NAMA GURU : ROHAINIYATI AWANG KAJIAN KES
SEJARAH
NAMA : NUR BATRISYIA MOHD AZREEN
KELAS : 1 AL-KHAWARIZMI
SEKOLAH : SMK TAWAU
TAJUK KAJIAN
Tamadun Rom terkenal dengan kepakaran dalam bidang
seni bina. Binaan ini mempunyai ketahanan yang tinggi
dan menjadi warisan sejarah yang tidak ternilai harganya.
Buktikan.
-
J
A
D
U
A
L
K
A
J
I
A
N
-
PENDAHULUAN
Pepatah ada menyebut "Rom tidak dibina dalam sehari". Rom
mengalami perkembangan yang panjang sebelum mencapai
kegemilangannya dalam berbagai-bagai bidang. Tamadun ini
telah membuktikan keupayaan manusia untuk melahirkan ciptaan
yang mengagumkan. Sumbangan yang ditinggalkan oleh tamadun
ini bukan sahaja diwarisi oleh Tamadun Eropah tetapi oleh
tamadun dunia yang lain. Tamadun Rom terkenal dengan
kepakaran dalam bidang seni bina. Orang Rom bukan sahaja
membina bangunan bersaiz besar dan mempunyai nilai estetika,
tetapi setiap binaan mempunyai kegunaan yang khusus.
Perkembangan bidang seni bina melibatkan bangunan, jalan raya,
saliran air dan tempat mandi awam.
OBJEKTIF KAJIAN
Mengetahui ciri-ciri pembinaan bangunan
Tamadun Rom
Mengetahui cara memelihara dan memulihara
bangunan bersejarah.
KAEDAH KAJIAN
1. MERUJUK BUKU ILMIAH
Saya merujuk buku teks sejarah tingkatan 1 untuk
mendapatkan maklumat lanjut mengenai tamadun
Rom
HASIL DAPATAN
A) HURAIKAN CIRI-CIRI PEMBINAAN BANGUNAN DALAM TAMADUN ROM (PILIH 4 DARI
7 SENIBINA)
1. Colosseum
Colosseum merupakan binaan yang melambangkan keagungan Tamadun Rom yang
dijadikan tempat mengadakan persembahan dan pertandingan bersaiz besar seperti acara
gladiator. Struktur binaan Colosseum mempunyai ketinggian mencapai 50 meter panang,
lebar 156 meter dan luas keseluruhan bangunan kira-kira 2.5 hektar dengan kawasan arena
seluas 85 meter x 54 meter yang mampu memuatkan 50,000 orang pada satu-satu masa.
Colosseum mempunyai sistem pengurusan penonton yang setanding dengan stadium pada
zaman moden. Terdapat 80 pintu masuk serta tempat duduk penonton yang dibina
bertingkat-tingkat. Binaan ini dimulakan oleh Raja Vespian pada tahun 72 M dan
diselesaikan pleh anaknya, Titus pada tahun 80 M.
2. Akueduk
Sistem perancangan dan pengawalan air yang sistematik yang melambangkan teknologi dan
kejuruteraan Rom. Akueduk berfungsi membekalkan air ke rumah kediaman di sekitar bandar dalam
empayar Rom. Air dari akueduk juga disalurkan ke tempat mandi awam dan binaan-binaan utama di Rom
termasuklah ke Colosseum sewaktu acara gladiator diadakan. Akueduk pertama dibina di Aqua Appia
pada tahun 312 SM dengan panjangnya 16 kilometer. Marcus Agrippa merupakan antara jurutera Rom
yang bertanggungjawab membina akueduk, seperti Aqua Virgo yang dibina pada tahun 19 SM. Akueduk
dibina berdasarkan kajian mendalam terhadap aspek mutu sumber air yang ada, aliran air dan lokasinya.
Akueduk yang termasyhur ialah Pont du Gard di Perancis yang mempunyai tiga tingkat.
3. Pantheon
Binaan berkubah yang terbesar di dunia yang digunakan sebagai tempat penyembahan dewa-dewi
masyarakat Rom. Pada awalnya, Pantheon dibina oleh Marcus Visanius Agrippa pada tahun 27 SM, namun
musnah dalam kebakaran pada tahun 80 M. Pantheon dibangunkan semula oleh Maharaja Hadrian pada
tahun 125 M. Pantheon dibina dengan mengambil gaya binaan zaman Yunani terutama dibahagian
hadapan yang mempunyai tiang yang kukuh. Atap Pantheon pula merupakan kubah bersaiz besar dengan
diameter 43 meter. Dinding Pantheon pula dibina daripada batu-bata yang dilepa dengan simen. Puncak
Pantheon mempunyai ruang terbuka yang dikenali sebagai Oculus berukuran 13 meter lebar yang
membolehkan cahaya masuk menyinari ruangan dalam binaan ini.
4. Tempat Mandi Awam
Orang Rom percaya mandi penting untuk kebersihan dan kesihatan serta
melambangkan kehidupan bertamadun. Bagi memenuhi tuntutan tersebut, orang
Rom membina tempat mandi awam yang boleh digunakan oleh setiap orang.
Mereka yang hendak menggunakannya akan dikenakan bayaran tertentu. Tempat
mandi awam ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk tandas, ruang
mandi, ruang untuk mengurut, perpustakaan, bilik berehat dan bersenam. Ruang
mandi pula mempunyai bahagian yang berasingan, iaitu mandi air panas, sejuk,
suam serta berwap. Antara tempat mandi awam yang terkenal termasuklah
Caracalla di Rom yang didirikan pada abad ketiga Masihi oleh Maharaja Caracalla.
Tempat mandi ini boleh memuatkan sehingga 1500 orang pada satu-satu masa.
B) BERDASARKAN WABAK KORONA VIRUS Senibina yang sesuai untuk dijadikan sebagai pusat
(COVID 19) YANG MELANDA NEGARA KETIKA kuarantin pesakit Covid-19 ialah stadium . Stadium
INI, NYATAKAN SENIBINA (BANGUNAN) YANG sangat sesuai untuk dijadikan pusat kuarantin bagi
SESUAI UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI PUSAT memudahkan pemeriksaan dijalankan ke atas pesakit.
KUARANTIN PESAKIT DAN JELASKAN Disamping itu, dengan keluasan stadium, pesakit akan
MENGAPAKAH SENI BINA TERSEBUT SESUAI berasa selesa kerana tidak perlu bersesak di dalam
DIGUNAKAN. ruangan yang sempit.
Selain itu, senibina lain yang sesuai untuk dijadikan
pusat kuarantin ialah hotel. Hotel mempunyai fasiliti
yang lengkap. Ia juga dapat membantu kelangsungan
perniagaan perhotelan yang kini terjejas akibat
penularan wabak COVID-19.
C) NILAIKAN BAGAIMANA CARA MEMELIHARA DAN MEMULIHARA SENI BINA BANGUNAN BERSEJARAH
Cara atau langkah memelihara bangunan bersejarah yang pertama ialah kerajaan perlu menyediakan
dana yang besar untuk mengekalkan bangunan-bangunan yang bersejarah.
Selain itu, Kementrian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan perlu menjaga struktur binaan
bangunan-bangunan bersejarah supaya keunikan seni binaannyadapat dikekalkan.
Cara atau langkah untuk memulihara bangunan bersejarah pula ialah mengubah atau memberi nafas
baru pada fungsi struktur bangunan bersejarah dengan merenovasi bangunan tersebut agar boleh diguna
pakai semula oleh masyarakat.
Disamping itu, mempopularkan struktur bersejarah sebagai destinasi perlancongan juga salah satu
cara untuk memulihara bangunan bersejarah. Dengan mempopularkan struktur bersejarah kepada orang
awam, secara tidak langsung, bilangan pengunjung akan meningkat.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
(PENGETAHUAN, IKTIBAR / PENGAJARAN, HARAPAN)
Setelah selesai menyiapkan kajian kes Sejarah ini, saya telah memperolehi
pengetahuan baru tentang ciri-ciri senibina tamadun Rom yang penuh gaya
estetika.
Saya juga dapat mempelajari iktibar daripada keagungan senibina tamadun
Rom. Masyarakat Rom yang rajin berusaha dan tidak jemu menghasilkan senibina
yang hebat seharusnya dicontohi oleh generasi muda kini.
Akhir sekali, saya juga berharap agar para remaja berminat untuk mempelajari
tentang sejarah begara kita bagi menaikkan semangat patriotisme dalam diri
masing-masing serta dapat memupuk perpaduan kaum berbilang bangsa.
Saya juga mencadangkan agar kerajaan lebih produktif menjaga khazanah
sejarah negara agar tidak hilang tanpa jejak. Jika perkara ini dititik beratkan,
generasi muda akan mudah mengenali, mempelajari dan menjadikan peristiwa
sejarah ini sebagai iktibar dan tauladan dalam kehidupan.
LAMPIRAN
Colosseum
Akueduk
Pantheon
Caracalla
RUJUKAN
Buku Ilmiah
Mohd Bin Samsudin, Azharudin Bin Mohamed Dali, Sharifah Afidah Binti Syed
Hamid, 2016, Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Internet
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/673105/guna-hotel-jadi-
pusat-kuarantin-bantu-pengusaha-terus-beroperasi
http://www.ideaterkini.com/cara-memelihara-bangunan-bersejarah/
https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/08/apakah-langkah-langkah-
untuk-memulihara.html