The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fh301001, 2021-11-13 21:50:37

TUGASAN INDIVIDU FATIN HUSNA (287254)

TUGASAN INDIVIDU FATIN HUSNA (287254)

FATIN HUSNA BINTI ZAINAL NOOR [287254]

Pada suatu hari, tersebutlah
kisah seorang nelayan tua
bernama Pak Lah. Dia berusia
hampir 50 tahun dan tinggal
seorang diri dihujung kampung
yang tidak jauh dari laut.
Kehidupannya agak susah dan
sering dihina orang. Itulah
perjalanan kehidupannya.

1

Dia lebih suka menyendiri

daripada bergaul dengan orang

kampung. Wajahnya yang kurang

elok menyebabkan dia sering di

sisih oleh masyarakat. Dia juga

tidak mempunyai ramai sahabat,

melainkan ada yang cuba untuk

mengambil kesempatan

terhadapnya.

2

Seperti biasa pada waktu
pagi, dia akan menuju ke laut.
Musim tengkujuh telah tiba. Pasti
ramai nelayan yang akan turun
untuk mendapatkan ikan. Dia juga
turut pergi tanpa memikirkan
pandangan orang sekelilingnya.

3

Namun, rezeki tetap tidak
menyebelahinya. Dia tidak berjaya
mendapatkan seekor ikan pun dari
awal kerana banyak bot-bot besar
yang sudah menangkap ikan.

4

“ Tak dapat ikan Dia hampir berputus asa
ke tu? Balik apatah lagi apabila mendapat
sindiran daripada nelayan lain.
sahajalah..tiada
gunanya kau di 5

sini ”

Dia tidak mampu berkata
apa-apa melainkan hanya
mendiamkan diri. Sindiran itu
sedikit pun tidak memutuskan
usahanya. Dia terus pergi dari
situ dan mencari ikan di
kawasan lain.

6

Ketika mengubah

kedudukan sampan, dia

ternampak sebuah pulau kecil

yang cantik disebelah kanannya.

Tetapi yang menghairankan

ialah tiada sesiapa pun di sana.

Dia membuat keputusan untuk

pergi ke pulau itu dengan tujuan

untuk mencari hasil laut.

7

Apabila tiba sahaja, dia turun
dari botnya untuk berehat. Angin yang
kuat, ombak yang deras, suasana yang
tenang telah menidurkan dia di bawah
sebatang pokok kelapa. Ketika nyenyak
tidur dibuai mimpi, dia ditegur oleh
seorang wanita. Dia terus terbangun
dan terkejut. Ternyata wanita itu
merupakan penghuni kepada pulau
tersebut. Wanita itu digambarkan
sungguh jelita, ayu dan berbadan
ramping.

8

Dia terdiam lalu menjawab
“Saya hanya singgah sebentar
untuk berehat. Saya janji akan
pergi dari sini dengan segera
tetapi itu pun jika saya berhasil
mendapat tangkapan ikan yang
banyak”. Kata Pak Lah kepada
wanita itu dengan nada yang
penuh lembut dan hormat.

9

Wajahnya yang kurang elok
dan berpakaian kotor menimbulkan
rasa simpati dalam diri wanita
tersebut. Lalu, dia diizinkan untuk
menangkap ikan. Kemudian, dia
terkejut apabila hasil tangkapannya
semakin banyak. Semua ikan
kelihatan segar dan baru. Dia
tersenyum. Dia tahu dia akan
mendapat wang yang banyak. Dia
pun beredar dari situ dengan hati
yang gembira.

10

Apabila tiba di pasar
berdekatan, dia menjual ikan-
ikan tersebut. Dia tidak sangka
apabila jualannya mendapat
sambutan orang ramai. Ikan
habis dibeli oleh penduduk di
situ.

11

“ Ikan...ikan…ikan Jeritan Pak Lah yang
segar dan baru bersungguh-sungguh itu semakin
ada jual di sini ” mendapat perhatian orang ramai.

12

“ Mana kau Jumlah wang yang
dapatkan ikan- didapatinya terlalu banyak hingga
ikan sebanyak itu? dicemburui oleh para nelayan
Beritahulah pada lain. Lalu dia disapa oleh peniaga
di situ. Dia hanya berdiam dan
kami ” terus pulang ke rumahnya.

13

Keesokan hari, dia berazam

untuk pergi semula ke pulau

tersebut. Dia ingin berterima

kasih kepada wanita itu kerana

telah membenarkannya

menangkap ikan. Sekiranya dia

dihalau, sudah tentu dia tidak

dapat wang sebanyak itu.

14

“ Kamu Setelah tiba di sana, dia
mahu apa mencari wanita tersebut tetapi
tidak dijumpainya. Tiba-tiba,
lagi? ” kedengaran seperti suara
seorang wanita datang dari arah
belakangnya.

15

“ Aku tidak Dia cuba mahu mendekati
perlukan wanita itu dan mengucapkan
terima kasih. Dia juga berniat
wang untuk untuk menghulurkan sedikit wang
hidup ” sebagai tanda penghargaan.
Namun, wang itu ditolak dengan
kata-kata…

16

“ Jadi apa yang Dia terkejut kerana wang
kau inginkan? yang banyak untuk diberi
Katakan sahaja, ditolak begitu sahaja oleh
pasti akan ku wanita tersebut.

tunaikan ”

“ Adakah kau yakin
yang kau mampu
memenuhi
hasratku jika
diberitahu? ”

17

“ Ya ” Pak Lah kelihatan cuak
mendengar pertanyaan itu.
“ Aku ingin kau
mengahwini ku, Dia terkejut kerana tiada
sesiapa pun cuba mahu
adakah kau mendekatinya selama ini.
sudi? ” “Aku hodoh, tua dan
miskin. Mustahil untuk
wanita cantik seperti dia
inginkan diriku yang tidak
berguna ini”. Kata Pak Lah

di dalam hatinya.

18

“ Yakinkah kau mahu
jadikan aku yang tua
dan hodoh ini sebagai

suamimu? ”
- katanya dengan penuh rasa

rendah diri -

“ Jangan risau, kau pasti
akan kelihatan muda dan
kacak sekiranya kau pulang
ke alamku. Jika kau sudi,
akan ku bawa kau pergi
berjumpa dengan orang
tuaku yang berada di alam

laut ”
19

Ternyata wanita itu
merupakan kerabat laut yang
ditugaskan untuk menjaga pulau
tersebut. Dia dikenali sebagai
penjaga laut 2 alam. Iaitu di alam
manusia dan di alam laut.

20

Sebagai tanda membalas
jasa dan penat hidup
keseorangan, Pak Lah bersetuju
untuk mengahwini wanita
tersebut. Tidak lama kemudian,
dia di bawa pergi ke alam laut
untuk berkahwin. Ternyata betul
Pak Lah kelihatan kacak dan
muda kerana alam laut tidak
menelan usia.

21

Akhirnya, mereka pun
hidup bahagia suami isteri dan
mempunyai seorang anak
perempuan.

22




Click to View FlipBook Version