RDO
REVERSED DIEBETIC AND OBESITY
RDO : Dr. • RDO- Dr Hapizi:
Hafizi Assalamualaikum & salam
sejahtera utk semua.
Selamat datang ke group
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
Apa itu yg kita namakan RDO
Protocol?
-------------------------------------------
----
Ianya merupakan kaedah
berpuasa secara berkala
(intermittent fasting,IF) + diet
ketogenik yg dijalankan secara
selari.
RDO = IF + keto diet
Tujuan utama RDO protocol ini
adalah supaya sistem tubuh kita
tidak lagi bergantung kepada
gula (karbohidrat) seperti
kebiasaaannya, sebaliknya
bertukar kepada LEMAK sebagai
sumber utama tenaga (fuel
source). Ini memerlukan sedikit
tempoh penyesuaian, sekitar 1-
2 minggu.
RDO : Dr. •
Hafizi Bagaimana nak IF?
-----------------------------
Ada banyak cara untuk IF. Yang kami
sarankan dan sesuai untuk
kebanyakan org adalah IF 16: 8
IF 16:8
-----------
Juga dipanggil 'time restricted
feeding'.
Maksudnya makan dalam tempoh
yang terhad, sekitar 8 jam dan
selebihnya, 16 jam berpuasa.
Contoh: anda mengambil dinner pada
malam ini pada jam 8.00 mlm.
Esoknya anda skip breakfast &
mengambil lunch pada jam 12.00
tengahari. Jadi anda sudah IF 16 jam.
Anda cuma makan dari jam 12.00
tengahari - 8.00 mlm sahaja.
Sepanjang tempoh IF, boleh minum
air kosong atau teh/kopi tanpa gula
(boleh juga campur sedikit stevia)
Boleh mula secara perlahan² dahulu.
Contoh buat 12:12 dahulu dan
tambahkan durasi IF secara beransur²
sehingga dapat 16 jam. Misalnya last
makan malam jam 8.00 mlm dan
esoknya anda mengambil breakfast
jam 8.00 pagi. Selepas dlm 1 minggu,
lewatkan breakfast ke pukul 9.00 pagi
dan seterusnya
RDO : Dr. •
Hafizi
Bagaimana nak diet keto?
----------------------------------------
Diet keto yg kita sarankan
adalah berbentuk makanan
semulajadi yg tidak/kurang
diproses.
Untuk permulaan, biasakan diri
dengan kaedah makan 'suku-
suku separuh' (suku pinggan
lauk, suku pinggan nasi &
separuh pinggan sayur/ulam
pelbagai jenis.
Selepas beberapa ketika, boleh
bertukar ke diet keto jika perlu.
Ini terdiri dari diet rendah
karbohidrat (5-10%), sederhana
protein (20-30%) dan lemak
sihat (70-75%).
http://rdocom.blogspot.com/20
18/02/apa-itu-diet-keto.html
PALING PENTING adalah untuk
berhenti dari mengambil
sebarang gula tambahan!
RDO : Dr. Take Home Message
Hafizi ---------------------------------
RDO protocol adalah kaedah
menukar carahidup (lifestyle)
pemakanan anda. Ianya
mudah, praktikal & efektif.
Hampir boleh dibuat oleh
sesiapa sahaja & semudah
ABC
a) Potong sebarang gula
b) Berpuasa separuh hari/skip
breakfast & hanya ambil
'brunch' & dinner
c) Ubah sikit apa yg kita
makan - kearah karbo rendah
Untuk info tambahan, layari:-
rdocom.blogspot.my
Fb RDO
:https://www.facebook.com/
groups/676401099212840/
Semoga semua berjaya dan
terus istiqamah!
'Keep Calm, Keep Fasting,
Keep Keto!'
RDO : Dr. • Disclaimer
Hafizi -----------------
Segala yg
dipaparkan/dibincangkan
dlm group ini adalah cuma
info/kajian² sains tentang
intermittent fasting dan diet
keto. Ianya bukan nasihat
perubatan untuk
menggantikan peranan
doktor² yang merawat anda
sebelum & selepas ini.
Jangan
berhenti/mengubahsuai dos
ubat seperti yg ditetapkan
oleh doktor anda sebelum
diarahkan demikian!
Utk yg ada masalah diabetis,
dan telah mengambil ubat
@ suntikan insulin, sila pm
saya dulu sebelum
memulakan RDO protocol
ni. Terima kasih
~Dr Hapizi
(WA/Telegram
no:0179351516)