The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-79318332, 2022-06-24 21:52:06

KERTAS KERJA NAIK TARAF SEKOLAH

KERTAS KERJA NAIK TARAF SEKOLAH

SK TAMAN PRIMA SELAYANG
KERTAS KERJA
PENYELENGGARAAN, BAIK PULIH & NAIK TARAF BANGUNAN SEKOLAH

2022

1. PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Taman Prima Selayang terletak dalam daerah Gombak, Selangor Darul
Ehsan. Ditubuhkan pada 03 Januari 2005. Sekolah ini terletak di kawasan luar bandar dan
mempunyai empat blok bangunan yang terdiri dari pejabat pentadbiran, bilik guru, bilik darjah,
bilik-bilik khas pembelajaran, bilik mesyuarat, perpustakaan, tandas serta kantin dan satu bangunan
prasekolah.

Diterajui oleh seorang Guru Besar bersama 3 orang Penolong Kanan serta barisan guru
seramai 39 orang dan kakitangan pejabat seramai 5 orang.

Selaras dengan usia yang hampir 2 abad serta kedudukannya di kawasan rendah,
infrastruktur bangunan sekolah ini menjadi rosak akibat anai-anai. Masalah gangguan elektrik di
bilik guru, pra sekolah serta beberapa bilik-bilik khas pembelajaran yang tidak dapat dikenalpasti
puncanya juga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran murid kerana bilik-bilik tersebut
tidak dapat digunakan dengan efektif.

Selain itu masalah bumbung bocor serta tingkap yang reput menyebabkan air hujan masuk
ke bilik-bilik khas pembelajaran apabila hujan turun. Pihak sekolah serta PIBG tidak mampu
menampung kos yang tinggi untuk membaiki dan membaik pulih infrastruktur menyebabkan
kerosakan semakin lama menjadi semakin teruk dan sangat membahayakan keselamatan murid.

2. MATLAMAT

Meningkatkan keberkesanan kemenjadian murid secara menyeluruh dengan penyediaan
frasarana yang kondusif dan berteknologi.

3. OBJEKTIF

3.1 Memberi keselesaan kepada murid dan guru semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlaku di kelas.

3.2 Menaik taraf keseluruhan kelas, bilik-bilik khas dan bangunan bagi tujuan
keselamatan dan keselesaan murid.

SK TAMAN PRIMA SELAYANG

3.3 Balik pulih tandas & bumbung Blok A, surau, kantin serta dewan terbuka agar boleh
digunakan semaksima yang mungkin oleh murid-murid serta warga sekolah.

3.4 Menyediakan system siaraya berpusat untuk keseluruhan sekolah agar penyampaian
maklumat penting kepada seluruh warga sekolah pada satu-satu masa menjadi lebih
berkesan dan efektif.

3.5 Baik pulih padang sekolah bagi membolehkan semua murid menjalani aktiviti
Pendidikan Jasmani serta sukan dengan lebih selesa dan selamat.

4. IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

4.1 Aspek keselamatan murid dan guru tidak terjamin merujuk kepada keadaan
bangunan yang teruk dimakan anai-anai serta bumbung yang rosak.

4.2 Bilik-bilik khas tidak dapat digunakan sepenuhnya untuk tujuan pembelajaran kerana
tingkap yang rosak, tiada elektrik dan tidak selamat.

5. PERINCIAN PROJEK

BIL PERKARA KETERANGAN

1. Penutup Longkang di tempat Keadaan longkang yang besar dan sangat
murid menunggu bas sekolah
merbahaya tanpa penutup. Pihak sekolah

menghadangnya dengan pita keselamatan serta
notis “kawasan merbahaya”.

Di sekeliling bangunan sekolah.

Menjadi tempat tinggal dan pembiakan biawak

serta ular.

2. Rekahan & Mendapan Tanah. Sangat bahaya apabila kulit ular telah 3 kali
dijumpai di dalam kelas prasekolah dan lebih

dari 3 kali pihak bomba dipanggil untuk

menangkap biawak yang sangat besar

ukurannya.

3. Tandas Berlaku kebocoran di beberapa tandas murid,
pam tandas serta beberapa paip air di tandas dan
di sinki tidak berfungsi.

SK TAMAN PRIMA SELAYANG

4. 12 buah bilik darjah Mengecat ruang dalam bilik serta membaiki
5 buah bilik khas lampu, kipas dan bingkai tingkap yang telah
rosak.
5. Dewan Terbuka
Baik pulih lampu dan kipas.
6. Bilik Guru Mengecat untuk keceriaan dan keselesaan
7. Kaki Lima Setiap Bangunan murid.
8. Prasekolah Naik taraf pentas yang berada di hadapan
dewan.
9. Tempat Letak Kereta
Membaik pulih sistem pendawaian elektrik.
10. Gutter
Membaiki lampu yang telah rosak.

Kerosakan teruk pada bumbung dan pendawaian
elektrik

Kedua-dua tempat letak kereta guru tiada lampu.
Gelap dan merbahaya kepada keselamatan guru
terutama tempat letak kereta yang berada di
bahagian belakang bangunan.

Terdapat beberapa gutter yang telah rosak teruk
dan bocor terutama di bahagian yang
berhadapan dengan tempat perhimpunan murid
perlu dibaiki segera.
Bahaya dan licin kesan air yang menitik selepas
hujan.

6. AHLI JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA

Penasihat : Pn. Mastini binti Suffian (Guru Besar)
Pengerusi : Tn. Hj. Abdul Hakam bin Abdul Majid (YDP PIBG)
Timb. Pengerusi : En. Ahmad bin Hamid (NYDP PIBG)
Setiausaha : En. Muhd Arif Safwan bin Samsudin
Bendahari : En. Mohd Rizali bin Samat
Penyelaras Program : En. Hamdan bin
Pen. Penyelaras : Pn. Zurhasma binti
AJK : Semua AJK PIBG
: Semua Guru SKTPS

SK TAMAN PRIMA SELAYANG

7. ANGGARAN KOS PROJEK

Bil Perkara Anggaran Perbelanjaan
1. Penutup longkang RM4000.00
2. Baiki rekahan simen & mendapan jalan RM20000.00
3. Lampu kaki lima & Tempat letak kereta RM5000.00
4. Baik pulih bumbung & Gutter RM30000.00
5. Baik pulih pendawaian elektrik RM15000.00
6. Baik pulih tandas RM10000.00
7. Baik pulih bingkai tingkap RM5900.00

Jumlah Keseluruhan RM89900.00

8. PENUTUP

Bersama ini disertakan lampiran berkaitan untuk makluman dan tindakan pihak tuan.
Diharapkan projek penyelenggaraan baik pulih ini memberi kesan kepada kemenjadian dan
keselesaan murid secara menyeluruh dalam proses menuju pembelajaran abad ke 21.

Kami sangat mengalu-alukan sumbangan dari pihak Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dalam
pelbagai bentuk samada material atau kewangan. Sumbangan kewangan dalam bentuk tunai
atau cek boleh disalurkan ke akaun PIBG SK TAMAN PRIMA SELAYANG, NO
AKAUN: 562553402559 (Maybank). Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih
atas kerjasama serta sokongan dan sumbangan dari pihak Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan demi
kejayaan projek ini.

Disediakan oleh, SK TAMAN PRIMA SELAYANG

………………………………………... Disokong oleh,
(MUHD ARIF SAFWAN BIN SAMSUDIN)
Setiausaha PIBG ………………….………………………..
SK Taman Prima Selayang. (ABDUL HAKAM BIN ABDUL MAJID)
YDP PIBG
SK Taman Prima Selayang.

Disahkan oleh,

……………………..………..
(MASTINI BINTI SUFFIAN)
Guru Besar
SK Taman Prima Selayang.

SK TAMAN PRIMA SELAYANG

Bingkai tingkap yang telah reput dan sangat merbahaya.

SK TAMAN PRIMA SELAYANG

Gambar bumbung bangunan utama, surau dan kelas yang rosak teruk.

SK TAMAN PRIMA SELAYANG

Kesan dari kerosakan bumbung, siling kelas turut terkesan dan air
hujan menitik masuk ke kelas.

SK TAMAN PRIMA SELAYANG

Longkang di dalam kawasan sekolah tiada penutup

SK TAMAN PRIMA SELAYANG

Rekahan longkang dan jalan berlubang tempat tinggal biawak & ular

SK TAMAN PRIMA SELAYANG

SK TAMAN PRIMA SELAYANG

Tandas tidak dapat digunakan oleh murid kerana masalah air
disebaabkan oleh kebocoran pada tangki air.

SK TAMAN PRIMA SELAYANG


Click to View FlipBook Version