1.3 RANGSANGAN
DAN GERAK BALAS
DALAM
TUMBUHAN
Disediakan oleh
Cik Lee Tzyy Ling
Pn. Wong Choy Wan
SMK Buntong, Ipoh, Perak.
STANDARD KANDUNGAN : 1.3 RANGSANGAN DAN GERAK BALAS DALAM
TUMBUHAN
STANDARD PEMBELAJARAN :
1.3.1 Memerihalkan bahagian tumbuhan yang peka terhadap rangsangan..
1.3.2 Mewajarkan bagaimana tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan
untuk mendapatkan keadaan terbaik bagi tumbesaran.
1.3.3 Menjalankan eksperimen mengkaji gerak balas tumbuhan terhadap
pelbagai rangsangan.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Pada akhir modul ini, pelajar dapat
1. Menjelaskan bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan
2. Menulis sekurang-kurang dua kepentingan gerak balas dalam tumbuhan
terhadap rangsangan
3. Menulis gerak balas tumbuhan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang ditunjukkan
dalam modul
Marilah kita imbas kembali kandungan pembelajaran yang kita belajar
dalam 1.2.
Kita belajar manusia menggunakan lima organ deria untuk mengesan
rangsangn yang berbeza di persekitaran kita dan melakukan gerak
balas.
Ini berlaku untuk memastikan badan kita dapat bergerak balas dengan
sesuai terdapat rangsangan. Ini adalah untuk memastikan kita selamat
dan tidak dicederakan.
Bagaimana dengan tumbuhan? Adakah tumbuhan bergerak balas
terhadap rangsangan?
Kalau tumbuhan boleh bergerak balas terhadap rangsangan, jadi
apakah rangsangan kepada tumbuhan?
Bagaimanakah tumbuhan bergerak balas?
Marilah kita belajar jenis
rangsangan dan gerak
balas dalam tumbuhan
Cuba lihat pada tumbuhan!
Tumbuhan itu membengkok terhadap
cahaya
Cahaya merangsangkan
tumbuhan membengkok
kepadanya.
Ya, cahaya merupakan salah satu
rangsangan bagi tumbuhan.
Bolehkah anda nyatakan rangsangan
yang lain?
Apakah rangsangan untuk tumbuhan?
Rangsangan untuk tumbuhan adalah
a. Cahaya
b. Air
c. Tarikan graviti
d. Sentuhan
Kita belajar dari subtopik yang sebelum ini, kita mengetahui
bahawa bahagian badan yang tertentu seperti kaki dan
tangan akan menunjukkan gerak balas terhadap
rangsangan.
Bagaimana dengan tumbuhan?
Bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap
rangsangan adalah pucuk atau akar tumbuhan.
Pucuk
Akar
Marilah kita belajar jenis gerak
balas pada tumbuhan
A. Tropisme
Apakah itu tropisme?
Tropisme adalah gerak balas
tumbuhan terhadap rangsangan.
Gerak balas ini adalah lambat
Terdapat 4 jenis tropisme
1. Fototropisme – gerak balas terhadap cahaya
2. Hidropropisme – gerak balas terhadap water
3. Geotropisme – gerak balas terhadap tarikan graviti
4. Tigmotropisme – gerak balas terhadap sentuhan
Apa itu
fototropisme?
Fototropisme adalah gerak balas
tumbuhan ke arah cahaya.
Pucuk
bertumbuh * Apabila kita memerhatikan gambar yang
ke arah ditunjukkan, pucuk dalam rajah A dan B
cahaya
A menunjukkan fototropisme positif kerana
pucuk bertumbuh ke arah cahaya.
Pucuk
membengkok
dan bertumbuh
ke arah cahaya
B
Adakah akar bertumbuh ke arah cahaya?
Tidak.
Akar pada tumbuhan tidak bergerak balas terhadap
cahaya.
Maka kita boleh katakan bahawa akar tumbuhan
menunjukkan fototropisme negatif.
Fototropisme Pucuk
membengkok ke
Fototropisme positif arah cahaya
• Pucuk bertumbuh ke arah
cahaya.
Fototropisme negatif
• Akar tumbuhan
bertumbuh menjuhi dati
cahaya.
Apakah itu
hidrotropisme?
Hidrotropisme adalah gerak balas
tumbuhan ke arah air.
Pucuk Air
bertumbuh
ke atas Tanah Lembap Tanah kering Tanah Lembap
Tanah Lembap
• Berdasarkan pemerhatian pada rajah A and B, akar dalam rajah A bertumbuh
ke bawah dalam tanah lembap. Akar tumbuhan dalam rajah B membengkok
dan bertumbuh ke arah air, iaitu tanah yang lembap.
• Akar tumbuhan menunjukkan hidrotropisme positif kerana akar bertumbuh
ke arah air.
• Pucuk tumbuhan bergerak ke atas dan menjauhi dari air. Pucuk
menunjukkan hidrotropisme negatif.
Apakah itu geotropisme?
Geotropisme adalah gerak balas tumbuhan ke
arah tarikan graviti.
Akar Pucuk
tumbuhan tumbuhan
bertumbuh bertumbuh ka
atas, menjauhi
ke arah
graviti dari
rangsangan
Apabila pasu meletakkan secara mendatar, kita boleh memerhati
akar tumbuhan bertumbuh ke arah gravity. Akar tumbuhan
menunjukkan geotropisme positif.
Pucuk tumbuhan bertumbuh menjauhi dari graviti. Pucuk
menunjukkan geotropisme negatif.
Apakah itu tigmotropisme?
Tigmotropisme adalah gerak balas terhadap
sentuhan.
Pucuk tumbuhan bersentuh pada sebarang objek
yang bersentuhan.
● Tigmotropisme positif
Pucuk tumbuhan bersentuh pada sokongan seperti
pagar, rangka kayu untuk tumbuhan bertumbuh ke atas.
● Tigmotropisme negatif
Akar tidak menunjukkan gerak balas terhadap
rangsangan.
Batang pokok seri pagi melilit pada
pagar untuk mendapat sokongan
supaya dapat bertumbuh ke atas.
Sulur paut dari pucuk pokok timun
melilit pada rangka kayu untuk
mendapat sokongan.
Cuba scan kod QR
untuk menonton
video.
Kepentingan tropisme pada tumbuhan
Fototropisme Hidrotropisme
• Membantu tumbuhan mendapat • Membantu tumbuhan
cahaya untuk menjalankan mendapat air dan garam
fotosintesis
mineral dari bawah tanah
Geotropisme
Tigmotropisme
• Membantu tumbuhan mendapat air
• Membantu utmbuhan bertumbuh
dan garam mineral dari bawah
tanah ke atas untuk mendapat cahaya
• Akar dapat mencengkam dengan • Membantu tumbuhan mendapat
kuat pada permukaan bumi sokongan
B. Gerak Balas
Nastik
Apakah itu gerak balas
nastik?
Gerak balas Nastik adalah gerak balas tumbuhan
yang tidak bergantung kepada arah rangsangan.
Gerak balas itu adalah cepat.
Rangsangan kepada gerak balas nastik adalah
cahaya, haba atau sentuhan.
Contoh gerak balas nastik
Daun pada Venus flytrap menutup
apabila terdapat serangga tersinggah di
dalamnya.
Tumbuhan Mimosa menutup apabila
tersentuh.
Kepentingan Gerak Balas Nastik
• Untuk melindungi tumbuhan daripada cedera
• Untuk membantu tumbuhan mendapat makanan
Cuba scan kod QR
untuk menonton
video.
Venus flytrap dan pergerakan nastik
Uji Diri
UJI DIRI TP1
Padankan rangsangan dengan gerak balas tumbuhan dengan betul.
Tigmotropisme Air
Hidrotropisme Cahaya
Geotropisme Sentuhan
Fototropisme Graviti
Soalan Struktur
a. Nyatakan rangsangan dalam
1. .Rajah di sebelah telah eksperimen ini. (1m) TP 2
TP 1
menunjukkan satu ekspereimen b. Berikan maksud tropisme TP 2
yang dijalankan untuk mengkaji TP 2
gerak bals tumbuhan terhadap positive. (1m)
suatu rangsangan.
c. Berdasarkan rajah yang
diberikan, lukiskan keadaan
tumbuhan hijau 5 hari. (1m)
d. Namakan gerak balas yang
ditunjukkan pada pucuk
tumbuhan dalam rajah. (1m)
2. Aaron telah menjalankan
eksperimen untuk mengkaji
gerak balas akar anak pokok
terhadap rangsangan air.
Rajah di sebelah menunjukkan
pemerhatian Aaron.
Sistem akar
Sumber air
a. Berdasarkan keputusan tersebut, jelaskan bagaimana akar TP 2
tumbuhan itu bergerak balas terhadap rangsangan air? (1m) TP 2
TP 2
b. Nyatakan kepentingan gerak balas akar tersebut pada TP 2
tumbuhan. (1m)
c. Nyatakan gerak balas yang ditunjukkan oleh pucuk tumbuhan
dalam eksperimen ini.
d. Mengapakah pucuk tumbuhan tidak menunjukkan gerak balas
yang tidak sama seprti akarnya.(2m) Jelaskan
A PICTURE IS
WORTH THAN
THOUSAND
WORDS
THANKS!
Do you have any questions?
[email protected] +91
620 421 838 yourcompany.com
CREDITS: This presentation template was created
by Slidesgo, including icons by Flaticon, and
infographics & images by Freepik.
Please keep this slide for
attribution.