The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afiqzahfay, 2022-04-27 05:34:31

TUGASAN 3 PALS1012 : PENULISAN

AFIQ QAYYIM BIN AHMAD ZAHFAY

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

Semester 2 Tahun 2022

PALS1012
ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

TUGASAN INDIVIDU

NAMA PELAJAR
AFIQ QAYYIM BIN AHMAD ZAHFAY

ANGKA GILIRAN
2021232310300

NO. KAD PENGENALAN
020304-14-0095

KUMPULAN/ UNIT
PPISMP RBT A

Pengakuan Pelajar :
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : Tarikh : __27/04/2022___

____ ___

Nama Pensyarah DR YEAP TEIK WEI
Tarikh Serahan
27/4/2022 Tarikh Terima
(Diisi oleh
Pensyarah)

Pengesahan Pelajar :
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tandatangan :__________ __________ Tarikh : ____27/04/2022__

1

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat

masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
tercinta saya, Dr Yeap Teik Wei kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya
berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Saya juga mengharapkan
agar rakan-rakan seperjuangan saya dapat menjawab soalan kerja kursus ini dengan
cemerlang.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
4
BIL. PERKARA
1. Pengenalan 5–6
2. Jenis Sumber Tenaga
3. Analisis Berkaitan Produk Teknologi Hijau 6–7

Berdasarkan Isu - Isu Semasa Global Yang 7 – 10
Menggunakan Sumber Tenaga 10 – 12
3.1 Solar Thermal
3.2 Tenaga Biojisim 13
14
6. Kesimpulan
7. Rujukan

3

1.0 PENGENALAN
Produk teknologi hijau mempunyai tajuk yang banyak serta sangat meluas dalam

sesuatu bidang. Di dalam projek ini saya telah memilih tajuk sumber tenaga sebagai tajuk
yang akan dibahaskan serta dianalisis. Seperti yang kita ketahui, sumber tenaga
memainkan peranan yang penting bagi manusia untuk menempuhi kehidupan seharian.
Tenaga boleh ditakrifkan sebagai keupayaan membuat kerja atau lebih mudah dikatakan
sesuatu yang diperlukan untuk melakukan sesuatu kerja atau proses. Keperluan kepada
tenaga sangat penting bagi memastikan semua benda hidup boleh menjalankan proses
kehidupan seperti bergerak bernafas atau dan tumbesaran. Selain itu, tenaga juga
diperlukan untuk menggerakkan, memindahkan, memanaskan dan mencairkan benda
bukan hidup yang ditemui dalm konsep perubahan tenaga.

Keperluan terhadap tenaga dalam kehidupan manusia adalah berkadar terus dengan
perkembangan teknologi ciptaan pelbagai variasi peralatan, perkakasan elektrik dan
elektronik yang berorientasikan inovasi dan futuristik. Fenomena ini berlaku adalah untuk
menghasilkan kehidupan manusia yang lebih praktikal, selesa dan efisien. Penggunaan
sumber tenaga semula jadi yang sedia ada boleh menghasilkan pelbagai produk teknologi
hijau yang berguna.

Memetik petikan akhbar Berita Harian (2015) “Teknologi hijau mempunyai peranan
strategik yang lebih jauh daripada setakat mencapai autonomi tenaga dan menangani
perubahan cuaca. Teknologi hijau turut membantu pembangunan masyarakat berilmu
yang mendorong ke arah mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup lebih baik. Kita
boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi seorang yang lebih celik alam sekitar, belajar
daripada alam semula jadi, hidup dengan lebih sederhana dan menjadi rakyat yang aktif
dalam membangunkan alam sekitar.”

Berdasarkan kenyataan tersebut, kita dapat melihat bahawa teknologi hijau merupakan
sebuah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam
sekitar dan sumber semula jadi sekaligus meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti
manusia.

4

2.0 JENIS SUMBER TENAGA

Di dalam dunia yang luas ini, terdapat pelbagai jenis sumber tenaga yang telah
dijumpai oleh golongan – golongan pakar. Terdapat lebih kurang 10 sumber tenaga iaitu
Matahari, air, biojisim, angin, bahan nuklear, bahan api fosil, ombak dan geoterma.
Selebihnya merupakan sumber tenaga tambahan iaitu bateri dan makanan yang mana
membantu dalam keperluan kehidupan makhluk hidup terutamanya manusia. Kesemua
sumber tenaga tersebut boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu sumber tenaga boleh
diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Sumber tenaga yang boleh
diperbaharui bermaksud sumber tenaga yang boleh dijana secara berterusan seperti
matahari yang merupakan sumber tenaga yang sentiasa ada, ombak yang wujud secara
semula jadi, air, angin dan biojisim. Di samping itu, sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui pula merujuk kepada sumber tenaga yang terhad dan tidak boleh dijana
semula. Hal ini merujuk kepada bahan nuklear, bateri dan bahan api fosil seperti arang
batu, gas ali dan petroleum.

Biodiesel pula merujuk kepada bahan api yang dihasilkan daripada minyak sayuran
atau lemak haiwan. Penggunaan biodiesel ini dalam kehidupan seharian mampu
menjimatkan lagi penggunaan tenaga. Kerajaan telah mengambil langkah yang efisien
iaitu pada tahun 2019, semua stesen minyak di Malaysia membekalkan minyak diesel
yang dicampur dengan biodiesel sawit. Biodiesel tersebut dicampurkan sebanyak B10
iaitu adunan 10 peratus biodiesel sawit dan 90 peratus diesel petroleum. Percampuran
biodiesel sawit ke dalam minyak diesel ini menunjukkan penggunaan teknologi hijau pada
masa kini kian meningkat dan membangun.

5

Menurut petikan akhbar Berita Harian (2019) “Adunan menggunakan 534,000 tan
biodiesel sawit itu penting bagi mengurangkan pelepasan 1.6 juta tan karbon dioksida,
setara dengan penjimatan pelepasan ekzos 100,000 kenderaan diesel setahun.”

Melalui petikan tersebut, kita dapat melihat bahawa pelbagai kajian telah dilakukan oleh
pakar demi menjaga keindahan dan keselamatan alam sekitar. Pelbagai langkah yang
telah diambil oleh kerajaan demi membendung masalah tersebut.

3.0 ANALISIS BERKAITAN PRODUK TEKNOLOGI HIJAU BERDASARKAN ISU – ISU
SEMASA GLOBAL YANG MENGGUNAKAN SUMBER TENAGA

Menjelang tahun 2022, terdapat pelbagai produk teknologi hijau yang telah dihasilkan
oleh golongan – golongan pakar yang mana mampu menjaga alam sekitar. Teknologi hijau
merupakan teknologi yang dianggap mesra alam berdasarkan proses penghasilan atau
rantaian bekalannya. Teknologi hijau juga boleh dirujuk sebagai penghasilan tenaga
bersih. Tenaga bersih ialah penggunaan teknologi dan alternatif bahan api yang kurang
berbahaya terhadap alam sekitar berbanding bahan api fosil. Tujuan utama penggunaan
teknologi hijau ialah untuk memperlahankan pemanasan global dan mengurangkan kesan
rumah hijau. Idea asalnya adalah untuk mencipta teknologi baru yang tidak menjejaskan
sumber semula jadi seterusnya mengurangkan bahaya kepada manusia, spesis dan
kesihatan umum planet kita.

6

Seperti yang telah saya jelaskan, sumber tenaga terbahagi kepada dua bahagian iaitu
sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui. Kebiasaanya, produk teknologi hijau ini akan dijalankan pada sumber
tenaga yang boleh diperbaharui memandangkan sumber tenaga tersebut tidak akan
habis. Secara umumnya, penggunaan sumber tenaga untuk menghasilkan produk
teknologi hijau ini akan menghasilkan sesuatu perkara yang baru iaitu elektrik. Oleh
kerana, sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini tidak akan habis, ianya sesuai
digunakan sebagai satu bahan untuk menghasilkan tenaga elektrik dan diagihkan kepada
kawasan – kawasan yang memerlukannya seperti kawasan industri, kawasan perumahan
dan lain – lain. Merujuk kepada laporan REN21 (Renewable Energy Policy Network for the
21st Century REN’S 2017 tenaga boleh diperbaharui menyumbang sebanyak 24.5%
dalam penjanaan tenaga elektrik pada tahun 2015 dan 2016 iaitu sebanyak 8.9%
daripada biojisim konvensional , 4.2% daripada geoterma, biojisim moden , haba solar ,
3.9% daripada hidroelektrik serta 2.2% daripada angin dan ombak.

3.1 SOLAR THERMAL

Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan tenaga elektrik. Salah satu
daripadanya ialah dengan menggunakan konsep solar. Seperti yang kita ketahui
penggunaan solar merupakan sebuah alat yang mampu menukar cahaya matahari
kepada tenaga elektrik. Perkara tersebut merupakan teknologi hijau yang agak
lama. Dengan kehadiran solar thermal, konsep solar ini mampu dipertingkatkan
kearah yang lebih baik serta canggih sekaligus lebih memberikan kesan yang
positif. Solar diperkenalkan kepada teknologi dunia harini ialah untuk
menyelesaikan beberapa isu yang telah timbul. Hal ini dapat diperjelaskan apabila
teknologi solar digunakan, kita mampu menjimatkan kos bayaran bil elektrik.
Seperti yang kita ketahui bil elektrik merupakan satu bebanan terhadap kesemua
masyarakat yang mempunyai rumah dan tanggungan. Di samping itu juga, isu
pemanasan global juga kian meningkat. Ianya banyak memberikan kesan yang
negative kepada kehidupan manusia. Oleh itu, penggunaan solar merupakan
sebuah jalan alternatif yang mampu mengatasi isu ini. Hal ini demikian kerana,
teknologi solar ini menggunakan konsep pertukaran tenaga suria kepada tenaga
elektrik.

7

Walaubagaimanapun, terdapat dua cara utama untuk menjana tenaga dari
matahari, iaitu Fotovoltaik (PV) dan Concentrating Solar Thermal (CST), juga
dikenali sebagai teknologi Concentrating Solar Power (CSP). Terdapat sedikit
perbezaan antara PV dan CSP. Bagi PV ianya menukarkan cahaya matahari
secara langsung kepada elektrik. Sel-sel solar ini biasanya dijumpai pada alat-alat
seperti jam tangan, cermin mata hitam, backpack dan penyediaan kuasa di
kawasan terpencil. Secara amnya, konsep yang diterapkan ke dalam PV ini sangat
ringkas iaitu hanya mempunyai pertukaran tenaga suria secara langsung kepada
tenaga elektrik.

Namun, hal ini berbeza dengan teknologi solar thermal yang mana menjana
elektrik secara tidak langsung. Haba dari sinar matahari dikumpul dan digunakan
untuk memanaskan cecair. Wap yang dihasilkan daripada cecair yang telah
dipanaskan dapat menghasilkan kuasa untuk generator yang menghasilkan
tenaga elektrik. Jika kita melihat di antara kedua – dua teknlogi solar tersebut,
teknologi CST ataupun CSP mempunyai konsep yang lebih kompleks iaitu perlu
menghasilkan wap untuk menggerakkan generator. Proses ini seakan sama
dengan pembakaran fosil, tetapi apa yang membezakannya ialah cara
penghasilan wap di mana pembakaran fosil menghasilkan wap melalui
pembakaran, manakala solar thermal menghasilkan wap melalui haba yang
terkumpul.

8

Solar thermal ini berfungsi dengan kehadiran pelantar kuasa, ianya merupakan
penjanaan elektrik yang menggunakan tenaga dari matahari untuk memanaskan
cecair pada suhu yang tinggi. Cecair ini kemudian menukarkan haba kepada air
yang akan menjadi wap yang sangat panas. Wap tersebut akan digunakan untuk
menghidupkan turbin yang terdapat dalam plantar kuasa dan sekaligus
menukarkan tenaga mekanikal ini menjadi elektrik oleh sebuah generator.

9

Terdapat beberapa jenis plantar kuasa solar thermal. Walaubagaimanapun,
ianya terdapat beberapa persamaan asas dari segi pantulan cermin, fokus cahaya
matahari dan penerima tenaga solar. Antara jenis – jenis plantar ialah Palung
Parabolik, Piring Parabolik dan Menara Solar. Kesemua jenis tersebut mempunyai
kelebihan yang tersendiri serta sesuai digunakan di sesetengah tempat atau
keadaan. Secara umumnya, terdapat pelbagai kelebihan solar thermal dalam
menghasilkan tenaga elektrik. Ianya boleh digabungkan dengan Solar PV, Tenaga
tersebut boleh diperbaharui, dapat mengurangkan kebergantungan terhadap
bahan bakar fosil, solar thermal juga hanya memerlukan ruang yang kecil, dapat
mengurangkan bil penghabaan dan sangat mesra alam.
3.2 TENAGA BIOJISIM

Penggunaan tenaga biojisim juga merupakan salah satu produk teknologi hijau
yang mana mampu menyelamatkan alam sekitar. Biojisim dirujuk sebagai bahan
organik yang berasal dari tumbuhan, haiwan, sisa perhutanan & pertanian dan
sebatian organik pembuangan domestik & perindustrian. Bahan tersebut mampu
menghasilkan sesuatu yang baru serta berguna kepada kehidupan manusia
sekaligus menyelamatkan alam sekitar.

10

Teknologi biojisim ini berfungsi menguraikan bahan organik untuk
menghasilkan tenaga seperti biofuel dan bioenergi. Teknologi tenaga biojisim ini
terhasil disebabkan oleh terdapat beberapa isu global yang telah diketengahkan.
Antara isu yang paling hangat ialah sisa ini mendatangkan banyak kesan yang
buruk apabila kita tidak memanfaatkannya seperti mendatangkan bau yang busuk
kepada persekitaran sekaligus menghasilkan pencemaran bau, persekitaran
menjadi kotor, pelbagai penyakit mudah berlaku serta pemanasan global. Oleh itu,
kerajaan telah memainkan peranan yang sangat mendalam untuk mengatasi
masalah berikut.

Setiap jenis – jenis biojisim mempunyai kegunaan yang berbeza kepada
kehidupan pada hari ini. Kayu boleh dibakar untuk memanaskan bangunan,
menghasilkan haba proses dalam industri serta menghasilkan elektrik. Selain itu,
bahan buangan ternakan boleh dijadikan sebagai bahan bakar atau ditukar
menjadi cecair biofuel. Di samping itu, sampah seperti makanan dibakar untuk
menghasilkan elektrik dalam plantar kuasa atau ditukar menjadi biogas. Najis
haiwan dan manusia juga boleh dijadikan biogas yang mana berfungsi sebagai
bahan bakar. Terdapat tiga jenis pengaplikasian teknologi tenaga biojisim yang
mana mampu menjaga alam persekitaran iaitu biofuels, biopower dan bioproduk.
Biofuels bermaksud penukaran biojisim menjadi bahan bakar cecair untuk
pengangkutan. Kemudian, biopower pula bermaksud membakar biojisim secara
langsung atau menukarnya menjadi minyak atau bahan bakar bergas untuk
menghasilkan elektrik. Bioproduk pula menukarkan biojisim menjadi bahan kimia
untuk menghasilkan produk yang secara tipikalnya diperbuat daripada petroleum.
Kesemua teknologi tersebut diimplikasikan daripada masalah isu global yang
terdapat pada hari ini. Oleh itu, ianya mampu mengurangkan isu tersebut sekaligus
menyelamatkan alam sekitar.

Tenaga biojisim ini dihasilkan dengan melalui 4 proses utama iaitu
pembakaran secara langsung, Pirolisis, Gasifikasi dan Penguraian Anaerobik.
Sewaktu proses pembakaran secara langsung, wap yang dihasilkan daripada
proses tersebut akan menggerakkan turbin yang akan menghidupkan generator
dan menghasilkan elektrik. Elektrik yang dihasilkan boleh digunakan untuk
perkilangan atau memanaskan bangunan. Seterusnya, Pirolisis merupakan
kaedah berkaitan penghabaan biojisim. Semasa pirolisis, biomas dipanaskan
sehingga 200° ke 300°C tanpa kehadiran oksigen. Hal ini menyebabkan proses

11

pembakaran tidak akan berlaku dan biojisim berubah secara kimia. Proses ini akan
menghasilkan syngas dan sisa pepejal yang dipanggil biochar. Kedua – dua bahan
tersebut berguna untuk penjanaan tenaga. Kemudian, Semasa proses Gasifikasi,
bahan mentah biomas dipanaskan hingga lebih daripada 700°C dengan jumlah
oksigen yang dikawal. Molekul terurai lalu menghasilkan syngas. Semasa proses
ini syngas tersebut akan dibersihkan. Syngas yang bersih tersebut boleh dibakar
untuk penghasilan haba atau elektrik atau diproses menjadi biofuel kenderaan,
bahan kimia dan baja. Penguraian Anaerobik pula merupakan proses yang
melibatkan mikroorganisma. Dalam persekitaran anaerobik, biojisim memecahkan
dan mengeluarkan metana yang merupakan sumber tenaga berharga dan boleh
menggantikan bahan api fosil. Selain tapak pelupusan sampah, penguraian
anaerobik juga boleh dilakukan di ladang-ladang ternakan.

Terdapat pelbagai kelebihan tenaga biojisim tersebut. Antaranya ialah tenaga
tersebut boleh diperbaharui dari semasa ke semasa. Hal ini kerana, jumlah biojisim
akan bertambah setiap hari. Oleh disebabkan itu, tenaga ini boleh diperbaharui.
Kemudian, tenaga biojisim ini tidak menghasilkan karbon. Apabila tenaga ini
digunakan ianya tidak akan merosakkan alam sekitar atau lebih tepatnya lapisan
ozon. Di samping itu juga, tenaga tersebut boleh didapati secara meluas
memandangkan tenaga ini mudah dihasilkan. Akhir sekali, tenaga biojisim boleh
digunakan dalam pelbagai bentuk. Hal ini menyebabkan banyak perkara atau
peralatan boleh menggunakan tenaga biojisim ini.

12

4.0 KESIMPULAN
Tuntasnya, sumber tenaga merupakan sebuah aspek yang penting bagi kehidupan

makhluk hidup terutamanya manusia. Ianya banyak mendatangkan faedah yang positif
serta berguna. Tidak kira sumber tersebut merupakan sumber tenaga boleh diperbaharui
ataupun sumber tenaga tidak boleh diperbaharui. Sebagai contoh terhasilnya Solar
Thermal dan Tenaga Biojisim. Berdasarkan analisis yang telah saya jalankan, kedua –
dua teknologi hijau tersebut banyak mendatangkan impak yang positif dalam kehidupan.
Oleh itu, kita perlulah menerapkan sifat menyayangi alam sekitar dengan menggunakan
pelbagai teknologi hijau yang telah diinovasikan oleh golongan pakar. Memandangkan
bumi kita telah sarat dengan pelbagai masalah serta mempunyai pelbagai isu – isu global,
kita perlulah memainkan peranan yang mendalam dalam menjaga alam sekitar demi
mencapai kemakmuran.

13

5.0 RUJUKAN

Abdullah, I. H. (2015, Mac 13). Teknologi Hijau Tingkat Kualiti Hidup, Pacu Ekonomi
Negara. Berita Harian Online.
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/40615/teknologi-hijau-
tingkat-kualiti-hidup-pacu-ekonomi-negara

Abdullah, N., Hashim, N. M., Adnan, M. A. & Hamid, S. (2019). Sains Tingkatan 4.
Odonata Publishing Sdn. Bhd.

Awang, M. S. (2019, Februari 14). Biodiesel Sawit Sumber Tenaga Mesra Alam. Berita
Harian Online.
https://www.bharian.com.my/amp/kolumnis/2019/02/530653/biodiesel-sawit-
sumber-tenaga-mesra-alam

Hamid, H. H., Zakaria, I. & Othman, M. S. (2019). Tenaga Boleh Diperbaharui Bagi
Penjanaan Tenaga Elektrik di Malaysia: Satu Kajian Literatur. Journal on
Technical and Vocational Education (JTVE). 4(1), 129 – 131.

Kuet, C. T. (2020). Unit 7 : Tenaga. http://www.changtunkuet.com/unit-7-tenaga/nota-
sains-tahun-4-unit-7-tenaga

Mahmud, A. R. (2018). Transformasi Sumber Tenaga Baharu.
https://www.researchgate.net/publication/329950684_Transformasi_sumber_tena
ga_baru

Syah, F. (2020). 5 Teknologi Hijau Dalam Penjanaan Tenaga.
https://bizimpulse.me/aplikasi-teknologi-hijau-dalam-penjanaan-tenaga/

Syahiza, S. (2013). Kepentingan Sumber Tenaga.
http://cikgusyahiza.blogspot.com/2019/01/kepentingan-sumber-tenaga.html

14


Click to View FlipBook Version