The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini merupakan dokumen perancangan strategik yang digunapakai oleh Politeknik Sultan Idris Shah di dalam merancang pelaksanaan aktiviti yang dilaksanakan melalui Pelan TIndakan sepanjang tempoh 2021 sehingga 2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norman Zamri, 2021-03-23 22:19:51

BUKU PERANCANGAN STRATEGIK 2021-2025 PSIS

Buku ini merupakan dokumen perancangan strategik yang digunapakai oleh Politeknik Sultan Idris Shah di dalam merancang pelaksanaan aktiviti yang dilaksanakan melalui Pelan TIndakan sepanjang tempoh 2021 sehingga 2025

Keywords: Pelan Strategik,Perancangan,Teras,PSIS,2021-2025

PELAN STRATEGIK

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

2021-2025

1

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

HAKCIPTA TERPELIHARA
Terbitan Pertama 2021

Hakcipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini
yang boleh disiar terbitkan semula dalam sebarang bentuk dan
dengan apa cara sekalipun termasuklah elektronik, mekanikal,
fotokopi, rakaman dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis

daripada Penerbit

Diterbitkan oleh

Politeknik Sultan Idris Shah
Sg. Lang, 45100 Sg. Air Tawar

Selangor Darul Ehsan

No. Tel: 03-32806200
No. Faks: 03-32806400
Laman web rasmi: https://psis.mypolycc.edu.my/

2

ISI KANDUNGAN Halaman

Perkara 1
Kata Aluan Ketua Pengarah JPPKK 2
Kata Aluan Pengarah Politeknik PSIS 3
Pengenalan PSIS 4
Carta Organisasi PSIS 5
Tentang PSIS 6
Objektif Kualiti 7
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 8
Hala Tuju Transformasi Politeknik
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan TInggi) 9
10 Lonjakan Dalam PPPM 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) 10
Analisa SWOT PSIS
Analisa TOWS PSIS 11 - 19
Pelan Strategik Politeknik Sultan Idris Shah (2021-2025) 20 - 25
Teras Strategik Pertama – Menghasilkan Graduan TVET Berkualiti
Teras Strategik Kedua – Memantapkan Governan Yang Responsif dan Mampan 26
Teras Strategik Ketiga – Memperkaya Bakat 27 - 29
Teras Strategik Keempat – Menerajui Sistem Pendidikan Melalui TVET 4.0 30 - 32
Teras Strategik Kelima – Memperkukuh Kolaborasi Industri dan Komuniti 33
Teras Strategik Pertama – Menghasilkan Graduan TVET Berkualiti 34 - 35
Jawatankuasa Pembangunan Pelan Strategik PSIS 2021-2025 36
Senarai Singkatan 37
38
39

KATA ALUAN
KETUA PENGARAH
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Penggubalan Pelan Strategik Politeknik & Kolej Komuniti (PSPKK) 2018-2025
adalah sejajar dengan penggabungan semula institusi Politeknik dan Kolej
Komuniti di Malaysia.

Pencapaian bagi Fasa 1 (2018-2020) PSPKK yang menyasarkan pemacuan
peningkatan sistem telah didokumenkan. Secara ringkasnya, pencapaian enam
teras yang ditetapkan iaitu memastikan graduan TVET yang berkualiti, melestari
institusi kondusif, memperkaya bakat, mereka bentuk semula sistem
pendidikan, memantapkan perkongsian industri dan komuniti dan
membudayakan penyelidikan gunaan dan inovasi telah diperhalusi. Bagi fasa 1
ini, pelan ini dilihat mampu memacu peningkatan modal insan berasaskan
kepada keperkasaan sistem pengajian Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk
kepentingan negara seiring Revolusi Industri 4.0.

Bagi tempoh Fasa 2 (2021-2025) , matlamat seterusnya adalah untuk
menganjak ke arah kecemerlangan institusi Politeknik dan Kolej
Komuniti. Untuk memastikan ianya tercapai, semua institusi seharusnya terus
meningkatkan usaha bagi kecemerlangan di peringkat institusi dan JPPKK.

Untuk itu, saya menyeru kepada semua warga Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
untuk bersedia dalam mendepani cabaran pada masa kini bagi menyediakan
modal insan yang akan menerajui masa hadapan. Wadah ini pasti dapat
direalisasikan dengan kesiapsiagaan kita dengan lima jenis minda iaitu
disciplined, synthesizing, creating, respectful & ethical minds.

Akhir kata, sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Pelan Strategik PSIS 2021-
2025. Terima kasih.

Y.BHG. Ts. ZAINAB BINTI AHMAD 1
Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

KATA ALUAN
PENGARAH
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT dan Salam PSIS Bumi Bertuah
Warga PSIS yang dikasihi sekalian,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan izin-NYA jua,
kita dapat melancarkan Dokumen Perancangan Strategik Politeknik
Sultan Idris Shah bagi tahun 2021-2025. Penggubalan pelan ini adalah
bertunjangkan kepada Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti
2018-2025 yang telah dibangunkan.

Pelan Strategik PSIS 2021-2025 ini bermatlamat untuk menghasilkan
graduan PSIS yang berkualiti dan menjadi pilihan di dalam pasaran
pekerjaan. "If you fail to plan, you are planning to fail". Pelan ini turut
digunakan bagi perancangan program yang relevan dan responsif serta
merangkumi kesemua peringkat warga PSIS. Semoga segala
perancangan aktiviti di dalam Pelan Tindakan Tahunan PSIS dapat
disesuaikan berdasarkan kepada pelan ini bagi memastikan enam teras
strategik yang digariskan dapat dicapai.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan
tahniah kepada ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus
menyumbang idea, tenaga dan masa bagi menghasilkan dokumen
yang bakal menentukan serta menterjemahkan hala tuju PSIS
sepanjang lima (5) tahun yang akan datang.

Akhir kata, saya yakin kunci kejayaan di dalam merealisasikan aspirasi
yang digariskan ini adalah kerjasama berpasukan yang mampan dari
semua warga PSIS. "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat". Sekian, terima kasih.

ENCIK ISHANUDDIN BIN HUSSIN 2
Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah

PENGENALAN P.S.I.S

• Politeknik Sultan Idris Shah (P.S.I.S) yang dahulunya dikenali sebagai
Politeknik Sabak Bernam (PSB) adalah Politeknik ke-17 ditubuhkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. PSB mula beroperasi pada 16 Mei
2003. Kampus ini terletak di Sungai Lang, Sungai Air Tawar, Sabak
Bernam, Selangor. Dengan keluasan tanah 99.4 ekar dan dilengkapi
dengan pelbagai infrastruktur sesuai sebagai sebuah pusat pengajian
tinggi.

• 01 Disember 2005 (Khamis) bersamaan 29 Syawal 1426 Hijrah, PSB
telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan diberi
nama rasmi baharu, Politeknik Sultan Idris Shah (P.S.I.S). Penubuhan
P.S.I.S ini selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai
pekerja separa profesional yang berkualiti bagi menampung
keperluan sektor awam dan swasta. Pekerja-pekerja yang dilahirkan ini
turut berperanan dalam merealisasikan misi dan visi negara menuju
Wawasan 2020.

3

CARTA ORGANISASI P.S.I.S

4

TENTANG P.S.I.S

P.S.I.S MERUPAKAN SALAH SEBUAH POLITEKNIK KONVENSIONAL
TERUNGGUL DI MALAYSIA

VISI PIAGAM PELANGGAN
Menjadi peneraju institusi TVET yang • Menyediakan dan mengusahakan
unggul
peningkatan secara berterusan dalam
MISI
• Menyediakan akses yang meluas kepada aspek yang berkaitan dengan

program TVET berkualiti dan diiktiraf. pengajaran, penyelidikan dan
• Memperkasa komuniti melalui persekitaran sejajar dengan piawaian

pembelajaran sepanjang hayat. yang ditetapkan dan amalan terbaik
• Melahirkan graduan holistik, berciri
yang diterima guna.
keusahawanan dan seimbang. • Memberi perkhidmatan yang efisien
• Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian
dan berkualiti dengan meningkatkan
pintar dengan pihak berkepentingan. kualiti pengurusan, pentadbiran serta

QUICK FACT perkhidmatan.
Nombor Perakuan Pendaftaran: • Berusaha untuk memperkasakan
POLITEKNIK/017(001)
Tahun ditubuhkan: 2003 bakat kepimpinan bagi melahirkan
Kategori Politeknik: Konvensional
Keluasan: 99.479 ekar (Kampus Kekal) modal insan yang holistik dan peka
Kapasiti Pelajar: 3600 orang kepada isu-isu kemasyarakatan dan
Kapasiti Asrama: 2528 orang
perubahan global.
• Mengukuhkan jaringan kerjasama

dalam pelbagai rangkaian strategik

tempatan dan global.

TAGLINE WARNA KORPORAT RASMI 5
DESIGNING YOUR FUTURE Royal Blue

OBJEKTIF KUALITI

Kecemerlangan Politeknik Sultan Idris Shah:

KECEMERLANGAN AKADEMIK
• Memastikan kadar kelulusan bagi setiap program tidak kurang daripada 98% bagi

setiap semester.
• Berusaha memastikan sekurang-kurangnya 25% daripada pelajar yang lulus

mencapai nilai mata 3.00 atau lebih untuk setiap semester.
KECEMERLANGAN STAF
• Memastikan setiap staf menghadiri latihan sekurang-kurangnya 10 hari dalam

setahun.
• Memastikan Jadual Perancangan Latihan Staf dilaksanakan sekurang-kurangnya

85% dalam tempoh setahun.
KECEMERLANGAN PROSES
• Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan/mencapai petunjuk

prestasi yang ditetapkan.

6

PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI
NEGARA (PSPTN)

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dibentuk berdasarkan Teras 2 dalam
Rancangan Malaysia ke-9, yang jelas menyatakan bahawa untuk mencapai Wawasan 2020,
negara perlu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk
minda kelas pertama.

Ianya digubal dengan hasrat untuk melahirkan modal insan untuk menyokong teras Misi
Nasional dalam meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk
minda kelas pertama.

4 Fasa dalam Pelaksanaan PSPTN:
Fasa 1 (2007 – 2010): Peletakan Asas
Fasa 2 (2011 – 2015): Peningkatan dan Pemerkasaan
Fasa 3 (2016 – 2020): Kecemerlangan
Fasa 4 (melangkaui 2020): Kegemilangan dan Kelestarian

7 Teras dalam PSPTN:
1. Meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti;
2. Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran;
3. Memperteguh penyelidikan dan inovasi;
4. Memperkasakan institusi pengajian tinggi;
5. Mempergiatkan pengantarabangsaan;
6. Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat; dan
7. Mengukuhkan sistem penyampaian KPT

Keterlibatan Politeknik dan Kolej Komuniti amat penting dan ketara dalam PSPTN, terutama
dalam konteks teras yang berkaitan dengan perluasan akses dan pembelajaran sepanjang
hayat.

7

HALA TUJU TRANSFORMASI
POLITEKNIK

Hala tuju Transformasi Politeknik mempunyai matlamat untuk membina upaya baharu politeknik
bagi membangunkan sumber manusia negara untuk memenuhi keperluan Model Baru Ekonomi
(MBE) yang memberi penekanan kepada upaya inovasi dan kreativiti.

Konsep Transformasi Politeknik merangkumi perubahan sistemik yang menjurus kepada
pewujudan institusi pilihan, penghasilan siswazah yang menepati kehendak pasaran (employable
graduates) dan pembinaan persepsi positif dalam kalangan masyarakat terhadap pendidikan
politeknik. Aspek yang dicakupi melibatkan pemerkasaan dasar, penambahbaikan reka bentuk
proses, penyampaian dan penilaian program, pembangunan kurikulum yang mantap, penjaminan
kualiti program, pembangunan tenaga pengajar yang kompeten, pelajar yang berkualiti, sumber
dan kemudahan yang lengkap dan usaha inovasi yang berterusan.

Objektif Transformasi Politeknik ialah:
• Melonjakkan politeknik sebagai institusi peneraju bidang pendidikan dan latihan teknik dan

vokasional pada peringkat diploma.
• Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di politeknik terhadap

kehendak pembangunan ekonomi negara.
• Menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu bagi menghasilkan siswazah berkualiti yang

berdaya usahawan, berkebolehpasaran tinggi dan berdaya saing.
• Membina reputasi dan jenama yang mampu meletakkan politeknik antara institusi pengajian

tinggi negara yang terbaik.
• Mempelbagaikan dan meluaskan penawaran program yang mampu menarik minat pelajar ke

politeknik

Pelaksanaan Transformasi Politeknik dirancang untuk dilaksanakan dalam empat fasa seperti

berikut:

Fasa 1 - Quick Wins dan Institutional - Transformation (2010-2012)

Fasa 2 - Peningkatan (2013-2015)

Fasa 3 - Pemerkasaan (2016 – 2020)

Fasa 4 - Kecemerlangan (melangkaui 2020) Sumber : Hala Tuju Transformasi Politeknik, 2012

8

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA 2015-2025 (Pendidikan
Tinggi)

Aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi adalah untuk mewujudkan sistem
pendidikan tinggi yang terbaik yang membolehkan Malaysia bersaing dalam
ekonomi dunia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)
dirangka berasaskan pencapaian semasa yang memerlukan perubahan besar agar
pendidikan tinggi di Malaysia sentiasa berdaya saing seiring trend global. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) menggariskan 10 lonjakan
bagi mencapai aspirasi sistem dan aspirasi pelajar. Lonjakan ini akan mendorong
kecemerlangan berterusan dalam sistem pendidikan tinggi. Lonjakan ini juga akan
menjelaskan kaedah untuk menangani isu berkaitan prestasi utama sistem,
terutamanya kualiti dan kecekapan serta pengaruh persekitaran global yang
semakin mencorakkan landskap pendidikan tinggi.
Empat Lonjakan yang pertama memfokus pada keberhasilan warga pendidikan
tinggi, termasuk pelajar dalam laluan akademik dan TVET, komuniti akademik dan
seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti pembelajaran sepanjang hayat. Enam
Lonjakan seterusnya memberi tumpuan pada pemboleh (enablers) ekosistem
pendidikan tinggi, merangkumi pembiayaan, tadbir urus, inovasi, pembelajaran
dalam talian, pengantarabangsaan dan penyampaian.

Sumber : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)

9

10 LONJAKAN DALAM PELAN
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA 2015-2025 (PENDIDIKAN TINGGI)

PPPM (PT) menggariskan 10 Lonjakan bagi
mencapai aspirasi sistem dan aspirasi pelajar.
Lonjakan ini akan mendorong kecemerlangan
berterusan dalam sistem pendidikan tinggi.
Lonjakan ini juga akan menjelaskan kaedah untuk
menangani isu berkaitan prestasi utama sistem,
terutamanya kualiti dan kecekapan serta pengaruh
persekitaran global yang semakin mencorakkan
landskap pendidikan tinggi.

Empat Lonjakan yang pertama memfokus pada
keberhasilan warga pendidikan tinggi, termasuk
pelajar dalam laluan akademik dan TVET,
komuniti akademik dan seluruh rakyat Malaysia
yang mengikuti pembelajaran sepanjang hayat.
Enam Lonjakan seterusnya memberi tumpuan
pada pemboleh (enablers) ekosistem pendidikan
tinggi, merangkumi pembiayaan, tadbir urus,
inovasi, pembelajaran dalam talian,
pengantarabangsaan dan penyampaian.

10

ANALISIS SWOT
KEKUATAN (STRENGTHS) P.S.I.S

S1.PENGURUSAN, TADBIR URUS DAN SOKONGAN KERAJAAN YANG BAIK
1. Sokongan yang berterusan daripada Pengurusan Tertinggi Politeknik

Sultan Idris Shah & Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti untuk
meningkatkan imej dan status P.S.I.S sebagai Pusat Pendidikan TVET ke
arah Revolusi Industri 4.0
2. Kos pengurusan institusi yang dibiayai dan disokong sepenuhnya oleh
Kerajaan Malaysia.
• Pembiayaan program-program berimpak tinggi seperti Program
Kebolehpasaran Graduan, Karnival Kerjaya dan Program PENJANA
3. Pihak Pengurusan menyokong sepenuhnya usaha pemantapan aktiviti
keusahawanan yang menjadi agenda perdana negara.
4. Kerjasama antara Ahli Jawatankuasa Pengurusan di dalam
memperkasakan urus tadbir dan pengurusan kewangan institusi.
5. Pengurusan organisasi di peringkat Jabatan/Seksyen/Unit yang
berstruktur.
• Penggunaan aplikasi bagi pengagihan tugas
• Agihan tugas bersesuaian dengan kemahiran dan kelayakan staf
6. Komunikasi dan penyampaian maklumat meluas dan
mudah dicapai. Jaringan kolaborasi dengan institusi pendidikan dan
industri yang mantap.

11

ANALISIS SWOT
KEKUATAN (STRENGTHS) P.S.I.S

S2. P.S.I.S MERUPAKAN INSTITUSI TVET YANG DIKENALI
1. Kadar bayaran yuran pengajian yang rendah berbanding institusi

pendidikan yang lain.
2. Usaha penjenamaan korporat P.S.I.S secara berterusan.
3. Pengiktirafan CENTA dalam bidang tujahan Alam Sekitar pada 28 Oktober

2020
4. Kadar kebolehpasaran yang tinggi.
5. Urusan kolaborasi dengan komuniti dan agensi luar berkaitan latihan dan

PSH yang mudah
6. Diiktiraf sebagai kampus digital (Premier Digital Technology Institution

oleh MDEC
7. Bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti CSR bersama komuniti
• MyPolyHome – 2019
• Skill Fighter – 2019
8. Produk inovasi yang telah didaftarkan dengan MyIPO

12

ANALISIS SWOT
KEKUATAN (STRENGTHS) P.S.I.S

S3. SOKONGAN PADU ALUMNI PSIS
1. Persatuan Alumni P.S.I.S yang berdaftar sejak 2008
2. Penglibatan alumni di dalam pelbagai program yang dianjurkan (akademik dan

non-akademik) sebagai penaja, penceramah dan juri pertandingan.
3. Alumni yang bekerja di dalam pelbagai sektor pekerjaan (kerajaan dan swasta)
4. Perkongsian pengalaman dan kejayaan oleh alumni bersama pelajar.
5. Penawaran peluang pekerjaan kepada graduan P.S.I.S di firma milik alumni.

S4. PENGIKTIRAFAN & PENCAPAIAN YANG GEMILANG
1. Pencapaian KPI (2020 – 100% , 2019 – 99.92%, 2018 – 91.62%)
2. Pencapaian yang cemerlang dan diiktiraf berjaya diraih oleh pelajar dan staf

P.S.I.S, antaranya;
• Juara Keseluruhan FIRA Robot 2019,2018
• Juara Keseluruhan Polyskill 2019. 2018. 2017
3. Kejayaan dalam aktiviti penyelidikan, pembentangan peringkat kebangsaan dan

Antarabangsa.
4. Kejayaan dan pengiktirafan dalam pertandingan inovasi (kebangsaan dan

antarabangsa).
5. Penerbitan kertas penyelidikan di dalam prosiding dan jurnal kebangsaan dan

Antarabangsa.
6. Kejayaan dalam pertandingan sukan yang disertai.
7. Badan Akreditasi yang memberi pengiktirafan (SIRIM, MQA, BEM, PENA, BeSS,

JAKIM, COT).

13

ANALISIS SWOT
KEKUATAN (STRENGTHS) P.S.I.S

S5. PENSYARAH YANG MEMPUNYAI KOMPETENSI TINGGI
1. 10 orang pensyarah pakar/mentor bidang keusahawanan peringkat

kebangsaan.
2. Pensyarah yang berkelayakan dari segi akademik.
3. Kompetensi pensyarah dalam bidang tujahan alam sekitar.
• 5 orang – Training on Industrial Effluent Treatment System & Water Quality

Analysis with Competency Test.
• 2 orang - SKK Pematuhan Teknologi Hijau.
4. Mempunyai kompetensi menjadi tenaga pengajar bagi aktiviti TSP.
5. Kebolehan melaksanakan penyelidikan dan inovasi.
6. Penggunaan Sistem Kompetensi Matriks Staf (SKiMMA) bagi merekod

kompetensi staf.
7. Pensyarah diiktiraf oleh Badan Profesional (LAr., Ts, Ir.).

S6. KEMUDAHAN FASILITI/INFRASTRUKTUR YANG LENGKAP
1. Landskap kampus PSIS yang luas, indah dan dipelihara dengan baik.
2. Persekitaran pembelajaran yang kondusif.
3. Kemudahan fasiliti yang baik untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran,

kokurikulum dan sukan.
4. Kemudahan TECC Room 2.0 dan 3.0.
5. Makmal Robotik.
6. Inkubator keusahawanan yang menarik.
7. Kemudahan dan kelengkapan yang lengkap untuk pelaksanaan latihan dan

kursus PSH.
8. Kemudahan dan fasiliti menyokong ke arah IR 4.0 (MyRen 1GB).

14

ANALISIS SWOT
KELEMAHAN (WEAKNESSES)

W1. SUMBER KEWANGAN YANG TERHAD
1. Pelaksanaan aktiviti berdasarkan peruntukan yang diagihkan kepada institusi sahaja.
2. Tiada agihan peruntukan khas untuk pengurusan Seksyen/Unit kecil seperti:
• Penyertaan pertandingan inovasi dan persidangan akademik
• Pengurusan Unit Komunikasi Korporat
• Peruntukan untuk Aktiviti Pengantarabangsaan
• Kos kalibrasi peralatan, kursus kompetensi pengurusan makmal dan persijilan SAMM

MS ISO/IEC 17025 yang tinggi
3. Peruntukan terhad bagi pembayaran kepada penceramah dan profesional atau dari

agensi luar
4. Tiada peruntukan pembelian peralatan / aset baharu.

W2. KEMUDAHAN / INFRASTRUKTUR YANG TIDAK TERKINI
1. Kebanyakan peralatan/mesin bagi kegunaan PdP tidak selari dengan kehendak

industri semasa.
2. Peralatan telekomunikasi PABX Telecommunication Controller bukan yang terkini.
3. Peralatan makmal yang tidak mempunyai sijil kalibrasi.
4. Kemudahan sedia ada belum dapat memenuhi keperluan IR 4.0 sepenuhnya.

15

ANALISIS SWOT
KELEMAHAN (WEAKNESSES)

W3. LOKALITI KAMPUS DI KAWASAN LUAR BANDAR
1. Kedudukan P.S.I.S yang jauh dari kawasan industri dan syarikat besar
2. Akses kepada industri yang terhad bagi tujuan ujikaji dan penawaran perkhidmatan

kepakaran
3. Jaringan kolaborasi yang terhad
4. Kesukaran pelaksanaan TSP berskala besar menyebabkan penjanaan Akaun Amanah

yang terhad
5. Komitmen pihak industri dan alumni yang terhad
6. Kos perjalanan menghadiri program/mesyuarat yang tinggi.

W4. SUMBER MANUSIA
1. Tiada pengisian pegawai dalam gred terbuka menyebabkan penggunaan staf gred

DH di unit lain.
2. Staf akademik kurang kefahaman skop tugas utama dan tanggungjawab PPPT
3. Staf akademik di luar bidang (tidak spesifik mengikut bidang program pengajian yang

ditawarkan)

16

ANALISIS SWOT
PELUANG (OPPORTUNITIES)

O1. SUMBER BANTUAN KEWANGAN KEPADA PELAJAR
• Kemudahan pembiayaan melalui PTPTN, Lembaga Zakat Negeri, Yayasan Negeri dan

Yayasan Industri (KUOK Foundation) dan sebagainya.
• Pembiayaan khusus aktiviti pelajar melalui peruntukan ABM

O2. TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)
• Kerjasama bersama dengan pihak NGO dan syarikat multinasional yang cenderung

melaksanakan aktiviti CSR
• Mempertingkatkan kolaborasi dengan IKS bagi peluang program upskilling dan

reskilling
• P.S.I.S boleh mewujudkan hubungan yang baik bersama komuniti setempat melalui

program CSR bersasar dan memberi kesan jangka panjang.
• Menggunakan kemahiran teknikal staf (contohnya bidang teknologi maklumat) untuk

peningkatan komuniti setempat.

17

ANALISIS SWOT
PELUANG (OPPORTUNITIES)

O3. KOLABORASI INDUSTRI
1. Melaksanakan jalinan kolaborasi dengan pihak media, Jabatan Penerangan

Malaysia, NGO bagi mempromosi P.S.I.S
2. Membina rangkaian hubungan dan kolaborasi bersama industri, agensi

kerajaan dan swasta bagi aktiviti pelajar.
3. Menggunakan peluang pelawaan penyelidikan PPRN
4. Penawaran khidmat konsultansi dan latihan oleh pensyarah kepada pihak

industri atau agensi luar serta komuniti

O4. INISIATIF KERAJAAN
1. Staf mengambil peluang terhadap inisiatif dari segi sokongan kewangan

pelaksanaan latihan, peningkatan kompetensi, pengalaman industry (SIP, HLP)
2. Pelajar mengambil peluang inisiatif program PENJANA yang memberi peluang

pekerjaan terus kepada graduan

18

ANALISIS SWOT
ANCAMAN (THREATS)

T1. PERMINTAAN PELANGGAN/PEMEGANG TARUH (STAKEHOLDER)
1. Perubahan dalam permintaan dan keperluan pelanggan / pemegang taruh /

pihak berkepentingan
2. Peningkatan dan penurunan enrolmen ambilan pelajar
3. Peningkatan dan penurunan pelaksanaan kursus TSP
4. Penurunan penawaran peluang pekerjaan oleh industry
5. Jangkaan pihak industri terhadap graduan yang terlalu tinggi

T2. PERUBAHAN PANTAS DALAM TEKNOLOGI terkini akan
1. Perubahan yang pantas dalam penggunaan teknologi

mempengaruhi kebolehpasaran graduan
2. Penyebaran maklumat yang tidak terkawal melalui media sosial
3. Tidak dapat memenuhi keperluan semasa industri.

T3. PERUBAHAN DALAM POLISI KERAJAAN
1. Keadaan politik yang tidak stabil memberi kesan kepada pelaksanaan peringkat

institusi.
2. Dasar dan polisi yang berubah-ubah memberi kesan kepada polisi peringkat

kementerian, polisi pengurusan kewangan dan struktur organisasi.

T4. MASALAH EKONOMI MALAYSIA DAN DUNIA
1. Keadaan ketidaktentuan ekonomi negara boleh menjejaskan kadar

kebolehpasaran pekerjaan di kalangan graduan P.S.I.S
2. Pandemik COVID-19 menjejaskan kebangkitan ekonomi dalam jangkamasa

yang tidak dapat dipastikan.

19

ANALISIS TOWS
STRATEGI W-O & STRATEGI S-O

KEKUATAN (STRENGHTS)
S1. Pengurusan, Tadbir Urus dan Sokongan Kerajaan Yang Baik
S2. Institusi TVET yang telah dikenali
S3. Pengiktirafan/Pencapaian
S4. Kompetensi Pensyarah yang tinggi
S5. Sokongan Alumni PSIS
S6. Kemudahan & Prasarana

KELEMAHAN (WEAKNESSES)
W1. Sumber kewangan yang terhad
W2. Kemudahan dan Infrastruktur yang tidak mencukupi
W3. Lokaliti Kampus
W4. Sumber Manusia

OPPORTUNITIES (PELUANG)
O1. Sokongan kewangan kepada pelajar
O2. Kolaborasi Industri
O3. CSR
O4. Inisiatif Kerajaan

20

ANALISIS TOWS
STRATEGI W-O & STRATEGI S-O

STRATEGI W-O
1. Mengatasi sumber kewangan yang terhad dengan menawarkan kepakaran

staf melalui mendapatkan peruntukan daripada syarikat yang mempunyai
kolaborasi aktif contohnya: KPro / KJ perlu mengenal pasti kompetensi
pensyarah utk menawarkan kemahiran sumber manusia yang mereka ada
dibawah program TSP bagi menjana pendapatan institusi (W1, O2)
2. Mengatasi kemudahan dan infra yang tidak mencukupi dengan kolaborasi
industri sedia ada untuk tujuan PdP, Latihan Industri dan Kursus Time Sector
Privatisation (TSP) (W2, O2)
3. Lokaliti kampus yang jauh di atasi dengan kolaborasi industri sedia ada
melalui program dalam talian yang lebih intensif dan memastikan semua
pensyarah perlu diberi kemahiran PdP Dalam Talian bagi memudahkan
penawaran kursus dalam talian. (W3, O3)
4. Meningkatkan kompetensi pensyarah melalui inisiatif kerajaan seperti
program peningkatan kompetensi seperti SIP, HLP dan sijil profesional,
upskilling. SKPK perlu menawarkan kemudahan permohonan latihan
kemahiran secara dalam talian bagi memenuhi kompetensi secara
berterusan. (W4, O4)
5. Lebihan pensyarah bukan bidang boleh di atasi melalui program reskilling
bagi yang bukan bidang dan upskilling bagi dalam bidang. (In house training)
(W4, O2)
6. Mengatasi kurang kefahaman skop tugas melalui program pembangunan
pensyarah dengan mengadakan bengkel pembangunan dan pengkayaan
tugas skim DH. (W4, O4)

21

ANALISIS TOWS
STRATEGI W-O & STRATEGI S-O

STRATEGI S-O
1. Mewujudkan kolaborasi bersama syarikat e-dagang meliputi aspek

perkongsian ilmu, latihan industri, SIP, pengkomersilan, keusahawanan
dan lain-lain. (S2, O2)
2. Melaksanakan program dan aktiviti yang melibatkan alumni dan
persatuan alumni serta membangunkan pangkalan data alumni berpusat
dan bersepadu (S5, O3)
3. Meluaskan jaringan dan kolaborasi pintar dengan pihak berkepentingan
terkemuka merentas bidang dalam meningkatkan pengiktirafan dan
pencapaian di peringkat tertinggi. (S3, O2)
4. Melaksanakan program CSR berimpak tinggi berdasarkan kompetensi
pensyarah. (S4, 03)
5. Menambah baik kemudahan dan prasarana yang kondusif dan
mampan bagi memenuhi keperluan kurukulum terkini. (S6, O4)
6. Memastikan pelajar mendapat bantuan kewangan dan kebajikan
daripada institusi-institusi yang berkenaan seperti PTPTN, Yayasan
Negeri, Lembaga Zakat dan lain-lain melalui informasi berterusan dan
bantuan dari JPPPel. (S1, O4)

22

ANALISIS TOWS
STRATEGI S-T & STRATEGI W-T

KEKUATAN (STRENGHTS)
S1. Pengurusan, Tadbir Urus dan Sokongan Kerajaan Yang Baik
S2. Institusi TVET yang telah dikenali
S3. Pengiktirafan/Pencapaian
S4. Kompetensi Pensyarah yang tinggi
S5. Sokongan Alumni PSIS
S6. Kemudahan & Prasarana

KELEMAHAN (WEAKNESSES)
W1. Sumber kewangan yang terhad
W2. Kemudahan dan Infrastruktur yang tidak mencukupi
W3. Lokaliti Kampus
W4. Sumber Manusia

ANCAMAN (THREAT)
T1. Permintaan Pelanggan/Stakeholder
T2. Perubahan polisi kerajaan
T3. Perubahan pantas dalam teknologi
T4. Masalah ekonomi Malaysia dan dunia

23

ANALISIS TOWS
STRATEGI S-T & STRATEGI W-T

STRATEGI S-T
1. Menambahkan bilangan pengiktirafan akreditasi dari badan-badan

pengiktirafan kebangsaan dan antarabangsa (S1, T2)
2. Memantapkan lagi QAS SIRIM ISO1901:2015 dengan mengsasarkan sifar

NCR. (S1, T2)
3. Mendapatkan pengiktirafan NIOSH untuk keselamatan fasiliti & PdP (S1, T2)
4. Membuat penanda aras (benchmarking) dengan IPTA / IPTS dari segi

pengurusan akademik / kurikulum (S1, T2)
5. Menambah dan memperbagaikan bilangan pengiktirafan bagi memenuhi

keperluan pelanggan dan pihak berkepentingan (S2 S3, T1)
6. Kompetensi pensyarah yang sedia ada dipertingkatkan dengan kursus-

kursus yang sesuai dari segi kemahiran & pembangunan bakat bagi
menepati perubahan pantas dalam teknologi / 4IR (S4, T3)
7. Pihak alumni & industri kolaborasi melaksanakan program bilateral dengan
memberi peluang pekerjaan, latihan industri, penyelidikan, keusahawanan
dan perkongsian pengetahuan kepada pelajar dan graduan (S5, T4)
8. Kemudahan dan prasarana sedia ada perlu dinaik tarafkan bagi menepati
perubahan pantas dalam teknologi bersesuaian dengan keperluan industri
(S6, T3)

24

ANALISIS TOWS
STRATEGI S-T & STRATEGI W-T

STRATEGI W-T

1. Menyalurkan sumber kewangan kepada program aktiviti pelajar yang
mempunyai keutamaan dan dirancang dengan baik. (W1, T1)

2. Menggunakan kemudahan daripada sumber luar seperti rakan kolaborasi
industri, alumni, agensi luar dan komuniti setempat. (W2, T1 T4)

3. Memberi keutamaan dan pengkhususan kepada pelajar dan pensyarah
yang bekeperluan untuk menggunakan kemudahan infrastruktur sedia
ada. (W2 W4, T3)

4. Mempergiatkan aktiviti promosi cakna P.S.I.S kepada pelajar-pelajar
sekolah menengah di Daerah Sabak Bernam, Tanjung Karang dan Kuala
Selangor. (W3, T1)

5. Menyediakan kemudahan khas terkini yang diperlukan oleh pelajar
seperti cetakan lukisan kejuruteraan melalui permohonan peruntukan
belanjawan kerajaan berkaitan TVET. (W2, T2 T4)

6. Mempelbagaikan kemahiran staf melalui latihan penggunaan teknologi
terkini dan mengikut tren industri. (W4, T3)

25

PELAN STRATEGIK
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH 2021-2025

PENGENALAN
Pelan Strategik P.S.I.S 2021-2025 merupakan dokumen perancangan strategik
P.S.I.S yang digubal bagi memenuhi intipati pelan secara menyeluruh yang
digariskan di dalam Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (2018-
2025). Ia dibangunkan bagi memastikan warga P.S.I.S dapat menghayati
seterusnya melaksanakan perancangan yang dibuat kepada tindakan yang
berkesan. Di dalam usaha menyediakan tenaga kerja yang berpengetahuan
dan kompeten di dalam bidang teknikal dan vokasional melalui sistem
pendidikan dan latihan berkualiti bagi menyokong pertumbuhan ekonomi
negara, P.S.I.S menyandarkan kepada empat nilai teras iaitu kreatif dan inovatif,
integriti, tangkas dan profesionalisme warganya. ENAM (6) teras strategik yang
digariskan pula memfokuskan kepada elemen-elemen penting di dalam
konteks Pendidikan Tinggi Negara bagi meningkatkan keberkesanan
pelaksanaannya seterusnya menganjak P.S.I.S ke arah kecemerlangan . Setiap
Teras Strategik mengandungi Objektif Strategik yang mencetuskan inisiatif-
inisiatif bagi mencapai keberhasilan melalui pencapaian Petunjuk Prestasi
Utama (KPI) yang dirangka melalui Pelan Tindakan institusi.

26



PELAN STRATEGIK
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH 2021-2025

27

PELAN STRATEGIK
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH 2021-2025

28

PELAN STRATEGIK
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH 2021-2025

29



PELAN STRATEGIK
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH 2021-2025

30

PELAN STRATEGIK
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH 2021-2025

31

PELAN STRATEGIK
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH 2021-2025

32



PELAN STRATEGIK
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH 2021-2025

33



PELAN STRATEGIK
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH 2021-2025

34

PELAN STRATEGIK
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH 2021-2025

35



PELAN STRATEGIK
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH 2021-2025

36



PELAN STRATEGIK
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH 2021-2025

37

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN PELAN
STRATEGIK PSIS 2021-2025

Penasihat
Encik Ishanuddin Bin Hussin

Pengerusi
Dr. Mazura Binti Mansor

Timbalan Pengerusi
Tuan Haji Zulkifli Bin Mat Nasir
Penyelaras Pelan Strategik PSIS

Encik Norman Bin Zamri

Jawatankuasa Teras

Urusetia Teras 1 Teras 2
Puan Nor Hayati Binti Mohammed Sani Puan Rasidah Binti Sapri (K) Tuan Haji Mohd Farid Bin Dawam (K)
CIk Siti Aishah Binti Mohamad Sis
Puan Noorasyikin Binti Nordin Puan Rosmanizah Binti Derahman Puan Chia Soi Lee
Dr. Mazlina Binti Jamaludin Encik Khirun Bin Md Shah
Penyunting Encik Mohamad Faiz Bin Jamaludin
Encik Norman Bin Zamri Puan Seti Suhadaini Binti Mohammed Encik Nor Rusli Bin Abu Bakar
Encik Mohamad Fauzi Bin Che Pa Ts. Khalid Bin Deris
Encik Mohamad Faiz Bin Jamaludin
Teras 3 Teras 4
Pereka Grafik
Tuan Haji Mohd Amin Bin Zakaria (K) Puan Saedah Johny Noakes (K)
Cik Adilla Binti Abd Hassan Puan Safiza Binti Alfian Yusof Encik Mohamad Fauzi Bin Che Pa

Encik Mohamad Ramzan Bin Mohd Toha Encik Abdul Rashid Bin Hj. Mohd Munir

Teras 5 Teras 6
Encik Hairulanuar Bin Rosman (K) Dr. Norazwa Binti Zolkifli@Uda (K)
Ts. Nizam Bin Mohd Nasir
LAr. Dr. Zanariah Binti Kasim Dr. Che Zawiyah Binti Che Hasan
Tuan Haji Che Samsuriza Bin Che Noh

38

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN PERKATAAN

JPPKK Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti
KPT Kementerian Pengajian Tinggi
PSIS Politeknik Sultan Idris Shah
TVET Technical & Vocational Education & Training
PSPTN Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
MBE Model Baru Ekonomi
TECC Technology Enable Collaborative Classroom
IR 4.0 Industrial Revolution 4.0
PPRN Public Private Research Network
Sangkutan Industri Pensyarah
SIP
HLP Hadiah Latihan Persekutuan
GOT Graduate On Time

39

CATATAN


Click to View FlipBook Version