WALAUPUN dikenali negara paling ramai penduduk di
dunia, sejak ledakan rawatan kesuburan melanda India
40 tahun lalu, ramai wanita mandul sanggup berdepan
apa saja risiko untuk bergelar ibu kerana bimbang
dibelenggu stigma negatif masyarakat.
Situasi itu tambah membimbangkan apabila sejumlah
wanita berkenaan terdiri daripada kalangan warga
emas.
Kehamilan dan melahirkan punyai risikonya tersendiri
tidak kira usia, namun Rajo Devi Lohan, 78, kini bergelut
untuk kembali sihat lebih daripada kebanyakan wanita
lain sejak menjadi seorang ibu.
Ibu tertua hamil
Selepas melahirkan anak perempuannya, Naveen, lapan
tahun lalu, wanita itu disahkan menghidap kanser.
Beliau sudah melalui tiga pembedahan untuk
memulihkan rahimnya yang pecah dan mengeluarkan
ketumbuhan, menjalani beberapa pusingan kemoterapi
namun masih mengalami sakit perut.
Lohan, berusia 70 tahun ketika melahirkan anaknya
pada 2008, dan menjadi ibu tertua di dunia ketika itu.
gn4id:16193213
"Doktor tidak pernah memaklumkan mengenai
sebarang bahaya dan saya tidak pernah merasa ia
membahayakan," katanya. Doktor yang merawatnya,
percaya masalah kesihatannya berpunca daripada
rawatan kesuburan dan kehamilan.
Kisah wanita tua melahirkan anak di India ternyata
mengundang perhatian di peringkat antarabangsa sejak
beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk seorang
wanita berusia 72 tahun yang mencatat rekod dunia
terbaru menjadi ibu tertua melahirkan bayi lelaki April
lalu.
Alasan pakar yang bertanggungjawab membantu
wanita itu hamil ialah hak setiap wanita untuk
mempunyai anak tanpa mengira usia.
Bahayakan nyawa
Namun, etika kelahiran sedemikian diselar pelbagai
pihak. Hanya pakar yang menagih kemasyhuran dan
kekayaan, sanggup membahayakan nyawa ibu tua,
wanita muda yang mendermakan telur dan juga anak
itu sendiri.
Sehingga kini sekurang-kurangnya dua wanita muda
India meninggal dunia selepas menderma telur.
Pusat Bayi Tabung Uji dan Kesuburan Nasional di
bandar Hisar di utara India bertanggungjawab
membantu ibu 'pada usia senja' di dunia melahirkan
bayi yang amat dikehendaki.
Daljinder Kaur dan suaminya Mohinder Singh Gill
bersama anak lelaki mereka.
Daljinder Kaur dan suaminya Mohinder Singh Gill
bersama anak lelaki mereka.
Anak kepada ibu tertua di dunia Daljinder Kaur, 72,
dilahirkan April lalu di sini, sama seperti seperti anak
perempuan Lohan, lapan tahun lalu.
Hanya selepas 46 tahun berkahwin, Kaur dan suaminya
berusia 79 tahun, menjadi ibu bapa kepada bayi lelaki
dinamakan Armaan, yang bermaksud "harapan".
Presiden Persatuan Bantuan Pembiakan India, Dr
Narendra Malholtra berkata 72 tahun bukan umur
sesuai untuk mempunyai anak. Kehamilan yang berjaya
pada usia 72 tahun umpama mendedahkan ibu itu
kepada bahaya.
Bantu 100 wanita hamil
Insan yang bertanggungjawab ke atas kelahiran itu
adalah Dr Anurag Bishnoi. Pakar janin itu mendakwa
berjaya membantu lebih 100 wanita berusia lebih 50
tahun untuk hamil.
"Jika lelaki boleh mempunyai anak pada usia 60 an dan
70 an, mengapa tidak wanita?" tegasnya.
Bishnoi menegaskan, pesakitnya yang berusia perlu
melepasi ujian kesihatan yang ketat sebelum
memulakan rawatan Persenyawaan In-Vitro (IVF) atau
bayi tabung uji.
"Kami tidak melihat banyak risiko sama ada di kalangan
pesakit pertengahan umur mahupun yang lebih tua,"
katanya.
Hingga kini Bishnoi menafikan rawatan kesuburan dan
kehamilan dilakukannya bertanggungjawab terhadap
masalah kesihatan ditanggung Lohan.
Sementara itu Kaur ketika ditanya siapa yang akan
menjaga anaknya jika mereka tiada lagi menjawab:
"Jangan cakap mengenai perkara seperti itu dengan
saya. Saya tidak mahu bercakap mengenainya. Tuhan
akan menjaganya."
Dr Anurag Bishnoi berjaya membantu 100 wanita
berusia lebih 50 tahun untuk hamil.
Dr Anurag Bishnoi berjaya membantu 100 wanita
berusia lebih 50 tahun untuk hamil.
INFO
Bayi IVF pertama dilahirkan di India hampir 40 tahun
yang lalu.
Tiada undang-undang mahu pun had umur terpakai
dalam ledakan industri rawatan kesuburan itu.
Penderma telur dibayar sehingga USD525 (RM2,156)
untuk proses selama 10 hari.
Dua wanita muda India mati selepas menderma telur.
Pada 2010, penderma telur, Sushma Pandey, 17 mati di
Mumbai selepas menjalani kaedah itu.
Walaupun garis panduan menetapkan penderma telur
perlu berusia sekurangkurangnya 18 tahun, tiada
tindakan diambil terhadap klinik terbabit.
Empat tahun kemudian, Yuma Sherpa, 24, mati selepas
menderma telurnya. Dia dijanjikan bayaran USD448
(RM1,841), namun meninggal dunia sebaik telur
dikeluarkan.