PROFIL SYARIKAT Lagenda Armada Sdn Bhd merupakan syarikat pemaju perumahan dan perunding hartanah yang berlesen serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ditubuhkan pada tahun 2015 dengan matlamat untuk terlibat di dalam industri pemajuan hartanah dan binaan. Lagenda Armada Sdn Bhd bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti hartanah sebagai pemaju untuk pembinaan projek perumahan mampu milik. Lagenda Armada Sdn Bhd telah melaksanakan beberapa projek pembinaan di antaranya projek Taman Delima Saujana, Temerloh, Pahang, dan Taman D’Anggun Karak, Bentong, Pahang. Projek-projek pembinaan yang dijalankan oleh Lagenda Armada Sdn Bhd ini lebih terarah kepada pembinaan rumah kediaman untuk kakitangan awam melalui kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaras dengan peranan syarikat sebagai pemaju perumahan. Selain itu, Lagenda Armada Sdn Bhd juga terlibat dengan perkhidmatan konsultasi am berkaitan pengurusan hartanah. Perkhidmatan konsultasi yang ditawarkan adalah merangkumi aspek-aspek perundingan, jualan dan pengurusan. Dengan adanya pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang kukuh dalam industri pembinaan, Lagenda Armada Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan yang terbaik secara berintegriti, kepakaran pembinaan maju dan matang serta saintifik dan pendekatan pengurusan yang cekap kepada para pelanggan dan bakal-bakal pelanggannya. Lagenda Armada Sdn Bhd dengan sejarah penubuhannya yang singkat di dalam dunia hartanah telah menjadi pemimpin di dalam industri pemilikan rumah mampu milik dan turut dikenali kerana mengambil langkah inovatif. Syarikat sangat berbangga dengan pencapaian yang dikecapi dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mengambil bahagian dalam menawarkan perundingan pemilikan perumahan yang lebih kompetitif sebagai alternatif kepada golongan sasar untuk memiliki rumah sendiri.
Nama Syarikat Lagenda Armada Sdn. Bhd. No. Pendaftaran 1398236-A Modal Berbayar RM 300,000.00 Modal Pusingan RM 300,000.00 Alamat Berdaftar Suite 42-1, 1St Floor Jalan Rampai Niaga 4 Rampai Business Park 53300 WP Kuala Lumpur. Alamat Perniagaan No 12A, Jalan Niaga Bestari 8, Puncak Bestari, Bandar Puncak Alam 42300, Selangor Darul Ehsan No. Telefon 603-4131 7043 E-mel [email protected] Pengarah Syarikat Shaharizal Bin Ghazali Setiausaha Syarikat Rafee Shafiq & Co Suite 42-1, 1St Floor Jalan Rampai Niaga 4 Rampai Business Park 53300 WP Kuala Lumpur Akaun Bank PUBLIC BANK No. Akaun 3223804433 Peguam Rafee Shafiq & Co Suite 42-1, 1St Floor Jalan Rampai Niaga 4 Rampai Business Park 53300 WP Kuala Lumpur Aktiviti Perniagaan Pemaju Perumahan
PENGURUSAN LAGENDA ARMADA SDN. BHD. Lagenda Armada Sdn Bhd melaksanakan pelan penyusunan semula yang melibatkan pengambilalihan projek terbengkalai kontraktor G7, menjadikan syarikat kami terlibat di dalam penyediaan perkhidmatan pengurusan pembinaan terutamanya untuk bangunan kediaman mampu milik. Diketuai oleh pasukan pengurusan yang berpengalaman dan teknikal yang kuat, LASB mengamalkan amalan pembinaan yang menyokong pengoptimuman kecekapan projek pembinaannya. Ia mengguna pakai sistem bangunan perindustrian (IBS) dalam kebanyakan projek pembangunan dan pembinaannya yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan meningkatkan kualiti projek kami. Pengarah urusan LAGENDA ARMADA SDN BHD, Dato’ Shaharizal Ghazali berkata, penyempurnaan pelan regularisasi akan membolehkan syarikat kembali kepada kedudukan kewangan dan keuntungan yang lebih baik dan kukuh. Dengan pengalaman dan pengetahuan pihak pengurusan dalam bidang pembinaan sebelum ini, LASB melihat potensi IBS (Industrial Building System) sebagai satu kaedah penggunaan teknologi dalam kerja-kerja pembinaan. IBS adalah satu kaedah yang boleh membantu mempercepatkan urusan kerja pembinaan tanpa mengurangkan kualiti hasil kerja. Pihak LASB telah mula menjalin hubungan dengan pihak industri yang sedia ada terlibat dengan aktiviti pembinaan menggunakan kaedah IBS dan ia akan dijadikan sebagai satu aktiviti perniagaan teras. Menyelaras kerja berkaitan seperti merancang kerja sebelum mula membina, urusan vendor dan pembekal serta memastikan bahawa pihak pelanggan berpuashati dengan kualiti dan hasil kerja adalah keutamaan LASB. Termasuk dalamaktiviti utama ini adalah kerjakerja yang berkaitan penambahbaikan rumah kediaman dan pejabat (home improvement).
Tatacara dan Tugasan Asas Sales & Marketing yang dilantik oleh Lagenda Armada Sdn Bhd 1. Isi "Borang Tempahan Bina Rumah" dengan LENGKAP dan hantar kepada Sales Executive. 1. Nama : Client 2. No Telefon : +601* - ******* 3. Alamat Semasa : No.1111, JALAN SANA SINI, TAMAN SITU, 10101 DAERAH, NEGERI. 4. Lokasi Tanah : (DROP PIN LOKASI TANAH) 5. Cara Pembayaran : • TUNAI ( / ) • KWSP ( ) • Pinjaman Peribadi ( ) • LPPSA ( ) • BANK ( ) 6. Tanah Dah Ditambak Atau Belum : TANAH CLEAR/BERSIH *tinggal bina naik bangunan sahaja 7. Laluan Masuk Ke Tapak Untuk Lori Besar Ada/Tiada 8. Sumber Api/Air Di Tapak Ada/Tiada 9. Anggaran Keluasan Rumah Atau Bajet(bawah RM 100k, RM 250K, RM300K) 10. Jumlah Bilik & Tandas 11. Pilihan Pakej Seperti Dalam Katalog : *a) *b) *c) Sebarang perubahan atau tambahan design, akan ada penambahan harga 12. Status Geran Pertanian / Binaan : 13. Cadangan Tarikh Bina : 01 DEC 2023
14. Senarai Semak : • a) Salinan Geran • b) Salinan Kad Pengenalan • c) Slip gaji (bank/lppsa) slip gaji 3 bulan (jika LPPSA/Bank) • d) Drop pin tapak projek • e) Gambar lokasi tanah 15. Butiran Ejen : • Nama Ejen: Beliau Binti Ayah Beliau • No. Tel Ejen: +601*-******* • No. Kad Pengenalan: ****** ** **** 16. Pilihan Tarikh Dan Masa Bagi Temujanji Di Pejabat: • Tarikh : 01 JULY 2023 • Masa : 10 am/ 12pm / 2pm/ 4pm • Pilihan 1: • Pilihan 2: • Pilihan 3: Untuk Kegunaan Pejabat Dihadiri Oleh Siapa : Ejen ( / ) Pejabat ( ) Tarikh Hadir: ____________ Disemak Oleh SME: ____________ Tandatangan: ____________ Disemak Oleh CMO: ____________
2. Appointment Klien bersama Lagenda Armada di HQ Puncak Alam atau Bersama Sales & Marketing (SM) Bertauliah (Telah Berdaftar dan Hadir Kursus) dimana mana yang dirasakan sesuai sekiranya jauh daripada HQ untuk Sesi Presentation dan Soal Jawab 3. Jika Klien bersetuju, diminta untuk melengkapkan "Contruction Form Armada"
4. Lengkapkan item berikut a) Salinan Geran Tanah b) Salinan IC Pemilik Tanah c) Salinan slip gaji 3 bulan (jika LPPSA/Bank) d) Surat Kebenaran Membina Rumah (Geran Ramai Penama) e) Drop Pin Tapak Projek f) Gambar lokasi Tanah (Pastikan tanah dah bersedia untuk pembinaan) 5. Semua maklumat diatas difailkan dan diserahkan kepada Pihak Pengurusan HQ 6. Setelah pihak Client bersetuju dengan pelan lantai dan anggaran harga Team Teknikal akan membuat lawatan tapak untuk kerja-kerja pra awal dan melihat tapak projek 7. Klien lengkapkan "Surat penalti bina rumah LASB"
8. Submission ke Project Management Consultant (Arkitek, Engineer, Surveyor) *sekiranya ada peringkat Valuation dan Kelulusan PBT (Pilihan Opsyen) Jika tiada, boleh ke langkah seterusnya. 9. Dokumen Sign Agreement hanya disediakan selepas mendapat green light daripada site visit. Ejen, Klien berkomunikasi dengan Pengurusan HQ. 10. Selepas Sign Agreement, Stamping LHDN, Ejen tunggu komisen dan barang-barang pembinaan dihantar terus ke tapak projek.