Contoh karangan laporan
Kelas anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke bangunan Parlimen.
Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu , anda diminta menyediakan
laporan tentang aktiviti sepanjang lawatan itu.
Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Bangunan Parlimen
Pada 5 Februari 2020 yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah
Menengah Kebangsaan Tun Razak telah mengadakan lawatan ke bangunan
Parlimen. Rombongan ini turut disertai oleh 40 orang murid dan empat orang
guru pengiring, iaitu Cikgu Murni, Cikgu Latif, Cikgu Wan Aini, dan Cikgu Selvam.
Kami telah berkumpul di dewan sekolah pada pukul 7:00 pagi lagi. Selepas
menunaikan solat subuh secara berjemaah di surau sekolah, kami diberikan
sarapan pagi iaitu nasi lemak dan the panas. Kemudian, kami berkumpul semula
untuk mendengar taklimat daripada Cikgu Latif sebelum menaiki bas yang disewa
khas untuk ke sana. Dalam perjalanan tersebut kami turut disajikan dengan
dokumentari tentang Parlimen Malaysia.
Sebaik-baik sahaja tiba di pintu utama bangunan Parlimen itu, kami disambut
oleh pegawai yang bertugas. Kami dibawa melawat sekitar bangunan Parlimen
termasuklah taman-taman yang dibina di hadapan bangunan tersebut. Setelah
itu, baharulah kami dibawa masuk ke dalam bangunan Parlimen. Kami amat
bertuah kerana dapat menyaksikan perbahasan ahli-ahli parlimen yang bakal
berlangsung. Kami telah disediakan tempat duduk di bahagian dewan
persidangan. Dari situ kami dapat melihat dengan jelas perjalanan perbahasan
tersebut. Selepas itu, kami melihat ahli-ahli parlimen mengambil tempat duduk
masing-masing.
Tajuk yang dibahaskan pada hari itu adalah tentang e-pendidikan. Ada
segelintir ahli parlimen yang berdiri untuk membangkang cadangan itu dan ada
ahli yang mempertahankan tajuk tersebut. Perbahasan itu telah mengambil masa
30 minit. Isu e-penididkan telah dibahaskan dengan sungguh rancak. Hal ini
menunjukkan bahawa betapa pentingnya isu ini kepada masa depan murid-murid
Selepas itu, semua ahli parlimen meninggalkan dewan tersebut. Kami berasa
amat bertuah pada hari itu.
Menjelang tengah hari, kami dibawa ke dewan makan untuk menjamu selera.
Setelah itu, kami meninggalkan bangunan Parlimen kerana masa lawatan sudah
pun berakhir. Kami berharap agar dapat membuat lawatan ke bangunan
bersejarah itu sekali lagi. Sungguhpun, berasa letih tetapi kami berpuas hati
dengan lawatan tersebut.
Disediakan oleh, 10 MAC 2020.
suraya
(ATIKA SURAYA BINTI JAMIL)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Razak.