The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hsh03skud, 2021-11-26 22:17:06

MAJLIS APRESIASI & RAMAH MESRA 2021

MAJLIS GURU BESAR NEGERI SELANGOR

5 DISEMBER 2021 AHAD 9.00 PAGI

DEWAN JUBLI PERAK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH

Dirasmikan oleh:
YB TUAN MUSLIMIN BIN YAHAYA

(TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN

USAHAWAN DAN KOPERASI)

LATAR BELAKANG MAJLIS

Majlis Apresiasi ini bermula pada tahun 2019 sebagai
menghargai jasa guru-guru besar yang telah lama berkhidmat. Majlis Guru
Besar Selangor (MGBS) selaku badan induk untuk semua Guru Besar di
Selangor menyahut seruan dan permintaan yang telah diajukan. Secara tidak
langsung semua ahli MGB Selangor yang terdiri dari 449 orang Guru Besar
Sekolah Kebangsaan akan merasa dihargai untuk sepanjang tempoh
perkhidmatan di Selangor.

Majlis ini dinamakan Majlis Apresiasi iaitu sebagai suatu proses
atau bentuk penghargaan yang berhubungan dengan kerjaya, pengorbanan,
hasil kerja atau jasa seseorang, khususnya jasa seorang dan kerjaya seorang
pemimpin atau guru besar itu sendiri. Secara etimologi kata “Apresiasi”
berasal dari bahasa latin, iaitu “Apreciatio” yang artinya menghargai.
Sedangkan secara terminologi, arti kata apresiasi adalah proses penilaian
atau penghargaan positif yang dilakukan oleh seseorang terhadap sesuatu.

Sehubungan itu MGB Selangor mengambil ruang yang ada untuk
menyampaikan penghargaan kepada semua individu yang sesuai dan
berkelayakan melalui sedikit penghargaan dalam Majlis Apresiasi ini dan
disampaikan oleh pemimpin utama negeri Selangor. Secara tidak langsung,
penerima dan semua GB akan lebih bermotivasi.

1

KATA ALU-ALUAN

Yang Berhormat Tuan Muslimin bin Yahaya
Timbalan Menteri

Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillahirrahmanir Rahim

Syukur dipanjatkan kehadrat Allah Subhanahu Wataala atas
izin-Nya dapat saya bertemu dan hadir ke Majlis Apresiasi Majlis Guru
Besar Negeri Selangor pada hari ini.

Atas peluang ini, saya menzahirkan ucapan tahniah atas
perkhidmatan yang cemerlang semua guru besar dalam mentadbir dan
meneraju sekolah masing-masing. Saya yakin dan percaya atas daya
kepimpinan semua guru besar, seluruh warga sekolah dapat bekerja dalam
suasana yang harmonis dalam kesepakatan dan kesepaduan. Saya juga
percaya anak-anak murid di sekolah-sekolah dapat membina sahsiah, jati
diri dan kecemerlangan akademik sebagai kemenjadian insan yang berjaya
di dunia dan di akhirat.

Sebagai peneraju sekolah, adalah menjadi kewajipan tuan-tuan
dan puan-puan untuk memastikan sekolah di bawah tadbiran tuan-tuan
dan puan-puan sentiasa berdaya saing dalam mencapai kecemerlangan.
Amanah yang disandarkan dalam tanggungjawab tuan-tuan dan puan-puan
mesti dilaksanakan. Majlis Guru Besar Selangor hendaklah sentiasa peka
dengan keperluan rakan-rakan Guru Besar lain yang mempunyai masalah
dalam pengurusan mereka. Maka dengan kesatuan ini, semua Guru Besar
di dalam Negeri Selangor akan mempamerkan perkhidmatan yang
cemerlang dari setiap aspek pentadbiran.

Kepada yang menerima anugerah hari ini, tahniah saya
ucapkan. Semoga Majlis Guru Besar Selangor akan sentiasa maju dan kekal
harmonis dalam memimpin dunia pendidikan di negeri Selangor ke
hadapannya.

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.

2

KATA ALU-ALUAN

Puan Hajah Anismah binti M. Noh
Pengarah Pendidikan

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat bersama-

sama dalam Majlis Apresiasi Majlis Guru Besar Negeri Selangor 2021.

Terlebih dahulu, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Majlis Guru

Besar Selangor (MGB) serta seluruh jawatankuasa yang terlibat atas komitmen

dalam menjayakan majlis pada hari ini. Sesi ini amat signifikan khususnya dalam

memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para guru besar yang telah

menunjukkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang. Ini termasuk juga segala

khidmat bakti dalam melaksanakan tanggungjawab, baik tugas rasmi mahupun

sumbangan aktif dalam kegiatan sukan, sosial dan kemasyarakatan.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan tahniah dan syabas atas komitmen

padu yang diberikan sepanjang pandemik melanda negara kita. Peranan guru besar

pada masa kini semakin rencam dan mencabar selaras dengan pelaksanaan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang diilhamkan oleh pemimpin negara

kita. Dan adalah menjadi tanggungjawab guru besar sebagai peneraju organisasi

untuk merealisasikan hasrat kepimpinan tersebut. Membangunkan potensi individu,

melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara.

Sehubungan dengan itu, saya percaya guru besar yang cemerlang berupaya

mencapai 6 aspirasi murid, melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang dalam

akademik, malah kecemerlangan dalam sahsiah serta dapat melahirkan generasi

yang berdaya saing sanggup mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani

kehidupan ke arah mencapai matlamat kecemerlangan dalam pendidikan.

Cabaran pendidikan negara pada era milennium ini memerlukan

pendidik dan pemimpin yang sentiasa proaktif, progresif, kreatif dan inovatif. Dalam

konteks tersebut, tuan-tuan dan puan-puan pemimpin pendidikan barisan hadapan

transformasi pendidikan negara perlu sentiasa menambah ilmu, mempelbagaikan

kemahiran dan sentiasa bersedia mengakses maklumat terkini agar tidak

ketinggalan.

Akhir kata, saya mendoakan semoga tuan-tuan dan puan-puan sekalian

terus beristiqamah dan beriltizam menyampaikan perkhidmatan berimpak tinggi

dengan cemerlang dan berintegriti sepanjang masa. Semoga segala usaha murni

kita untuk memartabatkan pendidikan negara mendapat keberkatan-Nya dan

mencapai matlamat dengan jayanya.

Sekian, terima kasih. 3

KATA ALU-ALUAN

En. Sukimin bin Juki
Yang Dipertua Majlis Guru Besar Selangor

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat
izin dan limpah kurnia-Nya kita semua dapat hadir dalam Hari Apresiasi
dan Ramah Mesra Majlis Guru Besar Selangor 2021. Saya merakamkan
ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Program ini
kerana memberi penghargaan kepada guru-guru besar yang berkhidmat
lebih 10 tahun dan ke atas.

Majlis Apresiasi yang bermula pada tahun 2019 adalah
merupakan suatu wadah bagi menghargai jasa guru-guru besar Selangor
yang telah lama berkhidmat dan menyumbang tenaga serta bakti dalam
usaha memastikan kecemerlangan sekolah. Semoga penghargaan ini akan
memberikan rasa amat dihargai kepada rakan guru-guru besar dan
seterusnya dapat berkhidmat dengan lebih cekap dan efisyen.

Guru besar merupakan tonggak utama kejayaan dasar
transformasi pendidikan yang diilhamkan oleh kepimpinan negara dan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Saya yakin dengan kredibiliti
rakan-rakan guru besar untuk menjadi penyalur maklumat yang baik dan
pencetus transformasi pendidikan negara seperti yang diharapkan. tahniah
kepada semua guru besar kerana telah dapat menjalankan amanah diberi
dengan jayanya.

Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan ucapan ribuan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang
bertungkus-lumus menjayakan Hari Apresiasi ini.

WabillahiTaufikWal-hidayah. Wassalamua’laikum Warohmatullahi
Wabarokatuh

Sekian, terima kasih.

4

ATUR CARA MAJLIS

07.45 pagi : Taklimat Majlis
08.00 pagi : Kehadiran peserta
08.30 pagi : Kehadiran VIP
09.00 pagi : Ketibaan YB Tuan Muslimin bin Yahaya
09.10 pagi : Sesi bergambar
09.20 pagi : Perarakan masuk tetamu
09.25 pagi : Majlis Apresiasi bermula
-Nyanyian Lagu Negaraku & Negeri Selangor
09.40 pagi -Bacaan Doa oleh Ustaz Rumaizi
10.00 pagi : Ucapan Alu-aluan TYDP MGBS
10.30 pagi (Haji Nor Azmi bin Rahmat)
: Ucap Utama YB Tuan Muslimin bin Yahaya
11.00 pagi : Penyampaian Anugerah & Cenderamata
11.10 pagi - Anugerah Pemimpin Terbilang
11.25 pagi - Anugerah Khas Kepimpinan
11.45 pagi - Anugerah Setia Perkhidmatan Platinum
12.00 tengah hari - Anugerah Setia Perkhidmatan Emas
12.15 tengah hari - Anugerah Setia Perkhidmatan Perak
1.00 tengah hari - Anugerah Setia Perkhidmatan Gangsa
- Anugerah Rakan Strategik
- Cenderamata kepada YB Tuan Muslimin bin

Yahaya
Persembahan Nyanyian Solo
: Tayangan Multimedia / Video
: Ucapan Pengarah Pendidikan Selangor
(Pn Hajah Anismah bt. M.Noh)
: Ucapan YDP MGB Selangor
(En. Sukimin b. Juki)
: Penyampaian Hadiah & Cenderamata
: Acara potong pulut kuning
: Jamuan Makan
: Penutup Majlis

5

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Puan Hajah Anismah bt. M. Noh
Pengarah Pendidikan Negeri Selangor

Penasihat II : Puan Hajah Marpuaton bt. Sastero
Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah

Pegawai : Dr. Rashidah Begum bt. Gelamdin

Perhubungan MGBS Ketua Penolong Pengarah Kanan

Sektor Pengurusan Sekolah

Pengerusi : Encik Sukimin bin Juki
Yang Dipertua Majlis Guru Besar Selangor

Timbalan Pengerusi : Tuan Haji Nor Azmi bin Rahmat
Timbalan Yang Dipertua Majlis Guru Besar
Selangor

Naib Pengerusi : Encik Abdul Rahman bin Marhaban

Naib Pengerusi 2 : Encik Megat Pauzi bin Ibrahim

Setiausaha : Encik Rosman bin Mansoor

Penolong Setiausaha : Encik Hamidi bin Shariff

Bendahari : Encik Ruslan bin Lebai Yakob

6

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Program : Tuan Haji Nor Azmi bin Rahmat
Timbalan Yang Dipertua MGBS

Pengurus Program : Encik Abdul Rahman bin Marhaban
@ Event Manager NYDP MGB Selangor

Pen. Peng. Program : Encik Megat Pauzi bin Ibrahim
NYDP 2 MGB Selangor

Setiausaha JK Pelaksana : Setiausaha MGB Selangor

Penolong Setiausaha : Penolong Setiausaha MGBS

Bendahari : Bendahari MGB Selangor

JK Pelaksana:

- JK Pendaftaran & Jemputan : MGB Gombak

- JK Persiapan Dewan & Pentas : MGB Petaling Perdana

- JK Cenderamata, Sijil & Hadiah : MGB Hulu Langat

- JK Makanan: Peserta &VIP : MGB Klang

- JK Buku Program, Banner : MGB Kuala Selangor

& Laporan

- JK Pengacaraan, Bacaan Doa : MGB Kuala Langat

& Protokol

- JK Sambutan, Pengangkutan : MGB Sabak Bernam

& ‘Doorgift’

- JK Siaraya, Teknikal : MGB Petaling Utama

& Dokumentasi

- JK Promosi & Media : MGB Hulu Selangor

- JK Teks Ucapan, Disiplin : MGB Sepang

& Video YDP / MGBS

7

PENERIMA ANUGERAH

KATEGORI NAMA PENERIMA SEKOLAH / DAERAH
ANUGERAH JAWATAN
ANUGERAH SUKIMIN BIN JUKI SEPANG
PEMIMPIN ABD SHUKOR BIN UJANG SK DESA PINGGIRAN
TERBILANG MISNAN BIN MASWAN PUTERA HULU LANGAT
HUZAIMAH BINTI MOKHTAR KUALA
ANUGERAH ZAHARULLAI BIN HAJI HASAN TYDP MGBS SELANGOR
KHAS HAJI NOR AZMI BIN RAHMAT KLANG
SITI SARBANON BINTI MOHAMAD AMIN EXCO MGBS SABAK
KEPIMPINAN WAN NOR FADRIAH BINTI WAN IDRIS BERNAM
ROSLINA BINTI HAJI HASHIM EXCO MGBS
ANUGERAH ABDUL SAMAD BIN ABDUL GHANI KLANG
PLATINUM ROHAIDAH BINTI MOHD ALI EXCO MGBS
(25 TAHUN) NAIMAH BINTI MOHD NASIR PETALING
HAJI ISMAIL BIN SUPANDI SK TAMAN SRI PERDANA
ANUGERAH ANDALAS
EMAS MOHD MOHRADI BIN MOHD MOHLAS SEPANG
AYUB BIN MAT RASHID SK SEKSYEN 27 (2)
(20 TAHUN) ROSMAN BIN MANSOOR HULU LANGAT
MOHD KAMIL BIN SADAN SK DATO' ABU HULU LANGAT
ANUGERAH BAKAR BAGINDA
PERAK SK CONVENT SEPANG
SK KAJANG UTAMA
(15 TAHUN) SK TAMAN PUTRA PETALING
PERDANA PERDANA
ANUGERAH SK SEKSYEN 19, PETALING
GANGSA SHAH ALAM PERDANA

(10 TAHUN) SK SEAFIELD PETALING
UTAMA
SK KELANA JAYA (1)
GOMBAK
SK SG SERAI
SK TAMAN SERI GOMBAK
GOMBAK
SK LEMBAH GOMBAK
KERAMAT

8

PENERIMA ANUGERAH

KATEGORI NAMA PENERIMA SEKOLAH DAERAH
ANUGERAH

AZHAR BIN AHMAD SK BANDAR BARU GOMBAK
SELAYANG
AZMAN BIN DIN SK SUNGAI KERTAS GOMBAK
SK TAMAN
TAUFEK BIN MOHAMED SAMUDRA GOMBAK
SK BUKIT RAHMAN
AMINAH BINTI SAID PUTRA GOMBAK
SK KAJANG
AZMI BIN ZAKARIA HULU LANGAT
SOFIAH BINTI ADNAN SK RINCHING HILIR HULU LANGAT
NORAZMAH BINTI HUSSIN HULU LANGAT
MOHAMAD THANI BIN ABDULLAH SK DESA BAIDURI HULU LANGAT

MOHAMAD JAMIL BIN YAHAYA SK CHERAS JAYA HULU LANGAT
SK BANDAR SERI
ANUGERAH SAHROM BIN SHAMSUDIN PUTRA HULU LANGAT
GANGSA ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH SK SEMENYIH HULU
ZAILANI BIN KARIM SELANGOR
(10 TAHUN) SK HULU BERNAM HULU
SELANGOR
NAHARIAH BINTI HASAN NUDIN SK BUKIT KLANG
ROHANI BT HARUN BERUNTUNG 2 KLANG
SK TELOK GADONG
AZIZAH BT MAT KLANG
SK JALAN KEBUN
SK RANTAU
PANJANG

MOHD YAZID @ MOHD PAISAL BIN SK KAPAR KLANG
MOHAMAD KAMIN
SK KG JOHAN SETIA KLANG
NORAZMI BIN IBRAHIM KLANG
SK TAMAN KLANG
MOHD HAMDAN BIN RAHIM JAYA KLANG
KLANG
HAMIDI BIN SHARIFF SK BUKIT
MD ZOHRI BIN SALUKI KEMUNING 2

SK KAPAR

9

PENERIMA ANUGERAH

KATEGORI NAMA PENERIMA SEKOLAH DAERAH
ANUGERAH

MOHD RAHMAN BIN RABINGAN SK SUNGAI BUAYA KUALA
LANGAT
JAINI DARSAN SK JENJAROM
KUALA
RAHMAT BIN MUSMAN SK TG SEPAT LANGAT

AZMI KAMAL BIN MAT LAZIM SK BATU LAUT KUALA
LANGAT
NIZAMUDDIN BIN HJ ABDUL MAJID SK ASSAM JAWA
KUALA
BAKAR BIN MAT JIDI SK BKT KERAYONG LANGAT

AHMAD BADRUL AMIN BIN MOHD SK JERAM BT 20 KUALA
SAIBANI SELANGOR
SK BKT BELIMBING
ANUGERAH NIZAMUDDIN BIN ZAKARIA KUALA
GANGSA HAZIZAH BT HAMIN SK DATO' MANAN SELANGOR
SK JALAN RAJA
(10 TAHUN) MUSA KUALA
SK BANDAR BARU SELANGOR
ISA BIN ABDULLAH
SK PUNCAK ALAM 2 KUALA
NORZAKIAH BINTI HJ DAUD SELANGOR
SK SEKSYEN 24
ABDUL RAHMAN BIN MARHABAN SK TAMAN TUN DR KUALA
ISMAIL JAYA SELANGOR
AZMAN BIN MOHD ARIS SK SEKSYEN 1
BANDAR KINRARA KUALA
MAZNAH BINTI ZAINI SK DATO' ONN SELANGOR
JAAFAR
AWALUDIN BIN HJ NAWI KUALA
SELANGOR
NORLIA BT RAMLI
KUALA
SELANGOR

PETALING
PERDANA

PETALING
PERDANA

PETALING
PERDANA

PETALING
PERDANA

10

PENERIMA ANUGERAH

KATEGORI NAMA PENERIMA SEKOLAH DAERAH
ANUGERAH

A. RAHIM BIN MOHD MISLANI SK TAMAN PETALING
DESAMINIUM PERDANA

GUOK SOON LENG SK TAMAN MEGAH PETALING
UTAMA

MUSA BIN MOHD WALID SK TAMAN DATO' PETALING
HARUN (SATU) UTAMA

OOI BAN AIK SK SEKSYEN 6 KOTA PETALING

DAMANSARA UTAMA

GHAZALI BIN OTHMAN SK DAMANSARA PETALING
DAMAI 1 UTAMA

ZULKIFLI BIN AHMAD SK SEKSYEN 11 KOTA PETALING
ROSMAWATI BINTI MAT SOM
ANUGERAH DAMANSARA UTAMA
GANGSA
SK KAMPUNG PETALING
(10 TAHUN) TUNKU UTAMA

ROSLINA BINTI MAHARI SK (2) JALAN PETALING
SELANGOR UTAMA

MEGAT PAUZI BIN HJ IBRAHIM SK SERI MAKMUR SABAK
BERNAM

ISHAK BIN NOH SK SALAK SEPANG

RAJA MAIMUNAH BINTI RAJA HARUN SK KG BAHARU SEPANG
LANJUT

MOHAMAD LATIFF BIN SAARI SK DENGKIL SEPANG
MOHAMAD AZAMI BIN ISMAIL
KAMSANI BIN SAHLAN SK TAMAN SEROJA SEPANG
NADHI EDAR SDN. BHD.
PADIMAS BOOKSTORE SK KOTA WARISAN SEPANG
PUSTAKA JASA SDN. BHD.
SETIA DIDIK SDN. BHD. HJ SAUFI
SAKTI BACAAN SDN. BHD
ANUGERAH JAMAL
RAKAN
GUOH
STRATEGIK
LEMON TEE

RONALD

11

MUTIARA KATA

PESAN IMAM BUKHARI

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda
yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, kerana itu adalah
hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju
kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang
menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa
bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

12

CATATAN

13

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:
YB Tuan Muslimin bin Yahaya

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Puan Hajah Anismah binti M.Noh

Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Puan Hajah Marpuaton binti Sastero

Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah
Dr. Rashidah Begum bt. Gelamdin

Ketua Penolong Pengarah Kanan - Sektor Pengurusan Sekolah
Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Selangor
En. Sukimin bin Juki
Yang Dipertua Majlis Guru Besar Selangor
Majlis Guru Besar Daerah Negeri Selangor
Rakan Strategik Majlis Guru Besar Selangor

Guru-guru besar Sekolah Kebangsaan Negeri Selangor

14

Majlis Guru Besar Negeri Selangor
2021


Click to View FlipBook Version