The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhana279, 2024-03-02 10:57:42

Buku TadbirUrus SMKBT6 2024

Buku TadbirUrus SMKBT6 2024

B U K U T A D B I R U R U S JALAN AZAM 15, TAMAN SRI LAMBAK, 86000 KLUANG, JOHOR 2 0 2 4 / 2 0 2 5 JEA2039 S M K B A N D A R T 6 K L U A N G T e l : 0 7 - 7 8 9 2 6 1 1 F a x : 0 7 - 7 8 9 2 8 0 7 E m a i l : j e a 2 0 3 9 @ m o e . e d u . m y


1 BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Kata Aluan Pegawai Pendidikan Daerah Kluang 2 2 Sekapur Sirih Pengetua 3 3 Pelantikan Rasmi Tugas Khas Guru dan AKP Perakuan Penerimaan Tugas 4-5 4 Carta Organisasi Pentadbiran 6 5 Visi dan Misi KPM 7 6 Dasar- Dasar Baharu Kementerian Pelajaran Malaysia 8-16 7 SEMEKEP T6 17 8 Prinsip Budaya Kerja Pengetua SMK Bandar T6 18-19 9 Etika Perkhidmatan Awam 20 10 Tatasusila Keguruaan Malaysia 21-22 11 Hala Tuju Sekolah 23 12 Piagam Pelanggan 24 13 Nilai Sekolah 25 14 Logo / Lencana / Bendera 26-28 15 Lagu Sekolah 29 16 Peraturan Sekolah - Peraturan Sekolah - Peraturan Kukurikulum - Peraturan Hal Ehwal Murid - Peraturan Kokurikulum 30--63 17 Lokasi Kelas 64 18 Pelan Sekolah & Laluan Kecemasan dan Kebakaran 65-66 19 Pakej Kelas 67 20 Senarai Nama Guru 68-72 21 Senarai Nama AKP 73 22 Panduan AKTA Pekeliling 74 23 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2007 75-76 24 Takwim Persekolahan 2024/2025 77 25 Takwim Pentaksiran & Penilaian 78 26 Jadual Pemantauan Guru 79-82 27 Jadual Semakan Hasil Kerja Murid 83 28 Program Sekolah Tahun 2024/2025 84-85 29 Senarai Guru Bertugas Mingguan 86-89 30 Jadual Pemantauan Sekolah 90 31 Takwim Sekolah 2024/2025 91-102 32 Jawantakuasa Majlis Pentadbiran 103-118 33 Jawantakuasa Majlis Kurikulum 119-131 34 Jawantakuasa Hal Ehwal Murid 132-141 35 Jawantakuasa Majlis Kokurikulum 142-157 Isi Kandungan


2 Assalamualaikum W.R.T dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas segala nikmat yang diberikan. Terima kasih kerana memberi peluang saya untuk mencoretkan sedikit amanat dalam Buku Pengurusan Sekolah ini. Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah kerana dapat menyediakan buku pengurusan ini. Terhasilnya buku ini, jelas menunjukkan bahawa Pengetua dan Guru Besar (PGB) dan barisan pentadbir mempunyai perancangan untuk memastikan sumber manusia diurus secara sistematik dan terancang. Guru-guru dan warga sekolah yang budiman, Sesungguhnya profesion dan tugasan kita sama ada sebagai guru atau pentadbir di sesebuah sekolah bukanlah satu kebetulan, sebaliknya satu ketentuan daripada Allah s.w.t. Anda adalah yang terbaik dan telah terpilih dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang murni ini. “ You’re the chosen one”. Tanggungjawab sebagai pendidik mahupun sebagai pemimpin dalam bidang pendidikan merupakan satu amanah yang perlu dipikul bersama. Kemenjadian murid dan kualiti sekolah merupakan dua sasaran mikro yang perlu dicapai bagi merealisasikan kecemerlangan masa depan negara kita yang tercinta. Peranan sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam merealisasikan hasrat murni ini harus bermula dari dalam bilik darjah. Guru-guru dan warga sekolah yang budiman, Pekerjaan dan perjawatan kita diwujudkan adalah kerana adanya murid. Mengapakah kanak-kanak perlu dihantar ke sekolah? Tentulah untuk mengangkat maruah dan harga diri seseorang manusia. Maruah dan harga diri manusia hanya dapat diangkat melalui peningkatan dalam aspek kognitif, afektif dan kemahiran. Ketiga-tiga elemen ini hanya boleh diperoleh melalui pendidikan yang berkualiti, sama ada formal atau tidak formal. Justeru, saya menyeru kepada semua warga pendidik daerah Kluang agar sentiasa mengambil serius kerja buat kita sebagai pendidik. Segala program yang dilakukan di sekolah haruslah memberi kesan yang baik kepada aspek “student engagement”, penyampaian konten dan peningkatan kompetensi guru. Budaya Professional Learning Community (PLC) harus diperkasa dan dilaksanakan dalam erti kata yang sebenar. Segala inisiatif yang turun dari KPM (Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Dialog Prestasi (DP), Transformasi Sekolah 2025 (TS25), Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN), Penerokaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEMEC), Murid Orang Asli (MOA), Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dan lain-lain) harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar matlamat akhir dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (Malaysia) PPPM 2013-2025 dapat direalisasikan. Adalah diharapkan buku ini akan menjadi rujukan warga sekolah dalam memastikan pengoperasian sekolah berjalan dengan lancar. Sekian, terima kasih. “EVERY STUDENT MATTERS” ALI @ ZAINALABIDIN BIN SYED MOHAMED Pegawai Pendidikan Daerah Kata Aluan Tuan PPD


3 Semua guru dan staf sokongan, SMK Bandar T6, Kluang. Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam SEMEKAP Alhamdulillah, bersyukur kehadrat-Nya, Jawatankuasa Manual BukuTadbir Urus Sekolah telah dapat merancang dan menyusun Manual BukuTadbir Urus Sekolah bagi sesi 2024/2025 dengan jayanya. Saya juga memanjatkan kesyukuran kerana warga pendidik SMK Bandar T6 masih diberi kesempatan dan peluang untuk terus bekerja menaburbakti, menyumbang idea dan tenaga untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan negara. Manual Pengurusan ini adalah satu dokumen penting buat warga sekolah sebagai rujukan untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang. Empat bahagian utama dalam Manual Pengurusan Sekolah ini iaitu Pengurusan Sekolah, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum menjadi tunjang pengoperasian sekolah. Dokumen ini juga menjadi landasan kepada semua program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini. Saya yakin bahawa perancangan yang teliti dan relevan pasti dapat menjana kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Setiap matlamat dan objektif semestinya dapat dicapai hasil daripada perancangan yang bijak dan teratur. Saya berharap agar setiap program yang dirancang dapat diadaptasi dengan sebaik-baiknya oleh barisan penggerak sekolah. Kerjasama dan komitmen daripada warga sekolah, jalinan hubungan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta komuniti dan rakan strategic diharapkan dapat merealisasikan impian SMK Bandar T6. Cabaran tahun 2024 amatlah besar buat warga pendidik. Cabaran kita bukan sahaja untuk merealisasikan misi dan visi sekolah malah kita juga perlu mendepani cabaran dan halatuju pendidikan yang semestinya meningkatkan kecemerlangan akademik dan memastikan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).Perubahan sistem pendidikan pada hari ini juga memberikan cabaran bukan sahaja kepada murid malahan kepada guru-guru juga. Menerusi teknik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), guru perlu menyediakan murid untuk menghadapi Revolusi Industri (IR4.0) iaitu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai pendidikan abad ke-21. Setiap pendidik perlu mempunyai kemahiran menggunakan teknologi, celik digital dan menguasai kaedah PdP moden demi memastikan SMK Bandar T6 dapat melahirkan modal insan yang berketrampilan, profesional, berkualiti dan beretika. Ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh individu seharusnya dikongsi dan dimanfaatkan semaksimun mungkin untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Secara tidak langsung, perkongsian ini dapat membentuk warga SMK Bandar T6 yang peka dengan setiap perubahan dalam sistem pendidikan Negara sejajar dengan Dasar Pendigitalan Pendidikan. Marilah kita tuluskan niat dan tekad untuk mencatat sejarah kegemilangan sekolah ini. Oleh yang demikian, prinsip dan budaya kerja SMK Bandar T6 iaitu SEPASUKAN, MENERAJUI, KEBERHASILAN, BERFOKUS dan TERUJI dengan TAKWA, TULUS, TEKUN dan TABAH perlu sentiasa menjadi pegangan warga SMK Bandar T6. Prinsip dan budaya kerja ini merupakan satu platform untuk warga SMK Bandar T6 menjayakan objektif dan matlamat yang telah ditetapkan. Rasa kebersamaan, sepunya dan tanggungjawab dalam pelaksanaan setiap program harus tersemat dalam hati setiap warga sekolah. Yakinlah,kajayaan dalam membentuk kemenjadian murid bakal terserlah dengan semangat yang tidak pernah kenal lelah. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Manual BukuTadbir Urus Sekolah ini. Semoga sesi persekolahan tahun ini seiring dengan azam dan tekad bagi meningkatkan kualiti profesionalisme diri yang menuntut kepada perubahan dalam sistem pendidikan. Selamat betugas dengan hati yang tulus dan seluruh potensi buat warga SMK Bandar T6. SemogaTahun 2024 melakarkan kekuatan buat kita semua. Kejayaan pasti milik kita bersama. Sekian, Terima Kasih Ikhlas, Puan Hajah Zalila binti Mohd Tahir Pengetua SMK Bandar T6 Sekapur Sirih Pengetua


4 ___________________________________________________________________________________________ Rujukan Kami : JEA2039/500-7/2/1 Tarikh : 3 Mac 2024 Semua Guru dan Staf Sokongan, SMK Bandar T6, Kluang Tuan, PELANTIKAN RASMI TUGAS KHAS GURU DAN STAF SOKONGAN TAHUN PERSEKOLAHAN 2024/2025 Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita saya melantik tuan/puan sebagai guru khas dalam bidang tertentu, guru kelas dan menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa Majlis Pentadbiran, Majlis Kurikulum, Majlis Hal Ehwal Murid dan Majlis Kokurikulum sekolah ini bagi sesi persekolahan 2024 seperti yang disenaraikan dalam Buku Tadbir Urus 2024 ini. Tugas tuan/puan juga tertakluk kepada sebarang perubahan oleh pihak pentadbiran sekolah berdasarkan perubahan dalam perjawatan dan perkhidmatan sepanjang tahun 2024. 3. Saya percaya tuan/puan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan berdasarkan kebolehan, keupayaan, minat dan komitmen yang telah ditunjukkan selama ini demi meningkatkan kecemerlangan sekolah kita bersama. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (HAJAH ZALILA BINTI MOHD TAHIR) PENGETUA, SMK BANDAR T6, KLUANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR T6, JALAN AZAM 15,TAMAN SRI LAMBAK, 86000 KLUANG,JOHOR DARUL TA’ZIM Tel : 07-7892611 Fax : 07-7892807 Email: [email protected]


5 Hajah Zalila binti Mohd Tahir Pengetua, SMK Bandar T6, Kluang Tuan, Perakuan Penerimaan Tugas Dan Tanggungjawab 2024/2025 Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya ___________________________________________________ No K.P ______________________________________ dengan ini menerima tugas,amanah dan tanggungjawabyang tersenarai di bawah seperti dalam Buku Tadbir Urus tahun 2024. Bil Tugas 1 2 3 4 5 6 7 8 2. Saya juga berjanji akan menunaikan dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan penuh dedikasi seperti yang telah ditetapkan dalam piagam pelanggan sekolah serta etika perguruan. Sekian, Terima Kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, Disahkan oleh, ...................................................... ...................................................... ( ) ( ) Tarikh :____________________ Tarikh :____________________


GKMP TEK. & VOK. (DG 54) PN.SUPIAH BINTI TAHIRAN Carta OrganiPENGETUA (DPN.HAJAH ZALILA BINTITN. HJ. ABDUL RAHMAN B. MPEN. KANAN PENTADBPN.AZAH MAHANI BPEN. KANAN KOKO (DG 48) EN. Md ZUKI BIN Md IL GURU MEDIA (DG 44) EN. WAN MOHD SAIFUDDIN BIN WAN HASSAN KONTRAK PEMBERSIHAN BANGUNAN SWASTA BIMBINGAN DAN KAUNSELING (DG 48) PN. AZMAH BINTI MD LASIM PEMBANTU OPERACIK. NUR ATIKAH BINPT KEWANGAN& PERKHIDMATAN (N22) PN. AZILAH BINTI HASHIM PEMBANTU MAKMPN. ROMLAH BINTI AWKETUA PEMBANTU TAPN.ROZITA BINTI OTHMAN


6 isasi Pentadbiran DG 54) MOHD TAHIR MOHD NOR PIBG BIRAN (DG 48 ) BINTI OMAR PEN. KANAN HEM (DG 54) PN. NATIFAH BINTI OMAR GKMP KEMANUSIAAN (DG 44) PN.SITI JULIYAH BINTI JALIL GKMP BAHASA (DG 44) CIK.EVERLYN RADTHA NAMBIAR A/P RAVIDAS PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN SWASTA GKMP SAINS MATEMATIK (DG 48) PN. RASHIDAH BINTI IDERUS ASI (N11) NTI JAAM’AT MAL (C22) WANG JOHARI PEMBANTU PENGURUSAN MURID (N22) PN. NORHAFIZAH BINTI MUSA ADBIR (N26) N @ ABU BAKAR


7 VISI & MISI KPM


8 Dasar-Dasar KPM


9


10


11


12


13


14


15 PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY(PLC)


16


Sederap Memacu Kecem


17 merlangan (SEMEKEP T6)


18


19 10 BUDAYA KERJA PENYAYANG SMK BANDAR T6


20 Etika kerja Perkhidmatan Awam hendaklah dilaksanakan berlandaskan prinsip-prinsip berikut: Menjalankan tugas dengan memanifestasikan kejujuran, keyakinan , adil dan saksama Berkhidmat berasaskan keimanan Sentiasa menghayati dan memelihara martabat pekerja Menepati masa, larangan dan arahan Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan Mematuhi prosedur mesyuarat dan prinsip muafakat OBJEKTIF ETIKA KERJA PRINSIP ETIKA KERJA Panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan nilai- nilai akhlak mulia Menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas- tugas yang diamalkan bagi meningkatkan kualiti kerja Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi Memberi sumbangan positif yang berterusan kepada negara. Niat yang betul Perlakuan yang baik Penggerak ke arah kebaikan Memperkotakan apa yang dikatakan Disiplin dan beradab Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi ETIKA PERKHIDMATAN AWAM ETIKA KERJA PERGURUAN Bijaksana a Amanah Benar Bersyukur Dedikasi Ikhlas Penyayang


21 Tanggungjawab Huraian Terhadap Murid 1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal- hal lain. 2. Bersikap adil terhadap setiap murid tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama. 3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada mereka yang berhak. 4. Membimbing atau mengajar seseorang murid dalam bilik darjah tanpa bayaran. 5. Menunjukkan cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberi contoh baik kepada murid. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui kajian penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu tinggi. Terhadap Ibu Bapa 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama antara institusi pendidikan dan rumah tangga. 3. Menganggap semua maklumat yang diberikan ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit kecuali mereka yang berhak. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak- anak mereka. Menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa murid. Terhadap Masyarakat dan Negara 1. Mengelakkan diri dan menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara. 2. Memupuk dalam diri setiap murid sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi Pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendikiawan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA


22 Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan 1.Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan murid atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2.Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan (kami) sebagai guru. 3.Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4.Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat (kami) terutamanya mereka yang baru dalam profesion keguruan. 5.Sentiasa mengawasi diri (kami) supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan. 6.Menjadi ahli (sesebuah) pertubuhan Pendidikan.


23 AKADEMIK Mencapai GPS 3.99 bagi Peperiksaan SPM Mendapat 15 orang calon mencapai semua A dalam SPM Mencapai Kelulusan 95% dalam Peperiksaan SPM Sekurang-kurangnya 15 peratus murid Tingkatan tiga mencapai band 6 Setiap murid Membaca sekurang-kurangnya 10 Buku Setahun HAL EHWAL MURID Meningkatkan pengurusan pentadbiran Hal Ehwal Murid yang berkesan Mengurangkan Salah Laku Disiplin sederhana dan berat kepada 0% Meningkatkan kehadiran Murid ke Sekolah 90% Meningkatkan Kemahiran Insaniah Mencapai 100% pelajar diberi pendedahan tentang program peningkatan sahsiah Mengurangkan kelewatan murid untuk hadir ke sekolah kepada 0% KOKURIKULUM Gred Purata Sekolah dalam Kelab/Persatuan sekurang-kurangnya 2.65 Gred Purata Sekolah dalam Badan Beruniform sekurang-kurangnya 2.5 Gred Purata Sekolah dalam Sukan/Permainan sekurang-kurangnya 2.45 Gred Purata Sekolah Keseluruhan dalam Kokurikulum sekurang-kurangnya 2.0 PENGURUSAN Pengurusan kewangan sekolah pada tahap cemerlang 100% guru mendapat penyeliaan pdpc dan kursus peningkatan kompetensi Mengintegrasi penggunaan ICT dalam semua aspek pengurusan pembelajaran Mewujudkan aspek pengurusan fizikal yang berkesan untuk kebajikan dan keselesaan murid belajar melalui : Penyediaan kemudahan asas yang mencukupi Penyediaan segala sumber dan bantuan pembelajaran yang sempurna Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang ceria dan bersih Mengamalkan polisi sekolah selamat Menjalinkan perhubungan luar sekolah yang baik melalui : Program Permuafakatan Masyarakat Jalinan hubungan akrab dengan pertubuhan NGO Pemantapan PIBG sekolah HALA TUJU SEKOLAH


24 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR T6 komited dan berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada semua pelanggan kami: KEPADA MURID 1. Memberikan pendidikan berkualiti kepada semua murid 2. Memahami dan menghormati perbezaan kemampuan murid dalam pengajaran dan pembelajaran 3. Melaksanakan keadilan dan kesaksamaan dalam proses pembentukan modal insan 4. Membentuk Kemahiran Memimpin, Berfikir, Pengetahuan, Identiti Nasional, Etika dan Kerohanian serta Dwibahasa KEPADA GURU DAN KAKITANGAN 1. Membentuk persekitaran kerja yang kondusif 2. Adil dan saksama dalam segala keputusan 3. Menjaga kebajikan dan peningkatan kerjaya semua warga kerja 4. Meningkatkan Akses, Kualiti, Ekuiti, Perpaduan dan Kecekapan KEPADA WARIS 1. Menjaga kebajikan dan keselamatan anak-anak di sekolah 2. Bersedia menerima cadangan dan teguran yang dapat membina kecemerlangan 3. Menyediakan jalinan dan jaringan hubungan antara sekolah dan masyarakat 4. Adil dan saksama kepada semua PIAGAM PELANGGAN


25 Huraian berkaitan nilai: TAKWA MODAL INSAN YANG DIDIDIK DI SMK BANDAR T6 AKAN LAHIR SEBAGAI GENERASI YANG MELETAKAN AGAMA PALING UTAMA. SEKOLAH KOMITED MELAHIRKAN ANAK BANGSA YANG BERIMAN DAN BERTAKWA. TULUS CIRI-CIRI PENDIDIK DI SMK BANDAR T6 YANG IKHLAS DALAM MEMBENTUK ANAK BANGSA AKAN MENYEMAIKAN NILAI TULUS KE DALAM SANUBARI ANAK DIDIK MEREKA. TEKAL SMK BANDAR T6 KONSISTEN DAN MENGUTAMAKAN KESAMARATAAN DALAM MEMBERIKAN PENDIDIKAN TANPA MENGIRA PERBEZAAN TAHAP PENCAPAIAN MURID. SETIAP MURID BERHAK MENDAPAT PENDIDIKAN YANG BERKUALITI. TEKUN NILAI KESUNGGUHAN DAN TEKUN DIAMALKAN OLEH WARGA PENDIDIK DAN MURID SEKOLAH SMK BANDAR T6 KE ARAH MENCAPAI VISI DAN MISI SEKOLAH. TABAH WARGA PENDIDIK DAN MURID SMK BANDAR T6 TABAH DAN CEKAL MENGHADAPI APA JUA MASALAH, RINTANGAN DAN KESUKARAN DEMI MENCAPAI KEJAYAAN. TEGUH KERJASAMA WARGA SEKOLAH DAN KOMUNITI MEMBENTUK PEMUAFAKATAN MENJADIKAN KAMI KUAT DAN TEGUH UNTUK BERKOLABORATIF DALAM MEMAJUKAN SEKOLAH. TEGAS MURID SMK BANDAR T6 MEMPUNYAI PENDIRIAN YANG TEGAS DALAM MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN SUPAYA MENJADI PEMIMPIN YANG DISEGANI. NILAI SEKOLAH


26 MAKSUD BENTUK, SIMBOL, WARNA DAN MOTTO BENTUK Rangka luar lencana berbentuk kudup mawar yang menanti waktu untuk mekar dan menyebarkan haruman. Bermaksud : Pelajar yang masih mentah dan akan dewasa. Mereka akan terus membesar dengan membawa kejayaan yang akan mengharumkan nama keluarga, sekolah, bangsa, agama dan negara. Berbentuk cabang-cabang ranting.Bermaksud : - Cabang – cabang bidang kerjaya yang sangat luas. - Ibarat tangga atau peringkat atau urutan perjalanan hidup seseorang pelajar bermula dari bawah, berusaha melangkah setapak demi setapak untuk menuju kejayaan. SIMBOL Lambang Multimedia Super Corridor. Bermaksud : Sejajar dengan perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat, seluruh warga sekolah turut tidak ketinggalan malah berani, mampu dan sentiasa menguasai/meneroka bidang IT untuk kemajuan diri dan negara. Simbol mata pena. Bermaksud : Lambang ilmu dan kepintaran menunjukkan kesediaan belajar menggunakan segala sumber yang ada untuk terus berusaha melengkapkan diri dengan ilmu untuk kejayaan yang cemerlang dan membanggakan. Simbol roda bergerigi 5.Bermaksud : - Lambang bidang-bidang kemahiran yang lazim iaitu bahasa, sains sosial, sains matematik, teknik & vokasional dan juga bidang baru iaitu bidang IT. - Menunjukkan kepatuhan dan kesetiaan pelajar dengan menjunjung 5 prinsip Rukun Negara. Simbol pecahan 3 bentuk/bahagian kelopak. Bermaksud : Kesatuan dan kesepaduan hidup 3 bangsa atau kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India di bawah satu bumbung dengan mengamalkan budaya hidup yang aman dan harmonis dalam merealisasikan aspirasi kerajaan. Simbol burung yang sedang melebarkan sayapnya.Bermaksud : - Pelajar-pelajar yang telah berjaya dan kejayaan yang dikecapi itu asasnya adalah bermula di bangku sekolah. - Guru-guru turut berbangga dengan kejayaan pelajar, kerana turut melambangkan kejayaan dan penghargaan buat guru. WARNA Biru Lambang Perpaduan, Ketenangan, Keceriaan dan Kecintaan. Diharapkan pelajar-pelajar sekolah ini dan seluruh warga SMK T6 bersatupadu, bekerjasama untuk memastikan ketenangan dan keceriaan terus berkekalan. Dengan suasana begini kejayaan pasti mudah digapai. Mewujudkan rasa kasih terhadap sekolah dengan memelihara harta benda sekolah dan keindahan sekolah ini. LOGO/LENCANA SEKOLAH


27 Merah Lambang Keupayaan, Berani, Semangat dan Keriangan. Berupaya mengejar cita-cita. Berani menghadapi sebarang cabaran dan dugaan. Semangat yang kuat dan teguh untuk meraih kejayaan. Keriangan pasti akan muncul apabila kejayaan telah tercapai. Kuning Lambang kedaulatan, Kebanggaan, Kekayaan. Kepatuhan kepada negara Malaysia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan berpelembagaan. Pelajar dan sekolah yang mampu membanggakan masyarakat setempat malah mungkin ke peringkat yang lebih tinggi. Pelajar-pelajar yang kaya dengan budi bahasa, bersahsiah tinggi dan kaya ilmu. Putih Lambang Kesucian dan Kemurnian. Diharapkan warga SMK T6 berjiwa suci dan murni tanpa sebarang prasangka atau sesuatu fahaman yang bertentangan dengan etika kesejahteraan dan perpaduan rakyat Malaysia. MOTTO Kreatif Diharapkan pelajar sekolah ini dapat atau berkemampuan mencipta, menghasilkan dan memperkembangkan sesuatu yang baru samada di dalam atau di luar proses Pengajaran & Pembelajaran. Dinamik Akan lahir pelajar-pelajar yang bertenaga, bergerak maju ke hadapan dan berkeupayaan serta mampu membuat penyesuaian atau menerbitkan pembaharuan dan kemajuan dari semasa ke semasa. Optimis Seluruh warga SMK T6 adalah orang yang sentiasa bersangka baik atau menaruh harapan yang baik terhadap sesuatu perkembangan, masalah atau sebarang kemungkinan dengan pendirian yang teguh. Slogan ‘We Are The Best’


28 KUPASAN MAKSUD SIMBOL DAN WARNA SIMBOL Anak panah yang mengarah ke atas Bermaksud : Warga SMKBT6 yang sentiasa ingin mencapai kejayaan yang lebih cemerlang Para pelajar ingin cemerlang dalam pelajaran hingga mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi Warga pendidik pula sentiasa meningkatkan prestasi kerja untuk melahirkan pelajar yang berkualiti Anak panah yang dibahagikan kepada 5 bahagian Bermaksud : Pelajar SMKBT6 terdiri daripada 5 kumpulan pelajar mengikut tingkatan iaitu Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. Saiznya yang semakin melebar ke arah kanan melambangkan tahap kematangan dan ketinggian ilmu yang kian bertambah dalam kalangan pelajar. Rangka atau rupa anak panah Bermaksud : Jika diamati rupa anak panah ini menyerupai bangunan sekolah iaitu bahagian kepala anak panah merupakan bahagian bumbung manakala bahagian badannya ialah dinding bangunan sekolah. WARNA Biru Laut (Terdapat pada anak panah.) Lambang Perpaduan, Ketenangan, Keceriaan dan Kecintaan Warna ini menyerupai salah satu warna yang terdapat pada pakaian rasmi atau uniform pelajar iaitu kain yang dipakai oleh pelajar perempuan. Sebagai lambang perpaduan yang diharapkan wujud di kalangan warga SMKBT6 kerana dengan adanya semangat perpaduan, sesuatu impian bersama akan mudah untuk dikecapi. Tergolong dalam kumpulan warna sejuk yang menggambarkan ketenangan dan keceriaan pada suasana persekitaran yang indah yang mampu menyuntik semangat untuk terus berjaya. Mewujudkan rasa kasih terhadap sekolah dengan memelihara harta benda dan keindahan sekolah. Kuning (Terdapat pada tanah atau sebagai warna latar belakang bendera) Lambang Kedaulatan, Kebanggaan, Kekayaan. Kepatuhan kepada negara Malaysia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan berperlembagaan Pelajar dan sekolah yang mampu membanggakan masyarakat setempat malah mungkin ke peringkat yang lebih tinggi. Pelajar-pelajar yang kaya dengan budi bahasa, bersahsiah tinggi dan kaya ilmu. BENDERA SEKOLAH


29 LAGU SEKOLAH & CHEER SONG LAGU SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar T6 Sekolah yang mencipta sejarah Ku genggam janji harumkan namamu Kutekad terus menimba ilmu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar T6 Menjadikan kami dewasa Kecemerlanganmu kan kami bina Demi masa depan gemilang Kreatif, optimis dan dinamik Budi bahasa amalan kami Kami pertahan dan kami amalkan Dari zaman hingga ke zaman Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar T6 Sekolah yang kami banggakan Ku genggam janji harumkan namamu Kupasti hidup penuh berilmu CHEER SONG SEKOLAH CLAP 2, 3, 4 Every where we go People want to know Who we are So we tell them We are the T6 Mighty, mighty T6 Ooo… yeah… When T6 (Clap 3x) Are marching in We want to show All our power When T6… are marching in (clap 3x) Bila T6 (tepuk 3x) Masuk padang (tepuk 3x) Bila T6 masuk padang…. Hajat kita hendak menang Bila T6 masuk padang (tepuk 3x) Who are the champion? T6 Who are the champion? T6 Who are the champion? T6 Alhamdulillah syukur nikmat Kepada tuhan yang memberi rahmat Who are the best? We are the best.. Who are the best? We are the best… Who are the best? We are the Best! Best! Best! Best!


30 PERATURAN SEKOLAH SMK BANDAR T6


31 Bil Perkara / Aktiviti PERATURAN 1.WAKTU HADIR BEKERJA DI SEKOLAH 1.1 WAJIB datang awal, selewat- lewatnya 15 minit sebelum loceng pertama 7.15 pagi. 1.2 Jika terlewat, perlu terus berjumpa dengan Pengetua/ Penolong Kanan Pentadbiran untuk memaklumkan sebab. 1.3 Guru/ Staf akan diberi Nota Teguran 1 dan Teguran 2, sebelum tindakan selanjutnya sekiranya kehadiran sentiasa lewat. 1.4 Imbas kehadiran sebaik tiba di sekolah “Thumbprint”. 1.5 .Sekiranya tidak dapat hadir bertugas kerana sakit, kemalangan atau kecemasan dan sebagainya, guru berkenaan hendaklah segera memberitahu Pengetua dengan apa cara juga. Jika cuti lebih dari sehari, Buku Persediaan Mengajar (ERPH), buku rujukan, anak kunci dan surat akuan doktor hendaklah diserahkankepada Pengetua. PERATURAN 2.WAKTU PULANG DARI SEKOLAH 2.1 Digalakkan balik selepas 15 minit murid selesai menunaikan fardu Zohor berjemaah dan bergerak balik. 2.2 Biar murid pulang dahulu untuk elakkan kesesakan. 2.3 Guru/ staf perlu tunjukkan teladan yang baik. 2.4 Masa yang ada boleh digunakan untuk melakukan kerja- kerja menyemak latihan murid, membaca, menyediakan rekod mengajar, BBM atau mengemas meja supaya teratur. 2.5 Pastikan imbas jari atau imbas muka Pepatih MySchool sebelum pulang, lakukan sendiri. 2.6 Guru dibenarkan pulang pada pukul 2.15 petang. PERATURAN 3.KEWAJIPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN 3.1 Berada di sekolah seawal jam 6.45 pagi. 3.2 Berada di tempat- tempat berikut semasa pagi, waktu rehat dan selepas loceng akhir berbunyi. a. Pintu pagar sekolah di hadapan atau belakang b. Tapak perhimpunan c. Kantin / Blok-blok / Surau 3.3 Menguruskan perhimpunan dengan bantuan pengawas. 3.4 Merekodkan perjalanan perhimpunan dan perkara yang disampaikan semasa perhimpunan. 3.5 Mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat perkara atau peristiwa yang memerlukan tindakan segera. 3.6 Memastikan keadaan sekolah terkawal. 3.7 Menyampaikan pengumuman (sekiranya ada). 3.8 Pulang 15 minit lewat selepas murid bersurai. 3.9 Bertanggungjawab mengawasi semua hal mengenai murid - murid dan pastikan mematuhi peraturan sekolah. 3.10 Menulis catatan ke dalam "Buku Laporan Guru Bertugas" segala yang berlaku pada hari berkenaan termasuk topiktopik lain yang perlu perhatian seperti perhimpunan,kebersihan, kantin, tandas dan sebagainya. PERATURAN SEKOLAH


32 PERATURAN 4.TIDAK HADIR BERTUGAS 4.1 WAJIB maklumkan kepada Pengetua/ Penolong Kanan pada awal pagi untuk tujuan pentadbiran 4.2 Serahkan sijil cuti sakit kepada Pengetua keesokannya untuk dicatatkan dalam rekod 4.3 Cuti sakit swasta lebih daripada 180 hari tidak perlu dapatkan pengesahan doktor kerajaan 4.4 Setiap cuti sakit yang diambil akan menjejaskan kiraan ganjaran apabila pencen nanti 4.5 Serahkan surat kuarantin (HSO) dan surat pelepasan kuarantin (RO) jika kuarantin covid-19, mengikut peraturan semasa (KKM) PERATURAN 5.CUTI REHAT KHAS 5.1.1 Guru diperuntukkan 10 hari cuti rehat bagi guru yang berkhidmat kurang 10 tahun dan 15 hari cuti rehat bagi guru yang berkhidmat lebih 10 tahun manakala AKP diperuntukan 20 hingga 30 hari cuti rehat bergantung pada gred yang disandang. 5.1.2 Layak dipohon dan kelulusan atas budi bicara Pengetua. 5.1.3 Mesti dipohon daripada Pengetua dengan berjumpa secara peribadi BUKAN isi borang dan tinggalkan kepada Pembantu Tadbir. 5.1.4 Isi borang setelah mendapat kelulusan,kemudian guru juga perlu memohon secara online melalui HRMIS. 5.1.5 Pertimbangkan untuk melulus permohonan dengan syarat tidak menjejaskan tugas dan perjalanan sekolah. 5.1.6 Permohonan hendaklah dibuat lebih awal sekurang- kurangnya tiga hari sebelum kecuali kes- kes kecemasan seperti kemalangan, kematian atau musibah yang tidak dijangka (maklum melalui telefon). 5.1.7 Seandainya permohonan banyak pada sesuatu masa pertimbangan akan dibuat mengikut kewajaran. CUTI BUKAN ALASAN UNTUK MELEPASKAN TANGGUNGJAWAB. PENGETUA BERHAK MEMBATALKAN CUTI YANG TELAH DILULUSKAN ATAU MEMANGGIL GURU KEMBALI BERTUGAS SEKIRANYA PERLU. 5.2 Cuti Rehat/ Cuti Penggal. Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP (PP ) 004.SJ/A/(30) Bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas - tugas seharian daripada tugas mengajar. 5.3 Cuti sakit 5.3.1 Cuti sakit dari klinik atau hospital swasta diperuntukan sebanyak 180 hari dan tidak perlu diperakui oleh hospital kerajaan ,seperti mana termkatub di dalam pekeliling. 5.3.2 Cuti kuarantin kerana Covid-19 perlu pengesahan melalui MYSEJAHTERA dan doctor,cuti kuarantin berdasarkan dari tarikh di MYSEJAHTERA. 5.4 Cuti Tanpa Gaji. 5.4.1 Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab – sebab persendirian yang mustahak. 5.4.2 Cuti Tanpa gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya. 5.4.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap - tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. 5.4.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun. 5.4.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalahdiluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 haridiluluskan Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti. 5.5 Cuti Menjaga Anak (CMA) 5.5.1 Cuti menjaga anak (sakit berjangkit) seperti mana terdapat dalam SPI,diperuntukan sebanyak 5 hari. 5.6 Cuti Keluar Negara 5.6.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusanJabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewat -lewatnya 5 @ 6 minggu sebelum tarikh bercuti.


33 PERATURAN 6.URUSAN DENGAN PPD, JABATAN PELAJARAN NEGERI DAN KPM 6.1 Dapatkan kebenaran Pengetua/ Penolong Kanan. 6.2 Sentiasa berpakaian kemas, sopan dan jaga imej guru dan sekolah. 6.3 Sebaiknya semua masalah dibincangkan di peringkat sekolah terlebih dahulu. PERATURAN 7.PENGISYTIHARAN HARTA 7.1 Semua penjawat awam perlu membuat pengistiharan harta setiap lima tahun. 7.2 Buat pengisytiharan harta melalui HRMIS. 7.3 Serah sesalinan kelulusan isytihar harta kepada pejabat dan maklumkan kepada PT untuk tindakan kemas kini maklumat guru di E-operasi. 7.4 Urusan isytihar harta adalah pada awal tahun. 7.5 Kegagalan isytihar harta boleh mengganggu/ menjejaskan urusan perkhidmatan. PERATURAN 8.PINJAMAN PERUMAHAN DAN KOMPUTER 8.1 Urusan dibuat di sekolah, dapatkan borang urus dengan Ketua Pembantu Tadbir. 8.2 Sediakan dokumen yang relevan dan perlu hantar permohonan melalui sekolah. PERATURAN 9.KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH 9.1 Guru/ staf TIDAK BOLEH keluar/ meninggalkan kawasan sekolah untuk urusan peribadi contohnya ke Bank, sekolah anak atau sebagainya. 9.2 Kebenaran perlu diperolehi dan dibenarkan untuk kes- kes kecemasan seperti menziarah jenazah keluarga terdekat dan menghadiri mesyuarat/ kursus atau sepertinya. 9.3 Kebenaran keluar hanya oleh Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran. 9.4 Rekodkan dalam buku yang disediakan. 9.5 TIDAK BOLEH KELUAR SESUKA HATI WALAUPUN HANYA SEKETIKA untuk apa- apa urusan sekalipun TANPA KEBENARAN PERATURAN 10. GURU GANTI/RELIEF 10.1 Tanggungjawab bersama dan terimalah dengan RELA HATI dan penuhi dengan penuh rasa setia kawan. 10.2 WAJIB MASUK KELAS dan adakan aktivti bukan sekadar kawal sahaja. 10.3 Guru relief boleh menggunakan modul relief yang disediakan. 10.4 Catat dalam buku rekod mengajar dan buku kawalan kelas.


34 PERATURAN 11. WAKTU TIDAK MENGAJAR (FREE PERIOD) 11.1 Bukan ‘free’ mutlak. 11.2 Gunakan untuk membuat perancangan, menyemak kerja pelajar, sediakan BBM, buat rujukan di PSS, menulis persediaan mengajar. 11.3 Berbincang secara profesional dengan rakan sejawat tentang masalah pelajar, PdP, peningkatan akademik atau aktiviti panitia, unir uniform, kelab dan persatuan. 11.4 MAKAN sekadar menghilangkan lapar dan tidak memudaratkan kesihatan. 11.5 Jangan membudayakan ‘Budaya Kedai Kopi’ kerana guru berada pada masa instruksional. PERATURAN 12.MENGHADIRI MESYUARAT/ SEMINAR/ BENGKEL 12.1 Wajib HADIR sama ada untuk sendiri atau mewakili Pengetua. 12.2 Tumpukan sepenuh perhatian untuk tujuan laporan kepada Pengetua/ Ketua Bidang. 12.3 Sediakan minit CURAI dan serahkan kepada Pengurus Kualiti PK10. 12.4 Adakan ‘in-house training’ kepada guru- guru yang lain mengikut keperluan. 12.5 Bawa bersama dokumen seperti fail pengurusan & perancangan, pekeliling semasa menghadirinya. 12.6 Bagi guru yang menghadiri bengkel @ seminar jemputan daripada sekolah luar, perlu mendapatkan persetujuan & keizinan daripada tuan pengetua. 12.7 Jika timbul masalah berbincang dengan Pengetua. PERATURAN 13.TUGAS MENGAWAS PEPERIKSAAN DALAMAN & SPM 13.1 Diwajibkan untuk semua guru mengikut giliran yang ditetapkan kecuali pengetua. 13.2 Tidak bolah ditolak kecuali sarat mengandung, sakit yang serius atau berkursus. 13.3 Jika dilantik, tidak bolah bercuti. 13.4 Laksanakan pengawasan sepenuhnya, dilarang melakukan aktiviti lain seperti memeriksa kertas jawapan pelajar, membaca akhbar atau berbual dengan rakan sejawat dan menggunakan telefon bimbit. PERATURAN 14.SURAT/ PEKELILING / BORANG UNTUK TINDAKAN 14.1 Bertindak dengan segera apabila diminitkan untuk tindakan. 14.2 Berbincang dengan pegawai lebih atas dari segi tanggungjawab untuk mendapatkan maklumatlengkap. 14.3 Semua borang dan surat perlu ditaip, sebelum dihantar beserta dengan surat iringan mengikutformat yang betul dan tepat. 14.4 Tindakan perlu selesai empat hari sebelum tarikh akhir dan elakkan menerima peringatan daripada pihak berkenaan. 14.5 Penerima surat seperti yang diminitkan wajib mengambil tindakan atau menghadiri mesyuarat/bengkel/kursus yang diarahkan. Jika penama surat tidak dapat hadir atas sebab rasmi/kecemasan, sila bawa surat berjumpa Pengetua untuk “endorse” surat tersebut atas nama pengganti yang sesuai. PERATURAN 15. PENGESAHAN DALAM JAWATAN / KEMASUKAN KE JAWATAN BERPENCEN 15.1 Setiap guru bertanggungjawab atas urusan kenaikan pangkat masing-masing. Guru perlu peka dengan tarikh-tarikh kenaikan pangkat dan meminta bantuan PT sekolah untuk urusan kenaikan pangkat selepas semua maklumat diperoleh daripada jabatan atau sekolah lama guru.


35 15.2 Boleh pilih PENCEN atau KWSP. 15.3 Pengesahan boleh dicadangkan selepas lulus kursus induksi dalam tempoh 1-3 tahun. 15.4 Ingatkan pihak pentadbiran sekolah/ semak rekod supaya tidak tercicir. 15.5 Menandatangani borang pengesahan jawatan perlu dibuat di hadapan Pengetua. 15.6 PT sekolah hanya bertanggung jawab menyediakan surat dan menghantar borang permohonan kenaikan pangkat tetapi tidak bertanggung jawab untuk mengutip maklumat dari sekolah asal guru. PERATURAN 16. MENGWUJUDKAN BUDAYA SIHAT SMK BANDAR T6 16.1 Sentiasa mengutamakan kepentingan sekolah lebih daripada kepentingan peribadi. 16.2 Sentiasa mengamalkan kemesraan dan keseronokan bekerja. 16.3 Sentiasa mementingkan pelanggan dan masa. 16.4 Sentiasa mengamalkan nilai- nilai murni. 16.5 Sentiasa perihatin terhadap kebersihan sekitar dan keceriaan sekolah. 16.6 Sentiasa mengamalkan budaya ilmu. 16.7 Sentiasa bermuafakat dan bekerja secara sepasukan. 16.8 Sentiasa bekerja dan melaksanakan idea- idea baru dan sedia berubah untuk kebaikan. 16.9 Sentiasa mengutamakan kesihatan diri dan pelajar. Guru tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah. PERATURAN 17. PAKAIAN 17.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat . Semua jenis jeans dan jubah tidak dibenarkan. 17.2 Pakaian dan seluar yang ketat dan menampakkan bentuk badan, baju tanpa lengan, skirt, pakaian nipis serta mendedahkan aurat tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 17.3 Guru lelaki dikehendaki memiliki potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai. 17.4 Semua guru dikehendaki memakai kasut / sepatu (bukan sandal) supaya lebih kemas dan rasmi. 17.5 Semua guru perempuan dikehendaki memakai kurung Johor atau baju korporat setiap hari Ahad . Hari Isnin hingga Khamis dikehendaki memakai baju kurung Johor. 17.6 Guru lelaki dikehendaki memakai baju korporat pada hari Ahad dan Baju Melayu yang lengkap pada hari Khamis. Hari Isnin hingga Rabu memakai baju rasmi pakaian bekerja. 17.7 Guru yang mengajar pendidikan jasmani .Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. Guru perempuan :Seluar sukan, baju T-Shirt, kasut sukan atau getah tanpa tumit. Guru lelaki : Seluar sukan / seluar panjang yang sesuai. Kemeja sukan baju T-Shirt atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 17.8 Pada hari Rabu semua guru digalakkan memakai baju Unit Beruniform. 17.9 Guru digalakkan memakai baju KRMJ pada hari Selasa. PERATURAN 18. TANDA NAMA 18.1 Semua guru dan staf sokongan wajib memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau apabila ada urusan rasmi di luar sekolah. PERATURAN 19.PEJABAT GURU 19.1 Guru hendaklah berada di pejabat guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa tersebut dianggap “non- teaching period” dan bukannya “free period”. Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara- perkara berkaitan dengan PDPC , PLC atau yang berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja.


36 19.2 Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di pejabat guru. 19.3 Bayaran semasa penghantaran (COD) makanan daripada pihak luar tidak dibenarkan. 19.4 Guru yang berada di pejabat guru hendaklah bersama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain. 19.5 Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru. 19.6 Kebersihan dan keselamatan pejabat guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru termasuk keselamatan harta benda yang terdapat dalam pejabat guru. 19.7 Sesiapa yang terakhir meninggalkan pejabat guru hendaklah memastikan semua komputer, lampu, air-cond, dipadamkan dan semua pintu dikunci. PERATURAN 20. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 20.1.Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa kepengetahuan pihak sekolah. 20.2 Ketua Panitia hendaklah memastikan ada peraturan - peraturan mengenai penggunaan bilik - bilik khas seperti Bilik Makmal Sains, Bengkel KH, Bilik Akses, Bilik Matematik, PSS, Bilik Pemulihan, Makmal Komputer, Surau, Bilik Muzik, Bilik Pendidikan Seni dan Bilik - Bilik Khas yang lain. 20.3 Semua kunci hendaklah disimpan di pejabat, ini adalah termasuk kunci - kunci yang dipenduakan oleh guru – guru Jika guru - guru hendak menyimpan kunci pendua untuk bilik - bilik tertentu, kebenaran bertulis dari Pengetua hendaklah diperolehi. Guru tersebut adalah bertanggungjawab terhadap bilik berkenaan. Pada waktu cuti sekolah, semua kunci hendaklah diserahkan ke pejabat . Guru-guru tidak dibenarkan menyimpan kunci bilik-bilik khas semasa cuti persekolahan. PERATURAN21. PERHIMPUNAN RASMI DAN PROGRAM BUDAYA AL-QURAN 21.1 Perhimpunan rasmi murid-murid dan guru-guru diadakan pada setiap hari Ahad. Semua guru dikehendaki hadir dan duduk di kerusi yang disediakan di hadapan murid-murid. Guru bertugas mingguan boleh berada di kiri kanan murid di tapak perhimpunan. Tidak dibenarkan guru berada di lain-lain tempat seperti kantin atau bilik guru. 21.2 Guru bertugas mingguan hendaklah mengendalikan sepenuhnya perhimpunan ini dengan bantuan murid. Aturcara perhimpunan hendaklah dijalankan seperti yang telah ditetapkan mengikut Pekeliling Iktisas Bil. 4/1984 KP.(BS)8591/Jld.11/24 bertarikh 14.7.84. 21.3 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah seperti Mesyuarat Guru, Mesyuarat PIBG,Hari Sukan Sekolah dan Hari Anugerah Sekolah dan lain-lain. 21.4 Kehadiran guru semasa Perhimpunan Rasmi & Budaya Al-Quran perlu direkodkan dengan menanda tangani borang kehadiran yang telah disediakan. PERATURAN 22. PELAWAT 22.1 Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru - guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil firma atau penjual - penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua. 22.2 Ibu bapa / penjaga murid perlu bertemu dan mendapat kebenaran Pengetua sebelum berurusan dengan guru atau anak mereka. 22.3 Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke bilik guru atau kelas untuk berurusan dengan guru atau murid. Semua urusan perbincangan dengan murid atau guru hendaklah dilakukan di pejabat atau bilik Pengetua / Penolong Kanan. 22.4 Kebenaran masuk ke sekolah mesti menggunakan Pas Pelawat yang perlu diambil di pondok pengawal.


37 PERATURAN 23. PENGURUSAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 23.1 Pencapaian Objektif - Semua guru di sekolah negeri Johor mendapat latihan TUJUH ( 7 ) hari dalam Satu tahun di peringkat sekolah ATAU pembacaan 7 buku ilmiah. 23.2 Mengarahkan PK/Penyelaras LDP mengedar Borang Kompetensi Matriks kepada guru untuk mengenal pasti keperluan latihan. 23.3 Mengambil tindakan, membuat analisis dan rumusan serta bentangkan semasa mesyuarat pengurusan. 23.4 Mengkaji keperluan bidang latihan berdasarkan Analisis Keperluan Latihan (PK10/2). 23.5 Menyerahkan cadangan perancangan latihan kepada Pengetua untuk kelulusan. 23.6 Menyediakan Jadual Perancangan Latihan (PK10/4) selepas kelulusan Pengetua. 23.7 Memberi cadangan kepada PKP untuk menguruskan kursus/latihan yang telah diluluskan. 23.8 Menyediakan senarai calon dan menghantar senarai tersebut kepada penganjur latihan. 23.9 Memaklumkan kepada calon untuk menghadiri latihan. 23.10 Sekiranya latihan dianjurkan oleh agensi luar, guru hendaklah menyediakan minit curai dan diserahkan Pengetua / PKP selepas latihan. 23.11 Mengumpulkan salinan sijil atau maklumat kehadiran untuk kemas kini rekod. 23.12 Mengedar borang penilaian kursus kepada peserta pada hari terakhir kursus untuk menilai keberkesanan pelaksanaan perkembangan staf. 23.13 Merekod kehadiran kursus dalam ESPLG. 23.14 Mengisi Borang Pelaporan setelah tamat berkursus. 23.15 Mengedarkan borang keberkesanan program selepas 1 bulan kursus kepada guru untuk melaksana penilaian kendiri. 23.16 Mengumpul borang keberkesanan program dan menilai kompetensi guru selepas 1 bulan kursus. 23.17 Jawatankuasa Perkembangan Staf menguruskan pelaksanaan latihan secara pembacaan buku. 23.18 Guru membaca dan melengkapkan borang sinopsis jika jumlah hari LDP tidak mencukupi 7 hari. PERATURAN 24. KEMALANGAN DAN KEUZURAN 24.1 Murid-murid yang didapati sakit atau kemalangan, guru kelas atau guru bertugas pada minggu itu hendaklah segera menghubungi ibu bapa/penjaga murid berkenaan dan menghubungi ambulan jika perlu. Guru tidak perlu menghantar murid ke hospital sendiri. 24.2 Murid sakit/mendapat kemalangan yang perlu dihubungi ibu bapa/penjaganya sebelum pihak ambulan membawanya ke hospital. Semua urusan hendaklah direkod dalam Buku Laporan Guru Bertugas. 24.3 Murid tidak dibenarkan pulang ke rumah jika ibu bapa/penjaga tiada di rumah. Hanya ibu bapa/penjaga sahaja dibenarkan membawa pulang anak murid dan mesti direkodkan dalam buku di pejabat. 24.4 Murid yang bergejala covid-19 perlu dimasukkan ke bilik rawatan sebelum di bawa pulang/ hospital dengan diiringi guru. 24.5 Guru kelas sepatutnya tahu sebab-sebab muridnya tidak hadir. Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut tanpa sebarang maklumat hendaklah dilaporkan kepada Pengetua. Satu surat peringatan 'Tidak Hadir' akan dikirimkan kepada ibu bapa/penjaga oleh guru kelas tersebut.


38 PERATURAN 25. MENGUTIP WANG PEMBELIAN BUKU 25.1 Guru-guru tidak dibenarkan mengutip wang dari murid-murid tanpa arahan atau kebenaran bertulis dari pengetua. 25.2 Murid-murid tidak boleh diarah atau dipaksa untuk membeli buku-buku panduan, buku kerja, buku bacaan tambahan dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran Pengetua. 25.3 Pemilihan buku kerja/latihan tambahan perlu melalui mesyuarat panitia/ jawatan kuasa pemilihan buku kerja/latihan tambahan. 25.4 Sebarang kutipan wang/yuran sekolah hendaklah diserahkan secepat mungkin kepada Bendahari Koperasi atau Bendahari PIBG . 25.5 Bendahari Koperasi dan Bendahari PIBG mesti memasukkan wang pungutan ke bank pada hari penerimaan wang daripada guru/ murid. PERATURAN 26. PERATURAN PEJABAT 26.1 Guru - guru adalah ditegah mengambil fail-fail, atau dokumen dari pejabat sekolah tanpa izin Pengetua. Walau-bagaimanapun surat penting untuk tindakan guru berkenaan boleh difotostat dengan syarat terlebih dahulu memberitahu ketua kerani sekolah dan direkodkan ke dalam "Buku". Tindakan yang perlu mestilah dijalankan dengan kemas dan memuaskan mengikut tarikh yang dikehendaki selesai. 26.2 Guru - guru adalah dilarang : 26.2.1.Membaca surat - surat yang berada di atas meja Pengetua, Penolong Kanan atau Kerani. 26.2.2.Mengambil / membaca "Buku Diari Sekolah " melainkan dengan izin Pengetua atau Penolongnya. 26.2.3.Mengambil / menulis buku - buku stok kecuali guru berkenaan yang dipertanggungjawabkan. 26.2.4.Berbual - bual atau membuat kerja di pejabat untuk membuat sesuatu urusan tanpa kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan. 26.2.5.Mengarahkan kakitangan pejabat untuk membuat sesuatu urusan tanpa kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan. 26.2.6.Menggunakan telefon pejabat untuk tujuan peribadi. 26.3 Mencatatkan/ rekodkan penggunaan telefon pejabat pada buku penggunaan telefon. 26.4 Urusan fotostat / riso hendaklah dihantar kepada PO 3 hari sebelum tarikh diperlukan dengan tanda tangan kebenaran Penolong Kanan. 26.5 Soalan peperiksaan atau ujian perlu dihantar untuk riso/fotostat seminggu awal daripada tarikh diperlukan selepas disemak oleh Ketua Panitia/GKMP dan tanda tangan kebenaran cetak oleh PKP. 26.6 Guru-guru tidak dibenarkan mengendalikan sendiri mesin Photostat atau riso di pejabat. PERATURAN 27. PBPPP 27.1 Semua guru mesti menetapkan KPI (Key Performance Indicators)/ Petunjuk Prestasi Utama dalam bidang keberhasilan unit kurikulum,kokurikulum dan sahsiah berdasarkan pencapaian tahun sebelum sebagai TOV. 27.2 KPI yang ditetapkan mestilah munasabah dan dipersetujui secara Bersama oleh PYD dan PP1. 27.3 PYD wajib bertemu dan berbincang dengan PP1 dan PP2 dalam menentukan skor prestasi PYD. 27.4 PYD perlu membawa eviden/ bahan bukti bagi mendapatkan skor tertinggi ataupun bersedia ditemubual / disoal sebelum skor ditetapkan selain kaedah pemerhatian oleh PP1 dan PP2. 27.5 Jika PYD tidak bertemu dan berbincang dengan PP masing-masing dalam tempoh waktu yang ditetapkan, PYD dianggap bersetuju dengan skor prestasi yang dinilai oleh PP1 dan PP2.


39 27.6 PYD wajib menyerahkan borang keberhasilan 2 kali setahun kepada PP1. 27.7 PYD wajib mendapat sesalinan borang skor prestasi daripada PP1 dan PP2 dan menandatangani rekod Penerimaan borang tersebut. 27.8 PYD sedar dan maklum bahawa penilaian skor tidak digambarkan melalui angka semasa penilaian dibuat. Markah prestasi hanya akan diketahui oleh PYD melalui laporan prestasi di HRMIS. Justeru itu, PYD, PP1 dan PP2 tidak mengetahui peratus sebenar markah prestasi mereka sehingga laporan dikeluarkan di HRMIS masing-masing. PERATURAN 28.SKPM Kualiti @ Sekolah (SK@S) 28.1 Pasukan Pelaksana Sekolah dilantik dan diberikan surat lantikan. 28.2 Setiap pegawai pelaksana bertanggungjawab menyediakan eviden yang diperlukan untuk mencapai skor 4 bagi setiap TUMS unit/bahagian masing-masing. 28.3 Pengisian skor dilakukan 3 kali setahun. 28.4 Pegawai pelaksana perlu mengisi skor kendiri masing-masing dan menandatangani borang penetapan skor sebelum menghantarnya kepada setiausaha SKPMg2


40 PERATURAN KURIKULUM SMK BANDAR T6


41 PERATURAN 1: PENGURUSAN PANITIA (PK01) 1.1 Pencapaian Objektif - Pengurusan panitia diurus dengan terancang dan berkesan supaya Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) atau Gred Purata Sekolah (GPS) bagi peperiksaan awam / peperiksaan pertengahan tahun / peperiksaan akhir tahun meningkat sekurang-kurangnya 0.01 atau mencapai Gred Purata Sekolah (GPS)minimum seperti berikut:- 1.1 Peperiksaan SPM : 3.99 1.2 AJK Kurikulum dan Ketua Panitia bagi semua mata pelajaran diberi surat lantikan. 1.3 Mesyuarat JK Kurikulum dilaksanakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun. 1.4 Mesyuarat Jawatankuasa panitia mata pelajaran dilaksanakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun. 1.5 DSKP terkini wajib ada bagi setiap tingkatan. 1.6 Rancangan Pelajaran Tahunan disediakan dan kemas kini setiap tahun bagi setiap tingkatan. 1.7 Anggaran perbelanjaan tahunan berdasarkan peruntukan kewangan bagi pembelian bahan bantu mengajar dan program / aktiviti panitia disediakan dan sesalinan pada Pengurus PK11.1 1.8 Rekod Pengesanan 100% Sukatan Pelajaran dilaksanakan. 1.9 Aktiviti/program yang diputuskan di dalam mesyuarat dilaksanakan dan laporan pelaksanaan program disediakan. 1.10 Menerima, menyemak perolehan, merekod dalam buku stok atau inventori dengan kemaskini dari semasa ke semasa. 1.11 Memastikan kategori dan Kandungan fail panitia berdasarkan SPI Bil 4/89 dipatuhi. 1.12 Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dan guru - guru bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa kemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Pengetua / Penolong Kanan. 1.13 Semua panitia wajib mempunyai dan mematuhi ketetapan / dasar panitia yang merangkumi bentuk / format RPT, RPH, Pembinaan item, Pentaksiran Bilik Darjah dan aspek-aspek lain yang berkaitan pengurusan mata pelajaran berdasarkan kandungan SKPMg2 (Aspek 3.1.2.1 – 3.1.2.4) dan kandungan SPSK negeri Johor. PERATURAN 2 : JADUAL WAKTU (PK02) 2.1 Pencapaian Objektif - Jadual waktu disiapkan dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum sesi persekolahan bermula. 2.2 Mengenal pasti mata pelajaran , bilangan kelas, bilangan guru dan opsyen serta mematuhi peruntukan masa untuk setiap mata pelajaran. 2.3 Menetapkan guru mata pelajaran bagi setiap panitia berdasarkan keperluan. 2.4 Senarai agihan jumlah minit guru mengajar ada. 2.5 Pengetua menyemak dan mengesahkan Jadual Waktu Peribadi dan Kelas. 2.6 Mengedarkan Jadual Waktu Peribadi dan Kelas kepada semua guru dengan rekod penerimaan. 2.7 Mengenal pasti guru yang tidak hadir setiap hari untuk tujuan gantian dan MMI. 2.8 Menentukan dan menyediakan Jadual Guru Ganti. 2.9 Slip Guru Ganti diedarkan dan ditandatangani oleh guru. 2.10 Guru hendaklah mengajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan dan apa yang telah dirancang/ditulis dalam Buku Persediaan Mengajar. 2.11 Guru tidak dibenarkan mengajar selepas masa yang dihadkan. Pertukaran kelas/guru hendaklah dijalankan serta merta. 2.12 Semasa seseorang guru sedang mengajar, guru lain dibenarkan berada di dalam bilik darjah itu dengan tujuan membantu P&P. Pegawai-pegawai yang datang melawat/ Penolong Kanan/ Ketua Panitia dan Pengetua boleh membuat penyeliaan.


42 2.13 Guru-guru adalah dilarang: 2.13.1.Menukar masa pengajaran/jadual waktu tanpa kebenaran Pengetua. 2.13.2.Berbual-bual dengan guru lain sewaktu P&P 2.13.3.Duduk semasa P&P sedang berjalan. 2.13.4.Memeriksa buku rampaian atau kertas ujian tanpa mempedulikan murid-murid TETAPI memeriksa kerja murid dari seorang keseorang dalam kumpulan kecil adalah dibenarkan. 2.13.5.Membuat persediaan mengajar atau alatan semasa P&P. 2.13.6.Meninggalkan atau mengganti jadual yang ditetapkan dengan pelajaran lain dengan alasan pelajaran itu tidak penting atau guru itu tidak berminat. 2.14 Semasa mengajar Pendidikan Jasmani, guru hendaklah memakai kasut getah dan memakai pakaian sukan iaitu seluar sukan dan baju T-Shirt. 2.15 Jangan membiarkan murid-murid bersenam/bermain bersendirian di padang tanpa guru bersama. Adalah dilarang sama sekali guru memberi arahan atau sekadar memerhati sahaja dari jauh. Risiko yang dihadapi amat tinggi jika dalam keadaan begini murid mendapat kemalangan atau kecederaan. 2.16 Jika hujan atau padang tidak dapat digunakan, Pendidikan Jasmani boleh dijalankan di dalam dewan (jika ada)atau di mana-mana tempat yang sesuai sama ada di dalam atau di luar bangunan. 2.17 Guru mata pelajaran/ Guru Ganti bertanggung jawab sepenuhnya terhadap keselamatan murid sepanjang waktu pdp bersama kelas berkenaan. PERATURAN 3:PENGURUSAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PK03) 3.1 Pencapaian Objektif - Proses pembelajaran dan pengajaran yang telah dirancang, dilaksanakan 100% berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan. 3.2 Memastikan Rekod Pembelajaran dan Pengajaran ( e-RPH ) dihantar mengandungi : 3.2.1 Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. 3.2.2 Rancangan Pelajaran Tahunan. 3.2.3 Jadual Waktu Peribadi dan Jadual Waktu Kelas bagi Guru Kelas. 3.2.4 Takwim Penggal Persekolahan. 3.2.5 Senarai Nama Murid. 3.2.6 ‘Headcount’. 3.3 Objektif PdP sekurang-kurangnya mengandungi : 3.3.1Tajuk. 3.3.2 Objektif / Hasil Pembelajaran. 3.3.3Aktiviti. 3.3.4 Nilai / BBM 3.3.5 PBS/Pentaksiran Bilik Darjah 3.3.5 Refleksi / Impak. 3.4 Rekod Persediaan Mengajar 3.4.1 Semua guru mestilah menyediakan Fail Persediaan Mengajar dengan sempurna dan penuhkan semua kehendak di dalamnya dan hantar kepada Pengetua pada Khamis minggu kedua persekolahan. 3.4.2 Rekod Persediaan Mengajar ini hendaklah disediakan dan dihantar sebelum pdp bermula secara online. Membuat persediaan dalam bilik darjah adalah ditegah. 3.4.3 Rancangan Pelajaran Harian ( e-RPH ) akan disemak dan diperiksa pada hari Khamis atau pada hari akhir minggu berkenaan. 3.4.4 Butir-butir dalamnya hendaklah ditulis dengan teliti, teratur dan sentiasa kemaskini. 3.4.5 Buku ini adalah dokumen penting sebagaimana kehendak Undang-undang Sekolah (Kursus Pendidikan) 1956. 3.4.6 Guru ICT akan memuatkan RPM semua guru dalam CD dan menyerahkan pada Pengetua pada akhir tahun untuk disimpan. 3.5 Merekod Buku Kawalan bilik darjah. 3.6 Melaksanakan PdPC seperti yang telah dirancang dalam Rekod Pembelajaran dan Pengajaran (kecuali jika terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan). 3.7 Merekodkan pengambilan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk PdPC sebelum kelas bermula (jikaberkaitan).


Click to View FlipBook Version