The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS Semesta, 2020-12-27 20:48:54

Majalah Pelancongan Sept-Okt 2018

Majalah Pelancongan Sept-Okt 2018

FESTIVAL SAYANGI LAHAD DATU @ SILAM 2018

"Festival Sayangi Lahad Datu @ Silam 2018 ini dapat menarik kehadiran pelancong dan membuka lebih
banyak peluang kepada penggiat seni budaya dan pelancongan mengenegahkan produk seni budaya.
"Ia juga dapat menambah pendapatan penggiat seni dan juga komuniti setempat. Ini secara langsung
menyumbang kepada inisiatif pengkomersialan budaya serta sumbangan ekonomi kepada industri kreatif
negara," berkata Menteri Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia, YB Datuk Mohamaddin Ketapi pada majlis
perasmian festival tersebut di Kompleks Sukan Lahad Datu, Sabah.
Festival Sayangi Lahad Datu @ Silam telah dirasmikan oleh YB Datuk Ignatius Darell Leiking Menteri
Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) mewakili Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Mohd Sha e
Apdal dan Menteri Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia, YB Datuk Mohamaddin Ketapi.
Tujuan festival ini diadakan adalah untuk menyemarakkan aktiviti seni dan budaya tempatan di kalangan
komuniti Lahad Datu. Selain itu, festival ini dapat meningkatkan kefahaman dan aprisiasi seni kepada
masyarakat ke arah pembentukan sebuah bangsa yang harmoni. Semangat gotong royong dan kerjasama
antara penduduk tempatan dengan agensi Kerajaan juga dapat dipupuk melalui festival ini.
Selain itu, festival ini juga membuktikan kepada orang ramai bahawa Lahad Datu adalah lokasi selamat dan
aman untuk dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara.

4

MAJLIS PERISYTIHARAN WARISAN KEBANGSAAN 2018

Sebanyak 149 lagu gubahan dan nyanyian seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan
antara 255 butiran warisan telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan 2018.
Antara lagu yang tersenarai ialah Bunyi Gitar, Maafkan Kami, Anakku Sazali, Tunggu Sekejap, Getaran Jiwa
dan banyak lagi lagu- lagu gubahan beliau.

Pengumuman itu dibuat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Mohammadin Ketapi
pada Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan 2018, di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) pada 17 Oktober
2018.

"Pada petang ini saya mengisytiharkan sejumlah butiran warisan sebagai Warisan Kebangsaan dan apa
yang istimewa ialah hasil karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee turut tersenarai sebagai Warisan Kebangsaan
khususnya lagu-lagu ciptaan beliau," katanya pada majlis itu.

Selain itu,butiran lain yang diisytiharkan pada hari tersebut adalah 24 tapak warisan, 225 objek warisan 5
serta enam tokoh orang hidup dimasudkan ke dalam senarai Warisan Kebangsaan Negara.







ISTIHADAT KONVOKESYEN ASWARA KALI KE - 4

Istiadat Konvokesyen Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Kali Ke-14 pada 20 Oktober
2018 berlangsung di Panggung Eksperimen, ASWARA menyaksikan seramai 94 graduan yang lahir sebagai
pemangkin arena seni dan budaya di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.
Pengurniaan pengijazahan graduan telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia,
YB Datuk Mohamaddin Ketapi. Hadir bersama adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan
Budaya Malaysia, YBhg. Datuk Rashidi Hasbullah.
Tiga graduan telah menerima Anugerah Rektor, enam graduan menerima Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti
pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian manakala dua graduan menerima Anugerah Pelajar Terbaik
Fakulti pengajian Diploma.

9







FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA @ KUALA LUMPUR 2018

Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2018 merupakan festival permainan
tradisional julung kalinya diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 hingga
30 September 2018. Festival ini mempamerkan pelbagai jenis seni budaya Malaysia
seperti tarian, makanan, pakaian tradisional dan sukan tradisional. Antara tarikan utama
di festival tersebut seperti kabaddi, silambam, terompah gergasi dan pelbagai jenis
permainan yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita.
Festival tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif Pelaksanaan Projek, YBhg
Datuk Seri Sr Hj Mohd Najib Hj Mohd mewakili YBhg. Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Seramai 1000 peserta dari pelbagai badan beruniform telah berkumpul selama 3 hari
untuk bertanding dalam acara-acara permainan tradisional.

13

PATA TRAVEL MART 2018

PATA Travel Mart 2018 (PTM 2018), hosted by Malaysia from 12th to 14th September
2018 at the Mahsuri International Exhibition Centre, has attracted over 1,400 delegates
from 70 global destinations. The delegate numbers embraced 389 sellers from 208
organisations and 33 destinations with local sellers comprising 32% of the total, along
with 252 buyers from 241 organisations and 53 source markets.

PATA Travel Mart 2018 (PTM 2018), hosted by Malaysia, has attracted over 1,400
delegates from 70 global destinations. The delegate numbers embraced 389 sellers from
208 organisations and 33 destinations with local sellers comprising 32% of the total,
along with 252 buyers from 241 organisations and 53 source markets.
PTM 2018 officially opened in Langkawi, Malaysia on Wednesday, September 12 with
the PTM 2018 Welcome Reception, presided by the Deputy Prime Minister of Malaysia,
YB Dato Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, the Menteri Besar of Kedah, YAB Datuk
Seri Mukhriz Mahathir, the Minister of Tourism, Arts and Culture Malaysia, YB Datuk
Mohamaddin Ketapi and the Deputy Minister of Tourism, Arts and Culture Malaysia, YB
Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik, taking place at the Langkawi International
Convention Center (LICC).

During the Welcome Reception, Mohamaddin noted that, “For many, PTM is considered

the biggest tourism trade platform in Asia Pacific. As the host country of PTM, it is an

opportunity for us to promote Malaysia as the ideal leisure and business destination.

With an overwhelming 67 Malaysian sellers on board this year, we are really leveraging

hard on this opportunity to meet international buyers. The Malaysian sellers included the

private sector and state government/agencies such as Sabah, Sarawak, Selangor,

Penang, Labuan, Kedah and Johor.” 14


Click to View FlipBook Version