PENGGUNAAN BAHASA TERBALIK HASIL PENULISAN A M N A , S A B R E E N A , W A F A , A F I Q A H , A ’ S H A D I E E Y A
DEFINISI MENURUT TOKOH Za’ba (1965) Bahasa terbalik ialah bahasa yang menggunakan perkataan yang berlawanan dengan maksud yang dikehendaki dan maksudnya difahami dengan apa yang berlawanan daripada apa yang dikatakan itu.
Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985;305) Perkataan-perkataan yang mempunyai maksud yang berlawanan daripada apa yang dikatakan tetapi orang masih dapat memahaminya.
DEFINISI UMUM Bahasa terbalik tergolong dalam salah satu daripada jenis ragam bahasa. Bahasa terbalik adalah bahasa yang menggunakan perkataan berakas atau terbalik daripada maksud yang dikehendakkan dan orang faham akan maksudnya. Bahasa terbalik juga adalah bahasa yang berlawanan daripada yang dikatakan itu. Bahasa terbalik banyak digunakan oleh orang Melayu dalam menyatakan maksud tertentu secara tersirat atau berlawanan dengan apa yang berlaku.
CIRI-CIRI RAGAM BAHASA TERBALIK Ragam bahasa terbalik bertujuan untuk memberi kesedaran kepada seseorang berkenaan kesalahan yang telah dilakukan. Penggunaan bahasa terbalik terdiri daripada sebuah susunan kata yang membawa maksud bertentangan dengan perkara yang ingin diucapkan pada waktu tersebut. Hal ini dapat disimpulkan apabila penggunaan ragam bahasa terbalik digunakan saat penutur ingin menyatakan maksud tertentu secara tersirat berdasarkan situasi atau keadaan yang sedang berlaku.
FUNGSI RAGAM BAHASA TERBALIK DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU Komunikasi Santai Ragam bahasa terbalik digunakan untuk berkomunikasi secara santai dan tidak formal antara sesama anggota masyarakat Melayu. Hal ini membolehkan mereka untuk merasa lebih nyaman dan terhubung satu sama lain. Pembentukan Ikatan Sosial Penggunaan ragam bahasa terbalik dapat membantu memperkuat ikatan sosial di antara anggota masyarakat Melayu. Hal ini karena mereka dapat merasa lebih dekat dan mesra melalui penggunaan bahasa yang sama. Hiburan Penggunaan ragam bahasa terbalik sering kali dianggap menghibur. Penggunaannya dapat menambah aspek hiburan dalam percakapan dan meningkatkan suasana jenaka. Penciptaan Kod Rahsia Ragam bahasa terbalik juga dapat digunakan sebagai kod rahsia antara individu atau kelompok tertentu dalam masyarakat Melayu. Hal ini boleh digunakan ketika ingin menyampaikan nasihat yang sensitif atau rahsia tanpa diketahui oleh pihak lain.
CONTOH PENGGUNAAN RAGAM BAHASA TERBALIK DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU ‘”Tak payahla potong bawang,tengok jela” kata ibu kepada adik MAKSUD SEBENAR- Ibu menyuruh saya supaya memotong bawang bukan sekadar melihat sahaja “Tengoklah tv lagi, hari kan muda lagi” kata ibu kepada adik. MAKSUD SEBENAR- Ibu menyuruh adik berhenti menonton tv kerana hari sudah lewat malam “Sayur tu buatlah jadi perhiasan pinggan” kata ibu kepada adik. MAKSUD SEBENAR- Ibu menyuruh adik makan sayur yang ada di pinggan bukan dibiarkan.
CONTOH PENGGUNAAN RAGAM BAHASA TERBALIK DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU “Tak payah mandi sekarang, minggu depan je mandi” kata ibu kepada adik MAKSUD SEBENAR- Ibu menyuruh adik mandi sekarang bukannya berlengahlengah “Bawaklah motor tu laju laju lagi” kata ayah kepada adik MAKSUD SEBENAR- Ayah menyuruh adik membawa motorsikal secara berhati-hati
Hasil penulisan di atas menunjukkan bahawa penggunaan ragam bahasa terbalik ini membawa pelbagai manfaat kepada segenap lapisan masyarakat. Umum diketahui bahawa bahasa terbalik ialah bahasa yang menggunakan perkataan yang berlawanan dengan maksud yang ingin disampaikan tetapi maksud tersebut difahami dengan apa yang berlawanan oleh pihak pendengar. Selain daripada memainkan peranan sebagai kata nasihat, ragam bahasa terbalik juga mampu mewujudkan satu persekitaran masyarakat yang prihatin. KESIMPULAN
AMNA, SABREENA, WAFA, AFIQAH, A’SHADIEEYA TERIMA KASIH