1BAB PENYELESAIAN MASALAH
SECARA INVENTIF
Setiap masalah ada penyelesaiannya. Untuk
menyelesaikan sesuatu masalah, kenal pasti
masalah itu terlebih dahulu. Kemudian, senaraikan
beberapa jalan penyelesaian. Selesaikan masalah
yang kamu hadapi itu dengan teliti. Jika
masalah itu gagal diselesaikan, cubalah langkah
penyelesaian yang lain pula.
Cuba kamu perhatikan kerusi itu. Kerusi
yang manakah sesuai untuk kamu?
Kemahiran berfikir secara inventif adalah antara komponen
penting dalam kemahiran abad ke-21. Murid harus mampu
berfikir secara kreatif, menganalisis masalah, mengumpul
informasi selain dapat menyelesaikan masalah secara kreatif
dan inovatif.
Inventif adalah suatu penemuan yang benar-benar baharu
hasil daripada kreativiti manusia. Penyelesaian masalah pula
dapat didefinisikan sebagai suatu proses kognitif. Maklumat
digunakan sebagai usaha untuk mencari jalan penyelesaian
sesuatu masalah.
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 2 7/6/17 3:20 PM
Penyelesaian Masalah Secara Inventif BAB 1
Tiada lagi masalah
untuk orang yang
tinggi seperti saya
duduk di kerusi ini.
Kaki saya boleh
menjejak lantai
walaupun saya rendah.
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 1 1
7/6/17 3:20 PM
1.1 Pengenalpastian Masalah
APA YANG AKAN DIPELAJARI
• Mengenal pasti masalah: bukan inventif dan inventif
• Menerangkan proses penyelesaian masalah bukan inventif dan inventif
KATA KUNCI
Beri perhatian pada kata
kunci yang berikut:
• inventif
• penambahbaikan
• logik
• prinsip
• dipaten
Pisau tumpul untuk menyiang ikan. Pisau diasah
menjadi tajam. Masalah dapat diselesaikan.
Tidak timbul kesan sampingan. Ini adalah contoh
penyelesaian masalah bukan inventif.
Penutup balang kuih yang tidak ketat menjadikan biskut lemau. Penutup balang kuih ditambah baik
namun timbul masalah baharu, iaitu penutup terlalu ketat. Ini adalah contoh penyelesaian inventif.
Masalah bukan inventif ialah masalah yang dapat diselesaikan tanpa mempunyai kesan
sampingan. Masalah seperti ini sering kita hadapi dalam kehidupan seharian.
Masalah inventif pula ialah masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha
penambahbaikan berlaku. Kesan sampingan ini diselesaikan dengan pilihan yang ada seperti
yang disarankan dalam Prinsip Inventif.
2
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 2 7/6/17 3:20 PM
Penyelesaian Masalah Secara Inventif BAB 1
1.1.1 Mengenal Pasti Masalah
A Masalah Bukan Inventif
Dalam kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan pelbagai situasi yang memerlukan
kita membuat pilihan. Hasil daripada keputusan pemilihan memberikan satu pengalaman
baharu dalam membina pemikiran yang matang. Kadang-kadang situasi seperti itu memaksa
kita menyelesaikan masalah tersebut dengan pantas.
Contohnya, sebelum memasak kita perlu menyediakan bahan
mentah. Bahan mentah tersebut perlu dipotong. Jika pisau yang
digunakan tumpul maka sudah tentulah kerja-kerja memotong Memperoleh
akan mengambil masa yang agak lama. Maka penyelesaiannya pengalaman
ialah pisau itu perlu diasah. baharu
Situasi Berhadapan Keperluan Melatih
kehidupan dengan dalam pemikiran menjadi
seharian pelbagai semakin matang
situasi membuat
keputusan
Dalam hal ini, masalah yang dikenal pasti ialah pisau tumpul. Penyelesaiannya adalah
dengan mengasah pisau tersebut sehingga tajam. Kemudian, barulah kerja-kerja memotong
dan menghiris dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.
Kaedah penyelesaian masalah bagi kes ini langsung tidak mewujudkan kesan sampingan.
Proses mengasah pisau yang dilakukan itu tidak menjejaskan bahagian pisau atau merosakkan
hulu pisau. Kita mungkin boleh mengandaikan bahawa mata pisau tersebut sumbing sedikit
atau bengkok atau mungkin juga ketajamannya dapat mendatangkan bahaya terhadap
tangan pengguna. Namun andaian kesemua kesan sampingan ini tidak berlaku.
Alatan tidak Masalah dikenal Proses
berfungsi dengan pasti penambahbaikan
baik produk
Masalah
Bukan
Inventif
Alatan dapat Tiada kesan
digunakan semula sampingan
Dengan kata yang lebih mudah, masalah yang dikenal pasti ialah mata pisau tumpul dan
cara penyelesaiannya ialah pisau itu diasah. Setelah penyelesaian dibuat, tidak timbul masalah
kesan sampingan atau apa-apa masalah baharu yang wujud akibat daripada kerja-kerja
pembaikan itu tadi.
Contoh masalah di atas dikenal sebagai masalah bukan inventif. Masalah jenis ini merupakan
masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan.
3
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 3 7/6/17 3:20 PM
BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif
B Masalah Inventif
Masalah inventif pula ialah masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha
penambahbaikan berlaku. Kesan sampingan yang wujud adalah bertentangan dengan masalah
utama yang dihadapi. Contohnya, adalah seperti pada Rajah 1.1.1, Rajah 1.1.2, Rajah 1.1.3,
dan Rajah 1.1.4.
Sudut MAYA
Imbas kod QR di bawah ini
untuk melayari video Youtube
tentang beberapa aspek TRIZ.
Rajah 1.1.1 Meja tidak dapat Rajah 1.1.2 Kaki meja digantikan https://links.sasbadi.com/rbt/
menampung berat beban dengan kaki yang diperbuat tg2/01
daripada besi
Rajah 1.1.3 Tenaga dua lelaki Rajah 1.1.4 Tenaga empat lelaki MERENTAS
diperlukan untuk mengalihkan diperlukan untuk mengalihkan KURIKULUM
meja yang berkaki kayu meja yang berkaki besi
Proses penyelesaian masalah
inventif ini diadaptasi daripada
TRIZ. TRIZ merupakan satu
akronim dalam bahasa Rusia,
iaitu Teoriya Resheniya
Izobreatatelskikh Zadatch yang
bermaksud Teori Penyelesaian
Masalah Inventif (Theory of
Inventive Problem Solving).
Proses penyelesaian masalah secara inventif banyak digunakan dalam industri. Masalah
lain yang timbul dalam industri akan diubah suai mengikut cadangan penyelesaian masalah
secara inventif.
Proses penambahbaikan masalah baharu akan dibuat berdasarkan cadangan yang
disediakan dalam penyelesaian masalah secara inventif. Proses penyelesaian masalah secara
inventif dalam industri dikenal sebagai TRIZ. TRIZ merupakan suatu kaedah penyelesaian
masalah secara sistematik yang unik berdasarkan logik dan data. TRIZ ialah alat bantu dalam
menganalisis, meramal, dan menyelesaikan masalah.
CABAR MINDA
1. Berikan satu contoh masalah bukan inventif.
2. Sektor apakah yang banyak melaksanakan proses penyelesaian masalah secara inventif?
4
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 4 7/6/17 3:20 PM
Penyelesaian Masalah Secara Inventif BAB 1
1.1.2 Menerangkan Proses Penyelesaian Sudut MAYA
Masalah Bukan Inventif dan Inventif
Imbas kod QR di bawah ini
A Masalah Bukan Inventif untuk melayari laman sesawang
tentang beberapa aspek TRIZ.
Proses penyelesaian masalah bukan inventif ialah suatu
proses penyelesaian masalah biasa yang dialami dalam https://links.sasbadi.com/rbt/
kehidupan seharian. Biasanya, individu yang menghadapi tg2/02
masalah itu akan mencari jalan keluar untuk mengatasi
masalah tersebut. Jika sesuatu masalah dapat diatasi, ini
dianggap sebagai suatu kejayaan bagi individu terbabit.
Proses penyelesaian masalah bukan inventif dapat
diterangkan melalui carta alir seperti Rajah 1.1.5.
Aliran Kerja Proses Kerja
Mula
1 1. Mengenal pasti masalah
2. Menyenaraikan pilihan untuk
2 menyelesaikan masalah
3 3. Membuat pilihan
4 4. Melaksanakan pilihan
5 Tidak 5. Menilai penyelesaian masalah
Ya Selesai
Rajah 1.1.5 Carta alir proses penyelesaian bukan inventif
Langkah pertama ialah mengenal pasti masalah yang Kaedah TRIZ telah diperkenalkan
dihadapi. Individu perlulah tegas berhadapan dengan oleh seorang jurutera paten
sesuatu masalah bagi mengenal pasti masalah tersebut. berbangsa Rusia, Genrich
Langkah kedua ialah menyenaraikan pilihan-pilihan yang Altshuller. Beliau bersama
ada untuk menyelesaikan masalah. Langkah ketiga, rakan-rakannya telah menjalankan
membuat pilihan yang sesuai daripada senarai pilihan penyelidikan melalui kajian paten
yang ada. Langkah keempat pula ialah melaksanakan dan penyelesaian masalah
pilihan yang telah dibuat. Langkah kelima ialah membuat secara inventif. Melalui kaedah
penilaian sama ada pilihan yang dibuat itu berjaya TRIZ, proses penyelesaian
menyelesaikan masalah. Sekiranya masalah berjaya diatasi masalah boleh diulang semula
maka proses penyelesaian masalah telah selesai. Jika untuk mendapatkan keputusan
sebaliknya, rujuk semula langkah dan jalan penyelesaian yang terbaik.
yang ada dan cubalah membuat pilihan yang lain pula.
5
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 5 7/6/17 3:20 PM
BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif
B Masalah Inventif
Strategi penyelesaian masalah inventif pula adalah berbeza daripada penyelesaian masalah
biasa. Melalui kaedah penyelesaian masalah secara inventif iaitu kaedah TRIZ 1, proses kerja
dapat dilakukan seperti Rajah 1.1.6.
Masalah 3 Kaedah Penyelesaian
Umum TRIZ Penyelesaian Umum
Masalah 1 Analisis 2 Model 4 Model
Khusus Masalah Penyelesaian
Meringkaskan Penyelesaian
Masalah Khusus
Halangan
Penyelesaian
Rajah 1.1.6 Penyelesaian masalah kaedah TRIZ
Fasa-fasa penyelesaian masalah kaedah TRIZ dapat dijelaskan dalam Jadual 1.1.1
Jadual 1.1.1 Penerangan fasa penyelesaian masalah kaedah TRIZ
Fasa Penerangan
1. Analisis punya masalah Analisis fungsi
2. Model masalah Percanggahan fizikal
3. Kaedah penyelesaian Pilihan kaedah penyelesaian
4. Model penyelesaian Kaedah penyelesaian spesifik
Fasa pertama ialah menganalisis punca Muka meja
masalah yang dihadapi oleh produk. Masalah
ini boleh dikesan melalui proses kerja yang Kaki meja
dikenali sebagai analisis fungsi. Contoh
produk meja. Analisis dilakukan dengan Lantai
menjelaskan fungsi setiap bahagian sebuah
meja. Analisis fungsi dibincangkan dengan Rajah 1.1.7 Meja yang dapat menampung beban
lanjut pada tajuk pelajaran seterusnya.
Analisis ini dilakukan sehinggalah fungsi
bahagian yang bermasalah itu ditukar dan
masalah dapat diselesaikan.
6
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 6 7/6/17 3:20 PM
Penyelesaian Masalah Secara Inventif BAB 1
Meja sepatutnya kuat untuk menampung beban. Oleh itu, kaki meja ditukarkan kepada besi.
Masalah berlaku apabila meja menjadi berat bertentangan dengan kehendak pengguna yang
sepatutnya ringan untuk dialih. Oleh itu, dapat diringkaskan masalah khusus meja ialah berat.
Fasa kedua pula berlaku percanggahan fizikal, iaitu meja itu berat, tetapi pada masa
yang sama meja itu perlu ringan. Penambahbaikan perlu dilakukan. Dalam masalah
umum TRIZ 1, penambahbaikan dilakukan dari empat kaedah penyelesaian sebagai model
penyelesaian. Namun murid hanya diperkenalkan dua kaedah penyelesaian sahaja iaitu
pemisahan ruang dan pemisahan masa.
Dalam fasa ketiga, dua jenis pemisahan ini perlu dipilih satu sahaja apabila membuat
penambahbaikan. Pemilihan jenis pemisahan dilakukan dengan berpandukan Jadual 1.1.1 dan 1.1.2.
Jadual 1.1.2 Soalan penentuan kaedah pemisahan
Soalan Ya Tidak
Adakah percanggahan berlaku pada masa yang sama? ??
Jawapan Ya: Pilih kaedah pemisahan ruang Jawapan Tidak: Pilih kaedah pemisahan masa
Fasa keempat ialah memilih kaedah penyelesaian spesifik. Contohnya, sebuah meja
berkeadaan sangat berat dan sukar dialihkan. Selepas penambahbaikan, meja itu ringan dan
mudah dialihkan. Percanggahan meja ini berlaku pada masa yang berlainan. Berpandukan
Jadual 1.1.2, soalan ditanya adakah percanggahan berlaku pada masa yang sama?
Jawapannya tidak kerana meja itu berat sebelum penambahbaikan. Selepas penambahbaikan,
meja itu menjadi ringan. Oleh itu, percanggahan fizikal kaedah pemisahan masa dipilih.
Rajah 1.1.8 Cawan kopi yang panas sukar Rajah 1.1.9 Cawan kopi yang panas mudah
dipegang kerana cawan panas dipegang kerana pemegang cawan sejuk
Berpandukan Rajah 1.1.8 dan Rajah 1.1.9, adakah percanggahan panas dan sejuk berlaku
pada masa yang sama? Rujuk Jadual 1.1.2 untuk mencari jawapan.
CABAR MINDA
1. Apakah perbezaan antara proses penyelesaian masalah bukan inventif dengan inventif?
7
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 7 7/6/17 3:20 PM
BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif
1.2 Analisis Fungsi
APA YANG AKAN DIPELAJARI
• Membuat hubung kait antara produk dengan objek dari segi fungsinya
• Melukis sistem fungsi
• Membina model fungsi dengan menggunakan garisan interaksi
Kayu beroti KATA KUNCI
Beri perhatian pada kata
kunci yang berikut:
• parameter
• supersistem
• alternatif
• garisan interaksi
• komponen
Bol align key
Paku Kayu beroti
Komponen rak kasut Paku
Bol align key
Kerangka rak Muka rak
Fungsi komponen
Produk yang berfungsi Sistem merupakan beberapa elemen yang
berkait antara satu dengan yang lain dan
saling mempengaruhi dalam sesuatu
pembinaan produk agar produk itu dapat
berfungsi dengan sempurna. Setiap bahagian
pada produk tersebut juga harus dapat
berfungsi dengan baik dan menyokong antara
satu dengan yang lain.
8
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 8 7/6/17 3:20 PM
Penyelesaian Masalah Secara Inventif BAB 1
1.2.1 Membuat Hubung Kait antara Produk dengan Objek
dari Segi Fungsinya
Dalam proses penyelesaian masalah inventif, analisis fungsi bertujuan untuk membantu
mengenal pasti sistem yang ada pada sesebuah produk. Apabila analisis fungsi dibuat, fungsi
setiap komponen yang melengkapkan sesuatu produk akan dinyatakan.
Contoh komponen bagi sebuah kerusi ialah tempat duduk, penyandar kerusi, kaki
kerusi, skru, dan kerangka kerusi. Komponen tersebut saling berhubung antara satu dengan
yang lain dengan kepentingan fungsi masing-masing. Jika mana-mana
komponen itu pincang, maka fungsi produk itu akan terjejas.
Contohnya, skru berkarat. Skru kerusi yang patah akibat
berkarat akan menyebabkan bahagian tempat duduk atau
penyandar kerusi tertanggal.
Dalam konsep analisis fungsi, produk terdiri daripada
gabungan beberapa komponen yang membentuk produk
lengkap. Produk membentuk suatu sistem bagi produk
itu sendiri. Fungsi ialah tugas yang dilakukan oleh produk
untuk merubah objek sasaran. Objek pula menerima kesan
daripada fungsi produk. Dengan kata lain, objek ialah
penerima kesan akibat daripada kefungsian sesuatu produk.
Hubung kait antara produk dengan objek dari segi fungsinya
dapat digambarkan seperti Rajah 1.2.1.
Produk Fungsi Objek
(Sistem) (Tindakan) (Penerima kesan)
Menjalankan fungsi Parameter yang berubah
disebabkan tindakan
yang dijalankan
Rajah 1.2.1 Hubung kait antara produk dengan objek daripada segi fungsinya
Jadual 1.2.1 Contoh beberapa produk, objek, dan fungsinya
Produk (Sistem) Fungsi (Tindakan) Objek (Penerima Kesan)
Meja Memegang Buku
Cawan Memegang Air
Pen Memegang Dakwat
Kereta Mengangkut Manusia
CABAR MINDA
1. Berikan maksud fungsi dan objek.
2. Nyatakan tiga komponen yang terdapat pada sebuah rak kasut.
9
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 9 7/6/17 3:20 PM
BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif
1.2.2 Melukis Sistem Fungsi Skru Muka meja
Kaki meja
Fungsi komponen ialah melaksanakan tugas yang
tertentu bagi melengkapkan sistem fungsi produk.
Komponen ialah bahagian kecil yang berfungsi
menyokong sesuatu produk. Contoh produk
ialah sebuah meja. Kesemua komponen itu boleh
digambarkan melalui sistem fungsi seperti yang
ditunjukkan di bawah ini.
Produk Fungsi Objek Lantai
Meja Memegang Buku
Berdasarkan Jadual 1.2.2, meja Jadual 1.2.2 Komponen-komponen sebuah meja dan fungsinya
mempunyai fungsi memegang sebuah
Komponen Fungsi Objek
buku. Memegang bermaksud meja
dijadikan fungsi sebagai tempat untuk Muka meja Memegang Buku
meletak buku. Aspek fungsi ini dapat Kaki meja Memegang Muka meja
dijelaskan lagi dengan kewujudan Skru Memegang Kaki meja/muka meja
bahagian komponen meja yang Lantai Memegang Kaki meja
memegang buku, iaitu bahagian
muka meja.
Rangkaian fungsi terbentuk pada bahagian komponen meja, iaitu bermula dari lantai
yang memegang kaki meja. Skru pula memegang kaki meja supaya berada dalam keadaan
stabil. Apabila skru diketatkan dan kaki meja stabil, barulah disambungkan pada bahagian
muka meja. Dengan itu, kaki meja dapat memegang muka meja dalam keadaan yang stabil.
Dalam Jadual 1.2.2, lantai ialah supersistem. Supersistem ialah faktor persekitaran yang
memberikan kesan ke atas objek seperti lantai, dinding, dan kelembapan.
Sekiranya lantai tidak rata maka kedudukan meja, iaitu meja tidak stabil walaupun
komponen lain dapat berfungsi dengan cekap. Berdasarkan jadual tersebut, sistem fungsi
komponen dapat dilukis melalui rajah model fungsi. Rangkaian pada komponen meja
menggambarkan keadaan komponen meja melalui hubungan anak panah. Contoh lukisan
sistem fungsi dalam Rajah 1.2.2 mengandaikan bahawa setiap fungsi komponen meja berada
dalam keadaan yang baik dan cekap.
Lantai memegang Kaki meja memegang Muka meja memegang Buku
memegang memegang
Gambar rajah
model fungsi
Skru
Rajah 1.2.2 Lukisan model fungsi
CABAR MINDA
1. Nyatakan fungsi komponen.
2. Apakah maksud memegang sesebuah buku?
10
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 10 7/6/17 3:20 PM
Penyelesaian Masalah Secara Inventif BAB 1
1.2.3 Membina Model Fungsi dengan Menggunakan
Garisan Interaksi
Meja yang digunakan oleh Ahmad sebagai tempat untuk mengulang kaji pelajaran
dan membuat kerja sekolah bergoyang dan tidak stabil. Buku yang diletakkan di atas meja
hampir terjatuh. Ahmad ternampak skru yang mengikat di antara muka meja dengan kaki
meja banyak yang berkarat.
Situasi bagi masalah meja di atas dapat digambarkan melalui garisan interaksi seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 1.2.3. Garisan interaksi digunakan untuk menjejak punca masalah.
Simbol yang bernombor 2, 3, dan 4 merupakan masalah fungsi bagi sesuatu komponen.
Jadual 1.2.3 Garisan interaksi yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu masalah
Bil. Simbol Maksud
1 Berguna (normal)
2 Berguna (tetapi tidak mencukupi)
3 Berguna (tetapi berlebihan)
4 Bermasalah (harmful)
Model fungsi pula menggambarkan keseluruhan hubung kait antara komponen
dengan kesannya dalam satu sistem. Rajah 1.2.3 menunjukkan suatu model fungsi bagi
sebuah meja yang bermasalah.
Lantai memegang Kaki memegang Muka memegang Buku
meja meja
memegangmemegang
memegang
Kelembapan Skru
Rajah 1.2.3 Model fungsi bagi sebuah meja yang bermasalah
Berdasarkan Rajah 1.2.3, garisan interaksi antara kelembapan dengan kaki meja adalah
yang bermasalah. Keadaan ini berlaku kerana skru yang mengikat di antara muka meja
dengan kaki meja telah berkarat.
11
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 11 7/6/17 3:21 PM
BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif
A. Masalah Fungsi dan Punca Masalah
Dalam penyelesaian masalah secara inventif, masalah dapat dikenal pasti melalui analisis fungsi
komponen produk. Melalui kaedah ini, masalah dapat dikesan dan mudah mencari alternatif
penyelesaian. Ada dua langkah yang perlu dilakukan untuk mencari punca masalah, iaitu
mengenal pasti masalah pada model fungsi dan pada komponen yang terlibat. Masalah dan
komponen meja yang terlibat dapat dibuat kesimpulan seperti yang berikut:
Dalam Rajah 1.2.4, dapat dikenal pasti bahawa skru yang memegang muka meja dan kaki
meja mengalami masalah seperti yang ditunjukkan dalam bulatan.
Lantai memegang Kaki memegang Muka memegang Buku
meja meja
memegang memegang
memegang
Kelembapan Skru
Rajah 1.2.4 Mengenal pasti punca masalah
B. Analisis Berantai Punca-Kesan
Analisis berantai punca-kesan adalah untuk memahami dan mengesahkan rantaian punca
dan kesan bagi sesuatu masalah. Soalan akan ditanya beberapa kali sehingga punca masalah
dapat dikesan. Soalan akan terhenti apabila jawapan diperoleh. Jawapan yang diperoleh
mungkin disebabkan halangan semula jadi, halangan sains dan fizik, atau halangan sifat asas
objek seperti contoh dalam Jadual 1.2.4:
Jadual 1.2.4 Jenis dan contoh halangan
Jenis Halangan Contoh Halangan
Semula jadi Panas, hujan, kelembapan
Sains dan fizik Momentum, graviti
Sifat asas objek Kebolehan manusia
12
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 12 7/6/17 3:21 PM
Penyelesaian Masalah Secara Inventif BAB 1
Kita dapati meja pada Rajah 1.2.5 menjadi tidak stabil kerana skru tidak dapat mengikat
muka meja dan kaki meja dengan ketat. ‘Apakah yang menyebabkan ini berlaku?’.
Punca dan kesan yang dicari mestilah melibatkan objek dan parameter. Contohnya dapat
dilihat dalam carta alir pada Rajah 1.2.6.
Rajah 1.2.5 Meja tidak stabil
Meja tidak stabil
Muka meja tidak stabil Kaki meja tidak stabil
Skru muka meja longgar Skru kaki meja longgar
Skru berkarat
Kelembapan
Rajah 1.2.6 Analisis kesan dan akibat
Kesimpulannya, kaki meja tidak stabil kerana skru yang memegang antara kaki meja dan
muka meja telah berkarat dan patah kerana kelembapan cuaca semula jadi (supersistem).
CABAR MINDA
1. Nyatakan kegunaan garisan interaksi dan model fungsi.
2. Berikan tiga maksud berdasarkan mana-mana tiga simbol garisan interaksi.
13
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 13 7/6/17 3:21 PM
BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif
1.3 Percanggahan Fizikal
APA YANG AKAN DIPELAJARI
• Mengenal pasti dan menganalisis percanggahan fizikal
• Mencadangkan pemilihan prinsip inventif
• Menjustifikasikan cadangan perubahan reka bentuk berdasarkan pemilihan
prinsip inventif
• Menghasilkan lakaran produk berfokuskan bahagian yang mempunyai
masalah inventif
Fikirkan bagaimana KATA KUNCI
kerusi dapat diselaraskan
Beri perhatian pada kata
agar selesa diduduki kunci yang berikut:
oleh murid yang berbeza • pemisahan ruang
• penyarangan
saiznya. • pengekstrakan
• pengembangan terma
Kerusi yang manakah sesuai diduduki oleh murid?
Kemahiran berfikir secara inventif adalah antara komponen penting yang diterapkan dalam
pembelajaran kemahiran di abad ke-21. Murid di abad ke-21 seharusnya mampu berfikir
secara kritis, mengenal pasti dan menganalisis masalah, mencadangkan prinsip yang inventif,
mencadangkan perubahan reka bentuk, serta menghasilkan lakaran produk yang berkaitan.
Murid harus dapat mengaplikasikan teknologi dalam menyelesaikan masalah reka bentuk
secara sistematik serta dapat menghasilkan produk yang mempunyai ciri estetik, kreativiti,
ergonomik, dan bernilai komersial.
14
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 14 7/6/17 3:21 PM
Penyelesaian Masalah Secara Inventif BAB 1
1.3.1 Mengenal Pasti dan Menganalisis Percanggahan Fizikal
Mengenal pasti percanggahan fizikal ialah keadaan yang berlawanan antara satu dengan yang
lain yang diperlukan dalam suatu objek. Contohnya, fizikal yang besar berlawanan dengan
fizikal yang kecil. Percanggahan fizikal pula dianalisis untuk memilih kaedah percanggahan
fizikal pemisahan yang sesuai.
Proses kerja dalam percanggahan fizikal menggunakan kaedah penyelesaian melalui
empat kaedah, namun murid hanya menggunakan dua kaedah sahaja, iaitu kaedah
percanggahan fizikal pemisahan ruang dan kaedah percanggahan fizikal pemisahan masa.
Contoh: Percanggahan fizikal meja
Parameter Percanggahan Fizikal
Saiz Besar – kecil
Beban Berat – ringan
Ketinggian Tinggi – rendah
Penentuan Kaedah Percanggahan Fizikal
Penentuan kaedah percanggahan fizikal digunakan untuk menentukan sama ada memilih
kaedah percanggahan fizikal ruang atau kaedah percanggahan fizikal masa seperti contoh
dalam Jadual 1.3.1.
Jadual 1.3.1 Contoh pemilihan kaedah percanggahan fizikal
Contoh Percanggahan Contoh Situasi Jenis Kaedah
Objek Fizikal Pemisahan Ruang/
Masa
Kerusi Tinggi lawan Kerusi perlu tinggi untuk murid yang Ruang
rendah tinggi dan perlu rendah untuk murid
yang rendah.
Khemah Besar lawan kecil Khemah perlu besar semasa digunakan Masa
dan perlu kecil semasa disimpan.
Kesimpulan daripada Jadual 1.3.1, sekiranya percanggahan fizikal pertama berlaku
pada masa yang sama dengan percanggahan fizikal kedua, kaedah pemisahan ruang
dipilih. Sekiranya percanggahan fizikal pertama berlaku pada masa yang berlainan dengan
percanggahan fizikal yang kedua, maka kaedah pemisahan masa dipilih. Seterusnya, pemilihan
prinsip inventif yang bersesuaian dipilih untuk menyelesaikan masalah percanggahan fizikal.
CABAR MINDA
1. Berikan contoh parameter sebuah meja.
2. Terangkan cara mengenal pasti pemilihan kaedah pemisahan ruang.
15
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 15 7/6/17 3:21 PM
BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif
1.3.2 Mencadangkan Pemilihan Prinsip Inventif
Selepas penentuan percanggahan fizikal kaedah pemisahan ruang atau masa ditentukan, pilih
prinsip inventif yang terdapat dalam kaedah pemisahan yang berkaitan. Tujuannya adalah untuk
menyelesaikan masalah percanggahan fizikal yang wujud.
Sekiranya percanggahan fizikal kaedah pemisahan ruang diperlukan, pilih cadangan prinsip
inventif seperti dalam Jadual 1.3.2.
Jadual 1.3.2 Prinsip inventif bagi percanggahan fizikal pemisahan ruang
Cadangan Prinsip Penerangan Konsep Contoh
Inventif
1 Pembahagian (a) Membahagikan objek kepada Perabot yang dijual
(Segmentation) beberapa bahagian menggunakan konsep Do It
Yourself (DIY)
(b) Menjadikan objek mudah dileraikan
(c) Meningkatkan darjah
kebolehbahagian
(d) Perubahan ke peringkat lebih kecil
2 Pengekstrakan Memisahkan atau mengeluarkan Pemisahan unit pendingin hawa
(Taking out: bahagian yang mendatangkan gangguan dalam dan luar bangunan
extraction) dari objek supaya bunyi bising dan haba
panas dapat diasingkan
3 Kualiti setempat (a) Mengubah struktur objek dan Bekas menyimpan makanan
(Local quality) pengaruh luaran dari seragam pelbagai petak berbeza dan
menjadi tidak seragam pelbagai fungsi
(b) Menjadikan setiap bahagian
objek memenuhi fungsi berbeza
yang berguna
4 Penyarangan Meletakkan atau memasukkan satu Antena radio yang boleh
(Nested doll) objek ke dalam satu objek yang sama dipanjangkan dan dipendekkan
tetapi berlainan saiz
5 Filem nipis dan Membalut, melapik, atau membungkus Beg plastik, pembalut plastik,
cengkerang objek menggunakan lapisan filem nipis contohnya penghadang cahaya
boleh lentur dan cengkerang boleh lentur cermin kereta
(Flexible shells
and thin films)
6 Pengantara (a) Mengadakan bahagian baharu Sarung tangan ketuhar menjadi
(Intermediary) di antara dua objek pengantara antara tangan dan
objek panas
(b) Menggunakan objek atau
proses pengantara
(c) Mencantumkan dua objek
secara sementara
7 Tidak simetri Mengubah bentuk satu objek daripada Menukar bilangan bilah kipas
(Asymmetry) simetri menjadi tidak simetri siling daripada empat menjadi
tiga agar tidak simetri
16
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 16 7/6/17 3:21 PM
Penyelesaian Masalah Secara Inventif BAB 1
Sekiranya percanggahan fizikal kaedah pemisahan masa diperlukan, pilih cadangan prinsip
inventif seperti dalam Jadual 1.3.3.
Jadual 1.3.3 Prinsip inventif bagi percanggahan fizikal pemisahan masa
Prinsip Inventif yang Penerangan Konsep Contoh
Dicadangkan
1 Kedinamikan (a) Memecahkan satu objek kepada (a) Meja makan berempat
(Dynamization) bahagian-bahagian kecil yang boleh dibesarkan menjadi
boleh bergerak meja makan berlapan
2 Tindakan awal
(Prelimenary action) (b) Mengubah sesuatu bahagian objek (b) Stereng kereta yang boleh
dari tidak bergerak diubah ketinggiannya
3 Tindakan berkala menjadi bahagian yang bergerak,
(Periodic action) dan sebaliknya
4 Tindakan keterlaluan Melakukan tindakan awal untuk Beg udara di dalam
(Partial or excessive mengawal risiko kereta untuk mengurangkan
action) risiko kecederaan ketika
kemalangan
5 Pengembangan
terma Menukar tindakan berterusan menjadi Lampu jalan menyala berkala
(Thermal expansion)
tindakan berkala mengikut siang dan malam
6 Pembuangan dan
pemasangan Jika tindakan tidak berhasil, lakukan Proses menabur serbuk gula di
(Discarding and tindakan yang sama tetapi secara atas donut
recovering) berlebihan sedikit atau berkurangan
sedikit agar dapat memudahkan
7 Tindakan berterusan penyelesaian
yang berfaedah
(Continuity of Menggunakan prinsip terma Pemutus litar yang
useful action) (pengembangan atau pengecutan) menggunakan prinsip terma.
terhadap sesuatu bahan pemula lampu pendarfluor
Membuang bahagian yang telah Kapsul ubat yang boleh larut
menjalankan fungsinya
Menjalankan sesuatu kerja Jana kuasa elektrik,
secara berterusan mesin pelelas
MERENTAS KURIKULUM
Percanggahan matrik mempunyai 39 Sistem Parameter dan 40 Prinsip Inventif. Penggunaan 40 Prinsip
Inventif dapat meningkatkan keupayaan individu atau organisasi dalam menyelesaikan masalah.
CABAR MINDA
1. Berikan cadangan prinsip inventif yang digunakan bagi contoh bekas makanan murid yang
mempunyai beberapa bahagian.
17
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 17 7/6/17 3:21 PM
BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif
1.3.3 Menjustifikasikan Cadangan Perubahan Reka Bentuk
Berdasarkan Pemilihan Prinsip Inventif
Pada peringkat ini, murid telah memilih prinsip inventif yang sesuai untuk perubahan reka
bentuk yang dipilih. Murid juga harus menerangkan sebab cadangan pemilihan prinsip inventif
berkenaan. Jadual 1.3.4 adalah contoh perubahan reka bentuk berdasarkan pemilihan prinsip
inventif yang sesuai.
Jadual 1.3.4 Contoh perubahan reka bentuk berdasarkan prinsip inventif yang telah dipilih
Bil. Ciri Parameter Fizikal Prinsip Inventif Cadangan Perubahan Reka
yang Dipilih Bentuk
1 Warna kaki meja Pemisahan Selang-selikan warna terang dan
2 Ketinggian kaki meja Penyarangan warna gelap
Kaki meja boleh dipanjangkan
dan dipendekkan
3 Kedudukan kaki meja Kualiti setempat Kaki meja boleh dilipat
Merujuk Jadual 1.3.4, pada parameter fizikal warna kaki meja, prinsip inventif yang dipilih
ialah pemisahan (taking out). Kaki meja dicat dengan warna mestilah diselang-seli dengan
warna gelap dan terang untuk menarik perhatian.
Bagi ketinggian kaki meja, kaki meja dapat dilaraskan mengikut aras ketinggian
keselesaan pengguna. Biasanya meja ini untuk kegunaan orang dewasa atau kanak-kanak.
Pengguna mempunyai ketinggian yang berbeza pun boleh berkongsi menggunakan meja ini.
Manakala ciri fizikal kedudukan kaki meja dalam prinsip inventif pula disyorkan
menggunakan kualiti setempat (local quality). Dalam kes ini, kedudukan kaki meja mempunyai
fungsi kaki dilipat apabila tidak digunakan dan disimpan di tempat yang selamat. Reka
bentuk kaki meja seperti ini dapat memberikan
ruang yang lebih luas di dalam rumah dan
mengelakkan kemalangan.
Perubahan reka bentuk baharu berdasarkan Penggunaan warna yang kontras antara terang
pemilihan prinsip inventif seperti Jadual 1.3.4 dengan gelap pada bahagian kaki meja dapat
dapat menyelesaikan masalah meja yang tidak memudahkan pengguna terutamanya kanak-
kanak melihat kedudukan perabot dengan
stabil. Perubahan ini seterusnya dilakar supaya lebih jelas.
dapat dilihat dalam bentuk visual.
CABAR MINDA
1. Terangkan faktor pilihan reka bentuk pada kaki meja yang boleh dipanjangkan dan dipendekkan.
18
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 18 7/6/17 3:21 PM
Penyelesaian Masalah Secara Inventif BAB 1
1.3.4 Menghasilkan Lakaran Produk Berfokuskan Bahagian yang
Mempunyai Masalah Inventif
Pada peringkat ini, lakaran cadangan perubahan reka bentuk produk dibina. Lakaran ini tidak
lagi mempunyai masalah inventif kerana dapat menjawab segala permasalahan percanggahan
fizikal. Lakaran meja seperti Rajah 1.3.1 menunjukkan ciri warna kaki meja yang berselang seli
dengan warna gelap dan terang, kaki meja yang boleh dipanjang dan dipendekkan, serta kaki
meja yang boleh dilipat.
Warna kaki Kaki meja
meja yang yang boleh
berselang seli dipanjang dan
dipendekkan
Rajah 1.3.1 Lakukan produk yang memfokuskan bahagian yang mempunyai masalah inventif
Lakaran yang dihasilkan perlu difokuskan, iaitu pada bahagian-bahagian meja yang
mempunyai masalah inventif. Lakaran sepatutnya mempunyai beberapa ciri yang ideal yang
menjadikannya lebih selamat digunakan berbanding dengan ciri-ciri sebelum itu.
Tujuan dibuat lakaran produk yang memfokuskan bahagian yang mempunyai masalah
adalah untuk melihat perbezaan sebelum dan selepas pengubahsuaian.
Perbezaan ini menunjukkan bahawa penyelesaian masalah secara inventif (TRIZ) telah
dilakukan. Lakaran ini menjadi bukti bahawa penyelesaian masalah dengan kaedah TRIZ telah
membuahkan kejayaan.
MERENTAS KURIKULUM
TRIZ boleh menjadi parameter untuk menggerakkan Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020 bagi
mengubah Malaysia menjadi sebuah negara maju. TRIZ adalah instrumen terbaik bagi menyelesaikan
masalah dengan cara berstruktur.
CABAR MINDA
1. Nyatakan pandangan kamu tentang perubahan pada meja berdasarkan rajah yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.3.1.
19
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 19 7/6/17 3:21 PM
BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif
RUMUSAN
Penyelesaian Masalah Secara Inventif
Pengenalpastian Masalah
Masalah Bukan Inventif
Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku
Masalah Inventif
Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku
Proses Penyelesaian Masalah Bukan Inventif
Kenal pasti masalah, pilihan penyelesaian yang ada, membuat pilihan, melaksanakan pilihan, serta
penilaian penyelesaian masalah.
Proses Penyelesaian Masalah Inventif
Pernyataan masalah inventif, model fungsi, analisis berantai kesan punca, prinsip inventif, lakaran
reka bentuk baharu
Analisis Fungsi
Produk – Sebuah sistem yang mempunyai satu atau lebih komponen
Objek – Pengguna produk
Fungsi – Tindakan sesebuah produk untuk merubah objek sasaran
Komponen – Bahagian-bahagian kecil yang berfungsi menyokong sistem
Model fungsi – Menggambarkan keseluruhan hubung kait antara komponen dan kesannya dalam
satu sistem
Mencari punca masalah menggunakan analisis berantai punca-kesan
Mencari parameter punca masalah
Percanggahan Fizikal
Percanggahan fizikal – Fizikal salah satu parameter komponen yang bertentangan
Contoh percanggahan fizikal – Kaki meja: panjang lawan pendek, berat lawan ringan,
tinggi lawan rendah
Prinsip Inventif
Pemisahan/pembahagian (segmentation), pengekstrakan (talking out/extraction), kualiti setempat
(local quality), penyarangan (nested doll), getaran mekanikal (mechanical vibration), maklum balas
(feedback), meniru (copying), murah/tidak tahan lama (cheap/short living), ubah warna (colour
changes), kehormogenan (homogenelty) dan bahan komposit (composite materials/structures)
20
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 20 7/6/17 3:21 PM
Penyelesaian Masalah Secara Inventif BAB 1
PENGUKUHAN MINDA Di Sini
https://links.sasbadi.com/rbt/tg2/03
Bahagian A
Jawab semua soalan.
1. Tandakan ( ✓ ) maksud masalah inventif dan ( ✗ ) yang tidak berkaitan.
Masalah yang ada kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku
Masalah yang tiada kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku
Masalah lain yang timbul pula apabila usaha penambahbaikan berlaku
2. Apakah maksud masalah bukan inventif? Nyatakan dua contoh masalah bukan inventif.
3. Nyatakan tiga cadangan prinsip inventif.
4. Nyatakan bahagian yang berlabel A, B, dan C dalam model fungsi di bawah ini dengan
jawapan yang betul.
Lantai memegang Kaki meja memegang C memegang Buku
A memegang
B
A: B: C:
5. Padankan maklumat di Bahagian A dengan maksudnya yang betul di Bahagian B.
Bahagian A Bahagian B
Fungsi
Model fungsi Menggambarkan keseluruhan hubung kait antara komponen
Komponen dengan kesannya dalam sistem
Tindakan sesebuah produk untuk merubah objek sasaran
Bahagian-bahagian kecil yang berfungsi menyokong sistem
Bahagian B
Jawab semua soalan.
1. Sebuah bangku berkeadaan tidak stabil kerana saiz kakinya terlalu tinggi. Lakukan
pengubahsuaian pada bangku tersebut agar dapat digunakan semula.
(a) Kenal pastikan masalah utama.
(b) Klasifikasikan jenis masalah tersebut.
(c) Bina satu gambar rajah model fungsi bagi bangku tersebut.
21
01 BT RBT TG2 2018-BAB 1-Watie-Fin.indd 21 7/6/17 3:21 PM