BENGKEL PENGENALAN ASAS SUKAN MEMANAH GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH FASA 1/2023 TARIKH : 19 OKTOBER 2023 (KHAMIS) MASA : 2.00 PETANG TEMPAT : SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN ANJURAN : SEKTOR PEMBELAJARAN, UNIT PENDIDIKAN KHAS PPD MELAKA TENGAH PENGELOLA : SK PENDIDIKAN KHAS MELAKA
Pengenalan : Sukan memanah telah menjadi salah satu acara yang dipertandingkan di dalam kalendar Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia setiap tahun. Sukan memanah terus berkembang dari tahun ke tahun di peringkat negeri dan kebangsaan di kalangan murid-murid bawah 12 tahun hingga 18 tahun. Perkembangan yang menggalakkan ini pastinya memerlukan satu pasukan yang mantap di kalangan para pendidik di Daerah Melaka Tengah untuk memastikan sukan memanah akan terus mempu memberikan saingan di kejohanan memanah khususnya di peringkat negeri dan kebangsaan. Sehubungan dengan itu, pihak PPD Melaka Tengah dengan sukacitanya ingin memberi pendedahan awal berkaitan asas memanah kepada gur-guru pendiidkan khas khususnya di Daerah Melaka Tengah. Guru-guru ini perlu diberi pendedahan asas bagi sukan memanah sebelum dibentuk menjadi satu pasukan yang kuat dalam melahirkan bakat pemanah muda yang mampu bersaing di setiap peringkat. Objektif Diharap Bengkel Pengenalan Asas Sukan Memanah Guru-Guru Pendidikan Khas Fasa 1 ini dapat: 1. Memberi ruang kepada guru dan MBK untuk mendapat pengiktirafan dalam bidang sukan memanah. 2. Memberi pendedahan awal kepada guru-guru pendidikan khas membawa murid menyertai sukan memanah peringkat daerah. 3. Mengembang dan mencungkil bakat MBK melalui sukan memanah seterusnya layak menyertai sukan para. 4. Memantapkan aktiviti guru dan MBK sesuai dengan nilai tambah dalam melahirkan modal insan yang berkualiti. 5. Meningkatkan bilangan jurulatih sukan memanah di kalangan guru-guru pendidikan khas di daerah Melaka Tengah..
Jawatankuasa Kerja Penaung : En. Mohd Yusri Bin Seman (Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah) Penasihat : Tn. Hj. Rosli Bin Aliman (Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas JPNM) Pengerusi : En. S.L Daud Bin Matliza (Guru Besar SKPKM) Tim. Pengerusi 1 : En. Ahmad Yunus Bin Mohamad Selim (Penolong PPD Pendidikan Khas) Tim. Pengerusi 2 : En. Mohd Rizal Bin Abd Rauf (Penolong PPD Pendidikan Khas) Naib Pengerusi : Pn. Hjh. Normalah Binti Hj. Abdullah (GPK Kokurikulum SKPKM Setiausaha : Pn. Nur’Afiqah Binti Jamaluddin (SKPKM) AJK Persiapan Tempat/ Peralatan : Mohd Izzaideen Bin Zakaria (SK TUNSAS) Bendahari/ Pengacara Majlis : Nizawati Binti Md Zin (SK TUNSAS) Dokumentasi/ Jurugambar : Pn. Nur’Afiqah Binti Jamaluddin (SKPKM) Pendaftaran/ Buku Program : En. Syahrul Fazli Bin Mohd Nordin (SKPKM) Sijil Penyertaan/ Hadiah : Pn. Nur’Afiqah Binti Jamaluddin (SKPKM) Teknikal : En. Muhammad Iz’Aan Bin Basuni (SK Batang Melaka) Makan dan Minum : Pn. Siti Farisah Binti Yahya (SKPKM) Pn. Sharifah Bt Muhamad (SK TUNSAS)
Aturcara Bengkel 2.00 petang : Pendaftaran 2.15 petang : Penerangan Asas Memanah Peralatan Memanah Cara Penjagaan dan Penyelenggaraan Memanah. 4.30 petang : Majlis Penutup Penyampaian Sijil/ Cenderahati Sesi Bergambar 5.00 petang : Bersurai Penghargaan Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Bengkel Pengenalan Asas Sukan Memanah Guru Pendidikan Khas Peringkat Daerah Melaka Tengah Fasa 1/2023