The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulhaimi79, 2022-11-23 08:29:36

9 BAB 9 Salinan Guru T4 BM

9 BAB 9 Salinan Guru

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

BAB 9

Nutrisi dan Sistem
Pencernaan
Manusia

“Wahai orang-orang yang beriman,
makanlah dari rezeki yang baik yang

Kami berikan kepadamu dan
bersyukurlah kepada Allah, jika

kamu benar-benar hanya
menyembah kepada-Nya”

(Q.S Al-Baqarah: 172)

135

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

9.1 SISTEM PENCERNAAN
Struktur Sistem Pencernaan Manusia

Sistem pencernaan manusia terdiri daripada salur alimentari yang panjang dan

berotot

Bermula dari mulut hingga ke dubur

Bahagian-bahagian dalam salur alimentari ialah; Flow
map

Mulut Esofagus Perut

Dubur Usus besar Usus kecil

Organ lain sistem pencernaan ialah hati, pundi hempedu dan pankreas
Kelenjar liur, kelenjar gaster dan kelenjar usus merembeskan jus pencernaan ke dalam
alur alimentari

Mulut A C Esogagus
Kelenjar liur B D Perut

Hati E G Usus kecil
Pundi hempedu F I Dubur

Usus besar H 136

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

9.2 PENCERNAAN
Jenis Pencernaan

1. Proses penguraian butiran makanan besar dan kompleks kepada butiran kecil yang
ringkas

2. Supaya terlarut dan mudah diserap
3. Terdiri daripada dua bahagian;

Jenis pencernaan Pencernaan fizikal Pencernaan kimia
Penerangan
Pemecahan makanan secara Proses penguraian molekul
Proses terlibat mekanikal untuk membentuk kompleks menjadi molekul
butiran yang kecil ringkas

Pengunyahan dan peristalsis Tindakan enzim

Pencernaan Karbohidrat Dalam Mulut

1. Proses pencernaan bermula di dalam mulut
2. Kehadiran makanan di dalam mulut merangsang perembesan air liur oleh kelenjar liur.
3. Air liur mengandungi enzim amilase air liur yang menghidrolisis kanji menjadi maltosa

Amilase air liur Maltosa

Kanji + Air

4. pH air liur berada dalam julat 6.5–7.5
5. pH optimum untuk amilase air liur bertindak dengan kadar maksimum
6. Air liur membantu makanan membentuk bolus dan menjadikannya lebih mudah untuk

ditelan
7. Epiglotis akan menutup bukaan trakea semasa menelan
8. Mengelakkan makanan dari memasuki trakea
9. Bolus makanan digerakkan secara peristalsis dalam esofagus
10. Peristalsis ialah tindakan pengecutan dan pengenduran otot secara beritma di

sepanjang salur alimentari
11. Peristalsis menolak bolus melalui esofagus sehingga memasuki perut

137

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

Otot dinding esofagus Otot dinding esofagus
mengecut mengecut

Otot dinding esofagus Otot dinding esofagus
mengendur mengendur

Digestion of Protein in The Stomach
Pencernaan Protein Dalam Perut

1. Surface of the stomach wall is lined with epithelial cells
Permukaan dalam dinding perut dilapisi oleh sel epitelium

2. Have undergone adaptations to form gastric glands
Mengalami pengubahsuaian untuk membentuk kelenjar gaster

3. These epithelial cells consist of;
Sel-sel epitelium ini terdiri daripada;

Sel epitelium Fungsi Penerangan
1. Sel utama Merembeskan pepsinogen
Pepsinogen ialah enzim tidak aktif
Protein + Air Pepsin Diaktifkan oleh asid hidroklorik untuk
Polipeptida menjadi enzim pepsin
Enzim pepsin menghidrolisis protein
2. Sel parietal Merembeskan asid hidroklorik menjadi polipeptida

3. Sel mukus Merembeskan mukus Menyediakan medium dengan pH
yang optimumi (pH 1.5–2.0) untuk
tindakan enzim pepsin
Menghentikan tindakan enzim
amilase air liur
Membunuh bakteria dalam makanan

Melindungi dinding perut daripada
tindakan asid hidroklorik dan enzim
pencernaan.

138

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

J Sel mukus

Perut K Sel parietal

L
Sel utama

Kelenjar gastrik

4. Makanan dalam perut bercampur dengan jus gaster yang terdiri daripada asid hidroklorik
dan enzim pepsin

5. Makanan digaul oleh tindakan peristalsis otot dinding perut selama beberapa jam.
6. Kandungan dalam perut akhirnya bertukar kepada bentuk separa cair yang disebut kim
7. Kim akan memasuki duodenum dengan perlahan-lahan apabila otot sfinkter mengendur

Pencernaan Karbohidrat, Protein Dan Lipid Dalam Usus Kecil

1. Usus kecil terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum
2. Duodenum ialah bahagian pertama usus kecil yang menerima kim daripada perut
3. Duodenum juga menerima;

Hempedu yang dihasilkan oleh hati
Jus pankreas yang dirembeskan oleh pankreas

Hati J N Perut
Pundi hemepedu K

L M Pankreas
Duodenum 139

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

Pankreas

1. Pankreas merembeskan enzim;
Amilase pankreas
Tripsin
Lipase

2. Melalui duktus pankreas ke dalam duodenum

Hati

1. Menghasilkan hempedu
2. Hempedu disimpan dalam pundi hempedu.
3. Hempedu disalur ke duodenum melalui ductus hempedu.
4. Fungsi hempedu;

Meneutralkan kim yang berasid
Menyediakan keadaan beralkali (pH 7.6–8.6) untuk tindakan enzim dalam
duodenum
Mengemulsikan lipid dengan memecahkan lipid kepada titisan-titisan halus
 Bagi menambahkan luas permukaan untuk meningkatkan tindakan lipase

Pengemulsian lipid

Molekul hempedu

Molekul lipis Titisan kecil lipid

140

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

Duodenum
1. Amilase pankreas menghidrolisis kanji kepada maltosa

Kanji + Air Amilase pankreas Maltosa

2. Tripsin menghidrolisis polipeptida menjadi peptida yang lebih pendek

Polipeptida + Air Tripsin
Peptida

3. Lipase menghidrolisis lipid kepada asid lemak dan gliserol

Lipid + Air Lipase
Asid lemak + Gliserol

Ileum
1. Kelenjar pada dinding ileum merembeskan mukus dan jus usus
2. Jus usus mengandungi enzim-enzim maltase, sukrase, laktase, lipase dan erepsin.
3. Medium beralkali dalam ileum membolehkan enzim-enzim bertindak secara optimum

Pencernaan Karbohidrat

1. Maltase menghidrolisis maltosa kepada glukosa

Maltosa + Air Maltase

Glukosa + Glukosa

2. Sukrase menghidrolisis sukrosa kepada glukosa dan fruktosa

Sucrosa + Air Sucrase
Glukosa + Frukosa

3. Laktase menghidrolisis laktosa kepada glukosa dan galaktosa

Lactosa + Air Lactase
Glucosa + Galaktosa

141

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

Pencernaan Lipid

1. Lipase menghidrolisis lipid kepada asid lemak dan gliserol

Lipid + Air Lipase
Asid lemak + Gliserol

Pencernaan Protein

1. Erepsin menghidrolisis peptida kepada asid amino

Peptida + Air Erepsin Asid amino

9.3 PENYERAPAN
Ciri Penyesuaian Ileum Penyerapan Makanan Tercerna

Panjang hampir 6 meter 1
Meningkatkan tempoh
penyerapan nutrient

Lapisan dalam yang berlipat- 2 3 Dilitupi oleh banyak vilus
lipat
Meningkatkan luas permukaan
Meningkatkan luas untuk meningkatkan kadar
permukaan untuk penyerapan nutrient
meningkatkan kadar
penyerapan nutrient

142

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

Ciri Penyesuaian Vilus Dalam Penyerapan Makanan Tercerna

Mempunyai banyak mikrovilus Diperkaya dengan jaringan kapilari
darah
Meningkatkan luas permukaan
untuk meningkatkan kadar Memudahkan pengangkutan hasil
penyerapan nutrient pencernaan ke seluruh badan.
1
3
2 Mempunyai lakteal
4 Mengangkut titisan asid
lemak dan gliserol.
Setebal satu sel
5
Mempercepatkan
penyerapan nutrien.

6 Mempunyai sel goblet
Merembes mukus yang
Mempunyai kelenjar usus membantu pencernaan
Merembes jus usus yang
mengandungi enzim pencernaan

Penyerapan Makanan Tercerna LAKTEAL
Molekul larut lipid
KAPILARI DARAH
Molekul larut air Asid lemak
Gliserol
Glukosa Vitamin A, D, E dan K
Asid amino
Vitamin B dan C 1. Asid lemak dan gliserol berpadu
semula

2. Melalui proses kondensas
3. Membentuk titisan halus lipid di

dalam sel epitelium

143

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

Makanan tercerna Diserap melalui Cara penyerapan

Fruktosa Sel epitelium ke dalam Resapan berbantu
Glukosa dan galaktosa kapilari darah Pengangkutan aktif
Asid amino Pengangkutan aktif
Vitamin B dan C Sel epitelium ke dalam Diserap bersama air
Air lakteal Osmosis
Asid lemak dan gliserol Resapan ringkas
Vitamin A, D, E, K Resapan ringkas

Penyerapan Alkohol Dan Dadah

1. Alkohol adalah molekul yang kecil
2. Diserap merentasi sel epitelium ke dalam kapilari darah secara resapan ringkas
3. Dadah adakahmmolekul yang besar
4. Diserap merentasi sel epitelium ke dalam kapilari darah secara resapan berbantu

9.4 ASIMILASI

Peranan sistem peredaran

1. Sistem peredaran manusia terdiri daripada;
Sistem peredaran darah
Sistem limfa

2. Membantu mengangkut nutrien untuk diasimilasikan
3. Proses asimilasi adalah apabila nutrien digunakan untuk membentuk sebatian kompleks

atau komponen struktur
Berlaku di dalam sel

4. Kapilari darah di usus kecil bergabung membentuk vena portal hepar
5. Membawa darah ke hati.
6. Lakteal-lakteal bergabung membentuk salur limfa yang lebih besar dalam rangkaian

sistem limfa
7. Kandungan salur limfa memasuki duktus toraks dan seterusnya mengalir ke dalam vena

sub klavikel kiri
8. Lipid diangkut oleh darah ke semua sel badan.

144

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

Fungsi Hati Dalam Asimilasi Makanan Tercerna

Fungsi Penerangan
Metabolisme makanan tercerna
Menjanakan tenaga
Penyahtoksinan o Glukosa digunakan untuk respisari sel
Penyimpanan nutrien
sintesis protein plasma dan enzim.
Merembeskan hempedu o Menggunakan asid amino

Proses pendeaminaan
o asid amino yang berlebihan ditukar menjadi
urea
o dikumuhkan melalui air kencing.

Sel hati menyingkirkan bahan yang toksik daripada
darah.
Disingkirkan melalui air kencing
Glukosa yang berlebihan ditukarkan kepada glikogen
untuk disimpan
Tempat penyimpanan untuk vitamin larut lemak
seperti vitamin A, D, E, and K
Tempat penyimpanan mineral seperti ferum dan
kuprum
Dirembeskan ke salam duodenum
Membantu pencernaan lipid, protein dan karbohidrat

145

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

Proses Asimilasi Dalam Hati

Asid Amino Glukosa

Hati mensintesis protein plasma dan enzim Glukosa dalam hati digunakan untuk
daripada asid amino.
Asid amino berlebihan akan respirasi sel mengikut keperluan badan

 Melalui proses pendeaminaan Glukosa berlebihan ditukarkan kepada
 Menjadi urea
Hati menukarkan asid amino kepada glikogen
glukosa  disimpan di dalam hati
 Apabila bekalan glukosa tidak
glikogen ditukar kepada glukosa.
mencukupi,  Apabila aras glukosa dalam darah

menurun

glukosa berlebihan ditukar menjadi lemak

 Apabila simpanan glikogen

mencapai tahap maksimum

Proses Asimilasi Dalam Sel

Asid amono Glukosa Lipid

Digunakan untuk Dioksidakan melalui Fosfolipid dan kolesterol
respirasi sel ialah komponen utama
Mensintesis protoplasma  Membebaskan tenaga yang membina membran
 Digunakan untuk plasma.
baharu Lemak yang berlebihan
Membaiki tisu yang rosak. proses sel seperti disimpan dalam tisu adipos
sintesis protein  Terdapat di bawah kulit
Sintesis hormon dan Glukosa berlebihan  Sebagai tenaga
enzim.. disimpan sebagai glikogen
dalam otot. simpanan.
Lemak dioksidakan untuk
Membebaskan tenaga
 Dalam keadaan

kekurangan glukosa,

146

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia
HATI
Respirasi sel

SEL BADAN

sintesis protein

plasma dan Sintesis
protoplasma
Asid enzim (dalam sel)

Glikogen Berlebihan amino Berlebihan
disimpan
Urea

Glukosa

vena portal Dikumuhkan Sintesis
hepar oleh ginjal membran

plasma

Gluckosa Asid amino Lipid

Asid lemak + Gliserol

Karbohidrat Protein Lipid

9.5 PENYAHTINJAAN
Fungsi Usus besar

1. Makanan yang tidak tercerna, sel yang mati, sel epitelium, serat dan air memasuki
usus besar
Selepas penyerapan nutrien di ileum selesai,

2. Bergerak dengan perlahan melalui tindakan peristalsis
3. Serat terdiri daripada selulosa dinding sel tumbuhan
4. Usus besar menjalankan dua fungsi utama;

Penyerapan air dan vitamin
Pembentukan tinja

147

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

Penyerapan Air Dan Vitamin

1. Bahan yang diserap ialah;
Air dan garam mineral
Hasil sampingan metabolisme sesetengah bakteria, misalnya, vitamin B, K dan
asid folik

Pembentukan Tinja

1. Sisa yang tinggal berupa separa pepejal setelah air diserap
Disebut tinja

2. Tinja mengandungi sel-sel mati daripada lapisan dalam usus, bahan buangan seperti
pigmen hempedu, bakteria dan bahan toksik.

3. Dinding usus besar merembeskan mukus
Melicinkan pergerakan tinja sehingga ke dubur

4. Tinja akan terus dikumpulkan dalam rektum sehingga tekanan dalam rektum meningkat
5. Menyebabkan keinginan untuk menyingkirkan tinja dari badan.
6. Otot-otot rektum mengecut untuk mengeluarkan tinja dari dubu
7. Proses ini disebut penyahtinjaan.

Dinding usus brsar 2
merembeskan mukus

Air diserap 1
Tinja terbentuk

3
Tinja berkumpul di rektum

1. Bakteria dalam usus besar mencernakan makanan tidak tercerna dari ileum
2. Untuk menghasilkan vitamin B, vitamin K dan asid folik
3. Pengambilan dos yang berlebihan antibiotik akan memusnahkan populasi bakteria di

sdalam usus besar
4. Mengurangkan penyerapan hasil sampingan bakteria seperti vitamin B, vitamin K dan asid

folik

148

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

9.6 GIZI SEIMBANG

Nilai Tenaga Dalam Sampel Makanan

1. Gizi seimbang merujuk kepada gizi yang mengandungi kesemua tujuh kelas makanan
(karbohidrat, lipid, protein, vitamin, garam mineral, serat dan air)

2. Dalam kadar yang betul dan kuantiti yang seimbang
3. Mengikut keperluan seseorang individu
4. Untuk mengekalkan kesihatan yang optimum

Nilai Tenaga

1. Jumlah tenaga yang dibebaskan apabila satu gram makanan dioksidakan dengan
lengkap.

2. Nilai tenaga dalam makanan boleh diukur dalam bentuk tenaga haba
Dalam unit kilojoule per gram (kJ g-1).
Unit lain bagi tenaga haba ialah kalori.

3. 1 kalori atau 4.2 joule ditakrifkan sebagai kuantiti tenaga haba yang diperlukan untuk
menaikkan suhu 1 gram air sebanyak 1 darjah Celsius (ºC) pada tekanan 1 atmosfera

Nilai tenaga = Jisim air (g) x 4.2 J g-1 0C-1 × Peningkatan suhu air (°C))
Jisim sampel makanan (g) × 1000

Pengubahsuaian Diet Bagi Individu Tertentu

1. Gizi seimbang bagi setiap individu berubah mengikut;
Gaya hidup
Keadaan kesihatan
Keperluan nutrien khusus

2. Setiap individu perlu membuat pilihan bijak berdasarkan
panduan pemakanan

3. Cadangan keperluan nutrien boleh berpandukan kepada
Pinggan Sihat Malaysia.
Menggambarkan kuantiti relatif pelbagai kelas makanan dalam gizi seimbang

4. Pengambilan makanan berlebihan yang juga kaya dengan lemak tepu boleh
menyebabkan masalah kesihatan seperti obesiti dan penyakit kardiovaskular.

149

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

Obesity

1. Kurangkan pengambilan karbohidrat dan lemak
Mengelakkan dari mengalami diabetes melitus

2. Mengurangkan pengambilan lemak tepu dan kolesterol
Mengelakkan dari mengalami penyakit kardiovaskular
Seperti athrosklerosis dan hipertensi
Boleh menyebabkan serangan jantung (infarksi miokardium) atau strok

3. Meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran
Untuk mengekalkan kesihatan badan

4. Mengurangkan penambilan garam
Mengelakkan dari mengalami hipertensi

Diabetes Melitus

1. Kurangkan pengambilan karbohidrat dan lemak
Mengawal atur kepekatan glukosa dalam darah

2. Meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran
Untuk mengekalkan kesihatan badan

3. Mengurangkan penambilan garam
Mengelakkan dari mengalami hipertensi

Penghidap kanser yang sedang menjalani rawatan kanser

1. Mengambil karbohidrat dan lemak yang cukup
Memastikan mendapat tenaga yang mencukupi

2. Mengurangkan pengambilan lemak tepu dan kolesterol
Mengelakkan dari mengalami penyakit kardiovaskular
Seperti athrosklerosis dan hipertensi
Boleh menyebabkan serangan jantung (infarksi miokardium) atau strok

3. Meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran
Untuk menggalakan sistem imum
Mengurangkan risiko jangkitan

4. Meningkatkan pengambilan protein
Untuk menghasilkan sel yang baharu
Supaya sembuh dengan cepat

5. Mengelakkan megambil makanan yang tinggi dengan pewarna,perisa atau aditif
Mengelakkan pembentukan semula kanser

150

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

9.7 HEALTH ISSUES RELATED TO THE DIGESTIVE SYSTEM AND EATING HABITS

Pengubahsuaian Organ Pencernaan

1. Obesiti boleh dikawal melalui;
Pengurusan diet
Program senaman
Rawatan perubatan(pembedahan)

2. Contoh pembedahan untuk mengurangkan berat badan adalah pintasan gaster

Kesan

Kelebihan Jangka pendek Jangka panjang

Pengurangan saiz perut Refluks asid Pening-pening,
Pencernaan karbohidrat, lipid Mual Aras gula darah rendah
dan protein tidak lengkap Muntah Malnutrisi
Kurang glukosa, asid lemak Esofagus mengembang Ulser perut
dan gliserol diserap ke dalam Risiko jangkitan Masalah penyahtinjaan.
vilus
Berat badan dapat
dikurangkan

Kantung
gastrik

Duodenum

Pintasan bahagian Pintasan bahagian
duodenum perut

Jejunum

Jejunum

151

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

Isu-Isu Kesihatan Berkaitan Penyahtinjaan

1. Serat ialah. Makanan yang paling penting dalam proses penyahtinjaan
2. Pengambilan diet dengan kandungan serat yang tinggi seperti buah-buahan dan sayur-

sayuran dapat memudahkan pergerakan tinja
3. Dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti sembelit, kanser kolon, kanser rektum dan

hemoroid.
4. Antara fungsi serat ialah;

Merangsang peristalsis
Menyerap dan menyingkirkan bahan toksik
Mengawal atur penyerapan glukosa terutamanya bagi pesakit diabetes melitus
Meningkatkan populasi bakteria berfaedah dalam usus besar
5. Pengambilan air yang banyak dapat memastikan;
Tinja sentiasa lembut
Mudah bergerak sepanjang usus besar
Membantu proses penyahtinjaan.

Sembelit Hemoroid
Pergerakan tinja yang terlalu perlahan
menerusi kolon
Lebih banyak air yang diserap ke dalam kolon
Menyebabkan tinja menjadi keras
Menjurus kepada penyahtinjaan yang
menyakitkan

Hemoroid(Buasir)

Tinja yang keras menyebabkan tekanan yang
lebih banyak di rektum dan anus ketika
penyahtinjaan
Menyebabkan vena dalam kusyen vaskular
(tisu lembut) di dalam rektum memebengkak

152

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

Kanser Kolon

Sembelit menyebabkan ttinja berkumpul pada Kanser
rektum
Bahan bertoksik dalam tinja yang karsinogen.
akan mengganggu kitar sel
Pembahagian sel menjadi tidak terkawal dan
menyebabkan kanser kolon

Isu-Isu Kesihatan Berkaitan Tabiat Pemakanan Kesan

Diabetes Melitus Jenis 2. Kegagalan ginjal
Kerap kencing
Sebab Pandangan kabur
1. Pengambilan makanan tinggi dengan karbohidrat Luka lambat sembuh
Susut berat badan
dan lipid dalam jangka masa lama Gangren
2. Menyebabkan pankreas tidak merembeskan

cukup insulin
3. Kurang glukosa diserap ke dalam sel
4. Tinggi kepekatan glukosa dalam plasma darah
5. Dikenali sebagai hiperglisemia
6. Sebahagian glukosa dikumuhkan bersama air

kencing

153

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

Gastritis

1. Keradangan dan kakisan lapisan epitelium perut oleh jus gaster
Apabila tiada makanan dalam perut

2. Gastritis yang tidak dirawat akan mengakibatkan ulser gaster

Akibat Penerangan
1. Makan pada masa yang tidak tentu
Ketiadaan makanan menyebabkan jus gastrik
dan kuantiti yang berbeza-beza menghakis lapisan perut

2. Pengambilan alkohol yang berlebihan Alkohol meradangkan juga boleh menghakis
bahagian lapisan perut
Lapisan perut lebih terdedah kepada jus
pencernaan yang berasid

3. Pengambilan ubat penahan sakit Panahan sakit seperti aspirin akan
yang berlebihan mengurangkan rembesan mukus
Lapisan perut lebih terdedah kepada jus
pencernaan yang berasid

4. Jangkitan bakteria seperti Jangkitan akan mengurangkan rembesan
Helicobacter pylori mukus

Perut sihat Gastritis Ulser gester

154

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

Obesiti

1. Penyimpanan tenaga yang berlebihan dalam bentuk lemak
2. Disebabkan oleh ketidak seimbangan antara pengambilan makanan dan penggunaan

tenaga
3. BMI individu obes adalah lebih dari 30
4. Disebabkan pengambilan makanan tinggi dengan lipid dan kolesterol untuk jangka masa

yang lama
5. Lipid akan terenap pada dinding arteri
6. Menyebabkan salur arteri menjadi sempit
7. Dikenali sebagai arterosklerosis
8. Boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular seperti;

Serangan jantung
Hipertensi
Strok
Stroke
9. Obesiti boleh diatasi melalui;
Mengamalkan diet seimbang
Kerap melakukan senaman

Arteri sihat Arteri sempit

155

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

Refluks Asid

1. Merujuk kepada Gastroesophageal reflux disease (GERD)
2. Individu mengalami kesakitan seperti terbakar pada bahagian bawah dada
3. Dikenali sebagai pedih ulu hati
4. Berlaku disebabkan asid perut mengalir semula ke atas memasuki esofagus

Kerana sfinkter terbuka
5. Refluks asid boleh menyebabkan keradangan pada lapisan esofagus
6. Disebabkan oleh;

Makan terlalu banyak atau berbaring sejurus selepas makan
Mempunyai berat badan berlebihan atau obesity
Mengambil kudapan sebelum tidur
Mengambil makan yang pedas atau berlemak
7. Boleh dirawat dengan mengambil antasid untuk meneutralkan asid perut

Sfinkter Sfinkter
tertutup terbuka

Individu sihat Individu GERD

Bulimia Nervosa

1. Individu taksub dengan pengawalan berat badan
2. Mereka akan makan dengan banyak
3. Memuntahkannya semula atau mengambil laksatif yang menyebabkan cirit-birit
4. Pesakit akan mengalami;

Penyahhidratan
Masalah nutrisi
Penyakit kardiovaskular
Kerosakan ginjal

156

Sirrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

Anorexia Nervosa

1. Lazimnya berlaku dalam kalangan remaja perempuan yang
sering taksub dengan berat badan

2. Mengalami ganguan psikologi terhadap imej badan yang
beranggapan mereka adalah gemuk

3. Penghidap anoreksia akan mengelak daripada makan untuk
mencapai berat badan idaman

4. Mengalami masalah
Gangguan psikologi
Masalah kekurangan nutrien
 Kerana fungsi normal sistem pencernaan terjejas.

Dismorfia Otot.

1. Individu yang merasakan diri mereka bersaiz kecil dan tidak
cukup pertumbuhan

2. Mereka akan mengamalkan angkat berat, menjalani latihan
lasak dan bersenam secara berlebihan

3. Sesetengah mereka mengambil steroid atau suplemen pembina
otot
.Boleh mengakibatkan kegagalan ginjal

Pika

1. Mempunyai kecenderungan makan bahan yang tidak
mengandungi nilai nutrisi seperti tanah atai cat

2. Terdapat individu yang mengalami pika makan bahan yang
tidak berbahaya seperti ais

3. Sesetengah mungkin makan bahan yang berbahaya seperti
empingan cat yang kering atau serpihan logam

4. Boleh menyebabkan kesan yang buruk seperti keracunan
plumbum

5. Kerap berlaku di kalangan kanak-kanak, wanita menggandung
atau individu yang mengalami masalah mental.

157


Click to View FlipBook Version