The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainnur.sairien, 2021-06-14 07:07:25

SEJARAH RINGKAS TOKOH: JAMES BROOKE

@ainnurellysya3krk

Sejarah ringkas james
brooke

Tokoh: james brooke

Pemerintahan 18 Ogos 1842

Biodata – 11 Jun 1867
James
Brooke Diikuti oleh Charles Brooke

Keputeraan James Bertram Lionel Brooke

29 April 1803

Secrole, Benares, British India

Kemangkatan 11 Jun 1868 (umur 65)

Burrator, United Kingdom

Pemakaman St Leonard's Church, Sheepstor,
Dartmoor

Kerabat Dinasti Brooke

Ayahanda Thomas Brooke

Bonda Anna Maria Brooke

Agama Christianity

Church of England

Tokoh: james brooke
sejarah

Awal hidup

Selepas sekolah tatabahasa di England, dia menyertai
perkhidmatan Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1825 dan
ditempatkan di India. Selepas ketibaannya, permusuhan timbul di

Burma, dan Brooke dihantar ke Burma bersama-sama dengan
sepasukan askar Syarikat Hindia Timur Inggeris ke Lembah

Brahmaputra, pada tahun 1825. Ketika di sana, Brooke mengalami
kecederaan teruk ketika memimpin kalavari sukarelawan tempatan,
dan dihantar kembali ke England untuk dirawat. Ia mengambil masa
beberapa tahun untuk Brooke pulih kembali dan pada tahun 1830, dia
kembali ke Madras tetapi telah terlewat untuk dihantar berperang.

Dia kemudian mengembara ke China dan semasa melalui
kepulauan Indies Timur. Ketika itulah Brooke memutuskan bahawa ia

merupakan tempat yang baik bagi menubuhkan kuasa Inggeris dan
menambah kekayaan keluarganya Dia mencuba untuk berdagang di

Timur Jauh tetapi tidak begitu berjaya.

Tokoh: james brooke
sejarah

Permulaan
di sarawak

Pada tahun 1835, ayahnya mati dan meninggalkan
harta berjumlah £30,000, yang dia gunakan untuk
membeli sebuah kapal bernama Royalist.[2] Selepas
belayar ke Borneo pada tahun 1838, dia tiba di Kuching

pada bulan Ogos tahun yang sama di mana dia
mendapati perkampungan itu menghadapi

pemberontakan kaum Dayak menentang Kesultanan
Brunei. Dia membantu Raja Muda Hassim, bapa
saudara dan raja muda pada Sultan Brunei yang

memerintah menumpaskan pemberontakan Dayak,
dan sebagai balasan Raja Muda Hassim menamakannya

sebagai Raja Sarawak pada 1841. Gelaran itu
kemudiannya disahkan oleh Sultan Brunei dan diberi

gelaran Raja Putih Sarawak.

.

Tokoh: james brooke
sejarah

pemerintahan

.James Brooke membuat segala macam persiapan bagi
mengukuhkan kedudukannya di Sarawak seperti mengubah corak
pentadbiran dan sebagainya. Brooke menghabiskan masa beberapa
tahun bagi menubuhkan kod perundangan bagi Sarawak, melancarkan

rancangan pembangunan ekonomi bagi wilayah tersebut, dan
menumpaskan lanun. Pada tahun tersebut, dia bekerjasama rapat
dengan pegawai tentera laut British dalam operasi terhadap lanun

Dayak dan Melayu di laut Borneo.

Pada tahun 1847, James Brooke kembali ke England di mana dia
bertemu dengan Ratu Victoria dan dianugerah K.C.B. (Knight
Commander of the Bath) pada tahun 1848 dan dilantik menjadi gabenor
dan komander Labuan (yang telah diserahkan pada British oleh Sultan
Brunai pada tahun 1846) dan menjadi Konsul Jeneral British di Borneo.

Tokoh: james brooke
Tokoh:sjeajmareashbrooke

sejarah

pemerintahan

pemerintahan

Brooke sekali lagi memimpin pasukan British menentang lanun
Dayak pada tahun 1849 dan berjaya menumpaskan mereka dengan

teruk. Pada tahun 1851, James Brooke menjadi tumpuan selepas
kontroversi mengenai dirinya timbul. Dia dituduh rasuah dan salah
tingkah laku termasuk tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan
terhadap penduduk tempatan termasuk lanun yang didakwa menjadi
mangsa kekejaman oleh Brooke. Tuduhan ini ditimbulkan di Dewan
Rakyat British oleh ahli politik radikal Joseph Hume dan ahli lain yang
anti-imperialis. Selepas beberapa penyiasatan dijalankan Brooke
didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan tersebut.
Namun demikian, perkara ini menjejaskan nama baiknya dan Brooke

dilucutkan jawatan sebagai gabenor Labuan.[3]

Pada tahun 1857, dia nyaris terkorban semasa pemberontakan
serius pendatang China di Sarawak; tetapi dengan sokongan oleh orang

Melayu dan Dayak yang setia pemberontakan tersebut berjaya
ditumpaskan dan Brooke kembali mengawal kerajaannya.

Tokoh: james brooke
sejarah

pemerintahan

Brooke akhirnya bersara ke England pada tahun 1863
sungguhpun begitu, dia kembali sekurang-kurangnya dua kali ke

Sarawak untuk melawan lanun dan menumpaskan
pemberontakan. Dia memerintah Sarawak sehinggalah
kematiannya diestatnya di Devonshhire, England pada tahun
1868, selepas tiga kali serangan strok dalam tempoh 10 tahun. Dia
diganti oleh anak saudaranya iaitu Charles Brooke yang menjadi

Raja Putih kedua Sarawak.


Click to View FlipBook Version