SPP 30143 PERNIAGAAN ANTARABANGSA Syarikat Multinasional Yang Berpangkalan Di Malaysia : PETRONAS Disediakan Oleh : Nama No. pendaftaran Kelas 1. Siti Nur Aisyah binti Azman J02SPP21F502 SPP3 2. Nurul Fatin Amyra binti Rusdhi J02SPP2F501 SPP3 Disediakan Untuk : Pn. Suzila binti Abdul Latiff
3.Maklumat profil perniagaan berikut perlu diambil kira: a.Nama perniagaan : PETRONAS b.Alamat perniagaan: Menara 1, Menara Berkembar Petronas, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia c.Visi Untuk menjadi pembekal minyak yang terkemuka di seluruh Negara bukan sahaja terkemuka di dalam Negara Malaysia,malahan di peringkat Antarabangsa Misi Petroleum merupakan perniagaan utama Syarikat Petronas dimana misi syarikat ini adalah untuk menjadi pembekal minyak yang bersih,paling selamat,dan kos yang efektif bagi seluruh masyarakat. Petronas juga adalah sebuah entiti perniagaan.Tanggungjawab utama kami adalah untuk membangunkan dan menambah nilai kepada sumber kepada negara ini. Misi syarikat ini juga ingin menjadi daya penggerak kepada pembangunan negara iaitu dari segi ekonomi. Syarikat ini ingin menjadi sebuah perniagaan yang dapat memberi keuntungan dan pendapatan kepada negara. Selain itu,syarikat ini juga menjadi sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan jualan yang paling terbaik kepada pelanggan-pelanggannya. Logo perniagaan d.bentuk perniagaan yang dijalankan: PETRONAS Dagangan terlibat dalam pengedaran dan penjualan produk petroleum siap dan operasi stesen untuk pasaran tempatan. Syarikat ini mempunyai lebih daripada 800 stesen minyak di seluruh Malaysia pada Julai 2007[45] dan terus meningkat kepada 870 stesen pada Januari 2008.[46].Syarikat itu juga telah bekerjasama dengan syarikat makanan dan minuman tempatan, bank-bank dan syarikat-syarikat pengangkutan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik di stesen minyak mereka. Syarikat termasuk McDonalds , Kentucky Fried Chicken , Dunkin' Donuts , Konsortium Transnasional Berhad , Maybank, dan CIMB Bank.
4. Menerangkan cabaran yang dihadapi oleh syarikat Petronas dari segi : a. Struktur Organisasi - Syarikat multinasional sering terdedah kepada penyelewengan, penipuan dan ketidakpastian. - Keadaan ini berlaku akibat perbezaan waktu dan jarak yang jauh antara cawangan. - Kekurangan komunikasi antara cawangan menyebabkan sesetengah syarikat multinasional terbiar dan terpaksa bergantung kepada pihak pengurusan tempatan untuk mengatasi masalah yang wujud. b. Kawalan Pengurusan - Kaedah kawalan berbeza. - Lokasi yang jauh menyukarkan penetapan kepada satu bentuk struktur pentadbiran sama ada pentadbiran berpusat atau tidak berpusat. c. Politik dan Perundangan Politik - Perhubungan antara pemimpin - Jika hubungan antara pemimpin kurang baik, peluang kerjasama antara syarikat multinasional dengan syarikat tempatan akan terjejas. - Kedudukan negara dalam sesebuah gabungan - Sekiranya negara syarikat multinasional dengan negara yang ingin berurusniaga berada dalam blok organisasi yang berbeza, sekatan seperti tarif yang lebih tinggi, kuota dan lain-lain akan dikenakan ke atas syarikat multinasional tersebut . Perundangan - Sistem perundangan antara negara berbeza. - Sistem perundangan - Sekiranya undang-undang dan peraturan negara yang berurusniaga ketat, aktiviti perniagaan syarikat multinasional akan tersekat . - Birokrasi kerajaan - Pengurusan dan pentadbiran sektor awam yang kurang cekap akan melambatkan proses perniagaan dan menjejaskan daya saing syarikat multinasional. d. Ekonomi - Sistem ekonomi berbeza antara sesebuah negara dan ini mempengaruhi aktiviti perniagaan antarabangsa - Contoh: sistem ekonomi, perancangan pusat – kerajaan akan menentukan dan mengawal kegiatan ekonomi negaranya seperti harga, cukai, jenis produk dan sebagainya.
e. Sosiobudaya - Perbezaan sikap, norma dan kepercayaan - Sikap, nilai dan kepercayaan yang berbeza antara negara dan bangsa menyebabkan gelagat pembelian juga berbeza. Maka, syarikat multinasional tidak dapat menggunakan campuran pemasaran yang sama dalam semua pasaran. - Perbezaan adat resam - Adat resam yang berbeza antara negara dan bangsa menyebabkan cita rasa dan gelagat pembelian juga berbeza. Sebagai contoh: Penduduk Jepun yang sudah biasa dengan makanan tradisional tidak dapat membiasakan din i dengan makanan Barat menyebabkan syarikat multinasional Barat sukar menembusi pasaran di Jepun. -Perbezaan agama - Agama yang berbeza antara negara dan bangsa menyebabkan cita rasa dan gelagat pembelian juga berbeza. Maka, syarikat multinasional hanya boleh memperkenalkan produk yang dibenarkan oleh agama berkenaan. -Perbezaan pendidikan dan latar belakang - Kekurangan pendedahan mengakibatkan penduduk sesebuah negara tidak dapat menerima sesuatu yang baru. Keadaan ini menyebabkan syarikat multinasional menghadapi kesukaran apabila memperkenalkan teknik pengurusan yang berlainan atau produk yang berbeza. - Perbezaan bahasa - Kelemahan dalam bahasa asing mungkin menyebabkan syarikat multinasional kehilangan kontrak, manakala pengurus dari negara asing dan tempatan yang kurang memahami bahasa masing-masing akan menjejaskan kecekapan dan keberkesanan pengurusan. - Perbezaan budaya - Budaya yang berbeza mungkin mengalcibatkan kekurangan persefahaman antara pengurus dari negara asing dan tempatan. Keadaan ini akan menjejaskan kecekapan dan keberkesanan pengurusan
5)Menerangkan risiko yang dihadapi oleh syarikat multinasional seperti berikut : a) Risiko ekonomi • Permintaan produk MNC bergantung kepada keadaan ekonomi iaitu inflasi atau kemelesetan • Kemelesetan menyebabkan permintaan berkurang • Inflasi meningkatkan kos pengeluaran • MNC perlu peka terhadap perubahan ekonomi b) Risiko politik • Sistem pemerintahan sesebuah negara adalah berbeza • Keadaan politik negara mnc beroperasi • Politik tidak stabil • Dasar kerajaan seperti kawalan pertukaran asing • Dasar hubungan dengan negara luar c) Risiko kredit • -Risiko untuk mendapatkan pembayaran dari luar negara kerana mungkiN risiko sedang mengalami kemelesetan ekonomi,ketidakstabilan politik,bencana alam dan sebagainya. d) Risiko pemilik negaraan • Risiko kemungkinan berlakunya pemerintahan negara • Pengambilalihan aset perniagaan milik syarikat asing oleh kerajaan tempatan melalui expropriation • Kebiasannya berlaku di negarayang mengamalkan ekonpmi sosialis • Contoh : pemerintah demokrasi kepada pemerintahan komunisme e) Risiko penghantaran balik modal dan dividen • Menyekat pengaliran keluar keuntungan dari operasi di negara tersebut ke negara asal anak syarikat multinasional.Dimana MNC menghantar pulangan dividen ke negara asal. • Disekat oleh kerajaan tempatan untuk melindungi industri tempatan atau MNC melabur semula keatas perniagaan • Kerajaan mencampuri urusan syarikat memindahkan dana keluar/masuk dari Negara syarikat beroperasi
f) Risiko kadar pertukaran wang • Perlu meramal pergerakan tukaran mata wang di masa hadapan yang akan memberi kesan kepada perniagaan • Risiko perubahan pertukaran mata wang asing tidak sama • Kenaikan atau penurunan kadar pertukaran asing membawa kesan kepada negara pengeksport dan pengimport • Perubahan mempengaruhi harga dan kos barangan • Sistem percukaian di setiap negara berbeza SUMBER RUJUKAN 1) https://www.scribd.com/doc/75964048/Latar-Belakang-Syarikat-Petronas 2) https://ms.wikipedia.org/wiki/Petronas