Amalan Berpantang
Secara Tradisional
Bagi Kaum Melayu
Nama: Salma Aisyah binti Mohd Nasaruddin
No Matrik: 286382
Subjek: Pengenalan Pengurusan Warisan
Amalan berpantang merupakan amalan yang dilakukan oleh ibu selepas bersalin
iaitu selepas melahirkan bayi.
Berpantang merupakan amalan yang telah dilakukan sejak turun temurun lagi
mengikut budaya masing-masing.
Bagi masyarakat Melayu tempoh berpantang sebanyak 44 hari tetapi ada juga
yang berpantang selama 60 hingga 100 hari mengikut kehendak individu itu
sendiri.
Berpantang ini boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu berpantang secara
tradisional dan berpantang secara moden.
Perbezaan antara kedua-dua cara berpantang ini ialah dari segi kecanggihan
teknologi dan ubat-ubatan.
Amalan Berpantang Secara Tradisional bagi
Kaum Melayu
Amalan Urutan ini dilakukan selepas hari ke-3 bersalin bagi yang
bersalin secara normal dan bagi yang bersalin secara
Berurut pembedahan dilakukan selepas hari ke-7.
Berurut dilakukan 3 hari berturut-turut dan hanya berurut
sehari sekali. Tidak boleh dilakukan pada waktu tengahari
kerana pada waktu itu urat menjadi keras dan digalakkan pada
waktu pagi atau malam kerana urat masih dalam keadaan
lembut.
Pengurut akan menggunakan jari dan tapak tangan untuk
mengurut ibu selepas bersalin ini. Bagi badan yang bersaiz
besar, pengurut akan menggunakan siku.
Pengurut tidak akan menggunakan kaki kerana urutan adalah
secara lemah-lembut dan tidak boleh terlalu kasar.
Urutan ini dimulai dengan bahagian perut, peha, betis, tapak kaki,
punggung, belakang, bahu, tangan dan akhir sekali bahagian muka
dan kepala bagi yang bersalin secara normal manakala yang
bersalin secara pembedahan bahagian perut tidak akan disentuh.
Menggunakan pelbagai jenis minyak seperti minyak kelapa dan
minyak masak. Ada juga yang mencampurkan minyak-minyak
tersebut dengan bahan yang lain seperti herba-herba.
Urutan ini mampu untuk mengembalikan semula rahim kepada
bentuk asal, melembutkan urat dan membolehkan urat tersimpul
boleh terlerai serta meredakan urat yang bengkak
Urutan ini juga bolehmelancarkan pengaliran darah dan mampu
menghilangkan lenguh sendi-sendi badan.
Amalan bertungku
Dilakukan selepas amalan berurut.
Bahan yang digunakan ialah batu sungai atau besi yang telah
dibentuk. Berat batu dan besi disarankan seberat 1 hingga 1.5
kilogram supaya tidak terlalu berat.
Batu bertunku ini dipanaskan 15-20 minit mengikut tahap
kepanasan yang bersesuai. Setelah dipanaskan, batu tungku
akan dibalut dengan kain seperti kain batik lama atau tuala
lama. Sebelum dibalut dengan kain, tungku tersebut perlulah
dialas dengan daun-daun herba terlebih dahulu.
Kebiasaanya, daun yang digunakan daun mengkudu, daun
rambai dan daun sirih yang mampu menyerap haba untuk
mengurangkan tahap kepanasan
Batu bertungku ini diikat secara bunjut untuk memudahkan
ibu-ibu memegang batu tungku tersebut.
Ibu bersalin secara normal. Ibu yang bersalin secara
Semasa bertungku sebaiknya
sebelah tangan memegang perut pembedahan, bertungku tidak
yang kendur dan bertungku
dengan cara menolak secara digalakkan di bahagian perut
perlahan-perlahan dari bahagian
ari-ari sehingga ke bahagian perut. kerana terdapat luka
Bahagian perut tidak boleh ditekan
semasa bertungku dilakukan. pembedahan yang besar
Hanya bertungku pada bahagian
peha, betis, tapak kaki, pinggang
secara bergilir-gilir .
Bertungku ini boleh dilakukan Tujuan bertungku ini adalah untuk
selama sejam atau lebih
bergantung kepada individu mengembalikan semula rahim
tersebut dan sebanyak 2 kali sehari
iaitu pada waktu pagi dan petang kepada bentuk asal dan
atau malam. Bertungku ini amat
digalakkan kepada wanita yang mengelakkan daripada
bersalin secara normal.
peranakan jatuh serta boleh
melancarkan pengaliran darah
dan lendir-lendir kotor daripada
rahim
Amalan ini dilakukan selepas berurut dan bertungku.
Amalan ini boleh dilakukan semasa hari ke-2 atau hari ke-3 selepas
bersalin dan dilakukan sekali sahaja iaitu pada waktu pagi.
Mandi air rebusan herba ini disarankan dilakukan dalam tempoh
seminggu pertama selepas bersalin.
Air rebusan herba akan dipanaskan terlebih dahulu bersama-sama
daun herba dan tunggu seketika sehingga air menjadi suam
mengikut suhu yang dikehendaki.
Mandi seperti biasa dengan mencuci kotoran badan terlebih dahulu
dan bilas dengan air rebusan herba ini.
Bagi yang bersalin secara
pembedahan, ketika mandi
air rebusan daun herba ini,
bahagian luka pembedahan
Daun-daun air rebusan ini itu perlulah ditutup untuk
tidak boleh digunakan mengelakkan daripada
banyak kali, disarankan terkena air biasa atau air
selepas penggunaan yang rebusan tersebut kerana
pertama daun tersebut
perlulah dibuang dan atas nasihat doktor.
menggunakan daun yang
baru untuk mandian yang
seterusnya.
Air ini mampu
menghilangkan bau badan
dan mampu menaikkan seri
serta menyegarkan badan.
Ia juga berfungsi untuk
menyembuhkan luka dan
melancarkan peredaran
darah.
Pemakaian Barut
Pemakaian barut atau bengkung lebih sesuai kepada wanita yang bersalin secara normal dan
tidak digalakkan bagi yang bersalin secara pembedahan
Pemakaian bengkung ini boleh dipakai bermula hari ke-2 selepas bersalin dan sehingga tamat
tempoh berpantang.
Pemakaian barut atau bengkung perlulah dipakai setiap hari mengikut kemampuan
seseorang dan mampu mempercepatkan proses perlangsingan badan.
Sebelum memakai barut atau bengkung ini, di bahagian perut ibu selepas bersalin akan
disapu minyak panas terlebih dahulu
Pemakaian bengkung ini mestilah dengan ketat dan kemas dan diikat bermula daripada
bahagian bawah pinggul hingga bahagian dada.
Dapat mengelakkan daripada angin masuk ke dalam badan disamping dapat mengawal
pergerakan dan mengembalikan semula kedudukan punggung dan peranakan
Cara-caranya ialah kayu dibakar sehingga menjadi bara, bara
api yang sedikit itulah akan digunakan untuk berdiang dan
bersalai.
Tempoh berdiang dan bersalai tidak ditetapkan tetapi
bergantung kepada tahap ketahanan individu
Bertujuan untuk memanaskan badan dan mengeluarkan
peluh disamping mampu mengelakkan daripada sakit
pinggang ketika melakukan kerja.
Wap-wap dari bara api tersebut boleh mengecutkan urat yang
bengkak dan mengecutkan peranakkan yang merupakan
perkara yang paling penting amalan ini dilakukan.
Amalan ini sangat sesuai bagi ibu yang bersalin secara normal
dan secara pembedahan kerana tidak memerlukan
pergerakan yang banyak
Param adalah sejenis campuran Pilis merupakan campuran ramuan
ramuan herba yang disapukan herba juga tetapi disapu pada
pada badan ibu iaitu badan
bahagian perut. bahagiam dahi ibu selepas bersalin
Mampu mengekalkan kehangatan
seluruh anggota badan dan mampu Untuk menghilangkan angin dan sakit
menghilangkan angin dalam badan kepala dan rambut perlulah diikat
dengan rapi dan tegang untuk
mengelakkan sakit kepala
Bahan Param dan Pilis ialah campuran bahan herba iaitu asam
gelugur, perahan limau, lengkuas, rempah ratus, serai wangi
dan halia. Bahan-bahan ini kemudiannya akan dipotong halus-
halus dan masak di atas api sehingga hancur.
Bedak sejuk juga disapukan pada badan ibu bersalin dan berfungsi
untuk menyegarkan dan sangat sesuai untuk penjagaan kulit.
Berpantang boleh menjadikan badan seseorang
lebih sihat .
Bagi mereka yang tidak melakukan amalan
bAmearlapnantang dengan cara yang betul atau
melanggar etika berpantang boleh memberi
kesan kepada rohani, fizikal dan mental di
kemudian hari terutamanya apabila ketika
sudah berusia.
Oleh itu, semua wanita mestilah berpantang
dengan cara-cara yang betul supaya kesihatan
badan sentiasa dalam keadaan baik kerana
wanita merupakan tulang belakang sesebuah
institusi keluarga.