The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanmanaf, 2024-05-31 19:17:00

smkts perlis sem 2 2023

smkts perlis sem 2 2023

Keywords: stpm sem 2

1 percubaan smkts perlis sem 2 2023 Nama :…………………………………………………… Tingkatan:………………………… 900/2 STPM 2023 PENGAJIAN AM KERTAS 2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU SULEIMAN PERLIS 1 Jam 30 Minit Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab semua soalan dalam Bahagian A Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua soalan tetapi, hanya jawapan yang pertama akan diperiksa. Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan tetapi, hanya jawapan yang pertama akan diperiksa. Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada helaian jawapan yang baharu. Ikat helaian jawapan anda bagi Bahagian A, Bahagian B, termasuk kertas graf , dan Bahagian C Isi maklumat diri anda pada halaman muka hadapan ini. Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak. © Panitia Pengajian Am SMKTS 2023 Untuk kegunaan pemeriksa Bahagian A 1 2 3 4 Bahagian B Bahagian C Jumlah


2 percubaan smkts perlis sem 2 2023 Bahagian A [15 markah] Jawab semua soalan.Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan. 1 Nyatakan empat sebab pentingnya rakyat Malaysia perlu menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara. [4] (a)……………………………………………………………………………………… (b)……………………………………………………………………………………… (c)……………………………………………………………………………………… (d)……………………………………………………………………………………… 2 Nyatakan empat cabaran yang harus dihadapi bagi mencapai matlamat negara maju. [4] (a)……………………………………………………………………………………… (b)……………………………………………………………………………………… (c)……………………………………………………………………………………… (d)……………………………………………………………………………………… 3 Nyatakan empat usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. [4] (a)……………………………………………………………………………………… (b)……………………………………………………………………………………… (c)……………………………………………………………………………………… (d)……………………………………………………………………………………… 4 Senaraikan tiga dasar awam yang berkaitan ekonomi negara [3] (a)………………………………………………………………………………………. (b)……………………………………………………………………………………… (c)………………………………………………………………………………………


3 percubaan smkts perlis sem 2 2023 Bahagian B [20 markah] Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ni. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. 5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kes pengabaian warga tua mengikut premis rujukan terpilih di Semenanjung Malaysia pada tahun 2010 hingga tahun 2013. Warga tua ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Aging in 1982” Vienna. Kebanyakan kes pengabaian warga tua dirujuk di beberapa hospital dan premis penjagaan orang-orang tua. Pada tahun 2010 jumlah keseluruhan kes pengabaian yang dirujuk di premis terpilih sebanyak 585 kes, namun pada tahun 2011 jumlah kes berkurang kepada 549 kes. Manakala pada tahun 2013 jumlah kes pengabaian meningkat sebanyak 97 kes kepada 568 kes berbanding tahun 2012 Daripada jumlah kes tahun 2010, kes pengabaian warga tua yang dirujuk di Hospital Kuala Lumpur seramai 246 kes dan jumlah rujukan kes pengabaian di Hospital Ampang sebanyak 97 kes . Kes yang dirujuk di hospital-hospital awam lain pula mencatatkan jumlah kedua tertinggi pada tahun 2010 sebanyak 153 kes dan rujukan kes di rumah-rumah kebajikan lain kurang sebanyak 64 kes berbanding kes yang dirujuk di hospital-hospital awam lain. Bagi kes pengabaian yang dirujuk di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 2011 mencatatkan 201 kes diikuti rujukan ke Hospital Ampang sebanyak 88 kes. Manakala rujukan di hospital-hospital awam pula mencatat 165 kes dan rujukan kes di rumah-rumah kebajikan lain meningkat sebanyak 6 kes kepada 95 kes. Pada tahun 2012, kes pengabaian warga tua yang dirujuk di Hospital Kuala Lumpur sebanyak 24% daripada jumlah keseluruhan kes iaitu 471 kes. Manakala bagi kes yang dirujuk di Hospital Ampang dan hospital-hospital awam lain masing-masing mencatatkan 98 kes dan 159 kes. Rujukan kes di rumah-rumah kebajikan lain pada tahun 2012 sebanyak 101 kes tetapi merosot kepada 92 kes pada tahun berikutnya. Rujukan kes pengabaian warga tua di Hospital Kuala Lumpur telah meningkat kepada 198 kes pada tahun 2013 , manakala kes yang dirujuk di Hospital Ampang berkurang kepada 97 kes. Kes pengabaian warga tua melonjak kepada 181 kes yang merupakan kedua tertinggi yang dirujuk di hospital-hospital awam lain. Jumlah selebihnya adalah rujukan kes di rumahrumah kebajikan lain. Bagi melindungi warga tua daripada kes penderaan dan pengabaian, Akta 521 boleh diguna pakai dan mangsa boleh memohon remedi di bawah perintah perlindungan sementara ( IPO ). (Disesuaikan daripada Laporan Jabatan Kerja Sosial dan Rumah Kebajikan Kuala Lumpur, Malaysia.2014 )


4 percubaan smkts perlis sem 2 2023 6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan bilangan bayi berdasarkan pendaftaran kelahiran di negeri-negeri terpilih di Malaysia pada tahun 2014 hingga tahun 2016. Pendaftaran setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia wajib didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran bayi tersebut. Statistik menunjukkan berlaku peningkatan berterusan dalam pendaftaran kelahiran bayi pada tahun 2014 hingga tahun 2016. Pada tahun 2015 berlaku peningkatan sebanyak 2,479 bayi telah didaftarkan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 186,536 bayi. Manakala tahun 2016 sebanyak 191,210 bayi telah didaftarkan. Jumlah keseluruhan pendaftaran kelahiran tertinggi ialah di negeri Selangor iaitu berjumlah 252,643 bayi. Kadar pendaftaran kelahiran di negeri Selangor mencatatkan 43.80% daripada jumlah keseluruhan pendaftaran kelahiran pada tahun tersebut. Pendaftaran kelahiran di negeri Selangor meningkat kepada 83,036 bayi pada tahun 2015. Jumlah ini meningkat sebanyak 4,868 bayi pada tahun berikutnya. Negeri Perlis merupakan negeri yang mencatatkan pendaftaran kelahiran paling rendah bagi ketiga-tiga tahun yang diliputi berjumlah 14,313 bayi. Buktinya, sebanyak 4,883 bayi telah didaftarkan pada tahun 2014. Statistik ini menurun sebanyak 132 bayi pada tahun berikutnya. Bilangan bayi yang selebihnya didaftarkan pada tahun 2016. Pendaftaran kelahiran di negeri Johor menunjukkan jumlah yang tidak konsisten iaitu naik dan turun. Pada tahun 2014, kelahiran di negeri Johor yang didaftarkan ialah seramai 61,624 bayi. Jumlah pendaftaran kelahiran meningkat sebanyak 920 bayi pada tahun 2015, tetapi kembali menurun sebanyak 1,785 bayi pada tahun 2016. Hal ini menjadikan jumlah keseluruhan pendaftaran negeri Johor adalah sebanyak 184,927 bayi. Jumlah keseluruhan pendaftaran kelahiran bagi negeri Kelantan sepanjang tahun diliputi adalah sebanyak 114,878 bayi. Kelahiran yang didaftarkan di negeri Kelantan pada tahun 2015 ialah seramai 38,684 bayi, iaitu melebihi sebanyak 358 bayi berbanding tahun 2014. Pendaftaran kelahiran di negeri Kelantan menurun pada tahun 2016 sebanyak 816 bayi yang lahir berbanding tahun sebelumnya. ( Disesuaikan daripada Statistik Pendaftaran Kelahiran Mengikut Negeri, www.data.gov.my )


5 percubaan smkts perlis sem 2 2023 Bahagian C [25 markah] Jawab satu soalan sahaja. Tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan. Calon hendaklah mengemukakan lima isi atau idea sahaja bagi karangan yang dihasilkan. 7. Usaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermoral dan beretika berhadapan dengan pelbagai halangan. Jelaskan. 8. Perkembangan ekonomi digital dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara ini. Jelaskan.


6 percubaan smkts perlis sem 2 2023 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU SULEIMAN PERLIS 900/2 STPM 2023 SKEMA JAWAPAN DAN SKEMA PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGAJIAN AM KERTAS 2


7 percubaan smkts perlis sem 2 2023 BAHAGIAN A 1 Nyatakan empat sebab pentingnya rakyat Malaysia perlu menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara. [4] Bil Isi/Idea 1 Membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum 2 Melahirkan rakyat yang berjiwa patriotik/cintakan negara 3 Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika 4 Mewujudkan masyarakat yang menghormati perlembagaan 5 Mengukuhkan jati diri masyarakat 6 Membina masyarakat yang saintifik dan progresif 7 Mewujudkan sebuah masyarakat yang adil 8 Memelihara cara hidup demokratik 9 Membentuk sebuah masyarakat yang liberal terhadap kebudayaan 10 Mewujudkan masyarakat yang patuh / hormati undang-undang Jawapan: Mana-mana 4 isi/idea 2 Nyatakan empat cabaran yang harus dihadapi bagi mencapai matlamat negara maju. [4] Bil Isi/Idea 1 Mewujudkan negara Malaysia bersatu 2 Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas 3 Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang 4 Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika 5 Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur 6 Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif 7 Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan budaya menyayangi 8 Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi 9 Mewujudkan masyarakat yang makmur Jawapan: Mana-mana 4 isi/idea 3 Nyatakan empat usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. [4] Bil Isi/Idea 1 Mempererat perpaduan rakyat 2 Mentransformasi pendidikan 3 Meningkatkan tingkat pendapatan perkapita rakyat 4 Menambahkan prasarana yang moden/lengkap 5 Merancakkan pertumbuhan sektor ekonomi negara 6 Meningkatkan taraf kesihatan 7 Memanfaatkan sumber alam sepenuhnya 8 Memajukan teknologi 9 Membangunkan modal insan 10 Meningkatkan pelaburan 11 Menguruskan alam sekitar dengan cekap Jawapan: Mana-mana 4 isi/idea


8 percubaan smkts perlis sem 2 2023 4 Senaraikan tiga dasar awam yang berkaitan ekonomi negara. [3] Bil Isi/Idea 1 Dasar Automatif Negara 2 Dasar Pertanian Negara 3 Dasar Agro Makanan Negara 4 Dasar Komoditi Negara 5 Pelan Induk Perindustrian 6 Program Transformasi Ekonomi 7 Dasar Perindustrian Berat 8 Dasar Sogoshosha Malaysia 9 Dasar Penswastaan 10 Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia 11 Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Kerajaan 12 Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara 13 Dasar Keusahawanan Nasional 14 Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 15 Dasar Kebangsaan Mengenai Industri 4.0/Industry4WRD 16 Model Ekonomi Baru 17 Dasar Ekonomi Baru 18 Dasar Pelancongan Negara Jawapan: Mana-mana 3 isi/idea


9 percubaan smkts perlis sem 2 2023 BAHAGIAN B Cara Pemberian markah Bil Ciri jawapan Kriteria Taraf Markah 1 Pengkelasan pemboleh ubah ( 6 markah ) ( PA ) (a ) Paksi ( b ) Maklumat pemboleh ubah -peratusan, klasifikasi, sektor, nilai -bidang / sektor, kedudukan, peratusan yang diperlukan untuk carta / graf Lengkap Baik 5-6 Kurang Lengkap Sederhana 3-4 Tidak lengkap Lemah 1-2 2 Kesesuaian teknik ( 6 markah ) ( KT ) (a ) Pemilihan media ( b ) Kedudukan media pada muka kertas (c ) Letakan / susun atur (d ) Kedudukan petunjuk -sebaik-baiknya di bawah, dikiri (e )Kedudukan tajuk’ -mesti di atas, ditengah, dan UPPERCASE (f ) Sumber – mesti bahagian bawah di sebelah kanan (g ) Pembezaan sektor Sesuai Baik 5-6 Kurang Sesuai Sederhana 3-4 Tidak sesuai Lemah 1-2 3 Ketepatan isi ( 6 markah ) ( KI ) ( a) Keterangan maklumat ( b ) Label-peratusan tahun ( c ) Perangkaan ( d ) Skala / nisbah ( e ) Petunjuk ( f ) Tajuk ( g ) Titik asas ( 0 ) ( h ) Sumber Tepat dan cukup Baik 5-6 Kurang tepat tetapi cukup Sederhana 3-4 Kurang tepat, tidak cukup Lemah 1-2 4 Kekemasan ( 2 markah ) ( KM ) Media kemas Baik 2 Media kurang kemas Lemah 1


10 percubaan smkts perlis sem 2 2023 BAHAGIAN B PERINCIAN PEMARKAHAN PA KT KI KM Jumlah A Salah Media : Rujuk jadual ( Rujuk E ) 1 1/20 B Maklumat salah 1. Tiada tajuk / salah tajuk 3 3 3 1@2 10/20 @ 11/ 20 2. Tiada tahun pada tajuk / tiada tempat 3 3 3 1@2 10/20@ 11/20 3. Tiada petunjuk / petunjuk pada muka surat lain 3 3 3 1@2 10/20@ 11/20 4. Tiada peratus / unit di paksi / jumlah besar / label tidak lengkap 3 3 3 1@2 10/20@ 11/20 5. Salah peratus / unit di paksi / jumlah besar / label tidak lengkap 4 4 4 1@2 13/20 @ 14/20 6. Salah penulisan nilai di paksi / salah plot keseluruhan data 3 3 1 1 8/20 7. Tahun sebagai petunjuk (Rujuk E) 1 1/20 C 1. Sumber tidak lengkap 6 6 5 1@2 18/20 @ 19/20 2. Tiada sumber 6 6 4 1@2 17/20@ 18/20 D Pembezaan sektor 1. Jika menggunakan warna sepenuhnya 6 6 6 1@2 19/20 @ 20/20 2. Jika berlorek 6 4 6 1 17/20 3. Jika menggunakan gabungan warna dan lorekan 6 3 6 1 16/20 4. Jika menggunakan abjad atau angka 6 1 6 1 14/20 5. Jika tiada warna /lorek /abjad /angka pada media dan petunjuk 1 1 1 1 4/20 6. Jika calon melukis simbol/abjad/angka (untuk graf garis) 6 5 6 1 18/20 7. Tambahan pembolehubah garis 5 5 5 1 16/20


11 percubaan smkts perlis sem 2 2023 PEMARKAHAN UNTUK JADUAL Tajuk Butiran Sumber Jumlah E 1. Jadual yang lengkap 2 2 1 5 / 20 2. Jadual tanpa tajuk / unit / data / label 0 0 0 0 / 20 3. Tajuk/ unit/ data / label yang tidak lengkap 1 1 1 3 / 20 4. Ada tajuk tetapi salah 1 2 1 4 / 20 *Tajuk tidak ‘menghidupkan’ label yang tiada atau salah


12 percubaan smkts perlis sem 2 2023 5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kes pengabaian warga tua mengikut premis rujukan terpilih di Semenanjung Malaysia pada tahun 2010 hingga tahun 2013. Warga tua ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Aging in 1982” Vienna. Kebanyakan kes pengabaian warga tua dirujuk di beberapa hospital dan premis penjagaan orang-orang tua. Pada tahun 2010 jumlah keseluruhan kes pengabaian yang dirujuk di premis terpilih sebanyak 585 kes, namun pada tahun 2011 jumlah kes berkurang kepada 549 kes. Manakala pada tahun 2013 jumlah kes pengabaian meningkat sebanyak 97 kes kepada 568 kes berbanding tahun 2012 Daripada jumlah kes tahun 2010, kes pengabaian warga tua yang dirujuk di Hospital Kuala Lumpur seramai 246 kes dan jumlah rujukan kes pengabaian di Hospital Ampang sebanyak 97 kes . Kes yang dirujuk di hospital-hospital awam lain pula mencatatkan jumlah kedua tertinggi pada tahun 2010 sebanyak 153 kes dan rujukan kes di rumah-rumah kebajikan lain kurang sebanyak 64 kes berbanding kes yang dirujuk di hospitalhospital awam lain. Bagi kes pengabaian yang dirujuk di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 2011 mencatatkan 201 kes diikuti rujukan ke Hospital Ampang sebanyak 88 kes. Manakala rujukan di hospital-hospital awam pula mencatat 165 kes dan rujukan kes di rumah-rumah kebajikan lain meningkat sebanyak 6 kes kepada 95 kes. Pada tahun 2012, kes pengabaian warga tua yang dirujuk di Hospital Kuala Lumpur sebanyak 24% daripada jumlah keseluruhan kes iaitu 471 kes. Manakala bagi kes yang dirujuk di Hospital Ampang dan hospitalhospital awam lain masing-masing mencatatkan 98 kes dan 159 kes. Rujukan kes di rumah-rumah kebajikan lain pada tahun 2012 sebanyak 101 kes tetapi merosot kepada 92 kes pada tahun berikutnya. Rujukan kes pengabaian warga tua di Hospital Kuala Lumpur telah meningkat kepada 198 kes pada tahun 2013 , manakala kes yang dirujuk di Hospital Ampang berkurang kepada 97 kes. Kes pengabaian warga tua melonjak kepada 181 kes yang merupakan kedua tertinggi yang dirujuk di hospital-hospital awam lain. Jumlah selebihnya adalah rujukan kes di rumah-rumah kebajikan lain. Bagi melindungi warga tua daripada kes penderaan dan pengabaian, Akta 521 boleh diguna pakai dan mangsa boleh memohon remedi di bawah perintah perlindungan sementara ( IPO ). (Disesuaikan daripada Laporan Jabatan Kerja Sosial dan Rumah Kebajikan Kuala Lumpur, Malaysia.2014 ) 5 Jawapan : Graf Bar Komponen/Graf Garis Komponen SEMENANJUNG MALAYSIA: JUMLAH KES PENGABAIAN WARGA TUA MENGIKUT PREMIS RUJUKAN TERPILIH PADA TAHUN 2010 HINGGA TAHUN 2013 Tahun Premis Rujukan Jumlah kes pengabaian warga tua (Kes) 2010 2011 2012 2013 Hospital Kuala Lumpur 246 201 113 198 Hospital Ampang 97 (343) 88 (289) 98 (211) 97 (295) Hospital awam lain 153 (496) 165 (454) 159 (370) 181 (476) Rumah-rumah kebajikan lain 89 (585) 95 (549) 101 (471) 92 (568) Jumlah 585 549 471 568 (Disesuaikan daripada Laporan Jabatan Kerja Sosial dan Rumah Kebajikan Kuala Lumpur, Malaysia, 2014 )


13 percubaan smkts perlis sem 2 2023 Jawapan: Graf Bar Komponen (Disesuaikan daripada Laporan Jabatan Kerja Sosial dan Rumah Kebajikan Kuala Lumpur, Malaysia, 2014 ) Jawapan : Graf Garis Komponen (Disesuaikan daripada Laporan Jabatan Kerja Sosial dan Rumah Kebajikan Kuala Lumpur, Malaysia, 2014 ) 0 100 200 300 400 500 600 700 2010 2011 2012 2013 Jumlah kes pengabaian warga tua (Kes) Tahun SEMENANJUNG MALAYSIA: JUMLAH KES PENGABAIAN WARGA TUA MENGIKUT PREMIS RUJUKAN TERPILIH PADA TAHUN 2010 HINGGA TAHUN 2013 Hospital Kuala Lumpur Hospital Ampang Hospital awam lain Rumah-rumah kebajikan lain 0 100 200 300 400 500 600 700 2010 2011 2012 2013 Jumlah kes pengabaian warga tua (Kes) Tahun SEMENANJUNG MALAYSIA: JUMLAH KES PENGABAIAN WARGA TUA MENGIKUT PREMIS RUJUKAN TERPILIH PADA TAHUN 2010 HINGGA TAHUN 2013 Hospital Kuala Lumpur Hospital Ampang Hospital awam lain Rumah-rumah kebajikan lain


14 percubaan smkts perlis sem 2 2023 6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan bilangan bayi berdasarkan pendaftaran kelahiran di negeri-negeri terpilih di Malaysia pada tahun 2014 hingga tahun 2016. Pendaftaran setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia wajib didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran bayi tersebut. Statistik menunjukkan berlaku peningkatan berterusan dalam pendaftaran kelahiran bayi pada tahun 2014 hingga tahun 2016. Pada tahun 2015 berlaku peningkatan sebanyak 2,479 bayi telah didaftarkan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 186,536 bayi. Manakala tahun 2016 sebanyak 191,210 bayi telah didaftarkan. Jumlah keseluruhan pendaftaran kelahiran tertinggi ialah di negeri Selangor iaitu berjumlah 252,643 bayi. Kadar pendaftaran kelahiran di negeri Selangor mencatatkan 43.80% daripada jumlah keseluruhan pendaftaran kelahiran pada tahun tersebut. Pendaftaran kelahiran di negeri Selangor meningkat kepada 83,036 bayi pada tahun 2015. Jumlah ini meningkat sebanyak 4,868 bayi pada tahun berikutnya. Negeri Perlis merupakan negeri yang mencatatkan pendaftaran kelahiran paling rendah bagi ketiga-tiga tahun yang diliputi berjumlah 14,313 bayi. Buktinya, sebanyak 4,883 bayi telah didaftarkan pada tahun 2014. Statistik ini menurun sebanyak 132 bayi pada tahun berikutnya. Bilangan bayi yang selebihnya didaftarkan pada tahun 2016. Pendaftaran kelahiran di negeri Johor menunjukkan jumlah yang tidak konsisten iaitu naik dan turun. Pada tahun 2014, kelahiran di negeri Johor yang didaftarkan ialah seramai 61,624 bayi. Jumlah pendaftaran kelahiran meningkat sebanyak 920 bayi pada tahun 2015, tetapi kembali menurun sebanyak 1,785 bayi pada tahun 2016. Hal ini menjadikan jumlah keseluruhan pendaftaran negeri Johor adalah sebanyak 184,927 bayi. Jumlah keseluruhan pendaftaran kelahiran bagi negeri Kelantan sepanjang tahun diliputi adalah sebanyak 114,878 bayi. Kelahiran yang didaftarkan di negeri Kelantan pada tahun 2015 ialah seramai 38,684 bayi, iaitu melebihi sebanyak 358 bayi berbanding tahun 2014. Pendaftaran kelahiran di negeri Kelantan menurun pada tahun 2016 sebanyak 816 bayi yang lahir berbanding tahun sebelumnya. ( Disesuaikan daripada Statistik Pendaftaran Kelahiran Mengikut Negeri, www.data.gov.my ) 6. Jawapan :Graf Bar Kompaun / Graf Garis Kompaun MALAYSIA : PERUBAHAN BILANGAN BAYI BERDASARKAN PENDAFTARAN KELAHIRAN DI NEGERINEGERI TERPILIH PADA TAHUN 2014 HINGGA TAHUN 2016. Bilangan bayi berdasarkan pendaftaran kelahiran (bayi) Tahun Negeri 2014 2015 2016 Selangor 81,703 83,036 87,904 Perlis 4,883 4,751 4,679 Johor 61,624 62,544 60,759 Kelantan 38,326 38,684 37,868 Jumlah 186,536 189,015 191,210 ( Disesuaikan daripada Statistik Pendaftaran Kelahiran Mengikut Negeri, www.data.gov.my )


15 percubaan smkts perlis sem 2 2023 Jawapan: Graf Bar Kompaun ( Disesuaikan daripada Statistik Pendaftaran Kelahiran Mengikut Negeri, www.data.gov.my ) 0 10000 20000 30000 40000 50000 60000 70000 80000 90000 2014 2015 2016 Perubahan bilangan bayi berdasarkan pendaftaran kelahiran (bayi) Tahun MALAYSIA : PERUBAHAN BILANGAN BAYI BERDASARKAN PENDAFTARAN KELAHIRAN DI NEGERI-NEGERI TERPILIH PADA TAHUN 2014 HINGGA TAHUN 2016. Selangor Perlis Johor Kelantan


16 percubaan smkts perlis sem 2 2023 Jawapan: Graf Garis Kompaun ( Disesuaikan daripada Statistik Pendaftaran Kelahiran Mengikut Negeri, www.data.gov.my ) 0 10000 20000 30000 40000 50000 60000 70000 80000 90000 100000 2014 2015 2016 Perubahan bilangan bayi berdasarkan pendaftaran kelahiran (bayi) Tahun MALAYSIA : PERUBAHAN BILANGAN BAYI BERDASARKAN PENDAFTARAN KELAHIRAN DI NEGERI-NEGERI TERPILIH PADA TAHUN 2014 HINGGA TAHUN 2016. Selangor Perlis Johor Kelantan


17 percubaan smkts perlis sem 2 2023 BAHAGIAN C 7. Usaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermoral dan beretika berhadapan dengan pelbagai halangan. Jelaskan. Pendahuluan Bil Idea/Isi Huraian 1 Pengaruh negatif media massa / media sosial /media komunikasi • Penyalahgunaan media massa / sosial melalui pelbagai aplikasi • Pengguna bebas berkomunikasi tanpa bermoral dan beretika 2 Pengaruh negatif budaya luar /asing • Pengaruh budaya luar/asing yang negatif mudah menyerap dan menjadi ikutan terutamanya golongan muda • Merasakan budaya asing lebih hebat berbanding budaya tempatan 3 Pengaruh negatif keluarga • Keluarga yang bercerai/berpisah menghalang penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak • Keruntuhan institusi kekeluargaan menyebabkan hubungan renggang antara ahli keluarga 4 Pengaruh negatif masyarakat • Terdapat sebahagian besar ahli masyarakat yang mengamalkan sikap tidak bermoral dan beretika / kepincangan sosial dalam masyarakat • Pengamalan gaya hidup negatif seperti penyalahgunaan dadah dan minuman keras 5 Pengaruh negatif rakan sebaya • Sikap negatif rakan sebaya menjadi ikutan • Bimbang dipulaukan jika tidak mengikut tingkah laku rakan sebaya 6 Sikap individualistik / materialistik • Sikap mementingkan diri sendiri berbanding orang lain • Mengutamakan kemewahan hidup 7 Kurang penghayatan @ pegangan agama / moral / nilai-nilai murni • Rakyat tidak mementingkan penghayatan agama / moral / nilai-nilai murni • Sukar untuk mengamalkan sikap dan etika yang baik 8 Kurang penghayatan Rukun Negara • Rakyat tidak mengamal dan menghayati prinsip Rukun Negara dalam kehidupan harian • Tiada amalan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan 9 Penguatkuasaan undangundang yang longgar • Kelemahan penguatkuasaan undang-undang menyebabkan terdapat segelintir rakyat terus melakukan amalan yang tidak beretika dan bermoral 10 Kemiskinan • Kemiskinan menyebabkan terpaksa melakukan perbuatan yang meruntuhkan moral • Sanggup melakukan pelbagai gejala sosial demi kelangsungan kehidupan Penutup Jawapan: Mana-mana 5 idea/isi


18 percubaan smkts perlis sem 2 2023 8. Perkembangan ekonomi digital dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara ini. Jelaskan. Pendahuluan Bil Idea/Isi Huraian 1 Meningkatkan pendapatan • Pendapatan rakyat secara menyeluruh termasuk yang tinggal di luar bandar dapat ditingkatkan seperti petani, nelayan dan pengusaha kecil • Membolehkan pelbagai produk termasuk barangan pertanian dan industri desa dipasarkan ke seluruh dunia selain dapat menghapuskan orang tengah 2 Merancakkan pertumbuhan ekonomi negara • Ekonomi digital antara teras utama ekonomi Malaysia dengan menyumbang 23.2% kepada Keluaran Negeri Kasar (KDNK) • Pendapatan melalui e-dagang merangsang perkembangan ekonomi 3 Mewujudkan peluang pekerjaan baharu • Ekonomi digital mewujudkan peluang pekerjaan baharu seperti pakar rangkaian, pembangunan aplikasi mudah alih, saintis data dan pakar komuniti dalam rangkaian sosial • Peluang pekerjaan untuk pekerja gig dan yang berkemahiran digital 4 Menawarkan model perniagaan baharu • Produk dan perkhidmatan fizikal bertukar kepada digital seperti buku dan DVD di stor telah digantikan dengan e-buku dan penstriman video dalam talian • Pengkomputeran awan membolehkan perniagaan memperoleh perkhidmatan tanpa perlu memiliki dan menyelenggara aset berkaitan 5 Membuka pasaran yang lebih luas • Perniagaan dalam talian menyediakan saluran bagi memperluas jangkauan pasaran domestik dan antarabangsa • Peluang yang lebih besar untuk produk tempatan dipasarkan dan dijual secara e-dagang 6 Menjalankan urusniaga yang cepat / mudah / selamat • Pengguna menuju ke arah pendigitalan terutama melalui platform e-dagang dan perbnkan dalam talian • Pemprosesan secara elektronik bagi pesanan, maklumat peribadi dan perbankan serta akses yang lancar kepada maklumat telah menjadikan aktiviti perniagaan lebih mudah, cepat dan berkembang pesat. 7 Meningkatkan penyediaan infrastruktur digital • Meningkatkan keupayaan infrastruktur jalur lebar dan teknologi digital berkualiti tinggi yang menyokong dan menikmati akses sambungan Internet berkelajuan tinggi • Memperluaskan liputan infrastruktur untuk mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar


19 percubaan smkts perlis sem 2 2023 8 Meningkatkan kemasukan pelaburan asing • Teknologi digital yang canggih dan moden di bawa masuk oleh pelabur asing • Berlaku perkongsian dan pemindahan teknologi yang melahirkan golongan pekerja mahir 9 Peningkatan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih baik/efektif • Perkembangan ekonomi digital memerlukan kerajaan meningkatkan skop dan kualiti perkhidmatan awam • Portal e-kerajaan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan seperti permohonan lesen, pemfailan cukai dan proses perolehan Penutup Jawapan: Mana-mana 5 idea/isi


Click to View FlipBook Version