The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wongchoywan.wcw, 2020-12-17 03:11:21

Modul PdPR Haba Pemendakan

Modul PdPR Haba Pemendakan

Modul PdPR Kimia

Tingkatan 5

Termokimia

Haba Pemendakan

Disediakan oleh
Pn. Wong Choy Wan
Guru Cemerlang Kimia
SMK Buntong, Ipoh, Perak.

Marilah kita belajar tentang HABA PEMENDAKAN.

Cuba baca dan fahamkan nota yang cikgu berikan.
Sekiranya anda menghadapi masalah, boleh beritahu
cikgu melalui Whatsapp.

Cikgu sentiasa ada bersama dengan anda.

Jangan lupa, anda diberi masa seminggu.

Hantarkan jawapan soalan pentaksiran anda kepada
cikgu selewat-lewatnya pada

Tarikh: _________________

Masa: __________________

Tema: Haba Pada akhir a. Menyatakan maksud haba
modul, pemendakan.
murid boleh
b. Menentukan haba
Bidang 11.0 Termokimia pemendakan tindak balas
pembelajaran endotermik dan eksotermik
bagi pemendakan magnesium
karbonat dan argentum
klorida

Standard 11.2 Haba Tindak balas c. Menulis persamaan
kandungan termokimia bagi tindak balas
pemendakan

Standard 11.2.1 Menentukan haba pemendakan d. Membina gambarajah aras
pembelajaran melalui melalui aktiviti tenaga

e. Menyelesaikan masalah
penghitungan yang
melibatkan haba
pemendakan.

Imbas kembali dan tuliskan jawapan
anda dalam buku catatan.

1. Adakah magnesium karbonat larut dalam air?
2. Cadangkan dua jenis bahan yang diperlukan untuk menyediakan

magnesium karbonat.
3. Tuliskan persamaan kimia untuk penyediaan magnesium karbonat
4. Lakarkan satu gambar berlabel untuk menunjukkan langkah-langkah

penyediaan magnesium karbonat.

Haba pemendakan Bagaimanakan haba
pemendakan bagi pembentukan
Definisi: argentum klorida ditentukan ?
Perubahan haba
apabila satu mol Imbas Kod QR untuk dapatkan langkah-langkah
mendakan eksperimen untuk menentukan haba
terbentuk pemendakan argentum klorida
daripada ion-ion
dalam larutan 12
akueusnya.

Sudut uji kefahaman TP 3

Huraikan satu eksperimen untuk menentukan haba
pemendakan bagi magnesium karbonat.

Jawapan anda perlu merangkumi yang berikut:

 Bahan dan radas yang diperlukan
 Prosedur
 Langkah berjaga-jaga
 Pemerhatian dan penjadualan data
 Langkah menghitung haba pemendakan

Penyelesaian masalah penghitungan yang
melibatkan haba pemendakan

Anggapan

1. Ketumpatan larutan akueus = Ketumpatan air, 1.0 g cm-3
2. Muatan haba tentu larutan akueus = Muatan haba tentu air,

4.2 J g-1°C-1
3. Tiada kehilangan haba ke persekitaran atau diserap oleh

radas eksperimen

A. Untuk soalan yang perubahan suhu, ϴ diberikan.

Kehendak soalan: Hitung nilai haba tindak balas.

Bil. Mol Perubahan haba ∆H

• • mcϴ ϴ
1000
1000
 mcϴ / 1000 untuk menukarkannya
m ialah jumlah jisim larutan, g kepada unit kJ.
c ialah muatan haba tentu, 4.2 J g-1°C-1
ϴ ialah perubahan suhu, °C  Perkara ini boleh dilakukan di langkah 2.
 Letakkan tanda’+’ atau ‘-‘ di hadapan
Semasa hitung, unit bagi yang diperoleh
nilai.
ialah joule, J.  Suhu meningkat, tanda ‘-‘
g x J g-1C-1 x °C  Suhu menurun, tanda ‘+’

B. Untuk soalan yang ∆H diberikan

cari daripada gambar rajah aras tenaga atau persamaan termokimia
Kehendak soalan: Hitung perubahan suhu, °C

Bilangan mol, n Perubahan haba Perubahan suhu

n x ∆H n x ∆H=mcϴ
1000
ϴ=


• Semasa hitung, unit bagi yang diperoleh ialah  Pastikan n x ∆H
dalam unit J
kilojoule, kJ.
• mol x kJmol-1
• Tukar ke unit J (x 1000) untuk sambung ke

langkah yang seterusnya.

Imbas Kod QR untuk
contoh penghitungan
haba pemendakan

Contoh 1

Rajah menunjukkan susunan radas untuk menentukan haba pemendakan argentum klorida.

Termometer

Cawan
polistirena

25 cm3 larutan kalium klorida, 25 cm3 larutan argentum nitrat, Larutan campuran
1.0 mol dm-3 1.0 mol dm-3

Bacaan suhu awal larutan kalium klorida dan larutan argentum nitrat serta suhu
tertinggi larutan campuran dicatatkan dalam jadual di bawah.

Suhu awal larutan kalium klorida/ °C 28.0
Suhu awal larutan argentum nitrat/ °C 29.0

Suhu tertinggi larutan campuran/ °C 34.0

a. Tuliskan satu persamaan kimia untuk tindak balas pemendakan ini.
b. Hitung haba pemendakan argentum klorida.
c. Lukiskan satu gambar rajah aras tenaga untuk tindak balas ini.
d. Nyatakan satu sebab caawan polisterina digunakan.
e. Cadangkan satu langkah supaya dapat menentukan nilai haba

pemendakan dengan lebih tepat.
f. Sekiranya larutan kalium klorida digantikan dengan larutan natrium klorida

yang berkepekatan yang sama, ramalkan nilai haba pemendakan.
Terangkan.

Jawapan

a. KCl + AgNO3  AgCl + KNO3

b. Langkah 1:

Bilangan mol KCl = Bilangan mol AgNO3
= MV / 1000

= (1.0)(25) / 1000

= 0.025 mol

Daripada persamaan kimia, 1 mol KCl menghasilkan 1 mol AgCl

Maka 0.025 mol KCl menghasilkan 0.025 mol AgCl

Langkah 2: = mcϴ Purata suhu awal = (28.0 + 29.0) / 2
Perubahan haba = (25+25)(4.2)(5.5) = 28.5 °C
= 1155 J
= 1.155 kJ ϴ = suhu tertinggi – suhu awal
= 34.0 – 28.5
= 5.5 °C

Langkah 3:

Apabila 0.025 mol AgCl dihasilkan, 1.155 kJ haba dibebaskan.
Haba yang dibebaskan apabila 1 mol AgCl dihasilkan
= 1.155 kJ / 0.025 mol
= 46.2 kJ mol-1

Haba pemendakan, ∆H = - [ 1.155 ] •Suhu meningkat, letakkan tanda ‘-‘ di
hadapan nilai.
0.025 •Ini menunjukkan tindak balas
pemendakan AgCl ialah satu tindak
= - 46.2 kJ mol-1 balas eksotermik.

Tenaga Persamaan kimia
KCl + AgNO3 seimbang boleh
digantikan dengan
persamaan ion.

∆H = - 46.2 kJ mol-1

AgCl + KNO3

d. Cawan polistirena ialah penebat haba. Cawan polistirena mengurangkan

pembebasan tenaga haba ke persekitaran.

e. Tutupkan cawan polistirena dengan penutup.

f. Nilai haba pemendakan adalah sama.

Hal ini kerana ion kalium dan ion natrium ialah ion pemerhati. Ion ini tidak

terlibat dalam pembentukan mendakan argentum klorida. Hanya ion

argentum dan ion klorida yang terlibat dalam pembentukan mendakan

tersebut. Mengelakkan pembebasan
tenaga haba ke

persekitaran- SALAH

Contoh 2

Dalam satu eksperimen untuk menentukan haba pemendakan argentum klorida, 50
cm3 larutan argentum nitrat, 1.0 mol dm-3 dicampurkan ke dalam 50 cm3 larutan
natrium klorida, 1.0 mol dm-3.
Persamaan termokimia bagi tindak balas pemendakan argentum klorida adalah
seperti berikut.

Ag+ + Cl-  AgCl ∆H = -58.8 kJ mol-1

a. Hitung perubahan suhu yang berlaku dalam tindak balas ini.
b. Sekiranya eksperimen diulangi dengan menggunakan 50 cm3 larutan argentum

nitrat, 0.5moldm-3 dan 50 cm3 larutan natrium klorida, 0.5 mol dm-3, ramalkan
perubahan suhu bagi tindak balas ini. Terangkan.

Jawapan

a. Langkah 1:

Bilangan mol NaCl = Bilangan mol AgNO3
= MV / 1000

= (1.0)(50) / 1000

= 0.05 mol

Daripada persamaan kimia, 1 mol KCl menghasilkan 1 mol AgCl

Maka 0.05 mol KCl menghasilkan 0.05 mol AgCl

Langkah 2: Langkah 3:
mcϴ = n x ∆H
Perubahan haba = n x ∆H
= 0.05 mol x 58.8 kJ mol-1 (50+50)(4.2)ϴ = 2940 J
= 2.94 kJ
= 2940 J ϴ = 2940
100 4.2

= 7.0 °C

b. Perubahan suhu adalah 3.5 °C.
Kepekatan larutan yang digunakan adalah separuh.
Bilangan mol larutan natrium klorida dan larutan argentum nitrat adalah separuh
berbanding dengan eksperimen asal.
Bilangan mol mendakan argentum klorida yang dihasilkan adalah separuh
berbanding dengan eksperimen asal.

Sampailah masa
untuk menguji anda.
penguasaan anda?

Tempoh masa:
30 minit

Soalan objektif TP 2

1. Persamaan termokimia di bawah menunjukkan tindak balas antara ion
plumbum(II), Pb2+ dan ion klorida, Cl-.

Pb2+ + Cl-  PbCl2 ∆H = -58 kJ mol-1

Antara berikut, pernyataan manakah yang betul tentang tindak balas
ini?

A Haba diserap dari persekitaran.
B Suhu larutan campuran meningkat.
C Tindak balas ini ialah tindak balas endotermik.
D 58 kJ tenaga haba diserap apabila 1 mol plumbum(II) klorida

terbentuk.

2. Apabila 50 cm3 larutan argentum nitrat, 2.0 mol dm-3 ditambahkan ke dalam
50 cm3 larutan kalium bromida, 2.0 mol dm-3, suhu campuran meningkat
daripada 30.0°C ke 42.5°C. Hitung haba pemendakan bagi tindak balas ini?
[Muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg-1 C-1;
Ketumpatan larutan = 1.0 g cm-3]

A -26.25 kJ mol-1 TP 3

B -52.5 kJ mol-1
C +26.25 kJ mol-1
D +52.5 kJ mol-1

3. Pb(NO3)2 (aq)+ K2SO4 (aq)  PbSO4(p)+ 2KNO3 (aq) ∆H = -50 kJ mol-1

Persamaan di atas menunjukkan tindak balas pemendakan plumbum(II) sulfat.
Sekiranya 3.03 g mendakan plumbum(II) sulfat dihasilkan, berapakah tenaga
yang dibebaskan?
[Jisim atom relatif: O=16; S=32; Pb=207]

A 0.06 J TP 3
B 0.5 J
C 500 J
D 5000 J

Soalan struktur

1. Apabila 25 cm3 larutan magnesium nitrat, Mg(NO3)2 2.0 mol dm-3 dengan suhu
awal 28 °C dicampurkan ke dalam 25 cm3 larutan kalium karbonat, K2CO3,
2.0 mol dm-3 dalam cawan polisterina, suhu campuran yang diperoleh ialah
22.5 °C.
[Muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg-1 °C-1; Ketumpatan larutan = 1.0 g cm-3]

a. i. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas di atas. TP 2
ii. Tuliskan persamaan ion bagi tindak balas di atas.

b. Adakah pemendakan magnesium karbonat, MgCO3 merupakan TP 2
tindak balas eksotermik atau endotermik? Jelaskan jawapan TP 3
anda.

c. Hitung haba pemendakan magnesium karbonat, MgCO3.

d. Lukis satu gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas pemendakan TP 3
magnesium karbonat, MgCO3.

e. Sekiranya eksperimen ini diulangi dengan menggunakan larutan

natrium karbonat untuk menggantikan larutan kalium karbonat, ramalkan

haba pemendakan magnesium karbonat, MgCO3. Terangkan.

TP 5

f. Bagaimanakah anda dapat mengurangkan pembebasan haba ke
persekitaran, selain menggunakan cawan polisterina? Lakarkan satu
gambar rajah untuk menunjukkan kreativiti anda dalam menangani
masalah ini.

TP 6

Refleksi kendiri

Tandakan (/) sekiranya anda telah dapat melakukan perkara ini.

Menyatakan maksud haba pemendakan.
Menentukan haba pemendakan tindak balas endotermik dan
eksotermik bagi pemendakan magnesium karbonat dan argentum
klorida
Menulis persamaan termokimia bagi tindak balas pemendakan
Membina gambarajah aras tenaga
Menyelesaikan masalah penghitungan yang melibatkan haba
pemendakan.

Jawapan

Soaln objektif

1. B 2. B 3. C

Soalan struktur

a. i. Mg(NO3)2 + K2CO3  MgCO3 + 2KNO3
ii. Mg2+ + CO32-  MgCO3.
Tindak balas endotermik.
Hal ini kerana suhu menurun.

c. Bilangan mol Mg(NO3)2 = Bilangan mol K2CO3
= MV / 1000
Daripada persamaan kimia, = (1.0)(25) / 1000
Maka = 0.025 mol
1 mol Mg(NO3)2 menghasilkan 1 mol MgCO3
0.025 mol Mg(NO3)2 menghasilkan 0.025 mol MgCO3

Perubahan haba = mcϴ ϴ = 34.0 – 28.5
= (25+25)(4.2)(5.5) = 5.5 °C

= 1155 J
= 1.155 kJ
Apabila 0.025 mol MgCO3 dihasilkan, 1.155 kJ haba dibebaskan.
Haba yang dibebaskan apabila 1 mol MgCO3 dihasilkan = 1.155 kJ /0.025 mol

= 46.2 kJ mol-1

Haba pemendakan, ∆H = + [1.155 kJ 0.025 mol] •Suhu menurun, letakkan tanda ‘+‘
= + 46.2 kJ mol-1
di hadapan nilai.
•Ini menunjukkan tindak balas

pemendakan MgCO3 ialah satu
tindak balas eksotermik.

d. Tenaga
Mg2+ + CO32-

∆H = + 46.2 kJ mol-1

MgCO3

e. Haba pemendakan tidak berubah/ = + 46.2 kJ mol-1.
Hal ini kerana ion natrium dan ion kalium adalah ion pemerhati dalam tindak
balas ini.

f. Lakaran menunjukkan penggunaan dua cawan polisterina atau membalutkan
cawan polisterina dengan kapas. [Terima mana-mana jawapan yang munasabah]



Thanks! Credits

Do you have any questions?
[email protected]
+91 620 421 838
yourcompany.com

CREDITS: This presentation template was
created by Slidesgo, including icons by
Flaticon, and infographics & images by
Freepik.
Please keep this slide for attribution.


Click to View FlipBook Version