Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
BAB 9
Ekosistem
“Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga
menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya
benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk
dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya
juga kamu makan”
Surah Al-Nahl: Ayat 10
121
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
9.1 KOMUNITI DAN EKOSISTEM
Spesies Populasi Komuniti Ekosistem
Istilah Penerangan
Nic
Peranan sesuatu organisma dalam ekosistem
Habitat
Merangkumi tingkah laku serta interaksinya dengan komponen biosis
dan abiosis di persekitaran habitatnya
Terdiri dari dua komponen;
Nic ekologi - Peranan sesuatu spesies dalam
persekitarannya
Nic spesies - Cara sesuatu spesies berinteraksi dengan
komponen biosis dan abiosis di
persekitarannya.
Contoh;
o Kambing meragut rumput di padang (Nic ekologi)
o Diburu oleh harimau untuk makanan (Nic species)
Persekitaran atau tempat tinggal semula jadi sesuatu organisma
122
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Istilah Penerangan
Spesies
Populasi Sekumpulan organisma yang serupa, boleh saling membiak dan
Komuniti menghasilkan anak
Sekumpulan organisma yang sama spesies dan hidup di habitat yang
Ekosistem sama
semua populasi organisma daripada spesies yang berlainan yang
hidup dalam satu habitat
Saling berinteraksi antara satu sama lain
Beberapa komuniti yang tinggal bersama dalam satu habitat
Saling berinteraksi antara satu sama lain termasuk dengan
komponen bukan hidup (abiosis) seperti air, udara dan tanah
Komponen Biosis dan Abiosis dalam Ekosistem
1. Ekosistem terdiri daripada dua komponen utama;
Komponen biosis - Interaksi organisma dengan organisma lain di dalam
suatu ekosistem
Komponen abiosis - Elemen bukan hidup yang merangkumi ciri fizikal dan
kimia
- Mempengaruhi organisma yang terdapat di dalam
ekosistem
Ekosistem Peta
pokok
Komponen hidup Komponen bukan hidup
Komponen biosis Komponen abiosis
Pengeluar Nilai pH Keamatan cahaya
Pengguna Suhu Kelembapan udara
Pengurai Iklim mikro
Topografi
123
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Komponen Abiosis
Nilai pH
1. Nilai pH tanah sangat mempengaruhi taburan organisma di dalam sesuatu habitat.
2. Kebanyakan organisma sesuai hidup dalam keadaan pH neutral atau hampir neutral.
3. Tanah merupakan habitat bagi beratus-ratus juta cacing serta mikroorganisma seperti
bakteria, kulat dan protozoa
4. Perubahan kecil nilai pH akan menjejaskan aktiviti organisma yang mendiaminya
Mengurangkan kesuburan tanah
Suhu
1. Suhu persekitaran mempengaruhi aktiviti fisiologi tumbuhan dan haiwan
2. Perubahan suhu yang kecil akan menurunkan kadar metabolisme pada organisma
Mengurangkan kadar tindak balas enzim yang memangkinkan gerak balas fisiologi
3. Kebanyakan organisma dapat hidup dalam julat suhu antara 20 oC hingga 40 oC
4. Terdapat juga organisma yang dapat hidup dalam suhu yang ekstrim;
Beruang kutub (Tundra) Rubah (Gurun)
Suhu –14 °C 45 °C pada siang hari
124
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Keamatan Cahaya
1. Keamatan cahaya dan tempoh masa cahaya matahari diterima mempengaruhi taburan
oraganisma
2. Tumbuhan memerlukan cahaya untuk menjalankan fotosintesis.
3. Pokok tinggi yang terdedah kepada keamatan cahaya yang tinggi di kawasan hutan hujan
tropika membentuk kanopi
Menyebabkan rendah keamatan cahaya di bawahnya.
Hanya tumbuhan bersaiz kecil seperti paku pakis boleh hidup di bawah kanopi ini
4. Pokok-pokok di hutan konifer bersaiz kecil dan rendah
Kawasan iklim sederhana menerima keamatan cahaya yang rendah
Mempunyai kepadatan tumbuhan yang kurang.
Hutan konifer Hutan hujan
Topografi
1. Ciri fizikal permukaan bumi
2. Merangkumi;
Altitud
Kecerunan
Aspek
3. Topografi menentukan kelembapan, suhu, dan keamatan cahaya di dalam ekosistem
125
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
1. Altitud Salji
Semakin tinggi altitud, semakin rendah Zon alpain
kelembapan relatif, tekanan atmosfera dan
kandungan oksigen Zon
Tumbuhan yang hidup pada altitud yang sederhana
berbeza mempunyai jenis, saiz dan
kepadatan yang berbeza. Zon hutan
Sebagai contohnya, hujan
o pokok pain yang hidup di altitud
yang lebih tinggi bersaiz lebih kecil
o pokok meranti yang hidup di hutan
hujan tropika bersaiz lebih besar
2. Kecerunan
Lereng bukit yang curam lebih mudah
terhakis akibat pergerakan air deras
Lapisan tanah menjadi lebih nipis dan
kering.
Kawasan ini kurang ditumbuhi pokok
3. Aspek
Merujuk kepada arah tiupan angin dan Laut
sinaran cahaya matahari.
Lereng bukit yang menghadap ke laut lebih
padat dengan tumbuhan berbanding lereng
bukit yang menghadap ke daratan.
Lereng ini mendapat taburan hujan yang
lebih
Lereng yang menerima lebih cahaya
matahari mempunyai tumbuhan yang lebih
padat
126
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Iklim mikro
1. Merujuk kepada keadaaniklim bagi satu kawasan kecil yang berbeza daripada kawasan
di sekitarnya.
2. Berlaku bawah batu atau di bawah rimbunan pohon besar dalam kanopi hutan
3. Bergantung kepada suhu, kelembapan, keamatan cahaya, keseimbangan haba, tekanan
atmosfera, sejatan air serta keupayaan tanih menakung air di kawasan tersebut bagi
mengekalkan kelembapan
Suhu tinggi
Pokok mati
Suhu rendah
Kelembapan udara
1. Kuantiti wap air dalam udara mempengaruhi taburan organisma di dalam sesuatu habitat.
2. Lebih banyak organisma mendiami kawasan yang berkelembapan tinggi
3. Kelembapan udara yang rendah meningkatkan kehilangan air dari stoma melalui
transpirasi.
Meningkatkan penyerapan air dan garam mineral dari dalam tanah
Memberi kesan penyejukan kepada tumbuhan
Mengekalkan suhu optimum tindakan enzim
127
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Nutrisi Autotrof dan Nutrisi Heterotrof
1. Nutrisi ialah cara organisma memperoleh nutrien dan tenaga daripada makanan
2. Nutrien adalah bahan dalam makanan yang membekalkan zat dan tenaga kepada
organisam hidup
3. Terdapat dua jenis nutrisis iaitu;
Nutrisi
Autotrof Heterotroph
Organisma yang boleh Organisma yang tidak boleh
menghasilakn makanan menghasilkan makanan sendiri
sendiri Mendapat tenaga dengan memakan
dan mencernakan bahan organik
Fotosintesis Kimosintesis
Tumbuhan hijau yang Bakteria yang mensintesis sebatian
mensintesiskan bahan organik tanpa menggunakan cahaya
organik yang compleks dari Mendapat tenaga dar pengoksidaan
karbon dioksida dengan bahan tak organik seperti hydrogen
kehadiran cahaya sulfida dan ammonia
Melalui proses fotosintesis
Holozoik Saprotrophic Parasit
Organisma yang memakan Saprotrof ialah organisma Organisma yang menyerap
bahan organik pepejal memperoleh nutrien nutrien daripada perumah.
Kemudian mencernakannya daripada bahan organik Sebagai contohnya, kutu
dan diserap ke dalam badan. yang mati dan mereput. dan cacing pita yang
Contohnya manusia Pencernaan dilakukan di menyerap nutrien daripada
luar badan organisma perumah iaitu manusia
sebelum nutrien diserap ke
dalam badan 128
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Komponen Biosis Mengikut Aras Trof
1. Komponen biosis terdiri daripada organisma yang memerlukan tenaga untuk menjalankan
proses hidup
2. sumber tenaga yang paling utama untuk semua organisma berasal dari matahari.
3. Komponen biosis terdiri daripada tiga kumpulan iaitu;
Pengeluar
Pengguna
Pengurai
4. Aras trof ialah susunan kedudukan organisma yang dihubungkaitkan oleh aliran tenaga dalam
sesuatu rantai makanan
Komponen biotik Penerangan
Pengeluar
Autotrof yang mensintesis bahan organik daripada bahan
Pengguna primer tak organik
Terdiri daripada tumbuhan hijau yang mensintesis glukosa
daripada air dan gas karbon dioksida
Dengan bantuan tenaga daripada cahaya matahari
Herbivor yang memperoleh tenaga dengan makan
pengeluar.
Pengguna sekunder Karnivor yang makan pengguna primer atau omnivor yang
Pengguna tertier makan pengguna primer dan pengeluar
Karnivor yang makan pengguna sekunder
Pengurai Mikroorganisma yang mengurai bahan buangan serta
organisma yang mati atau reput
Menjadi bahan organik yang lebih ringkas
seperti gas karbon dioksida dan ammon
129
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Pengaliran Tenaga dalam Rantai Makanan
1. Organisma di dalam sesebuah ekosistem berinteraksi antara satu sama lain dalam bentuk
hubungan pemakanan
2. Ditunjukkan dalam rantai makanan
3. Rantai makanan ialah satu urutan pemindahan tenaga dari satu aras trof ke aras trof yang
berikutnya
4. Dalam rantaian makanan;
Dimulai dengan pengeluar dan diakhiri dengan pengguna sekunder atau
pengguna tertier
Organisma akan makan organisma daripada araf trof sebelumnya.
Tenaga dipindahkan dari organisma yang dimakan kepada organisma yang
memakannya.
Organisma yang makan organisma lain mendapat tenaga daripada tisu badan
organisma yang dimakan
Tenaga ini dipindahkan kepada organisma apabila makanan dicerna
Diasimilasikan untuk membentuk tisu baharu.
Padi Tikus Ular Burung hantu
Pengeluar Pengguna primer Pengguna sekunder Pengguna tertier
Aras trof pertama Aras trof kedua Aras trof ketiga Aras trof keempat
5. Kebanyakan haiwan makan lebih daripada satu jenis organisma
6. Sebagai contohnya, selain ulat beluncas, burung juga boleh makan belalang dan padi.
7. Burung dapat membentuk beberapa rantai makanan dan menduduki aras trof yang
berbeza
130
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
8. Seekor burung boleh menduduki aras trof kedua sebagai pengguna primer dengan makan
padi
9. Burung yang sama juga boleh menduduki aras trof ketiga sebagai pengguna sekunder
apabila makan belalang
10. Beberapa rantai makanan saling berhubungan untuk membentuk siratan makanan
11. Satu siratan makanan:
Menggambarkan hubungan pemakanan dalam sesebuah komuniti.
Terbentuk daripada beberapa rantai makanan
Organisma dalam semua rantai makanan saling bersandaran antara satu sama
lain dalam aspek pemakanan.
Dimulakan oleh pengeluar yang berfotosintesis dan menukarkan tenaga cahaya
daripada matahari kepada tenaga kimia
Makanan yang dihasilkan disimpan di dalam organ akar, buah, batang atau daun.
Lukiskan rajah siratan makanan yang mengandungi pokok, tikus, burung hantu, katak
ular dan belalang
Nyakan semua rantaian makanan berdasarkan rajah di atas
Pokok Belalang Katak Burung hantu
Pokok Tikus Burung hantu
Pokok Tikus Ular Burung hantu
Pokok Belalang Katak Ular Burung hantu
131
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Piramid Ekologi
1. Rantai makanan dan siratan makanan menggambarkan hubungan pemakanan antara
organisma
2. Berlaku pemindahan tenaga apabila satu organisma makan organisma lain
3. Apabila aras trof meningkat, bilangan individu, biojisim dan jumlah tenaga yang
terkandung dalam setiap individu bagi setiap aras trof akan berubah
4. Kesemua faktor tersebut boleh digambarkan dalam bentuk piramid ekologi
5. Terdiri daripada;
Piramid bilangan
Piramid biojisim
Piramid tenaga
Piramid Bilangan
1. Rajah yang menunjukkan bilangan organisma pada setiap aras trof dalam satu rantai
makanan
2. Bahagian tapak mempunyai bilangan yang paling besar dan merupakan aras trof pertama
3. Mewakili bilangan pengeluar
4. Bahagian piramid seterusnya merupakan aras trof kedua, ketiga dan keempat
5. Mewakili bilangan pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier.
6. Semakin tinggi ke bahagian atas piramid, semakin kurang bilangan organisma dalam
setiap aras dan semakin besar saiz organisma.
Pengguna
tertier
Pengguna
sekunder
Pengguna
primer
Pengeluar
132
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Piramid Biojisim
1. Rajah yang menunjukkan jumlah biojisim per unit kawasan semua organisma dalam setiap
aras trof
2. Biomas adalah jumlah kuantiti atau berat organisma di kawasan tertentu
Diukur dengan menggunakan jisim kering
3. Piramid ini juga menggambarkan biojisim yang boleh dibekalkan kepada organisma dalam
aras trof berikutnya
4. Jumlah biojisim pengeluar yang boleh dimakan oleh pengguna primer adalah lebih tinggi
daripada biojisim pengguna primer dalam ekosistem
5. Jumlah biojisim pengguna sekunder adalah lebih rendah daripada pengguna primer. •
6. Semakin tinggi ke bahagian atas piramid, semakin kurang jumlah biojisim per unit
kawasan.
Lukis piramid biojisim yang terdiri daripada Padi, Helang, Tikus dan Ular
400 kg/km2
2100 kg/km2
21000 kg/km2
2.1 x 107 kg/km2
133
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Piramid Bilangan Dan Piramid Biojisim Songsang Piramid Biojisim Songsang
Piramid Bilangan Songsang
Pengguna
tertier
Pengguna
sekunder
Pengguna
primer
Pengeluar
Dijumpai dalam rantaian makanan parasit Selalunya dijumpai dalam ekosistem lautan
Sepohon pokok boleh menyokong Kerana pengeluar adalah sangat kecil dan
pertumbuhan banyak herbivor mempunyai jisim yang terhad
Sebaliknya setiap herbivor menyediakan Mereka juga membiak dan mati dengan
nutrisi kepada beberapa parasit cepat
Setiap parasit boleh membekalkan nutrisi Kurang biojisim pada sesuatu masa
kepada beberapa hiper parasit berbanding dengan pengguna
Piramid tenaga
1. Menunjukkan jumlah tenaga yang ada dalam sesuatu ekosistem
2. Sumber tenaga dalam ekosistem ialah tenaga cahaya dari matahari
3. Diserap oleh tumbuhan hijau untuk menjalankan fotosintesis
Menukarkannya kepada tenaga kimia
4. tenaga akan dipindahkan ke aras trof berikutnya apabila pengguna primer makan
tumbuhan pengeluar
5. hanya 10% tenaga dipindahkan ke aras trof berikutnya
6. 90% tenaga hilang ke persekitaran melalui
134
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Haba (proses respirasi sel)
Proses hidup (pertumbuhan)
Perkumuhan (penyahtinjaan)
7. Organisma yang berada pada aras trof yang lebih rendah mempunyai kandungan tenaga
tersedia yang lebih banyak berbanding organisma pada aras trof yang lebih tinggi
Lukis rajah piramid tenaga yang mengandungi organisma padi, helang, ular dan arnab
Pengguna 0.1% Tenaga dibebaskan
tertier sebagai haba
1.0%
Pengguna
sekunder 10%
Organisma
Pengguna Tenaga 100%
primer
Pengeluar
Kirakan tenaga yang diterima oleh ular
Tenaga yang diterima
dari matahari semasa
fotosintesis
100 000 kJ 90% tenaga 90% tenaga 90% tenaga
hilang hilang hilang
Padi Belalang Katak Ular
10 X 100 000 kJ 10 X 10 000 kJ 10 X 1000 kJ
100 100 100
= 10 000 kJ = 1000 kJ = 100 kJ
135
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Jenis Interaksi antara Komponen Biosis
Peta
pokok
Saprofitisme Simbiosis Pemangsaan Persaingan
Berlaku apabila
Interaksi organisma berlaku apabila Interaksi melibatkan organisma dalam satu
yang mendapat spesies berlainan pemangsa yang habitat bersaing untuk
makanan daripada hidup bersama dan makan mangsa mendapatkan
bahan organik mati. berinteraksi antara keperluan asas seperti
satu sama lain. makanan, air, cahaya
dan pasangan
Mutualisme Komensalisme Parasitisme
Persaingan Persaingan
interspesies intraspesies
Mutualisme
1. Interaksi yang memberikan keuntungan kepada kedua-dua organisma.
2. Sebagai contohnya;
Burung tiung mendapat makanan (kutu) di badan kerbau
Kerbau bebas daripada kutu
136
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Komensalisme
1. Interaksi yang memberikan manfaat kepada salah satu organisma tetapi tidak
memudaratkan organisma yang satu lag
2. Contohnya;
Ikan jerung tidak mendapat apa-apa keuntungan
Remora mendapat makanan daripada sisa makanan ikan jerung
Parasitisme
1. Interaksi yang menguntungkan satu organisma sahaja dan memudaratkan organisma
yang satu lagi
2. Contohnya;
Cacing pita adalah parasit di dalam usus manusia
Menyerap nutrien dan menyebabkan manusia (perumah) kekurangan nutrien
137
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Persaingan
Persaingan interspesies Persaingan intraspesies
1. persaingan antara organisma spesis 1. persaingan antara organisma spesis
yang sama untuk mendapatkan yang berlainan untuk mendapatkan
keperluan asas keperluan asas
2. Contohnya pokok padi bersaing 2. Contohnya pokok padi bersaing dengan
sesama sendiri untuk mendapatkan pokok jagung untuk mendapatkan
cahaya mata hari cahaya mata hari
138
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Ekosistem Paya Bakau
Komponen Abiosis
1. Pokok bakau merupakan tumbuhan tropika yang biasa ditemui di kawasan muara sungai
tempat pertemuan antara lautan dan sungai
2. Tumbuhan ini berjaya menyesuaikan diri dengan komponen abiosis yang ekstrim
Peta
buih
Percambahan biji Terdedah kepada
benih di kawasan ombak dan pasang
pasang surut air
surut air.
Terdedah kepada Komponen Tanah yang lembut,
keamatan cahaya abiosis berselut, berlumpur
matahari yang ekosistem dan kurang
tinggi. paya bakau pengudaraan.
Kandungan garam di Terdedah kepada
dalam tanah yang tiupan angin yang
tinggi dan kepekatan kencang.
oksigen terlarut yang
sangat rendah di
dalam air.
139
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Komponen Abiosis
1. Paya bakau didominasi oleh pokok-pokok bakau sebagai pengeluar
2. Spesies flora dan fauna yang dapat menyesuaikan diri serta menjadikan hutan paya bakau
sebagai habitat
3. Terdapat juga organisma pengurai contohnya bakteria dan kulat
Mengurai organisma mati menjadi nutrien kepada tumbuhan
4. Semua organisma membentuk jaringan makanan
5. Membantu mengekalkan hutan paya bakau dalam keseimbangan dinamik.
Monyet belanda
Belangkas
Komponen Burung bangau
biosis
ekosistem paya
bakau
Pokok bakau
Ikan belacak Ketam
140
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Ciri Penyesuaian Pokok Bakau
Bahagian Ciri penyesuaian
pokok bakau
Daun Mempunyai daun berkutikel tebal serta stoma terbenam yang
• Dapat mengurangkan kadar transpirasi.
Mempunyai daun sukulen
• Dapat menyimpan air
Mempunyai liang hidatod
• Untuk menyingkirkan garam berlebihan.
Daun yang tua dapat menyimpan garam
• Akan gugur apabila kepekatan garam yang disimpan
terlalu banyak
Akar pneumatofor Merupakan unjuran akar pendek dari permukaan tanah
Akar jangkang Untuk pengudaraan di kawasan yang sering ditenggelami air.
Akar banir Membantu pertukaran gas antara akar yang tenggelam
Biji benih vivipariti dengan atmosfera melalui lentisel.
Contoh: Avicennia sp.
Akar tumbuh bercabang daripada bahagian bawah batang
pokok bakau.
Akar mencengkam di dalam tanah dengan kuat untuk
memberi sokongan
Bagi melawan tiupan angin dan ombak yang kuat.
Contoh: Rhizophora sp
merupakan sejenis akar dengan struktur kepingan yang
menebal
menambah luas permukaan dasarnya
Memberikan sokongan pokok yang tumbuh di atas tanah
lembut yang bersempadan dengan daratan.
Contoh: Bruguiera sp
Biji benih bercambah dan tumbuh semasa masih melekat
pada pokok induk.
Membolehkan biji benih yang jatuh tercacak di atas tanah
berlumpur dan tidak dihanyutkan oleh ombak
141
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Pengkolonian dan Sesaran
1. Ekosistem boleh berubah akibat;
Fenomena alam semula - Seperti letusan gunung berapi, gempa bumi dan
jadi kemarau
Aktiviti manusia - Seperti perlombongan
2. Perlombongan boleh mengakibatkan organisma mati atau bermigrasi
3. Setelah satu jangka masa yang panjang, kawasan yang terbiar ini akan dihuni oleh
hidupan lain
4. Dipanggil spesies perintis
Spesies yang mula-mula menduduki suatu kawasan
Belum pernah ditumbuhi oleh spesies lain
5. Pengkolonian adalah proses apabila tumbuhan mula menakluki tempat yang belum
diduduki, membiak dan membentuk koloni di kawasan tersebut
6. Sesaran adalah proses apabila beberapa spesies tumbuhan yang dominan di suatu
habitat perlahan-lahan digantikan oleh spesies lain yang dipanggil penyesar
Pengkolonian dan Sesaran di Paya Bakau
Zon garis pantai Zon tengah Zon belakang
Air pasang
Air surut Sistem akar meluas/ Akar jangkang Akar banir pada
Pneumatofor pada pada Rhizophora Bruguiera sp
Tebing Avicennia sp. dan
berlumpur sp.
Sonneratia sp.
142
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Zon garis pantai
1. Kawasan paling terdedah kepada ombak besar
2. Zon ini ditumbuhi oleh spesies perintis, iaitu pokok Avicennia sp. (pokok api-api) dan
Sonneratia sp. (pokok perepat)
3. Sistem akar yang meluas dan pneumatofor membantu pokok memerangkap lumpur dan
bahan organik yang dibawa oleh air pasang
4. Menyebabkan berlaku pengumpulan lumpur secara beransur-ansur
5. Tanah menjadi lebih tinggi dan padat
6. Tanah tidak sesuai untuk pertumbuhan Avicennia sp. and Sonneratia sp
7. Lebih sesuai untuk pertumbuhan Rhizophora sp.
8. Rhizophora sp. menyesarkan dan mengantikan spesies perintis
Zon tengah
1. Zon tengah terletak di sepanjang sungai berdekatan dengan muara
2. Ditumbuhi oleh pokok Rhizophora sp. (pokok bakau minyak)
3. Mempunyai akar jangkang berselirat
4. Akar memerangkap ranting kayu dan lumpur yang hanyut serta menyekat aliran arus air.
5. Pemerangkapan lumpur menyebabkan pemendapan berlaku dengan lebih pantas
6. Tebing menjadi lebih tinggi dan kering
Kurang dilimpahi air laut semasa air pasang
7. Tanah menjadi kurang sesuai untuk pertumbuhan Rhizophora sp
8. Lebih sesuai untuk Bruguiera sp.
9. Bruguiera sp. menyesarkan dan menggantikan Rhizophora sp
Zon belakang
1. Kawasan terletak jauh ke daratan
2. Tanah menjadi lebih tinggi,keras dan hanya dilimpahi air laut semasa air pasang
3. Ditumbuhi oleh pokok Bruguiera sp. (tumu merah)
4. mempunyai akar banir untuk memerangkap lebih banyak lumpur dan kelodak
5. Proses pemendapan membentuk paya baharu yang mengunjur ke laut
6. Pantai yang lama semakin menjauhi laut
7. Tanah di pantai berubah menjadi daratan serta sesuai untuk pokok daratan seperti
Nypa fruticans dan Pandanus sp
8. Pokok daratan menyesarkan dan menggantikan Bruguiera sp.
143
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Kepentingan Ekosistem Paya Bakau
Kepentingan Penerangan
1. Menjadi penampan semula jad
2. Menjadi tempat perlindungan Mengurangkan kelajuan ombak dan angin yang sampai
ke kawasan pinggir pantai
kepada hidupan akuatik Melindungi hidupan akuatik daripada pemangsa dan
3. Kawasan perlindungan burung pergerakan arus air serta ombak yang kuat
4. Menjana sumber pendapatan
Kawasan perlindungan dan tempat mencari makanan
5. Bahan binaan bagi pelbagai spesies burung yang bermigrasi.
6. Sumber tenaga
7. Sumber makanan Hasil laut seperti ikan, udang, ketam dan siput menjadi
sumber pendapatan
8. Sumber ubat-ubatan Perairan di kawasan paya bakau menyokong industri
sangkar terapung untuk menternak spesies komersial
Kayu bakau juga boleh digunakan untuk membuat
barangan kraf tangan
Kayu bakau boleh digunakan untuk membuat sampan,
perangkap ikan dan kerangka bangunan.
Kayu bakau dibakar di dalam relau untuk menghasilkan
kayu arang
Buah Avicennia sp. boleh dimakan sebagai sayur.
Kekacang pokok Avicennia sp. boleh direbus dan
dimakan
Bunga pokok Avicennia sp. menghasilkan madu.
Buah Sonneratia sp. digunakan dalam pembuatan
bahan minuman.
Buah Nypa sp. boleh dimakan dan air daripada buahnya
boleh digunakan dalam pembuatan cuka dan nira
Kulit pokok Bruguiera sp. digunakan untuk merawat
cirit-birit
144
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
9.2 EKOLOGI POPULASI
Faktor yang Mempengaruhi Taburan Populasi
1. Taburan populasi menunjukkan cara organisma yang sama spesies tersebar di dalam
sesebuah habitat
Faktor Kesan kepada tumbuhan
Suhu
Suhu optimum bagi pertumbuhan tumbuhan adalah antara 25 oC hingga
Air 30 oC
Cahaya Suhu yang tinggi dapat menyebabkan enzim ternyahasli.
pH tanah Proses biokimia dalam tumbuhan akan terganggu, dan;
Kandungan garam
mineral o Merencat pertumbuhan tumbuhan.
o Meningkatkan kadar sejatan air secara transpirasi.
o Menurunkan kadar fotosintesis.
Suhu yang rendah akan mengurangkan aktiviti enzim
Memperlahankan tindak balas biokimia
Air diperlukan untuk aktiviti enzim, fotosintesis serta pengangkutan dan
sokongan dalam tumbuhan herba.
Kawasan gurun, tundra dan kutub mempunyai taburan populasi serta
kepadatan tumbuhan yang rendah.
Cahaya sangat penting untuk proses fotosintesis.
Kawasan yang kurang menerima cahaya mempunyai bilangan
tumbuhan yang sedikit.
pH tanah penting untuk penyerapan nutrien oleh akar.
pH tanah yang terlalu berasid atau beralkali akan menyebabkan
penyerapan nutrien oleh tumbuhan menjadi rendah.
Pertumbuhan pokok akan terjejas kerana kekurangan nutrien
memberikan kesan terhadap penyerapan air secara osmosis oleh akar.
Kandungan garam yang tinggi di dalam tanah menyebabkan tumbuhan
kehilangan air melalui osmosis.
Mineral diperlukan untuk menghasilkan protein, enzim, nukleotida,
vitamin dan sebatian lain
Contohnya, fosforus digunakan untuk membentuk fosfolipid (dalam
pembentukan membran sel).
145
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Faktor Kesan kepada haiwan
Suhu
Air Kawasan yang terdedah pada suhu yang tinggi dalam sesuatu habitat
Tempat membiak kurang diduduki oleh haiwan seperti cacing dan siput.
Haiwan tertumpu ke kawasan yang mempunyai sumber air yang
Bekalan makanan mencukupi untuk minum dan menyejukkan badan.
Tempat membiak yang sesuai dan selamat diperlukan oleh haiwan bagi
melahirkan dan membesarkan anak
Makanan penting untuk kemandirian kerana haiwan ialah heterotrof
yangbergantung kepada tumbuhan dan haiwan lain sebagai makanan
Berkelompok Corak Taburan Populasi Rawak
Sekata
Organisma berkelompok Organisma tersebar di Taburan organisma berada
membentuk kumpulan yang seluruh kawasan yang dalam corak yang bebas di
terpisah. diduduki. dalam sesebuah kawasan.
Disebabkan oleh taburan Melibatkan spesies yang Melibatkan spesies yang
sumber yang tidak sekata di mana setiap individu kurang berinteraksi antara
dalam sesebuah kawasan. bersaing merebut sumber satu individu dengan
yang terhad dalam individu yang lain.
sesebuah kawasan.
146
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Anggaran Saiz Populasi Organisma
1. Dua faktor yang penting untuk kajian dalam ekologi populasi ialah;
Saiz populasi - Bilangan organisma yang terdapat di dalam sesebuah populasi
- Boleh dianggar melalui teknik persampelan rawak
- Kawasan yang diselidiki adalah besar dan data sukar untuk
diperoleh
Kepadatan populasi - Bilangan individu sesuatu spesies per unit keluasan habitat
Teknik Persampelan Kuadrat
1. Untuk menganggarkan saiz populasi tumbuhan daratan atau haiwan yang tidak aktif atau
bergerak dengan amat perlahan
2. Bilangan organisma di dalam kawasan kuadrat merupakan sampel yang mewakili
keseluruhan kawasan yang dikaji
3. Data yang diperoleh daripada semua kuadrat boleh digunakan untuk menganggarkan
populasi kawasan kajian
4. Kuadrat ialah struktur rangka berbentuk segi empat sama yang diperbuat daripada kayu,
besi atau plastik
5. Kuadrat biasanya dipecahkan kepada beberapa bahagian yang sama besar untuk
menganggarkan peratus litupan sesuatu spesies
6. Saiz kuadrat bergantung kepada jenis dan saiz organisma, keluasan kawasan, taburan
serta kepadatan tumbuhan yang hendak dikaji
7. Sebagai contohnya, kuadrat satu meter persegi sesuai untuk menganggarkan populasi
tumbuhan di padang sekolah
8. Teknik persampelan kuadrat dapat menganggarkan frekuensi, kepadatan dan litupan
sesuatu spesies tumbuhan yang dikaji di dalam kawasan kajian
Rangka kuadrat Rangka kuadrat yang dipecahkan
147
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Frekuensi
Kebarangkalian untuk memperoleh individu sesuatu spesies tumbuhan dalam setiap
kuadrat
Frekuensi = Bilangan kuadrat yang mengandungi spesies yang dikaji X 100%
Jumlah bilangan kuadrat yang digunakan
1M
1M Kuadrat kedua = X Kuadrat ketiga = ⁄
Kuadrat pertama = ⁄
Hitungkan frekuensi Mimosa pudica sp.
Frekuensi = 2 X 100%
3
= 67%
Kepadatan
Purata bilangan individu sesuatu spesies per unit luas kawasan kajian.
Jumlah bilangan individu spesies yang dikaji dalam semua kuadrat
Kepadatan = Jumlah bilangan kuadrat yang digunakan X luas satu kuadrat
1M Kuadrat kedua = 0 Kuadrat ketiga = 3
148
1M
Kuadrat pertama = 1
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Hitungkan kepadatan Mimosa pudica sp.
1+3
Kepadatan =
3 x (1m x 1m)
= 1.3 m-2
Peratus litupan
Luas permukaan tanah yang dilitupi oleh pucuk tumbuhan spesies
Peratus Luas kawasan yang diliputi oleh spesies yang dikaji dalam semua kuadrat X 100%
litupan = Jumlah bilangan kuadrat yang digunakan X luas satu kuadrat
Kuadrat pertama = 30 Kuadrat kedua = 45 Kuadrat ketiga = 60
Peratus (30 + 45 + 60)cm2 X 100%
litupan = 3 X (10cm x 10cm)
= 135 cm2 X 100%
300 cm2
= 45%
149
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Kaedah Tangkap-Tanda-Lepas-Tangkap Semula
1. Dapat menganggarkan saiz populasi organisma yang bebas bergerak di dalam kawasan
yang dikaji
2. Seperti musang, ikan yu, siput, ulat gonggok, serangga dan rama-rama
3. Kaedah ini melibatkan beberapa langkah;
Haiwan yang dikaji ditangkap secara rawak di dalam kawasan kajian (habitat
semula jadi)
Bilangan haiwan yang ditangkap dicatatkan
Setiap haiwan yang ditangkap ditanda dengan menggunakan pewarna kuku, cat
atau dakwat india
Haiwan yang telah ditanda, dilepaskan semula ke kawasan kajian yang sama.
Selepas satu jangka masa tertentu, tangkapan kedua dibuat secara rawak di
kawasan kajian yang sama
Jumlah semua haiwan dalam tangkapan kedua, iaitu bilangan haiwan yang
bertanda dan tidak bertanda dicatatkan.
Saiz populasi = Tangkapan pertama X Tangkapan kedua
Tangkapan kedua yang bertanda
150
Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 9: Ekosistem
Sekumpulan pelajar telah menjalankan satu eksperimen untuk menentukan saiz populasi
siput di taman sekolah. Hitungkan saiz populasi siput di taman sekolah
Kawasan Siput ditangkap Bilangan siput
yang ditangkap
Tangkapan X 30
pertama X 25
Taman
sekolah
Tangkapan
kedua
Petunjuk:
Mewakili 5 siput
X Mewakili 5 siput yang bertanda
Saiz populasi = 30 X 25
10
= 75
151