The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ekonomi Tingkatan 4 BAB1
Darjah: 4 Orange
Pelajaran DSB: Ekonomi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kingsley Mah, 2021-03-29 08:41:42

Ekonomi Tingkatan 4 BAB1

Ekonomi Tingkatan 4 BAB1
Darjah: 4 Orange
Pelajaran DSB: Ekonomi

EKONOMI
TINGKATAN 4

NAMA: KINGSLEY MAH WEI YI
TINGKATAN: 4 ORANGE

PENGENALAN KEPADA EKONOMI

• Ekonomi ialah satu bidang sains sosial yang
mengkaji cara manusia menguruskan sumber
ekonomi yang terhad untuk memenuhi
kehendak yang tidak terhad.

UNIT EKONOMI DAN DEFINISINYA

• Terbahagi kepada 3 unit:
- isi rumah ( individu / sekumpulan individu )
- firma ( individu / organisasi yang merancang dan

menggunakan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan
barang atau perkhidmatan )

- kerajaan ( unit ekonomi yang mengawal aktiviti ekonomi isi
rumah dan firma melalui undang-undang )

SUMBER EKONOMI (T, M, B, U)

• Tanah - Sumber anugerah alam semula jadi dan penawarannya adalah
terhad.

• Modal - Alat ciptaan manusia yang digunakan untuk mengeluarkan
barang dan perkhidmatan.

• Buruh - Sumbangan tenaga manusia yang produktif dari segi fizikal atau
mental dalam proses pengeluaran.

• Usahawan - Individu yang menggabungkan dan menyelaraskan faktor
pengeluaran yang lain untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

MASALAH EKONOMI

• Kekurangan - Kekurangan ialah keinginan manusia yang jauh melebihi
apa yang dapat dihasilkan dalam ekonomi dengan sumber ekonomi
yang terhad.

• Pilihan - Akibat daripada masalah kekurangan, unit-unit ekonomi harus
membuat pilihan antara barang dan perkhidmatan yang dikehendaki.
Dalam membuat keputusan terhadap pilihan, unit-unit ekonomi adalah
diandaikan rasional dan membuat pilihan berdasarkan keutamaan,
objektif atau matlamat masing-masing.

• Kos lepas - Kos lepas merujuk kepada pulangan yang mungkin daripada
barang-barang atau perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa
dilepaskan akibat pemilihan sesuatu barangan.

MASALAH EKONOMI DIHADAPI

• Isi rumah
kekurangan wang → memilih barang yang memaksimumkan kepuasan → kepuasan yang
mungkin daripada barangan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan
• Firma
kekurangan sumber ekonomi → memilih keluaran yang memaksimumkan keuntungan → keuntungan
yang mungkin daripada keluaran kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan
• Kerajaan
kekurangan pendapatan negara → Memilih projek pembangunan yang memaksimumkan kebajikan
masyarakat → Kebajikan yang daripada projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan

KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN

• Keluk kemungkinan Pengeluaram Andaian untuk analisis Keluk
(KKP) ialah keluk yang Kemungkinan Pengeluaran
menunjukkan had maksimum
tingkat pengeluaran yang dapat  Ekonomi telah mencapai guna
dicapai oleh sebuah ekonomi tenaga penuh.
dengan menggunakan faktor
pengeluaran yang ada dan  Ekonomi hanya mengeluarkan dua
tingkat teknologi tertentu. jenis barang.

 Sumber ekonomi yang dimiliki adalah
terhad dan tetap.

 Tingkat teknologi adalah tetap.

 Titik kombinasi pengeluaran yang
berada di luar keluk kemungkinan
pengeluaran, contoh titik Y
menggambarkan masalah
ketidakupayaan.

 Masalah pilihan ditunjukkan oleh
pergerakan di sepanjang keluk
kemungkinan pengeluaram iaitu
antara titik-titik R,S,T,T dan V.

 Titik W menunjukkan kombinasi
pengeluaran yang tidak cekap
kerana ekonomi gagal
menggunakan faktor pengeluaran
yang ada dengan sepenuhnya,
iaitu berlaku masalah
pengangguran atau pembaziran.

NOTA TAMAT

DISEDIAKAN OLEH KINGSLEY MAH WEI YI, KELAS 4 ORANGE.
SEKIAN, TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version