HPUPM adalah hospital berkapasiti 400 katil dan dibangunkan atas tanah
seluas 95 hektar di dalam Kampus Utama UPM serta terletak bersebelahan
dengan Hospital Serdang. Bangunan HPUPM dibahagikan kepada 3 blok iaitu
Blok Hospital Utama yang merangkumi Blok Utara, Blok Menara dan Blok
Selatan, Blok Psikiatri (Klinik dan Wad) serta Blok Kejuruteraan.
Kedua-dua hospital ini dihubungkan dengan sebuah jambatan penghubung link
bridge. Jambatan tersebut merupakan simbol kerjasama antara HPUPM dan juga
Hospital Serdang. Saling kebergantungan perkhidmatan antara HPUPM dan Hospital
Serdang digambarkan dalam rajah di bawah di mana pesakit boleh mendapatkan
Perkhidmatan Perubatan Asas di Hospital Serdang manakala kes – kes yang
memerlukan Perkhidmatan Perubatan Pakar akan dirawat di HPUPM.
HPUPM telah memulakan operasi pada 03 September 2019 dengan pembukaan Klinik Perubatan
Keluarga. Pengoperasian HPUPM adalah secara berperingkat dengan pembukaan klinik – klinik pakar,
perkhidmatan rawatan harian, perkhidmatan pesakit dalam dan rawatan pembedahan. Sehingga kini,
sejumlah tujuh belas (17) klinik pesakit luar telah beroperasi antaranya adalah Klinik Pembedahan, Klinik
Ortopedik, Klinik Perubatan Rehabilitasi, Klinik Psikiatrik dan Klinik Urologi. Manakala 6 wad yang telah
beroperasi sepenuhnya iaitu Wad Perubatan, Wad Pembedahan, Wad Psikiatrik, ICU, NICU dan lain – lain.
Hospital Pengajar UPM (HPUPM) ditubuhkan untuk melahirkan tenaga pakar perubatan
yang diperlukan oleh negara, meningkatkan kualiti kesihatan rakyat melalui penyelidikan
perubatan dan memberikan penjagaan dan perawatan kesihatan yang komprehensif
kepada komuniti, meningkatkan kualiti kesihatan rakyat dan melahirkan tenaga pakar
perubatan yang diperlukan oleh negara. Pengurusan HPUPM berusaha untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan dan mengetengahkan
HPUPM di kedudukan yang setanding dengan Hospital Pengajar Universiti Awam yang
telah ditubuhkan lebih awal di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
HPUPM juga berfungsi sebagai hospital pengajar ke -2 untuk Fakulti Perubatan dan Sains
Kesihatan UPM bagi melatih profesional penjagaan kesihatan masa depan, menjalankan
penyelidikan perubatan, dan memberikan perkhidmatan diagnostik dan rawatan yang
canggih untuk kesejahteraan masyarakat. Penubuhan HPUPM melengkapkan ekosistem
pengajian perubatan di UPM bagi melahirkan graduan perubatan yang berkualiti dan
berdaya saing.
Kesejahteraan pesakit adalah keutamaan kami, dan kami berusaha untuk memberikan
kualiti kerja dan penjagaan yang terbaik serta penuh kasih sayang kepada setiap pesakit.
HPUPM mempunyai pasukan yang terdiri daripada kakitangan pelbagai bidang, dan kami
percaya bahawa kepelbagaian ini akan membawa kepada kecemerlangan. Dengan slogan
‘Providing Extraordinary Care Together’, kami juga akan menyediakan penjagaan luar biasa,
bukan hanya dari teknologi yang kami miliki, tetapi juga dalam pendekatan kami terhadap
penjagaan pesakit.
VISI NILAI
Menjadi Sebuah UPM sentiasa memastikan bahawa staf
Universiti dan pelajar menghayati,berusaha dan
Bereputasi membentuk iltizam yang tinggi ke arah
Antarabangsa mencapai universiti bereputasi
antarabangsa. Justeru, Pelan Strategik
MISI 2014-2020 didasari oleh nilai utama,iaitu
nilai kepunyaan bersama komuniti UPM
Memberikan sumbangan dalam pelaksanaan perancangan,
bermakna kepada pelan dan aktiviti universiti ialah
pembentukan kekayaan kecemerlangan, kepelbagaian,
dan pembangunan negara kelestarian dan integriti.
serta kemajuan manusia
sejagat menerusi
penerokaan dan
penyebaran ilmu
PUSAT PENYELIDIKAN PENDIDIKAN DAN
PENJAGAAN HEMATOLOGI (REACH)
Meningkatkan status UPM sebagai pusat penyelidikan, perubatan dan
pusat perubatan untuk perkhidmatan Haematology.
REGIONAL EMERGENCY STROKE QUICK RESPONSE RESQ PUSAT PENYELIDIKAN PENDIDIKAN DAN
(RAWATAN STROK) PENJAGAAN GERIATRIK
Inisiatif RESQ ialah salah satu tunjang utama dalam penjagaan strok HPUPM.
Inisiatif ini bertujuan menyediakan perkhidmatan strok hiperakut paling maju Menjadikan HPUPM sebagai pusat antarabangsa mengenai isu penuaan, dan
dan efektif, terutamanya dalam trombolisis perubatan dan trombektomi mekanikal. menjadi hub intelektual dan fizikal untuk pembangunan modal insan, untuk
PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN DAN PEMBEDAHAN meningkatkan kualiti hidup warga emas, keluarga dan masyarakat.
ARTHROSCOPIC (SIASCOE)
Memberikan rawatan pembedahan dan bukan pembedahan PUSAT PENYELIDIKAN PENDIDIKAN DAN
dalam semua jenis kecederaan sukan dan keadaan PENJAGAAN PROSTAT
degeneratif tertentu.
Menjadi sumber rujukan utama rakyat Malaysia dalam mendiagnos, mengubat
DERMATOLOG IMUNOLOGI KLINIKAL DAN ALERGI dan merawat penyakit yang melibatkan prostat, sama ada kanser atau bukan
Menyediakan servis yang berkaitan dengan kulit, seperti alergi kulit,
dan juga surgeri dermatologi. kanser, serta membekal khidmat perubatan untuk kesihatan lelaki dan
Urologi secara am.
PUSAT PENYELIDIKAN
PENYAKIT ZOONOTIK
Menjadi pusat kolaborasi dalam penyelidikan, latihan dan diagnosis untuk
penyakit yang dihidapi manusia yang berkaitan dengan haiwan.
1 KLINIK PERUBATAN KELUARGA (FMC) 11 KLINIK OTORINOLARINGOLOGI,PEMBEDAHAN
KEPALA & LEHER (ENT)
Rawatan pesakit luar, Saringan dan pengawalan penyakit Perkhidmatan- General ear , nose , throat and head and neck
kardiovaskular, saringan kanser, saringan pra perkahwinan consultation and treatment, Paediatric ORL services , sialendoscopy,
dan preskripsi senaman. Audiology services, speech therapy and skin prick tests for adults.
[email protected] 03-9769 9368/9369 [email protected] 03-9769 9200
2 KLINIK SURGERI 12 JABATAN ANAESTESIOLOGI
Endoscopy services, Breast surgery, Thyroid surgery, Parathyroid surgery, Strok, Kesakitan Akut, dll
Adrenal surgery, Colorectal surgery, Intestinal / peritoneal surgery,
Bariatric surgery & Upper GI surgery [email protected]
[email protected] 03-9769 9220 13 JABATAN RADIOLOGI
3 KLINIK PAKAR PERUBATAN (MSC) Radiografi Am, Densitometri, Pengimejan Payudara, CT Scan
MRI,Unit Intervensi & Unit PACS
Geriatrik, Hamatologi, Nephrology, Respiratory, Dermatologi, Endocrine
Cardiology, General Medicine [email protected] 03-9769 9535
[email protected] 03-9769 9266 14 JABATAN REHABILITASI
4 JABATAN NEUROLOGI Strok, Geriatrik, dll
Clinic consultation and treatment of neurology diseases (Stroke, [email protected] 03-9769 9477/9476
movement disorders, epilepsy, headaches, neuromuscular diseases,
multiple sclerosis, etc)
[email protected] 03-9769 9266 15 UNIT PENGIMEJAN NUKLEAR
5 KLINIK ORTOPEDIK Bone scan / SPECT-CT, Renal scan (DMSA / DTPA / MAG3),
-Thyroid-Parathyroid -Cardiac Perfusion -Brain Perfusion Imaging.
Mikrosugeri Tangan, Pembedahan Tulang Belakang,
Pembedahan Sukan, Arthroskopik, dll [email protected] 03-9769 9563/9564
[email protected] 03-9769 9438/9439
16 RESQ (INISIATIF REGIONAL EMERGENCY
STROKE QUICK RESPONSE)
6 KLINIK OBSTETRIK & GINEKOLOGI
Rawatan Strok
Infertiliti, Fetomaternal, dll
[email protected] 03-9769 9580
[email protected]
03-9769 9394
7 KLINIK PEDIATRIK 17 JABATAN DIETETIK No. Telefon
03-9769 9669/9663/9664
Imunologi, Alergi, Endokrinologi, dll Perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam, dll
03-9769 9108
[email protected] [email protected]
03-9769 9244/9245
8 KLINIK PSIKIATRI 18 KLINIK PERUBATAN PEKERJAAN
Psikiatri Dewasa, Kanak-kanak & Remaja, Psikologi dll. Saringan perubatan pra-pekerjaan, pra-penempatan dan berkala
- Medical surveillance
[email protected] 03-9769 9418/9419 - Penyakit dan kemalangan pekerjaan 03-9769 9048/9050
9 KLINIK UROLOGI 19 UNIT KAUNSELING & KERJA SOSIAL
PERUBATAN (CMSSU)
Kesihatan Lelaki, Kesihatan Prostat, Pembedahan Robotik, dll
[email protected] 03-9769 9220 Perlaksanaan Kaunseling, Terapi Sokongan & Perkhimatan Kerja Sosial dll
10 KLINIK OFTALMOLOGI (MATA) mk1a0susnus_ehlipnugp_mhp@[email protected] 03-9769 9723/9719/9720/9725
Ganeral eye service, Medical retina services, Optometri service
[email protected] 03-9769 9455 20 UNIT PENYELIDIKAN KLINIKAL (CRU)
Penyelidikan Klinikal, Penyiasatan
Berpusatkan Pesakit dan Berasaskan Makmal
[email protected] 03-9769 9763