Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan
sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia
ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya
mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan
dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran
(PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
1 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
2 Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
3 Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
4 Komitmen komuniti yang padu
1 Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik
Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang
2 komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi
serta pembimbing kepimpinan
3 Membangunkan persekitaran pembelajaran yang
berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
SIP+