The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulhaimi79, 2022-12-15 10:28:47

9 Bab 8 Salinan Guru F5 BM

9 Bab 8 Salinan Guru

Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

BAB 8

BiodiversitI

“Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang
bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara
mereka menjalar atas perutnya dan sebahagian di

antaranya berjalan dengan dua kaki dan
sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah
menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki (selain

dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Surah AnNuur: Ayat 45

100


Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

8.1 SISTEM PENGELASAN DAN PENAMAAN ORGANISMA
Keperluan Sistem Pengelasan dan Penamaan Organisma

1 Biodiversiti ialah kepelbagaian jenis hidupan seperti mikroorganisma, haiwan atau
tumbuhan

2 Berinteraksi antara satu sama lain
3 Organisma diketegorikan dan dinamakan menggunakan kaedah taksonomi

1. Bidang biologi yang melibatkan pengelasan, pengecaman dan penamaan organisma
mengikut satu sistem yang teratur

4 Taksonomi bertujuan untuk menguruskan bahan, maklumat dan data yang dikumpulkan
5 Menggunakan satu pendekatan yang sistematik dan teratur
6 Memudahkan rujukan dalam komuniti saintifik

Peta
pokok

Kepentingan Sistem Pengelasan Dan
Penamaan Organisma

Memudahkan kajian Memudahkan perbincangan

Sistem Pengelasan Taksonomi

Sistem Penerangan
1. Pengelasan Organisma dikategorikan berdasarkan ciri yang boleh
diperhatikan
2. Pengecaman Berdasarkan sistem hierarki taksonomi.

Organisma dikenal pasti menggunakan kekunci
dikotomi.

3. Penamaan Organisma dinamakan mengikut sistem tatanama
binomial

101


Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

Pengelasan Organisma Eubacteria
Alam Prokariot
Organisma unisel
Archaebacteria Autotrof atau heterotroph
Prokariot Contoh: Salmonella sp.
Organisma unisel
Autotrof atau Heterotroph Fungi
Contoh: Sulfolobus sp. Eukariot
Organisma unisel atau
Protista multisel
Eukariot Heterotrof
Organisma unisel atau Contoh: Cendawan
multisel
Autotrof atau heterotroph
Contoh: Ameoba sp.

Plantae Animalia

Eukariot Eukariot
Organisma multisel Organisma unisel atau
Autotrof multisel
Contoh: Kaktus Heterotrof
Contoh: Burung kelicap

Istilah Bio Sejenis sel yang tidak mempunyai nukleus
Prokariot Terbungkus dalam membran dan organel yang bermembran

Eukariot Mempunyai nukleus dan organel
Dikelilingi oleh membran

102


Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

Ciri Utama Organisma dalam Setiap Alam

Archaebacteria

1. organisma prokariot yang unisel
2. Merupakan bakteria primitive
3. Dinding sel yang tidak mempunyai peptidoglikan
4. Terbahagi kepada tiga kumpulan berdasarkan habitat:

Metanogen:
 bakteria anaerob obligat.
 Dijumpai di kawasan paya dan saluran pencernaan haiwan ruminan serta

manusia.
 Menghasilkan metana sebagai hasil sampingan metabolis
Halofil:
 Dijumpai di kawasan yang sangat masin
 Seperti di Laut Mati.
Termofil:
 Bakteria yang tahan suhu tinggi
 Suhu optimumnya adalah antara 60 °c hingga 80 °c
 Dijumpai di kawasan mata air panas dan berasid
 Seperti di Taman Negara Yellowstone di Amerika Syarikat

Eubacteria

1. Organisma prokariot unisel,
2. Sel bakteria terhimpun membentuk koloni
3. Merupakan bakteria sebenar
4. Dinding sel diperbuat daripada peptidoglikan.

Peptidoglikan juga dikenali sebagai murein
Polimer yang terdiri daripada gabungan gula dan asid amino.
5. Sitoplasma mempunyai ribosom dan plasmid
6. Tiada organel bermembran seperti mitokondria, jalinan endoplasma dan organel lain
7. Bakteria dikelaskan mengikut bentuk.
8. Contoh: Streptococcus pneumoniae dan Vibrio cholerae

103


Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

Protista

1. Organisma eukariot
2. Organisma unisel atau multisel
3. Heterotrof, autotrof atau kedua-duanya
4. Mempunyai organisasi sel yang ringkas tanpa kehadiran tisu khusus
5. Selnya mempunyai nukleus yang diselaputi membran nukleus dan organel yang dikelilingi

oleh membran.
6. Dibahagikan kepada tiga kumpulan,

Kumpulan Protista Peta
pokok

Protozoa Alga Kulapuk lendir

Contoh Contoh Contoh
Amoeba sp. Chlamydomonas sp. Physarum
Spirogyra sp.
Paramecium sp. polycephalum.

Fungi

1. Merupakan organisma eukariot
2. Merupakan organisma unisel atau multisel
3. Heterotrof (saprofit atau parasit)
4. Dinding sel dibina daripada kitin
5. Badan terdiri daripada jaringan bebenang hifa

Disebut miselium
6. Contoh: Saccharomyces cerevisiae (yis) dan Agaricus sp. (cendawan)

J Miselium
104


Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

Plantae

1. Organisma eukariot
2. Melibatkan semua jenis tumbuhan multisel
3. Dapat mensintesis makanan sendiri melalui fotosintesis (fotoautotrof)

Mempunyai klorofil
4. Menjalankan pembiakan secara aseks atau seks
5. Contoh: Tumbuhan tanpa biji benih (paku pakis) dan tumbuhan berbiji benih (semua

tumbuhan berbunga).

Animalia

1. organisma eukariot
2. Terdiri daripada semua haiwan multisel
3. Heterotrof
4. Kebanyakan haiwan boleh bergerak
5. Kebanyakan haiwan membiak secara seks
6. Contoh: Invertebrata (tapak sulaiman) dan vertebrata (gajah)

Ringkasan:

Alam Bilangan Struktur Kehadiran Kehadiran Contoh
Archaebacteria sel dinding sel klorofil
Tiada nukleus organisma
Unisel Tiada
Tiada Halobacterium

peptidoglikan salinarum

Eubacteria Unisel Menggandungi Sesetengah Tiada Lactobacillus sp.

peptidoglikan bakteria

Protista Unisel dan • Tiada • Sesetengah Tiada • Paramecium
multisel
dinding sel protozoa sp.

(Protozoa) • Semua alga (unicellular)

• Berdinding • Fucus sp.

sel (algae) (Multisel)

Fungi Unisel dan Kitin Tiada Hadir • Yeast
multisel
(unicellular)

• Agaricus sp.

(Multisel)

Plantae Multisel Selulosa Hadir Hadir Pisum sativum
Animalia Multisel
Tiada Tiada Hadir Panthera leo

105


Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

Hierarki Taksonomi

1. Sistem hierarki yang digunakan dalam taksonomi ialah sistem hierarki Linnaeus
2. mengelaskan organisma mengikut hierarki
3. bermula dari spesies hingga ke domain
4. Peringkat hierarki mengikut urutan adalah domain, alam, filum, kelas, order, famili, genus

dan spesies.
5. Domain merupakan peringkat taksonomi organisma yang tertinggi di dalam sistem hierarki

pengelasan biologi
6. Setiap alam dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang disebut filum yang sama

mempunyai ciri sepunya
7. Filum dibahagi lagi kepada kelas dan seterusnya kepada order
8. order dibahagi kepada famil dan seterusnya famili dibahagi kepada genus
9. genus dibahagi pula kepada spesies
10. Spesies merupakan kumpulan yang terkecil dalam pengelasan organisma
11. Organisma dalam spesies yang sama dapat saling membiak dan menghasilkan keturunan

yang subur

Bilangan organisma dalam Domain
kumpulan semakin meningkat Eukarya

Alam
Animalia
Filum
Chordata
Kelas
Mamalia
Order
Carnivora
Famili
Ursidae
Genus
Ursus
Spesies
arctos

Bilangan organisma dalam kumpulan
semakin berkurangan.
Hubungan genetik antara organisma
menjadi semakin rapat1.06


Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

Sistem Tatanama Binomial

1. Setiap nama saintifik terdiri daripada dua perkataan
2. Perkataan pertama ialah nama genus
3. Perkataan yang kedua ialah nama spesies
4. Nama genus bermula dengan huruf besar
5. Nama spesies bermula dengan huruf keci
6. Nama saintifik dicetak dalam bentuk huruf italic
7. Jka ditulis, kedua-dua nama mesti digaris secara berasingan

Nama Nama Nama Nama saintifik Nama saintifik
biasa Genus Species (Tulisan) (Cetakan)

Kucing Felis catus Felis catus Felis catus

Nama Nama Nama Nama Nama Nama
biasa Genus Species biasa Genus Species
Paddy Oryza Tiger Panthera
sativa tigris

Nama Nama Nama Nama Nama Nama
biasa Genus Species Species
Elephant Elephas maximus biasa Genus annuus

Sunflower Helianthus

Nama saintifik

Nama biasa Tulisan Catakan

Paddy Oryza sativa Oryza sativa
Tiger Panthera tigris Panthera tigris
Elephant Elephas maximus Elephas maximus
Sunflower Helianthus annuus Helianthus annuus

107


Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

Kekunci Dikotomi

1. Satu alat yang digunakan oleh ahli taksonomi untuk pengecaman organisma
2. Berdasarkan persamaan dan perbezaan
3. Kekunci dikotomi dibina menggunakan beberapa siri kuplet
4. Setiap kuplet terdiri daripada dua pernyataan tentang ciri-ciri organisma atau kumpulan

organisma
5. Kekunci dikotomi yang berlainan digunakan untuk pengecaman jenis organisma yang

berlainan
6. Ciri-ciri yang dipilih ialah ciri yang mudah diperiksa dan dilihat
7. Ciri-ciri yang bertindih di dalam organisma yang berlainan perlu dielakkan

Rama-rama Siput Bunga raya Labah-labah

Semut Cacing tanah Paku pakis Pokok pinus

Ciri Kekunci dikotomi

1a Haiwan Rujuk 2
1b Tumbuhan Rujuk 6
2a Mempunyai kaki Rujuk 3
2b Tidak berkaki Rujuk 5
3a Tiga pasang kaki Rujuk 4
3b Lebig daripada tiga pasang kaki Labah-labah
4a Bersayap Rama-rama
4b Tidak bersayap Semut

108


Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

5a Bercengkerang Siput
5b Tidak bercengkerang Cacing tanah
6a Berbiji benih Rujuk 7
6b Tidak berbiji benih Paku pakis
7a Tumbuhan berbunga Bunga raya
7b Tumbuhan tidak berbunga Pokok pinus

ORGANISMA

1a 1b
Haiwan Tumbuhan

2a 2b 6a 6b
Berkaki Berbiji benih
Tidak Tidak berbiji
berkaki benih

3a 3b Paki pakis 7a 7b

Tiga pasang Lebih daripada Tumbuhan Tumbuhan tidak
kaki tiga pasang kaki berbunga berbunga

4a 4b 5a 5b
Bersayap
Tidak Bercengkerang Tidak
bersayap
bercengkerang

Rama-rama Semut Labah- Siput Cacing Bunga raya Pokok
labah tanah pinus

109


Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

8.2 BIODIVERSITI Diversiti spesies Diversiti ekosistem
Konsep Biodiversiti
Variasi dan kepelbagaian Merujuk kepada pelbagai
Diversiti genetik organisma di muka bumi. habitat komuniti biosis dan
Merangkumi jumlah proses ekologi dalam
Variasi gen individu di bilangan spesies dalam ekosistem
dalam suatu populasi dan komuniti (kekayaan Di persekitaran daratan,
variasi gen di antara spesies) dan taburan lautan dan di persekitaran
populasi yang berbeza bagi spesies dalam komuniti akuatik yang lain.
spesies yang sama. (kesamarataan spesies) contoh ekosistem yang
Perbezaan dalam gen Contoh: hutan hujan tropika kaya dengan biodiversiti
disebabkan pemencilan mempunyai diversiti ialah ekosistem laut,
dan penyesuaian individu spesies yang tinggi, iaitu 5- padang pasir dan paya
terhadap persekitaran yang 10 juta spesies serangga bakau
berbeza. dan lebih daripada 2 juta
Tiada dua individu yang spesies tumbuhan
serupa dalam spesies yang berbunga.
sama.
Contoh: kombinasi gen-gen
yang berlainan memberikan
variasi genetik dalam
tanaman seperti pokok
padi.

Pokok Filogeni

1. Filogeni bermaksud sejarah evolusi suatu spesies atau sekumpulan spesies organisma
2. Pokok filogeni merupakan satu rajah bercabang yang mewakili hipotesis tentang

hubungan evolusi sekumpulan organisma
3. Pengelasan filogeni merupakan satu sistem pengelasan yang menunjukkan hubungan

evolusi dan mencerminkan sejarah evolusi bagi organisma yang dikaji
4. Pengelasan dibuat berdasarkan struktur homolog

Struktur anggota badan atau anatomi yang serupa dalam pelbagai organisma yang
mempunyai leluhur yang sama
Struktur yang dibandingkan pada organisma menjalankan fungsi yang berlainan.
5. Empat haiwan yang berbeza, iaitu manusia, kucing, ikan paus dan kelawar yang terdiri
daripada jenis tulang yang sama, walaupun saiz dan panjang tulang berbeza

110


Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

2 2 2 2
13 3
3 3 4 1
1 1 5 4
4 4 6
5 5 6
6 6 Ikan paus
Kelawar
Manusia Kucing

Kekunci: 3 Ulna 5 Metakarpal
4 Karpal 6 Phalanx
1 Radius
2 Humerus

6. Keempat-empat haiwan berasal daripada satu leluhur yang sama dan mempunyai satu
hubungan yang rapat

7. Hubungan evolusi dan sejarah evolusi antara pelbagai spesies biologi dapat ditunjukkan
dengan pokok filogeni

8. Corak cabang dalam pokok filogeni mencerminkan cara spesies atau kumpulan lain
berkembang daripada satu siri leluhur yang sama

9. Tumbuhan darat dikatakan berevolusi daripada alga hijau
10. Tumbuhan darat pertama bermula daripada tumbuhan yang tidak mempunyai tisu

vaskular seperti lumut
11. Diikuti oleh tumbuhan vaskular tanpa biji benih seperti pokok paku pakis
12. Tumbuhan vaskular seterusnya berkembang kepada tumbuhan vascular dengan biji benih

Gimnosperma - pokok konifer
Angiosperma - tumbuhan berbunga
13. Angiosperma ialah tumbuhan yang paling Berjaya
14. Biji benih yang dilindungi di dalam buah untuk mengekalkan kemandiriannya

111


Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

Tiada tisu vaskular

Lumut

Alga hijau Tanpa biji benih
(leluhur yang sama)

Paku pakis

Tumbuhan Tumbuhan tak
vaskular berbunga
Gimnosperma

Ada biji Angiosperm
benih

Tumbuhan
berbunga

Kepentingan Biodiversiti terhadap Alam Sekitar dan Manusia

Kepentingan Penerangan

1. Sumber makanan • Tumbuhan dan haiwan membekalkan sumber makanan
untuk mengekalkan keperluan manusia
2. Mengekalkan imbangan
gas • Tumbuhan membekalkan buah dan haiwan
membekalkan daging
3. Membekalkan gas oksigen
4. Sumber ubatan • Tumbuhan menyerap gas karbon dioksida
• Membantu mengurangkan pemasan global
• Tumbuhan menghasilkan gas oksigen semasa

berfotosintesi
• Digunakan untuk resppirasi sel
• Terdapat tumbuhan yang boleh dijadikan ubat

5. Nilai ekonomi • Semua produk kayu datang daripada alam semulajadi
6. Pengetahuan
7. Eko.-pelancongan • Kita boleh belajar lebih tentang bumi dengan mengkaji
8. Kawasan rekreasi ekosistem yang berlainan
9. Nilai estetika
• Menjana pendapatan dan menyediakan lebih banyak
peluang pekerjaan

• Menyediakan gaya hidup yang lebih sihat dan dapat
mengurangkan stress

• Memberi inspirasi kepada pelukis/artis untuk
menghasilkan karya

112


Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

8.3 MIKROORGANISMA DAN VIRUS

Ciri Utama Mikroorganisma dan Virus

Bakteria

1. Bakteria tidak mempunyai nukleus yang nyata kerana tiada membran nukleus.
2. Bahan genetiknya merupakan bebenang kromosom (DNA) di dalam sitoplasma.

Dikenali sebagai nucleoid
3. Sesetengah bakteria mempunyai plasmid
4. molekul DNA kecil yang membawa gen tambahan
5. Saiz bakteria adalah di antara 1 hingga 10 μm panjang.
6. Wujud secara sel tunggal, berpasangan, berfilamen, berantai atau berkelompok.
7. Bakteria wujud dalam bentuk kokus (sfera), vibrio (koma), basilus (rod/silinder) dan

spirilum (pilin)

Ribosom N Q
O Sitoplasma

Plasmid R Nukleoid

Flagelum P S T U
Bentuk rod Membran Dinding sel Kapsul

plasma Bentuk pilin Bentuk koma

Bentuk sfera

Basilus Kokus Spirilum Vibrio
Lactobacillus sp. Streptococcus sp. Spirillum volutans Vibrio cholera

113


Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

Protozoa

1. mikroorganisma unisel yang mempunyai ciri seperti haiwan.
2. Bergerak menggunakan pseudopodium (kaki palsu), silia atau flagelum
3. Dijumpai di habitat yang berair
4. Protozoa adalah heterotrof atau autotrof.
5. Euglena sp. ialah contoh protozoa autotrof yang mempunyai kloroplas

Boleh berfotosintesis.
6. Protozoa hidup secara bebas atau sebagai parasit

Pseudopodium Bergerak menggunakan Flagelum
Silia

Ameoba sp. Paramacium sp. Euglena sp

Algae

1. Terdiri daripada;
Mikroorganisma unisel - Chlamydomonas sp.
Organisma multisel - alga perang, Fucus sp. (

2. Sesetengah alga mempunyai flagelum untuk bergerak di dalam air.
3. Mempunyai mempunyai kloroplas

Merupakan organisma autotroph
4. Alga tiada daun, batang dan akar sebenar seperti tumbuhan lain
5. Habitat alga ialah kolam, tasik dan laut

Chlamydomonas sp. Fucus sp.

114


Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

Kulat

1. Terdiri daripada mikroorganisma unisel, (Saccharomyces cerevisiae (yis)) atau
mikroorganisma multisel (Mucor sp.)

2. Tidak mempunyai klorofil.
3. Kulat ialah organisma heterotrof yang merupakan parasit atau saprofit.
4. Tidak mempunyai akar, batang dan daun.
5. Mempunyai dinding sel yang terdiri daripada kitin.
6. Badan kulat wujud sebagai miselium;

Bebenang halus yang disebut hifa
7. Dijumpai di kawasan gelap atau lembap serta di atas organisma yang reput atau mati

Hyphae
P

Q
Rhizoid

Yeast

Viruses

1. Tidak dimasukkan ke dalam mana-mana alam
Virus bukan organisma bersel
Membentuk kristal di luar badan perumah
• Tidak menjalankan sebarang proses hidup

2. Membiak di dalam sel hidup dengan menyuntik bahan genetik ke dalam sel perumah.
3. Terdiri daripada asid nukleik (DNA atau RNA) dan kapsid yang terdiri daripada protein.
4. Saiznya terlalu kecil (20 nm hingga 400 nm)
5. Hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop elektron.

115


Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

Bakteriofaj T4 Virus mozek tembakau HIV

Peranan Mikroorganisma dalam Kitar Nitrogen

Nitrogen di
atmosgera (N2)

Protein Proses pengikatan
haiwan nitrogen

Dimakan Protein di Ammonifikasi. Ammonia (NH3) Bakteria pengikat
Ammonium (NH4+) nitrogen
tisu badan Pengurai

Protein Nitrosomonas sp. • Hidup dalam akar nodul -
tumbuhan Nitrifikasi Rhizobium sp.

Disintesis Ion Nitrite • Hidup bebas di dalam
menjadi (NO2-) tanah - Azotobacter sp.

Nitrobacter sp.

Nitrifikasi

Diserap oleh Ion Nitrate Pengikatan atmosfera
akar pokok (NO3-)

Pendenitritan
Bakteria pendenitritan

Baja dari industri

116


Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

1. Bakteria pengikat nitrogen mengikat nitrogen daripada atmosfera
2. Menukarkannya kepada ion ammonium (NH4 +) melalui proses pengikatan nitrogen
3. Contoh bakteria pengikat nitrogen adalah;

Rhizobium sp. - hidup di dalam nodul akar tumbuhan legum
Azotobacter sp.- hidup bebas di dalam tanah
4. Bakteria nitrifikasi Nitrosomonas sp. Menukarkan ion ammonium menjadi ion nitrit (NO2-)
5. Melalui proses nitrifikasi
6. Bakteria nitrifikasi Nitrobacter sp. Menukarkan ionnitrit menjadi ion nitrat (NO3–)
7. Kilat semasa ribut petir mengoksidakan nitrogen kepada nitrogen dioksida (NO2)
8. Dikenali sebagai pengikatan atmosfera
Nitrogen dioksida (NO2) melarut dalam air hujan
Membentuk asid nitrus dan asid nitrik
Kedua-duanya akan membentuk garam nitrat di dalam tanah
9. Industri pembuatan baja bernitrogen akan membekalkan baja ammonium dan nitrat ke
dalam tanah..
10. Nitrat diserap oleh akar tumbuhan dan digunakan untuk sintesis protein tumbuhan
11. Protein tumbuhan akan ditukarkan menjadi protein haiwan apabila tumbuhan dimakan
oleh haiwan
12. Sebatian nitrogen dipindahkan ke dalam tisu haiwan
13. Penguraian berlaku apabila haiwan dan tumbuhan mati
14. Dijalankan oleh mikroorganisma pengurai seperti bakteria dan kulat saprofit
15. Sebatian protein di dalam tisu badan akan diuraikan menjadi ion ammonium (NH4+)
16. Melalui proses ammonifikasi
17. Bakteria pendenitritan menukar nitrat di dalam tanah menjadi gas nitrogen
18. Melalui proses pendenitritan

Peranan Mikroorganisma

Mikroorganisma sebagai pengeluar

1. Fitoplankton biasanya dijumpai terapung di permukaan air laut, kolam atau tasik
2. Contohnya, alga hijau, alga biru-hijau (sianobakteria), dinoflagelat dan diatom.
3. Boleh menjalankan fotosintesis kerana mempunyai klorofil
4. Penting sebagai pengeluar dalam rantai makanan di ekosistem akuatik

117


Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

Mikroorganisma sebagai pengurai

1. penguraian menguraikan bahan organik daripada pereputan organisma yang mati dalam
ekosistem

2. Contohnya kulat saprofit dan bakteria saprofit
3. menguraikan bahan organik kompleks seperti najis haiwan, bangkai haiwan dan pokok

reput
4. Kepada sebatian ringkas seperti ammonium
5. Pengurai merembeskan enzim pencernaan ke dalam substratum bahan organik mereput
6. hasil pencernaan akan diserap
7. Hasil proses pereputan menggandungi unsur-unsur yang diperlukan oleh tumbuhan
8. seperti karbon, nitrogen dan sulfur
9. Bahan-bahan ini diserap oleh tumbuhan apabila dikembalikan kepada tanah.

Mikroorganisma sebagai parasit

1. Parasit merupakan organisma yang mendapat faedah daripada perumahnya
2. perumah mengalami kerugian atau kadangkala mati akibat kesan-kesan yang

disebabkan oleh parasite
3. Parasit mendapat faedah selagi interaksi ini berterusan
4. kebanyakan parasit tidak membunuh perumahnya
5. contoh mikroorganisma parasit ialah Plasmodium sp.
6. merupakan sejenis protozoa yang hidup dalam perut nyamuk tiruk betina Anopheles sp.
7. parasit dipindahkan ke dalam sistem peredaran darah melalui gigitan nyamuk
8. menyebabkan penyakit demam malaria

Mikroorganisma sebagai simbion
Simbion

Ektosimbion Endosimbion
1. Hidup di luar sel perumah. 1. Hidup di dalam sel perumah.
2. Contoh: Kulat ektomikoriza. 2. Contoh: Trichonympha sp.
3. Hidup di salur alimentari anai-anai.

118


Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

Definisi Patogen dan Vektor
Patogen

1. Patogen menyebabkan penyakit berjangki
2. Berlaku apabila patogen seperti virus, bakteria atau mikroorganisma lain masuk ke

dalam badan
3. Mula membahagi dan membiak
4. Penyakit yang disebabkan oleh patogen akan berlaku apabila sel-sel di dalam badan

rosak.
5. Disebabkan jangkitan dan simptom-simptom penyakit mula ditunjukkan oleh seseorang

yang dijangkiti

Vektor
1. Vektor adalah organisma yang memindahkan patogendan menyebabkan penyakit

tertentu

Patogen Vektors Penyakit
Vibrio cholerae Lalat Taun
Virus denggi Nyamuk aedes Demam denggi
Salmonella typhi Lipas Keracunan makanan
Plasmodium sp. Nyamuk tiruk Demam malaria

119


Jisrun Najaah Fi Ilmi Al Insan Bab 8: Biodiversiti

Kesan Patogen terhadap Kesihatan Manusia

Patogen Contoh penyakit Simptom penyakit

Virus Hepatitis B Radang (sirosis hati)
Abdomen membengkak
Bakteria Tuberculosis Kulit dan warna lapisan sklera mata enjadi
kuning
Protozoa Disentri Boleh menyebabkan kematian

Kulat Panau Hilang berat badan
Batuk berdarah
Sesak nafas

Sakit perut
Cirit-birit
Muntah

Tompok-tompok putih atau merah jambu
pada kulit

120


Click to View FlipBook Version