02 MAC 2024 Setiawangsa, Kuala Lumpur 21 SYAABAN 1445H DEWAN IS GRAND HALL 8.00 malam – 11.00 malam bersamaan Dirasmikan oleh : EN. MOHD SAIFUL HAFIZ ABDULLAH (Penolong Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
SEPATAH KATA PENGERUSI PERKIM CAWANGAN DATUK KERAMAT Firman Allah SWT:- َّنِني ِمَن اْلُمْسِلِميَن اَل ِإ ِإىَلِهَّللا َوَعِمَل َصاِل ًحا َو َق ْواًل ِمَّمْن َدَعا ْحَسُن َق َوَمْن َأ Maksudnya: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)" (Surah Al-Fussilat: 33) Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT di atas nikmat dan rahmat yang dikurniakanNya. Selawat dan salam ke atas Rasullah SAW yang di utus dengan rahmat di atas muka bumi. Pujian bagi Allah, Dia jua yang mengizinkan Majlis Malam Apresiasi Dakwah PERKIM dapat dianjurkan dengan jayanya. Majlis ini dianjurkan untuk memberi pengiktirafan dan anugerah kepada pelajar di bawah naungan PERKIM Datuk Keramat terutama golongan saudara baru. Kalangan mereka yang baru memeluk Islam begitu komited dan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap kelas sebagai usaha menambah ilmu dalam syariat Islam. Ada antara mereka yang telah bersama dengan PERKIM Datuk Keramat selama 3 tahun, bermula dari kosong sehingga mampu mendalami Fardu Ain, membaca al Quran, menjadi Imam Solat, mengetahui hukum asas. Ada yang masih baru, bahkan kami menerima pelajar baharu setiap bulan yang bermula dengan asas. Sasaran kami adalah memastikan saudara baru mendapat ilmu pengetahuan mengenai yang dengan itu mereka mampu menjaga syakhsiyah yang sempurna, beramal dengan Islam bahkan menjadi pendakwah pula suatu hari nanti. Malah, kami mahu memastikan saudara baru mendapat tempat dalam masyarakat dengan berkeluarga, bermasyarakat, berkerjaya dan mempunyai pendapatan tetap. Selain daripada pelajar mualaf, kami juga mendidik dan membimbing golongan masyarakat awam di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Chow Kita adalah suatu nama gah pada Kuala Lumpur, disebaliknya tersimpan seribu satu kisah dan warna. Di sinilah kita sedang mencetak dakwah dengan pendidikan, melakar kanvas kehidupan dengan menyeru pelbagai kelompok masyarakat agar mengenali Allah SWT, mendalami Al Quran, memahami Fardu Ain dan bersyakhsiyah Islam. ْحَمِن ال َرِحيِم ِبْسِمِهللا الَّر ْي ُكْم َوَرْحَم ُة ِهللا َوَب َرَكُتُه الَّساَلُم َعَل
Sudah tentu di sebalik kejayaan pelajar ini, insan yang perlu diberikan penghargaan sewajarnya adalah kepada guru-guru yang begitu bersungguh mengajar mereka. Meskipun tanpa imbuhan setimpal, tanpa kursus latihan, tanpa bimbingan dan panduan, guru-guru ini mampu menterjemahkan dakwah di depan mad’u mereka secara realiti. Syabas dan tahniah kepada semua guru baik di Darul Fitrah, Darul Huda, atas talian, guru di Komunti Chow Kit atau di mana sahaja. Tidak ada balasan mampu membayar harga pengorbanan mereka melainkan ucapan Terima Kasih dan Doa agar Allah merahmati usaha kita semua. Kami menganggap mereka seperti Laut datang memunggah manusia. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua panitia program yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Kesemua mereka ikhlas memastikan kelangsungan majlis tanpa mengharapkan upah melainkan hanyalah redha daripada Allah SWT. Konsep kita semua adalah pendakwah, dan kita adalah bersaudara benar-benar dihayati dalam mengangkat program ini ke tengah masyarakat. Kita umpama sebuah jemaah yang bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Di akhir kalam ini, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan dan dukungan penderma yang tidak henti dan jemu memberikan sumbangan sama ada kepada program ini mahupun kepada PERKIM Datuk Keramat secara keseluruhannya. Pepatah menyebutkan : Menyeberangi jambatan emas, tuan-tuan semua telah berjuang untuk mencapai kebahagiaan bagi nusa dan bangsa. Budi dan jasa yang baik itu tidak akan dilupakan orang Putih tulang dikandung tanah, budi baik dikenang juga. Doa kami agar Allah merahmati sumbangantuan yangtidak terhinggaini. Tanpaanda, siapalah kami di sini! MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ Pengerusi PERKIM Cawangan Datuk Keramat
SETITIS TINTA AHLI JAWATANKUASA PERKIM WILAYAH PERSEKUTUAN USTAZ AMRAN BIN ABDULLAH ْي ُكْم َوَرْحَم ُة ِهللا َوَب َرَكُتُه الَّساَلُم َعَل Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan) dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya) dan sebaliknya: Orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa. (Surah Al Fatir ayat 10) Syukur Alhamdulillah, sekalung pujian hanya untuk Allah SWT yang mengurniakan kita nikmat Islam dan Iman. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang telah menjunjung Islam sehingga sampai kepada kita pada hari ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kesempatan menyampaikan sepatah dua kata di buku cenderamata ini. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada PERKIM Cawangan Datuk Keramat yang terus mara ke hadapan dalam menerajui kerja dakwah di lapangan. Bukan mudah mendapatkan sebuah NGO bersifat cawangan namun bergerak seumpama sebuah negeri tanpa mendapatkan dana dari agensi kerajaan. Mudah juga senang mencari sebuah NGO yang terus istiqomah mendekati mad’u dengan aktiviti pengislaman, dakwah selepas pengislaman dan memberi pendidikan serta kebajikan kepada para mualaf. Bahkan PERKIM Datuk Keramat antara PERKIM cawangan yang menyediakan rumah penempatan untuk mualaf dengan kelas pengajian serta aktiviti harian dan mingguan. Bagi pihak PERKIM Bahagian WP, saya sentiasa menyokong apa juga aktiviti yang baik dan menatijahkan dakwah kepada masyarakat. Kita mengerti bahawa waqi’ di Kuala Lumpur mempunyai cabarannya yang besar dengan golongan bukan Islam bersifat majoriti. Kita perlu berganding bahu membantu antara satu sama lain bagi memastikan dakwah ini mencapai objektif dan sampai kepada sasarannya. ْلَعَمُل الَّصاِلُح َكِلُم الَّطِّيُب َوا ْل ْيِه َيْصَعُد ا َل ِا ُة َجِمْيًعۗا َّز ْلِع ِه ا ّٰل ِل َة َف َّز ْلِع ِرْيُد ا َمْن َكاَن ُي ِٕى َك ُهَو َيُبْوُر ٰۤل و ُا ُهْم َعَذاٌب َشِدْيٌدۗ َوَمْك ُر ُرْوَن الَّسِّي ٰاِت َل ِذْيَن َيْم ُك َّل َيْرَفُعٗهۗ َوا
Kita juga perlu saling membantu bagi memastikan Islam ini difahami, dihayati dan diamalkan di tengah masyarakat. Majlis ini adalah majlis yang baik bagi memberi pengiktirafan kepada mualaf yang tekun dan iltizam dengan kelas pengajian. Semoga dengan aktiviti seperti ini memberi rangsangan dan motivasi kepada mereka agar terus mengikat diri dengan istiqomah di dalam Islam, sekaligus mengajak golongan bukan Islam yang lain agar mendekati Islam. Terima kasih juga kepada para dermawan, penyokong,aktivis mahupun sukarelawan yang ikhlas membantu menjayakan aktiviti ini serta menaikkan nama PERKIM ke persada tertingginya. Saya mendoakan agar PERKIM Datuk Keramat terus mencapai kejayaan membanggakan dan diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk bertahan dalam dasawarsa mendatang. USTAZ AMRAN BIN ABDULLAH Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan
Alhamdulillah, saya merasa bersyukur kepada Allah SWT yang memberikan keizinan untuk hadir dalam pertemuan pada malam ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada PERKIM Cawangan Datuk Keramat yang sudi menjemput saya sebagai tetamu seterusnya merasmikan Malam Apresiasi Dakwah PERKIM. Saya menyaksikan bahawa PERKIM Cawangan Datuk Keramat telah berjuang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan agenda dakwah kepada masyarakat khususnya kepada Mualaf. Saban hari, minggu dan bulan mereka berjaya mengislamkan saudara baru, bahkan menyediakan kemudahan penginapan dan kelas pengajian kepada mereka. Apa yang dilakukan oleh PERKIM DK adalah suatu usaha muliayang wajar kita contohi. Sememenangnya bukan mudah mengurus saudara baru. Mereka seumpama kanak-kanak yang tdaik mengerti apa-apa. Lebih lagi mereka kehilangan keluarga, rumah, harta, kerjaya dan segala-galanya. Maka tugas kitalah membantu mereka memenuhi keperluan hidup.Ada kalangan mereka yang sudah berusia, menjadi warga emas. Karenah warga emas ini perlu kita hadapi dengan jiwa yang besar. Terkadang ada masalah yang dihadapi dalam mendidik saudara baru ini. Sikap dan tabiat lama yang masih bersarang dalam diri mereka disebabkan oleh kejahilan atau amalan yang sudah sebati. Sebagai pendakwah kita wajar membimbing dan memimpin mereka ke jalan yang benar. Saya juga amat kagum dengan PERKIM yang menghasilkan silibus dan modul lengkap. Kelas pengajian yang komprehensif mampu melahirkan para pendakwah dari kalangan mualaf yang kompeten dan berjaya. Aktiviti dan pengisian yang dijalankan benar-benar membela nasib saudara baru. Saya menyeru masyarakat agar berganding bahu dalam memastikan kelangsungan dakwah dari kalangan saudara baru dapat diteruskan. Berilah sokongan dan sukungan kepada PERKIM, khususnya PERKIM Datuk Keramat. Saya merasa bangga kepada PERKIM DK meskipun tiada geran bantuan diberikan, namun mereka tetap gigih mencari dana bagi melestarikan dakwah.Saya sendiri berusaha menawarkan apa yang termampu bagi membantu golongan saudara baru, serta PERKIM DK dalam menyediakan kemudahan terbaik untuk mereka. KALAM PERASMI PENOLONG PENGARAH MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
Di akhir kalam, saya ucapkan penghargaan dan tahniah kepada PERKIM DK yang menganjurkan Malam Apresiasi Dakwah ini. Harapan saya semoga program baik seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang dan saya sentiasa menyokong apa jua aktiviti yang bermanfaat kepada ummah. Mohd Saiful Hafiz Abdullah Penolong Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
SEPINTAS LALU MENGENAI PERKIM CAWANGAN DATUK KERAMAT PERKIM Cawangan Datuk Keramat ditubuhkan pada tahun 2011 dan didaftarkan di alamat Surau Al Ikhlasiah, Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Tujuan penubuhannya adalah untuk meneruskan gerak kerja dakwah kepada masyarakat sekitar Kuala Lumpur dan khususnya di kawasan Datuk Keramat. Keahliannya pada awal penubuhan PERKIM Datuk Keramat adalah seramai 30 orang sahaja, dan ia meningkat menjadi 60 orang sehingga kini (2023). Semenjak tahun 2011, PERKIM Datuk Keramat berperanan aktif dalam menjalankan usaha dakwah dan sehingga kini dapat mengislamkan lebih daripada 200 orang saudara baru sekitar Kuala Lumpur. Daripada tahun 2011-2020, pusat operasi PERKIM Datuk Keramat terletak di No 2 Jalan Raja Uda, Kampung baru, Kuala Lumpur. Di sinilah pejabat utama serta aktiviti asas seperti mesyuarat, taklimat, kursus serta majlis sumbangan kebajikan diadakan. Pada tahun 2021, PERKIM Cawangan Datuk Keramat telah menubuhkan sebuah institusi dakwah sebagai pusat transit untuk saudara baru iaitu di sebuah rumah kedai yang dinamakan sebagai Asrama Darul Fitrah bertempat di Jalan Eusoff, Kuala Lumpur. Pada peringkat awalnya, seramai 15 orang saudara baru telah terpilih untuk menghuni di sini. Di asrama ini, kesemua kemudahan asas seperti makanan dan minuman, penginapan, kelas pengajian fardu ain, kelas bimbingan al Quran, kemudahan kesihatan dan pengangkutan disediakan. Atas faktor semakin ramai pelajar serta memberi keselesaan yang baik kepada pelajar, PERKIM Datuk Keramat memindahkan operasinya di Datuk Keramat dan memilih sebuah rumah 3 tingkat sebagai Asrama Darul Fitrah yang baru. Alamat lengkapnya adalah di No 2A Jalan Gurney 2 Datuk Keramat 54000 Kuala Lumpur. Pejabat operasinya juga dipindahkan kerana menjimatkan kos di Asrama Darul Fitrah ini. Asrama Darul Huda pula memulakan operasinya pada bulan Oktober 2022. Ia bertempat di No 73, Jalan 2 Ampang Jaya 68000 Ampang. Menginsafi bahawa ada saudara baru kalangan wanita yang tidak bertempat tinggal, kami menyediakan kemudahan asas sama seperti Asrama Darul Fitrah. Di sini seramai 10 orang penghuni termasuk warga asing berteduh di bawah satu bumbung dengan kelas pengajian seramai 2 orang guru. PERKIM Datuk Keramat sentiasa melihat dakwah sebagai keutamaan. Misi kami bukan sekadar berdakwah kepada golongan bukan Islam dan saudara baru, malah kepada orang Islam turut diperluaskan. Hasilnya pada bulan November 2022, Pusat Pembelajaran Komuniti di Chow Kit di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya dijadikan projek pendidikan untuk masyarakat sekitar Chow Kit. Ia adalah hasil kerjasama dengan PertubuhanKebajikan Ar Riqab Kuala Lumpur. Antara kelas yang disediakan secara percuma adalah kelas pengajian fardu Ain dan Al Quran pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk kanakkanak dan dewasa.
Dianggarkan seramai 150 orang pelajar mengikuti kelas ini secara percuma dengan bimbingan 5 orang guru lelaki dan perempuan. Selain di Pusat Pembelajaran Komuniti, PERKIM juga meluaskan sayapnya ke Menara Centara, Tingkat 8 dengan kelas bimbingan kepada komuniti khas kebanyakannya warga Chow Kit. Di sini PERKIM DK bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan dan Kebajikan Umum Malaysia dengan pelajar seramai 35 orang lelaki dan perempuan. Tenaga pengajar pula seramai 3 orang. Pada Januari 2024, PERKIM DK sekali dengan Pertubuhan Kebajikan Ar Riqab mengorak langkah dengan menyewa sebuah premis rumah kedai 2 tingkat di Jalan Thamboosamy, Kuala Lumpur untuk dijadikan premis dakwah dan kebajikan. Premis itu kini dikenali sebagai Pusat Dakwah dan Kebajikan Teduhan Nur Qaseh. Di sinilah kelas pengajian Al Quran dan Fardu Ain dilaksanakan dengan pelajar seramai 50 orang, di sinilah pusat dakwah dan pengislaman, pusat pengagihan makanan untuk komuniti KL dan lain-lain lagi. PERKIM DK juga bekerjasama dengan Persatuan Inspirasi Mualaf dalam gerak kerja dakwah. Bermula September 2023, pelbagai aktiviti bersama berjaya diadakan termasuk pengislaman, sumbangan, pengajian, pendidikan dan lain-lain lagi. Dengan gabungan tokoh-tokoh di dalamnya seperti Roger Arnold dan Ustaz Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz, kedua NGO ini mendapat sebuah bangunan waqaf untuk diusahakan. Ia terletak di KajangBangi (Bersebelahan KTM Komuter Bangi UKM). Bangunan 2 tingkat dan mempunyai 10 buah bilik, 2 buah surau, dorm, pejabat dan ruang khas ini, adalah khusus untuk projek Kompleks Dakwah Mualaf. Atas inisiatif kedua NGO ini, kompleks ini nanti akan dinamakan sebagai Kompleks Dakwah Inspirasi Mualaf dan ia bakal beroperasi menjelang Mei 2024 nanti. Ia akan menempatkan sejumlah 50 orang Mualaf lelaki bagi tujuan pendidikan. Selain daripada itu, PERKIM DK juga sedang mengusahakan tanah waqaf yang terletak di Puncak Alam, Kuala Selangor oleh seorang dermawan yang juga berhasrat menjadikan tanahnya sebagai premis dakwah untuk mualaf lelaki. Projek ini akan diusahakan bermula April 2024 dan dijangka siap pada tahun 2026. Ia dijangka menelan kos RM 2.5 juta keseluruhannya.
VISI Menjadikan PERKIM sebagai sebuah NGO Dakwah Antarabangsa. MISI Menjadikan PERKIM sebuah NGO penggerak terunggul untuk memberi sokongan kepada institusi Islam di Malaysia dan Antarabangsa. MISI DAN OBJEKTIF PERKIM DATUK KERAMAT Mengoptimumkan gerak kerja dakwah melibatkan agensi berkaitan serta melalui platform dan ruang yang ada 1. Mewujudkan sebuah model dakwah yang komprehensif dan holistik mewakili entiti PERKIM Bahagian WP serta sebagai pusat dakwah terulung di tengah bandaraya. 2. Meningkatkan dana bagi tujuan menambah infrastruktur dan prasarana PERKIM Datuk Keramat sedia ada serta menjalankan aktiviti. 3. 4.Membina hubungan dengan badan dakwah lain bagi kemudahan dan jaringan dakwah yang meluas. Objektif : Misi 1: Mengoptimumkan gerak kerja dakwah melibatkan agensi berkaitan serta melalui platform dan ruang yang ada 1. 2.Mewujudkan pengkalan data saudara baru serta capaian yang luas dengan mualaf sekitar Kuala Lumpur 3. Mewujudkan modul lengkap dan komprehensif bagi tujuan pendidikan kepada saudara baru. 4. Menggerakkan kempen dakwah agresif kepada non Muslim bagi mengajak kepada Islam Menyediakan kepakaran dan kemahiran dalam urusan pengislaman serta sumbangan semasa dan selepas pengislaman. 5. Mengadakan kerjasama dengan agensi dakwah berkaitan bagi tujuan pembangunan, latihan, kursus, penyelidikan. 6. LATAR BELAKANG PERKIM DATUK KERAMAT
Misi 2: Mewujudkan sebuah model dakwah yang komprehensif dan holistik mewakili entiti PERKIM Bahagian WP serta sebagai pusat dakwah terulung di tengah bandaraya. Objektif : membina sebuah kompleks dakwah yang menggabungkan asrama mualaf, kelas pendidikan dan latihan mualaf advance, pusat pengislaman, galeri dakwah, galeri nabawiyyah, studio, tv, dan lain-lain. 1. mewujudkan sekolah khas untuk saudara baru, anak-anak mualaf serta penempatan yang sederhana sebagai sebuah taman / perkampungan. 2. melahirkan kader-kader dakwah terdiri daripada golongan saudara baru yang berilmu, bersyahsiyah tinggi, beriman dan beramal soleh, berwawasan, serta fikrah dakwah. 3. melahirkan saudara baru yang kompeten dan berjaya dalam keusahawanan, proesionalisma, berkemahiran dan mempunyai kepakaran. 4. Misi 3 : Meningkatkan dana bagi tujuan menambah infrastruktur dan prasarana PERKIM Datuk Keramat sedia ada serta menjalankan aktiviti. Mengusahakan projek ekonomi dan keusahawanan dalam pelbagai aspek melibatkan agensi kerajaan, swasta, NGO, usahawan, peniaga dan lain-lain. 1. 2.Menceburi bidang pelaburan untuk keuntungan jangka panjang Menggunakan peluang sedia ada seperti jaringan yang luas, komunikasi, teknologi moden, media sosial, serta media main stream bagi tujuan menambah dana 3. Melibatkan tokoh-tokoh korporat, usahawan, badan profesional untuk membantu meningkatkan keupayaan dana PERKIM DK. 4. 5.Mencipta peluang perniagaan dan pekerjaan kepada saudara baru dan asnaf Membesarkan kapasiti infrastruktur sedia ada serta kemudahan seperti Asrama Darul Fitrah/ Huda, menambah guru, bilangan pelajar, bilangan pengurus dan pembantu, kelas dan lain-lain lagi. 6. Misi 4 : Membina hubungan dengan badan dakwah lain bagi kemudahan dan jaringan dakwah yang meluas. Bekerjasama dengan Yayasan, NGO dakwah, Pusat Tahfiz, Media, Agensi pengutkuasaan seperti AADK, Polis, syarikat swasta bagi kelangsungan dakwah serta kemudahan aktiviti. 1. Mencari pengalaman dengan kerjasama aktiviti bersama agensi dakwah lain serta mencipta impak yang besar kepada masyarakat. 2. Mengadakan kursus-kursus jangka pendek dan sederhana untuk pendakwah, saudara baru bagi tujuan meningkatkan kemahiran, pengalaman dan manambah ilmu. 3.
No Akaun PERKIM : Nama : PERKIM Cawangan Datuk Keramat Bank : CIMB No Akaun : 8600320562 Website : https://perkimdk.com/ Facebook : PERKIM Cawangan Datuk Keramat No Perhubungan: 011 23348606 (Charles Abdullah) atau 011 19295997 (Syed Syamil bin Syed Ariffin) 017 9692088 (Mastura bt Osman) 019 2573069 (Muhammad Hakim bin Hashim) Pejabat PERKIM Datuk Keramat No 2A, Jalan Gurney 2, Datuk Keramat, 56000 Kuala LUmpur Pegawai dan Sekretariat PERKIM Datuk Keramat Setiausaha : Syed Syamil bin Syed Ariffin Penolong Setiausaha : Engku Eza Azfar bin Engku Zaini Pengurus Mualaf : Charles bin Abdullah Pegawai Tadbir : Mastura bt Osman Pengurus Media : Mohd Abdul Qayyum bin Junus Pengurus Studio : Muhammad Hakim bin Shahim Warden Asrama Darul Fitrah : Adnan bin Zainal Abidin Warden Asrama Darul Huda : Nor Aliya bt Abdullah
AHLI JAWATANKUASA PERKIM CAWANGAN DATUK KERAMAT 2022-2024 PENGERUSI : MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ NAIB PENGERUSI : ABDUL RAHMAN BIN HAMZAH SETIAUSAHA : SYED SYAMIL BIN SYED ARIFFIN PENOLONG SETIAUSAHA : ENGKU EZA NORAZFAR BIN ENGKU ZAINI PENOLONG SETIAUSAHA 2 : MOHD FATHI BIN SUHAIMI BENDAHARI : MOHD ABDUL AZIM AWI PENOLONG BENDAHARI : FIRDAUS BIN LATIP AJK DAN PORTFOLIO: UNIT KEBAJIKAN : MOHAMAD BIN BAKHTAR UNIT CSR DAN DANA : MOHD RASHIDI BIN ARBAIN UNIT PROJEK EKONOMI DAN KHAS : ZULKIFLI BIN ISMAIL UNIT MEDIA : MOHD ABDUL QAYYUM BIN JUNUS UNIT STUDIO : MUHAMMAD HAKIM BIN HASHIM KETUA GURU : AZUAN SAM BIN ABDUL SALAM KETUA GURU MUALAF : USTAZ FADZLI ISMAIL
RAKAN STRATEGIK PERKIM DATUK KERAMAT 1.PERKIM CAWANGAN AMPANG 2.PERSATUAN INSPIRASI MUALAF 3.PERTUBUHAN KEBAJIKAN AR RIQAB KUALA LUMPUR 4.ENSANY HUNANITARIAN
Aturcara Malam Apresiasi Dakwah PERKIM 2024 7:00 mlm : Pendaftaran dan kehadiran tetamu 7:25 malam : Solat Maghrib berjamaah di surau berdekatan 7:50 malam : Ketibaan tetamu kehormat 8:00 malam : Ucapan pengerusi majlis / bacaan doa 8.10 malam : Ucapan aluan pengerusi PERKIM Cawangan Datuk Keramat 8:15 malam : Jamuan makan malam / Tayangan Lagu PERKIM dan Montaj 8.35 malam : Ucapan Perasmian 9:00 malam : Gimik Perasmian Persembahan Multimedia (Montaj PERKIM) 9:05 malam : Taklimat Projek Pembangunan Kompleks Dakwah Inspirasi Mualaf PERKIM / Oleh Brother Roger dan Ustaz Mohamad Suhaimi 9.15 malam : Taklimat Projek Rumah Mualaf PERKIM Puncak Alam 9.25 malam : Bicara Dakwah Oleh : Ustaz Mohd Hasnil bin Abu Bakar (Pendakwah selebriti) 9.50 malam : Persembahan Khas Daqmie 10:20 malam : Penyampaian Anugerah Apresiasi Khas PERKIM i.Pelajar Mualaf Terbaik (lelaki dan perempuan) ii.Pelajar Komuniti Terbaik – (dewasa) iii.Pelajar Komuniti Terbaik – (kanak-kanak) iv.Hadiah Khas Daie Mualaf v.Hadiah Khas Daie Murabbi vi.Hadiah Khas Tajaan Umrah (3-5 orang Mualaf sahaja) 11.15 malam : Penyerahan Sumbangan kepada PERKIM Datuk Keramat oleh para penderma 10:45 malam : Penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat 10.50 malam : Sesi Fotografi 11.00 malam : Bersurai
Ahli Jawatankuasa Pelaksana Malam Apresiasi Dakwah PERKIM Pengarah : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz Timbalan Pengarah : Firdaus bin Latip Setiausaha : Syed Syamil bin Syed Ariffin Pen Setiausaha : Charles Abdullah Bendahari : Zulkifli BIN Ismail Persiapan Tempat : Charles Abdullah Jemputan dan Protokol : Mastura bt Osman / Dayang Fadzliatul Azlin Pendaftaran : Nor Aliya Abdullah / Nik Amira bt Nik Abdul Aziz Persembahan : Khairi Syutina bt Mahmood / Nor Ain Sofea Gimik Pelancaran : Khairi Syutina Mahmood / Nor Ain Sofea Multimedia : Mohd Abdul Qayyum / Muhammad Hakim bin Hashim Liputan dan Jemputan Media : Mohd Abdul Qayyum / Muhammad Hakim bin Hashim Pengerusi Majlis : Mohd Farhan Tee Tajaan dan Sumbangan : Rashidi Arbain / Firdaus bin Latip / Ustaz Wan Afiq Keselamatan : Mohd Adam / Hussein Yee
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH PERKIM CAWANGAN DATUK KERAMAT mengucapkan jutaan terima kasih di atas tajaan dan sumbangan yang diperolehi daripada syarikat korporat, NGO, agensi kerajaan mahupun individu. Semoga Allah membalas jasa dan kebaikan semua pihak yang mendukung dan membantu PERKIM Cawangan Datuk Keramat
Autograf