The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Ayunie, 2022-03-26 08:43:50

BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

NUR AYUNIE BINTI ROSLI
F2E

BMMB 1104
KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU

NAMA PENSYARAH :
DR. ARFAH BINTI AHAMAD

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA PELAJAR : NUR AYUNIE BINTI ROSLI
PROGRAM : PPISMP
AMBILAN : JUN 2021
UNIT : F2E ( BAHASA MELAYU )
TARIKH HANTAR : 26/03/2022

IISSII
KKAANNDDUUNNGGAANN

1 TAKRIF KESUSASTERAAN
MELAYU

2-11 JENIS, BENTUK & CIRI
KESUSASTERAAN MELAYU
12-15
PROSA TRADISIONAL
16-23 PROSA MODEN
24 PUISI TRADISONAL
25 PUISI MODEN

FUNGSI KESUSASTERAAN
MELAYU

ALAT PENDIDIKAN
INSTRUMEN PERPADUAN
KEHIDUPAN HARIAN
DAKWAH
MEDIUM PROTES DAN KRITIK
HIBURAN

MANIFESTASI AKAL BUDI
MASYARAKAT MELAYU

PANTUN
SYAIR
SELOKA
GURINDAM

RUMUSAN

RUJUKAN

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan terbentuk dari akar kata susastera (bahasa Sanskrit)
+ ke – an (kesusasteraan). Su (indah, baik, lebih bermakna.) Sastera

(huruf atau buku) Susastera + ke – an (kesusasteraa): Kumpulan
buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.

(Prof. Dr. Hasyim Awang, Artikel Akademik, hal. 2)
Hasil
karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam
kalangan masyarakat Melayu.

Menurut kamus, kesusasteraan bermaksud hasil seni atau karya
tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri

keistimewaan yang tertentu.
Seni kesusasteraan pula ialah seni karang -mengarang bahan-bahan

sastera yang berbentuk prosa dan puisi.

Konteks pendidikan menggunakan unsur keindahan dan kehalusan
bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, jasmani,
rohani dan emosi di samping memaparkan nilai kemanusia dan citra

masyarakat.
Merupakan hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-
kata indah. memberi mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan dan

keadaan yang tertentu sama ada mengenai diri sendir atau
sekelompok masyarakat

Gambaran peribadi berupa pengalaman, pemikiran,
perasaan, idea, semangat ataupun keyakinan dalam

bentuk gambaran konkrit yang membangkitkan
keperibadan melalui pengantara bahasa tidak kira

sama ada bermutu atau tidak bermutu.

JENIS, BENTUK DAN CIRI

Kesusasteraan Melayu terdiri daripada pelbagai ragam dan unsur-
unsur khas yang membentuk pola secara berbeza untuk tujuan
tertentu. Dari segi jenis dan bentuk dapat dibahgikan kepada prosa
tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan puisi moden.

PROSA TRADISIONAL

Prosa tradisional merupakan antara satu daripada elemen kebudayaan Melayu dalam bentuk bahan
sastera dan bahan bukan sastera, Prosa tradisional adalah masih kekal sehingga kini. Justeru itu,
prosa tradisional adalah sangat unik.

Prosa tradisional juga telah menerima sedikit sebanyak pengaruh agama tersebut. Namun,
perkembangan positif prosa tradisonal mula dapat dilihat selepas kedatangan Islam ke Kepulauan
Melayu pada abad ke-14 sehingga abad ke-16. Prosa yang dihasilkan pada masa itu tidak lagi hanya
tertumpu kepada bidang kesusasteraan sahaja tetapi turut menyentuh perihal agama, perubatan,
sejarah dan sebagainya.

Prosa tradisional merupakan satu karya seni yang berbentuk bahasa. Antara tujuan karya prosa
tradisional adalah sebagai penyatu falsafah. Prosa tradisional dapat dikategorikan kepada dua genre,
iaitu dalam bentuk sastera rakyat ataupun lisan dan sastera istana iaitu tulisan.

SASTERA RAKYAT
(LISAN)

Sastera ialah karya kreatif yang termasuk dalamnya daya ciptaan imaginasi pencipta yang
mengandungi nilai-nilai manakala rakyat pula membawa maksud orang biasa yang hidup kolektif
bagi membentuk satu sistem kekeluargaan yang besar. Sastera lisan adalah ungkapan dari mulut ke
mulut, hasil kebudayaan lisan dalam masyarakat tradisional yang isinya tidak akan ditelan dek
zaman. Sebagai contoh, pantun, nyanyian rakyat, dan cerita rakyat.

Sastera rakyat mempunyai ciri-ciri seperti disampaikan melalui lisan. Di samping itu, sastera ini juga
mempunyai sifat tradisional kerana sastera rakyat telah terhasil sejak zaman dahulu lagi. Selain itu,
sastera rakyat mempunyai bentuk berpola dan plot yang hampir sama, mempunyai fungsi tertentu
seperti memberi pengajaran serta penulisannya berdifat sederhana, spontan dan kadangkala agak
kasar. Hal ini demikian kerana sastera rakyat boleh berfungsi sebagai teguran atau sindiran.

Lain daripada itu, sastera rakyat dapat dikategorikan kepada dua iaitu naratif dan bukan naratif.
Sastera naratif adalah seperti mitos, legenda, dan cerita rakyat manakala sastera bukan naratif
adalah seperti puisi rakyat.

MITOS

Mitos adalah cerita yang dipercayai oleh manusia dan dianggap suci oleh empunya cerita dan
pendengar yang menyokong cerita tersebut. Pada kebiasaannya, mitos banyak mengandungi cerita
mengenai kejadian alam semesta, manusia, binatang, dan tumbuhan. Tokoh atau watak utama yang
terlibat adalah seperti dewa dan makhluk halus. Oleh yang demikian, mitos ini dianggap keramat dan
sangat memberi kesan kepada masyarakat dahulu. Terdapat tiga jenis mitos yang dihasilkan dalam
sastera Melayu. Antaranya adalah mitos asal usul, mitos mitos institusi sosial dan mitos politik.
Misalnya, mitos penubuhan kerajaan Melaka.

LEGENDA

Legenda adalah cerita yang dipercayai benar-benar berlaku. Tetapi perbezaanya dengan mitos
adalah legenda tidak dianggap suci kerana tokoh atau wataknya hanyalah terdiri daripada manusia
tetapi mempunyai sifat luar biasa.

Antara ciri-ciri legenda adalah komunikasi lisan yang berasaskan kisah tokoh atau pahlawan. Akan
tetapi, latar masa dan sejarahnya tidak semesti berlaku pada masa lampau. Walakin itu, masih ada
hubung kait dengan masa silam.

Contoh legenda yang terkenal dan masih dipercayai sehingga kini adalah legenda mengenai Hang
Tuah. Misalnya, pada masa ini masih terdapat kepercayaan terhadap keramat seperti Perigi Hang
Tuah. Hal ini demikian kerana Hang Tuah dan tempat tersebut dianggap mempunyai sifat yang luar
biasa.

CERITA RAKYAT

Cerita rakyat adalah berbentuk prosa tetapi tidak dianggap benar oleh masyarakat. Hal ini demikian
kerana hanya dianggap sebagai hiburan dan pengajaran yang menganduingi moral atau sindiran.

Cerita rakyat terdiri daripada cerita binatang di mana cirinya adalah tokoh binatang tersebut bersikap
seperti manusia. Contohnya, cerita Sang Kancil Yang Bijak. Selain itu, terdapat juga cerita penglipur
lara iaitu cerita yang disampaikan oleh penglipur lara seperti Tok Selampit. Ciri bagi cerita ini adalah
penyampaiannya secara lisandari satu generasi ke generasi yang lain dan berlakunya tokok tambah.

Terdapat banyak lagi cerita rakyat seperti cerita jenaka dan cerita teladan. Persamaan semua cerita ini
adalah terdapatnya pengajaran dan moral di samping mendengar cerita sebagai hiburan.

SASTERA ISTANA
(TULISAN)

Sastera tulisan mula diasaskan setelah kedatangan Islam dan diterima pakai dalam istana. Sastera
tulisan terdiri daripada pelbagai jenis. Antaranya adalah sastera hikayat yang terbahagi kepada tiga,
iaitu berunsurkan Hindu, Islam dan Hindu-Islam. Contohnya, adalah Hikayat Raja Pasai.

Sastera yang lain adalah sastera undang-undang. Sastera ini dijadikan sebagai bahan kajian
mengenai sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama. Antara
contoh sastera undang-undang adalah Hukum Kanun Melaka. Terdapat juga sastera epik atau
dikenali sebagai sastera pahlawan dan bersifat sejagat yang mementingkan ciri kepahlawanan dan
keperwiraan yang unggul. Genre ini dibahagikan kepada dua iaitu epik kebangsaan yang diwakili
oleh Hikayat Hang Tuah dan epik berunsurkan Islam, iaitu Hikayat Amir Hamzah.

Selain itu, sastera panji merupakan karya mengenai kisah pengembaraan, percintaan dan
peperangan. Contohnya, Hikayat Cendawan Putih. Lain daripada itu, sastera agama turut
merupakan salah satu daripada sastera istana. Sastera agama banyak mengisahkan cerita-cerita
mengenai kehebatan Nbai Muhammad SAW terutamanya dalam menyebarkan agama Islam ke
seluruh dunia. Antara sastera agama yang wujud adalah Hikayat Bulan Berbelah. Akhir sekali adalah
sastera ketatanegaraan yang digunakan oleh pemerintah seperti Raja. Misalnya, Sultan Zainal
Abidin III menggunakan kitab bertajuk Kitab Nasihat Segala Raja-Raja sebagai panduan dalam
pemerintahan.

PROSA MODEN

Prosa moden adalah hasil sastera yang dihasilkan selepas zaman tradisional iaitu kira-
kira selepas tahun 1800 Masihi. Hal ini demikian kerana untuk mengelakkan kekeliruan
dalam kalangan masyarakat mengenai bentuk dan perbezaan dalam sastera Melayu.
Prosa moden bersifat lebih bebas dalam penciptaannya berbanding prosa tradisional.
Antara contoh bagi prosa moden adalah cerpen, novel dan drama.

CERPEN

Cerpen adalah hasil daripada dua perkataan, iaitu cerita dan pendek yang digabungkan. Cerpen
berfungsi sebagai alat bagi mengekspresikan sikap, perasaan dan fikiran serta meliputi pelbagai
aspek seperti masalah sosial, politik dan ekonomi.

Antara ciri cerpen adalah hanya terdapat satu tema, satu plot dan beberapa persoalan. Hal ini
supaya dapat memberikan impak kepada pembaca. Watak dalam cerpen hanyalah memusatkan
perkembangan kepada watak utama sahaja. Oleh hal yang demikian, plot tersebut akan
dikembangkan untuk menjadi satu cerita yang menarik.

NOVEL

Novel adalah sebuah sastera yang memuatkan cerita panjang iaitu berbeza dengan cerpen. Terdapat
tiga faktor yang penting bagi sebuah novel, iaitu pengalaman peribadi, realiti rencam hidup dan
imaginasi. Novel dapat dikategorikan kepada beberapa corak, iaitu seperti kemasyarakatan dan
semangat kebangsaan. Novel bercorak kemasyarakatan adalah misalnya seperti novel Minah Joget
Moden yang ditulis oleh Harun Aminurrashid pada tahun 1949. Banyak teguran kepada masyarakat
yang terkandung dalam novel tersebut. Novel Pahlawan Rimba Malaya (1946) pula merupakan contoh
bagi novel bercorak semangat kebangsaan.

DRAMA

Drama adalah jenis karya sastera yang dibangunkan oleh unsur instrinsik iaitu satu kesatuan yang
membentuk karya secara keseluruhan. Drama merupakan satu karya sastera bagi penulis
menyampaikan mesej atau pemikiran melalui lakonan.

Aspek penting bagi sebuah drama adalah skrip yang menjadi panduan bagi pengarah di samping
watak dan pelakon yang mampu menarik minat penonton. Beberapa unsur seperti cahaya, bunyi
dan pakaian adalah elemen yang sangat penting.

PUISI TRADISIONAL

Puisi adalah satu karya sastera yang terawal digunakan oleh semua bangsa di seluruh dunia.
Hal ini dapat dibuktikan dengan beberapa karya lama yang terkenal seperti Odyssey,
Mahabharata dan Ramayana.

Puisi tradisional terdiri daripada beberapa genre seperti pantun, syair, gurindam, seloka,
talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki, peribahasa, rubai, masnawi dan sebagainya
(Harun Mat Piah, 1989).

PANTUN

Pantun adalah sebuah khazanah milik Melayu. Hal ini dapat dibuktikan dengan orang Melayu yang
sudah pandai berpantun walaupun tidak mengetahui sistem surat-menyurat. Pantun biasanya
mempunyai tema kemasyarakatan iaitu cara kehidupan masyarakat Melayu. Setiap pantun adalah
terdiri daripada unsur pembayang maksud dan maksud.

Antara ciri-ciri pantun adalah sama ada terdiri daripada dua, empat, enam, lapan, atau 12 rangkap
yang juga dikenali sebagai kerat. Akan tetapi, hanya pantun dua dan empat kerat sahaja kerap
digunakan. Selain itu, bilangan bagi setiap baris adalah empat sehingga enam patah perkataan
sahaja manakala bilangan suku kata ialah antara lapan hingga 12. Dan yang paling penting adalah
rima akhir bagi setiap pantun perlulah sejajar. Misalnya, bagi pantun dua kerat 'u', 'u'. Pantun
empat kerat pula rima akhir akan berbentuk 'a', 'u', 'a', 'u'. Pantun juga dapat dibahagikan kepada
beberapa jenis, iaitu menghibur, nasihat, menduga akal, menyampaikan hasrat seni dan pelbagai
lagi.

GURINDAM

Gurindam Dua Belas hasil karya Raja Ali merupakan gurindam pertama yang terhasil dalam sejarah
sastera Melayu. Pada asalnya, gurindam adalah pengaruh daripada sastera Hindu dan
perkataannya adalah berasal daripada bahasa Sankrit yang membawa maksud perumpamaan.
Gurindam terdiri daripada dua baris setiap rangkap. Baris pertama adalah syarat atau protatsis
manakala baris kedua adalah jawab atau apodotis.

Antara ciri-ciri gurindam adalah merupakan sebuah puisi bebas atau tidak terikat. Selain itu, baris
pertama adalah pemikiran atau peristiwa manakala baris kedua pula menyatakan keterangan bagi
baris pertama. Jumlah perkataan dan suku kata bagi gurindam adalah tidak tetap. Akan tetapi,
rimanya tetap berbunyi serima. Terdapat beberapa jenis gurindam juga iaitu gurindam serangkap
dua baris, empat baris dan gurindam bebas.

SYAIR

Syair adalah sejenis puisi yang berlagu. Syair juga mempunyai persamaan seperti genre
puisi yang lain iaitu mempunyai rangkap. Perkataan syair adalah berasal dari Parsi dan
dibawa masuk ke Kepulauan Melayu bersama pengaruh Islam. Namun begitu, syair Melayu
telah diubah suai daripada syair Arab mengikut cita rasa Melayu.

Ciri-ciri syair Melayu adalah merupakan puisi yang terikat dan tidak mempunyai
pembayang. Setiap rangkap mestilah terdiri daripada empat baris dan mengandungi empat
hingga lima perkataan sebaris serta setiap baris mempunyai antara lapan hingga 12 suku
kata. Rima bagi setiap syair juga haruslah sama. Secara asasnya, syair adalah satu
pernyataan yang berlarutan bagi mengemukan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan juga
puji-pujian.

Syair terdiri daripada pelbagai jenis, iaitu seperti syair cerita, syair nasihat, syair keagamaan
dan lain-lain.

SELOKA

Seloka merupakan bentuk puisi Melayu bebas tetapi mempunyai bentuk tertentu. Misalnya
dari aspek rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama ataupun tidak.
Perkataan seloka adalah berasal daripada bahasa Sankrit iaitu "shloka" yang bermaksud
berseloroh, berjenaka atau menyindir.

Ciri-ciri seloka adalah merupakan puisi bebas dan diubah suai mengikut bentuk pantun, syair
atau perumpaan. Akan tetapi, seloka tidak mempunyai pembayang seperti pantun. Bilangan
baris, perkataan dan suku kata adalah tidak tetap begitu juga dengan rima akhirnya.

Seloka berfungsi sebagai memberi gambaran kepada masyarakat yang melahirkannya iaitu
masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. Di samping itu, seloka
juga digunakan sebagai alat krtitik perlakuan negatif masyarakat tanpa menyinggung sebarang
perasaan. Antara contoh seloka adalah Seloka Pak Kaduk, Seloka Pandai Pak Pandir dan Seloka
Emak Si Rendang.

PUISI MODEN

Puisi moden juga berfungsi sebagai medium bagi pengajaran dan pendidikan kepada khalayak.
Puisi moden hanya terdapat satu genre iaitu sajak. Sajak adalah karya seni yang menyampaikan
mesej kepada masyarakat mengenai pelbagai perihal. Menurut Hashim Awang (1985), sajak ialah

puisi baharu yang popular lahir sebagai pilihan kepada puisi tradisional.

SAJAK

Sajak adalah berbentuk bebas dan tidak terikat. Jumlah baris, perkataan, rangkap serta rima
akhirnya adalah bebas dan tiada ketetapan. Sajak adalah sebuah karya yang mementingkan
pemilihan dan penyusunan kata-kata yang baik. Hal ini demikian kerana sajak merupakan luahan
perasaan yang mengandungi fikiran, tanggapan dan harapan penulis.
Perbezaan antara puisi moden dan puisi tradisional adalah terdapatnya nama penulis bagi setiap
karya puisi moden. Puisi moden juga tidak terikat pada peraturan dan norma-norma tertentu
seperti puisi tradisional. Menurut Muhammad Hj Salleh (1991), puisi Melayu moden membawa
suasana serta pandangan terhadap yang lebih moden. Antara sajak yang telah dihasilkan adalah
sajak Salam Benua hasil karya Usman Awang.

FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

Sastera Melayu adalah sangat berguna dan penting terutamanya pada zaman
dahulu. Sastera Melayu adalah medium antara dua pihak iaitu pihak penegur dan
pihak yang ditegur. Hal ini demikian kerana masyarakat dahulu amat mementingkan
kesantunan. Oleh itu, teguran, fikiran atau cadangan diberikan kepada masyarakat
secara halus dan berkias. Fungsi kesusasteraan tidak hanya terikat pada itu sahaja
malahan meliputi semua aspek seperti pendidikan, keagamaan dan hiburan.

ALAT INSTRUMEN

PENDIDIKAN PERPADUAN

Pendidikan adalah sangat luas dengan Sastera adalah sangat penting bagi
merangkumi ilmu ekonomi, pendidikan, memupuk semangat perpaduan dalam
politik dan agama. Penulis atau pengarang kalangan masyarakat terutamanya Malaysia
menghasilkan karya bagi berkongsi yang mempunyai pelbagai kaum dan
bersama khalayak ilmu yang mereka miliki. bangsa. Sastera kebangsaan yang
Setiap karya yang terhasil dipenuhi dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai
pengajaran, moral, dan ilmu pengetahuan bahasa pengantar dapat memartabat dan
yang tinggi. Pada zaman dahulu, memperkasakan lagi fungsi bahasa Melayu
kebanyakan masyarakat tidak ke sekolah, sebagai kebangsaan dan bahasa
maka ini merupakan satu cara bagi mereka perpaduan. Hal ini jelas menunjukkan
menambah ilmu. Namun, pendidikan bahawa sastera membantu dalam
zaman kini juga masih mementingkan memartabatkan bahasa Melayu. Dalam
sastera. Misalnya, murid-murid karya sastera juga terdapat banyak
mempelajari KOMSAS di sekolah suntikan semangat mengenai perpaduan
menengah. yang diberikan sama ada dalam bentuk
tersurat dan tersirat. Maka dengan itu,
sastera seperti sajak dapat mempengaruhi
pembacanya untuk menyemai semangat
perpaduan dan kekitaan.

KEHIDUPAN HARIAN DAKWAH

Melalui sastera, khalayak dapat mengetahui Dakwah adalah satu proses penyampaian
panduan dan pengajaran daripada kisah yang tertumpu kepada ilmu agama. Sastera
kehidupan realiti. Oleh itu, masyarakat dapat terutamanya digunakan sebagai medium
hidup dengan cara yang betul dan lebih penyampaian dakwah setelah kedatangan
bermakna. Sebagai contoh, melalui cerita Islam. Pertembungan antara agama dan
rakyat Si Tanggang, kita dapat mengetahui kesusasteraan pada dasarnya terlihat dalam
bahawa kita perlulah menghormati kedua ibu realiti. Terdapat pelbagai karya yang
bapa dan jika tidak, kita akan ditimpa dihasilkan bagi mengembangkan pengaruh
malapetaka. Cerita-cerita seperti ini agama Islam di Kepulauan Melayu.
memberikan nilai moral yang patut ada dalam Antaranya adalah Hikayat Nur Muhammad,
setiap individu. Hikayat Raja Khandaq, Hikayat Amir
Hamzah, dan pelbagai lagi. Semua hikayat
ini mengandungi pengajaran dan cara hidup
Islam.

MEDIUM PROTES DAN KRITIK HIBURAN

Setiap kisah atau nukilan yang terhasil dalam Hiburan adalah perkara yang sangat penting bagi
sastera adalah perkara realiti yang berlaku seorang manusia kerana mustahil untuk
dalam kalangan manusia. Sastera dijadikan seseorang itu bersifat serius sepanjang masa.
sebagai medium protes dan kritik kerana ramai Teknologi pada zaman dahulu tidaklah secanggih
yang beranggapan teguran melalui sastera kini di mana kita boleh mendapatkan hiburan
seperti sajak, syair atau gurindam merupakan sepanjang masa melalui televisyen dan radio. Oleh
cara yang paling efektif. Hal ini demikian kerana itu, mereka menghasilkan karya sastera sebagai
terdapat banyak susun lapis masyarakat. sumber hiburan. Hiburan yang dimaksudkan
Misalnya, kedudukan pemimpin yang tinggi adalah karya yang menggunakan kata-kata
adalah sukar untuk rakyat memberi teguran. indah dan plot yang menarik sehingga
Oleh yang demikian, sastera boleh digunakan membuahkan perasaan seronok kepada
untuk menyampai mesej atau mengkritik cara pembaca. Antara sastera yang paling diminati
pimpinan-pemimpin tersebut. oleh khalayak adalah pantun. Dengan membalas
pantun, manusia dapat bergurau senda antara
satu sama lain sekali gus menciptakan suasana
yang harmoni. Selain itu, terdapat juga cerita
jenaka seperti cerita Pak Kaduk yang membawa
watak seorang yang malang. Di samping menjadi
hiburan, terdapat juga banyak pengajaran yang
boleh didapati daripada hasil karya sastera ini.

MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT
MELAYU

Akal budi bermaksud fikiran yang sihat. Ini membawa maksud setiap karya sastera terdapat
maksud yang perlu difikirkan. Manifestasi akal budi terdiri daripada beberapa aspek penting
seperti pemikiran, pertuturan, perlakuan, dan gaya hidup.

Akal budi sebenarnya merupakan satu cerminan kepada perbuatan, pemikiran, dan sikap
individu dalam menyokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan.

PANTUN

"Kusangka nanas di tengah padang,



Rupanya pandan yang tumbuh berduri;



Kusangka panas hingga ke petang,



Rupanya hujan di tengah hari."

Pantun di atas merupakan pantun tentang harapan
dan realiti. Berdasarkan pantun tersebut, terdapat
aspek pemikiran di mana pembaca harus berfikir isi

tersiratnya bahawa pembayang dan maksud
mempunyai tema yang sama. Maksud tersirat
daripada keseluruhan pantun tersebut adalah

perasaan kecewa.



Jika kita lihat daripada pembayang pantun tersebut, penulis
berasa kecewa kerana dia memikirkan bahawa dia melihat
nanas tetapi sebaliknya hanyalah pokok pandan. Perkara ini
dapat dikaitkan dengan perasaan apabila penulis berharap
keadaan cuaca yang baik sehingga petang tetapi kecewa
apabila hujan di pertengahan tengahari. Konklusinya, pantun
ini mengajar manusia untuk tidak meletakkan harapan yang
tinggi dalam sesuatu perkara kerana kelak diri sendiri yang

akan kecewa apabila harapan tersebut melebur.

SYAIR

Dengarkan tuan suatu riwayat,
Raja di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.

Syair ini merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan juga kepunyaan orang Melayu
yang

dapat pengaruh Arab dan Parsi. Dalam bahasa Melayu syair ini telah menjadi satu
sitilah

yang lebih khusus. Bentuk syair dipercayai diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri sekitar
abad

ke 16 dengan bertujuan untuk mengajarkan agama islam. Akal budi bagi syair di atas
adalah

jika dilihat sikap rendah diri penyair yang mengarang syair ini dapat dilihat dengan jelas
dalam rangkap pertama diatas. Iaitu penyair membahasakan dirinya sebagai fakir yang

bermaksud miskin.



Ini boleh diihat jelas kerana sikap masyarakat Melayu yang sering merendah diri
sebagai

suatu adab apabila berhubung atau berinteraksi dengan orang lain. Akal budi ini dapat
mengingatkan individu tidak seharusnya berasa riak dengan kelebihan yang ada di
dalam
diri.

SELOKA

Nasi disuap di tangan kanan,
Lauk dibinjat sopan siuman,
Sampai ke mulut mamah perlahan,
Tanda tidak gelojoh makan.

Selesai santap nasi,
Diiringkan seteguk minuman,
Isyarat menghormat, mulia-memuliakan

Akal budi yang terdapat dalam rangkap di atas
adalah Za'ba ingin menyampaikan kepada



masyarakat tentang tatacara dan ketertiban sewaktu



makan. Za'ba ingin mengingatkan masyarakat
bahawa nasi perlulah disuap menggunakan tangan



kanan manakala lauk perlulah diangkat secara

sopan.



Selain itu, nasi yang dimulut hendaklah dikunyah dengan



perlahan-lahan dan tidak bersikap gelojoh sebagai tanda



tertib. Pengarang juga mengingatkan untuk meminum air



setelah selesai makan sebagai isyarat hormat dan beradab



sopan ketika berada dalam majlis santapan itu.



Keseluruhan seloka ini adalah untuk menunujukkan



kepentingan adab sopan ketika makan dan minum dalam



suatu majlis.

GURINDAM

Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut

Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.

Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua temasya.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.

Akal budi dalam Gurindam Dua Belas adalah berfokus
kepada falsafah keagamaan. Terutamanya, dalam

fasal kedua ini pengarang menerapkan unsur Rukun
Islam dalam penghasilan gurindam ini. Pengarang

menjelaskan bahawa ibadah solat, puasa, zakat, dan
haji adalah wajib bagi semua umat Islam. Gurindam ini
juga mengingatkan masyarakat bahawa aspek-aspek

tersebut adalah amat penting. Misalnya, solat
merupakan tiang agama. Justeru itu, umat Islam
mestilah perlulah beriman sepenuhnya dengan Rukun

Islam agar mendapat rahmat Allah S.W.T.

RUMUSAN

Konklusinya, budaya Melayu adalah sangat
kaya dengan pelbagai karya sastera yang

hebat. Tradisi sastera Melayu bermula
dengan kewujudan suku bangsa Melayu dan
mula timbul kesedaran untuk membukukan

hasil-hasil sastera lama pada abad ke-17.
Karya-karya sastera ini mempunyai fungsi
yang besar kerana mengandungi mesej dan

ajaran yang menjadi panduan dalam
kehidupan seharian di samping membawa
cerita-cerita yang menghiburkan. Oleh yang
demikian, kita perlulah memelihara semua
karya sastera ini agar tidak hilang ditelan

dek zaman.



Kesusasteraan Melayu ini amat meluas kerana melibatkan beberapa perkara penting.
Kesusasteraan ini bukan sahaja digunakan pada zaman dahulu sahaja malah masa kini

juga menggunakan kesusasteraan ini sebagai medium untuk pengajaran kepada
masyarakat masa kini. Kesusasteraan juga amat penting kepada masyarakat kerana boleh

dijadikan panduan hidup untuk kehidupan kita pada masa akan datang. Jadi sebagai
masyarakat Melayu yang kaya dengan unsur tradisonal dalam diri seharusnya mendalami

karya-karya sastera.

RUJUKAN








Click to View FlipBook Version