MOH/P/PAK/224.11(PT)
PENDERMAAN
ORGAN SEMASA
HIDUP
Maklumat Untuk Anda
Risalah ini diterbitkan oleh:
UNIT PERKHIDMATAN TRANSPLAN
Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
PENDERMAAN ORGAN
SEMASA HIDUP
Maklumat untuk anda...
Risalah ini diterbitkan oleh:
UNIT PERKHIDMATAN TRANSPLAN
Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
PENDERMAAN ORGAN SEMASA HIDUP: Maklumat Untuk Anda
PENDERMAAN ORGAN SEMASA HIDUP
Maklumat untuk anda...
1. Pengenalan Pendermaan Organ Kadaverik
(setelah meninggal dunia)
Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat
kepada anda dan ahli keluarga anda mengenai • Di dalam kes seumpama ini, organ
pendermaan organ semasa hidup (“living organ dikeluarkan selepas penderma meninggal
donation”). Risalah ini juga akan membincangkan dunia.
mengenai pendermaan organ semasa hidup dari
kalangan mereka yang tidak mempunyai hubungan • Kebenaran ahli keluarga si mati boleh memberi
kekeluargaan. Sekiranya ada perlu maklumat keizinan untuk pendermaan organ.
lanjut, sila hubungi doktor anda. Doktor anda akan
memberi penjelasan lanjut. Sila simpan risalah ini • Seseorang yang telah meninggal dunia
sebagai rujukan. boleh mendermakan buah pinggang, hati,
jantung, paru-paru dan juga tisu seperti
2. Apakah itu pemindahan organ? kornea (mata), kulit, injap jantung dan
tulang.
Pemindahan organ adalah suatu pembedahan
bagi menggantikan organ yang bermasalah atau Pendermaan Organ Semasa Hidup
berpenyakit dengan organ yang baru. Organ yang
digunakan untuk pemindahan ini datang dari dua • Seseorang yang masih hidup boleh
sumber iaitu (1) dari penderma organ yang masih mendermakan sebahagian dari hatinya
hidup (“living donor”) dan (2) dari penderma yang (“liver”) atau salah satu buah pinggang.
sudah meninggal dunia (“deceased donor”).
• Penderma organ pada kebiasaan adalah
3. Apa itu pendermaan organ? ahli keluarga atau pasangan suami isteri.
Pendermaan organ adalah suatu prosedur • Pendermaan organ dari penderma hidup
pembedahan yang melibatkan pemindahan melibatkan perancangan tertentu.
organ dari penderma kepada penerima organ.
Pendermaan organ dapat menyelamatkan nyawa • Pendermaan organ dari penderma hidup
dan mempertingkatkan kualiti hidup penerima adalah sumber organ yang penting
organ. memandangkan kekurangan organ dari
penderma kadaverik.
Terdapat dua jenis pendermaan organ;
a. Pendermaan organ kadaverik
b. Pendermaan organ semasa hidup
2
PENDERMAAN ORGAN SEMASA HIDUP: Maklumat Untuk Anda
Hospital kerajaan utama yang menjalankan pembedahan
transplan organ adalah;
Hospital Kuala Lumpur Pemindahan Buah Pinggang
Pemindahan Buah Pinggang
Hospital Selayang Pemindahan Hati
Pusat Perubatan Pemindahan Buah Pinggang
Universiti Malaya
Pemindahan Jantung & Paru-Paru
Institut Jantung Negara
(dengan kerjasama Institut Perubatan Respiratori)
4. Apakah kelebihan pembedahan transplan ini juga terus berfungsi dengan lebih lama dan lebih
dari penderma organ yang masih hidup? baik berbanding organ dari penderma kadaverik.
a. Mengurangkan masa menunggu pesakit 5. Siapakah yang boleh menderma organ?
Pesakit yang menghidapi kegagalan fungsi buah
pinggang terpaksa menunggu sehingga beberapa Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia
tahun sebelum mendapat buah pinggang dari hanya membenarkan pendermaan organ
penderma kadaverik. Walau bagaimanapun, bagi semasa hidup kepada ahli keluarga terdekat
pendermaan organ semasa hidup, pembedahan yang mempunyai pertalian darah. Ini termasuk
transplan dapat dilakukan pada waktu yang pasangan kembar seiras, ahli keluarga darjah
sesuai. pertama (“first degree relative”) dan ahli keluarga
darjah kedua (“second degree relative”). Anda
b. Pembedahan dilakukan secara elektif juga boleh menderma kepada suami atau isteri
Ini bermakna pembedahan transplan dapat yang sah. Sekiranya anda mahu menderma
dilakukan semasa penderma dan penerima organ kepada seseorang yang tidak mempunyai
berada dalam keadaan kesihatan yang sesuai pertalian darah atau ahli keluarga yang jauh
untuk menjalankan pembedahan. Pembedahan (ahli keluarga darjah ketiga ke atas), anda perlu
boleh dilakukan mengikut masa yang sesuai untuk menjalani penilaian oleh satu Jawatankuasa
penderma dan penerima organ. bebas dilantik oleh pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia. Anda mungkin diberikan kelulusan untuk
c. Organ dari penderma hidup berfungsi pendermaan organ berdasarkan kepada penilaian
lebih baik Jawatankuasa bebas tersebut.
Kebanyakan buah pinggang dari penderma hidup
dapat berfungsi dengan baik sejurus selepas
pembedahan transplan dilakukan. Buah pinggang
3
PENDERMAAN ORGAN SEMASA HIDUP: Maklumat Untuk Anda
Siapa ahli keluarga saya yang terdekat?1
“FIRST DEGREE” “SECOND DEGREE”
Ibu Bapa Nenek Datuk
Anak perempuan Anak lelaki Cucu perempuan Cucu lelaki
Abang Bapa saudara
Kakak Ibu saudara Anak saudara lelaki
Anak saudara perempuan Abang tiri
Kakak tiri
6. Siapa yang tidak boleh menderma organ2 ? menjadi seorang penderma, anda tidak boleh
membuat permohonan secara terus kepada
Di Malaysia, kanak-kanak3 dan orang kurang upaya UTAC. Doktor yang bertanggungjawab terhadap
mental4 tidak dibenarkan untuk menderma organ anda atau penerima organ yang boleh membuat
semasa mereka masih hidup. Banduan penjara juga permohonan kepada UTAC. Doktor tersebut perlu
tidak dibenarkan untuk menderma organ kecuali menjalankan ujian-ujian untuk menilai kesesuaian
di dalam keadaan tertentu melibatkan nyawa ahli anda sebagai seorang penderma. Jika doktor
keluarga terdekat. Walau bagaimanapun, proses anda berpuashati dengan penilaian awal ini, beliau
pendermaan organ ini masih memerlukan kelulusan akan membuat permohonan dengan mengisi
dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain beberapa borang rasmi. Anda perlu menjalani
badan berkuasa yang berkaitan. beberapa sesi penilaian bersama pakar sebelum
UTAC membuat keputusan mengenai sesuatu
Seseorang yang mempunyai masalah kesihatan permohonan.
tertentu juga tidak dibenarkan untuk menderma
organ (sila rujuk bahagian selanjutnya). Masalah 8. Bolehkah seseorang penderma organ
kesihatan ini ada kalanya boleh dikesan semasa diberi bayaran?
proses penilaian penderma dijalankan.
7. Apa yang dimaksudkan dengan UTAC Jualbeli organ adalah dilarang. Pengorbanan
dan apakah prosedur yang berkaitan? seseorang yang telah menderma organ adalah
tidak ternilai harganya. Kementerian Kesihatan
UTAC atau nama penuhnya “Unrelated Transplant tidak akan membuat sebarang bayaran sekiranya
Approval Committee” merupakan sebuah anda telah menderma organ. Pesakit yang
Jawatankuasa bebas yang ditubuhkan di menerima organ tersebut juga tidak dibenarkan
peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membuat sebarang bayaran kepada penderma.
menilai setiap permohonan untuk menjalankan Selain itu, pemberian hadiah ataupun sebarang
pembedahan transplan organ dari penderma insentif bukan berbentuk kewangan juga adalah
yang masih hidup yang tidak mempunyai dilarang. Ini termasuk pemberian rumah, kereta,
hubungan kekeluargaan. Sekiranya anda ingin tanah, kenaikan pangkat dan lain-lain.
4 1 National Genetic Education and Development Centre, National Health Service UK.
2 Polisi Transplantasi Organ Tisu dan Sel Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2007.
3 Menurut Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], kanak-kanak ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun.
4 Menurut Akta Kesihatan Mental 2001 [Akta 615], “a mentally disordered person means a person with any mental illness,
arrested or incomplete development of mind, psychiatric disorder or any other disorder or disability of the mind however
125 acquired”.
PENDERMAAN ORGAN SEMASA HIDUP: Maklumat Untuk Anda
Walau bagaimanapun, pemberian bantuan maklumat serta memahami maklumat yang
yang berkaitan dengan proses pendermaan diberikan termasuk yang berkaitan dengan proses
adalah dibenarkan dan bentuk bantuan ini perlu penilaian, prosedur pembedahan dan pemantauan
munasabah dan tidak keterlaluan. Di hospital susulan selepas menderma organ. Pakar
Kementerian Kesihatan, semua bayaran bil hospital perubatan tersebut tidak terlibat dengan rawatan
berkaitan dengan pembedahan pendermaan bakal penerima organ dan oleh itu pakar tersebut
organ termasuk caj wad adalah dikecualikan1 bebas membuat keputusan mengenai penilaian
untuk penderma organ. Sekiranya anda seorang yang dilakukan.
penjawat awam, anda layak untuk diberikan cuti
tanpa rekod untuk tempoh tidak lebih dari 42 hari2 Anda juga berhak menarik balik keputusan untuk
semasa tempoh pemulihan selepas pembedahan. menderma organ pada bila-bila masa. Alasan
untuk tidak menderma akan dirahsiakan.
Kementerian Kesihatan sentiasa komited
bersama-sama dengan Pertubuhan Kesihatan 10. Apakah risiko pendermaan organ
Sedunia3 untuk membanteras pemerdagangan semasa hidup?
organ manusia.
Bagi yang beragama Islam, pendermaan organ Kebanyakan penderma pulih sepenuhnya dan
adalah harus, manakala perdagangan organ boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa
adalah haram4. beberapa minggu selepas pembedahan dijalankan.
Tempoh pemulihan selepas pembedahan
9. Adakah saya sesuai untuk menderma pendermaan hati adalah lebih panjang berbanding
organ? pendermaan buah pinggang. Secara umumnya,
pendermaan organ tidak akan mengubah gaya
Secara umumnya, seorang yang ingin menderma hidup anda. Pendermaan organ juga tidak akan
organ perlu sihat dari segi fizikal dan mental. mengubah jangka hayat seseorang. Kaum
Seseorang yang menghidap kencing manis, wanita boleh hamil dan melahirkan anak seperti
barah, jangkitan HIV, jangkitan hepatitis dan biasa. Pendermaan buah pinggang juga tidak
penyakit berkaitan organ tertentu, adalah tidak meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit
sesuai untuk menderma ogan. Oleh itu, adalah buah pinggang pada masa akan datang.
penting untuk anda memaklumkan mengenai Sesetengah individu dilahirkan dengan hanya satu
status kesihatan fizikal dan mental anda kepada buah pinggang dan mereka dapat hidup normal
doktor atau jururawat yang menjalankan penilaian. seperti orang biasa.
Anda perlu melalui proses penilaian perubatan dan Walau bagaimanapun, seperti prosedur pembedahan
psikososial yang lengkap dan perlu dimaklumkan yang lain, prosedur pendermaan organ juga
mengenai risiko pendermaan organ tersebut. mempunyai risiko tertentu.
Semasa proses penilaian, pakar perubatan yang
menilai akan sentiasa mengambilkira kepentingan
anda sebagai penderma organ. Pakar perubatan
tersebut akan membantu anda mendapatkan
1 Sila rujuk Pekeliling “Kementerian Kesihatan Malaysia – Pengecualian Bayaran Bil Hospital bagi Pesakit Penderma Organ,
ref: (95)dlm.KKM-203/19Jld.4, 29 Disember 2003”.
2 Sila rujuk Pekeliling “Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bilangan 6 Tahun 2010, 24 Februari 2010” dan “Pekeliling
Perkhidmatan JPA Bilangan 3 Tahun 2010, 2 Februari 2010”.
3 “WHO Guiding Principles on Human Cell, Tissue and Organ Transplantation”, Mei 2010. 5
4 Majlis Fatwa Kebangsaan 1970.
PENDERMAAN ORGAN SEMASA HIDUP: Maklumat Untuk Anda
Risiko kematian adalah berbeza mengikut jenis organ:
Pendermaan organ Risiko kematian penderma
Pendermaan buah pinggang 3.1 kematian dalam setiap 10,000 pendermaan1
Pendermaan hati Bahagian kanan: 1 kematian dalam setiap 200 pendermaan2
Bahagian kiri: 1 kematian dalam setiap 1000 pendermaan
Lain-lain risiko berkaitan Gejala psikologi yang negatif boleh terjadi semasa
pembedahan adalah atau selepas beberapa tahun pembedahan
dilakukan. Terdapat juga kemungkinan organ
• Rasa sakit dan kebas di sekitar luka yang didermakan tidak berfungsi di dalam badan
pembedahan. penerima. Parut luka pembedahan juga boleh
mengubah imej fizikal seseorang. Anda mungkin
• Jangkitan paru-paru, saluran kencing mempunyai perasaan menyesal, dendam dan
dan luka pembedahan. Risiko marah disebabkan oleh pembedahan tersebut.
mendapat jangkitan paru-paru boleh Anda juga boleh mengalami masalah kemurungan.
diatasi melalui cara pernafasan yang Rawatan kepada permasalahan ini mungkin
betul. mengambil masa yang panjang anda boleh
mendapat kesan sampingan ubat yang diambil.
• Pendarahan kadang kala boleh berlaku.
Sekiranya pendarahan berlaku, anda Risiko jangka masa panjang
mungkin perlu mendapatkan transfusi Berdasarkan kepada maklumat yang sedia ada,
darah. Oleh itu anda perlu memahami risiko keseluruhan adalah rendah. Risiko adalah
risiko transfusi darah. berbeza di kalangan penderma organ. Risiko
juga berbeza bergantung kepada organ yang
• Darah beku di dalam salur pembuluh didermakan.
kaki atau lebih dikenali sebagai “Deep
Vein Thrombosis”. Darah beku ini 11. Bagaimana suatu proses penilaian
boleh beralih ke paru-paru. Anda akan penderma organ dilakukan?
dinasihatkan memakai sarung kaki khas
dan memperbanyakkan pergerakan Anda akan menemui pasukan pembedahan
bagi mengelak kejadian ini. transplan di mana sesi perundingan dan beberapa
ujian perlu dilakukan. Kebanyakan ujian dilakukan
• Komplikasi anaesthesia atau ubat secara temujanji atau pesakit luar. Tujuan penilaian
bius. Contohnya alahan terhadap ubat ini adalah untuk memastikan anda sesuai untuk
tersebut. menderma organ.
• Kecederaan kepada tisu dan organ lain Semasa sesi penilaian yang pertama ke atas bakal
semasa pembedahan. penderma, latar belakang kesihatan akan diambil.
• Hernia (angin pasang) di kawasan luka
pembedahan. Anda dinasihatkan untuk
tidak mengangkat benda-benda berat
selama 4 hingga 6 minggu selepas
pembedahan dijalankan.
1 “Perioperative Mortality and Long Term Survival Following Live Kidney Donation” in Journal of the American Medical
Association, Vol. 303, No. 10, Mac 10, 2010.
2 “Live Donor Liver Transplantation” in Journal of Liver Transplantation, Vol. 12, 2006.
6
PENDERMAAN ORGAN SEMASA HIDUP: Maklumat Untuk Anda
Darah anda dan penerima organ akan diambil penolakan atau “immunosuppressant” untuk bakal
untuk tujuan ujian kesepadanan seperti: penerima organ.
• Jenis darah: A,B,O atau AB Setelah ujian kesepadanan selesai, bakal
• “HLA cross match” penderma akan melalui ujian selanjutnya. Ujian-
• “HLA typing” ujian selalunya akan dijalankan di hospital yang
menjalankan pemindahan. Walau bagaimanapun,
Ujian kesepadanan akan membantu menentukan sekiranya bakal penderma tinggal berjauhan,
risiko penolakan organ. Ia juga akan membantu sesetengah ujian ini boleh dilakukan di hospital
doktor menentukan dos yang sesuai ubat anti- yang berdekatan.
LAIN-LAIN UJIAN DARAH • Ini termasuk ujian untuk mengesan penyakit berjangkit
seperti HIV, hepatitis dan lain-lain.
• Ujian darah dilakukan bagi mengesan kencing manis,
masalah jantung dan lain-lain.
UJIAN AIR KENCING • Untuk pendermaan buah pinggang, sampel air kencing untuk
tempoh 24 jam akan diambil bagi mengetahui tahap fungsi
buah pinggang serta masalah batu karang. Kebiasaannya tiga
sampel akan diambil.
X-RAY DADA • Ini adalah untuk menilai keadaan jantung dan paru-paru.
ELECTROCARDIOGRAM • Ini merupakan ujian saringan penyakit jantung. Berdasarkan
(ECG) kepada keputusan ECG ini, lain-lain ujian lanjutan seperti
ujian stress mungkin perlu dilakukan.
UJIAN ULTRASOUND DAN
LAIN-LAIN UJIAN PENGIMEJAN • Ini bertujuan menilai keadaan buah pinggang dan juga hati.
SEPERTI IMBASAN CT
• Jenis-jenis ujian saringan ini bergantung kepada pasukan
UJIAN SARINGAN BARAH transplan.
PENILAIAN PSIKOLOGI • Ini bertujuan menilai kesihatan mental anda, keupayaan
DAN PSIKO-SOSIAL anda untuk memahami maklumat yang diberikan dapat
membuat keputusan sendiri berdasarkan maklumat yang
diberikan. Mereka juga akan menilai keadaan kehidupan
seharian anda.
SESI PERUNDINGAN • Sesi perundingan dan melakukan pemeriksaan fizikal. Pakar
LAIN-LAIN bedah akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai
pembedahan dan risiko yang terlibat.
• Sesetengah doktor akan melakukan ujian “liver biopsy”
untuk pendermaan hati. Ujian ini melibatkan sedikit sampel
hati diambil untuk pemeriksaan makmal.
7
PENDERMAAN ORGAN SEMASA HIDUP: Maklumat Untuk Anda
12. Apakah yang perlu saya tahu 13. Di mana boleh saya dapatkan maklumat
mengenai prosedur pembedahan? lanjut?
Pendermaan buah pinggang Maklumat lanjut boleh diperolehi dari:
Terdapat dua jenis pembedahan pendermaan
buah pinggang; secara laparoskopi dan juga PUSAT SUMBER TRANSPLAN NASIONAL
pembedahan secara biasa melalui abdomen Hospital Kuala Lumpur
anda.
Jalan Pahang, 50586 Kuala Lumpur
Pembedahan biasa melibatkan bukaan
pembedahan sepanjang 15-20cm pada bahagian Email : [email protected]
kiri atau kanan abdomen. Kulit serta otot yang
terlibat perlu dibedah bagi mengeluarkan buah Tel. (pejabat) : (603) 26942704/2705
pinggang.
Tel. (faks) : (603) 26156269
Tel (bebas tol) : 1-800-88-9080
Laman sesawang : www.agiftoflife.gov.my
Pembedahan secara laparoskopi melibatkan Risalah ini diterbitkan bertujuan memberi maklumat asas kepada
peralatan laparoskop iaitu sejenis alat yang orang ramai mengenai pendermaan organ semasa hidup.
berbentuk tiub. Penggunaan alat ini membolehkan Sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam garispanduan
luka pembedahan untuk mengeluarkan buah Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai pendermaan organ
pinggang dilakukan lebih kecil. Kelebihan utama semasa hidup tiada kaitan keluarga atau “Unrelated Living Organ
teknik pembedahan laparoskopik ini adalah Donation: Policy and Procedures”, doktor yang bertanggungjawab
tempoh pemulihan lebih cepat dan kurang rasa terhadap penderma perlu memberikan risalah ini kepada individu
sakit. tersebut untuk dibaca. Namum begitu, komunikasi serta sesi
perundingan bersama doktor pakar masih lagi relevan dan penting
Pakar bedah akan berbincang dengan anda bagi menerangkan lebih lanjut mengenai risiko dan kelebihan
mengenai jenis pembedahan yang sesuai menderma organ. Jika perlu, bantuan dari seorang penterjemah
bergantung kepada kepakaran yang ada serta hendaklah diperolehi. Bakal penderma perlu diberikan informasi
kesesuaian penderma dan/atau buah pinggang. yang relevan bagi membolehkan penderma membuat keputusan
sendiri berdasarkan maklumat yang diberikan.
Pendermaan hati
Pakar bedah akan membuat bukaan pembedahan Risalah diterbitkan oleh Unit Perkhidmatan Transplan, Bahagian
pada abdomen. Panjang luka pembedahan ini Perkembangan Perubatan. Untuk sebarang maklumbalas sila
bergantung kepada saiz penderma. Sama ada hantarkan emel anda kepada [email protected], atau
bahagian kanan atau kiri hati akan dikeluarkan menulis surat dan hantar ke alamat Unit Perkhidmatan Transplan,
bergantung kepada saiz penerima organ (pada Aras 5, Blok E1, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan
kebiasaannya bahagian kanan adalah untuk Persekutuan, 62590 Putrajaya Malaysia.
penerima dewasa dan bahagian kiri untuk
penerima kanak-kanak). KUMPULAN KERJA:
Dr Hirman Ismail, Dr Rosnawati Yahya, Datuk Dr Harjit Singh, Datuk
Dr Ghazali Ahmad, Dr Wong Hin Seng, Dato’ Dr Rohan Malek, Datin
Dr Fadhilah Zowyah Lela Yasmin Mansor, Dr Tan Chwee Choon,
Matron Jamaliah Kario.
Hakcipta terpelihara. © 2011 Bahagian Perkembangan Perubatan,
KKM.
Pakar bedah dan pakar bius akan menjelaskan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
dengan lebih lanjut mengenai perkara yang perlu
dilakukan sebelum dan selepas pembedahan. www.moh.gov.my
8
Untuk keterangan lanjut mengenai pendermaan organ, layari www.agiftoflife.gov.my
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
www.moh.gov.my