The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afiqahzain64, 2024-06-10 22:50:32

MAT KILAU

Pahlawan Negara

(TEMA : PAHLAWAN NEGARA) mat kilau JBA9025 SK BELEMANG Pembentang : 1.Qalessya Najwa Binti Faizal 2.Sufi Khalisa Imani Binti Lukman


Mat Kilau merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang. Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu atau Tok Gajah. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut Pahang. Tahukah anda, siapa Mat kilAU?


Mat Kilau amat mahir di dalam ilmu kebatinan, persilatan dan bermain senjata. Beliau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati oleh penduduk negeri Pahang. Segala cabaran berjaya dilalui oleh Mat Kilau semasa menentang pihak British membuatkan pelbagai pihak menyanjung tinggi kepahlawanan beliau.


Imam Rasu atau Tok Gajah merupakan ayah mat kilau kepada Mat Kilau. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Isteri Mat Kilau bernama Yang Chik binti Imam Daud, dari Kampung Kedondong. Mereka mendirikan rumahtangga apabila Mat Kilau berusia lebih kurang 20 tahun. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Salasilah Keluarga


Imam Daud adalah seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakannya. Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan dan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj.Uthman bin Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu. mat kilau Ilmu Kepahlawanan Tok Gajah Hj. Montok


Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan selain dipercayai menjadi kediaman para jin islam. Ilmu Kepahlawanan mat kilau


Sejarah perjuangan Tok Gajah bertemu dan bersatu dengan Mat Kilau di Kampung Budu, Raub untuk menyerang tentera Hugh Clifford di Kuala Lipis. Mac 1892 Mat Kilau tidak sempat berperang dengan Inggeris dan beliau dibawa Haji Muhammad Nur ke Bukit Bentang bertemu Datuk Maharaja Perba Jelai. 9 April 1892 Inggeris mara ke Kampung Budu tempat Mat Kilau berkampung, selepas mengetahuinya beliau melarikan diri ke hutan dan bersatu dengan Datuk Bahaman di Kampung Hulu Cempaka bagi meneruskan perjuangan menentang Inggeris. Mei 1892 Mat Kilau


Pasukan Pengakap daripada pasukan Walker dan Clifford berkhemah di Lechau dekat Kampung Budu diserang kumpulan Mat Kilau dan Datuk Bahaman berhampiran Batu Berapit. Mereka kemudiannya berundur meninggalkan kawasan itu. Mat Kilau dan pengikutnya bersatu dengan Tok Gajah di Pasir Atas (tepi Sungai Tembeling). Mat Kilau dan adiknya Awang Nong membawa pasukannya menyerang Inggeris di Kuala Atuk (tepi Sungai Tembeling) yang diketuai R W Duff dan Panglima Garang Yusoh. Dua pengakap Inggeris terbunuh. Mat Kilau dan Awang Nong berundur membawa pengikut mereka ke Kuala Tembeling 13 Julai 1892 22 Ogos 1892 Sejarah perjuangan Mat Kilau


Oktober 1892 - Keadaan Pahang agak tenang, Sultan Ahmad mengikut nasihat Sultan Abu Bakar (Johor) dan Inggeris mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai rakyat Pahang yang dicop penderhaka kecuali Datuk Bahaman dan Tok Gajah. Tok Gajah bersama anaknya Mat Kilau dan Awang Nong membawa pengikutnya berundur ke hulu Sungai Tembeling dan menyeberangi sempadan Pahang dan Kelantan hingga sampai di Kuala Tenggeling di Hulu Lebir, Hulu Kelantan. Akhir 1892 - Orang Melayu Pahang di bawah pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau yang menentang Inggeris di Pahang diusir keluar ke Hulu Kelantan. Sejarah perjuangan Mat Kilau


Mei 1894 - Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau berpindah dari Hulu Kelantan ke Kuala Terengganu dan tinggal di Kampung Seberang Engku Ngah. Ketika di Kampung Seberang Engku Ngah, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau selalu berulang alik ke Kampung Paloh dan berjumpa Tok Engku Sayyid yang dianggap keramat. Pertengahan 1894 - mereka kembali ke Hulu Kelantan. Jun 1894 - Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Mat Kelubi dari Hulu Kelantan membawa 100 pengikut pergi ke Hulu Pahang menghilir Sungai Tembeling. Sejarah perjuangan Mat Kilau


14 Jun 1894 - mereka menyerang Inggeris di Kuala Tembeling. Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau ke Pulau Tawar berjumpa Panglima Garang Yusoh dan Maharaja Perba Jelai. Kembali ke Sungai Tembeling mendirikan kubu di Jeram Ampai (berhampiran Kuala Tembeling). Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau serta pengikut menghilir Sungai Kelantan sampai ke Kemuning (berhampiran Tanah Merah). 6 Jun 1895 - Hugh Clifford sampai di Pasir Nering, Kuala Berang kerana percaya Mat Kilau bersembunyi di sana Sejarah perjuangan Mat Kilau


Oktober 1895 - Mat Kilau ditangkap askar Siam dan membawanya ke Kota Bharu, Kelantan. Dalam perjalanan ke sana Mat Kilau dipercayai melawan dan askar Siam dikatakan memukul kepala Mat Kilau hingga tidak sedarkan diri dan dianggap mati. 'Mayat' Mat Kilau diserahkan kepada Sultan Kelantan dan dia didapati masih hidup. Sultan Kelantan kemudian menyuruh Mat Kilau melarikan diri dan upacara gimik mengebumikan Mat Kilau dilakukan di Bunut Payung dekat Kota Bharu menggunakan batang pisang Sejarah perjuangan Mat Kilau


Pada hari Sabtu 15 Ogos 1970, beliau telah dilaporkan berada dalam keadaan tenat. Setelah sepuluh hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, pada hari Ahad 16 Ogos kirakira pukul 6.45 pagi, Mat Kilau meninggal dunia di rumahnya di Batu Lima, Paya Besar, Jalan Kuantan– Gambang kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun, namun menurut buku laporan jawatankuasa penyiasatan Mat Kilau, beliau meninggal dunia ketika berusia 104 tahun. Beliau kemudiannya dikebumikan di Kampung Kedondong. Kenduri arwah tujuh hari untuk beliau telah diadakan pada malam Isnin 23 Ogos di Masjid Pulau Tawar, Jerantut dan dihadiri oleh kira-kira 1,200 orang. Kematian Mat Kilau


Satu filem bertajuk Mat Kilau berdasarkan kehidupannya telah difilemkan pada April 2018. Filem ini diterbitkan oleh Studio Kembara, dan mula ditayangkan pada 23 Jun 2022. Filem ini diarahkan oleh pelakon serta pengarah pemenang anugerah Syamsul Yusof dan dibintangi oleh Dato Adi Putra sebagai Mat Kilau. Filem ini kemudiannya menjadi filem dengan kutipan tertinggi dalam sejarah Malaysia. Filem MAT KILAU


Mat Kilau mengajar kita, di mana setiap PERJUANGAN memerlukan PENGORBANAN, dan pengorbanan memerlukan KESANGGUPAN. Mat Kilau terpaksa meninggalkan kampung, keluarga dan kesenangan untuk berjuang. Mat Kilau juga, mengajar bahawa kepimpinan seorang pemimpin mampu mengubah segalanya. Pengajaran dari kisah perjuangan mat kilau


TERIMA KASIH. Sekian,


Click to View FlipBook Version