetan ekonomi ekoran COVID-19 yang sedang melanda negara. Turut
bersetuju ialah Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia
(USM) Prof Madya Dr Sivamurungan Pandian yang menyifatkan Muhyiddin sebagai seorang
pemimpin pragmatik yang meleraikan masalah rakyat secara praktikal, sesuai dengan keadaan
semasa atau realiti ekosistem tanah air.

YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin hadir ketika negara berhadapan dengan krisis kesihatan,
ekonomi dan politik, justeru sudah tentu ada keputusan popular dan tidak popular dibuat untuk
memastikan hala tuju negara tidak terjejas. Pengiktirafan ini bukan sahaja di dalam negara. Beliau
turut diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan dunia atas keupayaan Malaysia berhadapan
dengan wabak COVID-19 ini. Sebagai rekod, beliau sebelum ini turut menerima panggilan telefon
daripada rakan sejawat Amerika Syarikat Donald Trump dan Iran Hassan Rouhani bagi
membincangkan mengenai hubungan dua hala dan COVID-19. Sivamurungan turut menarik
perhatian terhadap kepribadian YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin yang tidak kekok dan
beramah mesra dengan rakyat.

Berlatarbelakangkan suasana politik tanah air yang mencabar dengan beberapa pemimpin politik
`bercakaran’ merebut kuasa, kemunculan YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin sebagai Perdana
Menteri yang berperwatakan sederhana, sabar, bijak dan berani dilihat tepat pada masanya. Pengarah
Insitut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM),

Dr Mashitah Mohd Udin berpendapat kejayaan YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin
sepanjang menerajui negara terserlah apabila beliau mampu meneruskan pentadbiran kerajaan
dengan baik meskipun sering diasak dan diserang daripada pelbagai sudut oleh musuh politiknya.
Walaupun berdepan cabaran politik, YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin telah memimpin
kerajaan Malaysia dengan baik dan mengekalkan keamanan Negara Malaysia yang mempunyai
rakyat berbilang kaum.

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI

GENERASI SEKARANG

YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin merupakan pemimpin negara yang mempamerkan personaliti
yang baik, lebih banyak bekerja daripada bercakap kosong dan disenangi rakyat dengan perwatakan
sebagai ‘figura bapa’. Beliau juga dilihat tidak mendominasi atau mencampuri tugas beliau sebagai
pemimpin negara dan amat fokus dalam mengangani isu semasa berkadaran dengan keadaan negara
pada ketika ini.

Beliau tampil dengan gaya santai, selain sentiasa mengikut perkembangan terkini isu tular di
kalangan rakyat, dilihat berjaya merapatkan jurang antara pemimpin dan rakyat. Pertuturan beliau
yang mudah dan jelas telah membawa kesan yang positif kepada rakyat.

YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin, telah berganding bahu bersama-sama menteri-menteri
kabinet yang lain untuk menangani wabak COVID-19, dari aspek kesihatan, sosial dan ekonomi.
Beliau telah dilihat cuba mencari jalan dan memberikan penyelesaian yang terbaik agar kebajikan
rakyat dan kemaslahatan negara terpelihara. Semangat jati ini amat dipuji dan berharga di saat rakyat
terhimpit dalam kekangan kewangan.

Beliau juga mengetuai solat berjemaah dan bertakbir raya malah sama-sama menadah tangan
berdoa untuk kesejahteraan rakyat dan negara, turut menambah nilai kepiimpinan dan kewibawaan
beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.

PENUTUP / KESIMPULAN:

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin merupakan seorang pemimpin
yang berwibawa dan berperibadi mulia. Bakat kepimpinan beliau tidak dapat dsaingkal lagi
berdasarkan sumbangan beliau dalam bidang pentadbiran negara. Bak kata pepatah, kepimpinan
melalui teladan. Semoga beliau menjadi pemimpin yang dapat kita contohi dan disegani bukan
sahaja di sini malah di mata dunia. Saya berharap beliau terus memimpin negara kita dan seterusnya
menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang maju serta terbaik di dunia. Semoga beliau sentiasa
sihat di bawah lindungan-Nya dan negara kita aman makmur serta sejahtera.

Pergi ke kedai membeli kaya,
Sambil bersiar-siar menaiki kereta,
Malaysia negara yang aman makmur dan berjaya,
Semoga terus maju di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri kita.

Semoga dengan penghasilan buku skrap digital ini dapat memberi ilmu dan manfaat kepada kita
semua. Akhir kata wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

SUMBER/RUJUKAN :

1) Portal: Muhyiddin Yassin ( Wikipedia, ensiklopedia bebas)
2) Artikel: Muhyiddin Yassin terbaik kerana semangat kental, berpengalaman (Sumber: Sinar

Harian; 2 Mac 2020)
3) Artikel: ‘Muhyiddin Perdana Menteri pramatik’ (Sumber: Berita Harian; 10 Jun 2020)


Click to View FlipBook Version