Malaysia
Pasca Covid/Endemik
TUGASAN KUMPULAN
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA (A212)
Disediakan Oleh:
(KUMPULAN 14)
Mohamad Hazmeer Bin Harian (289473)
Phiraphong A/L A Watt (288584)
Nur Aqilah Binti Ramlan (289549)
Nur Shafiqa Binti Hidhaayathullah (289459)
Siti Noor Aishah Binti Ibrahim (289527)
Nama Pensyarah: Dr. Salmah Binti Omar
Isi Kandungan
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1 Isi Kandungan 1
2 Pengenalan 2-3
3 1.0 Maksud Pasca Covid/ Endemik 4 - 16
4 1.2 Tindakan komuniti kekal bebas Covid-19 17 - 20
5 1.3 Cabaran yang dihadapi oleh masyarakat semasa Pasca Covid 21 - 22
6 1.4 Impak perubahan ke Fasa Endemik kepada masyarakat di Negara Malaysia 23 - 27
7 1.5 Inisiatif Kerajaan dalam membantu rakyat setelah peralihan Fasa Endemik 28 - 34
8 1.6 Iktibar yang boleh diambil oleh masyarakat Malaysia sewaktu Pasca Covid 35 - 37
9 Kesimpulan 38
10 Rujukan 39 - 40
Pengenalan
Penyakit berjangkit novel coronavirus (COVID-19) yang berpunca daripada
SARS-CoV-2 telah diumumkan oleh World Health Organization (WHO)
sebagai pandemik global yang boleh membawa maut. Wabak COVID-19
bermula di Wuhan dan merebak secara meluas ke seluruh China dan dunia.
Wabak COVID-19 pertama di Malaysia dikesan pada 24 Januari 2020 dalam
kalangan pelancong yang pulang dari negara yang terjejas.
Setelah dua tahun memerangi pandemik COVID-19, rakyat Malaysia mula
kembali kepada gaya hidup normal mereka, walaupun di bawah norma baharu
dengan mematuhi SOP seperti kewajiban pemakaian topeng di tempat yang
sesak.
Dengan peralihan kepada endemik, sekatan dan prosedur yang sebelum ini
dikenakan untuk mengelakkan penularan COVID-19 telah dilonggarkan. Hal
ini telah membuka jalan kepada kebanyakan aktiviti termasuk solat berjemaah
diadakan seperti biasa.
Daripada kajian terdapat dua golongan rakyat semasa memasuki fasa endemik
ini iaitu, satu golongan rakyatyang masih bimbang tentang bahayanya COVID-
19 dan satu lagi golongan yang tidak sabar untuk bebas daripada ancaman
COVID-19.
Walaupun begitu, secara keseluruhannya rakyat Malaysia lebih mengutamakan
kebebasan dan tidak sabar-sabar untuk menerima fasa baharu ini dalam
kehidupan mereka.
Menurut Prof Madya Dr Malina Osman yang merupakan pensyarah kanan dan
pakar epidemiologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), kecekapan negara
untuk mengendalikan kes adalah kriteria utama untuk memasuki fasa endemik.
Selagi sistem penjagaan kesihatan Malaysia tidak terjejas, ia akan dapat
menangani situasi baharu dengan berkesan dan memelihara kesihatan rakyat.
Terpulang kepada orang ramai sama ada mereka bersedia atau tidak untuk
memasuki fasa baharu, kerana situasi dalam fasa endemik berbeza dengan
ketara daripada pandemik dari segi bahaya jangkitan dan kesihatan rakyat.
Pada 8 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan
bahawa negara akan memulakan Fasa 'Peralihan ke Endemik' pada 1 April
apabila negara kembali kepada gaya hidup hampir normal selepas memerangi
COVID-19 selama dua tahun.
Beliau menyatakan bahawa tempoh peralihan hanya akan sementara sebelum
negara memasuki fasa endemik penuh, tertakluk kepada pengumuman
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Tetapi adakah rakyat Malaysia bersedia untuk mengharungi fasa endemik?
1.0
MAKSUD PASCA
COVID-19/
ENDEMIK
1.0 Maksud Pasca Covid-19/ Endemik
Pasca Covid -19 atau dikenali sebagai norma baru kepada Covid-19 ini.
Kita tidak akan mengetahui bila rangkaian Covid-19 ini akan berakhir
tetapi yang pasti kita perlu meneruskan kehidupan ini dengan gaya
hidup baharu.Covid-19 memaksa masyarakat menukar gaya hidup yang
telah menjadi kebiasaan selama ini kepada cara baharu. Secara Umum,
dunia selepas COVID-19 tidak mungkin kembali ke dunia yang dahulu.
Banyak trend yang sedang dijalankan dalam ekonomi global sedang
dipercepat oleh kesan pandemik. Namun sebagai satu negara, semua
rakyat Malaysia gigih dengan meneruskan kehidupan harian mereka
dengan norma baharu ini.
Pasca Covid-19 ini lebih kepada kelonggaran dan kebeasan yang
ditetapkan oleh kerajaan bagi semua rakyat Malaysia ketika
berada di kawasan luar atau kawasan awam.
Endemik Pada umumnya, jangkitan dikatakan endemik dalam
populasi apabila jangkitan itu sentiasa dikekalkan pada
tahap asas di kawasan geografi tanpa input luaran.
Endemik adalah sesuatu yang dimiliki oleh orang atau
negara tertentu.
1.1
NORMA BARU YANG
DITETAPKAN OLEH
KERAJAAN KEPADA
RAKYAT MALAYSIA
1.1 Norma baru yang ditetapkan oleh kerajaan kepada rakyat
Malaysia
Bermula 1 April 2022, kerajaan mengumumkan bahawa
negara kita akan mula ke fasa peralihan endemik dengan
pembukaan sempadan negara, pemansuhan penjarakan
fizikal untuk solat jemaah, pemansuhan had waktu
operasi premis niaga dan lain-lain lagi.
Walaubagaimanapun pelitup muka masih perlu terus
dipakai.
Dalam Fasa Peralihan ke Endemik, setiap komuniti
memainkan peranan yang penting agar rakyat dapat
hidup secara sihat dan dalam keadaan yang selamat
walaupun penularaan virus COVID-19 ini masih aktif
dalam persekitaraan.
Fasa ini dinamakan sebagai satu strategi iaitu, dikenali
sebagai ‘exit strategy’ dan merupakan suatu perkara
yang amat kritikal bagi membawanegara kita ke fasa
endemik yang membolehkan kita sesama rakyat Malaysia
kembali semula kepada kehidupan yang hampir seperti
kehidupan sebelum Covid.
Dalam proses untuk menuju ke arah berjaya Hidup
bersama virus COVID-19 atau lebih dikenali sebagai
"Living with COVID-19" virus setiap individu dalam
negara ini perlu mengamalkan cara-cara seperti
ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi keselamatan dan
kesihatan rakyat dan negara.
Selain itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan
untuk memastikan proses kemasukan para pelancong
yang efisien sekali gus mengelakkan keadaan yang
menyebabkan kesesakan di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut Menteri Kesihatan berkenaan penyediaan untuk
lapangan terbang bagi pembukaan semula sempadan
negara akan bermula pada tarikh seperti 1 April 2022 ini
yang akan memberi penekanan kepada proses dan
strateg PRINSIP SELAMAT DAN CEKAP.
Pemilik perniagaan mesti mematuhi syarat ujian COVID-
19 mengikut Strategi Ujian COVID-19 Kebangsaan (NTS)
untuk pekerja dan individu.
Pekerja dan individu sendiri juga mesti mematuhi syarat
ujian COVID-19 mengikut NTS, dan melaporkan
keputusan ujian mereka di aplikasi MySejahtera.
1.1 Norma baru yang ditetapkan oleh kerajaan kepada
rakyat Malaysia
Malaysia mengambil langkah besar ke arah endemik Covid-19 dengan peraturan
baru, dengan topeng muka tidak lagi menjadi satu kemestian apabila berada di
luar rumah, mendaftar dengan aplikasi MySejahtera tidak diperlukan dan
penjarakan sosial juga tidak diperlukan.
Khairy Jamaluddin, yang mengumumkan peraturan baru itu, berkata topeng
muka boleh keluar apabila orang ramai berada di luar rumah, pejabat atau ketika
mereka berada di taman atau perhentian bas mulai 1 Mei.
Bagaimanapun, Menteri Kesihatan berkata masyarakat perlu terus mengawal diri
dan mengamalkan amalan baik supaya penularan virus itu kekal terkawal.
"Kami telah memberi rakyat Malaysia pilihan untuk bertopeng atau tidak ketika
berada di luar rumah tetapi membuat pilihan anda berdasarkan nasihat
kementerian," katanya pada sidang media.Di sini dapat dijelaskan bahawa
kerajaan diberikan kelonggaran kepada rakyat Malaysia tetapi rakyat juga
berpelitup muka di kawasan yang desak dan terdapat orang ramai.
Khairy juga mengumumkan bahawa daftar masuk MySejahtera tidak lagi
diperlukan untuk memasuki premis. Kemasukan ke premis dibenarkan tanpa
mengira status vaksinasi."Pemilik premis hanya perlu menyemak status risiko
pelawat di MySejahtera dan mereka yang positif Covid-19 tidak dibenarkan
masuk," katanya.
Mulai 1 Mei, mereka yang merupakan kes positif Covid-19 juga boleh dibebaskan
dari kuarantin selepas hari keempat. Jika mereka tetap positif, mereka mesti
menyelesaikan tujuh hari kuarantin, selepas itu mereka akan dibebaskan secara
automatik. Tidak perlu mengambil ujian pada hari ketujuh.
Khairy juga berkata senarai negatif Majlis Keselamatan Negara tidak lagi terpakai
mulai 15 Mei, sambil menambah bahawa pihak berkuasa sedang mengusahakan
prosedur operasi untuk membenarkan kelab malam dibuka semula. Senarai
negatif Majlis Keselamatan Negara akan digugurkan. Semua sektor ekonomi akan
dibenarkan beroperasi mulai 15 Mei 2022
1.1.1-
1.1.3
KEADAAN POLITIK,
EKONOMI DAN
SOSIAL DI MALAYSIA
SEWAKTU PASCA
COVID
1.1.1 Keadaan Politik di Malaysia
sewaktu PASCA covid
Episod paling sukar dalam sejarah politik urus pandemik COVID-19'
namun ini tidak dilanjutkan pada masa yang lama. Setelah wujudnya
endemik. Antara kesan kepada politik Malaysia sewaktu pasca covid
adalah seperti berikut:
Kepimpinan, kestabilan politik di sebalik fasa peralihan ke
endemik. Kehidupan normal kini hampir boleh dinikmati
setelah Malaysia mula melangkah masuk ke Fasa Peralihan Ke
Endemik semalam, yang menyaksikan rakyat semakin bebas
daripada sekatan-sekatan yang membelenggu kehidupan
akibat pandemik COVID-19.
Kejayaan ini juga dicapai menerusi teraju Perdana Menteri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berjaya menstabilkan negara
yang sebelum itu bergelut dengan peningkatan kes harian
COVID-19, serta dilanda krisis politik.
Negara melalui pertukaran kepimpinan utama, telah
menyaksikan tiga perdana menteri silih berganti selepas
Pilihan Raya Umum ke-14. Dengan kejayaan PICK serta
kestabilan politik yang dicapai, Ismail Sabri mengumumkan
negara akan melalui strategi keluar dan fasa sementara,
sebelum beralih ke fasa endemik yang tertakluk kepada
pengumuman Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Hari ini kita menyaksikan banyak kemudahan dinikmati rakyat
antaranya daripada 181 SOP di bawah Pelan Pemulihan
Negara (PPN), kini telah dipermudahkan kepada hanya satu
SOP dan sembilan garis panduan dalam menuju kepada
kehidupan normal.
Pembukaan pintu sempadan negara, memastikan
penyatuan semula keluarga merupakan berita baik
terutamanya menjelang Ramadan dan sambutan Hari
Raya Aidilfitri, selain berupaya melonjakkan kembali
ekonomi negara khususnya sektor pelancongan.
Menerusi langkah-langkah ini, hasrat Ismail Sabri untuk
memulihkan semula keadaan negara ini seperti dikongsi
dalam ucapan sulungnya selaku perdana menteri, kini
hampir pasti menjadi kenyataan.
1.1.2 Keadaan Ekonomi Di Malaysia
sewaktu PASCA covid
Hubungan Diplomatik
dipertingkatkan.
Hubungan antara negara Malaysia dan United Kingdom.
Pada 25 Mei 2022, United Kingdom mempunyai
pengalaman penting dalam perjalanan kereta api dan telah
menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia
dalam projek kereta api di sini, kata Datuk Seri Dr Wee Ka
Siong. Menteri Pengangkutan berkata demikian selepas
menerima kunjungan hormat daripada utusan perdagangan
Perdana Menteri UK Richard Graham di pejabatnya di
Putrajaya pada Rabu (25 Mei).
Menerima kunjungan hormat daripada Utusan Perdagangan
Perdana Menteri United Kingdom (UK), Encik Richard Graham
di Pejabat Menteri Pengangkutan,
ekonomi Fasa peralihan ke endemik perkukuh
ekonomi negara.
Ekonomi Malaysia dijangka mengukuh tahun ini
sejajar dengan usaha negara memasuki fasa
peralihan ke endemik yang dimulakan dengan
langkah pembukaan semula sempadan
antarabangsa.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjur
berkembang sekitar enam peratus bagi tahun
ini manakala KDNK suku pertama dijangka
mencatat pertumbuhan lima hingga enam
peratus."Sektor berasaskan sumber serta
komoditi, terutama minyak sawit, getah serta
minyak dan gas (O&G) dijangka berkembang
berikutan peningkatan harganya,"
Industri penerbangan, hospitaliti dan berkaitan
pelancongan dijangka bangkit daripada prestasi
suram selama dua tahun dan mencatat pencapaian
lebih baik ketika mereka membina semula lembaran
imbangan masing-masing, keadaan itu turut
memberi peluang kepada sektor runcit.
ekonomi
Selepas Malaysia menuju ke fasa
peralihan endemik, ia membuktikan
dapat meningkatkan pertumbuhan
ekonomi kepada negara mahupun
kepada rakyat Malaysia.
Beliau berkata berdasarkan
perangkaan Jabatan Imigresen
Malaysia pada 12 Mei lepas,
Malaysia menerima kemasukan
604,457 warga asing sejak pintu
sempadan antarabangsa dibuka
semula pada 1 April lepas.
Pembukaan semula sempadan antarabangsa
negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
(MOTAC) telah menyasarkan kemasukan kira-kira
dua juta pelancong asing pada tahun ini dengan
pendapatan RM8.6 bilion. Ini membuktikan bahawa
sektor pelancongan telah menyumbang sejumlah
besar kepada ekonomi negara.
ekonomi
Fasa endemik membuktikan keberkesanan Pelan
Pemulihan Negara (PPN) yang memberi tumpuan
kepada usaha mengembalikan persekitaran sosial dan
ekonomi negara kepada keadaan asal sebelum
COVID-19 melanda dunia.
Selain itu, para penjual seperti pembangun kafe, peniaga
kecil dan restoran juga terus meningkat dalam
penjualannya.
1.1.3 Keadaan sosial Di Malaysia sewaktu
PASCA covid
Rakyat Malaysia begitu semangat apabila fasa
peralihan endemik diumukan mendapatkan mereka
bebas bergerak ke sana dan ke sini. Pada masa yang
sama Kerajaan sentiasa mengingatkan rakyat supaya
terus menjaga prosedur operasi standard (SOP)
walaupun beberapa kelonggaran telah diberikan
Apabila kadar peratusan individu yang bervaksinasi
meningkat maka kerajaan beralih ke fasa endemik
dengan harapan dapat mengelakkan jangkitan virus
dalam badan seseorang tidak sehingga ke tahap yang
teruk. Oleh itu, aktiviti sosial juga ditingkatkan dan
dilonggarkan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia.
sosial
Aktiviti sosial ketika endemik / pasca Covid-19
Rakyat Malaysia kini kembali mengamalkan
kehidupan semula seperi biasa dengan menjalinkan
hubungan antara rakan-rakan, ahli keluarga, sudara
mara,rakan tempat sekerja dengan lebih selesa dan
lebih mesra
Antaranya kebeasan yang diperoleh adalah:
Dapat makan dalam restoran dengan tanpa jarak
dan had dalam satu meja
Dapat berekreasi di tempat yang terbuka dengan
beramai- ramai dan bermain mainan sukan
Dapat menghadiri majlis perkahwinan tanpa had
jemputan dan bebas dalam dewan dengan mematuhi
SOP yang ditetapkan oleh kerajaan
Bebas merentas negeri, daerah dan melawat ke negara
lain untuk pelancongan. Ramai rakyat Malaysia keluar
bersama keluarga dan rakan- rakan untuk bercuti dalam
negara
Menyambut perayaan dengan penuh meriah pada fasa
endemik ini.
1.2
TINDAKAN KOMUNITI
KEKAL BEBAS COVID-19
1.2 TINDAKAN KOMUNITI
KEKAL BEBAS COVID-19
HEBAHAN PENDIDIKAN KESIHATAN TENTANG
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19
Mendidik anak amalan batuk dan bersin yang
betul
Menasihati anak mengamalkan penjarakan
fizikal
Mengajar anak langkah mencuci tangan dengan
betul
Memastikan anak tidak ke sekolah jika bergejala
dan rujuk ke klinik untuk rawatan
HEBAHAN KEPATUHAN SOP
-Setiap individu mestilah mematuhi SOP yang
telah ditetapkan oleh kerajaan bagi
mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Disebabkan SOP sentiasa berubah mengikut
keadaan semasa, setiap individu mestilah peka
terhadap SOP yang dihebahkan.
PROMOSIKAN MYSEJAHTERA KEPADA
KOMUNITI SUPAYA DIMUAT TURUN, DAFTAR
DAN DIGUNAKAN UNTUK DIRI DAN
KELUARGA
-Setiap rakyat mestilah mempunyai dan
menggunakan aplikasi mysejahtera semasa
berada di luar rumah. Aplikasi tersebut
hendaklah sentiasa di kemaskini supaya
ianya mengikut SOP semasa. Penggunaan
mysejahtera adalah wajib dan mandatori
kepada setiap individu yang mnjalankan
aktiviti di luar rumah. Setiap individu perlu
mengemaskini keadaan semasa kesihatan
mereka sama ada mereka kontak rapat
pesait covid ataupun mereka sendiri adalah
peakit covid.
SENTIASA MENGAMALKAN
LANGKAH 3W
-Wash
Sentiasa mengamalkan kerap mencuci tangan
dengan sabun mengikut cara yang betul atau
menggunakan hand sanitizer
-Wear
Memakai pelitup muka apabila berada di kawasan
tertutup dan sesak. Elakkan diri daripada bersin
dan batuk merata dengan menutup bahagian
mulut menggunakan sapu tanagn atau tisu semasa
melakukannya.
-Warn
Elakkan bersalaman atau bersentuhan dan
melakukan aktiviti pembersihan dan disinfeksi di
kawasan yang kerap disentuh serta penjarakan
sosial diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-
kurangnya 1 meter.
1.3
CABARAN YANG DI HADAPI
OLEH MASYARAKAT
SEMASA PASCA COVID
1.3 CABARAN YANG DI HADAPI OLEH
MASYARAKAT SEMASA PASCA COVID
PELAJAR Pemilihan media teknologi sebagai wahana dalam
PENDIDIK pembelajaran menjadi salah satu cabaran yang dihadapi oleh
IBU BAPA
para pelajar terutamanya mereka yang berasal daripada
REMAJA keluarga berpendapatan rendah. Hal ini kerana, kos
penggunaan teknologi seperti langganan internet, pembelian
laptop ataupun tablet amatlah tinggi. Oleh itu, pelbagai inisiatif
kerajaan telah dilaksanakan dalam menangani masalah
tersebut seperti bantuan kepada kelaurga B40 dan pemberian
bantuan laptop dan tablet.
Setiap pendidik pasti menginginkan yang terbaik kepada para
pelajar. Oleh itu, pelbagai inisiatif pendidik dalam memastikan
mereka memberikan yang terbaik mencurahkan ilmu kepada
setiap pelajar. Antara cabaran yang dihadapi oleh mereka
adalah untuk melaksanakan pembelajaran secara atas talian
seperti kesulitan dalam berkomunikasi dengan pelajar dan
menjadikan cara pembelajaran amatlah terhad.
Banyak cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa terutamanya
dalam membesarkan anak-anak mereka dari segi keperluan
kehidupan dan juga pembelajaran. Dalam keadaan semasa
yang membuatkan ramai antara mereka kehilangan pekerjaan
yang menjadikan mereka sukar untuk meneruskan kehidupan.
Pelbagai cara telah dilakukan oleh mereka dalam mengatasi
masalh tersebut seperti dengan menjalankan perniagaan kecil-
kecilan sama ada bersemuka dari rumah mahupun secara atas
talian.
Remaja terutamanya graduan yang baru menamatkan
pembelajaran mereka menjadi salah satu individu yang sukar
dalam meneruskan kehidupan kerana ianya merupakan titik
permulaan mereka dalam mencari pekerjaan dan memulakan
kehidupan sebagai orang dewasa. Masalah pengangguran yang
dihadapi oleh ramai lepasan graduan amatlah merisaukan.
Oleh itu, pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak
kerajaan dengan membuka peluang peekrjaan kepada mereka
yang tidak bekerja terutamanya kepada graduan yang baru
menamatkan pembelajaran mereka.
1.4
IMPAK PERUBAHAN KE FASA
ENDEMIK KEPADA
MASYARAKAT DI NEGARA
MALAYSIA
1.4 impak perubahan ke fasa endemik kepada
masyarakat di negara malaysia
Secara umumnya, seperti yang semua tahu dalam menuju kepada fasa
endemik, negara Malaysia telah mengalami pelbagai impak yang
menguji keutuhan dan kegembiraan rakyat Malaysia terutama sekali
keluarga Malaysia tidak kira sama ada pada peringkat tempatan
ataupun peringkat global.
Terdapat pelbagai bentuk ruang kehidupan pada peringkat
tempatan yang menghadapi impak sama ada impak positif atau impak
negatif. Sebagai contoh, impak terhadap lanskap politik, teknologi,
agama, ekonomi, sosiobudaya dan kesihatan masyarakat. Justeru, pada
peringkat global, impak-impak ini juga memberikan kepada peperangan
dan pelarian serta hak asasi manusia dan yang lain-lain.
Jelaslah bahawa, terdapat beberapa impak positif yang didapati
oleh masyarakat seperti yang berikut :
MEMBENTUK MASYARAKAT YANG 1.4.1
MAMPAN
1.4.2 MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG
BERDISIPLIN DAN MEMATUHI
UNDANG-UNDANG
MEMPERKUKUHKAN EKONOMI NEGARA 1.4.3
MALAYSIA
1.4.1
MEMBENTUK MASYARAKAT YANG
MAMPAN
Menuju ke fasa endemik ini, antara salah Selain itu, rakyat Malaysia telah mengambil
satu impak positif yang memberikan atau beberapa kaedah atau cara bagi mengekalkan
meninggalkan impak positif kepada kemampanan mereka. Antara salah satunya
masyarakat di negara Malaysia ke fasa adalah dengan memastikan rakyat Malaysia
endemik adalah membentuk masyarakat mengekalkan langkah kesihatan awam dan
yang mampan. Hal ini dikatakan demikian sosial (PHSM). Hal ini supaya rakyat Malaysia
kerana rakyat Malaysia mampu untuk mempunyai harapan ataupun kedudukan yang
mengekalkan hubungan yang baik dan lebih baik dan cerah untuk bebas daripada
tidak berputus asa untuk bangkit daripada wabak penyakit Covid-19 yang telah melanda
kejatuhan yang dialami oleh serangan ini. Negara Malaysia telah berada di atas
wabak penyakit Covid-19 ini. landasan yang tepat dan betul serta
keududukan yang baik untuk beralih kepada
Masyarakat Malaysia juga berjaya fasa endemik.
mengekalkan kemampanan ini dengan
memberi pandangan dan juga menyatakan
hak mereka dengan penuh keberanian serta
keyakinan kepada pihak kerajaan supaya
menarik segala sekatan yang telah dibuat.
Justeru, mengembalikan keadaan seperti
normal. Dengan cara ini, rakyat Malaysia
dapat memulihkan ekonomi mereka dan
juga negara Malaysia.
1.4.2
MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG
BERDISIPLIN DAN MEMATUHI
UNDANG-UNDANG
Antara contoh peraturan atau perintah Beralih ke fasa endemik ini juga memberi impak
yang dipatuhi oleh rakyat Malaysia ketika positif yang lain kepada negara Malaysia iaitu
berada di fasa pandemik untuk beralih ke dengan melahirkan masyarakat yang berdisiplin
fasa endemik adalah dengan mematuhi dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), oleh pihak kerajaan Malaysia. Hal ini kerana
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat rakyat Malaysia mematuhi segala peraturan
(PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan ketika berlakunya serangan
Diperketatkan (PKPD), Perintah Kawalan wabak penyakit Covid-19 ini sehinggakan
Pergerakan Diperketatkan Bersasar menjadi norma baharu dalam kehidupan mereka.
(PKPDB), Perintah Berkurung, Penjarakan Walaupun pada awalnya mereka agak susah
Sosial dan juga penerimaan vaksin bagi untuk menerima dan mematuhi arahan serta
setiap peringkat umur. peraturan baru daripada pihak kerajaan, rakyat
Malaysia tetap terus mematuhi perintah yang
ditetapkan.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia juga
mempunyai sikap bertanggungjawab dalam
diri mereka kerana telah menurut perintah
daripada pihak atasan. Mereka juga telah
bekerjasama bagi menjayakan peralihan ke
fasa endemik ini dengan mempunyai sikap
yang berdisiplin dan menurut perintah yang
ditetapkan. Maka, negara Malaysia telah
dapat melahirkan masyarakat yang
berdisiplin dan mematuhi segala peraturan
serta meninggalkan kesan yang positif iaitu
berjaya beralih ke fasa endemik.
1.4.3
MEMPERKUKUHKAN EKONOMI
NEGARA MALAYSIA
Peralihan ke fasa endemik juga telah Sehubungan dengan itu, pelaburan dan
mendatangkan impak positif yang lain iaitu penggunaan swasta ini juga lebih kukuh
dengan memperkukuhkan ekonomi negara persekitarannya iaitu sentimen yang
Malaysia yang jatuh akibat serangan wabak positif. Sektor-sektor yang berasaskan
penyakit Covid-19. Hal ini dikatakan kerana sumber dan juga komoditi negara Malaysia
pihak kerajaan Malaysia telah membuka juga turut dijangkakan berkembang
semula sempadan antarabangsa negara ekoran daripada peningkatan harganya.
Malaysia. Tujuannya adalah untuk Sebagai contoh, minyak kelapa sawit,
momentumkan pertumbuhan ekonomi getah dan juga minyak dan gas (Oil and
negara Malaysia yang turut disokong Gas).
pelaburan dan penggunaan swasta supaya
lebih kukuh.
Sektor-sektor lain seperti elektrikal dan
elektronik juga turut dianggarkan meraih
dan menyumbang manfaaat yang selari
dengan permintaan eksport bagi bekalan
elektronik pada peringkat global. Begitu
juga dengan sektor perkhidmatan bagi
import dan eksport. Maka, pembukaan
semula bidang ekonomi sedikit sebanyak
telah membantu kejatuhan ekonomi negara
Malaysia yang terjejas akibat pandemik
Covid-19 tersebut.
1.5
INISIATIF KERAJAAN
DALAM MEMBANTU
RAKYAT SETELAH BERALIH
KE FASA ENDEMIK
1.5 INISIATIF KERAJAAN DALAM
MEMBANTU RAKYAT SETELAH
BERALIH KE FASA ENDEMIK
Fasa pasca Covid/ Endemik ini telah
menyedarkan bahawa hakikat rakyat di negara
ini memerlukan wang tunai untuk meneruskan
kelangsungan hidup mereka. Oleh itu, kerajaan
telah mewujudkan pelbagai inisiatif dan
kemudahan bagi membantu meringankan
beban kewangan rakyat di negara ini.
Antaranya ialah:
Program Pengeluaran
Subsidi wang Kumpulan
upah untuk Wang Simpanan
Peniaga Pekerja (KWSP)
kecil Bantuan
sederhana keluarga
Malaysia
(BKM)
lain- lain
Penyediaan E-pemula kepada
My-Salam 600,000 peluang remaja berumur
kepada 18-20 & pelajar
pesakit pekerjaan
covid dibawah inisiatif IPT sepenuh
masa
jamin kerja
1.5.1 Pengeluaran wang Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Satu persetujuan telah dilaksanakan kepada
rakyat iaitu dengan membenarkan satu lagi
pusingan pengeluaran khas Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah minimum
RM50 dan maksimum RM10, 000.
Permohonan untuk pengeluaran khas
RM10,000 ini dibuka kepada pencarum yang
berumur kurang daripada 55 tahun. Manakala,
untuk tempoh pembayaran pula akan
dilaksanakan bermula 20 April 2022.
Untuk makluman, pengeluaran khas KWSP ini merupakan tambahan
kepada siri pengeluaran melalui tiga jenis skim berbeza yang dibenarkan
sebelum ini bermula tahun 2020. Antaranya skim terlibat termasuklah, I-
Lestari, I- Sinar dan I- Citra sebanyak RM101 bilion, merangkumi 7.34
juta pencarum sejak pandemik Covid- 19 melanda Malaysia. Oleh itu,
dalam kenyataan rasmi juga telah menyatakan bahawa pengeuaran kali
ke- empat ini merupakan pengeluaran terakhir kerana bimbang akan
kecukupan simpanan ahli- ahli KWSP. Justeru, golongan yang menerima
pengeluaran khas KWSP ini haruslah memanfaatkan sebaik yang
mungkin.
1.5.2 Bantuan keluarga
Malaysia (BKM)
BKM merupakan salah satu inisiatif bantuan tunai secara langsung
yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2022. Ia bertujuan
dapat memanfaatkan golongan rakyat terutamanya yang
berpendapatan rendah (B40). Pembayaran Bantuan Keluarga
Malaysia (BKM) dilakukan secara berperingkat yang dimulai pada
28 Mac lalu. Kerajaan telah menyediakan peruntukan besar
sebanyak hampir RM2 bilion untuk diberikan kepada 8.6 juta
penerima BKM yang akan mendapat bayaran RM100 hingga
RM300 berdasarkan jenis status penerima. Terdapat beberapa
jenis status golongan yang layak menerima BKM ini. Ia
termasuklah isi rumah yang berpendapatan RM5,000 ke bawah,
warga emas bujang atau tiada pasangan yang berpendapatan RM5,
000 ke bawah dan bujang yang berpendapatan RM2, 500 ke
bawah. BKM juga mempunyai beberapa fasa dalam masa setahun,
dan jumlah bagi setiap fasa adalah seperti berikut:
1.5.3 Program Subsidi upah
untuk Peniaga kecil
sederhana
Program Subsidi Upah (PSU) yang telah
diperkenalkan oleh Perdana Menteri
tahun lalu iaitu Tan Sri Muhyiddin
Yassin. Program Subsidi Upah (PSU)
merupakan bantuan khas untuk peniaga
kecil dan sederhana di negara ini.
Bantuan ini amat membantu dalam
perniagaan mereka, kesan daripada
terjejas sewaktu pandemik Covid- 19.
Bantuan ini berbentuk menanggung gaji
pekerja dan memperkemas aliran tunai
syarikat selepas terjejas akibat
pandemik.
Kerajaan akan menampung hingga 500
pekerja bagi setiap majikan dengan
kadar sebanyak RM600 setiap pekerja,
selama empat bulan mulai 1 Ogos ini.
Sejak PSU diperkenalkan, kerajaan
sudah pun membelanjakan lebih RM15
bilion bagi membantu majikan
membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta
pekerja.
1.5.4 E-pemula kepada remaja
berumur 18-20 & pelajar IPT sepenuh
masa
Bagi golongan belia yang berumur 18-20 tahun
dan pelajar sepenuh masa yang menuntut di
institut pengajian tinggi (IPT) tempatan, layak
untuk menerima bantuan RM150 berbentuk
kredit e-tunai dibawah program E-Pemula
bermula April 2022.
Perkhidmatan kredit E- tunai tersebut dikenali
sebagai bantuan tanpa tunai yang boleh
dikeluarkan menggunakan platform ShopeePay,
GrabPay, BigPay dan Touch ‘n Go eWallet.
Pemohon yang menerima boleh menggunakan
wang tersebut di pelbagai cawangan seperti
pasar raya terpilih, dan beberapa cawangan lain.
1.5.5 My-Salam kepada
pesakit Covid- 19
Inisiatif mySalam merupakan skim takaful
perlindungan kesihatan yang diberikan
oleh Kerajaan secara percuma. Ia
merupakan perlindungan takaful melalui
Tabung Amanah mySalam. Skim ini
diberikan untuk golongan miskin bagi
mengatasi masalah kewangan sewaktu
menghidapi penyakit kritikal.
1.5.6 Penyediaan 600,000 peluang
pekerjaan dibawah inisiatif jamin kerja
Satu lagi inisiatif yang disediakan
kepada rakyat setelah negara beralih ke
endemik iaitu Inisiatif JaminKerja
Keluarga Malaysia.
Inisiatif yang bertemakan Keluarga
Malaysia, Makmur Sejahtera
membantu matlamat menurunkan
kadar pengangguran negara. Sebanyak
600,000 peluang pekerjaan menerusi
inisiatif ini dapat membantu
meringankan beban rakyat yang
kehilangan pekerjaan sewaktu fasa
pandemik.
1.5.7 Lain- lain inisiatif
Inisiatif peranti Siswa Keluarga
Malaysia
Diskaun bayaran balik pinjaman
PTPTN
Inisiatif Yayasan Keluarga
Malaysia
Bantuan Awal Persekolahan
1.6
IKTIBAR YANG BOLEH
DIAMBIL OLEH MASYARAKAT
MALAYSIA SEWAKTU PASCA
COVID
1.6 iktibar yang boleh diambil oleh
masyarakat malaysia sewaktu pasca covid
Serangan wabak penyakit Covid-19 ini telah memberikan penangan yang
hebat dan meninggalkan iktibar yang begitu besar kepada masyarakat
Malaysia. Hal ini kerana tidak ada satu pun negara yang mempunyai
sebarang panduan untuk menghadapi pandemik ini. Namun begitu,
pandemik Covid-19 ini telah mengajarkan kita sebagai rakyat Malaysia
untuk mempelajari ilmu baharu mengenainya dan juga bijak dalam
mengendalikannya. Pandemik Covid-19 ini juga telah memaksa kita untuk
menjadi lebih strategik, kreatif dan bersikap eksperimental. Hal ini di
mana, pandemik Covid-19 ini meminta masyarakat Malaysia supaya lebih
berani untuk mencuba. Maka, terdapat beberapa iktibar yang boleh
diambil oleh masyarakat Malaysia sewaktu berlakunya pasca covid.
Antara iktibar sewaktu pasca Covid yang boleh diambil oleh masyarakat
Malaysia adalah membuat persediaan yang lebih awal bagi menghadapi
pandemik lain yang berkemungkinan akan berlaku pada masa hadapan.
Hal ini kerana supaya rakyat Malaysia dan juga pihak kerajaan bersiap
sedia daripada segala segi seperti segi fizikal, mental, jasmani, rohani dan
lain-lain lagi. Rakyat Malaysia juga lebih bijak untuk melakukan tindakan
terpantas bagi mengawal sesebuah keadaan pada masa hadapan.
Seterusnya, iktibar lain yang boleh diambil oleh masyarakat Malaysia
sewaktu pasca Covid adalah membentuk rangkaian bekalan yang
strategik. Pembentukan rangkaian bekalan yang strategik seperti
bekalan makanan, ubat-ubatan, air yang bersih, bekalan vaksin, alat
bantuan perubatan, ventilator, penghasilan pelitup muka dan banyak lagi
amatlah penting. Tujuannya adalah untuk memastikan pihak kerajaan
mempunyai bekalan yang mencukupi untuk menampung rakyatnya yang
memerlukan. Dalam pada itu, konsep kelestarian dalam rantaian bekalan
termasuk persekitaran dan sosial perlulah diterapkan kerana
sekaranglah merupakan waktu yang amat sesuai baginya.
Oleh itu, rakyat Malaysia hendaklah bersatu padu dan bekerjasama serta
berganding bahu tanpa mengira agama dan bangsa untuk membaik pulih
negara Malaysia seperti sebelum berlakunya pasca covid ini. Hal ini bagi
memastikan negara Malaysia dipulih bangun dan mencapai status
Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berdapatan tinggi pada masa
hadapan, walaupun pasca covid menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia.
Dengan cara ini, ekonomi dan kehidupan rakyat Malaysia akan lebih
terjamin serta dapat menikmati manfaatnya bersama.
Kesimpulan
Kesimpulannya, penularan virus Covid-19 telah memberi impak
yang besar kepada negara dalam aspek ekonomi, politik dan sosial.
Setelah dua tahun berperang dengan wabak ini akhirnya dapat juga
rakyat Malaysia beralih kepada fasa endemik. Walaupun begitu,
rakyat Malaysia tetap menjaga SOP norma baru yang ditetapkan
oleh kerajaan untuk bebas daripada Covid-19 ini. Dengan pelbagai
cabaran dan impak perubahan kepada fasa endemik yang dihadapi
oleh masyarakat, kerajaan sentiasa memberi inisiatif untuk
membantu rakyat yang terkesan terutama rakyat dari golongan
B40. Bak kata peribahasa , yang berat sama dipikul yang ringan
sama dijinjing, rakyat Malaysia juga haruslah mengamalkan sikap
tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan
agama untuk mengharungi situasi yang melanda dunia ini secara
bersama.
RUJUKAN
Aziz, T. Z. A. (2021, October 17). Empat iktibar daripada pandemik Covid-19. Sinarharian.
https://www.sinarharian.com.my/article/167312/KHAS/Pendapat/Empat-iktibar-daripada-
pandemik-Covid-19
DG of Health. (2022, June 13). Kenyataan Akhbar KPK 13 Jun 2022 – Situasi Semasa Jangkitan
Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 23 (5 – 11 Jun 2022).
From the Desk of the Director-General of Health Malaysia.
https://kpkesihatan.com/2022/06/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-jun-2022-situasi-semasa-jangkitan-
penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-23-5-11-jun-2022/
ePemula: e-tunai RM150 bagi belia 18–20 tahun, pelajar IPT penuh boleh daftar mulai esok.
(2022, April 11). Kementerian Kewangan Malaysia.
https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/akhbar/epemula-e-tunai-rm150-bagi-belia-18-20-tahun-
pelajar-ipt-penuh-boleh-daftar-mulai-esok
Fahmy A Rosli, & Mohd Nasaruddin Parzi. (2022, February 19). Sasar sediakan 600,000 peluang
kerja tahun ini. BH ONLINE. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/924499/sasar-
sediakan-600000-peluang-kerja-tahun-ini
Fasa peralihan ke endemik perkukuh ekonomi negara. (2022, April 12). BH ONLINE.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/04/945069/fasa-peralihan-ke-endemik-
perkukuh-ekonomi-negara
Fauzi Suhaimi. (2020, March 12). Fahami perbezaan epidemik, endemik dan pandemik. astro
AWANI. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/fahami-perbezaan-epidemik-endemik-dan-
pandemik-233401
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. (2021). Pembudayaan Norma Baharu dalam
Komuniti [E-book]. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.
http://www.myhealth.gov.my/wp-content/uploads/Pembudayaan-Norma-Baharu-dalam-Komuniti-
03082020.pdf
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. (2022, April 27). KELONGGARAN SOP
COVID-19 MULAI 1 MEI 2022. COVID-19 MALAYSIA. https://covid-
19.moh.gov.my/reopeningsafely/semasa/2022/04/kelonggaran-sop-covid-19-mulai-1-mei-2022
Lokman Redzuan. (2021, October 22). Menuju Endemik: Semuanya Bergantung Kepada Kita.
Penanginstitute.Org. https://penanginstitute.org/wp-content/uploads/2021/10/edisi28.pdf
Mahathir Yahaya, & Wardatul Hayat Adnan. (2021). CABARAN PELAJAR MELALUI
KAEDAH PEMBELAJARAN ATAS TALIAN: KAJIAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
AWAM MALAYSIA, 14(1). https://jmiw.uitm.edu.my/images/Journal/Volume14/2.pdf
Malik, N. A. (2022, March 9). PERALIHAN KE ENDAMIK BERMULA 1 APRIL 2022. Laman
Web MKN. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/03/09/peralihan-ke-endamik-bermula-1-april-
2022/
Mohd Zaky Zainuddin. (2021, July 1). PSU inisiatif penting bantu majikan, pekerja. BH ONLINE.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/834449/psu-inisiatif-penting-bantu-majikan-
pekerja
Noor Mohamad Shakil Hameed. (2022, April 11). Urus insentif tunai cara bijak. myMetro.
https://www.hmetro.com.my/rencana/2022/04/830676/urus-insentif-tunai-cara-bijak
Ramli, Mohd Anuar. (2021). Cabaran Lokal dan Global Terhadap Kelestarian Keluarga Malaysia
Pasca Pandemik COVID-19.
Ready for transition to endemic phase? (2022, March 31). The Malaysian Reserve.
https://themalaysianreserve.com/2022/03/31/ready-for-transition-to-endemic-phase/
Saiful Haizan Hasam. (2022, February 5). Malaysia di landasan betul menuju fasa endemik. BH
ONLINE. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/919097/malaysia-di-landasan-
betul-menuju-fasa-endemik
Sze, W. Y. (2022, January 10). Tekanan dan Cabaran Guru Terhadap Norma Baharu Semasa
Pandemik Covid-19 di Sebuah Daerah Negeri Sarawak | Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH). Www.Msocialsciences.Com.
https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/1244
Team, M. (2022, March 16). K’jaan luluskan pengeluaran RM10,000 daripada KWSP.
Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/614595