The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS Semesta, 2020-11-23 20:18:12

TEKS UCAPAN ALUAN PENGARAH 2020

TEKS UCAPAN ALUAN PENGARAH 2020

TEKS UCAPAN ALUAN
YBRS. DR. MOHD SUHAIMI BIN MOHAMED ALI
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

SEMPENA
PERHIMPUNAN BULANAN: BULAN JANUARI 2020

30 JANUARI 2020 (KHAMIS)
DEWAN ATRIUM, JPN PERAK

1

Salam Sejahtera
Terima Kasih saudara/saudari pengacara majlis,

1. Alhamdulillah segala puji dan kesyukuran ke hadrat Allah
SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita
bersama-sama hadir dalam Perhimpunan Bulanan bagi bulan
Januari, Jabatan Pendidikan Negeri Perak kali Pertama bagi
tahun 2020 ini. Terima kasih dan tahniah kepada Sektor

2

Pengurusan bersama Sektor Intergriti dan Sektor Psikologi
dan Kaunseling yang berjaya menguruskan perhimpunan
pada pagi ini. Sesungguhnya pertemuan ini merupakan satu
peluang yang terbaik untuk kita berkongsi dan berinteraksi
sesama kita.

2. Saya bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak mengalu-
alukan kehadiran Yang Berhormat Dr. Abdul Aziz bin Bari,
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi, dan
Alam Sekitar Negeri Perak Darul Ridzuan yang dapat hadir ke
majlis kita pada pagi ini. Sesungguhnya kehadiran Yang

3

Berhormat pagi ini memberi suntikan semangat kepada kami
dan menunjukkan kerjasama yang padu di antara Jabatan
Pendidikan Negeri Perak dengan Kerajaaan Negeri Perak
khususnya dengan Yang berhormat EXCO Pendidikan.

3. Kesempatan ini juga saya ingin merakam jutaan terima kasih
kepada yang berhormat, yang sentiasa meluluskan
peruntukkan dan sumbangan kepada JPN, PPD dan sekolah-
sekolah di negeri Perak pada 2019 yang lalu dan pada hari ini
akan menyampaikan sumbangan bantuan peruntukan
Penyelenggaraan sekolah sebanyak RM 94,500.00 kepada 8
buah sekolah di negeri Perak. Harapan saya juga pada tahun

4

2020 ini lebih banyak lagi kerjsama yang dilaksanakan di
antara JPN dengan Yang Berhormat bagi menjayakan VISI
JPN Perak 2020-2024 iaitu Pendidikan Berkualiti, Sekolah
Unggul, Murid holistik.

4. Antara cadangan program kerjasama dengan Pejabat EXCO
Pendidikan dan Kerajaan Negeri Perak Tahun 2020 adalah
4.1 Program Kecemerlangan Akademik UPSR, SPM dan
STPM
4.2 Program Akademik Sekolah Murid orang Asli
4.3 Program Murid Prasekolah

5

4.4 Program Guru Muda dan Kepimpinan Sekolah
4.5 Program Peningkatan Pedagogi Guru
4.6 Program Myclassrom
4.7 Karnival Pendidikan TS25
4.8 Konvensyen PIBG dan PIBKS
4.9 Hari Guru 2020
4.10 Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
4.11 Perasmian SMK Kamunting Bakti dan SMK Proton City
4.12 Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja
dan Negara (Pidato Diraja)

6

Anggaran Peruntukkan sebanyak 1.5 juta sahaja. Semoga
Kesungguhan kerjasama dan persefahaman ini akan
memberikan satu ikatan yang jitu dan membawa impak positif
dalam bidang Pendidikan Di Negeri Perak.

5. Di kesempatan majlis ini juga, saya ingin mengucapkan
Selamat Tahun Baharu dan jutaan terima kasih kepada ahli
keluarga besar Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang hadir
pada hari ini dan seluruh warga guru di negeri Perak yang
telah melaksanakan tugas dan komitmen dengan cemerlang
sepanjang tahun 2019 yang telah membuahkan pelbagai

7

kejayaan kecemerlangan pendidikan di negeri Perak.
Antaranya kejayaan yang dicapai adalah Peningkatan Gred
Pencapaian UPSR, PT3, SPM dan STPM yang amat
membanggakan dan Kecemerlangan murid dalam sukan,
kokurikulum, rekacipta sehingga peringkat antara bangsa.
Begitu juga dengan Pelibatan pegawai pendidikan, Guru dan
sekolah dalam bidang inovasi dan penulisan juga diiktiraf
hingga peringkat antara bangsa.

6. Semoga dengan kedatangan tahun baharu 2020 ini kita akan
bersama-sama bergerak menjayakan MISI Perancangan
Strategik JPN Perak 2020-2024 iaitu Penyampaian

8

Pendidikan Berkualiti Untuk Membangunkan Sekolah
Unggul Bagi Menyediakan Murid Kalis Masa Depan yang
berteras kepada 5 Nilai utama Berilmu dan Beramal,
Beriltizam, Bekerjasama, Berintergriti dan Berakauntabiliti
dan Bersyukur.

7. Bagi merealisasikan matlamat VISI dan MISI JPN Perak 2020-
2024 warga Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan seluruh
warga pendidikan mesti berani keluar dari kelompok JPN
Prioriti. Kesungguhan dan komitmen yang mantap amat
dituntut dalam usaha untuk mengembalikan kecemerlangan
JPN Perak. Ini merupakan misi utama jabatan dan diharap

9

dapat menjadi aspirasi kepada semua pihak. Saya
berpendapat matlamat untuk menjadikan Pendidikan
Berkualiti, Sekolah Unggul, Murid holistic akan tercapai
jika semua pihak sanggup menerima cabaran dan berani
membuat “ self-assessment “ terhadap keberkesanan kita
mengurus dan melaksanakan sesuatu program terutama
yang berkaitan dengan pencapaian akademik, Kokurikulum
dan Sahsiah murid dan warga guru seluruh negeri Perak.

10

8. Kita harus bersatu, ikhlas dan berfikir dengan terbuka untuk
melaksanakan perubahan agar perkhidmatan pendidikan
dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. saya
mendoakan semoga semua warga pendidik terus
beristiqamah dan beriltizam menyampaikan perkhidmatan
berimpak tinggi dengan cemerlang dan berintegriti sepanjang
masa. Saya yakin kita semua dapat membina satu pasukan
yang mantap dan kukuh sekiranya kita semua bersatu hati
dan sepakat untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan
bagi tahun 2020.

11

9. Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya sekali lagi ingin
mengucapkan sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih
kepada Yang Berhormat Dr. Abdul Aziz bin Bari,
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan
Alam sekitar Negeri Perak Darul Ridzuan yang telah banyak
memberikan pelbagai sumbangan dan menjayakan
Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendidikan Negeri Perak pada
pagi ini dan seterusnya menyampaikan Amanat Pendidikan
Tahun 2020.
Sekian, terima kasih

12


Click to View FlipBook Version