The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan KKBP, 2023-08-01 04:00:48

Mentari Siri 2/223

Mentari Siri 2/223

KANDUNGAN ISI Logo & Tema HKHM 2023 Umum Negarawan Sepanjang Zaman Perspektif Filantrofi Sebagai Ejen Perpaduan Semasa Gelombang Haba Lensa Kreatif Figura Celoteh Dr. Malar Info Kesihatan Jom Tidur Ceritera Rakyat 04 06 13 18 17 21 26 28 Wau Razi Rentas Benua 04 28 21 SIDANG REDAKSI PENASIHAT Dato’ Mohd Sukari Ab Hamid Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia KETUA EDITOR Yunus Hj. Saprin EDITOR Mohd Saifulrizal Mohammed Shariff FOTO Unit Fotografi Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka Jabatan Penerangan Malaysia PENGEDARAN Unit Stor Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Kewangan Jabatan Penerangan Malaysia TERBITAN Bahagian Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia


“Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” dipilih sebagai tema Sambutan HKHM 2023. Tema ini mendasari TEKAD pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera. HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan. Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini yang berteraskan Malaysia MADANI dan menghasilkan corak simbolik “tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara”. Logo ini mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini. 4


Melambangkan lima jari dengan jalur merah dan putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara yang mendasari ideologi Malaysia. JALUR Melambangkan simbol agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. BULAN SABIT Pada anak bulan dan bintang itu adalah tanda negara ini dinaungi oleh Raja Berperlembagaan. WARNA KUNING Mendasari apresiasi jalinan budaya perpaduan nasional masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. WARNA BIRU Tanda keikhlasan dan keamanan sesebuah negara bangsa yang merdeka. WARNA PUTIH Keyakinan rakyat terhadap kemajuan kehidupan dalam citra Malaysia yang unik. WARNA HITAM Adalah tanda semangat jati diri rakyat Malaysia yang mendukung semangat wira yang membara. WARNA MERAH Berbucu 14 melambangkan perpaduan dalam kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). BINTANG Dalam lingkungan warna biru melambangkan permuafakatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat. BULATAN 5


Barangkali kita hanya mengetahui nama mereka semata-mata namun bagaimana pula dengan kisah latar belakang mereka? Mungkin ada dalam kalangan kita tahu dan tidak mustahil juga tidak tahu mengenainya. Negarawan sepanjang zaman itu ialah Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambanthan, Tun Dr. Lim Chong Eu, Tun Datu Mustapha, Tun Fuad Stephens dan Tun Temenggung Jugah. Walaupun semua negarawan itu telah meninggal dunia tetapi jasa dan aura kepimpinan mereka masih diingati sehingga hari ini. Untuk tatapan generasi anak Malaysia seterusnya, sebuah Memorial Negarawan telah diwujudkan sebagai pengiktirafan di atas sumbangan mereka yang turut membantu mewujudkan Malaysia menjadi negara membangun, aman, bersatu padu dan bertoleransi. Tahukah anda, memorial ini telah dibuka kepada umum sejak September 2017 dimana koleksi barangan peribadi milik negarawan berkenaan dipamerkan hasil sumbangan oleh keluarga mereka serta yayasan masingmasing. Kewujudan memorial ini secara tidak langsung melambangkan konsep semangat perpaduan kerana tokoh-tokoh ini terdiri daripada pelbagai kaum dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 6 UMUM


Tun Dr. Ismail merupakan anak jati negeri Johor yang dilahirkan pada 4 November 1915 di Johor Bahru. Beliau mula terlibat dalam politik negara bermula sebagai Ahli Jawatankuasa pertama Hizbul Muslimin pada 1948. Kemudian beliau dilantik sebagai ahli bebas Dewan Undangan Negeri Johor selepas Persekutuan Tanah Melayu dibentuk. Pada tahun 1951, Tun Dr. Ismail menyertai UMNO dan telah memegang beberapa jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pusat UMNO, Jawatankuasa Siasah dan Pilihanraya serta Pengerusi Jawatankuasa Kewangan UMNO. Tidak lama selepas itu, beliau dipilih sebagai Naib Presiden UMNO dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO. Pembentukan Perikatan antara UMNO dan MCA pada tahun 1952 turut membabitkan penglibatan Tun Dr. Ismail. Pada 3 Februari 1953, beliau terlibat dalam Rundingan Meja Bulat bagi mengukuhkan hubungan UMNOMCA di Kuala Lumpur. Pada 1 Januari 1956, Tun Dr. Ismail dipilih untuk menyertai rombongan kemerdekaan ke London bersama Tun Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak, wakil raja dan beberapa tokoh politik lain. Pada September 1957, beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Berkuasa Penuh Tanpa Jabatan. Bulan November 1960, Tun Dr. Ismail dilantik menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika peristiwa darurat di Tanah Melayu akibat aktiviti militan Parti Komunis Malaya. Tidak hanya itu, negarawan tersebut terpaksa berhadapan konfrontasi MalaysiaIndonesia yang berlaku pada tahun 1963 dek kerana negara jiran itu tidak mengiktiraf penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Namun, ketegasan yang dipamerkan beliau sebagai seorang pemimpin Malaysia yang berjiwa besar mampu menangkis semua tuduhan yang dilemparkan Indonesia terhadap Malaysia. Tun Dr. Ismail sememangnya dipandang sebagai seorang negarawan berdedikasi dan beramanah dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. Beliau meninggal dunia tanggal 2 Ogos 1973. 7 UMUM Tun Dr. Ismail Abdul Rahman


Tun Tan Cheng Lock individu penting memperjuangkan kedudukan orang Cina di Persekutuan Tanah Melayu bagi memastikan mereka mendapat perhatian daripada kerajaan British. Beliau merupakan pemimpin politik Cina dan Presiden Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada 1949 hingga 1958. Pada 23 Ogos 1953, sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA yang diwakili beliau sebagai persefahaman untuk mencapai kemerdekaan secara aman. Tun Tan Cheng Lock merupakan seorang individu yang berpandangan tinggi dalam dunia pendidikan. Antara idea pendidikannya adalah menubuhkan sekolah berasaskan pertanian serta aliran perdagangan. Beliau sangat dikenali kerana memiliki pengalaman luas dalam sektor pertanian khususnya getah. Tahukah anda, beliau adalah pencetus kepada termeterainya Perjanjian Kawalan Getah Antarabangsa dengan Syarikat Hindia Timur Belanda dan tujuh negara lain iaitu Sri Lanka, India, Myanmar, India-China, Thailand, Sarawak dan Borneo Utara pada Jun 1934. Secara tidak langsung, perjanjian itu berjaya mengawal pengeluaran getah dunia dan berjaya meningkatkan harga di pasaran dunia. Pejuang kemerdekaan negara ini meninggal dunia pada 13 Disember 1960 pada usia 77 tahun di Hospital Melaka. Seorang graduan dalam bidang ekonomi di Universiti Annamalai, Chidambaram, Tamil Nadu, India. Nama sebenar negarawan ini ialah Veerasamy Thirunyana Sambanthan. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam politik. Beliau juga dikenali sebagai pendukung ideologi Mahatma Gandhi sekaligus mendorongnya menubuhkan Sekolah 8 Tun Tan Cheng Lock Tun V.T. Sambanthan UMUM


Rendah Tamil Mahatma Gandhi di Sungai Siput, Perak. Sekolah ini dibuka untuk tujuan meningkatkan mutu pendidikan anak-anak buruh India. Tokoh ini pernah memegang beberapa jawatan dalam Kabinet seperti Menteri Kesihatan (1957 hingga 1959), Menteri Kerja, Pos dan Telekomunikasi (1959 hingga 1969) dan Menteri Perpaduan (1970 hingga 1974). Sebagai tonggak utama dalam MIC serta jawatan menteri Kabinet, Tun V.T. Sambanthan diberi peluang untuk turut serta dalam proses kemerdekaan negara. Beliau bersama pemimpin-pemimpin lain terlibat dalam rundingan akhir untuk menyakinkan pihak British bahawa tiga kaum di Tanah Melayu bersatu padu dalam proses menuntut kemerdekaan. Namun pada tahun 1974, beliau mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada politik dan meninggal dunia lima tahun kemudian akibat serangan jantung. Bagi mengenangkan jasa beliau pada negara, namanya telah diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan Tun Sambanthan dan sebuah bangunan iaitu Wisma Tun Sambanthan di Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Attap, Kuala Lumpur. Dari tahun 1951 hingga 1954, negarawan ini merupakan seorang pegawai perubatan yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Udara Tambahan Malaya. Selepas tamat perkhidmatan, beliau sangat aktif dalam menyumbangkan bakti kepada masyarakat sehingga mendorongnya terlibat dalam bidang politik. Pada tahun 1951, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis dalam Penang Straits Settlements Council. Sebelum menyertai MCA pada tahun 1954, beliau merupakan Presiden Parti Radikal. Tahun 1958, Tun Dr. Lim Chong Eu mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden MCA dan menubuhkan Parti Demokratik Bersatu (UDP). Tidak lama selepas itu, beliau mengundurkan diri daripada UDP untuk menubuhkan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) dan menjadi presiden parti itu pada tahun 1969 hingga 1980. Parti GERAKAN menang besar pilihan raya pada tahun 1969. Bulan Mei tahun yang sama beliau dilantik menjadi Ketua Menteri negeri Pulau Pinang. Menara Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) setinggi 65 tingkat menjadi mercu tanda Pulau Pinang hasil sumbangan beliau berkhidmat sebagai Ketua Menteri sepanjang 21 tahun. Selain itu, sumbangan beliau juga dalam pembinaan projek besar lain iaitu Jambatan Pulau Pinang yang merentas laut menghubungkan Georgetown dengan Seberang Perai. Pada 24 November 2010, beliau meninggal dunia di kediamannya di Tanjung Bungah, Pulau Pinang. 9 Tun Dr. Lim Chong Eu UMUM


Anak jati yang berasal dari Kampung Limau-Limauan, Kudat Sabah. Ketika era pemerintahan British di Sabah, beliau telah dilantik menjadi Ketua Anak Negeri Gred 1 bergelar Orang Kaya-Kaya. Ia merupakan jawatan paling tinggi pernah dipegang oleh kaum pribumi Sabah di bawah pemerintahan British. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah pertama selepas Sabah mencapai kemerdekaan. Pada Julai 1966, beliau dilantik sebagai Menteri Kabinet. Kemudian, beliau diberi kepercayaan untuk menerajui Sabah sebagai Ketua Menteri negeri tersebut yang ketiga dari tahun 1975 hingga tahun 1975 selepas Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) memenangi Pilihan Raya Negeri pada tahun 1967. Negarawan ini telah dipilih menjadi Presiden USNO pertama di Kudat dan bersamasama Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UPKO) memberi sokongan kepada cadangan penubuhan Malaysia. Sebagai teraju utama, Tun Datu Mustapha berjaya mencorakkan kestabilan politik di Sabah yang akhirnya menjayakan penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Semangat berkobar untuk merdeka, beliau dan teman seperjuangannya dapat merealisasikan Sabah diberikan taraf kerajaan sendiri pada 31 Ogos 1963. Pada 16 September 1963, Sabah dimerdekakan menerusi pembentukan Malaysia. Tokoh ini meninggal dunia pada bulan Januari 1995 pada usia 76 tahun. Bagi rakyat Sabah, beliau terkenal dengan jolokan nama sebagai Bapa Kemerdekaan Sabah. Sebelum berkecimpung dalam bidang politik, negarawan ini pernah berkhidmat sebagai guru dan wartawan. Tahun 1955, Tun Fuad Stephens telah dipilih sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri hinggalah dilantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi Kerajaan Borneo Utara empat tahun kemudian. Beliau merupakan seorang pemimpin yang amat menitikberatkan kepentingan perpaduan dalam perjuangan malah, memainkan peranan utama dalam pembentukan Parti Perikatan Sabah pada 1962. Awal pembentukan Malaysia tidak dinafikan pelbagai reaksi penduduk Sabah diterima, namun demi kepentingan penduduk serta 10 Tun Datu Mustapha Tun Fuad Stephens UMUM


masa hadapan negeri itu, Tun Fuad Stephens menyokong penyertaan Sabah membentuk Malaysia. Selain itu, negarawan ini turut menghadapi cabaran daripada pihak luar iaitu Indonesia serta Filipina yang melancarkan konfrontasi jika Sabah menyertai pembentukan Malaysia. Tokoh ini merupakan antara pemimpin yang turut menandatangani Perjanjian Penubuhan Malaysia di London pada 12 Julai 1962 dan menjadi orang pertama dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah selepas pembentukan Malaysia pada 1963. Beliau turut dilantik sebagai yang di-Pertua Negeri Sabah ke-3 dari tahun 1973 hingga 1975. Tun Fuad Stephens meninggal dunia dalam kejadian nahas pesawat yang dinaiki beberapa anggota Kabinet Sabah terhempas di Kampung Sembulan kira-kira dua meter dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Jun 1976. Seorang pemimpin masyarakat Iban di Sarawak. Beliau dilahirkan pada 1903 di Kapit. Nama Tun Temenggung Jugah mula mendapat perhatian apabila beliau mengambil bahagian dalam upacara perdamaian antara orang Iban Batang Rejang dengan Orang Kayan di Long Nawan dari Kalimantan pada November 1924. Proses perdamaian itu telah dipengerusikan oleh Raja Charles Vyner Brooke untuk menyelesaikan perbalahan antara keduadua suku kaum yang telah menyebabkan banyak pertumpahan darah. Corak kepimpinan beliau telah mendapat kepercayaan daripada penjajah di Sarawak sekaligus dilihat langkah awal penonjolan negarawan ini melangkah ke dunia politik sebenar. Kemuncak karier politik beliau selepas dilantik sebagai Presiden Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA). Beliau menjadi individu penting dalam penubuhan parti tersebut selain berperanan mengangkat martabat kaum Iban serta keterbukaan interaksi dengan kaum lain. Bagi merealisasikan pembentukan Malaysia, beliau mengumpulkan 15 ketua kaum Iban serta penghulu di Kapit untuk mendapatkan persetujuan untuk menyertai Tanah Melayu, Sabah dan Singapura dalam membentuk penggabungan negeri menjadi Malaysia. Tanggal 8 Julai 1981, Tun Temenggung Jugah meninggal dunia pada usia 78 tahun akibat masalah kesihatan termasuk penyakit angin ahmar. 11 UMUM Tun Temenggung Jugah Anak Barieng


Literalnya, perkataan ‘filantrofi’ berasal daripada perkataan Greek philanthropia yang bermaksud ‘Kasih Kepada Manusia’. Oleh itu, seseorang filantrofi atau filantrofis merujuk kepada individu kaya dan berharta yang pemurah serta banyak meluangkan masa, wang dan sumber untuk aktiviti atau program bersifat kebajikan. Seringkali individu ini dikait dengan jumlah derma yang besar dan impak sosial yang signifikan. Filantrofis ini juga cenderung meletakkan kepentingan orang lain dihadapan kepentingan peribadi (D. Haddad, 2018). Umumnya filantrofis menderma, menyumbang atau menyalur bantuan atau derma mereka dalam bentuk fizikal dan material kepada entiti, agensi serta individu yang berperanan sebagai orang tengah dalam menyampaikan sumbangan tersebut (Cogswell, 2002). Kaedah konvensional ini sememangnya popular dalam kalangan filantrofis seluruh dunia kerana segala bantuan disalurkan oleh entiti yang berdaftar dan sah. Malaysia turut memiliki ramai filantrofis. Lihat sahaja kepada senarai 15 orang terkaya di Malaysia (Sinar Harian, ‘15 orang paling kaya di Malaysia’, 21 April 2021). Walaupun begitu, tidak semestinya mereka yang berada dalam senarai ini juga termasuk dalam senarai filantrofis terkenal di Malaysia. Begitu juga sebaliknya. Namun, apa yang pasti ialah kesemua penama ini telah menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat Malaysia melalui perniagaan dan industri masing-masing. Antara tokoh filantrofis terkenal di Malaysia ialan Robert Kuok, Jeffrey Cheah, Vincent Tan, Ananda Krishnan dan Syed Mokhtar Al-Bukhary. Keempat-empat filantrofis ini terkenal melalui sumbangan mereka yang disalurkan kepada individu memerlukan, badan-badan bukan kerajaan, institusi pendidikan dan yayasan persendirian. Syed Mokhtar contohnya dilaporkan telah membelanjakan RM1.63 bilion untuk aktiviti filantrofi beliau di hampir 50 buah negara (Malaysian Philanthropists, http:// philanthropies.org/malaysia). Menyemai Nilai Filantrofi Dewasa ini, aktiviti filantrofi menjadi semakin popular di Malaysia seiring dengan perkembangan pantas teknologi maklumat. Beberapa platform sosial media dan portal berita maya menyediakan hantaran, berita 12 PERSPEKTIF


dan ciapan berkaitan aktiviti filantrofi ini dengan lebih pantas selama 24 jam sehari. Platform media sosial seperti Facebook (FB), Instagram (Insta), Twitter, TikTok dan lain-lain memberikan ruang dan masa tanpa batasan kepada pelaporan, perkongsian dan penyebaran berita dan aktiviti berkaitan filantrofi secara percuma. Filantrofi Sebagai Ejen Perpaduan Dalam satu kajian yang jalankan oleh Charities Aid Foundation (CAF) membabitkan lebih daripada 1.3 juta responden di lebih daripada 125 negara bagi mengukur kecenderungan responden untuk; (i) membantu orang yang tidak dikenali, (ii) menderma untuk kebajikan dan (iii) meluangkan masa untuk badan kebajikan. Bagi markah keseluruhan, Malaysia berada di tangga ke-29 berbanding Indonesia di tangga ke-7 (Charities Aid Foundation, “CAF World Giving Index: Ten years of giving trends”, 2019). Kedudukan ini menunjukan nilai filantrofi negara yang jauh berbeza meningkat berbanding dapatan kajian yang sama pada 2010 (tempat ke-76) dan 2011 (tempat ke-87) (Mazlan et al, 2015). Kedudukan ini boleh dipertingkatkan lagi. Andaikan setiap hari sepuluh orang rakyat Malaysia menjadikan filantrofi ini sebagai amalan dan azam harian, bulanan mahupun tahunan, kesan penggandaan pembebasan rakyat Malaysia daripada kemiskinan, di bandar dan luar bandar, pasti akan menjadi amat besar. Katakanlah, pemimpin-pemimpin utama kerajaan dan masyarakat juga turut terlibat sama, pastinya segenap lapisan masyarakat, tua dan muda, lelaki dan wanita, kaya dan kurang berkemampuan, dekat atau jauh akan turut tersentuh dan bersemangat untuk mengikut jejak langkah mereka. Impak ekonomi daripada aktiviti filantrofi ini pasti akan melimpah masuk ke dalam aspek sosial, agama dan politik. Ia akan menjadi fenomena dan ejen perpaduan negara yang memanfaatkan semua orang, malah haiwan dan alam sekitar. Filantrofis ini juga cenderung meletakkan kepentingan orang lain di hadapan. 13 PERSPEKTIF


Basmi Masalah Sosial Rentas Kaum Filantrofi adalah salah satu usaha kombo membasmi masalah sosial rentas kaum yang mampu memupuk perpaduan rakyat. Antara lain, ia boleh meningkatkan kadar pekerjaan (mengurang masalah pengangguran), membanteras jenayah serta mengurang masalah dan gejala sosial. Taraf hidup, kualiti makanan dan pendidikan individu, ibu-bapa dan anak-anak penerima bantuan juga akan menjadi lebih baik dan tinggi. Ia juga membantu meningkatkan kitaran wang dalam ekonomi domestik di samping membantu melegakan isu bekalan hartanah yang berlebihan di sesebuah lokaliti. Apabila filantrofi menjadi budaya, masalah-masalah sosial seperti kemiskinan di Malaysia akan dapat ditangani dengan lebih berkesan melalui pencairan segera aset dan pengeluaran wang simpanan secara pukal. Mungkin akan ada ramai pihak yang akan mengambil kesempatan dan merencat serta menyalahguna usaha ini. Namun, ia tidak boleh menjadi penghalang kerana kesan gandaannya dalam ekonomi mahupun sosial serta peranannya sebagai ejen perpaduan terampuh adalah terlalu signifikan untuk diremehkan begitu sahaja. Sementelah ia juga seiring dengan konsep Madani negara yang menekankan konsep ihsan. Aktiviti filantrofi menjadi semakin popular di Malaysia seiring dengan perkembangan pantas teknologi maklumat. 14 PERSPEKTIF


15


Lensa Kreatif Gimik pelancaran yang memukau ribuan pengunjung di pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’23) di Tarmac Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC),Langkawi Mei lepas. | Jabatan Penerangan Malaysia: Mohd Famir Roheni Aksi akrobatik dua pesawat pejuang di pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’23) di Tarmac Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi Mei lepas. |Jabatan Penerangan Malaysia: Mohd Famir Roheni Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil bergambar beramai-ramai selepas melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia 2023 di Tasik Simfoni, KLCC Mei lepas | Jabatan Penerangan Malaysia: Khirul Nizam Zanil LENSA KREATIF 16


Tahun ini amat mencabar berikutan cuaca panas terik sehingga suhu harian mencatat antara 36 hingga 38 darjah celsius. Hanya beberapa bulan yang lalu, rata-rata media melaporkan keadaan banjir yang melanda hampir keseluruhan negara sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung berbilion ringgit. Kini tumpuan telah beralih pula kepada isu gelombang haba yang semakin membimbangkan khususnya dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terlibat dengan kegiatan di luar rumah atau kawasan terbuka. Ini termasuk murid sekolah serta pekerja yang terdedah kepada cahaya matahari seperti pekerja buruh binaan dan petani. Hal ini adalah kerana ramai khuatir akan impaknya terhadap kesihatan mereka. Gelombang haba boleh memberi kesan yang serius terhadap kesihatan manusia misalnya masalah dehidrasi, masalah kulit, gangguan pernafasan, malah strok haba yang boleh menyebabkan kematian. Peristiwa cuaca ekstrem yang umpama tiada kesudahan ini adalah peringatan bahawa isu perubahan iklim tidak boleh dipandang enteng lagi. Perjanjian Paris 2015 dipersetujui oleh negara-negara ahli termasuk Malaysia untuk memastikan suhu bumi berada di bawah 1.5 darjah celsius kerana kenaikan suhu melebihi tahap ini berisiko mencetuskan kesan perubahan iklim yang lebih teruk terhadap manusia, hidupan liar dan ekosistem. Penting untuk kita menilai semula tindakan dan bertanya kepada diri jika inikah keadaan bumi yang akan kita tinggalkan untuk anak dan cucu kita kelak. Kajian yang dijalankan oleh UNICEF Malaysia pada tahun 2020 menunjukkan bahawa peratusan golongan muda di negara ini yang cakna tentang isuisu alam sekitar adalah tinggi dan mereka juga sedar bahawa perubahan iklim ini adalah sebuah krisis. Pencemaran Sisa Plastik Menurut beberapa laporan media, Malaysia didapati membuang lebih 30,000 tan sisa plastik ke laut setiap tahun dan berada di tangga ketiga sebagai penyumbang kepada pencemaran plastik di lautan, selepas Filipina dan India. Sisa plastik mampu memberi pelbagai kesan negatif terhadap alam sekitar, termasuk menyumbang Oleh : Mogesh Sababathy SEMASA 17


kepada pelepasan gas hijau dan pemanasan global khususnya semasa penghasilan, pengangkutan dan pelupusan produk plastik. Selain itu, sisa plastik yang berakhir di tapak pelupusan mengambil masa ratusan tahun untuk terurai, dan apabila ia terurai, ia membebaskan gas metana, iaitu sejenis gas rumah hijau. Gas rumah hijau mampu menyerap haba radiasi inframerah daripada matahari dan mengekalkan haba dalam atmosfera bumi, yang menyebabkan peningkatan suhu global, peningkatan paras laut, kejadian cuaca ekstrem, dan pengurangan ketersediaan bekalan air. Pencemaran laut akibat sisa plastik juga membahayakan hidupan marin dan menyumbang kepada pemanasan global dengan membebaskan gas rumah hijau dan bahan kimia toksik ke dalam air. Selain itu, pengeluaran plastik juga memerlukan jumlah tenaga yang tinggi, kebanyakannya datang daripada bahan api fosil, yang mana turut menyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau dan pemanasan global. Antara usaha yang boleh diambil adalah dengan mengurangkan pengeluaran dan penggunaan produk plastik meningkatkan usaha pengurusan sisa, dan mempromosikan bahan alternatif. Mulakan dengan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna. Caranya adalah dengan membawa beg guna semula, botol air dan penyedut minuman bersama ke mana sahaja kita pergi. Selain itu, plastik bungkusan juga adalah antara penyumbang kepada sisa plastik. Saya terkilan apabila melihat banyak pasar raya kini, trend pembungkusan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti buah pisang dijual menggunakan plastik secara berasingan dengan alasan untuk kemudahan pengguna. Perubahan mudah yang kita boleh lakukan adalah memilih produk dengan pembungkusan yang minimum. Dengan mengurangkan sisa plastik, bukan sahaja kita dapat membantu melindungi alam sekitar, tetapi juga secara tidak langsung memberi mesej kepada industri pembuatan plastik bahawa pilihan dan permintaan masyarakat sedang berubah ke arah yang mesra alam. Kurangkan Pelepasan Karbon Disamping itu, langkah lain yang boleh diambil oleh rakyat Malaysia juga adalah dengan mengamalkan penggunaan pengangkutan awam dengan lebih kerap atau berkongsi kereta “carpool”, berbasikal dan berjalan kaki. Ini bukan sahaja membantu mengurangkan pelepasan karbon, tetapi ia juga boleh menjimatkan wang untuk bahan api dan bayaran tempat letak kereta. Perkara ini amat berkait rapat dengan penggunaan tenaga harian kita. Kenanga Research mengunjurkan permintaan penggunaan elektrik meningkat bagi tahun 2023, berbanding jangkaan pertumbuhan di bawah Tempoh Kawal Selia (RP3) dalam rangka kerja Peraturan Berasaskan Insentif (IBR). Oleh itu, biasakan tabiat mematikan lampu dan peralatan apabila tidak menggunakannya dan gunakan peralatan elektrik yang cekap tenaga untuk membantu mengurangkan penggunaan tenaga kita. Cara ini juga boleh membantu dalam mengurangkan jejak karbon kita. Jejak karbon merujuk kepada jumlah gas rumah hijau yang dikeluarkan semasa proses pembuatan, pengangkutan dan penggunaan produk serta perkhidmatan. Tabiat pemakanan seseorang juga dapat mempengaruhi jejak karbon mereka melalui pilihan makanan dan cara penyediaannya. Makanan yang dihasilkan melalui industri haiwan biasanya mempunyai jejak karbon yang lebih tinggi berbanding dengan sumber SEMASA 18


protein tumbuhan. Penggunaan bahan mentah yang berlebihan, pembungkusan makanan plastik dan pembaziran makanan juga berpotensi meningkatkan jejak karbon manusia. Oleh itu, amalkan pemakanan berasaskan tumbuhan dan kurangkan penggunaan daging selain memilih makanan daripada sumber tempatan dan dihasilkan secara organik. Kerjasama Antara Kerajaan Dan Swasta Walau bagaimanapun, tidak cukup jika hanya individu sahaja yang melakukan perubahan. Tindakan pihak kerajaan dan sektor swasta juga diperlukan untuk mencapai kemajuan yang lebih berkesan dalam usaha untuk mengatasi isu perubahan iklim. Langkah Kerajaan Malaysia untuk mengurangkan sisa plastik dengan menyasarkan untuk mengharamkan beg plastik untuk tujuan runcit menjelang 2025 adalah sebuah langkah yang terpuji. Namun, jika hanya tekanan untuk mengurangkan sisa plastik datang daripada kerajaan, ia mungkin tidak mencukupi untuk menghasilkan perubahan yang berkekalan. Perlu disedari bahawa kesedaran dan pendidikan awam sangat penting dalam menjayakan dasar ini. Pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim juga wajar bekerjasama dengan pelbagai pihak terutama sektor swasta dalam menyediakan alternatif bagi penggunaan beg plastik misalnya dengan mempromosikan penggunaan beg biodegradasi. Penekanan juga perlu diberikan kepada punca lain yang menyumbang kepada krisis iklim seperti pembakaran bahan bakar fosil dan penebangan hutan. Kerajaan haruslah mengambil tindakan yang lebih agresif dan efisien dengan mempergiatkan lagi usaha untuk meningkatkan kesedaran awam seterusnya aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar di negara ini. Dalam pada itu, besarlah juga harapan saya agar pihak kerajaan dapat segera meluluskan Akta Perubahan Iklim. Ia amat penting untuk menghalang pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab membinasakan khazanah alam yang dikurniakan ini demi kebaikan semua. Kita juga perlu menilai dengan kritis salah satu amalan yang diajar kepada kita sejak di zaman persekolahan lagi iaitu amalan kitar semula. Walaupun amalan kitar semula sudah tentu lebih baik daripada membuang, ianya harus dipertimbangkan jika ia masih pilihan yang terbaik. Hal ini kerana, tidak semua barang pelupusan boleh dikitar semula, lebih-lebih lagi jika barang tersebut tercemar yang boleh menyukarkan lagi proses kitar semula. Selain itu, proses kitar semula juga selalunya memerlukan jumlah tenaga yang banyak yang mana turut boleh memberi kesan kepada alam sekitar. Paling penting sekali adalah untuk mengurangkan jumlah sisa yang dihasilkan sekaligus turut meminimumkan keperluan untuk kitar semula. SEMASA 19


Siapa sangka, perkongsian yang pada awalnya dibuat atas dasar ingin berkongsi maklumat yang benar tentang ilmu kesihatan pada masyarakat yang sedang getir akibat COVID-19 melanda negara, ianya tular dan menjadi permulaan wujudnya segmen ‘Celoteh Dr. Malar’. Watak utama di sebalik segmen tersebut, iaitu Dr. Malar Santhi Santherasegapan mengakui, beliau tidak menjangka perkongsiannya itu mendapat perhatian serta diterima baik oleh masyarakat. J e l a s n y a , idea asal t i m b u l u n t u k membuat video perkongsian menerusi siaran langsung atau ‘live’ di media sosial kerana merasakan itu adalah tanggungjawab sosial seorang pengamal perubatan bergelar doktor untuk menceritakan situasi sebenar apa yang berlaku di hospital. Ini bertujuan bagi meredakan kegusaran orang ramai yang sedang khuatir, risau, takut, tertekan dan ada juga yang masih tidak jelas dengan apa yang berlaku ketika itu. “Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak paparan berita yang menunjukkan warga emas terutama yang ada penyakit kronik menjadi mangsa COVID-19 hingga boleh mengakibatkan kematian. Berita seperti ini “Membuatkan mereka berasa risau sehingga keadaan kesihatan semakin menjadi tidak baik. Justeru, saya mengambil peluang sebagai seorang doktor, untuk menerangkan satu persatu tentang virus dan bagaimana ianya boleh dibendung. Ternyata penerangan saya itu membuatkan pesakit daripada kalangan warga emas ini menjadi lega.” ujar Dr. Malar. Katanya lagi, bermula di situlah beliau merasakan menjadi tanggungjawabnya untuk berkongsi ilmu dengan lebih meluas menggunakan platfom media sosial. Sasaran pendengar adalah daripada golongan warga emas agar tidak merasa bimbang hingga boleh jejaskan kesihatan. FIGURA ► Dr. Malar merasakan menjadi tanggungjawabnya untuk berkongsi ilmu dengan meluas menggunakan platform media sosial. 20


Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan Menyedari sasarannya adalah daripada golongan warga emas, penggunaan bahasa yang dipilih turut memainkan peranan. Kebanyakan video perkongsian dari doktor atau individu yang berautoriti adalah menggunakan bahasa Inggeris, namun beliau memilih sebaliknya agar ianya mudah difahami oleh warga emas. Lagipun, penggunaan bahasa Melayu tidak menjadi masalah kerana Dr. Malar memang dibesarkan dalam kalangan masyarakat orang Melayu. “Bukan saya sahaja, tapi empat adik beradik lain memang fasih berbahasa Melayu. Mungkin antara faktor kerana saya memang orang Pantai Timur (Pahang), bersekolah di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Berasrama Penuh yang majoriti memang orang Melayu. Tambahan pula, kediaman orang tua di mana tempat saya dibesarkan adalah dalam komuniti orang Melayu. “Bayangkan, dalam taman rumah mak saya, kami sahaja keluarga berbangsa India, yang lainnya semua orang Melayu. Namun, keluarga saya tak pernah langsung rasa terpinggir, bahkan kami hidup dengan harmoni dan aman damai. Bukan hanya berjiran, tetapi banyak aktiviti termasuk pada bulan puasa dan hari raya, kami lakukan bersama.” jelasnya lagi. Paling penting katanya lagi, objektif untuk memberi ilmu kesihatan terhadap golongan sasaran tercapai. Jika sebelum membuat video, beliau hanya menulis di laman sosial, namun disebabkan kesibukan dengan tugasan hakiki dan juga peranan sebagai isteri, ibu serta anak pada keluarga, beliau mengambil keputusan untuk membuat video penerangan mengikut topik tertentu kerana baginya itu lebih mudah difahami oleh orang ramai. “Celoteh Dr. Malar” melanggar hukum pempengaruh Berbalik kepada cerita Dr. Malar menerusi awal pembabitannya dalam “Celoteh Dr. Malar” ini, ianya dikira satu keputusan yang tidak popular padanya. Ini kerana, pada ketika itu bukannya tiada perkongsian daripada pakar perubatan lain menerusi media sosial, malah giat juga perkongsian menerusi media arus perdana. Ramai doktor yang dijemput untuk berkongsi menyampaikan maklumat pada masyarakat. Namun, apa yang dikatakan “Celoteh Dr. Malar” ini melanggar hukum kerana perkongsiannya sangat berbeza. Pertamanya adalah perbezaan dari sudut penyampaian. Di kala ramai pakar perubatan lain yang berkongsi menggunakan kaedah ‘power point’ untuk isi-isi penting sama ada di kaca televisyen atau di media sosial, Dr. Malar mengambil pendekatan untuk menyampaikan secara santai tanpa menggunakan sebarang rujukan fizikal. Padanya, ia harus nampak seperti bersembang agar mudah diterima kerana sasarannya adalah warga emas. Penyampaian secara bersahaja dengan rujukan yang diterangkan serta fakta yang dikongsi secara langsung itu sememangnya mencapai objektif, iaitu disambut baik oleh pendengar. FIGURA Menerima Anugerah Pekerja Contoh pada Sambutan Hari Pekerja 2023. 21


Tambahan pula, beliau mahir menterjemahkan ‘bahasa’ perubatan dalam bentuk yang lebih mudah difahami menjadikan videonya itu bertambah menarik. Ini disebabkan objektif utamanya adalah untuk menyalurkan informasi kepada mereka yang dahagakan kebenaran tentang kesihatan (terutama warga emas di pinggir bandar) tetapi mereka tidak memahami maklumat yang ditemui di google, laman media sosial atau laman rasmi perubatan yang banyak penerangan menggunakan bahasa Inggeris. Tiba-tiba Dr. Malar tular Sebelum wujudnya video “Celoteh Dr Malar”, tanggal 14 April 2020 buat pertama kalinya Dr. Malar tular di laman sosial facebook kerana tulisannya mengenai pemakaian PPE. Tulisan tersebut mendapat lebih 29 000 likes, 4400 komen dan lebih 15 000 perkongsian dari warga maya yang rataratanya bersetuju dengan pendapatnya. Selepas itu, beliau majukan langkah dengan membuat pengstriman video untuk menerangkan tentang kebenaran apa yang sedang berlaku di hospital supaya masyarakat jelas mengenainya. Paling utama, agar lebih ramai mengambil berat tentang isu kesihatan yang sedang berlaku untuk mengelakkan daripada kesihatan terjejas teruk. Pada awalnya, pengikut beliau di media sosial facebook sekitar 60 000 sahaja. Kemudian, selepas penulisan dan videonya tular, pengikut mula naik mendadak dan sehingga kini, laman rasmi “Celoteh Dr. Malar” miliknya diikuti hampir 400 000 pengikut. Luar biasa! Tak hidup dek puji, tak mati dek keji Bukan mudah bergelar seorang pempengaruh. Tambahan pula berkongsi tentang maklumat yang menentang kebathilan dalam dunia perubatan. Dalam pada mencipta ramai pengikut, Dr. Malar tak terkecuali terdedah dengan golongan yang sentiasa menolak fakta perubatan. Boleh jadi daripada golongan pengasas ‘produk sampah’ yang ditentang oleh Dr. Malar, atau daripada golongan ‘anti vaksin’ tidak dapat menerima ilmu yang disampaikannya. Seingat beliau, dalam pada aktif berkongsi berkongsi video tentang penularan COVID-19 dan bagaimana vaksin yang disarankan oleh kerajaan mampu untuk mengekang penularan ini, beliau terpaksa menghadapi pelbagai ancaman daripada golongan yang tidak sependapat dengannya. Begitu ekstrem ancaman diterima sehingga ada yang membuat laporan, aduan dan panggilan di hospital di mana tempat Dr. Malar bertugas, agar Dr. Malar dikenakan tindakan kerana dikatakan ‘menghasut’ masyarakat untuk mengambil vaksin. Malah, ada juga pihak yang bertindak di luar kawalan seperti ugutan membuat laporan polis dan sebagainya. Namun, bagi Dr. Malar, itu semua adalah asam garam serta cabaran dalam menjalankan tugas. Mana mungkin setiap satu daripada kita disukai oleh semua orang, akan tetapi pasti wujud juga mereka yang tidak sependapat dengan kita. “Bagi saya, golongan seperti ini adalah minoriti sahaja. Selagi kita yakin apa yang disampaikan adalah perkara yang benar dan bermanfaat untuk kebaikan orang lain, saya akan teruskan. Biarlah mereka ingin ‘berkatakata’ kerana saya yakin, di luar sana masih ramai yang dahagakan informasi sebenar daripada Dr. Malar. “Dan saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada majikan saya yang FIGURA 22


FIGURA sangat menyokong serta sentiasa memahami ‘tugas’ yang sedang saya lakukan ini. Selain itu juga, penghargaan tidak dilupakan kepada suami saya yang saban hari tidak jemu menyokong isterinya dalam apa juga yang saya lakukan. Tanpanya, mana mungkin berdiri Dr. Malar seperti yang kalian lihat hari ini.” ujar Dr. Malar. Tambahnya lagi, walaupun pernah terdetik di hatinya untuk berhenti daripada membuat sebarang perkongsian ilmu pada masyarakat, namun ianya seakan ‘disekat’ oleh permintaan orang ramai. Selepas memasuki fasa endemik, jelas beliau mula perlahan-lahan untuk tidak kelihatan aktif di media sosial. Perkongsian video juga turut dijarakkan dan tidak sekerap seperti sebelum itu. Namun, permintaan demi permintaan ditambah dengan pelbagai isu kesihatan yang muncul selepas fasa endemik sehingga sekarang seperti Monkey Pox dan strok haba, beliau merasakan menjadi tanggungjawabnya untuk terus ‘memandu’ masyarakat yang inginkan kebenaran daripada sisi pakar kesihatan. Ianya juga bagi membendung penularan informasi yang tidak betul berkenaan sesuatu isu kesihatan itu sendiri. Berdiri teguh sebagai seorang doktor, Dr. Malar sentiasa merasakan beliau memegang tanggungjawab dan amanah untuk melihat lebih ramai orang sihat dan berjaya diselamatkan daripada sebarang musibah. Jika bertanya sampai bila beliau akan ‘bekerja’ untuk masyarakat secara sukarela begini, dengan tegas Dr. Malar menjawab selagi masih ada kudrat, beliau tidak akan berhenti untuk menyalurkan informasi berguna kepada masyarakat. Sekarang, “Celoteh Dr. Malar” sudah mempunyai pasukan sendiri yang turut sama bantu mengatur jadual agar dia dapat bahagikan masa sebaik mungkin antara kerjaya dan aktiviti “Celoteh Dr. Malar”. Namun, menjadi pendiriannya juga untuk tidak terlibat atau menyokong sebarang ‘produk sampah’ yang bertentangan dengan ilmu perubatan. Walau bagaimanapun, beliau tetap akan sentiasa menjadi seorang Dr. Malar yang tak jemu memandaikan masyarakat dengan celotehnya yang bersahaja, samada melalui media sosial, media arus perdana atau seminar-seminar yang berkaitan. ► Dr. Malar tegas dengan pendirian untuk tidak terlibat atau menyokong sebarang ‘produk sampah’ yang bertentangan dengan ilmu perubatan. 23


JANGAN SEBARKAN KANDUNGAN BERBAUR HASUTAN Demi Keharmonian Sesama Kaum 3R ACE (PERKAUMAN) ELIGION (AGAMA) 3R OYALTY (INSTITUSI DIRAJA) ACE (PERKAUMAN) ELIGION (AGAMA) OYALTY (INSTITUSI DIRAJA)


Sekiranya diberi pilihan antara tidur atau bekerja, saya yakin dan pasti majoriti antara kita akan memilih tidur sebagai pilihan utama. Realitinya, masih ramai antara kita menghadapi masalah untuk tidur. Ada yang mengalami sukar untuk pejamkan mata, ada juga yang sudah pejam mata tetapi otak masih berfikir itu dan ini, dan tidak kurang juga yang mudah terjaga ketika sedang tidur. Mendapat tidur yang lena dan berkualiti adalah sangat penting dalam memastikan prestasi fizikal dan mental kuat tatkala menjalankan aktiviti harian pada keesokan harinya. Namun, bagaimanakah yang dimaksudkan dengan tidur yang berkualiti? Perkara utama yang sering dipandang enteng oleh rata-rata individu adalah mencipta suasana atau persekitaran tidur sebelum ‘mendarat’ di atas katil. Sebaiknya bagi yang muslim, kita akhiri hari kita dengan solat isya’ terlebih dahulu dan kemudiannya disusuli dengan perkara-perkara sunat seperti solat sunat dan membaca Al-Quran. Dalam memastikan suasana tidur dirasai, ruang bilik tidur hendaklah berada pada suhu bilik yang tidak terlalu panas dan tidak juga terlalu sejuk. Faktor ini wajar diberi perhatian kerana tidak mustahil ia akan mengganggu tahap kualiti tidur seseorang. Bagi mereka yang mempunyai bajet lebih, pemilihan untuk memasang penyaman udara di dalam kamar tidur adalah satu usaha yang bijak dalam mencipta suasana selesa ketika tidur. Secara amnya, suhu yang sesuai bagi manusia untuk berada dalam persekitaran yang nyaman adalah antara 18 hingga 20 darjah celsius. Namun ingat! Pastikan selimut yang sesuai membaluti tubuh badan anda ketika tidur. INFO KESIHATAN Oleh : Ros Nazirah Mohd Daud 25


Selain suhu, suasana malap atau tidak terlalu terang mampu memberi ketenangan kepada penglihatan yang seterusnya akan memberi isyarat kepada otak untuk ‘turn on’ kepada mod tidur. Tidak dinafikan ada antara kita yang tidak gemar tidur dalam keadaan gelap, mungkin golongan ini boleh mempertimbangkan pemakaian pelitup mata untuk mencapai tahap tidur yang berkualiti. Telefon bimbit ibarat ‘nyawa’ pada era kini. Tidak kira ke mana kita pergi, tidak sah sekiranya tiada yang membawa telefon bimbit bersama. Sekiranya anda benarbenar ingin mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti, jauhkan diri anda dengan peranti ini. Faktor utama seseorang itu sukar untuk memejamkan mata dan tidur dengan lena adalah disebabkan gangguan terhadap penghasilan melatonin dalam tubuh. Melatonin merupakan bahan kimia utama bertindak membantu dalam menghasilkan hormon ‘tidur’ yang dirembeskan daripada kelenjar pineal di otak. Rangsangan cahaya terutamanya lampu pada telefon bimbit yang disertakan dengan wavelength biru atau LED akan menyebabkan berlakunya gangguan terhadap penghasilan melatonin. Situasi ini akan menyebabkan seseorang itu berisiko mengalami insomnia dan sukar untuk tidur nyenyak. Sekiranya anda yakin bahawa tahap kualiti hidup kita adalah bersandarkan kepada waktu tidur yang berkualiti, pastinya anda tidak akan sia-siakan waktu lena anda. Seperti mana ulama dan saintis Islam yang turut percaya bahawa kualiti tidur akan menghasilkan kuantiti kerja yang berkesan. Ingatlah, tidur yang berkualiti merupakan kunci keterjaminan hidup yang berkualiti. INFO KESIHATAN Prestasi fizikal dan mental lebih baik jika mendapat tidur yang lena dan berkualiti. 26


Dalam bidang seni pembuatan wau tradisional, Razi Said adalah satu nama besar yang bergiat aktif memperjuangkan dan memartabatkan salah satu simbol kebangsaan Malaysia. Atas usaha tersebut, individu ini memenangi pelbagai anugerah berkaitan wau di peringkat tempatan mahupun di peringkat antarabangsa. Apa yang paling membanggakan, wau buatan Razi kini telah merentas beberapa benua di dunia. Keunikan corak hiasan dan motif yang menggunakan teknik ‘sobek’ pada wau ciptaannya menjadi daya penarik terutamanya bangsa asing dari luar negara untuk dijadikan hiasan atau barang cenderahati. Menurut Razi, karya seninya itu telah berada di beberapa buah negara di dunia iaitu Amerika Syarikat, Switzerland, Perancis, Itali dan Brazil. “Pada asalnya saya membuat wau tradisional hanya sekadar hobi untuk mengisi masa lapang dan hasil karya seni saya kongsikan menggunakan platform media sosial. “Saya tidak sangka ramai yang memberi respon yang positif dan mengusulkan pertanyaan untuk menempah wau daripada saya,” kata Razi. Selain rakan-rakan di media sosial, beliau turut dihubungi oleh beberapa jabatan kerajaan dalam negara untuk mendapatkan wau miliknya. “Saya telah dihubungi oleh beberapa jabatan kerajaan yang menyatakan hasrat untuk berkolaborasi dengan saya bagi menjenamakan seni pembuatan tradisional ini ke peringkat antarabangsa. “Saya tidak berfikir panjang dan menyatakan kesediaan untuk menyumbang hasil karya saya ini kepada negara,” jelas beliau. CERITERA RAKYAT Oleh : SaifulRizal Shariff Foto : Irwan Shah Dawood Shah & koleksi Razi Said 27


Pengunjung dari luar negara tidak melepaskan peluang merakam gambar berlatarbelakang wau buatan Razi. Razi menyatakan rasa bangga dan puas apabila hasil karya seninya diiktiraf di peringkat dunia. “Saya tidak menyangka, permainan tradisional seperti wau ini mendapat permintaan di luar negara,” ujarnya memberitahu pernah dikunjungi pegawai daripada kedutaan asing dari Perancis, Switzerland dan Rusia ke kediamannya semata-mata untuk melihat proses pembuatan wau. CORAK UNIK PADA WAU Ramai yang menganggap corak yang terdapat di atas kertas wau ditampal dengan menggunakan kain batik. Menurut Razi, tanggapan itu sama sekali tidak benar kerana corak yang dihasilkan adalah melalui proses menebuk dan menampal kertas warna. “Wau dikategorikan sebagai layang-layang buatan tangan yang tercantik di dunia. Ini kerana, wau dihiasi dengan pelbagai variasi corak yang menarik. “Bagi menghasilkan wau, bahan asas yang diperlukan adalah kertas, benang, buluh dan gam manakala, untuk menghasilkan corak akan menggunakan kertas warna,” kata Razi yang telah berkecimpung dalam seni pembuatan wau sejak 14 tahun lalu. Razi menjelaskan, terdapat empat jenis corak motif digunakan dalam menghasilkan reka corak wau, antaranya, motif bunga, abstrak, haiwan dan geometri. Pemilihan motif bunga mempunyai tarikan tersendiri dan sangat sinonim dengan kehidupan masyarakat Melayu. Beliau mengambil inspirasi flora daripada pokok menjalar seperti pokok kangkung, labu, peria dan tembikai. “Ramai yang tidak tahu penghasilan seni atau motif corak memerlukan masa yang lama. Ia memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi untuk menyiapkannya yang memamakan masa sehingga dua bulan,” ujar Razi menjelaskan corak warna-warni pada bahagian sayap dan ekor wau dibuat dengan menggunakan teknik tebuk dan tampal. JENIS-JENIS WAU Selain Wau Bulan terdapat pelbagai jenis wau lain yang berasal dari 14 buah negeri di Malaysia. Meskipun kita ketahui wau bulan berasal dari Kelantan dan telah diiktiraf sebagai wau tradisi kebangsaan. Terdapat wau lain antaranya Wau Jala Budi dan Wau Kucing. Kelantan turut memperkenalkan wau baharu yang diberi nama Wau Puyuh menggantikan Wau Bulan. CERITERA RAKYAT 28


CERITERA RAKYAT Menurut Razi lagi, negeri Johor wau tradisi dikenali dengan nama Wau Merak manakala di Perak digelar sebagai Wau Seri Bulan Perak. Di Kedah diberi nama Wau Kangkang dan di Sarawak pula Wau Kenyalang. Di Melaka, masyarakat menggelarkan nama wau tradisi mereka sebagai Wau Kikik dan gelaran Wau Dada Helang pula di negeri Terengganu. Nama Wau Helang popular di Perlis manakala di Negeri Sembilan dipanggil Wau Seri. Di Selangor wau tradisi negeri itu digelar sebagai Wau Kapal, manakala di Pahang digelar Wau Cenderawasih. Sebagai pembuat wau, Razi menjelaskan terdapat jenis wau yang diminati beliau. Pertama ialah Wau Bulan dimana ia menjadi lambang dalam mata wang Ringgit Malaysia. “Wau Bulan mempunyai keunikan tersendiri dan ilustrasi bentuk wau ini dimasukkan dalam wang kertas mahupun syiling. Justeru masyarakat tempatan mahupun luar negara tahu bahawa wau ini berasal dari Malaysia,” kata Razi yang memaklumkan bahawa Wau Bulan dikatakan berasal dari zaman Srivijaya dan merupakan lambang penyatuan. Wau kedua adalah Wau Kucing yang menjadi sumber inspirasi logo syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) dan Wau Jala Budi atau dalam bahasa inggeris di kenali sebagai Ladies Kite kerana menyerupai bentuk pinggul perempuan. SOKONGAN KELUARGA Razi meluahkan rasa bersyukur kerana minatnya terhadap seni pembuatan wau tradisional ini mendapat sokongan daripada isteri dan anak-anaknya. Bukan setakat itu saja, mereka juga turut serta dalam proses pembuatan wau dan mengikuti setiap jemputan pameran yang dihadiri oleh Razi. “Alhamdulillah, keluarga sentiasa menyokong dari belakang, membantu saya menyiapkan tempahan wau seperti memasang kerangka, menghasilkan corak sobek dan berganding bahu menjayakan pameran yang kami hadiri. “Sokongan tidak berbelah bagi ini secara tidak langsung memberi semangat kepada saya untuk terus berkarya dan memperjuangkan warisan seni pembuatan wau tradisional ini. Saya percaya usaha yang dilakukan ini akan terus disambung oleh anak-anak di masa hadapan kelak,” ujar Razi yang sanggup berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kelantan semata-mata untuk mempelajari seni pembuatan wau. CIPTA KIT ‘DIY’ Untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran, Razi mengambil inisiatif menghasilkan kit ‘diy’ untuk orang ramai atau generasi muda yang berminat untuk mempelajari seni pembuatan wau tradisional ini. Dalam kit tersebut mengandungi seunit rangka Wau Bulan saiz sederhana, kertas dan gam. Menurut Razi, kit berkenaan akan dibuat sekiranya ada tempahan untuk Bersama rakan seperjuangan di acara pertandingan wau. 29


menghasilkan barangan cenderahati semasa pameran diadakan. “Saya menyediakan kit ‘diy’ ini untuk memudahkan para pelajar atau orang ramai mempelajari asas pembuatan wau tradisional. Alhamdulillah, idea memperkenalkan kit ini mendapat maklum balas yang positif dan mendapat permintaan yang tinggi. “Jika sebelum ini proses pembuatan wau dimulakan dengan proses meraut buluh, yang kemudian disusuli dengan membuat rangka dengan menggunakan tali benang. Berbeza dengan kit tersebut, proses membuat wau lebih cepat dengan hanya menampal kertas yang disediakan pada bahagian rangka sahaja,” tambah Razi mengakui menerima permintaan tinggi daripada pelanggan. PELAJARI SENI BUDAYA KITA Tidak dinafikan perkembangan teknologi digital hari ini menyebabkan permainan tradisional seperti wau ini kurang mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda. Mungkin disebabkan kurang pendedahan menjadi faktor mereka memilih permainan berasaskan komputer dan digital. “Saya berharap sangat generasi muda terutamanya di peringkat kanak-kanak lagi didedahkan dengan seni permainan tradisional seperti wau ini. “Anak muda perlu pelajari seni budaya kita. Jika tidak dipraktikkan saya bimbang kemahiran seperti membuat wau tradisional akan hilang ditelan zaman. “Tuntutlah ilmu ketika orang-orang lama dalam seni pembuatan wau ini masih hidup. Jika tidak ambil peduli siapa lagi yang akan mewarisi tradisi ini pada masa hadapan,” ujar Razi yang pernah berguru dengan empat orang pakar membuat wau tradisional. CERITERA RAKYAT Kit ‘DIY’ membuat wau bersaiz sederhana yang dicipta oleh Razi bagi tujuan pembelajaran atau sebagai tanda cenderamata. Razi berharap generasi muda didedahkan dengan seni permainan wau tradisional. Penerangan yang jelas mampu menarik perhatian golongan belia mengenali seni warisan Melayu. 30


Click to View FlipBook Version