The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abdul malik abdul wahid, 2018-03-15 21:31:27

Reka BentukTeknologi Tingkatan 2

Bab 3

Keywords: RBT

Aplikasi Teknologi BAB 2

2.1.8 Membuat Kemasan Model 3D Menggunakan Konsep
Elektrostatik dan Electroplating

Kemasan pada produk amat diperlukan kerana kemasan dapat melindungi permukaan

produk daripada kecacatan seperti calar dan karat akibat daripada tindak balas udara dan air.

Kemasan juga menambah nilai estetik pada produk dengan memberikan kesan warna yang

cantik dan tekstur permukaan yang menarik.

Terdapat beberapa kaedah kemasan yang boleh Sudut MAYA
dilakukan pada produk. Penggunaan kaedah yang
sesuai adalah bergantung pada jenis bahan binaan yang

digunakan. Antaranya termasuklah kaedah elektrostatik dan Imbas kod QR di bawah ini
electroplating. Selain itu, kemasan dapat juga dilakukan untuk menonton video
dengan menggunakan pelbagai kaedah yang lain seperti yang penghasilan reka bentuk 3D
ditunjukkan pada Jadual 2.1.4. dengan menggunakan

Jadual 2.1.4 Kaedah-kaedah kemasan berserta bahan binaan pen 3D.

Kaedah Kemasan Bahan Binaan Bahan Kemasan

Sembur Kayu, keluli, plastik Cat, lekar
Sapu
Kayu, keluli Cat licau, syelek, varnish

Pelekat Kayu, MDF Pelekat https://links.sasbadi.com/rbt/
Perak, emas tg2/05
Electroplating (saduran) Keluli

Elektrostatik Cas elektrostatik berpindah daripada
Electroplating hujung jari kepada pemegang pintu

INFO KESELAMATAN Penggunaan konsep
elektrostatik dalam
Sesuatu produk yang dihasilkan proses electroplating
perlu selamat digunakan, mesra menyadur kunci
pengguna, dan mesra alam. dengan bahan tembaga
Keselamatan perlu diberi keutamaan
semasa mereka bentuk produk.

Rajah 2.1.10 Penggunaan elektrostatik dalam proses saduran kaedah electroplating

35

02 BT RBT TG2 2018-BAB 2.1(b)-Watie-Fin.indd 35 7/6/17 3:27 PM

BAB 2 Aplikasi Teknologi Helaian rambut mempunyai cas positif
dan lapisan plastik mempunyai cas
A Konsep Elektrostatik negatif. Cas-cas yang yang berlainan
saling menarik antara satu dengan
Elektrostatik ialah suatu kajian sains yang digunakan yang lain.
untuk menjelaskan cas-cas elektrik yang statik.
Statik bermaksud tidak bergerak, iaitu cas elektrik Kesan elektrostatik
berada pada permukaan atau di tempat cas itu
terhasil. Cas-cas yang terhasil terdiri daripada
cas positif dan cas negatif.

Elektrostatik
Aruhan elektrik

B Konsep Electroplating

Electroplating atau sadur elektrik ialah suatu kaedah kemasan yang digunakan
untuk membuat saduran pada permukaan bagi menghilangkan kelemahan sesuatu bahan.
Kaedah electroplating hanya sesuai pada bahan pembuatan yang menggunakan logam
sebagai bahan asas. Kaedah ini memerlukan kekonduksian elektrik sebagai syarat untuk
melakukan proses-proses penyaduran.

+ Bateri –

Logam kuprum Larutan kuprum Logam yang hendak
(anod) sulfat disadur diletakkan pada
bahagian katod, manakala
Sudu besi logam penyadur dijadikan
(katod) anod. Larutan garam yang
mengandungi logam
penyadur pula dijadikan
sebagai elektrolit.

Rajah 2.1.11 Proses electroplating pada sebatang sudu logam

Sebagai contoh, merujuk model gasing yang dihasilkan sebelum ini. Gasing
tersebut asalnya diperbuat daripada besi dan pelanggan ingin menyadur model gasing
dengan bahan perak. Dalam keadaan ini, kaedah electroplating sesuai digunakan.

36

02 BT RBT TG2 2018-BAB 2.1(b)-Watie-Fin.indd 36 7/6/17 3:27 PM

Aplikasi Teknologi BAB 2

C Proses Electroplating

Bahan-bahan yang digunakan untuk melakukan proses electroplating terdiri daripada
beberapa jenis. Setiap bahan itu pula mempunyai fungsi dan kegunaannya seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 2.1.12.

Cecair elektrolit – larutan Bikar – bekas untuk
yang membenarkan arus menakung elektrolit dan
elektrik bertindak balas merendam produk serta
dengan bahan saduran dan bahan saduran supaya
bahan yang disadur. Jika proses electroplating
bahan saduran tembaga boleh berlaku
digunakan, cecair elektrolit
yang digunakan ialah
kuprum sulfat

Bahan-bahan Kepingan bar
untuk Melakukan tembaga – bahan yang
menyaluti objek yang
Proses akan disadur
Electroplating

Wayar berserta klip
buaya – mengalirkan
arus elektrik agar proses
electroplating berlaku

Sel 9 Voltan – punca
kuasa elektrik

Rajah 2.1.12 Bahan-bahan yang diperlukan untuk melakukan proses electroplating

CABAR MINDA

1. Namakan dua kaedah membuat kemasan pada model 3D.
2. Terangkan bagaimana terhasilnya elektrostatik.
3. Senaraikan tiga jenis bahan electroplating atau penyaduran elektrik.

37

02 BT RBT TG2 2018-BAB 2.1(b)-Watie-Fin.indd 37 7/6/17 3:28 PM

BAB 2 Aplikasi Teknologi

2.1.9 Menilai Model 3D yang Telah Dihasilkan

Model 3D yang telah siap hendaklah dinilai sebelum produk sebenar
dihasilkan. Tujuannya adalah untuk mengatasi kelemahan yang
mungkin timbul. Oleh sebab model hanyalah mock-up
dan bukan produk sebenar, maka penilaian akan dibuat
pada beberapa aspek sahaja.

Borang Penilaian Reka Bentuk Produk

Model 3D yang dihasilkan perlu dinilai dari segi prinsip dan

elemen reka bentuk. Murid boleh menggunakan jadual penilaian

reka bentuk produk seperti Jadual 2.1.5 untuk menilai model

yang telah dihasilkan. Rajah 2.1.13 Objek/model 3D

Jadual 2.1.5 Borang penilaian reka bentuk produk

Elemen Kriteria Ya Tidak
Reka Bentuk Tidak
Rupa Geometri
Bentuk Oval
Tekstur Licin dan berkilat
Saiz Ketebalan, kedalaman, dan ketinggian
Warna Saduran tembaga

Prinsip Kriteria Ya
Reka Bentuk
Keseimbangan Gasing berpusing dengan baik
Pengulangan Terdapat corak yang berulang pada
badan gasing
Kontras Penggunaan warna yang betul
Kepelbagaian Kepelbagaian rupa bentuk
Kesatuan Cantuman bahagian yang kukuh
Keringkasan Idea yang tidak kompleks
Harmoni Reka bentuk yang menarik

CABAR MINDA

1. Mengapakah model 3D yang sudah siap perlu dilakukan penilaian terlebih dahulu?
38

02 BT RBT TG2 2018-BAB 2.1(b)-Watie-Fin.indd 38 7/6/17 3:28 PM

Aplikasi Teknologi BAB 2

2.1.10 Menjana Idea untuk Penghasilan Reka Bentuk Produk yang
Lebih Efisien

Setiap model atau produk yang dihasilkan perlu ditambah baik dari semasa ke semasa
kerana produk perlu bersaing dengan produk sama yang dihasilkan oleh pengeluar lain.
Ini adalah untuk memastikan agar produk itu menjadi lebih kompetitif dan mempunyai
kelebihan dalam pasaran.

Inovasi berterusan perlu dilakukan oleh pereka bentuk. Mereka perlu berusaha mencari idea
yang lebih kreatif bagi menambah baik produk dari segi fungsi, reka bentuk, kualiti, dan estetik.

Rajah 2.1.14 Contoh gasing yang telah melalui proses penambahbaikan

Rajah yang berikut menunjukkan antara produk yang digunakan secara konvensional.

Jana idea yang lebih kreatif dan buat lakaran reka bentuk yang lebih efisien.

CABAR MINDA

1. Terangkan kepentingan melakukan penambahbaikan.
2. Senaraikan aspek yang perlu diberi perhatian sewaktu membuat penambahbaikan produk.

39

02 BT RBT TG2 2018-BAB 2.1(b)-Watie-Fin.indd 39 7/6/17 3:28 PM

BAB 2 Aplikasi Teknologi Membuat lakaran idea
model 3D bermaklumat
RUMUSAN
Menganalisis lakaran
Aplikasi Teknologi model 3D
Membuat acuan model 3D
Mengenal pasti teknologi pembuatan Membuat acuan model 3D
produk
Menghuraikan proses pembuatan Membuat model 3D
produk berdasarkan teknologi berdasarkan proses kerja:
pembuatan konvensional dan 1. secara acuan
pembuatan moden 2. menggunakan pen 3D
Membanding beza teknologi
pembuatan konvensional dengan Membuat kemasan
pembuatan moden dalam proses model 3D menggunakan
penghasilan produk elektrostatik dan
Proses pembinaan model 3D electroplating

40 Menilai model 3D yang
telah dihasilkan
02 BT RBT TG2 2018-BAB 2.1(b)-Watie-Fin.indd 40
Menjana idea untuk
penghasilan reka bentuk
produk yang lebih efisien

7/6/17 3:28 PM

Aplikasi Teknologi BAB 2

PENGUKUHAN MINDA Di Sini

https://links.sasbadi.com/rbt/tg2/06

Bahagian A
Jawab semua soalan.

1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi pembuatan?

(b) Berikan dua contoh produk yang dihasilkan dengan menggunakan
teknologi pembuatan.

2. Berikan tiga proses yang terdapat dalam pembinaan sesuatu produk tempatan.

3. Lengkapkan Rajah 1 di bawah ini dengan bahan tuangan yang betul.

Bahan Panas (a)
Tuangan Sejuk (b)

(a)
(b)

Rajah 1

4. Tandakan ( ✓ ) pada jawapan yang betul berkenaan proses pembuatan menggunakan
kaedah konvensional.

Membenam skru menggunakan pemutar skru
Memotong kayu menggunakan mesin gergaji jig
Menebuk lubang menggunakan gerudi tangan
Melicinkan permukaan kayu menggunakan kertas las

Bahagian B
Jawab semua soalan.

1. Rajah berikut menunjukkan kaedah-kaedah dalam teknologi pembuatan.

Kaedah konvensional Teknologi Kaedah moden
Pembuatan

Rajah 2
Berdasarkan Rajah 2, bincangkan perbezaan kedua-dua kaedah itu.

41

02 BT RBT TG2 2018-BAB 2.1(b)-Watie-Fin.indd 41 7/6/17 3:28 PM


Click to View FlipBook Version