SAHRIGUNA & RAKAN-RAKAN
No. 9, Lorong 1, Tingkat 1, Taman Bukit Mas, Jalan Kamunting Lama, 34000 Taiping, Perak
T: 05-8104065 / 016-5058005 / 016-5219307 / 016-5249307 / 013-4050276
E: [email protected]
LAPORAN JURUAUDIT
KE ATAS PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021
Kepada:
Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia;
Anggota-Anggota Koperasi Sekolah-Sekolah Tamil Kedah Berhad.
LAPORAN MENGENAI PENYATA KEWANGAN
Kami telah mengaudit penyata kewangan Koperasi Sekolah-Sekolah Tamil Kedah Berhad yang
merangkumi kunci kira-kira Koperasi pada 31 Disember 2021, akaun pembahagian keuntungan, akaun
untungrugi dan penyata aliran tunai Koperasi untuk tahun berakhir pada tarikh tersebut, serta ringkasan
dasar perakaunan yang penting dan nota-nota lain.
Tanggungjawab Para Anggota Lembaga
Para anggota Lembaga Koperasi adalah bertanggungjawab dalam penyediaan dan pembentangan
penyata kewangan yang saksama menurut piawaian-piawaian perakaunan yang diluluskan di Malaysia dan
Akta Koperasi 1993. Tanggungjawab ini termasuk merangka, melaksana dan memastikan kawalan
dalaman yang bersesuaian dalam penyediaan dan pembentangan penyata kewangan yang saksama yang
bebas daripada salah nyata yang ketara, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan, memilih dan
mengguna pakai dasar perakaunan yang bersesuaian dan dalam keadaan tertentu membuat anggaran
perakaunan yang munasabah.
Tanggungjawab Juruaudit
Tanggungjawab kami adalah untuk menyatakan pendapat tentang penyata kewangan berdasarkan audit
yang dilaksanakan. Kami telah melaksanakan audit tersebut menurut piawaian-piawaian pengauditan yang
diluluskan di Malaysia. Piawaian tersebut mewajibkan kami mematuhi tuntutan etika di samping merancang
dan melaksanakan audit untuk memperoleh keyakinan yang munasabah samaada atau tidak penyata
kewangan tersebut bebas daripada salah nyata yang ketara.
Sesuatu audit melibatkan pelaksanaan prosedur untuk memperoleh bukti audit mengenai amaun dan
pendedahan dalam penyata kewangan. Prosedur yang dipilih bergantung pada pertimbangan kami,
termasuk penilaian risiko salah nyata yang ketara pada penyata kewangan, sama ada disebabkan oleh
penipuan atau kesilapan. Dalam membuat penilaian risiko tersebut, kami mengambil kira kawalan dalaman
yang bersesuaian untuk Koperasi dalam penyediaan dan pembentangan penyata kewangan yang
saksama bagi tujuan merangka prosedur audit yang bersesuaian dengan keadaan, tetapi bukan bertujuan
untuk menyatakan pendapat mengenai keberkesanan kawalan dalaman pihak Koperasi. Sesuatu audit
juga termasuk penilaian kesesuaian dasar perakaunan yang diguna pakai dan kemunasabahan anggaran
Muka Surat 2
KOPERASI SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL KEDAH BERHAD
Laporan Juruaudit ke Atas Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021 (sambungan)
perakaunan yang dibuat oleh anggota Lembaga, serta penilaian pembentangan penyata kewangan secara
keseluruhan.
Kami percaya bahawa kami memperolehi bukti audit yang menjadi asas untuk memberi pendapat kami.
Asas Untuk Pendapat Bersyarat
1. Harta Tanah, Loji dan Peralatan
Koperasi tidak menguruskan daftar untuk merekodkan butir-butir lengkapa mengenai harta tanah, loji dan
peralatan Koperasi.
Harta tanah, loji dan peralatan milik Koperasi pada 31 Disember 2021 hanya dipertentukan dengan senarai
pengesahan yang diterima daripada Koperasi.
2. Pelaburan Dalam Subsidiari
Lotus Multi Solutions Holding Berhad (920218-A)
Koperasi telah mendaftar Lotus Multi Solutions Holding Berhad dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) pada 18 Januari 2011 dengan jumlah modal berbayar sebanyak RM567,880.00. Koperasi telah
melabur modal berbayar sebanyak RM467,880.00 serta menguasai 82.39% ekuiti di dalam syarikat
berkenaan tanpa kebenaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sepertimana dikehendaki oleh Akta
Koperasi 1993. Penyata beraudit anak syarikat ini sejak penubuhannya juga tidak dikemukakan kepada
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sepertimana dikehendaki oleh Akta Koperasi 1993.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah membatalkan pendaftaran Lotus Multi Solutions Holding
Berhad dan pada pandangan kami pelaburan dalam Lotus Multi Solutions Holding Berhad adalah tidak
wujud lagi dan perlu dihapuskira.
3. Pinjaman Anggota
Baki pinjaman anggota dilejar / akaun kawalan Koperasi pada 31 Disember 2021 didapati berbeza dengan
lejar tambahan / senarai Koperasi seperti berikut:
Akaun Lejar / Lejar Tambahan / Perbezaan
Akaun Kawalan Senarai
a) Pinjaman Berjamin / RM RM RM
Pinjaman 90%
8,447,400.10 8,134,734.11 312,665.99
b) Pinjaman Serbaguna 1,454,052.91 1,601,046.72 (146,993.81)
c) Pinjaman Khas (44,743.04)
d) Pinjaman Pelancongan 305,906,96 350,650.00 214,441.46
e) Pinjaman Pendidikan 214,473.46 32.00 (60,382.87)
Jumlah 227,650.68 274,987.73
10,649,484.11 288,033.55
10,374,496.38
Muka Surat 3
KOPERASI SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL KEDAH BERHAD
Laporan Juruaudit ke Atas Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021 (sambungan)
4. Pelbagai Penghutang
Penghutang-penghutang berikut didapati telah melewati tempoh bayaran balik:
Penghutang Baucer Percutian Percuma RM 83,237.20
Reliance Ultimate Solution Berhad RM162,000.00
Pinjaman Bekas Anggota RM290,143.90
Jumlah RM535,381.10
Pada pendapat kami daripada jumlah hutang dan pinjaman di atas baki berikut adalah diragui pengutipan
balik dan perlu disediakan peruntukan hutang sangsi:
Penghutang Baucer Percutian Percuma RM 83,237.20
Reliance Ultimate Solution Berhad RM162,000.00
Pinjaman Bekas Anggota RM252,573.81
Jumlah RM497,811.01
5. Modal Syer Anggota
6. Modal Yuran Anggota
Baki akaun-akaun di atas pada 31 Disember 2021 didapati berbeza di antara lejar / akaun kawalan dan
lejar tambahan / senarai Koperasi seperti berikut:
Lejar / Akaun Kawalan Modal Syer Modal Yuran
Lejar Tambahan / Senarai Anggota Anggota
Perbezaan RM828,940.00 RM17,788,855.11
RM829,680.00 RM17,850,051.35
RM (740.00) RM (61,196.24)
7. Lain-Lain Kumpulan Wang Anggota
Baki akaun di atas mengikut lejar / akaun kawalan pada 31 Disember 2021 didapati berbeza dengan lejar
tambahan / senarai Koperasi seperti berikut:
Akaun Lejar / Lejar Tambahan / Perbezaan
Akaun Kawlan Senarai
RM RM RM
a) Tabung Bantuan Pendidikan 1,471,391.00 1,469,278.00 (2,113.00)
b) Tabung Derma Kematian 296,004..05 157,700.11 (138,303.94)
c) Tabung Pengurusan Koperasi 183,800.30 198,375.65 14,575.35
Jumlah 1,951,195.35 1,825,353.76 (125,841.59)
Muka Surat 4
KOPERASI SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL KEDAH BERHAD
Laporan Juruaudit ke Atas Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021 (sambungan)
8. Penentuan Akaun-Akaun Anggota
Koperasi telah mengedarkan surat-surat pengesahan kepada semua anggota Koperasi untuk anggota-
anggota mengesahkan baki akaun-akaun mereka pada 31 Disember 2021 tetapi hanya sebilangan kecil
anggota sahaja telah memberi maklum balas oleh itu semua baki akaun-akaun anggota pada 31 Disember
2021 hanya dipertentukan dengan senarai pengesahan Koperasi.
Pendapat Bersyarat
Pada pendapat kami, kecuali perkara-perkara yang dinyatakan di para asas untuk pendapat bersyarat
penyata kewangan Koperasi telah disediakan selaras dengan piawaian-piawaian perakaunan yang
diluluskan di Malaysia dan Akta Koperasi 1993 untuk memberikan gambaran yang benar dan saksama
mengenai kedudukan Kewangan Koperasi pada 31 Disember 2021 dan prestasi kewangan dan aliran tunai
untuk tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut.
LAPORAN MENGENAI KEPERLUAN PERUNDANGAN DAN BADAN PENGAWASAN LAIN
Menurut keperluan Seksyen 63 Akta Koperasi 1993, kami juga melaporkan bahawa:
(a) Rekod perakaunan dan rekod lain, serta daftar yang wajib disimpan dibawah Akta Koperasi 1993 telah
disimpan dengan sempurna selaras dengan peruntukan Akta tersebut.
(b) Penerimaan, perbelanjaan, pelaburan wang, perolehan dan pelupusan aset-aset oleh Koperasi adalah
mengikut Akta Koperasi 1993.
(c) Kedudukan aset-aset dan liabiliti-liabiliti termasuk hutang-hutang belum jelas Koperasi adalah
munasabah.
HAL-HAL LAIN
Laporan ini disediakan hanya untuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan anggota-anggota Koperasi,
selaras dengan peruntukan Seksyen 63 Akta Koperasi 1993 dan bukan untuk sebarang tujuan yang lain.
Kami tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana pihak lain untuk kandungan laporan ini.
SAHRIGUNA & RAKAN-RAKAN
Juruaudit Koperasi Bertauliah
GUNASEGARAN A/L GENGAPPAN
No. Juruaudit: SKM (A) 0133
Tarikh:14 September 2022
Muka Surat 5