MPU23032_PENGAJIAN ISLAM/PENDIDIKAN MORAL
E-FOLIO (GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK)
DISEDIAKAN OLEH: NO. MATRIK
12DDT21F1029
NO. NAMA 12DDT21F1039
1. AMIRUN ASFA BIN JALALUDDIN 12DDT21F2012
2. MUHAMMAD ALIF BIN RANI
3. NIZAMUDDIN ZIKRY BIN ZAILANI
DISEDIAKAN UNTUK: ABDUL GHANI BIN JUSOH
ISI KANDUNGAN
i. PERHARGAAN
ii. PENDAHULUAN
iii. Definisi Akhlak
iv. Definisi Zina
v. Mengapa berlakunya zina
vi. Cara menangani tingkah laku seksual
vii. Definisi penggunaan bahan terlarang
viii. Kesan penggunaan bahan terlarang
ix. Definisi rasuah
x. Kesan rasuah
xi. kesimpulan
PERHARGAAN
Bersyukur terhadap ilahi kerana dengan izin-nya kami
sekumpulan telah dapat menyiapkan E-FOLIO yang penting bagi kami
kerana ianya salah satu kerja khusus dalam subjek pengajian islam.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada yang telah banyak
membantu kami dalam menyiapkan E-FOLIO ini. Pertama sekali, kami
amat berterima kasih terhadap ABDUL GHANI BIN JUSOH selaku
pensyarah kami yang telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada
kami dalam menyiapkan E-FOLIO ini. Tidak lupa juga kepada rakan-
rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus dalam
menyiapkan kerja ini. Akhir sekali, kami juga amat berterima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara tidak langsung dalam
menyiapkan E-FOLIO ini.
PENDAHULUAN
Akhlak merupakan suatu asas yang utama dalam ajaran
Islam. Manusia dituntut untuk berakhlak mulia berbanding dengan
makhluk Allah (SWT) yang lain. Ini kerana manusia mempunyai
pancaindera dan akal berupaya untuk memilih, menilai dan
membandingkan antara perbuatan yang baik, buruk dan salah dalam
kehidupan. Kedatangan Rasulullah (SAW) dengan misi utama untuk
mengajak manusia ke arah ketakwaan dan berakhlak mulia. Islam
melihat Rasulullah (SAW) sebagai suri teladan untuk seluruh umat
manusia mengajar akhlak yang mulia secara teori dan praktis
DEFINISI AKHLAK
Perkataan akhlak dalam bahasa Melayu berasal dari bahasa Arab,
“akhlaq.” Umat Islam sekarang sering menggunakannya di samping istilah
lain yang berkaitan, iaitu moral,etika tata Susila dan budi pekerti.
Dari segi bahasa perkataan akhlak berasal dari bahasa Arab, “akhlaq,”
iaitu kata jamak untuk perkataan “khuluq,” yang bermaksud “budi pekerti,
perangai, tingkah laku atau tabiat.”
akhlak dapat dikatakan terwujudnya tingkah laku dengan ada gerak laku
dari pencipta, maka terwujud yang dicipta. Dengan kata lain antara kata akhlak
dan khuluk dalam bahasa Arab yang mempunyai asal kata kerja yang sama
adanya hubungan yang erat antara istilah-istilah tersebut.
Menurut Ibn Miskawayh, akhlak adalah “sesuatu keadaan jiwa (hal al-
nafs). Keadaan ini menyebabkan jiwa bertindak tanpa dipikir atau
dipertimbangkan secara mendalam.” Manakala menurut Ibn Sina, pengertian
akhlak adalah “Akhlak … adalah getaran yang terjadi dalam jiwa yang
berperasaan ... akhlak adalah suatu pembawaan yang lahir dari dalam jiwa
yang gampang menampakkan sesuatu gerakan.” Menurut al-Ghazali pula ,
akhlak ialah “suatu sikap (hay’ah) yang mengakar dalam jiwa yang darinya
lahir berbagai perbuatan dengan cara mudah dan senang, tanpa perlu kepada
pemikiran dan pertimbangan.
DEFINISI ZINA
Perbuatan menghampiri zina yang dimaksudkan bermula dengan pandangan
(mata) yang membangkitkan nafsu syahwat sehingga ke hati. Islam menggariskan
tingkah laku membawa perzinaan yang dicetuskan pancaindera adalah seperti
berikut:
i. . Anggota- pegang,raba, dedah,sentuh,jalan
ii. . Mulut- kucup, cakap, pujuk, goda
iii. . Mata- intai, lihat & kenyit iv
iv. . Telinga- dengar, intip v
v. . Hidung- cium
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
… dan jangan kamu mendekati zina, kerana bahawasanya ada ia kejahatan yang
sangat keji dan sejahat-jahat jalan.
(Surah al-Isra’: 32)
- Penzinaan lelaki dan perempuan di tempat-tempat sunyi akhirnya membawa
kepada gejala buruk yang akan merosakkan masyarakat.
- Semua bentuk hubungan kelamin yang menyimpang dari ajaran agama Islam
dianggap zina.
MENGAPA BERLAKUNYA ZINA
i. Hati yang Kotor dan Rosak
• , pelajar yang mempunyai hati yang kotor, rosak, keras membatu
dan akhirnya tertutup hatinya untuk menerima petunjuk dan
hidayah Allah swt, sebaliknya gemar melakukan sifat-sifat tercela
melibatkan pergaulan sosial yang bebas dan hubungan seks
tanpa perkahwinan.
ii. Manusia Yang Bertindak Mengikut Hawa Nafsu
• Manusia yang bertindak mengikut hawa nafsu sanggup
merendahkan martabatnya sebagai seorang khalifah bagi
memenuhinya dengan pelbagai cara dan bertindak rakus seperti
memuaskan nafsu seksual, memuaskan nafsu makan,
memuaskan nafsu mengumpul harta, suka dengan pujian, dan
sebagainya.
iii. Perbuatan Anggota Badan Manusia Yang
Menurut Nafsu Seksual
• Mata – Merenung perempuan dengan berahi, memandang
perempuan
• berpakaian seksi (baju ketat, singkat dan jarang), terpesona
memandang
• perempuan untuk kali kedua.
• 2. Muka - Bersolek hingga meningkatkan syahwat lelaki
• 3. Tangan – Melancap, Menyentuh tubuh pasangan
lelaki/perempuan.
• 4. Mulut - Bercium dengan perempuan, berbual hingga
menaikkan syahwat
• 5. Kemaluan – Memasukkan zakar ke dalam faraj perempuan
(berzina)
• 6. Kaki - Berjalan ke tempat membeli vcd lucah, berjalan ke pub/
disko
• 7.Anggota tubuh - Sengaja mempamerkan bentuk tubuh spt buah
dada, paha,
• betis, punggung untuk kelihatan seksi, memakai minyak wangi
hingga
• meningkatkan shahwat lelaki/perempuan, membonceng
motorsikal teman lelaki
• 8. Pakaian - Sengaja mempamerkan pakaian ketat, singkat, dan
jarang untuk
• kelihatan seksi dan menggoda
Cara Menangani Tingkah laku Seksual
I. Merawat dan Memelihara
• Hati yang bersih dan jernih adalah hati yang selalu ingat kepada
Allah swt, setiap saat melakukan komunikasi dengan Allah,
sehingga selalu berada dalam bimbingan dan hidayah-Nya. Mata,
hati dan tubuh manusia sentiasa dibimbing oleh hati untuk selalu
memandang, mendengar dan menerima nasihat dan petunjuk
dari Allah dengan hati yang terbuka.
Beberapa cara untuk menjaga dan merawat hati supaya bersih
adalah:
1. Selalu ingat pada Allah dimanapun kita berada
2. Selalu memuji kebesaranNya
3. Mengambil wuduk jika mengalami tuntutan nafsu
4. Segera memohon keampunan atas kesilapan dan dosa yang
lepas
5. Selalu berzikir untuk mensucikanNya
6. Selalu memohon perlindungan dari godaaan syaitan dan tipu
daya dunia
yang melalaikan
7. Selalu mohon bimbingan dan tutunan Allah dalam menjalani
kehidupan
8. Selalu membaca dan mendengar ayat-ayat suci Al -Qur’an
dan mentadabburinya setiap hari
II. Perbuatan Nahi Mungkar
1. Diri Sendiri
a. Elakkan hidup suka berfoya-foya
b. Elakkan bersendirian kerana boleh mendorong seseorang
berkhayal
c. Elakkan membaca novel romantis atau menghairahkan
d. Elakkan menerima wang saku yang banyak daripada ibu
bapa kerana dikhuatiri digunakan untuk menonton wayang,
gambar lucah dan sebagainya.
2. Rakan Sebaya – Elakkan berkawan dengan rakan yang
rosak akhlak dan
gemar melakukan perbuatan yang merugikan atau sia-sia.
Definisi Penggunaan barang terlarang
Penyalahgunaan bahan, juga dikenali sebagai salahguna dadah,
adalah corak penggunaan sesuatu bahan (dadah) di mana pengguna
menggunakan bahan itu dalam jumlah atau dengan kaedah-kaedah yang
merbahaya kepada diri mereka sendiri atau orang lain.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Tiap-tiap yang memabukkan itu khamar (arak) dan semua yang
memabukkan itu haram. Dan siapa yang minum khamar di dunia
sehingga mati belum bertaubat maka tidak akan dapat minum khamar
(arak) di akhirat
(HR. Abul Laits)
- Selain daripada isu homoseksual, masyarakat Islam kini turut
berdepan dengan masalah penggunaan barang terlarang seperti minum
arak, penyalahgunaan najis dadah, pil khayal dan menghidu gam.
- Pengambilan bahan yang kotor, jijik dan keji ini adalah ditegah sama
sekali kerana ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan mental dan
spiritual. Secara tidak langsung, ia akan menpengaruhi kesempurnaan
amal ibadat seseorang.
Kesan Penggunaan Bahan Terlarang
i. Kompilasi kesihatan
• Penggunaan dadah dan arak memberi impak terhadap kesihatan
seseorang. Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan kadar
jantung yang tidak normal dan boleh berlakunya serangan
jantung. Manakala suntikan dadah boleh menyebabkan saraf
rosak dan jankitan di paru-paru.
ii. Jangkitan
• Persetubuhan tanpa sebarang perlindungan amat bahaya kerana
boleh meningkatkan kemungkian penyakit kelamin dalam
keadaan anda mengambil bahan terlarang. Berkongsi jarum juga
boleh menyebabkan anda dijangkiti penyakit seperti hepatitis
C,Hepatitis B dan HIV
iii. MASALAH KEWANGAN
• Arak dan dadah sangat mahal,terutama jika yang kerap
menggunakannya. Perkara ini juga akan memberikan impak
besar kepada kerja dan kerjaya anda. Isu undang-undang yang
melibatkan penggunaan dadh akan meningkan bil tanggungan
anda juga
Definisi Rasuah,
- Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab, al-risywah.
- Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil iaitu
meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan
memeras ugut.
- Pemberian sesuatu hadiah seperti wang, hamper atau barangan
keperluan kepada seseorang yang mempunyai kuasa tertentu dengan
tujuan yang tertentu dinamakan rasuah.
- hadiah yang dihulurkan bertujuan kerana cinta dan kasih, dengan
tujuan bantu-membantu dan sebagai rakan yang dapat berkongsi suka
dan duka bersama-sama tanpa ada niat di sebaliknya dinamakan
sebagai hadiah.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan janganlah kamu makan harta orang lain antara kamu dengan jalan
yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi
rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak makan (atau mengambil)
harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui
(salahnya).
(Surah al-Baqarah: 188)
- Selain daripada gejala yang disebutkan sebelum ini- , kebanyakannya
melibatkan golongan remaja, jangan pula kita alpa bahawa terdapat
juga keruntuhan akhlak dalam kalangan golongan profesional. Sebagai
contoh, anda boleh melihat menularnya masalah rasuah, berdusta dan
fitnah
Kesan rasuah,
1. Melumpuhkan fungsi perjalanan sesebuah organisasi
• Dengan adanya kegiatan rasuah,tiada dapat mengagak tindakan seseorang
itu .kegiatan ini akan menghakis kepercayaan orang awam terhadap
pemimpin negara kita.
2. Pentadbiran negara menjadi kucar-kacir.
• Rasuah menyebabkan masalah seperti kemerosotan ekonomi,pengabaian
masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan
pentadbiran negara seperti yang telah berlaku di filipina yang mencatatkan
kerajaan presiden marcos dari tampuk kepimpinan yang disebabkan amalan
rasuah
3. Tumpuan pelaburan dan pembangunan tidak seimbang.
• Rasuah mewujudkan golongan masyarakat yang terpaksa
menanggung kesan buruk. Tumpuan pembangunan dan pelaburan
berpusu ke sektor tertentu. Ini wjud kerana bukan kerana sektor
ini mempnyai permintaan dan keuntungan yang tinggi tetapi
kerana rasuah.
Kesimpulan
Akhlak merupakan salah satu unsur dalam ajaran Islam.
Meskipun mempunyai ruanglingkup kajian tersendiri, namun
akhlak tidak dapat dipisahkan dengan unsur ajaran Islam yang
lainnya, yakni , Aqidah dan Syari'ah. Mata kuliah akhlak ini
sering disebut dengan ihsan.yakni ilmu yang membicarakan
masalah perangai, tatakrama atau budi pekerti, tabiat dan adat
kebiasaan manusia di dalam bersikap dan berperilaku yang
berlandaskan pada keimanan kepada Allah Swt. Akhlak dalam
Islam mempunyai dimensi yang luas dan lengkap (konperhensif)
mengarahkan manusia dalam berinteraksi baik antara manusia
dengan Tuhannya, manusia dengan sesamanya dan manusia
dengan makhluk-makhluk lainnya. bahkan manusia dengan hati
nuraninya send