BUKU RUJUKAN
PENULISAN KARANGAN FAKTA
Tingkatan 2
Bahasa
Penanda wacana
Pengolahan isi
Teknik Penulisan karangan
PENULISAN KARANGAN FAKTA
KAEDAH PENGAJARAN PENULISAN ISI, BAHASA DAN PENGOLAHAN
KARANGAN FAKTA
1. Karangan ini meminta pelajar memberikan pandangan tentang sesuatu isu atau tajuk.
2. Pelajar dikehendaki mentafsir tajuk dan biasanya ungkapan yang digunakan seperti
“Huraikan langkah-langkah” dan “Nyatakan pendapat anda tentang punca-punca”.
3. Hujah mestilah logik berdasarkan fakta yang nyata dan sahih. Oleh itu, anda mestilah
mempunyai pengetahuan am yang luas dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi,
keagamaan, kebudayaan, sejarah, ekonomi dan sebagainya.
4. Pelajar hendaklah menggunakan bahasa yang jelas, tepat dan mudah supaya pembaca
memahami fakta yang ingin disampaikan.
5. Karangan ini tiada format tertentu, maka isi ditulis perenggan demi perenggan seperti
karangan biasa.
Ciri-ciri karangan yang baik
Ketepatan Isi Isi Bernas Bahasa Baik Tanda Baca Kosa Kata Luas
Betul
Isi cukup dan Tatabahasa Pengolahan Ayat Pelbagai Pemerengganan
berkembang Betul Istimewa Jenis dan Ragam Tepat
i. Karangan itu menepati kehendak soalan
Karangan yang ditulis hendaklah tepat dengan kehendak soalan dari segi
format dan isi. Selain format, keseluruhan karangan itu, iaitu pendahuluan, isi
karangan, dan kesimpulan hendaklah membincangkan tajuk yang
dikemukakan dengan tepat. Jadi untuk menghasilkan karangan yang tepat
dengan tajuk/soalan yang dipilih, pelajar perlu membaca soalan dengan teliti,
menggaris kata-kata kunci (key words) dalam pernyataan soalan, dan
menyediakan rangka karangan sebelum menulis karangan.
ii. Karangan itu mempunyai isi yang mencukupi serta berkembang
Setiap karangan yang ditulis perlu terdiri daripada tiga komponen, iaitu
pendahuluan, isi, dan kesimpulan. Setiap bahagian ini hendaklah
dikembangkan dengan baik dalam beberapa ayat. Selain itu, isi karangan juga
hendaklah mencukupi, yakni terdiri daripada empat atau lima isi. Maksud
pengembangan isi ialah setiap isi karangan perlu diberi huraian, diberi
bukti/contoh, dan diberikan kesimpulan. Oleh itu, setiap perenggan karangan
mestilah terdiri tidak kurang daripada lima ayat.
iii. Karangan itu memaparkan isi-isi yang bernas
Karangan itu perlu memaparkan kematangan fikiran penulisnya, yakni pelajar
berupaya untuk menentukan isi-isi yang bernas dan menepati tajuk. Pelajar
perlu berfikir secara bersunggu-sungguh semasa membuat rangka karangan
bagi mendapatkan isi-isi yang bernas. Selain itu, setiap isi perlu diperkukuh
dengan hujah-hujah yang bernas dan contoh/bukti yang releven.
iv. Karangan itu tidak ada kesalahan tatabahasa
Seboleh-bolehnya karangan itu bersih daripada sebarang kesalahan
tatabahasa atau jika ada kesalahan pun, kesalahan itu tidak begitu ketara
sehinggakan dapat menjejaskan mutu karangan tersebut. Antara kesalahan
yang sering terdapat dalam karangan ialah kesalahan ayat, kesalahan frasa,
kesalahan kata termasuk pengimbuhan, dan kesalahan pemilihan diksi. Bagi
mengatasi masalah ini, pelajar perlu mempelajari tatabahasa dan
menguasainya dengan baik.
v. Penulisan karangan yang menggunakan bahasa yang baik
Karangan yang cemerlang penulisannya menggunkan bahasa yang lancar dan
sangat memuaskan. Pelajar perlu menguasai tatabahasa dan sentiasa
membuat latihan supaya pelajar dapat menulis karangan dengan
menggunakan ayat-ayat yang bertenaga, maksud ayat jelas, perkataan yang
digunakan mudah difahami dan terdapat kaitan antara satu isi dengan isi yang
lain.
vi. Pengolahan karangan yang istimewa
Setiap karangan yang baik mestilah menampakkan pengolahan yang amat
istimewa atau amat menarik dan berkesan. Pengolahan ialah penyusunan isi
dalam karangan dan penyusunan ayat dalam perenggan. Bagi menjadikan
pengolahan karangan amat menarik, maka pelajar perlu menentukan isi mana
hendak didahulukan dan isi mana yang hendak dikemudiankan semasa
menyediakan rangka karangan.
vii. Penggunaan tanda baca yang tepat
Tanda baca seperti noktah, koma, tanda seru dan tanda pengikat kata wajar
digunakan dengan betul dan tepat pada tempatnya.
viii. Ayat-ayat yang digunakan pelbagai
Pelajar perlu menguasai pelbagai ragam dan jenis ayat. Kelemahan
menguasai pelbagai ragam dan jenis ayat dapat menjejaskan mutu karangan.
ix. Karangan itu menggambarkan penguasaan perbendaharaan kata yang luas
Karangan yang baik juga perlu menggambarkan penguasaan perbendaharaan
kata yang luas. Dengan itu, penggunaan puisi, peribahasa, cogan kata,
ayat-ayat yang indah, dan pemilihan kata yang wajar digunakan.
x. Pemerengganan yang betul dalam karangan
Setiap isi karangan perlu ditulis dalam satu perenggan. Sekiranya, pelajar
sudah menyenaraikan lima isi dalam rangka karangan, maka karangan itu
perlu mempunyai lima perenggan isi. Selain itu, pendahuluan dan kesimpulan
pula hendaklah ditulis dalam perenggan yang berasingan.
Kaedah Penulisan Isi
Pendahuluan karangan
Ayat rangsangan dan Ayat arahan
Contoh penulisan isi :
Ayat Judul Satu daripada langkah yang harus diambil oleh pihak
kerajaan ialah mengenakan denda yang lebih berat
terhadap pengguna-pengguna jalan raya yang cuai dan
tidak bertimbang rasa.
Ayat Huraian Denda yang dikenakan ini sekurang-kurangnya akan
menakutkan mereka atau memberikan kesedaran kepada
pengguna-pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati.
Ayat Contoh Sebagai contohnya, cadangan untuk menaikkan denda
maksimum daripada RM300 kepada RM600 bagi sebarang
kesalahan di jalan raya.
Ayat Penegas Tegasnya, denda yang berat akan memberikan kesedaran
kepada pengguna supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya.
Perenggan Penutup :
Ayat penyimpul Sebagai kesimpulannya, kes kemalangan di jalan raya yang
begitu tinggi di negara kia, terutamanya pada musim
perayaan, hendaklah diatasi.
Ayat Cadangan Dalam hal ini, pihak berkuasa mestilah bertindak tegas
terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar
peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang
sedia ada.
Ayat Cadangan Kempen-kempen yang dijalankan mestilah melibatkan
semua pihak.
Ayat Harapan Pihak berkuasa pula janganlah memilih bulu ketika
menguatkuasakan undang-undang. Semua pengguna jalan
raya pula hendaklah ingat bahawa keselamatan di jalan
raya ialah tanggungjawab bersama.
Teknik Penulisan Karangan
Binaan Karangan
Pendahuluan Penutup
Karangan
Isi Pengunaan Bahasa
------------------------------------------------------------------------------------------------
Pendahuluan Karangan
Ayat Rangsangan
Ayat Arahan
------------------------------------------------------------------------------------------------
Merangka Isi Penting
Diri/Individu Punca/Sebab/Faktor Sekolah
Masyarakat Langkah/Cara/Usaha Media Massa
Keluarga/IbuBapa
Kesan/Implikasi Kerajaan
------------------------------------------------------------------------------------------------
Merangka Isi Penting
Kesedaran Diri/Individu Mentaliti
Pengaruh Sikap Disiplin
------------------------------------------------------------------------------------------------
Merangka Isi Penting
Agama/Moral Suri Teladan
Keluarga
Kemudahan Kasih Sayang Dorongan/Galakan
------------------------------------------------------------------------------------------------
Merangka Isi Penting
Pendidikan Formal Masyarakat/sekolah Peranan Guru
Program/Kegiatan Dasar Pendidikan Prihatin/Cakna
------------------------------------------------------------------------------------------------
Merangka Isi Penting
Kempen/Promosi Media Massa/kerajaan Dasar Kerajaan
Informasi Undang-undang Pemantauan
----------------------------------------------------------------------------------------------
Merangka Isi Penting
Ilmu Pengetahuan Kepentingan/Faedah Pengalaman
Masa Sifat Positif Ekonomi
------------------------------------------------------------------------------------------------
Menghuraikan Isi Penting
Apa Teknik Persoalan 5W1H Mengapa
Siapa Bila Di Mana
Bagaimana
------------------------------------------------------------------------------------------------
Binaan Perenggan Isi
Ayat Judul/Topik Ayat Contoh/Bukti Kata Kunci
Ayat Huraian Penegas Isi Panjang Perenggan
------------------------------------------------------------------------------------------------
Penutup Karangan
Ayat Kesimpulan Ayat Cadangan Ayat Harapan
Kaedah Pengolahan
Pengolahan Menarik :
Pengenalan baik (sesuai dengan tajuk)
Kaedah deduktif diaplikasi pada setiap isi/perenggan
Penutup sempurna
Menghuraikan Isi Penting
Apa Teknik Persoalan 5W1H Mengapa
Siapa Bila Di Mana
Bagaimana
Pelajar boleh menggunakan teknik persoalan 5W1H untuk pengolahan
isi karangan.
Pelajar mesti mempunyai kemahiran megolah karangan menggunakan
perenggan deduktif atau induktif, atau perenggan gabungan deduktif
dan induktif.
Perenggan Deduktif
a. Didahului dengan isi
b. Dituruti dengan ayat huraian dan ayat contoh
c. Diakhiri dengan ayat penegas
Isi/Ayat Judul
Ayat Huraian
Ayat contoh
Ayat Penegas
Perenggan Induktif
a. Dimulai dengan ayat penegas
b. Diikuti dengan ayat contoh dan ayat huraian
c. Disudahi dengan ayat judul/topik
Ayat Penegas
Ayat contoh
Ayat Huraian
Isi/Ayat Judul
Kaedah Penulisan Bahasa
Penggunaan Bahasa yang Menarik
Kosa Kata/Diksi Penanda Wacana Peribahasa
Ayat Majmuk Petikan Tokoh Ungkapan
Penanda Permulaan Karangan
1. Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal
dan minda kita telah…-
2. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri
ambang 2020…-
3. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan
rintangan yang bakal menghambat…-
4. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu
dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada
dunia.
5. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini…-
Penanda Memulakan Isi Baharu
1. Selain itu,
2. Di samping itu,
3. Sementara itu,
4. Lain daripada itu,
5. Seterusnya,
Penanda Huraian Isi Karangan
1. Hal ini demikian kerana,
2. Hal ini berlaku kerana,
3. Hal ini disebabkan oleh,
4. Hal ini tercetus apabila,
5. Hal ini wujud akibat daripada
Penanda Memberikan Contoh Dalam Karangan
1. Sebagai contohnya,
2. Biar kita ambil contoh,
3. Sebagai analoginya,
4. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan
ialah,
5. Contoh ketara yang paing dekat dengan kita ialah,
Penanda Menghuraikan Contoh
1. Hal ini mengakibatkan
2. Hal ini menyebabkan
3. Maka,
4. Jelaslah bahawa,
5. Oleh sebab itu,
Penanda Penutup Isi
1. Kesannya,
2. Natijahnya
3. Akibatnya,
4. Akhirnya,
5. Dengan itu,
Penanda Memulakan atau Memasukkan Peribahasa
1. Persis kata peribahasa Melayu,………
2. Persis kata orang tua-tua,………
3. Persis kata mutiara,…….
4. Persis kata cendekiawan,…….
5. Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa……………
Penanda Memulakan Perenggan Penutup
1. Sebelum mengakhiri wacana ini,
2. Secara tuntas,
3. Sebagai penutup wacana,
4. Konklusinya,
5. Sebagai penghias bicara akhir,